skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Saturday, 5 May 2012

Agenda Perjuangan Aktivis Dakwah

Ditulis Oleh WAS Pada 09:06 – 0 Komen Anda
 

Tugas yang paling tinggi dan paling agung sekali di dunia ini ialah tugas-tugas yang diusahakan oleh gerakan Islam kerana ianya bermatlamatkan pembentukan kembali dunia ini, bermula dari pembentukan individu sehinggalah kepada perlaksanaan sistem alam yang sesuai dengan fitrah manusia melalui pembentukan keluarga, masyarakat, umat dan institusi.

Tugas ini diwarisi dari Rasulullah saw yang menghabiskan usia baginda melaksanakan usaha pembentukan  :

1.      Sejak dari Darul Arqam di Makkah sehingga ke Masjid Nabawi di Madinah.
2.      Mulai dari golongan muda hingga ke golongan tua.

Tugas membentuk memerlukan waktu khusus dan dikhususkan di samping keperluan kepada  
pemikiran pembentukan serta kaedah-kaedah yang khusus untuk memproseskan pembentukan itu.

Imam Hasan Al Banna pernah mengatakan bahwa :

“Pekerjaan utama seorang aktivis adalah pendakwah sebelum pekerjaan lainnya.”

Oleh yang demikian, anugerah usia yang kita miliki perlu ditumpukan kepada usaha :

a.       Membentuk.
b.      Menelurkan.
c.       Mengeram.
d.      Menetaskan.
e.       Memetakan.
f.       Memberi fungsi.

Setiap binaan memerlukan kepada pelan-pelan. Oleh kerana proses pembentukan kita merangkumi seluruh peringkat, maka ianya memerlukan kepada pelan-pelan yang banyak yang meliputi :

1.      Pelan pembentukan peribadi.
2.      Pelan pembentukan keluarga.
3.      Pelan pembentukan masyarakat dan institusinya.
4.      Pelan pembentukan semula dunia Islam.
5.      Pelan untuk membentuk semula dunia ini secara keseluruhnnya.

Kesemua ini memerlukan kepada program-program yang mesti diberikan keutamaan tenaga dan suasana dan ini pula tidak akan dapat dilahirkan kecuali setelah wujudnya suatu  pemikiran pembentukan (‘Aqliah Al Bina’) dan peribadi-peribadi yang mampu untuk membentuk.

Sesungguhnya, titik permulaan yang sihat (Al Bidayah As Sahihah) untuk segala sesuatu ialah wujudnya manusia-manusia yang mampu untuk sampai kepada pemikiran pembentukan kerana sebarang pembentukan memerlukan kepada suatu pemikiran yang :

a.       Mampu untuk membuat gambaran (membayangkan dalam fikiran).
b.      Kemudian melahirkannya.
c.       Seterusnya memperkemaskannya.

Ini menuntut kita supaya semestinya mencari dan memeriksa manusia-manusia yang mampu dan berkelayakan untuk memproses binaan yang kita kehendaki itu.

Sekiranya manusia yang kita kehendaki itu tidak ada, maka kita berkewajiban  pula untuk menyedia dan melayakkannya.

Firman Allah swt :

“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS Hud : 117)

Syeikh Taufiq Al Wai’e mengatakan bahwa orang yang baik dalam ayat ini adalah orang yang soleh terhadap diri sendiri dan juga bekerja untuk memperbaiki orang lain.

Jadi kesolehan peribadi mesti mampu memunculkan kesolehan sosial dan semangat ini tidak akan pernah muncul kecuali dengan membentuk.

Membentuk dimaksudkan untuk menyokong tiang-tiang kebangkitan umat dan menghasilkan aktivis-aktivis dakwah pilihan, cerdas serta bersiap sedia menerima beban dakwah yang kelak di kemudian hari akan berada di atas bahunya.

Sekiranya di dunia ini terdapat institusi –institusi untuk melahirkan berbagai-bagai jurutera, maka kita berkewajiban pula untuk mengadakan institusi-institusi bagi mengeluarkan jurutera-jurutera untuk proses pembentukan kita.

Di antara apa yang perlu kita berikan tumpuan terhadap instistusi ini ialah :

1.      Melahirkan muslim daripada akhlak-akhlak masyarakatnya dan daripada kemahirannya kepada akhlak-akhlak hati dan imbasannya.
2.      Melatih seorang  muslim yang bertanggungjawab dengan kata-katanya kerana setiap kata-katanya bernilai dan membina.
3.      Mentarbiyah muslim itu tadi dengan tarbiyah yang sesuai dengan matlamatnya serta memberi pengetahuan dengan matlamat ynag hendak dicapainya.
4.      Membentuk seorang muslim sehingga ia mampu mengambil keputusan yang bijaksana.
5.      Melatihnya supaya tunduk kepada keputusan syura walaupun bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
6.      Melatihnya supaya boleh berbincang dengan bijak serta mengajarnya bagaimana membentangkan pendapatnya dan berhujah.
7.      Mengajarnya bagaimana mengambil pengajaran daripada kritikan-kritikan dan menukarkannya menjadi cadangan-cadangan yang membina.
8.      Menjelaskan kepadanya perbezaan di antara pemikiran yang membina dan pemikiran yang meruntuhkan kerana betapa mudahnya meruntuhkan dan sukarnya membina.
9.      Mengajarnya bagaimana untuk memajukan yang sedia ada dan menambah yang tidak ada, serta memperingatkannya bahwa mudahnya merobohkan yang sedia ada dan sukarnya membina yang tiada.
10.  Melatihnya bagaimana mengambil pengajaran daripada sesuatu yang berada di sekitarnya untuk sampai kepada matlamat pembentukannya.

Sesungguhnya proses pembentukan yang sukar ini mendorong kita agar mencari mereka yang berkebolehan untuk menggarap proses pembentukan ini supaya dapat kita membawa mereka ke arah usaha ini dengan berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang sihat.

Kegagalan di dalam usaha ini bererti suatu kemunduran yang pasti akan disusuli dengan kemusnahan.

Sejarah dakwah ratusan tahun yang lampau  telah membuktikan bahwa Allah swt telah menganugerahkan kemenangan demi kemenangan dalam setiap tahapnya.

Ibarat sebuah drama, setiap babak berakhir dengan kemenangan, meskipun di awal atau pertengahannya ada "pertarungan" kekuatan yang membuatkan kita berdarah atau tergores luka.

HAKIKAT KEMENANGAN DAKWAH

Sayyid Qutb berkata bahwa :

"Sungguh, tidak ada celah sedikitpun bagi kita untuk berasa sombong dengan menganggap kemenangan itu adalah hasil usaha kita samada usaha individu ataupun jamaah. Kemenangan yang kita perolehi pada hakikatnya adalah pertolongan dari Allah swt." 

Inilah hakikat kemenangan dakwah iaitu pertolongan dari Allah. Oleh yang demikian, Allah swt membimbing Rasulullah swt ketika ‘Fathu Makkah’, sehingga bagindapun bertasbih, bertahmid dan beristighfar. 

Tuntunan itu tetap abadi hingga kini, yang termaktub di dalam  surah An-Nasr.

SIKAP DAN USAHA MERAIH KEMENANGAN BERIKUTNYA

Ada beberapa sikap dan usaha yang mesti dilakukan oleh aktivis dakwah untuk sentiasa meraih kemenangan dan kejayaan. Sikap itu digabungkan dalam tiga bahagian :

PERTAMA : AGENDA PEMBENTUKAN (TARBIYAH)

Syeikh Mustafa Masyhur pernah berkata :

"Jangan sampai perhatian kita kepada politik (siyasah) mengalahkan perhatian kita kepada tarbiyah."

Mengapa?

Ini adalah kerana tarbiyah adalah ruh gerakan kita. Tarbiyah adalah jiwa dalam amal dakwah kita.
Sekali kita meletakkan tarbiyah menjadi kegiatan kedua, kita akan menjauhkan dakwah ini dari tujuannya sekaligus membuatkan dakwah ini rapuh dan jauh dari kemenangannya.

Agenda tarbiyah adalah bertujuan untuk mencetak aktivis dakwah berkualiti seramai-ramainya.
Dalam istilah Al-Qur’an, ini disebut ‘ribbiyuuna katsiir’.

Ada lima perkara yang perlu dilakukan dalam agenda besar tarbiyah : 

A. MEMBUDAYAKAN TARBIYAH ZATIYAH

Tarbiyah zatiyah di sini bukan sekadar membaca buku atau mengembangkan kefahaman dan ilmu secara bersendirian, tetapi yang paling asas adalah meningkatkan ibadah harian.

Tarbiyah zatiyah bererti usaha aktivis dakwah untuk bermujahadah (usaha sungguh-sungguh) membiasakan ibadah-ibadah sunnah mulai dari tilawah, qiyamullail, solat sunnah, zikir hingga ke puasa.

Tarbiyah zatiyah seperti itu akan :

a.       Membuatkan mereka lebih kebal terhadap godaan.
b.      Mencegah mereka dari kemaksiatan.
c.       Menjadikan mereka tetap istiqamah di medan perjuangan.
d.      Meningkatkan ruhiyah dalam dirinya.

Hidupnya keadaan ruhiyah adalah kunci dari kejayaan dalam proses pembentukan kerana hati tidak boleh disentuh dengan kata-kata.

Hati hanya boleh disentuh dengan hati. Tanda hidupnya ruhiyah seseorang boleh dilihat dengan “Halawatul Iman” yang ia rasakan.

Tanda-tanda orang yang sudah merasakan “Halawatul Iman” sehingga ruhiyahnya hidup di antaranya seperti berkut :

1.      Sentiasa menantikan waktu untuk beribadah.
2.      Bersegera melakukan ketaatan.
3.      Melihat syurga dan neraka seolah-olah ada di pelupuk matanya.
4.      Air matanya mudah mengalir ketika bermunajat kepada Allah.
5.      Melaksanakan ibadah terasa ringan.
6.      Adanya penyesalan ketika melewatkan waktu untuk beribadah dan jihad.

B. PENYEGARAN HALAQAH / USRAH

Ia dapat dilakukan dengan terus memperbaiki sifat dinamik halaqah atau usrah, sekaligus meningkatkan produktivitinya.

Sifat dinamik di dalam halaqah / usrah ini penting agar tidak wujud rasa jemu serta tidak dikalahkan oleh dakwah umum yang gegak gempita. Ia berlaku pada tingkatan proses.

Di antara kriteria yang boleh digunakan sebagai kayu pengukur kedinamikan sesebuah halaqah / usrah adalah :

a.      Suasana yang inovatif
Ia merangkumi sistem belajar, metod penyampaian, alat/media belajar, tempat pertemuan, pembahasan material, agenda cara dan lain-lain.
b.      Komen-komen ‘kerinduan’
Munculnya komen-komen ‘kerinduan’ samada implisit atau eksplisit seperti pertanyaan bila lagi akan bertemu atau mengapa halaqah/usrah tidak dilakukan lebih kerap lagi atau juga perasaan telah tertinggal apabila tidak dapat mengikuti halaqah/usrah.
c.       Ingin berlama-lama
Walaupun pertemuan hanya terbatas selama 2 jam misalnya tapi peserta tidak begitu kaku dengan pembatasan waktu bahkan mereka ingin berlama-lama bercakap dan membahas berbagai program dan persoalan dakwah yang ada.
d.      Kehadiran yang rutin
Tidak ada peserta yang ‘hobinya’ datang lambat atau sering tidak hadir. Mereka hanya tidak hadir atau terlambat semata-mata kerana ada halangan syari’e bukan alasan yang dibuat-buat agar kelihatan logik dan syari’e.

Manakala produktiviti pula berlaku pada tingkatan tujuan iaitu sejauh mana tujuan yang telah dirancangkan mampu tercapai.   

Semakin banyak tujuan yang kita dapatkan maka semakin produktiflah kita. Sebaliknya, semakin sedikit atau tidak terealisasinya tujuan yang diharapkan, maka semakin tidak produktiflah kita.

Produktif bermaksud halaqah atau usrah bukan sekadar “dinikmati” dan dirindukan setiap minggu, tetapi juga mampu mencapai tiga tujuan utamanya iaitu :

1.      Membentuk muwashofat peserta.
2.      Mencetak peserta menjadi murabbi.
3.      Mengembangkan potensi secara maksimum. 

C. MENCETAK MUWAJJIH

Oleh kerana tidak semua mad’u dan para pensimpati tertarik secara langsung dengan halaqah, maka majlis ta’lim adalah wasilah dakwah yang cukup berkesan.

Minat terhadap pembelajaran ilmu semakin meningkat seiring denagn bertambahnya jumlah para pensimpati dan meluasnya medan dakwah.

Namun, penyediaan muwajih untuk mengisi majlis ta’lim masih sangat terbatas sehingga agenda tarbiyah untuk mencetak muwajjih menjadi sangat penting.

Struktur dan halaqah perlu membuat sistem yang berkesan untuk merealisasikan agenda ini.

D. MENCETAK MURABBI / NAQIB

Sebagaimana halaqah atau usrah merupakan wasilah paling berkesan dalam proses pembentukan, penyediaan murabbi atau naqib juga menjadi sangat penting.

Selain menyelenggarakan daurah atau program lain untuk menyediakan murabbi, satu saranan yang baik adalah memastikan wujudnya murabbi yang berijazah untuk memacu aktivis dakwah  menjadi murabbi yang handal.

E. MENGUKUHKAN FIKRAH DAKWAH

Usaha ini amat penting terutama pada era keterbukaan di mana tentangannya semakin berbagai ragam dan pergerakan politik terus berkembang.

Agar kemurniaan fikrah aktivis dakwah tidak tercemar, salah satu cara yang boleh dilakukan pada tingkatan individu aktivis dakwah adalah dengan mengkaji kembali buku-buku pemikir dakwah generasi awal.

KEDUA : AGENDA KHIDMAT MASYARAKAT

Berkhidmat kepada masyarakat bukanlah strategi dakwah, tetapi ia adalah sebahagian dari amal sekaligus tujuan dakwah. Maka kemenangan dakwah juga mesti diikuti dengan peningkatan perkhidmatan untuk masyarakat.

Ada lapan perkara yang perlu dilakukan dalam agenda khidmat masyarakat terutama ketika dakwah ingin menuai kemenangan :

1.      Meningkatkan kefahaman politik.
2.      Meningkatkan citra Islam yang damai.
3.      Membenteras rasuah.
4.      Menegakkan ketinggian hukum dan disiplin.
5.      Mengutamakan pendidikan.
6.      Membangun ekonomi Islam dan meningkatkan kesejahteraan.
7.      Mewarnai media massa.
8.      Menjalin silaturahim dengan kelompok lain.

KETIGA : AGENDA PENGURUSAN ORGANISASI

Ini juga merupakan agenda penting agar organisasi semakin kukuh sehingga kerja-kerja dakwah lebih mudah dan perkhidmatan kepada masyarakat akan berjalan secara optimum. 

Agar organisasi dakwah semakin kuat, ada tujuh langkah utama yang perlu dilaksanakan :

1.      Meningkatkan kemampuan pengurusan.
2.      Meningkatkan ciri-ciri kepimpinan.
3.      Memberi fungsi kepada anggota berasaskan potensi.
4.      Menyeimbangkan piramid dakwah.
5.      Mengukuhkan wilayah dakwah.
6.      Memperkasakan wanita.
7.      Mengukuhkan keluarga.

Sebenarnya, organisasi Islam hendaklah mempergunakan seluruh keupayaan anggotanya dan kepakaran mereka dan mengikat mereka dengan berbagai ikatan dan ikatan ini memberi khidmat kepada kerja Islam di dalam bentuk yang khusus; antaranya mengikat seseorang aktivis dakwah itu dengan ikatan dakwah Islamiyah dan gerakerjanya.

Aktivis dakwah tersebut hendaklah bekerja dengan teratur di kawasannya, di pejabatnya malah di setiap tempat kerana seseorang aktivis dakwah itu masanya adalah untuk berdakwah.

Dakwah bukan lagi merupakan satu kegiatan di luar kehidupan kita, malah oleh kerana hidup kita ini seluruhnya milik Allah, maka kita berkewajiban berkorban untuk dakwah ini.

Akhirnya sebagai seorang aktivis dakwah yang benar-benar ikhlas dan berazam hendak menyebarkan risalah Islam, maka wajarlah kita sentiasa mengingati bahwa medan amal kita bukanlah kegiatan memenuhi masa lapang yang boleh dibuat secara sambil lewa dan membiarkan diri dan amal kita dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sentiasa berubah.

Sebaliknya, seorang aktivis dakwah perlu menginsafi bahwa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga iaitu satu tugas paling mulia yang kerananya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul diutuskan.
Hanya dengan bekalan dan panduan-panduan dari Allah, para pendukung risalah ini dapat bergerak dengan benar dan menerima limpahan rahmat dariNya.

Dengan menyedari dan menuntut bekalan ini, para pendakwah akan sentiasa kembali kepada Tuhannya dalam segala perkara dan harapan mereka akan sentiasa hidup kerana panggilan dan bimbingan dari Allah swt itu adalah panggilan yang menghidupkan.

Ya Allah, jadikanlah kami pejuang-pejuang agamaMu yang akan membawa risalah Islam ini ke segenap ceruk rantau dan ke dinding setiap hati manusia sehingga cahaya dari seruan ini akan menyinarkan relung-relung hati mereka dan menghidupkan hati-hati yang telah mati serta meneguhkannya dengan wahyu yang datang dariMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
[ Read More ]
Read more...
Thursday, 3 May 2012

Generasi Revolusi Yang Dinantikan

Ditulis Oleh WAS Pada 09:31 – 1 Komen Anda
 

Suatu suasana yang cukup kontra antara tangisan dan senyuman sehingga sukar dipadukan dalam satu waktu.
Sungguh sukar untuk kita mengharapkan sikap optimis yang tumbuh di hadapan musibah serta memancarkan semangat di tengah-tengah tragedi kerana dalam masa 10 tahun yang terakhir ini, badan umat Islam telah dikoyak oleh badai bencana yang merentang dari Timur Tengah hingga ke Timor Timur.
Cuba kita perhatikan rentetan sejarah berikut :
  1. Pada Tahun 2001, Afghanistan dijajah.
  2. Pada tahun 2002, Timor Timor secara rasminya terpisah dari Indonesia.
  3. Pada tahun 2003, giliran Irak pula dijajah.
  4. Pada tahun 2004, ombak Tsunami menerpa Aceh dan sejak itu gerakan misionari kristian giat menjalankan usaha-usaha mereka di tengah-tengah malapetaka yang menimpa.
  5. Pada tahun 2005, Denmark kembali panas dengan karikatur penghinaan terhadap manusia yang paling berjasa untuk kemanusiaan, iaitu Rasulullah saw.
  6. Pada tahun 2006, meletusnya peperangan di Lebanon melawan Yahudi.
  7. Pada tahun 2007, Palestin terpecah kepada dua iaitu pemerintah Hamas di Gaza dan Fatah di tebing barat.
  8. Pada tahun 2008, penduduk Gaza dibantai di mana tiga ribu yang terkorban dan  majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak.
  9. Pada tahun 2009, minoriti muslim di Turkistan dianiaya dan dihancurkan oleh kerajaan Cina.
  10. Pada tahun 2010, Sudan Selatan terpecah dari induknya iaitu Sudan.
Begitu juga di negara-negara dunia Islam, khususnya Timur Tengah yang sesetengahnya masih di dalam perhambaan bentuk moden.
Salah satu situasi yang agak ekstrim adalah apa yang berlaku di Syria.
Mengikut apa yang ditulis oleh seorang penganalisis politik dunia, Fahmi Huwaidi yang berasal dari Mesir, beliau menggambarkan sebuah potret kehidupan yang benar-benar meremukkan hati siapa yang mendengarnya
  1. Hanya di Syria, Bandar-bandar sesak dengan kereta-kereta kebal perang untuk diarahkan kepada rakyatnya.
  2. Hanya di Syria, bekalan elektrik diputuskan di musim panas untuk dijual ke negara lain.
  3. Hanya di Syria, anak-anak masuk penjara sebelum masuk sekolah.
  4. Hanya di Syria, jiran tetangga kita pergi bekerja di pagi hari dan kembali setelah sebelas tahun.
  5. Hanya di Syria, rakyat tidak tenang membuka mulutnya kecuali jika pergi berjumpa doktor gigi.
  6. Hanya di Syria, menghina Presiden dianggap kafir dan menghina agama sekadar dikatakan pendapat peribadi.
Para pemimpin diktator itu mempunyai guru yang sama iaitu Fir’aun.
“…yang mempunyai bagunan-bangunan yang besar, yang berbuat sewenang-wenang di dalam negeri, lalu mereka banyak berbuat kerusakan di dalam negeri itu…” (QS Al Fajr 10 – 12)
Maka agak sukar untuk umat menegakkan kembali kepalanya untuk memandang jauh ke masa depannya.
Inilah saat-saat yang paling genting, bukan pada bencananya, tapi wabak pesimistik yang mulai meresap ke setiap sendi dan menuju ke jantung umat hingga tersungkur dalam pusaran keputusasaan.
Putus asa bahwa perubahan tidak mungkin berlaku dan kemenangan umat menjadi suatu yang ‘utopia’.
Inilah yang menjadi krisis umat bukan sekadar bencana yang menimpanya. Padahal kita faham bahwa “yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang kafir”. (QS Yusuf : 87)
Sepanjang sejarah Islam, umat pernah menghadapi bencana-bencana yang jauh lebih besar dari kumpulan ujian-ujian ketika ini.
Ia dimulai dari :
  1. Gerakan murtad di zaman sahabat ketika Islam baru mulai mengembangkan kewujudannya.
  2. Fitnah di akhir zaman Khulafaur Rasyidin.
  3. Terjajahnya Al-Quds oleh tentera Salib.
  4. Hancurnya peradaban Islam setelah mencapai kemuncaknya di Baghdad oleh kaum Tatar.
  5. Terpecahnya negeri-negeri kawasan Daulah Ustmaniyah hingga mencapai keruntuhannya.
Namun, sepanjang waktu itu, umat Islam tidak pernah mati, tidak seperti umat yang lain yang peranannya di bumi ini berakhir dan tidak pernah lahir lagi generasi penerus selepasnya seperti kaum Tsamud, kaum ‘Ad, tamadun Sumeria dan tamadun Babilon.
Ini adalah kerana janji Allah bahwa umat Islam tidak akan pernah mati.
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah”. (QS Ali ‘Imran : 110)
Pesanan ini adalah umur umat yang mesti disempurnakannya hingga akhir zaman.
Namun ada sesuatu yang mungkin berakhir iaitu generasi yang tidak produktif.
Generasi sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in telah memainkan peranannya dengan baik.
Bagitu juga generasi Umar bin Abdul Aziz, Harun ar-Rasyid, Salahuddîn Al Ayyubi, Muzhaffar Quthz, Abdurrahman bin Mu’awiyyah, Yusuf bin Tasyfîn, Muhammad al-Fatih dan Sultan Sulaiman al-Qanuni.
Di bahu generasi merekalah umat berjaya dan mampu menegakkan kepala. Ini adalah kerana mereka begitu produktif dalam menyelesaikan misi besar mereka dengan baik.
Jika tidak di zaman ini, umat akan tetap berjaya walau bila-bilapun atau berlaku di zaman generasi lain.
Inilah rahsia dari firman Allah swt :
“Itulah hari-hari yang Kami pergilirkan di antara manusia …” (QS Ali ‘Imran : 110)
Fenomena ini membuka ruang sehingga sebuah generasi mendapat giliran memikul badan umat ketika ia mampu memahami keperluan zamannya dan menjelaskan misi-misi yang diperlukannya. Jika tidak, ia akan berakhir dan digantikan dengan generasi yang lain di tempat lain dan di waktu yang lain.
Misi itulah yang sedang menanti generasi kini.
Setelah 10 tahun umat hampir putus asa, Allah swt memberikan ‘busyra’ (berita gembira) kepada umat di akhir tahun 2010 hingga ianya membiak menjadi Musim Semi Revolusi Arab.
Titik perubahan ini bukan dimulai dari negara yang mengamalkan Islam, tapi ianya dari negara yang paling jauh praktik Islamnya iaitu Tunisia. Bahkan ianya lebih liberal dan sekular dari Eropah.
Di Perancis :
  1. Kebebasan masih tersisa bagi muslimah yang boleh berjilbab di universiti-universiti.
  2. Umat Islam pendatang boleh mendapatkan hak-hak dan sokongan yang sama sepertimana warga asal Perancis.
  3. Umat Islam  berlumba-lumba mendirikan masjd untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di dalamnya.
Namun, semua ini tidak berlaku di Tunisia.
Bahkan letusan revolusi itu dimulai dari tindakan yang secara mutlaknya tercela dalam Islam iaitu bunuh diri yang tidak mempunyai asas dalam keadaan apapun.
Tapi inilah yang berlaku sehingga dalam waktu dua bulan sahaja, dunia Islam Arab terbakar panas revolusinya merentasi Mesir, Libya, Bahrain, Yaman dan Syria.     
SEKARANG ATAU TUNGGU 60 TAHUN LAGI
Revolusi ini bukan karya manusia, bahkan siapapun yang melihat dan merasakan hari-hari revolusi Mesir sejak 25 Januari di Kaherah akan sangat memahami makna ini.
Di Medan Tahrir, tiga juta manusia berkumpul tanpa pemimpin, tanpa kordinator, tanpa rapat raksasa yang dimatangkan selama berbulan-bulan.
Padahal tahun itu, aktivis Islam dalam keadaan tidak mempunyai semangat kerana ketika pilihanraya parlimen November 2010 itu diumumkan, aktivis Islam luntur semangat mereka  dengan hasil pilihanraya tersebut.
Kekerasan dan penipuan pilihanraya itu dilakukan di siang hari yang terang dan menyedut tenaga optimis umat sehingga jelas, mengapa suara Parti Nasional Demokrat pimpinan Hosni Mubarak mencapai 81%.
Mungkin kita tidak sedar bahwa Niccolo Machiavelli pernah menulis sebuah kaidah dalam ‘Il Prince’ bahwa
“Pemimpin....setiap kali bertambah kekerasannya, semakin lemah pula sistem pemerintahannya”.
Ini sepertimana yang berlaku di Negara barat di mana Norway pernah melawan penjajahan NAZI atau Belanda, Jerman dan Chekoslovakia melawan fahaman komunis di negara masing-masing yang menyebabkan runtuhnya sistem komunis di Eropah.
Inilah juga fenomena sejarah yang menjadi sunatullah di dunia Arab. Syria misalnya, masyarakat antarabangsa bersedia untuk menghancurkan presiden yang zalim itu jika ia tetap tidak mahu mendengar suara Liga Arab yang sebenarnya hanya tinggal menunggu waktu dan kesempatan sahaja.
Itulah juga yang menjadi sebab kenapa dengan begitu terburu-buru, raja Moroko, Mohamed VI membuka ruang demokrasi secepat kilat bagi rakyatnya dengan pemilihan parlimen.
Di Mesir, hanya dalam 18 hari, revolusi itu gilang-gemilang dan sekarang memasuki pemilihan Presiden pertama secara bebas dalam sejarah mereka sejak zaman Fir’aun.
Kalau kita renungkan, bukan orang Mesir yang merancang revolusi itu dan bukan pula umat Islam, tapi Allah sendiri yang menetapkan sunatullah bagi para pemimpin zalim seperti ayat berikut :
“kerana itu Tuhanmu menimpakan cemeti azab kepada mereka”. (QS Al-Fajr :13)
Allahlah juga yang menghancurkannya :
“bukanlah kamu yang melempar saat melempar, tapi Allah yang melempar…” (QS Al-Anfal : 17)
Revolusi ini adalah kesempatan dari Allah swt. Kesempatan ini pernah diberikan kepada generasi 50-an selepas perang dunia kedua.
Ketika itu, negara-negara Islam merdeka dan mulai mentadbir negara masing-masing tapi generasi tersebut tidak berhasil menjadikan Islam sebagai konsep kehidupan mereka bahkan sistem-sistem yang ketika ini sedang menuju kehancuranlah yang digunapakai oleh mereka seperti komunis dan kapitalis.
Bagi negara seperti Turki, Islam bukan hanya tidak dijadikan pilihan tapi dilarang secara undang-undang dan sistem perundangan yang diimpot dari barat itu menjadi lebih parah dengan para pemimpin diktator sehingga sempurnalah seluruh suasana bagi umat untuk mengeram perjuangan mereka di dalam gua hangatnya.
Ketika generasi 50-an gagal, umat perlu menunggu lebih lama. Sepanjang masa itu tidak ada perubahan yang bererti bahkan yang ada justeru berlakunya peperangan sesama negara Islam.
Generasi 60-an hingga generasi 90-an tidak mampu masuk ke gelanggang pertarungan atas nama umat. Dunia Islam tidak banyak berubah dan umat masih menunggu generasi baru yang akan menjemputnya. 
Sekarang, kesempatan itu sedang Allah letakkan di bahu generasi revolusi (Thaurah). Mereka bukanlah rakyat Tunisia, Libya, Mesir dan Syria. Bahkan mereka bukan hanya generasi Arab sahaja, tapi mereka adalah generasi muslim zaman ini yang memberi sumbangan kepada revolusi, walauapapun warganegaranya.
Dengan syarat, mereka masuk ke dalam barisan kerja untuk membawa umat ke gerbang sejarah baru. Oleh kerana itu generasi revolusi (Thaurah) perlu memahami realiti zamannya, keperluan-keperluannya dan langkah paling realistik untuk membawa umat kembali memimpin.
Jika generasi revolusi tidak memahami peranannya maka umat kembali menunggu generasi lain setelah sepuluh tahun atau dua puluh atau enam puluh tahun lagi.
MISI GENERASI REVOLUSI (THAURAH)
Secara praktiknya, ada tiga kekuatan untuk bekalan bagi generasi revolusi (Thaurah) membawa umat ke gerbang sejarah baru.
PERTAMA : KEMANTAPAN IMAN
Revolusi Arab ini hanyalah meruntuhkan gerbang yang menghalang umat untuk masuk. Tapi di dalamnya ada timbunan sampah kehidupan yang perlu diurus. Kerja-kerja pasca revolusi jauh lebih besar dan panjang dibandingkan dengan demonstrasi dan teriakan di lapangan.
Di sinilah ujiannya ketika panas perlawanan berkecamuk di mana Allah sentiasa terasa dekat di hati dan barisan begitu bersatu. Solat tetap berjalan di tengah desingan peluru dan kepungan gas pemedih mata.
Allahlah yang telah menjaga kesatuan barisan para penunjuk perasaan dan ketabahan mereka. Ketika ucapan beremosi Mubarak disiarkan, ibu-ibu Mesir di rumah-rumah mereka terpengaruh dan menyeru anak-anak mereka untuk berhenti berdemonstrasi.
Barisan terpecah dan suara tidak lagi bulat dan revolusi hampir gagal, tapi tidak ada yang pernah membayangkan apalagi merencanakan bahwa gara-gara masuknya unta ke barisan mereka sehingga menambah buruk lagi keadaan rusuhan dan memakan korban yang banyak justeru dari sanalah barisan kembali kental hingga revolusi menjadi teguh kembali sehingga hari turunnya Mubarak.
Siapa yang merancang semua ini?
Kelompok mana yang membuat koordinasi kejadian ini?
Tidak ada, kecuali Allah swt sehingga di awal, pertengahan hingga ke penghujung revolusi ini nanti, Allah swt tetap menjadi sumber inspirasi dan slogan utama kebebasan rakyat kerana dariNyalah kemenangan-kemenangan ini akan lahir dan Allahlah sebenarnya Penguasa utama di sebalik  revolusi ini.
KEDUA : KEMANTAPAN BARISAN
Kesamaan tuntutan pada revolusi Arab umumnya sekadar pada turunnya presiden yang bersikap diktator. Tapi ketika proses masuk ke tahap pengurusan pemerintahan, terlihatlah taring sebenar beberapa kelompok. Dalam sebuah seminar terbuka, menurut akhbar harian ‘Akhbar al-Yaum’, barisan Sosialis Revolusi Mesir lantang menyatakan :
“wahai orang-orang Salafi dan Ikhwan Muslimun, ruang waktu kamu adalah kematian dan kembali ke penjara-penjara”.
Permusuhan terhadap Islam dan semua kelompok berhaluan Islam mulai bersahutan. Tapi itu suatu yang wajar kerana untuk prinsip itulah mereka hidup.
Yang merisaukan kita adalah jika barisan kelompok Islampun terpecah. Demonstrasi mereka tidak lagi menjadi satu suara dan berbagai kepentingan masuk dan agen-agen provokasi mula menyebarkan jarum-jarum mereka.
Jika diteliti dengan dalam semua fitnah dan permusuhan pasca revolusi, ianya bukan kerana fitnah agama atau mazhab gerakan.
Sejarah telah memberikan kaidahnya. Fitnah itu bukan kerana perbezaan pendapat kelompok Ali, atau Muawwiyah, tapi sebuah kumpulan membakar semangat anak-anak muda kumpulan Ali dan Muawwiyah secara bersamaan.
Ini yang berlaku ketika itu. Fitnah persatuan umat Islam pasca revolusi adalah fitnah rekaan, fitnah hasil pengkajian kumpulan strategik serta fitnah sebuah kumpula kerja yang melaksanakan berbagai peranan.
Ada kumpulan yang bertugas membakar semangat keislaman menentang calon-calon Kristian atau membakar gereja atau menghasut orang Kristian bahwa sistem Islam membahayakan bukan Islam atau mendukung penunjuk perasaan melawan tentera; atau mendukung tentera menembak penunjuk perasaan.
Mereka semua satu kumpulan iaitu kumpulan dari sistem diktator yang masih tersisa. Kumpulan yang tidak ingin semua misi revolusi tercapai. Kumpulan yang ingin revolusi berhenti untuk kemudiannya pemerintahan diganti pemimpin baru dengan sistem yang sama iaitu sistem diktator.
Oleh yang demikian, generasi revolusi merapikan kertas kerja mereka, memperkukuhkan komunikasi antara para pemimpin gerakan Islam untuk projek bersama pasca revolusi kerana terlalu banyak tema besar yang sama yang perlu diperjuangkan dibandingkan dengan perbezaan.
Walaupun ianya tidak mudah, tapi berkemungkinan boleh berlaku. Setidak-tidaknya mereka memahami bahwa ada perancangan jahat untuk mengoyak persatuan, maka mereka perlu mempertajamkan lagi naluri generasi revolusi untuk tidak mudah terpancing dengan isu-isu popular baru di luar rancangan-rancangan perubahan yang sudah dipegang.
KETIGA : KEUTAMAAN PERUBAHAN
Titik ini adalah garis pemisah yang akan menguji apakah generasi revolusi (Thaurah) ini layak untuk menghantarkan umat ke gerbang sejarah baru atau hanya mengulangi kesilapan yang sama dengan generasi 50-an.
Kesamaan revolusi di beberapa negara Arab adalah ke arah penghapusan sistem diktator, namun ia bukanlah tujuan akhir kerana setelah itu risiko-risiko revolusi seperti krisis ekonomi perlu ditangani dengan bijak, lebih-lebih lagi risalah Islam perlu menjadi penekanan utama selain kesejahteraan.
Namun, seperti apakah bentuk nyatanya?
Apakah generasi revolusi (Thaurah) ini menginginkan kehidupan bernegara seperti negara Madinah di zaman Rasulullah atau malah seperti Saudi atau tidak mempunyai cadangan sistem sama sekali?
Sesuatu yang perlu disedari bahwa kepimpinan itu diperlukan hanya untuk melindungi dan menjamin umat melaksanakan peranannya iaitu “Rahmatan lil Alamin” untuk “Hidayatul Basyar” (membimbing manusia).
Sehingga ke saat ini, jika sebuah sistem mampu menjamin peranan ini, maka ia pilihan keutamaan pasca revolusi. Memang ada sistem ideal untuk merealisasikan peranan itu, tapi ia bukanlah keutamaan saat ini.
Kebebasan adalah modal utama umat untuk kembali membangun kekuatannya sepertimana perjanjian Hudaibiyah.
Kebebasan dakwah yang menjadi keutamaan, bukan pengurusan masyarakat dan negara yang serba sempurna.
Di depan sisa-sisa sistem diktator yang masih berebut kesempatan bagi menuju kebebasan yang agak sempit dan pendek ini sehingga generasi revolusi (Thaurah) perlu sedar akan situasi ini.
Sekali kesempatan ini terlepas dari umat, maka perubahan yang ada sekadar perubahan dari diktator lama menuju ke diktator baru dan umat perlu menunggu saat revolusi 60 tahun lagi.

NASIONALISMA PALSU

Marilah kita renung kata-kata Imam Hasan Al Banna di dalam ‘Risalah Dakwatuna’tentang perjuangan yang hanya bersandarkan kepada semangat nasionalisma kepartian semata-mata  :

“Jika yang mereka maksudkan dengan nasionalisma itu adalah memecah belah umat menjadi  kelompok-kelompok yang :

  1. Saling bermusuhan.
  2. Saling mendengki.
  3. Saling mencela.
  4. Saling melempar tuduhan.
  5. Saling menipu.
  6. Saling memperdaya antara satu sama lainnya.
Begitu juga jika ia fanatik dan mendukung sistem buatan manusia yang :

  1. Cenderung kepada hawa nafsu.
  2. Dibentuk pada misi dan tujuan tertentu.
  3. Ditafsirkan sesuai dengan  kepentingan peribadi semata-mata.

sehingga musuh :

  1. Mengambil banyak keuntungan untuk kemaslahatannya sendiri.
  2. Bebas mengobarkan api permusuhan.
  3. Memecah belahkan mereka dalam kebenaran.
  4. Menyatukan mereka pada kebatilan.
  5. Mengharamkan ke atas mereka untuk menjalin hubungan antara satu sama lain serta kerjasama sebahagian mereka dengan yang lainnya.
di mana hubungan hanya boleh terjalin dan berhimpun atas dasar nasionalisma ini hingga umat hanya memperhatikan organisasi atau negerinya dan tidak berkumpul kecuali orang-orang yang sekelompok dengannya.

Nasionalisma seperti itu adalah nasionalisma palsu yang tidak membawa kebaikan samada buat penyerunya ataupun masyarakat sekeliling.

BATAS NASIONALISMA KAMI

“Perbezaan antara kami dan mereka adalah bahwa kami menganggap batas nasionalisma adalah aqidah sementara mereka menganggap batasnya adalah wilayah negara dan batas-batas geografi.

Bagi kami, setiap jengkal tanah yang dihuni muslim yang mengucapkan ‘Laa Ilaha Illallah’ adalah tanah air kami yang berhak mendapatkan :

  1. Penghormatan.
  2. Penghargaan.
  3. Kecintaan.
  4. Ketulusan.
  5. Jihad
demi kebaikannya.

Semua muslim di semua wilayah geografi ini adalah keluarga dan saudara kami. Kami dapat memperhatikan mereka dan merasakan apa yang mereka rasakan.

Sementara para penyeru nasionalisma sempit tidak seperti itu. Perhatian mereka hanya pada urusan wilayah terbatas dan sempit di bumi ini.

Perbezaan akan nampak lebih jelas ketika sebuah bangsa hendak memperkuat dirinya dengan cara merugikan bangsa lain.

Bagi kaum nasionalis, mereka menganggap yang demikian itu tidak menjadi masaalah. Oleh kerana itu :

  1. Berbagai ikatan menjadi renggang.
  2. Kekuatan melemah.
  3. Musuh menggunakan sebahagian untuk membinasakan sebahagian yang lain.
Seluruh perhatian kaum nasionalis hanya tertuju kepada kemerdekaan negaranya sahaja. Apabila berhasil mengukuhkan negaranya, fokus mereka hanya memperhatikan aspek-aspek fizikal semata-mata sebagaimana yang dilakukan oleh barat ketika ini.

Sebaliknya kami meyakini bahwa di leher setiap muslim tergantung amanah, di mana ia wajib mengorbankan jiwa, darah dan hartanya untuk menunaikannya.

Amanah tersebut adalah :

  1. Membimbing manusia dengan cahaya Islam.
  2. Mengibarkan bendera Islam di seluruh penjuru bumi.
Semuanya dilakukan bukan untuk mencari harta, kemasyhuran, kekuasaan ke atas orang lain dan bukan pula untuk memperhambakan bangsa lain tetapi untuk :

  1. Mencari ridha Allah semata-mata.
  2. Membahagiakan alam dengan agamanya.
  3. Meninggikan kalimatnya.
Inilah yang mendorong para Salafus Soleh melakukan pembebasan-pembebasan yang suci yang telah memeranjatkan dunia dan mengungguli berbagai pembebasan yang pernah dikenali sejarah dalam hal :

  1. Kecepatan.
  2. Keadilan.
  3. Kepiawaian.
  4. Keutamaan.”
Ya Allah, lahirkanlah generasi revolusi (Thaurah) yang memahami realiti zamannya, keperluan-keperluannya dan langkah paling realistik untuk membawa umat kembali memimpin, bekerja dan berusaha ke arah membangunkan semula "Jama'atul Muslimin" dan selamatkanlah iman kami dari fitnah dan kerosakan yang bakal muncul di akhir-akhir fasa "Mulkan Jabriyyan" yang akan tiba ke kemuncaknya apabila keluarnya dajjal.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

[ Read More ]
Read more...
Newer Posts Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    4 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    6 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    10 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    11 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    12 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Kepentingan Intima' Jamai'e
    Sebuah Jamaah yang berjuang untuk : 1.       Mengembalikan manusia pada penghambaan kepada Allah swt semata-mata. 2.       Mengemba...
  • Bijaksana Dalam Menyikapi Perbezaan
    Perbezaan pendapat di tengah-tengah kehidupan manusia adalah suatu perkara yang lumrah dan tidak dapat dielakkan.  Setiap orang mener...
  • Kedahsyatan Perosak Dajjal
    Kita sekarang sudah berada di akhir zaman di mana tanda-tanda hari kiamat terutama tanda-tanda kecil sudah banyak kelihatan dan kini han...
  • Mutiara Hikmah Para Duat
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...

Arkib

  • ▼  2017 (1)
    • ▼  April (1)
      • Mutiara Hikmah Para Duat
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger