skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 6 April 2015

Manfaatkan Penggunaan Masa Mu

Ditulis Oleh WAS Pada 20:27 – 0 Komen Anda
 
Masa adalah suatu anugerah Allah yang sangat penting kepada manusia dan lebih-lebih lagi kepada setiap pendakwah atau seorang Muslim yang sejati. Kita mestilah sentiasa berwaspada  dengan penggunaan masa kerana masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita menyesal tanpa kesudahan. 

Disebabkan oleh kepentingan penggunaan masa inilah, Imam Hasan Al Banna telah meletakkannya sebagai salah satu wasiatnya yang sepuluh iaitu :

"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya."

Ini adalah kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi.

Ada satu Pepatah Melayu yang menyatakan, “Patah tumbuh hilang berganti”. Namun, pepatah itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah meninggal atau barang hilang yang mungkin boleh ditemui semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.

Tapi yang pasti dan tidak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa mempunyai peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan masa sehingga terkenal di antara bangsa di Asia di mana kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun sangat menghargai masa.

Walaubagaimana sekalipun mereka maju di dunia disebabkan falsafah penggunaan masa itu, namun ia hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya bagi memenuhi keperluan di dunia dan lebih-lebih lagi keperluan di akhirat.

Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa “Masa itu emas”. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum mampu menandingi harga masa. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula ataupun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang mempunyai harga. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga. 

Jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, niscaya ada seribu satu jalan atau kuasa yang  berikhtiar untuk menggantikannya.

Masa tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran masa. Allah swt menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa.

Masa cuma boleh :

1.     Dinamakan seperti Ahad, Isnin dan sebagainya.

2.     Dipenggal.

3.     Dipecahkan.

4.     Dipotong sebagai hari, minggu dan bulan.

Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.

Malah, masa itu boleh mengancam manusia di mana Sayyidina Ali ra berkata :

"Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', niscaya ia akan 'memenggal' lehermu." 

Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya :

a.      Kerja.

b.     Tugas.

c.      Amanah.

yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.

Jika bukan kerana itu, maka masa itu mungkin kurang dihargai.

Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.

Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu yang tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.

Maka Imam Hasan Al Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan masa di mana semakin banyak usaha dakwah yang dilakukan maka masa yang ada menjadi semakin singkat dan suntuk!

Dalam realitinya, jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan masa yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 30 bentuk dan 60 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.

Itulah yang dimaksudkan oleh Imam Hasan Al Banna iaitu jumlah usaha dakwah perlu digembelingkan dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.

Daripada Anas bin Malik ra. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Imam Hasan Al Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah saw ini di mana bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntukkan masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.

Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah yang semakin menimbun ini terpikul di atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

BANTU MANUSIA MENGURUSKAN WAKTUNYA

Barangkali, lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Imam Hasan Al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan yang berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.

Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna. 

Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.

Maka, dari sini Imam Hasan Al Banna menyarankan kepada pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.

"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya,"

Demikian pesanan Imam Al Banna lagi.

Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang perlu dilakukan bagi mencapai ridha ilahi. Soalan semacam ini kerap kali hinggap di ranting pertanyaan para sahabat dan baginda sentiasa hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.

Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda bergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.

1. Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa.

2. Jika dilihatnya penanya itu seorang yang panas baran, maka baginda menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.

Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.

[1] Wahai orang yang berselimut!

[2] Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al Qur’an dengan "Tartil."

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al Qur’an yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, sentiasa hidup dengan pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai ragam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia yang lebih baik.

Jadi, bagaimana mereka seharusnya bermula? Jika ada amalan di permulaan perjalanan, maka apakah amalan permulaan itu?

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Solat Tahajjud" padanya sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (QS Al-Isra' : 79)

Adakah insan yang baru merangkak dan baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Penciptanya sebagaimana yang terkandung dalam ayat-ayat Al Qur'an di atas?

Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang :

a.      Sabar.

b.     Teguh hati.

c.      Kuat pendirian.

d.     Bijaksana.

e.      Berhemah tinggi.

f.      Kental kerohaniannya. 

RINGKASKAN AMALAN UNTUK MEMBANTU SAUDARA LAIN

Sebab itulah Imam Hasan Al Banna menyarankan para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.

Bagi Imam Al Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.

Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang yang beramal dengan sebab apa yang diajarkan oleh kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.

Oleh kerana itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.

Mereka yang berkhalwat, beruzlah dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan hati nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Pencipta, tidak termasuk dalam jenis manusia yang mendapat pencerahan dari Allah.

Imam Hasan Al Banna adalah di antara pendakwah yang bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan masyarakat dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia- manusia yang sombong sekaligus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia-manusia yang tertindas. 
BAGAIMANA CARA-CARA MEMANFAATKAN MASA KITA
 

a.      Patuhi jangka masa yang ditetapkan bersama orang lain dan menentukan batas waktu yang tidak boleh dilangkahi walau apapun alasan dan keadaan.

 

b.     Lengkapkan pekerjaan kita seperti yang telah dibebankan kepada kita oleh orang lain dengan cara mempersiapkan diri dengan baik yang akan membantu untuk mencapainya tepat pada masa, tanpa berlebihan atau berkurangan.

 

c.      Pastikan bahawa hadir tepat pada waktu yang dijanjikan untuk sesuatu pertemuan, jangan pergi sebelum atau selepasnya. Kita hendaklah hormati tuan rumah dan menjaga maruahnya... mungkin rumah itu perlu diatur dan dipersiapkan sekiranya belum bersedia untuk menerima tetamu.

 

d.      Elakkan dari perbualan di luar topik dengan orang lain kerana hal ini membuang masa, membuatkan orang menyampah dan mendatang kebencian di hati orang lain.

 

e.      Jangan berkeras dengan pendapat kita kecuali jika ianya betul. Kita hendaklah bersopan dan berlembut dalam mengutarakan pendapat, kerana ianya dapat menjaga masa kita dan masa orang lain.

 

f.       Sebelum kita bercakap tentukan bila akan bercakap, apakah topik yang akan dimulakan dan bila akan tamat. Ingatlah bahawa sebaik-baik pembicaraan ialah yang ringkas dan padat, dan belum tentu semua yang berbicara dengan panjang lebar semestinya ia lebih mengetahui, lebih layak dan lebih baik.

Ketahuilah bahawa falsafah yang tidak berdasarkan wahyu Ilahi sebenarnya hanyalah fikiran yang palsu, maka jangan memenatkan diri kita atau menyusahkan orang lain.

Benarlah kata-kata seorang ahli hikmah :

 “Kehidupan dunia hanya seketika, maka jadikanlah kehidupan dunia untuk ketaatan.”

Ini bermakna bahawa masa atau waktu pada hakikatnya hanyalah sebuah kehidupan seorang hamba. Oleh yang demikian, ia hendaklah memenuhi hidupnya dengan tugasan yang baik yang membawanya lebih dekat kepada Allah dan berusaha untuk menyempurnakan tugas khalifah Allah di muka bumi sehingga dirinya dan umat dapat mengecapi kehidupan bermaruah dan berbahagia.

Jika ia mampu mencapainya, maka ia telah berjaya dan memberi ketenangan untuknya bersama para solehin, siddiqin dan syuhada’. Mereka adalah sebaik-baik teman.

Sayyidina Ali ra pernah berkata tentang masa :

“Masa diciptakan untuk :

      1.     Dimanfaatkan tubuh badan.

2.     Menentukan cita-cita.

3.     Mendekatkan harapan.

4.     Menginginkan keselamatan.

Barangsiapa yang merebutnya maka ia memperolehinya dan barangsiapa yang mensia-siakannya maka dia akan kepenatan. Wahai anak Adam, apakah yang telah diperolehi dari masa kamu, sedangkan kamu adalah penyimpan untuk orang lain”.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami memanfaatkan masa yang Engkau kurniakan kepada kami untuk digunakan di jalan dakwahMu sehingga jumlah masa yang kami korbankan untuk memenuhi kehendakMu lebih banyak dari masa yang kami gunakan untuk keperluan peribadi kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Renungan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Tarbiyah, Satu-Satunya Jalan
    Tarbiyah adalah sebuah proses dalam projek kebangkitan umat dan pembangunan peradaban di mana ia memiliki satu sifat yang dikenali sebaga...
  • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
    Proses tarbiyah adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan tidak mudah kerana tarbiyah bererti: 1. Mempersiapkan manusia. 2. Membentuk d...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (6)
      • Mutiara Hikmah Para Duat
      • Menjunjung Kesucian Dakwah
      • Mutiara Hikmah Para Duat
      • Manfaatkan Penggunaan Masa Mu
      • Tenangkan Duniamu Dan Resahkan Akhiratmu
      • Tarbiyah Bekalan Kita - Siri 4
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger