skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Sunday, 25 September 2016

Bijaksana Dalam Menyikapi Perbezaan

Ditulis Oleh WAS Pada 21:59 – 6 Komen Anda
 
Perbezaan pendapat di tengah-tengah kehidupan manusia adalah suatu perkara yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. 

Setiap orang menerima informasi yang berbeza menggunakan potensi pendengaran dan penglihatan yang Allah SWT berikan sebagai bekalan bagi manusia.

Setelah itu, akal (kefahaman) akan memberikan respon yang berbeza pula. Bahkan, walaupun manusia dihadapkan pada satu objek yang sama, penilaian yang dihasilkan boleh berbeza.

Maka, bagaimanakah pula apabila perkara yang dijadikan objek penilaian itu berbeza dan berbeza pula masanya?

Di zaman Rasulullah SAW pun, para sahabat sudah pernah menunjukkan adanya perbezaan pendapat ini. Hanya sahaja, sepanjang dasar dari pendapat mereka tidak keliru, maka perbezaan pendapat itu menjadi satu perkara yang dimaklumi. Inilah yang berlaku di kalangan para sahabat dalam menanggapi pesanan Rasulullah SAW, “Janganlah kamu solat Asar sebelum sampai di tempat Bani Quraizhah!”
Nah, apabila ternyata perbezaan pendapat itu sudah berlaku di saat Rasulullah SAW masih hidup, maka bagaimana pula yang berlaku di kalangan kita ketika ini di mana kita tidaklah lebih sempurna kefahaman agamanya berbanding para sahabat Rasulullah SAW dahulu?
Dr. Salman Al-Audah menjelaskan dengan secara terang di dalam bukunya “Kaifa Nakhtalif?” (Bagaimana Kita Berbeza Pendapat?) tentang apa-apa sahaja yang menjadi sebab berlakunya perbezaan pendapat, bentuk-bentuknya dan bagaimana cara kita menyikapinya.
Sungguh, apa yang beliau tuliskan amatlah sesuai untuk menjadi bahan pertimbangan dalam menentukan sikap sebagaimana beliau sendiri mengatakan di akhir bukunya ini,
“Ini adalah ajakan secara tulus untuk :
1.     Mengelola perbezaan.
2.     Menghindari perdebatan yang mandul.
3.     Kembali pada dasar-dasar umum dan kemaslahatan bersama.
4.     Menjaga pesaudaraan dan akhlak.
5.     Berprasangka baik kepada orang lain.
6.     Memilih kata-kata yang sesuai untuk digunakan ketika berinteraksi dengan orang lain.”
Sikap beliau berbeza dengan sebahagian ulama’ yang juga menyerukan persatuan tetapi tetap sahaja mengutamakan kelompoknya. Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu dalam satu nama; Islam dan BUKAN;
a.      Nama kelompok.
b.     Nama golongan.
c.      Nama parti.
Selain itu, beliau menghuraikan pesanan-pesanannya dengan perbandingan yang cukup menarik untuk diikuti. Beliau tidak berlepas diri dari sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah, sahabat, tabi’in, tabi’it tabi’in dan para ulama’ di zaman mutaakhirin ini.
Itu semua menggambarkan bahwa memang perbezaan pendapat ini tidak layak diperselisihkan. Perbezaan ini sifatnya kepastian. Hanya sahaja, cara kita menyikapinyalah yang perlu dipersoalkan.
Seutama-utama sikap adalah mencari persamaan, bukan perbezaan semata-mata.
Dalam buku ini, Dr. Salman Al-Audah menjelaskan tentang perkara ini dengan bahasa yang sangat baik, halus, lembut dan nyaman.
Beliau dengan tegas membantah orang-orang yang merasa tidak bersalah terus-menerus melakukan perdebatan-perdebatan yang mandul sifatnya. Ertinya, perdebatan itu dilakukan bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk membenarkan fahaman kelompok masing-masing.
Kesan dari perdebatan-perdebatan seperti ini sangatlah besar. Ada ramai orang yang baru belajar untuk mengenali Islam dan mereka akan merasa kebingungan apabila menyaksikan perdebatan-perdebatan yang semacam ini.
Maka, umat Islam perlu memiliki kecekapan dalam mengelola perbezaan pendapat. Orang yang mendalam ilmunya akan tergambar dari :
1.     Kebijaksanaan pemikirannya.
2.     Keluhuran akhlaknya.
3.     Kelembutan lisannya.
Sebaliknya, orang yang dangkal ilmunya biasanya akan terdengar seperti tin yang kosong muatannya; bunyinya bising apabila diketuk namun tidak membawa apa-apa manfaat.
Sesungguhnya, ilmu untuk menyikapi perbezaan pendapat ini seharusnya menjadi bekalan yang wajib bagi setiap muslim agar;
a.      Kaum muslimin tidak terjatuh ke lembah keburukan.
b.     Umat Islam terbebas dari bahaya saling mengkafirkan.
c.      Umat Islam terbebas dari pertumpahan darah.
Ini adalah kerana yang dilaung-laungkan adalah syahadah, takbir dan agama yang sama.
Demikianlah, karya Dr. Salman Al-Audah ini sangat bermanfaat untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.
Oleh yang demikian, dengan banyaknya kita menggali ilmu pokok dalam agama serta memiliki kecekapan dan kebijaksanaan dalam menyikapi perbezaan, akan terciptalah suasana yang kita dambakan iaitu suasana di mana umat Islam bersatu menegakkan agama meskipun berbeza pendapat, namun tetap sahaja persaudaran mengalahkan kedengkian, kebencian dan rasa irihati. Itulah keindahan yang seharusnya kita zahirkan.
Semoga Allah;
1.     Memudahkan ilmu bersarang di dalam pemikiran kaum muslimin.
2.     Memberkati kaum muslimin dalam perbezaan pendapat yang kerap berlaku.
3.     Menghindarkan kaum muslimin dari perpecahan disebabkan perbezaan pendapat.
Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

[ Read More ]
Read more...
Tuesday, 2 April 2013

Kemantapan Syakhsyiah Pendakwah

Ditulis Oleh WAS Pada 09:55 – 0 Komen Anda
 

Dalam kehidupan seharian, kita sering menyaksikan berbagai perkara yang tidak sesuai dengan nilai-nilai keimanan di mana banyak kerosakan, penyimpangan dan kejahatan yang berlaku  setiap hari di depan mata kita.
Sebagai aktivis dakwah, kita seharusnya mempunyai keinginan yang amat kuat untuk mengubah seluruh keadaan yang tidak baik dan menyimpang tersebut lalu mengarahkan kepada nilai-nilai keimanan dan kesolehan.

Namun, persoalan dakwah bukan semata-mata bagaimana kita menghilangkan kemaksiatan atau bagaimana menghapuskan kemungkaran tersebut. Lebih dari itu, yang perlu diusahakan dalam proses dakwah adalah menghadirkan alternatif yang lebih baik dan lebih layak bagi kehidupan masyarakat.
Dengan yang demikian, kemanfaatan dan sumbangan dari dakwah dapat dirasakan secara nyata oleh masyarakat.
Aktivis dakwah tidak hanya melarang dan mencegah, namun juga mampu memberikan alternatif penyelesaian.

Ramai manusia yang berkubang dalam kehidupan yang buruk di sebabkan oleh tekanan  keadaan dan persekitaran.
Mereka memerlukan jalan penyelesaian yang nyata untuk keluar dari keburukan tersebut dan bukan semata-mata dilarang dan apalagi dimarahi dan diperlekehkan akan maruah diri mereka, namun tanpa ada penyelesaian yang bererti.
Masyarakat memerlukan jalan penyelesaian agar mereka mampu memiliki kehidupan yang lebih sesuai dengan nilai-nilai keimanan.

Sebagai seorang pendakwah, kita hendaklah memahami bahawa tujuan kita diciptakan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah swt. Di antara ‘Ubudiyyah’ kita kepadaNya ialah dengan melahirkan ketaatan kita kepadaNya.

Dakwah dan ‘Amru bil Ma’ruf wa An-Nahyu ‘An Al-Munkar’ merupakan salah satu daripada tanggungjawab dan tugas setiap muslim.

Oleh yang demikian, seseorang hamba Allah swt perlulah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah swt, semata-mata kerana Allah swt dan bukan untuk mendapatkan :

a. Habuan dari keduniaan.
b. Kemasyhuran.
c. Kedudukan di sisi manusia.

Dalam setiap amalan, ikhlas merupakan sifat yang paling penting dalam memastikan amalan kita diterima oleh Allah swt.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) : “Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(QS Saba’ : 47)

Sebagai seseorang muslim, hendaklah kita sentiasa menghindarkan diri dari sikap ‘ujub’ dalam setiap amalan termasuklah dalam berdakwah.

‘Ujub’ ialah satu sifat di mana kita :

1. Merasa seronok dengan diri sendiri.
2. Merasa diri sendiri baik.
3. Menisbahkan kebaikan tersebut kepada diri kita sendiri.

‘Ujub’ merupakan salah satu sifat yang paling tercela kerana seseorang yang menisbahkan kebaikan kepada diri sendiri seolah-olahnya mengkufuri nikmat Allah swt kepadanya, kerana pada hakikatnya, Allah swtlah yang menjadikannya sebagai seorang insan yang baik dan mengizinkannya untuk berdakwah di jalan Allah swt.

Jika bukan kerana keizinan dan kehendak Allah swt, niscaya seseorang itu tidak mampu mentaatiNya, kerana tiada daya dan kuasa melainkan dengan keizinan Allah swt dan dariNya.

Hayatilah bahawa, Allah swtlah mentakdirkan kita sebagai seorang pendakwah dan apabila kita diberi nikmat ketaatan, maka bersyukurlah kepada Allah swt yang menjadikan kita sebagai seorang yang taat dan rendah dirilah di hadapanNya, sambil menyalahkan diri sendiri dan merasakan bahawa amalan kita tidak sempurna.

Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud:

“Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, niscaya tidak ada seorang pun dari kamu yang bersih (dari perbuatan keji dan mungkar).” (QS An-Nur : 21)

Adab ini amat penting bagi seseorang muslim, apatah lagi sebagai seorang pendakwah yang mengajak manusia kepada jalan Allah swt.

Janganlah menisbahkan kebaikan yang dilakukan kepada diri sendiri kerana ia merupakan pintu kepada ‘takabbur’ yang menyebabkan Iblis, yang pernah merupakan ketua para malaikat, menjadi selaknat-laknat makhluk di sisi Allah swt.

Marilah kita jadikan diri Rasulullah saw sebagai contoh yang paling agung di mana Rasulullah saw sentiasa mempamerkan sikap rendah diri, walhal Baginda sawlah yang merupakan sebaik-baik manusia.

Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim dan pendakwah, kita perlulah juga mengikuti sifat ‘tawadhu’ Rasulullah saw tersebut khususnya dalam berdakwah.

Hindarkanlah dari sifat ‘takabbur’ yang merasakan diri lebih baik dari orang lain. Apabila kita melakukan usaha ‘Amru bil Ma’ruf wa An-Nahyu an Al-Munkar’, maka lakukanlah dengan merasakan bahawa setiap orang muslim itu lebih baik dari kita.

Pandanglah orang-orang Islam dengan pandangan rahmah (kasih sayang) walaupun kepada si pelaku maksiat.

Apabila kita lihat sesuatu maksiat datang dari seseorang, maka anggaplah pada hakikatnya orang itu lebih baik dari kita dan dia pada hakikatnya sempurna akhlaknya, melainkan hanya satu maksiat tersebut sahaja yang mengurangkan kesempurnaannya.

Oleh yang demikian, kita akan menasihatinya atas dasar memberi cadangan untuk lebih menyempurnakan dirinya tanpa merasakan diri kita lebih baik darinya.

Sebaliknya, kita perlu merasakan diri kitalah yang lebih buruk darinya, kerana boleh jadi orang yang melakukan maksiat tersebut, hanya melakukan satu maksiat sahaja (iaitu maksiat yang kita nampak dia lakukan tersebut), sedangkan kita ini pula, walaupun tidak melakukan maksiat yang dilakukannya, masih banyak lagi maksiat-maksiat lain yang dilakukan oleh kita yang disembunyikan oleh Allah swt dari manusia.

Dengan rasa keinsafan ini, budaya nasihat akan penuh dengan bunga-bunga ukhuwah, apabila setiap individu muslim merasai orang yang dinasihatinya sebenarnya lebih baik dari dirinya.

Oleh yang demikian, nasihat akan lebih berbentuk mesra, kerana ianya berbentuk cadangan ke arah kesempurnaan dan BUKAN :

a. Kritikan ke arah menghina.
b. Merendahkan kedudukan seseorang.

Janganlah kita merasakan diri kita sebagai pendakwah kerana diri kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain, tetapi sebaliknya, berdakwahlah kerana kita rasakan bahawa, ianya sebagai satu tanggungjawab ke atas setiap individu muslim yang disarankan oleh Allah swt agar saling nasihat-menasihati antara sesama muslim, bukan atas dasar kita lebih soleh dari orang lain.

Imam As-Sya’rani rahimahullah menegaskan adab ini dalam buku ‘Al-Bahr Al-Maurud’ dan menyatakan bahawa adab inilah yang asasi dalam berjalan menuju Allah swt.

Di antara ciri-ciri seorang pendakwah yang rabbani ialah memiliki iman dan aqidah yang sempurna.
Ini adalah kerana :

1. Keimanan.
2. Keyakinan kepada Allah swt.
3. Kefahaman yang sebenar tentang hakikat sesuatu.
4. Kemantapan aqidah Islamiyah.

merupakan kekuatan yang paling utama dalam menempuh ranjau di sepanjang jalan dakwah.

Seorang pendakwah perlulah beriman kepada Allah swt dengan sebenar-benar iman, justeru mentahqiqkan makna ‘muraqabah’ dalam diri, merupakan nadi ‘ihsan’ seseorang muslim.

Dia hendaklah sentiasa :

a. Merasai kehadiran Allah swt di sisinya.
b. Merasai Allah swt yang sentiasa mengawasi dan memerhatikannya.
c. Merasai kebersamaan Allah swt yang sentiasa memberi rahmat kepada para hambaNya yang berdakwah di atas jalanNya.

Selain itu, dia juga perlulah mendapat kefahaman yang sempurna mengenai hakikat di sebalik sesuatu, di mana, dia perlulah menghayati konsep :

“Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah swt.”

Oleh yang demikian, dia akan memahami bahawa dakwah dan usaha ‘islah’ yang dilakukannya sebenarnya tidak memberi kesan kepada perubahan, tetapi sebaliknya Allah swtlah yang Maha Berkuasa dalam memberi kesan perubahan, samada dengan perantaraan usaha dakwah kita ataupun tanpa perantaraan tersebut.

Oleh yang demikian, kita berdakwah sekadar menunaikan perintah Allah swt ke atas kita dan kita akan sentiasa faham bahawa, Allah swt tidak memerlukan dakwah kita untuk mengubah masyarakat Islam, tetapi kitalah yang memerlukan usaha dakwah tersebut sebagai ‘taqarrub’ (jalan mendekatkan diri) kita kepada Allah swt.

Adapun natijah dari dakwah tersebut, bukanlah di dalam bidang tugas kita. Apa yang penting, Allah swt menyuruh kita melakukan sesuatu secara terbaik, oleh yang demikian, kita juga berdakwah secara terbaik, untuk melaksanakan perintah Allah swt.

Apabila seseorang memahami hakikat ini, maka dia akan :

1. Lebih pasrah.
2. Berlapang dada.
3. Tenang.
4. Bersabar.

dalam usaha dakwah, kerana dia tahu bahawa yang menyebabkan perubahan sesuatu bukanlah usaha dakwah itu sendiri, tetapi Allah swt.

Usaha dakwah yang dilakukannya hanyalah sekadar melaksanakan perintah Allah swt sebaik mungkin, dan hanya Dialah yang menentukan kemenangan atau syahid.

Inilah aqidah Rasulullah saw, takkala Baginda saw bersabda :

“Walaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, untuk memaksa aku meninggalkan urusan dakwah ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya. Aku akan meneruskannya sehinggalah Allah swt memberi kemenangan atau menjadikan aku syahid.”

Rasulullah saw sendiri meletakkan natijah dakwah Baginda saw sebagai urusan mutlak Allah swt, sebagai tanda iman yang mantap dan melaksanakan dakwah kerana ianya sebagai tugas Baginda saw.

Jadi, Allah swtlah yang menentukan natijah sesuatu usaha dakwah tersebut, samada mencapai kemenangan atau syahid.

Skop dakwah adalah teramat luas. Oleh yang demikian, seseorang perlu berdakwah di lapangan yang sesuai dengan tahap ilmu dan akal yang dimilikinya. Perkara ini amat penting khususnya dalam membentuk pengagihan bidang tugas dalam sesuatu pergerakan ‘tajdid’ dan ‘islah’.

Setiap orang perlulah menyampaikan apa yang diketahuinya, dan banyak bertanya tentang apa yang tidak diketahuinya. Jika dia masih belum sampai ke tahap ‘ijtihad’, atau sekurang-kurangnya menguasai bidang ilmu agama yang mantap, maka seelok-eloknya dia menjauhi perbahasan-perbahasan yang cabang dan tinggi, seperti masalah-masalah bid’ah dan sebagainya.

Selain itu juga, seorang pendakwah perlulah sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan terus belajar dan menuntut ilmu, terutamanya dalam bidang agama dari sistem pendidikan agama yang memang dipercayai seperti sistem ber’talaqqi’ secara bersanad.

Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu :

a. Untuk menegakkan agama (Iqamatuddin).
b. Melakukan perbaikan (Islah).
c. Mencegah semua bentuk kemungkaran.
d. Mengajak manusia mengamalkan Islam dalam setiap sudut kehidupan mereka.
e. Memurnikan semula umat Islam dengan mengembalikan mereka kepada identiti Islam yang sebenar.

Seseorang pendakwah perlulah pandai membezakan antara yang ‘Usul’ dan yang ‘furu’ dalam agama, agar mereka tidak terjebak dalam kancah pembaziran waktu dengan menyibukkan diri berdebat mengenai perkara-perkara ‘furu’ (yang sememangnya merupakan satu lapangan yang banyak perselisihan pendapat dan tidak perlu berdebat) dan mengabaikan perkara-perkara ‘usul’.

Perkara ini memang banyak berlaku di dalam realiti masyarakat Islam hari ini, khususnya di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam yang sibuk membincangkan perkara-perkara ‘furu’,  padahal mereka tidak lagi layak untuk membincangkan perkara tersebut berdasarkan kecetekan ilmu mereka, apatah lagi bersikap bantah-membantah sehingga membawa ke tahap menuduh seseorang itu melakukan bid’ah.

Hal ini amat dikesali oleh para ulama’ dan pendakwah termasuklah Imam Hasan Al-Banna sendiri.
Gagasan idea ‘Usul 20’ Imam Hasan Al-Banna sendiri adalah hasil dari pertembungan antara dua pihak yang mana, salah satunya menuduh pihak kedua sebagai pelaku bid’ah dan sebagainya.

Oleh yang demikian, Imam Hasan Al-Banna cuba menampilkan satu pelan damai dalam meredakan peperangan pemikiran antara kedua-dua pihak tersebut.

Begitu juga, budaya mengutamakan ‘furu’ dari ‘usul’ ini turut dikritik dan dibidas oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam pelbagai penulisan beliau, samada secara jelas mahupun secara sindiran.

Perkara-perkara seperti membid’ahkan amalan yasiin pada malam Jumaat, membid’ahkan tahlil arwah dan sebagainya sebenarnya satu perkara yang ‘furu’ dan hanya berkaitan dengan perkara-perkara ‘khilafiyah’ kerana pihak yang mengamalkannya juga mengambil hujah dari kefahaman mereka terhadap dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah juga.

Oleh yang demikian, tidak timbul soal bid’ah-membid’ahkan dalam perkara-perkara furu’ tersebut.
Seorang pendakwah yang menyedari bahwa dirinya sendiri bukanlah yang terbaik, akan terdedah untuk menerima teguran, kritikan dan nasihat kerana dia menyedari bahawa, dia juga selaku manusia yang serba kekurangan, perlu dinasihati oleh orang yang lain juga, kerana kadang-kadang, keaiban yang kita tidak nampak pada diri kita oleh diri kita sendiri, dapat dilihat oleh orang lain. Teguran dari saudara yang ikhlas juga merupakan hadiah darinya buat kita yang perlu dihargai.

Seorang pendakwah perlulah berbaik sangka terhadap sesama muslim, apatah lagi bersifat sedaya-upaya menganggap orang lain lebih baik dari kita. Ini kerana, sifat ini merupakan kunci kekuatan Ukhuwah Islamiyah.

Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa :

“Jika seseorang muslim itu berkata dengan satu lafaz yang mendatangkan 70 makna yang membawa kepada syirik dan membawa 1 takwil yang bersesuaian dengan syariat, maka pakailah ta’wil tersebut sebagai usaha husnu zhan sesama muslim.”

Ini kerana, hanya Allah swtlah yang Maha Menghukum, sedangkan kita sebagai para hambaNya merupakan para penyeru manusia kepadaNya.

Jadi, apa yang dimaksudkan oleh seseorang dari perkataan mereka, cukuplah Allah swt yang menghukumnya, dan kita cubalah sedaya-upaya mentakwilkannya dengan menyesuaikannya dengan syara‘, selagi ada ruang untuk itu.

Janganlah mengkritik seseorang kerana sifat benci kepadanya dan bersifat mencari kesalahan orang lain walaupun orang itu cuba mencari kesalahan kita. Sesungguhnya, sifat umat Islam ialah rahmatan lil ‘alamin (sebagai satu rahmat buat sekalian alam).

Janganlah cuba mencari-cari aib orang lain, sebaliknya sembunyikanlah aib seseorang jika kita mengetahuinya, dari orang lain, agar Allah swt menyembunyikan aib kita dari orang lain di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya, jamaah-jamaah, kumpulan organisasi serta pertubuhan-pertubuhan dakwah dan islah yang pelbagai, tidak boleh dijadikan alasan untuk mewujudkan budaya berpuak-puak kerana seluruh umat Islam adalah bersaudara.

Walaupun berbeza manhaj, tetapi seluruh golongan tajdid ini membawa matlamat yang satu, iaitu untuk memurnikan semula umat Islam.

Jadi, tidak perlu wujud satu bentuk berpuak-puak atau jamaah centric kerana jamaah-jamaah dan pertubuhan-pertubuhan tersebut hanyalah alat untuk menyampaikan dakwah, bukanlah matlamat dakwah itu sendiri.

Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang pendakwah yang baik. Ini kerana, jalan dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi segala kesukaran yang dihadapi.

Rasulullah saw berada di Makkah selama 13 tahun untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti.

Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh Rasulullah saw, ternyata kita berada amat jauh di belakang.

Ketabahan dan istiqamah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah swt.

Firman Allah swt :

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?. (QS Ali-Imran : 142)

Sebenarnya, di sebalik pelbagai ujian dan musibah yang melanda, di sepanjang jalan dakwah dan kehidupan, ada mengandungi pelbagai rahsia kelembutan Allah swt yang difahami oleh mereka yang dekat dengan Allah swt.

Bersungguh-sungguh yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan peperangan.
Ini dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara yang baik (amar ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah (nahi mungkar).
Ini adalah kerana, Allah swt amat menyukai seseorang yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah dalam melakukan sesuatu amal kebaikan dan ketaatan, apatah lagi dalam usaha dakwah yang merupakan salah satu ibadah yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam.
Baginda Rasulullah saw mengingatkan lagi dengan sabda baginda :

“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”

Rasulullah saw menjelaskan secara langsung dengan sabda baginda :

“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat bolos daripada penjagaanmu.”

Sebagi seorang muslim dan pendakwah yang sejati, kita mestilah berakhlak dengan akhlak-akhlak ‘mahmudah’ dan meninggalkan sebarang akhlak-akhlak ‘mazmumah’, kerana ia merupakan teras kebahagiaan seseorang dalam mencapai redha Allah swt.

Akhlak yang mulia merupakan satu gambaran kesempurnaan Rasulullah saw yang sentiasa hidup dalam jiwa seseorang insan yang beriman, di mana seseorang yang berakhlak mulia dari sudut rohani mahupun jasmani, bererti dia sentiasa bersama dengan Rasulullah saw dan Rasulullah saw hidup di dalam kehidupannya secara keseluruhannya.

Kebersamaan dengan Rasulullah saw dalam konteks adab dan akhlak merupakan satu nilai kemuliaan hidup yang utama di dalam menempuh hari-hari yang mendatang selaku hamba Allah swt di atas muka bumi ini, justeru, ianya juga merupakan satu pakej lengkap bagi seseorang pendakwah dalam menyampaikan dakwahnya kepada orang lain.

Ini kerana, ‘dakwah bil hal’ (dakwah dengan menunjukkan contoh yang baik) itu lebih memberi kesan positif kepada sasaran dakwah, berbanding ‘dakwah bil maqal’ (dakwah dengan perkataan).

Namun, ikhlaslah dalam berakhlak mulia dan janganlah seseorang itu berakhlak mulia kerana ingin dirinya dicontohi oleh orang lain atau kerana ingin dakwahnya didengari oleh orang lain, tetapi sebaliknya, berakhlaklah dengan akhlak Nabi saw kerana cintakan Allah swt dan RasulNya saw dalam konteks ketaatan kepada keduanya.

Ada beberapa kunci yang perlu kita perhatikan dalam melaksanakan dakwah melalui interaksi di tengah-tengah masyarakat.

KUNCI PERTAMA :

Hendaklah kita dapat memposisikan setiap orang sesuai dengan kedudukannya dan dengan bahasa yang digunakan oleh mereka, sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“Ajaklah manusia dengan bahasa kaumnya dan ajaklah manusia sesuai dengan kemampuan berfikir mereka.”

KUNCI KEDUA :

Hendaklah kita mampu meyakinkan masyarakat bahwa kita adalah orang yang tidak pernah ragu untuk berkorban apabila diperlukan. Bekerjalah, agar masyarakat merasakan bahwa keberadaan kita amat bermanfaat bagi mereka, sebagaimana ungkapan Imam Hasan Al Banna :

“Kegemaran kami adalah berkorban untuk masyarakat. Dan kita telah ditakdirkan untuk memenuhi kepentingan masyarakat.”

KUNCI KETIGA :

Hendaklah kita sentiasa berlapang dada terhadap kejahilan mereka seperti berlapang dadanya orang tua terhadap kesalahan anaknya.

Sikap lapang dada ini perlu kita tunjukkan dengan cara tidak mempersoalkan perkara-perkara yang tidak menyenangkan pada diri mereka, mudah memaafkan, serta gemar mendoakan.

“Tidakkah engkau ingin Allah mengampuni setiap kesalahanmu”. (QS An-Nur : 22)

KUNCI KEEMPAT :

Hendaklah kita menunjukkan sikap atau perilaku santun dan lembut (Liin) kerana kelembutan dan kehalusan adalah hiasan yang berlaku di manapun dan untuk siapa sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada kelembutan pada sesuatu kecuali menjadi penghias, dan tidak dicabut dari sesuatu kecuali menjadikannya buruk“.

Keempat-empat kunci interaksi tersebut InsyaAllah akan menjadi “mafaatih “ atau kunci-kunci pembuka hati kerana kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan lingkungan melalui pintu hati mereka sebagaimana dalam kaidah dakwah dinyatakan :

“Rebutlah hati mereka dahulu sebelum mengharapkan dukungan mereka”.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan ketinggian keperibadian sehingga kami mampu menarik manusia di sekeliling untuk kembali ke jalanMu yang lurus. Kurniakanlah kepada kami kunci-kunci pembuka supaya dengan itu menjadi wasilah untuk Engkau membuka pintu hati nurani manusia dan meneranginya dengan keyakinan yang teguh kepadaMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
[ Read More ]
Read more...
Monday, 16 April 2012

Akhlak Asas Pembangunan Diri

Ditulis Oleh WAS Pada 08:56 – 1 Komen Anda
 
Suatu ketika Rasulullah saw bertanya kepada para sahabatnya :

"Inginkah kamu ku beritahu siapa dari kamu yang paling aku cintai dan akan duduk paling dekat denganku di majlis di hari Kiamat kelak?

Rasulullah saw mengulangi pertanyaan itu.

Pada ulangan pertanyaannya yang ketiga, para sahabat seperti tersentak dan berkata :

"Ya, kami ingin mengetahuinya ya Rasulullah! "Rasulullah saw kemudian bersabda :

"Orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu." (HR Ahmad)

Demikianlah, Rasulullah saw memulai dari akhir; menjelaskan kedudukan orang yang berakhlak mulia di akhirat kerana akhlak adalah bahagian terakhir dari ajaran Islam yang baginda bawa setelah aqidah dan
syariat.

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (HR Malik)

Oleh kerana itu, iman tidak di anggap sempurna sebelum mampu membangkitkan tenaga jiwa seseorang untuk mendorong keluarnya nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan dalam bentuk sikap dan perilaku.

Itulah iman yang hidup dan yang sempurna.

Dengarlah sabda Rasulullah saw :

"Orang mu'min yg paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka." (HR Tirmizi dari Abu Hurairah)

Oleh kerana itu, Allah swt mewajibkan berbagai macam ibadah agar 
iman menemui jalan menuju perilaku dan akhlak manusia muslim.

Itulah sebabnya, jika ibadah-ibadah tersebut tidak sampai berakhir dengan akhlak yang baik, maka bererti ia tidak sempurna dan tidak berkesan.

Ini sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al Ankabut ayat 45 :

"….Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan2) keji dan munkar…".

Maka janganlah hairan jika kemudian nanti Allah akan menjadikan akhlak yang baik sebagai amal yang berat timbangan pahalanya.

Dalam ayat matematik, bolehlah kita rumuskan akhlak seperti berikut :

Akhlak = Iman + Amal Soleh

Dalam deretan ayat-ayat Al Quran, kita akan menemui dua kata kembar di atas yang sentiasa disebut secara bergandingan iaitu iman dan amal soleh.

a.       Yang pertama tersimpan dalam batin manakala yang kedua tersusun rapi pada keperibadian luar.

b.      Yang pertama menggelora dalam jiwa manakala yang kedua menggelombang dalam perilaku.

Kedua-duanya merupakan bahagian-bahagian yang :

1.      Menyatu.
2.      Saling terkait.
3.      Berjalan bergandingan mengayun langkah keperibadian.

Maka, hujung dari iman dan amal soleh adalah akhlak.

Perkara di atas boleh kita perincikan lagi seperti berikut :

PERTAMA : IMAN

Kumpulan kebenaran yang difahami dan diyakini secara mutlak; sesuatu yang kemudiannya mengarahkan pemikiran membentuk kemahuan dan meluruskan perilaku.


KEDUA : AMAL SOLEH

Kumpulan tindakan dan sikap yang lahir dari kesedaran pemikiran akan nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan serta kemahuan yang kuat yang berubah menjadi tekad.

Maka;

KETIGA : AKHLAK

Nilai dan pemikiran yang telah menjadi sikap mental yang mengakar dalam jiwa lalu terzahir dalam bentuk tindakan dan perilaku yang bersifat tetap, semulajadi dan membuahkan hasil.


Sebagaimana amal soleh mencakupi semua sektor kehidupan manusia maka akhlakpun seharusnya hadir dalam semua sisi kehidupan manusia yang kita panggil sebagai wilayah akhlak.

Akhlak dalam semua wilayah keperibadian manusia meliputi :

a.       Akhlak bagi pemikiran.
b.      Akhlak bagi keyakinan.
c.       Akhlak bagi hati.
d.      Akhlak bagi jiwa.

Akhlak dalam semua wilayah hubungan manusia meliputi :

a.       Akhlak manusia kepada Allah.
b.      Akhlak manusia kepada sesama manusia.
c.       Akhlak manusia kepada diri sendiri.
d.      Akhlak manusia kepada lingkungan alam di sekitarnya.

Akhlak dalam semua dimensi kehidupan manusia meliputi :

a.       Akhlak individu.
b.      Akhlak sosial.

Akhlak dalam semua sektor kehidupan manusia meliputi :

a.       Akhlak dalam politik.
b.      Akhlak dalam sosial.
c.       Akhlak dalam ekonomi.
d.      Akhlak dalam penghakiman dan undang-undang.
e.       Akhlak dalam keadaan perang dan damai.

Demikianlah ‘La Ilaaha Illallah’ sebagai kumpulan nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan memasuki individu manusia dan menumbuhkan visi, membangun mentaliti serta membentuk akhlak dan  karakternya.

Demikian pula ‘La Ilaaha Illallah’ sebagai kumpulan nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan memasuki masyarakat manusia dan mereformasi sistem serta membangun budaya dan mengembangkan peradabannya.


Bagaimanakah kita membuat penilaian atas akhlak?

Apakah ia benar atau salah?

Apakah ia baik atau buruk?

Apakah yang ini soleh dan yang itu tidak?

Ini adalah kerana penilaian terhadap perkara ini akan dapat menghantar kita kepada penilaian tentang seseorang; apakah ia seseorang yang soleh atau tidak, matang atau tidak, dewasa atau tidak?

Dengan kata lain, bertanya tentang bagaimana menilai bererti bertanya tentang sumber pembenaran atas suatu perbuatan.

Dari manakah kita menemui sumber pembenaran itu?

Apakah dari Allah swt atau dari manusia ataupun dari keduanya?

Para pemikir sejarah umat manusia sepakat membahagikan nilai itu dalam tiga kategori yang masing-masing mempunyai padanan yang berlawanan iaitu :


Nilai Kebenaran >< Nilai Kebatilan
Nilai Kebaikan >< Nilai Kejahatan
Nilai Keindahan >< Nilai Keburukan

Islam sendiri memang meletakkan nilai moralnya dalam tiga konteks tadi iaitu :

PERTAMA : AKAL

Yang dapat memahami nilai kebenaran dan kebatilan.

KEDUA : HATI (ASAS FITRAH & NURANI)

Yang dapat membezakan antara nilai kebaikan dan kejahatan.

KETIGA : ZAUQ (CITARASA)

Yang dapat merasakan nilai keindahan dari nilai keburukan.

Akan tetapi kemampuan akal, hati dan zauq manusia tidak mungkin dapat membuat penilaian yang tepat.
Untuk itulah Allah swt menurunkan agama agar manusia mendapatkan pedoman yang lebih
terperinci dalam penilaian sehingga bertemulah dua sumber pembenaran tersebut iaitu :


PERTAMA :

Sumber pembenaran dari Allah swt melalui Al Quran dan As Sunnah.

KEDUA :

Sumber pembenaran drai manusia dengan akal sihat, fitrah suci dan citarasa keindahannya.

Kemudian apakah pula kriteria penerimaan akhlak yang soleh tersebut?

Dengan memahami penjelasan di atas dapatlah difahami bahwa perbuatan soleh itu adalah perbuatan yang dilakukan dengan motif (niat) semata-mata untuk Allah swt dan dilakukan dengan cara yang benar sesuai dengan sunnah Rasulullah saw.

Dengan demikian, perbuatan itu bukan sahaja diterima di sisi Allah swt tetapi juga dikira berjaya dalam ukuran manusia; bukan sahaja membawa pelakunya memperolehi keselamatan di akhirat malah juga kebahagiaan di dunia.

Jadi kriteria penerimaan akhlak soleh ini dapat kita rumuskan seperti berikut:

Niat + amal + ikhlas untuk Allah + benar menurut sunnah + diterima di sisi Allah + berjaya di mata manusia + selamat di akhirat + bahagia di dunia.


Inilah perbezaan yang mendasar antara Islam dan materialisma.

Dalam konsep materialisma, manusia adalah pusat penilaian dan penerimaan sekaligus.

Oleh kerana masyarakat merupakan sesuatu yang relatif, maka penilaian dan penerimaan pun akhirnya berpusat pada individu di mana penilaiannya seperti berikut :

Suatu perbuatan dianggap baik dan benar jika ketika manusia melakukannya, ia mendapatkan kepuasan, kebahagiaan dan tidak merugikan orang lain. Bahwasanya masyarakat kemudian bersetuju atau
tidak setuju, menerima atau tidak menerima, menjadi tidak relevan dan tidak penting.

Sekarang marilah kita meneliti induk-induk akhlak terpuji yang akan melahirkan berbagai sifat-sifat lain yg mewarnai karakter dan akhlak seseorang manusia itu:

PERTAMA  :

Cinta kebenaran melahirkan jujur, adil, keyakinan dan amanah.

KEDUA :

Kekuatan kehendak melahirkan optimis, tegas, ketahanan, disiplin, inisiatif, serius dan pengendalian diri.

KETIGA :

Cita-cita yang tinggi melahirkan dorongan berprestasi, dinamik, harga diri dan tidak mudah menyerah.

KEEMPAT :

Kesabaran melahirkan ketenangan, konsisten, pengendalian diri, lembut, santun dan mampu menjaga rahsia.

KELIMA :

Rasa kasih melahirkan pemaaf, empati, musyawarah, silaturahim, penolong, berbakti kepada orang tua dan santun kepada fakir miskin

KEENAM :

Naluri sosial melahirkan bersih hati, ukhuwah, anti perpecahan, mampu bekerjasama, menutup aurat dan menjaga barang milik bersama.

KETUJUH :

Cinta manusia melahirkan bersih jiwa, kerjasama, dermawan, adil dan sentiasa berkehendak baik.

KELAPAN :

Kedermawanan melahirkan pemurah, harga diri, mendahulukan orang lain, infaq dan ukhuwah.

KESEMBILAN :

Kemurahan hati melahirkan lembut, lapang dada, pemaaf, ridha, ceria dan menyenangkan orang lain.

Pendek kata kesemua karakter yang terserlah dalam perjalanan kehidupan manusia adalah terangkum dalam salah satu dari induk-induk akhlak terpuji yang dicatatkan di atas.


Akhir sekali marilah kita sama-sama meneliti semula akan karakter dan akhlak yang wujud di dalam diri kita samada ianya benar-benar hasil dari keimanan yang benar kepada Allah swt dan dicernakan dalam bentuk amal-amal soleh yang ikhlas kepada Allah swt serta diaplikasikan ke dalam setiap sisi kehidupan yang akan melahirkan satu wilayah akhlak yang benar-benar memberi kesan yang besar kepada perubahan dalam masyarakat.

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadian kami maka perelokkanlah pula akhlak kami dan masukkanlah kami bersama orang-orang yang dicintai oleh Rasulullah saw serta didekatkan diri kami bersama NabiMu di akhirat kelak.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

[ Read More ]
Read more...
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    4 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    6 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    10 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    11 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    12 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Kepentingan Intima' Jamai'e
    Sebuah Jamaah yang berjuang untuk : 1.       Mengembalikan manusia pada penghambaan kepada Allah swt semata-mata. 2.       Mengemba...
  • Bijaksana Dalam Menyikapi Perbezaan
    Perbezaan pendapat di tengah-tengah kehidupan manusia adalah suatu perkara yang lumrah dan tidak dapat dielakkan.  Setiap orang mener...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Mutiara Hikmah Para Duat
  • Wawancara Isteri Bakal Presiden
    Semakin besar harapan Dr. Muhammad Mursi untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya presiden pertama  secara bebas di Mesir, semakin ramai...

Arkib

  • ▼  2017 (1)
    • ▼  April (1)
      • Mutiara Hikmah Para Duat
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger