skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 16 January 2012

Lidah Sumber Malapetaka

Ditulis Oleh WAS Pada 03:20 – 0 Komen Anda
 
Lidah memberikan kesan yang berbagai kepada pemiliknya. Semua itu tergantung kepada bagaimana pemiliknya mengendalikan dan menjaganya.

Lidah boleh menjadi liar dan juga boleh menjadi jinak.

Oleh kerana itu, benarlah ungkapan yang menyatakan bahwa :

“Lidahmu adalah harimaumu”.

Harimau akan menjadi pemangsa yang liar dan buas jika tidak dijinakkan.
  1. Ia akan bebas berkeliaran dan berbuat apa sahaja.
  2. Ia akan memangsa apapun ketika lapar.
  3. Ia akan melukai siapapun yang mengancam keberadaannya.
Berbeza jika harimau itu mampu dikendalikan. Ia akan jinak dan menjadi haiwan pertunjukan yang dikagumi.

Benarlah bahwa lidah boleh diibaratkan seperti harimau tersebut.

Ia akan menjadi sumber malapetaka, kebencian dan fitnah jika tidak dikendalikan. Namun sebaliknya, jika lidah dapat dikendalikan, maka lidah menjadi sumber kebaikan berupa ilmu mahupun nasihat.

Diam dapat :
  1. Mengendalikan lidah.
  2. Menjadikan fikiran lebih terfokus.
Luqman Al Hakim berkata :

“Diam itu hikmah, namun sedikit orang yang melakukannya.”

Nabi saw bersabda yang ertinya :

“Siapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara dua tulang dagunya (lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluannya), maka aku menjaminnya syurga).” (HR Bukhari, At-Tirmizi dan Ahmad)

Baginda saw juga bersabda yang ertinya :

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau diam.” (HR Bukhari dan Muslim)

Abu Darda’ berkata :

“Gunakanlah kedua telingamu daripada mulutmu, kerana engkau diberi dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar daripada berbicara.”

Adapun bencana-bencana yang ditimbulkan oleh lidah ialah :

PERTAMA : PERKATAAN YANG SIA-SIA

Barangsiapa mengetahui waktunya yang merupakan modal utamanya, maka dia akan menggunakannya hanya untuk perbuatan yang bermanfaat.

Nabi saw bersabda yang ertinya :

“Di antara kebaikan Islam sesorang adalah meninggalkan apa yang tidak diperlukannya.”(HR At-Tirmizi).

KEDUA : MELIBATKAN DIRI DALAM KEBATILAN

Maksudnya ikut dalam pembicaraan tentang kedurhakaan seperti ikut serta dalam perkumpulan orang-orang fasik.

Nabi saw bersabda yang ertinya :

“Sesungguhnya seorang hamba itu benar-benar mengucapkan suatu perkataan yang menjerumuskannya kedalam neraka yang jaraknya lebih dari jarak antara timur dan barat.” (HR Bukhari dan Muslim)

KETIGA : PERDEBATAN, ADU MULUT DAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN

Jika masalahnya berkaitan dengan kehidupan dunia, maka dia tidak perlu mendebatnya. Penyakit yang lebih besar dari perdebatan adalah suka bertengkar.

Nabi saw bersabda yang ertinya :

“Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang keras lagi suka bertengkar.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maksud bertengkar disini adalah bertengkar secara bathil atau tanpa pengetahuan. Seseorang yang memiliki hak untuk bertengkar maka sebaiknya dia berusaha menghindari pertengkaran.

Pertengkaran boleh menyebabkan :
  1. Dada terasa panas.
  2. Naiknya perasaan marah.
  3. Timbulnya kedengkian.
KEEMPAT : PERBICARAAN YANG KEJI, SUKA MENCELA DAN MENGUMPAT

Semua ini tercela dan dilarang kerana merupakan sumber keburukan dan kehinaan.

Dalam sebuah hadits disebutkan :

“Jauhilah perkataan keji kerana Allah tidak menyukai perkataan keji dan mengolok-olok dengan perkataan keji.” (HR Ibnu Hibban, Ahmad dan Bukhari dalam ‘Adabul Mufrad’)

Dalam hadits lain disebutkan :

“Orang mukmin itu bukan orang yang suka mencemarkan kehormatan, bukan pula orang yang suka mengutuk, berkata keji dan mengumpat.” (HR At-Tirmizi, Ahmad dan Bukhari)

KELIMA : BERSENDA GURAU

Bersenda gurau yang ringan atau biasa sahaja diperbolehkan selagi seseorang itu berkata jujur dan benar.
Rasulullah saw juga suka bersenda gurau, namun dengan perkataan yang benar.

Dalam senda gurau Rasulullah saw ini telah disepakati dua perkara :

1. Berbicara hanya dengan perkataan yang benar.
2. Jarang dilakukan.

Jadi, tidak boleh terlalu sering bersenda gurau. Terlalu banyak bersenda gurau boleh mengurangi karisma dan kewibawaan seseorang bahkan boleh menarik kepada kedengkian.

KEENAM : MENGEJEK

Maksud mengejek disini adalah :
  1. Menghina.
  2. Menyebutkan aib seseorang dan kekurangan seseorang agar boleh membuatkan orang tertawa.
Perkara ini kebiasaannya dilakukan dengan mengatakannya atau menggambarkannya dengan perbuatan atau cukup dengan isyarat dan kerdipan mata. Semua ini dilarang dalam syari’at.

KETUJUH : MEMBUKA RAHSIA, MELANGGAR JANJI, BERDUSTA DALAM PERKATAAN DAN SUMPAH

Semua ini dilarang kecuali memang ada keringanan untuk berdusta pada perkara-perkara tertentu seperti berdusta untuk siasah perang, kerana perang adalah tipu daya.

KELAPAN : MENGUMPAT

Al Qur’an telah menyebutkan larangan mengumpat ini dan menyerupakan pelakunya dengan pemakan bangkai.

Dalam Hadits disebutkan :

“Sesungguhnya darah, harta dan kehormatan kamu adalah haram atas diri kamu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Barzah Al Aslamy, dia berkata :

“Rasulullah saw bersabda yang ertinya, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya sedangkan iman itu belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang muslim dan janganlah mencari-cari aib mereka kerana siapa yang mencari-cari aib saudaranya niscaya Allah akan mencari-cari aib dirinya dan siapa yang Allah mencari-cari aib dirinya niscaya Dia akan membuka kejelekannya sekalipun dia bersembunyi di dalam rumahnya.” (HR Abu Daud, At Tirmizi, Ahmad dan lain-lain)

Makna mengumpat adalah kita menyebut-nyebut orang lain yang tidak ada di sisi kita dengan suatu perkataan yang membuatnya tidak suka jika mendengarnya samada menyangkut kekurangan pada tubuhnya, nasab, akhlak atau pakaiannya.

Dalil yang menguatkan tentang perkara ini adalah ketika Nabi saw ditanya tentang mengumpat, maka baginda menjawab :

“Engkau menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang tidak dia sukai.”

Orang itu bertanya lagi,

“Bagaimana pendapat Engkau jika pada diri saudaraku itu memang ada yang seperti perkataanku wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab :

“Jika pada diri saudaramu itu ada yang seperti perkataanmu, bererti engkau telah mengumpatnya dan jika pada dirinya tidak ada seperti yang engkau katakan, bererti engkau telah memfitnahkannya.” (HR Muslim dan At Tirmizi)

Apa-apapun yang dimaksudkan untuk mencela, maka itu termasuk dalam kategori mengumpat.

Orang yang mendengarkan umpatan juga terlibat dalam perkara mengumpat ini.

Nabi saw bersabda yang ertinya :

“Barangsiapa ada seorang mukmin yang dihinakan disisinya dan dia sanggup membelanya (namun tidak melakukannya), maka Allah Azza wa Jalla menghinakannya di hadapan orang ramai.” (HR Ahmad)

Suatu kali Umar bin Utbah melihat pembantunya sedang berbicara dengan orang lain yang sedang mengumpat orang lain.

Umar berkata :

“Celakalah kamu! Jaga telingamu dan jangan dengarkan perkataan kotor. Jaga juga dirimu untuk tidak berkata yang kotor kerana orang yang mendengar merupakan sekutu orang yang berbicara.”

Apabila seseorang mengumpat, sebenarnya ia telah melakukan dua pelanggaran :
  1. Pelanggaran terhadap hak Allah, kerana dia melakukan apa yang dilarangNya.
  2. Pelanggaran terhadap kehormatan makhluk.
Sebagi tebusan terhadap kedua-dua pelanggaran  di atas :
  1. Ia hendaklah bertaubat dan menyesali perbuatannya.
  2. Jika umpatan itu sudah didengar oleh orang yang diumpatnya, maka dia mesti menemuinya dengan meminta maaf kepadanya dan memperlihatkan penyesalan di hadapan orang tersebut.
Abu Hurairah ra dari Nabi saw, baginda bersabda yang ertinya :

“Siapa yang melakukan suatu kezaliman terhadap saudaranya, harta atau kehormatannya maka hendaklah dia menemuinya dan meminta maaf kepadanya dari dosa umpatan itu sebelum dia dihukum sementara dia tidak memiliki dinar mahupun dirham. Jika dia memiliki kebaikan, maka kebaikan itu akan diambil lalu diberikan kepada saudaranya itu. Jika tidak, maka sebahagian keburukan-keburukan saudaranya itu diambil dan diberikan kepadanya.” (HR Bukhari)

Jika umpatan belum didengar oleh orang yang diumpat, maka permintaan maaf cukup dengan memohonkan ampunan bagi orang tersebut.

Mujahid berkata :

“Tebusan tindakanmu yang memakan daging saudaramu adalah dengan cara memuji dirinya dan mendoakan kebaikan baginya. Begitu pula jika orang tersebut sudah meninggal dunia.”

KESEMBILAN : MENGADU DOMBA

Rasulullah saw bersabda yang ertinya ;

“Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (HR Bukhari dan Muslim)

KESEPULUH : KATA-KATA PUJIAN

Perkara inipun boleh menyebabkan malapetaka, iaitu berkaitan dengan :
  1. Orang yang memuji.
Dia terlalu berlebihan dalam memuji sehingga berakhir dengan kedustaan, bahkan boleh jadi dia memuji seseorang yang sebenarnya lebih layak untuk dicela.

2.   Orang yang dipuji.
Pujian ini boleh menyebabkan dirinya takabur dan ujub. Nabi saw pernah bersabda ketika mendengar seseorang yang memuji orang lain, “Celakalah engkau! Kerana engkau telah memenggal leher rakanmu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Namun, jika orang yang dipuji tidak menyebabkan sikapnya menjadi takabur dan ujub, maka boleh sahaja dilakukan. Rasulullah saw juga pernah memuji Abu Bakar, Umar dan sahabat lainnya.

Demikianlah bahaya yang ditimbulkan oleh lidah manusia.

Terlalu banyak malapetaka yang diakibatkan oleh lidah liar yang tidak bertulang ini.

Bahaya yang disebutkan ini hanyalah sebahagian kecil dari bahaya lidah dan kita perlu bijaksana dalam menggunakan lidah ini sesuai dengan situasi dan keadaan yang tepat, iaitu bila lidah ini mesti diam dan bila pula lidah ini perlu berbicara.

Diam adalah emas, namun dalam banyak perkara, berbicara lebih berharga daripada emas.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami mampu menjaga lidah kami yang tidak bertulang ini supaya tidak terjerumus ke lembah dosa dan penganiayaian samada terhadap diri kami dan juga terhadap saudara-saudara kami yang lain. Jadikanlah lidah kami sebagai wasilah untuk dakwah di jalanMu sehingga manusia mendapat manfaat dari perbicaraan kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Tausiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Mutiara Hikmah Para Duat
  • Dakwah Itu Mudah, JOM!
    Dakwah adalah suatu pekerjaan yang mudah namun hasilnya luarbiasa. Siapa sahaja boleh berdakwah dan siapa sahaja boleh memperolehi hasiln...
  • Tarbiyah Menuju Kebangkitan
    Apabila kita menyebut tentang tarbiyah sebagai jalan menuju kepada sebuah kebangkitan, maka menjadi suatu keperluan untuk kita memperincik...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ▼  January (28)
      • Intipati Penghayatan Rabbani
      • Membina Rumah Akhirat Di Dunia
      • Pembentukan Nilai Rabbani
      • Putaran Islam Kembali Menjelma
      • Memburu Sumber Hidayah
      • Teruskan Beramal Walau Sedikit
      • Islah Asas Perubahan
      • Gejala Kelesuan Ruhiyah
      • Memperkukuhkan Tiang Persaudaraan
      • Rijal Penerus Risalah Dakwah
      • Pusat Pembangun Generasi
      • Lidah Sumber Malapetaka
      • Menguasai Kesenian Berdakwah
      • Menterjemahkan Risalah Dakwah
      • Membangun Unsur Perubah
      • Kafilah Dakwah Di Perjalanan
      • Tarbiyah Menghasilkan Aktivisma
      • Kehidupan Adalah Ujian Amal
      • Transformasi Aktivis Dakwah
      • Pahala Hangus Akibat Dengki
      • Nasihat Tanpa Menyelak Keaiban
      • Tarbiyah Membangun Tamadun
      • Membina Keupayaan Murabbi
      • Perjuangan Berasaskan Paksi Dakwah
      • Pembangunan Umat Melalui Tarbiyah
      • Amal Dan Tuntutan Waktu
      • Tarbiyah Mewariskan Dakwah
      • Andai Dia Berada Di Antara Kita
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger