skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 17 January 2012

Pusat Pembangun Generasi

Ditulis Oleh WAS Pada 09:32 – 0 Komen Anda
 
Masjid adalah projek pertama yang dilakukan oleh Rasulullah saw setibanya baginda di Madinah.
Bahkan sebelum itu lagi iaitu ketika baginda singgah di Quba’ sebelum sampai ke Madinah, baginda masih sempat untuk membangunkan masjid.
Setelah berdirinya masjid, barulah baginda mulai membuka pasar. Ini bersesuaian dengan falsafah yang diutarakan dalam Al Qur’an, surah Al Jumu’ah, :
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.
Konsepnya :
  1. Akhirat dulu, kemudian dunia.
  2. Masjid dulu, kemudian pasar.
Demikianlah pentingnya peranan masjid sehingga baginda meletakkan kedudukan masjid sebagai asas utama dalam membangun struktur masyarakat sebelum usaha-usaha yang lainnya.
Dari masjidlah, ketika itu :
  1. Arahan-arahan penting dikeluarkan.
  2. Keputusan-keputusan besar dicetuskan.
  3. Idea-idea cemerlang timbul.
  4. Semua perselisihan didamaikan.
  5. Semua masalah diselesaikan.
  6. Semua keluhan didengarkan.
Masjid adalah universiti orang-orang besar dan tempat berkumpul para pahlawan Islam. Tengoklah masjid dan kenalilah para pejuang Islam. Hadirlah ke masjid dan carilah tunas-tunas pahlawan Islam kerana Islam hanya akan menyematkan gelaran kepahlawanan kepada orang yang hatinya terpaut dengan masjid.
Oleh itu, jangan terburu-buru menyebut seseorang sebagai pejuang Islam jika ia hanya sekali atau dua kali sahaja menginjakkan kakinya di masjid.
Lain dulu lain sekarang.
Yang dulu telah berlalu.
Yang sekarang tidak seperti yang diharapkan.
Masjid kini lebih semarak dengan :
  1. Ukirannya yang indah menawan.
  2. Kaligrafinya yang berliuk-lentuk mempesonakan.
  3. Kewibawaan menaranya yang menjulang tinggi.
  4. Kemegahan kubahnya yang keemasan.
Tapi, kenapa masjid kini tidak mampu melahirkan generasi-generasi yang diharapkan?
Pertanyaan penting yang mesti dijawab dan dicarikan jalan penyelesaiannya kerana penyakit kelemahan umat telah menjangkiti dan ianya bermula dari sini.
Jika pada hari Juma’at kaum muslimin sedemikian ramai memenuhi masjid sehingga tidak tertampung, tapi di manakah mereka pada ketika azan menyeru setiap harinya?
Benarkah hati mereka tidak lagi terikat dengan masjid?
Jika jawapannya ya…kenapakah ini berlaku dan fenomena apakah yang menyebabkan ini berlaku?
Allah telah menggariskan bahwa jika :
  1. “Amar ma’ruf” ditinggalkan.
  2. “Nahi mungkar” dilalaikan.
  3. Syariat Islam diabaikan.
Maka keberkatan bumi suatu penduduk akan dicabut. Bila keberkatan telah dicabut dari bumi penduduk suatu negeri bererti undangan untuk musibah dan bala’ telah dituliskan.
Kini perkara ini telah berlaku. Musibah yang datang silih berganti seolah-olah sedang menunjukkan petanda yang jelas kepada kita.
Setelah musibah berlalu, manusia sibuk mencari sebab untuk diletakkan kepadanya semua kesalahan.
  1. Telunjuk mereka mula mengarah ke mana-mana.
  2. Alam pun turut dipersalahkan.
  3. Para pakar sibuk menganalisa.
  4. Para pemerintah sibuk mencari alasan.
  5. Rakyat sibuk menyalahkan.
Tidak ada seorangpun dari manusia yang mengarahkan jari telujuknya kepada dirinya kemudian mengingat-ingatkan akan dirinya yang memberi saham akan kedatangan musibah ini.
Mereka tidak sedar bahwa satu maksiat yang mereka lakukan adalah satu undangan agar musibah datang.
Itulah cerminan mereka-mereka yang terlanjur dalam perbuatan dan lahir serta membesar bukan dari taman-taman masjid. Itulah keadaan sebenar yang sedang kita temui.
Bukan salah langit yang di atas, bukan salah bumi yang dipijak bahkan manusialah penyebab utama kepada semua musibah alam.
Tanpa menyedari kesalahan yang dibuat, mereka malah mencari alasan pembenaran dari tindakan mereka sepertimana yang dicatatkan dalam Al Qur’an :
“Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sedar.” (QS Al Baqarah : 11-12)
Jika masjid memainkan peranan asalnya, maka sesungguhnya harapan itu masih ada.
Mereka yang berdiri di dalamnya akan berdiri sama rata, tiada perbezaan dari segi pangkat, harta dan jawatan.
Yang paling utama adalah yang paling merasa berdosa dan yang paling durhaka adalah yang merasa paling banyak pahala.
Masjid akan menyingkapkan unsur-unsur kemunafikan yang merosakkan sistem kemasyarakatan. Satu-satunya kayu ukur di dalamnya adalah ketaqwaan.
  1. Majikan tidak lebih mulia dari pekerjanya.
  2. Yang tua tidak lebih tinggi darjatnya dari yang muda.
  3. Yang cantik bajunya tidak lebih utama dari yang lusuh.
Perbezaan yang ketara yang terpancar adalah hangatnya persaudaraan dan indahnya kebersamaan. Keberkatan seakan sentiasa mengiringi dan ketenangan seakan terus menyelimuti hati. Itulah sebenarnya kekayaan sebenar dari pendidikan masjid.
Selain itu :
  1. Satu langkah menuju masjid bernilai kebaikan.
  2. Tersenyum kepada kawan dalam perjalanan ke masjid bernilai sedekah.
  3. Bersalaman di dalam masjid menghapuskan kesalahan.
  4. Solat sunnah di masjid menyempurnakan yang wajib.
  5. Solat wajib di masjid memberatkan timbangan.
  6. Zikir di masjid menggugurkan dosa.
  7. Doa yang dilantunkan dalam masjid menjadi perisai jiwa.
  8. Jika mendengar kawan yang sakit di masjid kemudian mendoakannya bernilai kebaikan.
  9. Menjenguk ahli masjid menghapuskan dosa, meringankan beban dan mengundang keberkatan.
  10. Langkah pulang ke rumah dari masjid akan terasa ringan kerana dalam waktu yang singkat ia telah membuat pelaburan kebaikan yang luar biasa besarnya
Ada seribu satu kebaikan hanya dalam sekali kunjungan ke masjid. Cuba gandakan lima kali, kemudian sepuluh kali, kemudian seratus kali dan boleh jadi hasilnya menjadi lebih banyak kerana di situlah berlakunya peningkatan pahala sebagaimana firman Allah swt.
“Dan Allah melipatgandakan bagi yang Dia Kehendaki.”
Dimulai dari perkara-perkara seperti inilah :
  1. Peribadi-peribadi luhur itu terbentuk yang seterusnya berinteraksi dengan dunia luar.
  2. Suasana “rabbaniyah” tidak mudah luntur kerana terus diperbaharui.
  3. Pemikiran yang sempit tidak mudah merasuki kerana cepat dapat ditangani.
  4. Idea-idea cemerlang timbul berterusan kerana sentiasa mengalami proses pencerahan.
Setelah solat selesai ditunaikan maka keluarlah dari masjid :
  1. Peribadi-peribadi yang kuat.
  2. Para pedagang yang jujur.
  3. Petani yang tahan lasak.
  4. Pemimpin yang amanah yang seluruh aktiviti hariannya sentiasa terkawal.
Rancangan atau rangka tindakan dari pola pembentukan umat ini sebenarnya sudah diwariskan oleh Rasulullah saw kepada kita melalui contoh keberhasilannya.
Kita mesti yakin dan sedar bahwa kejayaan Islam hanya dapat diraih bilamana jalan yang kita tempuh adalah jalan yang sama yang telah ditempuh oleh para generasi awal. Sepertimana mereka meletakkan kedudukan masjid, seperti itulah juga yang mesti kita lakukan.
Tradisi mereka yang menjadikan masjid sebagai universiti terbuka adalah sesuatu yang hilang dari masjid-masjid kita. Masjid sekarang tidak lebih dari hanya sebuah simbol kewujudan umat Islam di sesuatu wilayah bukan petanda hidupnya denyut nadi ruh keislaman.
Secara idealnya, masjid yang dibangunkan mestilah menjadi sebuah wahana yang kondusif yang mampu melahirkan karakteristik peribadi muslim dalam rangka pembentukan umat yang memiliki kekuatan dalam menaklukkan cabaran zaman.
Amat sayang sekali apabila ada masjid yang berdiri di sesebuah wilayah, namun kontra-produktif dan tidak memiliki peranan apa-apa terhadap umat, apalagi jika masjid menjadi sumber perselisihan dan perkelahian.
Sesiapapun yang menjadi ahli jawatankuasa masjid mestilah mampu memanfaatkan kesempatan itu dan jangan jadikan masjid barang eksklusif serta jangan disia-siakan dengan kegiatan-kegiatan yang “lagha” atau hanya adat-adat yang berbentuk “upacara” semata-mata yang tidak membawa banyak kebaikan.
Semua kegiatan masjid mestilah :
  1. Mempunyai misi yang jelas.
  2. Menentukan sasaran yang jelas.
  3. Dikelolakan secara profesional agar jelas ke arah mana sebenarnya umat ini akan dibawa.
Siapapun yang hendak mendirikan masjid mestilah taqwa kepada Allah sebagai dorongan utamanya. Mereka yang meletakkan dasar kepada selain daripada itu sebenarnya sedang membangun sebuah kesia-siaan kerana ia diibaratkan membangun bangunan yang besar dengan asas yang rapuh.
  1. Mereka yang menjadi aktivis masjid hendaklah menjadikan taqwa sebagai motivasi utamanya.
  2. Masyarakat yang mengadakan kegiatan di masjid hendaklah atas dasar taqwa.
  3. Mereka yang menyumbang sesuatu untuk masjid hendaklah juga di atas dasar taqwa.
  4. Mereka yang berduyun-duyun untuk menyemarakkan masjid pun mestilah memiliki asas taqwa.
Intipatinya, semua perkara yang berkaitan dengan masjid mestilah diasaskan di atas dasar ketaqwaan kepada Allah swt dan semata-mata kerana mengharap keridhaanNya.
“Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahannam”. (QS At Taubah : 109)
Ya Allah, jadikanlah hati kami sentiasa terikat dengan masjid kerana disinilah rahmat, ketenangan serta petunjukMu turun. Dari sini jugalah lahirnya pejuang-pejuang, pendakwah-pendakwah, pemimpin-pemimpin umat yang akan mewarnai dunia dengan celupan-celupan bersih berasaskan wahyu yang mulia serta menjunjung panji-panji Islam ke serata pelusuk bumi. Kurniakanlah juga perasaan rindu kami kepada masjid sehingga rindu itu tidak akan terubat melainkan apabila kami telah menjejakkan kaki kami ke dalamnya serta memakmurkannya. 

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS   
Labels: Fikrah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
    Proses tarbiyah adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan tidak mudah kerana tarbiyah bererti: 1. Mempersiapkan manusia. 2. Membentuk d...
  • Kepentingan Intima' Jamai'e
    Sebuah Jamaah yang berjuang untuk : 1.       Mengembalikan manusia pada penghambaan kepada Allah swt semata-mata. 2.       Mengemba...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ▼  January (28)
      • Intipati Penghayatan Rabbani
      • Membina Rumah Akhirat Di Dunia
      • Pembentukan Nilai Rabbani
      • Putaran Islam Kembali Menjelma
      • Memburu Sumber Hidayah
      • Teruskan Beramal Walau Sedikit
      • Islah Asas Perubahan
      • Gejala Kelesuan Ruhiyah
      • Memperkukuhkan Tiang Persaudaraan
      • Rijal Penerus Risalah Dakwah
      • Pusat Pembangun Generasi
      • Lidah Sumber Malapetaka
      • Menguasai Kesenian Berdakwah
      • Menterjemahkan Risalah Dakwah
      • Membangun Unsur Perubah
      • Kafilah Dakwah Di Perjalanan
      • Tarbiyah Menghasilkan Aktivisma
      • Kehidupan Adalah Ujian Amal
      • Transformasi Aktivis Dakwah
      • Pahala Hangus Akibat Dengki
      • Nasihat Tanpa Menyelak Keaiban
      • Tarbiyah Membangun Tamadun
      • Membina Keupayaan Murabbi
      • Perjuangan Berasaskan Paksi Dakwah
      • Pembangunan Umat Melalui Tarbiyah
      • Amal Dan Tuntutan Waktu
      • Tarbiyah Mewariskan Dakwah
      • Andai Dia Berada Di Antara Kita
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger