Dalam kehidupan
seharian, kita sering menyaksikan berbagai perkara yang tidak sesuai dengan
nilai-nilai keimanan di mana banyak kerosakan, penyimpangan dan kejahatan yang berlaku
setiap hari di depan mata kita.
Sebagai aktivis dakwah,
kita seharusnya mempunyai keinginan yang amat kuat untuk mengubah seluruh keadaan
yang tidak baik dan menyimpang tersebut lalu mengarahkan kepada nilai-nilai
keimanan dan kesolehan.
Namun, persoalan dakwah bukan semata-mata bagaimana kita menghilangkan kemaksiatan atau bagaimana menghapuskan kemungkaran tersebut. Lebih dari itu, yang perlu diusahakan dalam proses dakwah adalah menghadirkan alternatif yang lebih baik dan lebih layak bagi kehidupan masyarakat.
Namun, persoalan dakwah bukan semata-mata bagaimana kita menghilangkan kemaksiatan atau bagaimana menghapuskan kemungkaran tersebut. Lebih dari itu, yang perlu diusahakan dalam proses dakwah adalah menghadirkan alternatif yang lebih baik dan lebih layak bagi kehidupan masyarakat.
Dengan yang demikian,
kemanfaatan dan sumbangan dari dakwah dapat dirasakan secara nyata oleh
masyarakat.
Aktivis dakwah tidak
hanya melarang dan mencegah, namun juga mampu memberikan alternatif penyelesaian.
Ramai manusia yang berkubang dalam kehidupan yang buruk di sebabkan oleh tekanan keadaan dan persekitaran.
Ramai manusia yang berkubang dalam kehidupan yang buruk di sebabkan oleh tekanan keadaan dan persekitaran.
Mereka memerlukan jalan
penyelesaian yang nyata untuk keluar dari keburukan tersebut dan bukan
semata-mata dilarang dan apalagi dimarahi dan diperlekehkan akan maruah diri
mereka, namun tanpa ada penyelesaian yang bererti.
Masyarakat
memerlukan jalan penyelesaian agar mereka mampu memiliki kehidupan yang lebih
sesuai dengan nilai-nilai keimanan.
Sebagai seorang pendakwah, kita hendaklah memahami
bahawa tujuan kita diciptakan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah swt.
Di antara ‘Ubudiyyah’ kita
kepadaNya ialah dengan melahirkan ketaatan kita kepadaNya.
Dakwah dan ‘Amru
bil Ma’ruf wa An-Nahyu ‘An Al-Munkar’ merupakan salah satu daripada
tanggungjawab dan tugas setiap muslim.
Oleh yang demikian, seseorang hamba Allah swt
perlulah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah swt, semata-mata kerana Allah
swt dan bukan untuk mendapatkan :
a. Habuan dari keduniaan.
b. Kemasyhuran.
c. Kedudukan di sisi manusia.
Dalam setiap amalan, ikhlas merupakan sifat yang
paling penting dalam memastikan amalan kita diterima oleh Allah swt.
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad) : “Upah apa pun yang
aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha
Mengetahui segala sesuatu.”
(QS Saba’ : 47)
(QS Saba’ : 47)
Sebagai seseorang muslim, hendaklah kita sentiasa
menghindarkan diri dari sikap ‘ujub’ dalam setiap amalan
termasuklah dalam berdakwah.
‘Ujub’ ialah satu sifat di mana kita :
1. Merasa seronok dengan diri sendiri.
2. Merasa diri sendiri baik.
3. Menisbahkan kebaikan tersebut kepada diri kita
sendiri.
‘Ujub’ merupakan salah satu sifat yang paling tercela
kerana seseorang yang menisbahkan kebaikan kepada diri sendiri seolah-olahnya
mengkufuri nikmat Allah swt kepadanya, kerana pada hakikatnya, Allah swtlah
yang menjadikannya sebagai seorang insan yang baik dan mengizinkannya untuk
berdakwah di jalan Allah swt.
Jika bukan kerana keizinan dan kehendak Allah swt,
niscaya seseorang itu tidak mampu mentaatiNya, kerana tiada daya dan kuasa
melainkan dengan keizinan Allah swt dan dariNya.
Hayatilah bahawa, Allah swtlah mentakdirkan kita sebagai
seorang pendakwah dan apabila kita diberi nikmat ketaatan, maka bersyukurlah
kepada Allah swt yang menjadikan kita sebagai seorang yang taat dan rendah
dirilah di hadapanNya, sambil menyalahkan diri sendiri dan merasakan bahawa
amalan kita tidak sempurna.
Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud:
“Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan
rahmat-Nya kepada kamu, niscaya tidak ada seorang pun dari kamu yang bersih
(dari perbuatan keji dan mungkar).” (QS An-Nur : 21)
Adab ini amat penting bagi seseorang muslim,
apatah lagi sebagai seorang pendakwah yang mengajak manusia kepada jalan Allah
swt.
Janganlah menisbahkan kebaikan yang dilakukan
kepada diri sendiri kerana ia merupakan pintu kepada ‘takabbur’ yang menyebabkan Iblis, yang pernah merupakan
ketua para malaikat, menjadi selaknat-laknat makhluk di sisi Allah swt.
Marilah kita jadikan diri Rasulullah saw sebagai
contoh yang paling agung di mana Rasulullah saw sentiasa mempamerkan sikap
rendah diri, walhal Baginda sawlah yang merupakan sebaik-baik manusia.
Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim dan
pendakwah, kita perlulah juga mengikuti sifat ‘tawadhu’ Rasulullah saw tersebut khususnya dalam berdakwah.
Hindarkanlah dari sifat ‘takabbur’ yang merasakan diri lebih baik dari orang lain.
Apabila kita melakukan usaha ‘Amru
bil Ma’ruf wa An-Nahyu an Al-Munkar’, maka lakukanlah dengan merasakan
bahawa setiap orang muslim itu lebih baik dari kita.
Pandanglah orang-orang Islam dengan pandangan rahmah
(kasih sayang) walaupun kepada si pelaku maksiat.
Apabila kita lihat sesuatu maksiat datang dari
seseorang, maka anggaplah pada hakikatnya orang itu lebih baik dari kita dan
dia pada hakikatnya sempurna akhlaknya, melainkan hanya satu maksiat tersebut
sahaja yang mengurangkan kesempurnaannya.
Oleh yang demikian, kita akan menasihatinya atas
dasar memberi cadangan untuk lebih menyempurnakan dirinya tanpa merasakan diri
kita lebih baik darinya.
Sebaliknya, kita perlu merasakan diri kitalah yang
lebih buruk darinya, kerana boleh jadi orang yang melakukan maksiat tersebut,
hanya melakukan satu maksiat sahaja (iaitu maksiat yang kita nampak dia lakukan
tersebut), sedangkan kita ini pula, walaupun tidak melakukan maksiat yang
dilakukannya, masih banyak lagi maksiat-maksiat lain yang dilakukan oleh kita
yang disembunyikan oleh Allah swt dari manusia.
Dengan rasa keinsafan ini, budaya nasihat akan
penuh dengan bunga-bunga ukhuwah, apabila setiap individu muslim merasai orang
yang dinasihatinya sebenarnya lebih baik dari dirinya.
Oleh yang demikian, nasihat akan lebih berbentuk
mesra, kerana ianya berbentuk cadangan ke arah kesempurnaan dan BUKAN :
a. Kritikan ke arah menghina.
b. Merendahkan kedudukan seseorang.
Janganlah kita merasakan diri kita sebagai
pendakwah kerana diri kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain,
tetapi sebaliknya, berdakwahlah kerana kita rasakan bahawa, ianya sebagai satu
tanggungjawab ke atas setiap individu muslim yang disarankan oleh Allah swt
agar saling nasihat-menasihati antara sesama muslim, bukan atas dasar kita
lebih soleh dari orang lain.
Imam As-Sya’rani rahimahullah menegaskan adab ini
dalam buku ‘Al-Bahr Al-Maurud’
dan menyatakan bahawa adab inilah yang asasi dalam berjalan menuju Allah swt.
Di antara ciri-ciri seorang pendakwah yang rabbani
ialah memiliki iman dan aqidah yang sempurna.
Ini adalah kerana :
1. Keimanan.
2. Keyakinan kepada Allah swt.
3. Kefahaman yang sebenar tentang hakikat sesuatu.
4. Kemantapan aqidah Islamiyah.
merupakan kekuatan yang paling utama dalam
menempuh ranjau di sepanjang jalan dakwah.
Seorang pendakwah perlulah beriman kepada Allah swt
dengan sebenar-benar iman, justeru mentahqiqkan makna ‘muraqabah’ dalam diri, merupakan nadi ‘ihsan’ seseorang muslim.
Dia hendaklah sentiasa :
a. Merasai kehadiran Allah swt di sisinya.
b. Merasai Allah swt yang sentiasa mengawasi dan
memerhatikannya.
c. Merasai kebersamaan Allah swt yang sentiasa
memberi rahmat kepada para hambaNya yang berdakwah di atas jalanNya.
Selain itu, dia juga perlulah mendapat kefahaman
yang sempurna mengenai hakikat di sebalik sesuatu, di mana, dia perlulah
menghayati konsep :
“Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah swt.”
Oleh yang demikian, dia akan memahami bahawa
dakwah dan usaha ‘islah’ yang
dilakukannya sebenarnya tidak memberi kesan kepada perubahan, tetapi sebaliknya
Allah swtlah yang Maha Berkuasa dalam memberi kesan perubahan, samada dengan
perantaraan usaha dakwah kita ataupun tanpa perantaraan tersebut.
Oleh yang demikian, kita berdakwah sekadar
menunaikan perintah Allah swt ke atas kita dan kita akan sentiasa faham bahawa,
Allah swt tidak memerlukan dakwah kita untuk mengubah masyarakat Islam, tetapi
kitalah yang memerlukan usaha dakwah tersebut sebagai ‘taqarrub’ (jalan mendekatkan diri) kita kepada Allah swt.
Adapun natijah dari dakwah tersebut, bukanlah di
dalam bidang tugas kita. Apa yang penting, Allah swt menyuruh kita melakukan
sesuatu secara terbaik, oleh yang demikian, kita juga berdakwah secara terbaik,
untuk melaksanakan perintah Allah swt.
Apabila seseorang memahami hakikat ini, maka dia
akan :
1. Lebih pasrah.
2. Berlapang dada.
3. Tenang.
4. Bersabar.
dalam usaha dakwah, kerana dia tahu bahawa yang
menyebabkan perubahan sesuatu bukanlah usaha dakwah itu sendiri, tetapi Allah swt.
Usaha dakwah yang dilakukannya hanyalah sekadar
melaksanakan perintah Allah swt sebaik mungkin, dan hanya Dialah yang
menentukan kemenangan atau syahid.
Inilah aqidah Rasulullah saw, takkala Baginda saw
bersabda :
“Walaupun matahari
diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, untuk
memaksa aku meninggalkan urusan dakwah ini, nescaya aku tidak akan
meninggalkannya. Aku akan meneruskannya sehinggalah Allah swt memberi
kemenangan atau menjadikan aku syahid.”
Rasulullah saw sendiri meletakkan natijah dakwah
Baginda saw sebagai urusan mutlak Allah swt, sebagai tanda iman yang mantap dan
melaksanakan dakwah kerana ianya sebagai tugas Baginda saw.
Jadi, Allah swtlah yang menentukan natijah sesuatu
usaha dakwah tersebut, samada mencapai kemenangan atau syahid.
Skop dakwah adalah teramat luas. Oleh yang
demikian, seseorang perlu berdakwah di lapangan yang sesuai dengan tahap ilmu
dan akal yang dimilikinya. Perkara ini amat penting khususnya dalam
membentuk pengagihan bidang tugas dalam sesuatu pergerakan ‘tajdid’ dan ‘islah’.
Setiap orang perlulah
menyampaikan apa yang diketahuinya, dan banyak bertanya tentang apa yang tidak
diketahuinya. Jika dia masih belum sampai ke tahap ‘ijtihad’, atau sekurang-kurangnya menguasai bidang
ilmu agama yang mantap, maka seelok-eloknya dia menjauhi perbahasan-perbahasan
yang cabang dan tinggi, seperti masalah-masalah bid’ah dan sebagainya.
Selain itu juga, seorang pendakwah
perlulah sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan terus belajar dan menuntut
ilmu, terutamanya dalam bidang agama dari sistem pendidikan agama yang memang
dipercayai seperti sistem ber’talaqqi’
secara bersanad.
Seorang pendakwah mesti
mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu :
a. Untuk menegakkan agama (Iqamatuddin).
b. Melakukan perbaikan (Islah).
c. Mencegah semua bentuk
kemungkaran.
d. Mengajak manusia
mengamalkan Islam dalam setiap sudut kehidupan mereka.
e. Memurnikan semula umat
Islam dengan mengembalikan mereka kepada identiti Islam yang sebenar.
Seseorang pendakwah perlulah pandai membezakan
antara yang ‘Usul’ dan yang ‘furu’ dalam agama, agar
mereka tidak terjebak dalam kancah pembaziran waktu dengan menyibukkan diri
berdebat mengenai perkara-perkara ‘furu’
(yang sememangnya merupakan satu lapangan yang banyak perselisihan pendapat dan
tidak perlu berdebat) dan mengabaikan perkara-perkara ‘usul’.
Perkara ini memang banyak berlaku di dalam realiti
masyarakat Islam hari ini, khususnya di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam yang
sibuk membincangkan perkara-perkara ‘furu’,
padahal mereka tidak lagi layak untuk
membincangkan perkara tersebut berdasarkan kecetekan ilmu mereka, apatah lagi
bersikap bantah-membantah sehingga membawa ke tahap menuduh seseorang itu
melakukan bid’ah.
Hal ini amat dikesali oleh para ulama’ dan pendakwah
termasuklah Imam Hasan Al-Banna sendiri.
Gagasan idea ‘Usul
20’ Imam Hasan Al-Banna sendiri adalah hasil dari pertembungan
antara dua pihak yang mana, salah satunya menuduh pihak kedua sebagai pelaku
bid’ah dan sebagainya.
Oleh yang demikian, Imam Hasan Al-Banna cuba
menampilkan satu pelan damai dalam meredakan peperangan pemikiran antara
kedua-dua pihak tersebut.
Begitu juga, budaya mengutamakan ‘furu’ dari ‘usul’ ini turut dikritik dan dibidas oleh Dr. Yusuf
Al-Qardhawi dalam pelbagai penulisan beliau, samada secara jelas mahupun secara
sindiran.
Perkara-perkara seperti membid’ahkan amalan yasiin
pada malam Jumaat, membid’ahkan tahlil arwah dan sebagainya sebenarnya satu
perkara yang ‘furu’ dan hanya
berkaitan dengan perkara-perkara ‘khilafiyah’
kerana pihak yang mengamalkannya juga mengambil hujah dari kefahaman mereka
terhadap dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah juga.
Oleh yang demikian, tidak timbul soal
bid’ah-membid’ahkan dalam perkara-perkara furu’ tersebut.
Seorang pendakwah yang menyedari bahwa dirinya
sendiri bukanlah yang terbaik, akan terdedah untuk menerima teguran, kritikan
dan nasihat kerana dia menyedari bahawa, dia juga selaku manusia yang serba
kekurangan, perlu dinasihati oleh orang yang lain juga, kerana kadang-kadang, keaiban
yang kita tidak nampak pada diri kita oleh diri kita sendiri, dapat dilihat
oleh orang lain. Teguran dari saudara yang ikhlas juga merupakan hadiah darinya
buat kita yang perlu dihargai.
Seorang pendakwah perlulah berbaik sangka terhadap
sesama muslim, apatah lagi bersifat sedaya-upaya menganggap orang lain lebih
baik dari kita. Ini kerana, sifat ini merupakan kunci kekuatan Ukhuwah Islamiyah.
Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa :
“Jika seseorang muslim itu
berkata dengan satu lafaz yang mendatangkan 70 makna yang membawa kepada syirik
dan membawa 1 takwil yang bersesuaian dengan syariat, maka pakailah ta’wil
tersebut sebagai usaha husnu zhan sesama muslim.”
Ini kerana, hanya Allah swtlah yang Maha
Menghukum, sedangkan kita sebagai para hambaNya merupakan para penyeru manusia
kepadaNya.
Jadi, apa yang dimaksudkan oleh seseorang dari
perkataan mereka, cukuplah Allah swt yang menghukumnya, dan kita cubalah
sedaya-upaya mentakwilkannya dengan menyesuaikannya dengan syara‘, selagi ada
ruang untuk itu.
Janganlah mengkritik seseorang kerana sifat benci
kepadanya dan bersifat mencari kesalahan orang lain walaupun orang itu cuba
mencari kesalahan kita. Sesungguhnya, sifat umat Islam ialah rahmatan lil ‘alamin (sebagai
satu rahmat buat sekalian alam).
Janganlah cuba mencari-cari aib orang lain,
sebaliknya sembunyikanlah aib seseorang jika kita mengetahuinya, dari orang
lain, agar Allah swt menyembunyikan aib kita dari orang lain di dunia dan di
akhirat.
Sesungguhnya, jamaah-jamaah, kumpulan organisasi serta
pertubuhan-pertubuhan dakwah dan islah
yang pelbagai, tidak boleh dijadikan alasan untuk mewujudkan budaya
berpuak-puak kerana seluruh umat Islam adalah bersaudara.
Walaupun berbeza manhaj, tetapi seluruh golongan tajdid ini membawa matlamat
yang satu, iaitu untuk memurnikan semula umat Islam.
Jadi, tidak perlu wujud satu bentuk berpuak-puak
atau jamaah centric kerana jamaah-jamaah
dan pertubuhan-pertubuhan tersebut hanyalah alat untuk menyampaikan dakwah,
bukanlah matlamat dakwah itu sendiri.
Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau
kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang pendakwah yang baik. Ini kerana, jalan
dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi
segala kesukaran yang dihadapi.
Rasulullah saw berada di Makkah selama 13 tahun
untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti.
Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh
kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang
dihadapi oleh Rasulullah saw, ternyata kita berada amat jauh di belakang.
Ketabahan dan istiqamah inilah yang merupakan
kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah swt.
Firman Allah swt :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang
berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum
lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam
perjuangan)?. (QS Ali-Imran : 142)
Sebenarnya, di sebalik pelbagai ujian dan musibah
yang melanda, di sepanjang jalan dakwah dan kehidupan, ada mengandungi pelbagai
rahsia kelembutan Allah swt yang difahami oleh mereka yang dekat dengan Allah swt.
Bersungguh-sungguh
yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan
peperangan.
Ini
dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara
yang baik (amar ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara
yang mendatangkan kemurkaan Allah (nahi mungkar).
Ini adalah kerana, Allah swt amat menyukai seseorang yang
bersungguh-sungguh dan beristiqamah dalam melakukan sesuatu amal kebaikan dan
ketaatan, apatah lagi dalam usaha dakwah yang merupakan salah satu ibadah yang
paling tinggi kedudukannya dalam Islam.
Baginda Rasulullah saw mengingatkan lagi dengan
sabda baginda :
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat
hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”
Rasulullah saw menjelaskan secara langsung dengan
sabda baginda :
“Engkau
memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai
musuh dapat bolos daripada penjagaanmu.”
Sebagi seorang muslim dan pendakwah yang sejati, kita
mestilah berakhlak dengan akhlak-akhlak ‘mahmudah’ dan meninggalkan sebarang
akhlak-akhlak ‘mazmumah’, kerana ia merupakan teras kebahagiaan seseorang
dalam mencapai redha Allah swt.
Akhlak yang mulia merupakan satu gambaran
kesempurnaan Rasulullah saw yang sentiasa hidup dalam jiwa seseorang insan yang
beriman, di mana seseorang yang berakhlak mulia dari sudut rohani mahupun
jasmani, bererti dia sentiasa bersama dengan Rasulullah saw dan Rasulullah saw
hidup di dalam kehidupannya secara keseluruhannya.
Kebersamaan dengan Rasulullah saw dalam konteks
adab dan akhlak merupakan satu nilai kemuliaan hidup yang utama di dalam
menempuh hari-hari yang mendatang selaku hamba Allah swt di atas muka bumi ini,
justeru, ianya juga merupakan satu pakej lengkap bagi seseorang pendakwah dalam
menyampaikan dakwahnya kepada orang lain.
Ini kerana, ‘dakwah
bil hal’ (dakwah dengan menunjukkan contoh yang baik) itu lebih memberi
kesan positif kepada sasaran dakwah, berbanding ‘dakwah bil maqal’ (dakwah
dengan perkataan).
Namun, ikhlaslah dalam berakhlak mulia dan janganlah
seseorang itu berakhlak mulia kerana ingin dirinya dicontohi oleh orang lain
atau kerana ingin dakwahnya didengari oleh orang lain, tetapi sebaliknya,
berakhlaklah dengan akhlak Nabi saw kerana cintakan Allah swt dan RasulNya saw
dalam konteks ketaatan kepada keduanya.
Ada beberapa kunci yang perlu
kita perhatikan dalam melaksanakan dakwah melalui interaksi di tengah-tengah
masyarakat.
KUNCI PERTAMA :
Hendaklah kita dapat
memposisikan setiap orang sesuai dengan kedudukannya dan dengan bahasa yang
digunakan oleh mereka, sebagaimana sabda Rasulullah saw :
“Ajaklah manusia dengan bahasa kaumnya dan ajaklah manusia sesuai
dengan kemampuan berfikir mereka.”
KUNCI KEDUA :
KUNCI KEDUA :
Hendaklah kita mampu
meyakinkan masyarakat bahwa kita adalah orang yang tidak pernah ragu untuk
berkorban apabila diperlukan. Bekerjalah, agar masyarakat merasakan bahwa
keberadaan kita amat bermanfaat bagi mereka, sebagaimana ungkapan Imam Hasan Al
Banna :
“Kegemaran kami adalah berkorban untuk masyarakat. Dan kita telah
ditakdirkan untuk memenuhi kepentingan masyarakat.”
KUNCI KETIGA :
KUNCI KETIGA :
Hendaklah kita sentiasa
berlapang dada terhadap kejahilan mereka seperti berlapang dadanya orang tua
terhadap kesalahan anaknya.
Sikap lapang dada ini perlu
kita tunjukkan dengan cara tidak mempersoalkan perkara-perkara yang tidak
menyenangkan pada diri mereka, mudah memaafkan, serta gemar mendoakan.
“Tidakkah engkau ingin Allah mengampuni setiap kesalahanmu”. (QS An-Nur
: 22)
KUNCI KEEMPAT :
Hendaklah kita menunjukkan
sikap atau perilaku santun dan lembut (Liin) kerana kelembutan dan kehalusan
adalah hiasan yang berlaku di manapun dan untuk siapa sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
“Tidak ada kelembutan pada sesuatu kecuali menjadi penghias, dan tidak
dicabut dari sesuatu kecuali menjadikannya buruk“.
Keempat-empat kunci
interaksi tersebut InsyaAllah akan menjadi “mafaatih “ atau kunci-kunci pembuka
hati kerana kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan lingkungan melalui pintu
hati mereka sebagaimana dalam kaidah dakwah dinyatakan :
“Rebutlah hati mereka dahulu sebelum mengharapkan dukungan mereka”.
Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan ketinggian
keperibadian sehingga kami mampu menarik manusia di sekeliling untuk kembali ke
jalanMu yang lurus. Kurniakanlah kepada kami kunci-kunci pembuka supaya dengan
itu menjadi wasilah untuk Engkau membuka pintu hati nurani manusia dan
meneranginya dengan keyakinan yang teguh kepadaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS