Perkataan Islam secara etimologinya adalah berasal dari perkataan Arab yang
membawa pengertian patuh, tunduk, selamat, damai dan sejahtera.
Dengan kata lain, Islam juga dapat diertikan sebagai menyerah penuh,
yakni tunduk kepada petunjuk dan peraturan Allah.
Secara Terminologinya pula, Islam adalah tunduk dan patuh serta menyerah
diri dengan sepenuh hati kepada Allah swt dengan mengakui kebesaran dan
keagungannya di samping melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya. Selain
itu, Islam juga bermaksud suatu cara hidup yang lengkap meliputi seluruh aspek
kehidupan.
PENGERTIAN RAHMATAN
Perkataan ‘Rahmatan” berasal dari bahasa Arab iaitu yang bermaksud
kasihan belas Allah swt kepada makhluknya atau kebaikan yang dikurniakan oleh
Allah swt kepada makhluknya.
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu
(Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QS Al-Anbiyaa
: 107)
Dari ayat di atas dapat diketahui bahwa Nabi Muhammad saw diutuskan oleh
Allah swt untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.
PENGERTIAN LIL A’ALAMIIN
Perkataan “Al-Alamin” adalah berasal dari perkataan bahasa Arab (alam) iaitu
yang dijama’kan menjadi “Al-Alamin” yang bererti alam
semesta yang mencakupi bumi beserta segala isinya.
Maka, yang dimaksudkan dengan “Islam Rahmatan Lil’alamin” adalah
Islam yang
kehadirannya di tengah-tengah kehidupan masyarakat mampu mewujudkan
kedamaian dan kasih sayang bagi manusia mahupun alam.
Rahmat Allah yang bernama Islam meliputi seluruh dimensi kehidupan
manusia. Allah telah mengutus Rasul-Nya sebagai rahmat bagi seluruh manusia
agar mereka mengambil petunjuk Allah dan tiada siapa akan mendapatkan
petunjuk-Nya, kecuali mereka yang bersungguh-sungguh mencari keridhaan-Nya.
Islam melarang manusia melakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap
makhluk Allah sebagaimana kita lihat sabda Rasulullah saw sebagaimana yang
terdapat dalam riwayat Imam Al-Hakim,
“Siapa yang dengan
sewenang-wenangnya membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil darinya,
maka Allah akan meminta pertanggungjawaban kepadanya”.
Dengan haiwan sahajapun, kita tidak boleh melakukan dengan sewenang-wenangnya
apalagi jika dengan sesama manusia.
Bayangkan jika setiap orang Islam memahami dan mengamalkan ajaran Islam
maka dunia akan terasa damai dan tidak akan berlaku berbagai penderitaan.
Namun, semua itu belum dapat diwujudkan.
Di dalam negara yang majoriti penduduknya Islam sahajapun, masih banyak berlaku
kerosakan akhlak dan pelbagai masalah seperti kemiskinan, rasuah, pencabulan
hak, pencurian khazanah negara, pengedaran dan penggunaan dadah dan lain-lain di
mana semua perkara tersebut itu dilakukan bukan hanya oleh orang yang tidak
berpendidikan melainkan dilakukan juga oleh orang-orang dengan tingkatan
pendidikannya yang tinggi.
Sebenarnya, semua kerosakan yang berlaku bukanlah hanya dilihat dari
tingkatan pendidikannya semata-mata melainkan juga kerana orang tidak memahami
dan melaksanakan ajaran agama Islam
secara ‘kaffah’ (masuk ke dalam Islam secara
keseluruhannya meliputi samada zahir mahupun batin).
Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda :
“Orang Islam itu
adalah orang yang di mana orang-orang Islam lainnya selamat dari lidah dan
tangannya, dan orang yang berhijrah (muhajir) adalah orang yang meninggalkan
apa yang dilarang oleh Allah.”
Sudah jelas kepada kita bagaimanakah ciri-ciri orang Islam sebenarnya.
Setiap muslim wajib belajar tentang agamanya.
Dengan itu, kita akan mampu menjadi khalifah yang sebenarnya di bumi Allah sesuai
dengan tujuan diciptakannya manusia, iaitu menjadi rahmat bagi semesta alam.
Sebagai agama “Rahmatan Lil Alamin’, Islam
mempunyai beberapa petanda.
Ada lima (5) petanda Islam
sebagai “Rahmatan Lil Alamin” . Islam menjadi rahmat jika ianya mampu
mendatangkan keamanan dan kedamaian untuk :
1. Benda mati.
2. Tumbuh-tumbuhan.
3. Haiwan.
4. Manusia.
5. Alam ghaib.
Allah swt berfirman :
“Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, maka akan aku tetapkan rahmat-Ku
untuk orang-orang yang bertaqwa, menunaikan zakat, dan orang-orang yang beriman
kepada ayat-ayat kami.” (QS Al A’raf : 156)
Selain itu, Rasulullah saw juga bersabda melalui beberapa hadithnya :
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas
segala sesuatu, jika kamu membunuh maka berbuat baiklah kepada yang kamu bunuh,
dan jika kamu menyembelih maka berbuat baiklah kepada apa yang kamu sembelih.” (HR Muslim)
“Sayangilah siapa yang ada di bumi niscaya yang di
langit akan menyayangimu.” (HR Tirmizi)
“Kamu belum beriman sebelum kamu menyayangi yang
lain. Para shahabat berkata, “Wahai Rasulullah, setiap kami menyayangi yang
lain,” Baginda bersabda, “Yang aku maksudkan bukanlah kasih sayang salah seorang
di antara kamu kepada sahabatnya tapi kasih sayang yang bersifat umum.” (HR Thabrani)
“Dan setiap hati yang basah (hidup) ada pahala.” (HR Bukhari)
Rasulullah
saw telah menjelaskan bahwa ada perempuan masuk neraka akibat kucing yang dia
buat lapar, tapi ada pula seseorang yang masuk syurga kerana anjing yang
diberinya minum. (HR Bukhari)
Dengan yang demikian, rahmat merupakan salah satu prinsip asasi Islam
dan perkara pertama yang diserukan olehnya.
Ayat-ayat yang awal turun di permulaan dakwah Islam adalah firman Allah
swt :
“Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu
apa jalan yang mendaki lagi sukar itu? (iaitu) memerdekakan hamba dari perhambaan,
atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim yang ada hubungan
kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir.” (QS Al Balad : 11-16)
Ayat-ayat Al Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah saw tersebut membuat suatu
seruan untuk mewujudkan kasih sayang dengan menyebutkan beberapa amal yang
didorong oleh adanya rahmat dan kasih sayang pada mereka yang melakukannya.
Selain itu juga, ianya menyebutkan tentang keselamatan pada saat yang genting
yang akan diraih oleh mereka yang memiliki sifat-sifat tersebut.
“Apakah yang menjerumuskan kamu ke Neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami
dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat dan kami tidak (pula)
memberi makan orang miskin.” (QS Al Muddattssir : 42-44)
Memberi makan kepada fakir miskin, pendorongnya adalah rahmat dan kasih sayang
sedangkan orang yang enggan memberikannya adalah orang yang telah hilang sifat
kasih sayangnya. Oleh yang demikian, sudah semestinyalah jika ia masuk neraka
Saqar.
Istilah “Islam Rahmatan Lil ‘Alamin”
pada asasnya merupakan penafsiran yang mendalam terhadap Surah Al-Anbiya’ ayat
107 yang menyatakan bahwa Nabi Muhammad saw diutuskan tiada lain melainkan sebagai
rahmat bagi seluruh alam.
Jadi,
pada dasarnya, segala perkara yang berkaitan dengan “Islam Rahmatan Lil Alamin”, rujukannya berpusat pada keperibadian Nabi Muhammad saw.
Untuk
merealisasikan ‘Islam rahmatan lil ‘alamin’,
seorang Muslim wajib memahami dan meneladani keperibadian Nabi Muhammad saw
secara utuh, tidak terpisah iaitu bukan hanya keperibadiannya sebagai Nabi dan
Rasul, bahkan Nabi Muhammad saw memiliki peranan lain sebagai :
a.
Manusia
biasa.
b.
Pemimpin.
c.
Ayah
sekaligus ketua keluarga.
d.
Komandan
perang.
e.
Penegak
hukum.
f.
Pendidik.
Jadi,
1.
Apakah
sebenarnya makna rahmat?
2.
Apakah
rahmat bagi orang mukmin dan kafir itu sama?
Imam Al-Mawardi
dan Imam Ar-Razi menyatakan bahwa perkataan ini mencakupi dua makna :
a.
Hidayah
yang mendorong seseorang untuk taat kepada Allah.
b.
Ditundanya
seseorang dari azab di dunia.
Meskipun
para ulama’ tersebut berbicara pada terminologi mu’min dan kafir, sesungguhnya
jika dihubungkan, akan ada satu garis lurus yang menunjukkan bahwa kedua
golongan itu adalah sama-sama manusia, yang secara fitrahnya mempunyai keadaan
yang sama.
Dalam
hal ini, Rasulullah saw bersabda :
“Tidaklah
seseorang itu dilahirkan kecuali ia berada dalam keadaan fitrah, suci.
Kemudian, Ayahnyalah yang berperanan menjadikannya seorang Yahudi, Nasrani atau
Majusi” (HR Muttafaqun ‘alaih).
Berkaitan
dengan kerahmatan Islam, sepatutnya fitrah manusia itulah yang diutamakan oleh
umat Islam dalam berkongsi kehidupan dengan seluruh penduduk dunia dan bukannya
sikap ‘Superiority’ atau keunggulan suatu kelompok di atas kelompok yang
lain.
Hal ini dapat
kita telusuri dalam perjalanan dakwah Nabi Muhammad saw yang terakam dalam Al-Qur’an
di mana kita mampu memahami nilai-nilai utama dan yang bersifat sejagat dari
ajaran Islam.
Dakwah
Islam hendaklah ditafsirkan secara mendalam sehingga ianya terasa lebih membumi
dan benar-benar dapat dirasai oleh umat manusia di samping yang paling penting,
agama Islam menjadi suatu yang tidak terpisah dalam kehidupan sosial
masyarakat.
Dakwah
Islam, ajarannya serta nilai-nilainya perlu menyentuh urusan-urusan sosial umat
sebagai ‘Ilmu Sosial’ yang berpandukan wahyu yang berpedomankan kepada
tiga konsep :
1.
Kemanusiaan.
2.
Pembebasan.
3.
Ketuhanan.
PERTAMA : KEMANUSIAAN
Kemanusiaan
boleh diertikan dengan ‘memanusiakan manusia’ iaitu menghilangkan
kebendaan, kebergantungan, kekerasan dan kebencian dari manusia.
Kemanusiaan
ini berasal dari konsep ‘Al-Amru
Bil Ma’rūf’ yang diajarkan dalam Islam seperti yang tertera
pada Surah Ali Imran :
“Kamu
adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”
(QS Ali Imran : 110)
KEDUA : PEMBEBASAN
Pembebasan
merupakan bentuk yang konkrit dari ajaran Islam ‘An-Nahyu ‘Anil Munkar’.
Konsep
tersebut dalam pandangan Al Qur’an bererti mencegah kemungkaran iaitu
segala tindakan kejahatan yang merosakkan, yang intipatinya membebaskan manusia
dari segala kejahatan. Oleh yang demikian, perkataan pembebasan tersebut boleh
dikira sangat tepat untuk disejajarkan dengan konsep membasmi kemungkaran itu.
Contoh yang
jelas betapa Islam menerapkan pembebasan bagi masyarakat adalah diharamkannya
riba yang mana perilaku mungkar tersebut pada zaman jahiliyah sangat popular
dilakukan.
Pada
masa itu, apabila seorang peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada masa
yang ditentukan, ia boleh meminta penangguhan masa pembayaran dengan janji akan
membayar dengan jumlah yang berlebihan. Jika ia belum mampu untuk membayarnya pada
masa penangguhan tersebut, ia diperkenankan untuk menangguhkan lagi dengan
perjanjian yang baru pula dengan tambahan jumlahnya lagi, dan demikianlah
berulang-ulang seterusnya.
Sikap
seperti ini disinggung di dalam Al Qur’an bahwa jika seorang peminjam berada
dalam kesulitan, maka hendaklah diberi tangguh hingga ia memperolehi keluasaan
dan menyedekahkan.
Surah
Al-Baqarah ayat 280 secara terang menerangkan perkara itu. Titik pentingnya
adalah penegasan Al Qur’an yang menyatakan bahwa orang yang melakukan riba
adalah seperti syaitan.
Aspek
perumpamaan atau persamaan antara manusia dan syaitan dalam ayat tersebut
adalah perilaku. Ertinya, perilaku orang yang memakan riba adalah umpama syaitan
yang melahap apapun tanpa pertimbangan, termasuk memakan keburukan.
Hal ini dijelaskan
dalam Surah Al-Baqarah ayat 275. Alasan yang logik kepada larangan ini adalah
tidak adanya keadilan antara pemberi pinjaman dan peminjam. Konsep riba sesungguhnya
telah menodai proses jual beli dan menghilangkan keadilan.
KETIGA : KETUHANAN
Ketuhanan
adalah merupakan konsep yang diperturunkan dari perkataan “Tu’minūna bi-Allāhi”. Ia bertujuan untuk menjadikan nilai-nilai ketuhanan sebagai unsur
penting dalam proses pembangunan peradaban.
Ketuhanan
berperanan penting dalam memberikan makna yang akan mengarahkan manusia menuju
nilai-nilai luhur kemanusiaan.
Sebagaimana yang kita ketahui bahwa rahmat dalam cakrawalanya yang
tertinggi dan jangkauannya yang tidak terbatas merupakan salah satu sifat Allah
Yang Maha Suci.
Ini adalah kerana rahmat-Nya meliputi segala yang ada dan berlaku untuk
seluruh kerajaan di mana ilmu-Nya yang meliputi segala sesuatu itu memancar
bersamanya cahaya rahmat yang sangat terang.
Oleh kerana itu, doa dan pujian malaikat kapada-Nya adalah:
“Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, kerana itu
berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu, dan
peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala.” (QS Ghafir : 7)
Islam bersumber dari Allah Yang Maha Pengasih dan oleh kerana itulah
maka rahmat yang ada di dalamnya meliputi segala sesuatu.
Ia adalah rahmat dalam :
a.
Aqidah.
b.
Syariat.
c.
Sistem.
d.
Dakwah.
Keberadaannya sebagai agama Islam dan agama rahmat yang meliputi segala
sesuatu tidak diragukan lagi. Tidak ada yang menentangnya kecuali orang yang
bodoh dan dengki terhadap sistemnya atau orang yang sombong yang tidak pernah
puas dengan perbahasan dan tidak mahu menerima bukti-bukti yang kuat.
Konsep kemanusiaan
dan pembebasan meskipun sangat berbeza tingkatannya dengan ketuhanan, namun ia
perlu berjalan seiring dengan ketuhanan. Dengan memahami hakikat ketuhanan,
manusia dapat menempatkan dirinya secara tepat di hadapan Tuhan, sekaligus
bersahabat secara mesra dengan sesama manusia. Semangat inilah yang membawa
pada kerukunan dan ketenteraman.
Oleh
yang demikian, boleh dikatakan bahwa ‘Islam
Rahmatan Lil ‘Alamin’ itu perlu berlandaskan nilai-nilai
kemanusiaan, pembebasan dan ketuhanan. Ketiga prinsip ini mesti difahami dan
diamalkan dengan bijak.
Kenyataan Islam adalah agama ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ (menjadi
rahmat bagi seluruh alam), sudah menjadi suatu keperluan terutama di
tengah-tengah kehidupan umat Islam dalam menghadapi perbezaan dengan
umat lain yang beragama lain.
Ia adalah sebuah pernyataan yang merupakan kesimpulan dari
firman Allah swt dalam Al Qur’an :
“Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi)
rahmat bagi sekalian alam.” (QS Al-Anbiya : 107)
Ayat tersebut memperkuatkan kewujudan Nabi
Muhammad saw serta risalahnya sebagai sumber kebahagiaan, rahmat bagi manusia
dan seluruh isi alam semesta sebagai bukti kesejagatan.
“Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan oleh Allah.” (HR Al
Bukhari)
Allah tidak mengatakan ‘Rahmatan Lil Mu’minin’, namun mengatakan ‘Rahmatan Lil 'Alamin’ kerana Allah ingin
melimpahkan rahmat bagi seluruh makhluknya dengan diutusnya Nabi Muhammad saw
yang memberikan pencerahan kepada manusia yang sebelumnya berada dalam
kejahilan dan mengarahkan manusia yang sebelumnya berada dalam kesesatan ke dalam hidayah dan petunjukNya.
Islam mengatur dan membimbing
manusia dalam hubungan :
1. Dengan Allah.
2. Sesama
manusia.
3. Muamalah.
4. Manusia
dengan alam lingkungan.
Rahmat Islam akan terasa jika
manusia mahu menerima kekuasaan ajaran Islam sebagai pengatur kehidupan mereka dan hukum Islam mahu dijadikan
sebagai landasan kerohanian dalam bernegara.
Namun, jika sebaliknya, Islam hanya dipandang sebagai sebuah dogma dan pedoman kerohanian semata-mata tanpa ada persiapan untuk
mengaplikasikan Islam dalam berbagai aspek kehidupan, maka kewujudan Islam
sebagai sumber kebahagiaan tidak akan mampu diraih kerana ada sekatan pemisah
antara muslim sebagai identiti dengan Islam sebagai kualiti, maka menjelmalah kehidupan
muslim yang tidak Islamik.
PENDEKATAN DAKWAH
Selain itu, untuk menyebarkan ciri-ciri Islam
sebagai agama sumber kebahagiaan untuk semua, ia memerlukan cara tertentu
dalam menghadirkan Islam ke tengah-tengah masyarakat moden agar Islam diterima
sebagai landasan bersikap dan berperilaku, seperti mengoptimumkan pendekatan
dakwah dengan mengutamakan pesanan-pesanan ketauhidan
dan bertoleransi dengan pihak yang berbeza sudut pandang dan keyakinan
demi tercipta keharmonian sosial tanpa perlu mengoyak sudut-sudut
keyakinan sendiri.
Bagi seorang mu’min, Islam
menjadi rahmat kerana dengan mengamalkan Islam secara utuh dan komperhensif, ia akan mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat, sedangkan bagi orang yang bukan Islam, Islam melindungi mereka dari
ancaman peperangan di
samping ketentuan bahwa ia tidak menimbulkan permusuhan
dan mengganggu keamanan orang Islam samada secara fizikal ataupun keamanan yang bersifat kerohanian dan aqidah.
Kesan lain yang harus dipenuhi oleh orang bukan Islam sebagaimana
yang diatur di dalam Ilmu Fiqh adalah membayar jizyah bagi mereka yang hidup
dalam Negara Islam (zimmi). Bahkan lebih dari itu, Islam
memberi suaka
politik kepada bukan
Islam yang berhijrah ke negara muslim bagi menghindarkan diri
dari ancaman di negara sendiri (musta’man). Inilah rahmat yang
telah dirasakan oleh orang Yahudi dan Arab yang bukan Islam di Madinah
ketika Islam hadir di
tengah-tengah mereka.
Seiring dengan berkembangnya falsafah pragmatik, kalimah ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’, ditafsirkan oleh sebahagian kelompok yang berfikiran Liberal dan didukung oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan
politik adalah sikap harmoni umat Islam dengan sesiapa sahaja tanpa
memandang latar belakang dan dalam apa keadaan atau situasi sekalipun.
Ada di kalangan orang-orang Islam yang terjebak dengan penafsiran palsu ini dalam membela kemungkaran dan
penyimpangan agama serta enggan melaksanakan dakwah atau mencegah
dengan tegas apatah
lagi untuk membuat peraturan
bagi menghalang kemungkaran tersebut
dari berlaku kerana khuatir para pelakunya
tersinggung hatinya jika dinasihati, kemudian ia berkata: “Islam kan ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’, penuh kasih sayang?”
Penafsiran keliru ini juga yang
mengekang umat Islam di seluruh dunia dalam menterjemahkan prinsip yang benar di bawah
ancaman kuasa politik di samping
ianya menghalang umat Islam untuk membela hak-hak agama
mereka, bahkan seolah-olahnya
mereka perlu rela untuk ditindas tanpa tindakbalas atau bela diri kerana jika mereka melawan dengan tindakan-tindakan agresif, maka mereka mungkin akan dituduh sebagai kelompok muslim radikal, extremis, teroris dan sebutan lainnya.
Pertentangan tersebut akhirnya melahirkan
persepsi ‘Islamo-phobia’ di tengah-tengah masyarakat global, di mana Islam diilustrasikan sebagai
sesuatu yang menakutkan untuk diterima baik oleh masyarakat dalam apa bentuk sekalipun lebih-lebih
lagi dari perspektif politik dan pemerintahan. Dari persepsi ini, ianya berkembang dan membentuk satu persepsi baru iaitu
memandang Islam sebagai sebuah ancaman yang perlu dihindari dan dilenyapkan walaupun dengan kos yang mahal.
Fenomena ini telah “mengekang” kaum muslimin di Palestin dan
juga muslim Rohingya di kawasan Asia Tenggara dalam ketidakberdayaan mereka
hingga mereka
perlu berjuang bersendirian mempertahankan kehidupan mereka dengan sisa semangat dan kekuatan iman yang mereka miliki sedangkan
saudara-saudara mereka di seluruh penjuru dunia yang jumlahnya mencapai 1.6 bilion hanya
menonton dan melemparkan kata-kata kutukan di jalan-jalan raya dan ada juga sedikit sebanyak yang berdoa
untuk keselamatan mereka padahal, mungkin ada cara yang
lebih berkesan yang boleh dilakukan selain dari sekadar mengutuk dan
berdoa.
Untuk menghuraikan kekusutan yang telah
melilit umat Islam, maka diperlukan penafsiran ayat 107 Surah Al-Anbiya’ yang lebih tepat sesuai dengan konteks dan kaedah-kaedah tafsir serta ianya juga perlu didukung oleh penjelasan sejarah kerana jika tidak,
maka akan terjadi pertentangan dengan apa
yang berlaku
kepada Nabi Muhammad saw yang terkenal memiliki keperibadian yang luhur, namun dalam masa yang sama tetap terlibat dalam peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan lain-lain bagi membela Islam dan kaum muslimin dari penindasan dan ancaman kaum
musyrikin.
Kesempurnaan rahmat yang diturunkan oleh Allah swt ke seluruh penjuru
alam semesta dapat kita fahami dari beberapa sudut seperti berikut :
PERTAMA : KITAB SUCINYA ADALAH RAHMAT
Allah swt berfirman,
“Dan Kami turunkan kepadamu
Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat
dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (QS
An-Nahl : 89)
KEDUA : RASULNYA ADALAH RAHMAT DAN DIUTUS DENGAN
MEMBAWA RAHMAT
Allah swt berfirman,
“Sesungguhnya telah datang
kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu,
sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang-orang yang mu’min.” (QS At- Taubah : 128)
KETIGA : UMATNYA JUGA ADALAH RAHMAT
Allah swt berfirman,
“Muhammad adalah utusan
Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir,
tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (QS Al Fath : 29)
KEEMPAT : IA ADALAH UMAT YANG DIRAHMATI
Allah subhanahu wa
ta’ala berfirman,
“Dan orang-orang yang
beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong
bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah
yang mungkar, menegakkan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan
Rasul-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana.” (QS At-Taubah : 71)
KELIMA : WASIAT DI ANTARA MEREKA DILAKUKAN DENGAN
RAHMAT
Allah swt berfirman,
“Dan dia (tidak pula)
termasuk orang-orang yang beriman, saling menasihati untuk bersabar, dan saling
menasihati dengan penuh kasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan
saling menasihati) itu adalah golongan kanan.” (QS Al Balad : 17-18)
KEENAM : DAKWAHNYA ADALAH RAHMAT
Allah swt berfirman,
“Dan apabila dibacakan
Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu
mendapat rahmat.” (QS Al A’raf : 204)
KETUJUH : MENGAJAK KEPADA ISLAM JUGA MERUPAKAN
RAHMAT
Allah swt berfirman,
“Maka disebabkan rahmat
dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu.” (QS Ali ’Imran : 159)
Rahmat Islam yang bersifat
kesejagatan itu tercermin dengan jelas dalam prinsip pemudahan dan
menghilangkan kesulitan yang merupakan kaidah ushul yang mendasari hukum-hukum
agama ini.
Prinsip pemudahan ini dicernakan
berasaskan :
a.
Kesedaran
akan kelemahan manusia.
b.
Banyaknya
tugas dan tanggungan.
c.
Kompleksnya
kesibukan manusia.
d.
Tekanan
hidup yang tidak menentu.
e.
Berbagai
tuntutan yang perlu dipenuhi.
Oleh kerana itulah :
1.
Al
Qur’an sangat mudah diingati.
2.
Aqidah
Islam mudah difahami.
3.
Syariat
Islam mudah diterapkan dan dilaksanakan.
Tidak ada satupun kewajiban
yang di luar kemampuan mukallaf, dengan mengingati bahwa,
“Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS
Al Baqarah : 286)
Oleh yang demikian,
fahamlah kita bahwa Islam sebagai ‘Rahmatan Lil ’Alamin’ sebagaimana
yang tertera dalam surah Al – Anbiya : 107 bahwa alam semesta mendapat manfaat
dari diutusnya Nabi Muhammad saw sebagai rahmat bagi orang yang beriman yang
membawa kepada cahaya keimanan dan mendapatkan syafaat dan kemuliaan di dunia
dan akhirat.
Selain itu pula,
Nabi Muhammad saw :
a.
Menyempurnakan
ajaran yang disampaikan oleh kitab-kitab sebelumnya melalui kitab suci Al
Qur’an.
b.
Adalah
penutup para nabi dan tidak ada nabi selepasnya.
c.
Mengajarkan
bagaimana menjalani kehidupan yang sesuai dengan kaidah syariat serta
mengajarkan toleransi kehidupan.
d.
Mengingatkan
manusia terhadap fitrahnya.
e.
Mengajarkan
peraturan sosial dan cara hidup yang lengkap.
f.
Menciptakan
kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan.
Untuk menciptakan
kesejahteraan dalam kehidupan, maka antara makhluk hidup perlu saling
menghargai dan tidak boleh bersikap sewenang-wenang meskipun makhluk hidup
seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat berbicara.
Sebagai manusia
yang diberikan akal fikiran, ia juga seharusnya memikirkan kelangsungan hidup
makhluk lainnya. Sebagai contoh tidak memburu haiwan yang menghadapi kepupusan atau
menebang pokok secara sembarangan. Ini adalah kerana kehidupan yang saling
berdampingan akan menciptakan kesejahteraan bagi makhluk itu sendiri dan
khususnya alam semesta.
Justeru sebaliknya,
jika manusia tidak menjaga kesejahteraan dan keselarasan hidup, ia akan
menimbulkan kesan pada manusia itu sendiri, sebagai contoh, menebang pokok dan
tidak memperkukuhkan apa yang ada di alam semesta maka akan timbul bencana yang
pada akhirnya akan merugikan manusia itu sendiri.
Islam mengajarkan
bagaimana menjaga lingkungan serta hidup dengan saling menghargai. Ini sesuai
dengan firman Allah swt :
“Telah nampak kerusakan di darat dan di lautan disebabkan
kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka
sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang
benar).” (QS Al Qasshash : 77)
Akhir sekali, agar sesuai dengan fungsinya bahwa agama Islam adalah ‘Rahmatan Lil ’Alamin’, maka sebagai umat Islam, kita perlu memahami akan makna agama Islam dan apa yang diperintahkan dan dilarang dalam agama Islam.
Akhir sekali, agar sesuai dengan fungsinya bahwa agama Islam adalah ‘Rahmatan Lil ’Alamin’, maka sebagai umat Islam, kita perlu memahami akan makna agama Islam dan apa yang diperintahkan dan dilarang dalam agama Islam.
Islam mengajarkan
banyak ilmu pengetahuan di antaranya aqidah, fiqh, hadith dan akhlak. Agama Islam
mengajarkan banyak perkara yang aplikasinya dilaksanakan dalam kehidupan
seharian.
Selain itu juga, Islam
mengajarkan tentang moral dan akhlak serta peraturan-peraturan syariat yang
sesuai dengan kaidah Islam sehingga manusia dapat mengetahui mana yang akan membawa
kesan baik dan buruk dalam kehidupan mereka.
Oleh yang demikian,
tugas membumikan risalah ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ memerlukan
usaha yang berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif
dengan menggali dan memunggah semula khazanah ‘Siyasah Syari’yyah’
sebagai panduan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan mengambil
kira suasana dan keperluan setempat bagi merealisasikan kerahmatan Islam mengikut
acuan negara ini sehingga ianya akan dirasai dan dinikmati bukan hanya oleh
orang-orang Islam bahkan kepada orang bukan Islam juga di samping bersikap
prihatin terhadap kesan kepada alam persekitaran yang lain.
Ya Allah, Engkaulah
sumber kerahmatan yang wujud di alam semesta ini dan kami memahami bahwa ini
hanyalah satu per sembilan puluh sembilan dari rahmat yang kami nikmati di dunia
ini dan sembilan puluh sembilan bahagian rahmat lagi akan Engkau simpankan
untuk kami nikmati di akhirat nanti. Permudahkanlah usaha kami dan kurniakanlah
pertolongan Engkau sehingga rahmat Islam ini akan dapat dirasai oleh seluruh
penghuni langit dan bumi.
Ameen Ya Rabbal
Alameen
WAS
JOIN NOW !!!
Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.me