Jika kita
renungkan secara teliti, tidak semua nikmat yang dikurniakan kepada kita secara
kasarnya mampu mengalirkan kebahagiaan kepada kita, bahkan kadang-kadang kita
perlu menghadapinya dengan penuh kesesalan dan menangisi pemergiaannya dari
kehidupan kita.
Nikmat-nikmat
tersebut boleh jadi :
1. Jawatan
yang disandang.
2. Berbagai
kesenangan yang kita kecapi.
3. Sahabat
yang menemani hari-hari dalam kehidupan kita.
4. Kesihatan
yang begitu akrab menyapa kita.
5. Isteri
yang sentiasa mendampingi hidup kita.
6. Anak-anak
yang menjadi penyejuk hati kita.
Firman
Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman,
sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh
bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan
tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian
(bagimu), di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (QS At-Taghabun : 14-15)
Ketika
nikmat-nikmat yang tersebut di atas :
a. Tidak
menjadi inspirasi bagi kita untuk mengukir kebaikan.
b. Tidak
dapat menabur kebajikan.
c. Tidak
mampu menggandakan amal soleh.
d. Tidak
membantu kita menjadi peribadi yang soleh dan berbudi pekerti mulia.
Bahkan
kemungkinan nikmat-nikmat tersebut :
1. Menyebabkan
kita terperosok dan terjatuh pada perbuatan dosa.
2. Menyeret
kita untuk melakukan maksiat.
3. Menyebabkan
kita terpeleset dari jalan yang diridhai-Nya.
Maka
kemungkinan untuk menyingkirkan nikmat tersebut dari hidup kita, justeru lebih
baik untuk dunia dan akhirat kita. .
JAWATAN YANG MEWARISKAN KEHINAAN
Kekuasaan dan jawatan
yang kita sandang, boleh menjadi jalan yang terbentang luas untuk :
a. Mengukir
prestasi kebaikan dan amal soleh dalam kehidupan kita.
b. Menolong
orang-orang yang lemah.
c. Membantu
mereka yang dalam kesulitan.
d. Membenteras
kemiskinan dari tengah-tengah masyarakat.
e. Mencegah
perilaku zalim dan menolong manusia yang teraniaya.
f. Mengajak
umat untuk beramar ma’ruf dan nahi munkar.
g. Mengajak
masyarakat menciptakan masyarakat madani yang bermartabat.
h. Membuka
punca-punca rezeki bagi mereka yang buntu mencari pekerjaan.
Namun,
jika kekuasaan dan jawatan justeru membuat kita :
1. Lupa
diri.
2. Hanya
berfikir untuk memperkaya diri.
3. Melupakan
nasib dan penderitaan rakyat.
4. Menyeret
kita kepada perilaku zalim terhadap sesama manusia.
5. Menindas
yang lemah.
6. Membuat
jarak dengan masyarakat awam.
7. Menutup
mata dan telinga dalam menghadapi keruntuhan moral yang melanda masyarakat kita.
Maka
menjadi rakyat jelata, warga biasa di samping memakai baju sederhana jauh lebih
mulia daripada menyandang kekuasan dan jawatan, tapi menjauhkan kita dari
rahmat Allah swt.
HARTA BENDA YANG TERBUANG UNTUK MAKSIAT
Harta benda
merupakan kurniaan Ilahi yang perlu kita syukuri keberadaannya di sisi kita.
Dengan harta, kita boleh membuka pintu gerbang syurga yang seluas langit dan
bumi.
Banyak
beban syari’at dan peluang kebaikan yang boleh kita angkat dan isi hanya dengan
harta benda milik kita seperti zakat, sedekah dan ibadah haji, menyantuni
anak-anak yatim, orang kurang upaya dan para janda yang menanggung bebanan
hidup, menyekolahkan anak-anak yang tidak mampu, memberi modal bagi orang-orang
yang memerlukan, membuka peluang pekerjaan bagi para penganggur dan seterusnya.
Tapi,
jika dengan harta justeru :
a. Membuatkan
kita lupa dengan tugas-tugas kita sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya di
permukaan bumi.
b. Membuatkan
kita sombong dan takabur terhadap sesama manusia.
c. Membuka
jalan menuju dosa dan maksiat.
d. Mendorong
kita untuk mengecap kenikmatan yang diharamkan.
e. Menjadikan
kita buta dan tuli dari peringatan Allah swt.
Maka
pada saat itu, ketiadaan harta dan terlepasnya harta dari genggaman kita, lebih
baik akibatnya samada di dunia kini, mahupun di akhirat kelak.
SAHABAT YANG TIDAK MEMENUHI HAK-HAK SAUDARANYA
Siapakah yang tidak
merindukan sahabat dalam merentasi perjalanan hidup di dunia fana ini.
Merekalah yang :
1. Menguatkan
kita di saat kita lemah.
2. Menunjukkan
jalan kepada kita di saat kita khilaf.
3. Mengingatkan
kita di saat kita lupa.
4. Membangunkan
kita saat kita terlelap.
5. Membangkitkan
kita saat terjatuh.
6. Membantu
kita taat kepada Allah swt.
7. Setia
menemani kita dalam mendaki puncak ubudiyah.
8. Memberi
inspirasi kepada kita untuk sentiasa berjuang di atas jalan Allah.
9. Membantu
kita sabar dalam menghadapi ujian hidup.
10. Memperkukuh
pijakan kaki kita dalam menghadapi mihnah-Nya.
Namun,
jika yang berlaku adalah sebaliknya di mana sahabat tersebut justeru :
a. Menyeret
kita melanggar jalan-jalan-Nya.
b. Memberatkan
beban dan mengganggu perjalanan kita menuju Allah swt.
c. Menghalang
pendakian kita menuju puncak ubudiyah.
d. Membuka
tabir aib dan kelemahan kita di hadapan orang lain.
e. Mencemarkan
nama baik kita.
Maka,
ia ibarat :
1. Musuh
dalam selimut.
2. Duri
dalam daging.
3. Gunting
dalam lipatan.
4. Musang
berbulu ayam.
Hidup
dengan sahabat seperti ini, seumpama menggenggam bara api yang panas membakar
kulit di mana :
a. Tiada
kebahagiaan di sana.
b. Tiada
keceriaan di wajah kita.
c. Hidup
terasa hampa dan gersang.
Apa
gunanya kita memiliki sahabat, jika ia hadir hanya sekadar mengajak kita
menuruni lembah neraka dan bukan membimbing kita menaiki tangga-tangga
kebahagiaan dan kenikmatan syurga yang abadi? Maka, biarkanlah ia menghilang
dari kehidupan kita.
SIHAT YANG TIDAK MENGGERAKKAN JASAD KITA UNTUK MENUNAIKAN
KEWAJIBAN DAN AMAL SOLEH
Rasulullah saw
pernah berpesan mengingatkan kita dengan sabdanya :
“Ada dua jenis nikmat yang banyak
dilalaikan oleh manusia; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” (HR Bukhari)
Petua
nubuwah ini mengisyaratkan bahwa manusia kerap kali tertipu dengan kesihatan
yang akrab menyapa tubuh dan membuatnya lalai, tidak menjadikannya sebagai
peluang mengukir prestasi ubudiyah di hadapan-Nya.
Faktanya,
manusia akan dihadapkan kepada persoalan berikut :
1. Jika
kita tidak mempergunakan sihat kita untuk mengukir kebaikan, maka kejahatan
yang akan tercipta.
2. Jika
sihat tidak menyibukkan kita untuk berbuat kebajikan, tentu dosa dan maksiat
yang akan diperbuat.
3. Jika
sihat tidak menjadikan kita bergabung dengan kafilah para pejuang kebenaran,
maka kita akan menjadi pengibar panji kebatilan dan masuk ke gerbang para
pecundang.
Jika
demikian, maka kelemahan fizikal dan pelbagai warna penyakit yang menyapa tubuh
kita, yang mampu menyedarkan kita pada hakikat jatidiri kita sebagai hamba
Ilahi dan tunduk dan patuh terhadap peraturan-Nya. Maka hal itu lebih baik
akibatnya, untuk masa depan kita di akhirat sana daripada sihat dan memiliki kekuatan
fizikal yang mampu menjerumuskan kita ke lembah yang hina.
Abu
Zar Al Ghifari ra pernah berkata :
“Sesungguhnya kefakiran lebih aku sukai
daripada kekayaan. Dan aku lebih menyukai sakit menyapa tubuhku daripada sihat
yang melalaikanku.”
ISTERI YANG MENCIPTAKAN NERAKA JAHIM DALAM KELUARGA
Tujuan mulia
yang ingin kita raih dari perkahwinan adalah wujudnya ketenangan batin dan
kebahagiaan hidup.
Hal ini
tercermin dari firman Allah swt :
“Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isterimu dari jenismu sendiri supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” (QS Ar-Rum : 21)
Isteri
adalah sayap kiri bagi sang suami. Ertinya seekor burung sekuat dan sehebat apapun
ia, tidak akan dapat terbang ke angkasa dan melintasi awan dan samudera
kehidupan tanpa kepakan kedua sayapnya, sebelah kanan dan kiri.
Demikian
pula dengan kita, kaum laki-laki. Tanpa kehadiran kaum hawa (isteri) :
a. Hidup
kita terasa sepi dan sunyi walaupun kita hidup di tengah dunia yang gegak
gempita.
b. Kebahagiaan
akan padam walaupun kita bergelimang dengan harta.
c. Hidup
menjadi tidak menentu walaupun sumber rezeki secara rutinnya menyapa kita
setiap akhir bulan.
d. Bekerja
pun tidak bersemangat.
e. Aktiviti
terasa hambar.
f. Ibadah
tidak membekas di hati ibarat jasad tanpa ruh.
g. Kenikmatan
dunia seolah-olah sirna tidak berbekas.
h. Hidup
seperti tanpa warna, hitam kelam tanpa corak.
i.
Gula yang manis terasa sepahit hempedu.
j.
Luka-luka kehidupan terasa perit menganga, pedih dan
mendera tubuh.
Namun,
adakalanya kehadiran sang isteri yang sudah barang tentu jauh dari profil seorang
mukminah, solehah, yang taat, yang beribadah dan yang senada dengan itu boleh
membuatkan kehidupan kita semakin gelap, kelam dan kelabu. Ia ibarat makhluk
yang memakan hati kita. Gerak-geri dan perilakunya tidak ada yang membuatkan
kita bahagia. Rapuh keperibadiannya dan lemah pijakan kakinya.
Teguran
dan nasihat yang kita berikan, tidak mampu merubah sikapnya. Jika kita diamkan
justeru membuatkan ia berleluasa berbuat apa sahaja sesuka hatinya. Peringatan-peringatan
Allah dan Rasul-Nya, juga tidak
diindahkannya. Ibadah dan kewajibannya, dia abaikan.
Isteri
semacam ini akan menciptakan neraka sebelum neraka. Neraka di dunia sebelum
neraka di akhirat.
Ketika
tiada lagi jalan untuk sampai kepada titik temu dan ikatan perkahwinan semakin
sukar dipertahankan dan jika dipertahankan justeru akan memakan banyak korban.
Ketika berbagai usaha tidak membuahkan hasil, maka pada saat itu Islam membuka
pintu perceraian, sebagai penyelesaian terbaik bagi keluarga yang berada dalam ‘neraka’
umpama ‘Baiti Nari’, rumahku adalah neraka bagiku.
Mungkin,
biarkanlah ia pergi dari kehidupan kita. Barangkali Allah swt akan menggantikan
dia dengan wanita terbaik untuk kita.
Ya
Rabb, jadikanlah pakaian jawatan yang kami kenakan menjadi pakaian taqwa kerana
ia adalah sebaik-baik pakaian yang dikenakan oleh Hamba-Mu.
Ya
Rabb, berikanlah petunjuk-Mu, agar kami dapat menjadikan harta benda yang berada
di tangan kami dan bukan di hati kami. Serta jadikanlah ia sebagai mahar untuk
menggapai syurga-Mu.
Ya
Rabb, jadikanlah sahabat-sahabat di sekeliling kami menjadi sahabat yang
membimbing kami menjejaki tangga-tangga syurga dan menjadi pengingat bagi kami
akan tipu daya dunia yang akan menggelincirkan kami ke jurang neraka.
Ya
Rabb, bimbinglah kami agar sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang Engkau kurniakan
kepada kami dan menjadikan kami lebih giat dan bersemangat untuk mendaki puncak
ubudiyah dan mengibarkan panji-panji-Mu.
Ya
Rabb, jadikanlah isteri kami penyejuk mata hati kami. Membantu kami untuk sentiasa
mentaati-Mu dan menjadi obor perjuangan di atas jalan yang Engkau ridhai.
Ameen Ya Muujibas
Saailiin.
WAS