Islam, politik dan kepemimpinan adalah tiga entiti yang tidak dapat dipisahkan.
Dari sudut bahasa, tidak ada satu pun makna ‘siyasah’ (politik) yang tercela bahkan semuanya berakhir pada makna yang mulia iaitu :
1. Mendidik.
2. Mengatur.
3. Memimpin.
d. Memerintah.
Dalam konteks ‘siyasah syar’iyah’, usaha mengatur, mendidik, memimpin dan memerintah adalah di bawah kendalian syariah.
Pada dasarnya, politik adalah warisan kenabian. Maknanya, politik secara istilah sebagaimana yang disebutkan Imam Abul Wafa Ibnu 'Aqil, adalah aktiviti yang sebenarnya memang melahirkan maslahat bagi manusia dan menjauhkannya dari kerosakan (Al Fasad).
Dalam konteks ‘siyasah syar’iyah’, usaha mengatur, mendidik, memimpin dan memerintah adalah di bawah kendalian syariah.
Pada dasarnya, politik adalah warisan kenabian. Maknanya, politik secara istilah sebagaimana yang disebutkan Imam Abul Wafa Ibnu 'Aqil, adalah aktiviti yang sebenarnya memang melahirkan maslahat bagi manusia dan menjauhkannya dari kerosakan (Al Fasad).
Demikianlah hakikat ‘As Siyasah Asy Syar’iyyah’ yang dipaparkan oleh para ulama’ yang ahli berdasarkan pemahaman mereka terhadap kesucian syariat Islam.
Politik pada dasarnya adalah :
a. Mulia.
b. Penuh keadilan.
c. Memiliki maslahat.
d. Mengurangi kerosakan.
e. Jauh dari kekotoran konspirasi dan menghalalkan segala cara.
Dengan kata lain, politik merupakan salah satu bentuk amal soleh bagi manusia, samada laki-laki atau perempuan.
Imam Hasan Al Banna pernah ditanya oleh sebahagian orang tentang apakah hubungan Ikhwan dengan parlimen?
Bukankah Ikhwan merupakan Jamaah Keagamaan sedangkan Parlimen adalah institusi politik?
Bukankah ini memperkuatkan apa yang telah dipersepsikan orang bahwa Ikhwan adalah gerakan politik yang tidak dibatasi dengan dakwah Islam sepertimana yang selama ini mereka dakwa?
Kepada orang ini, dikatakan secara terus terang.
“…Jika kami dikatakan sebagai ahli politik partisan yang mendukung satu parti dan menentang parti lain, maka kami bukanlah (dan tidak akan) menjadi ahli politik jenis sedemikian.
Kami adalah ahli politik dalam ertikata kami ambil peduli terhadap umat yang didorong oleh keyakinan bahwa :
1. Kekuatan eksekutif adalah sebahagian dari ajaran dan hukum Islam.
2. Kebebasan berpolitik dan jati diri bangsa adalah sebahagian dari rukun dan kewajiban Islam.
3. Perjuangan kami demi menyempurnakan kemerdekaan dan mengurus kembali pemerintahan.
Kami yakin, apa yang kami lakukan bukanlah perkara baru. Semuanya adalah perkara lumrah yang difahami oleh setiap muslim yang mempelajari Islam dengan benar.
Kami tidak mengetahui hakikat dakwah kami dan tidak memiliki persepsi atas keberadaan kami selain untuk merealisasikan tujuan-tujuan di atas dan kami tidak sama sekali akan menarik diri walau sehelai rambutpun dari dakwah Islam kerana Islam tidak hanya menyuruh pemeluknya untuk sekadar memberi nasihat dan petunjuk bahkan lebih dari itu, Islam mendorong umatnya untuk berjihad dan berjuang.”
“Dan orang-orang yang berjihad (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al Ankabut : 69)
Namun, apa yang kita lihat tentang cara penyikapan dan penilaian manusia terhadap politik hari ini telah berubah seiring dengan perubahan realiti politik itu sendiri setelah diracuni oleh pemikiran ‘Nicolo Machiaveli’ iaitu ‘Tubarrirul Wasilah’ (menghalalkan segala cara).
Politik hari ini telah jauh dari dasar-dasar syariat dan telah berkiblat kepada politik kezaliman yang dikembangkan oleh para penguasa yang zalim yang bersikap diktator.
Politik hari ini telah mengalami penyempitan medan amalnya, iaitu hanya di sekitar :
Politik hari ini telah jauh dari dasar-dasar syariat dan telah berkiblat kepada politik kezaliman yang dikembangkan oleh para penguasa yang zalim yang bersikap diktator.
Politik hari ini telah mengalami penyempitan medan amalnya, iaitu hanya di sekitar :
a. Kepemimpinan.
b. Kekuasaan.
c. Pemerintahan.
d. Polisi Negara.
e. Perundangan.
Inilah gambaran politik secara sepintas lalu yang ada dalam kotak pemikiran masyarakat ketika ini, samada pada golongan yang terpelajar atau orang awam.
Sesungguhnya, pembicaraan tentang politik tidak akan pergi jauh dari semua itu. Namun, hal itu benar jika ia dikatakan hanya sebagai sebahagian dari politik sahaja.
Sesungguhnya, pembicaraan tentang politik tidak akan pergi jauh dari semua itu. Namun, hal itu benar jika ia dikatakan hanya sebagai sebahagian dari politik sahaja.
Ini adalah kerana ‘As Siyasah Asy Syar’iyyah’ yang di dalamnya terdapat keadilan Allah dan Rasul-Nya, tidak mungkin hanya dirasakan dan berada di ruang lingkup yang terbatas dan dilaksanakan oleh segelintir manusia sahaja. Tentu sahaja, kefahaman sebegini sangat jauh dari ruh ajaran Islam sebagai agama ‘Rahmatan lil ‘alamin’ (rahmat kepada seluruh alam).
Sebagaimana disebutkan di awal tadi bahwa Islam, politik dan kepemimpinan adalah tiga entiti yang tidak dapat dipisahkan.
Sebagaimana disebutkan di awal tadi bahwa Islam, politik dan kepemimpinan adalah tiga entiti yang tidak dapat dipisahkan.
Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah pun memberikan pendapatnya tentang politik di dalam kitabnya ‘Ath Thuruq Al Hukmiyyah’ bahwa :
“Tidaklah dikatakan, sesungguhnya politik yang adil itu bertentangan dengan yang dibicarakan syariat, justeru politik yang adil itu bersesuaian dengan syariat. Bahkan ia adalah bahagian dari elemen-elemen syariat itu sendiri. Kami menamakannya dengan politik hanya dari sudut istilah. Padahal itu adalah keadilan Allah dan RasulNya, yang dinampakkan tanda-tandanya melalui politik.”
Barangsiapa beranggapan bahwa agama (tepatnya Islam) tidak membahas masalah politik atau bahwa politik tidak termasuk dalam agenda pembahasannya, sungguh ia telah menzalimi diri sendiri dan pengetahuannya terhadap Islam.
Ia tidak menzalimi Islam kerana Islam itu syariat Allah yang sama sekali tidak mengandungi kebatilan samada di depan mahupun dibelakangnya.
Sungguh indah petua Imam Al Ghazali apabila ia mengatakan :
“Ketahuilah bahwa syariat itu asas dan raja itu penjaganya. Sesuatu yang tidak ada asasnya pasti akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya niscaya akan hilang.”
Daulah Islamiyah tidak akan tertegak kecuali bertumpu di atas asas dakwah sehingga ia menjadi negara risalah bukan hanya sekadar sebuah struktur dan bukan pula pemerintahan kebendaan yang jumud, pasif tanpa ruh di dalamnya.
Demikian pula dakwah, tidak mungkin tegak kecuali jika ada jaminan perlindungan yang akan menjaga, menyebarkan dan mengukuhkannya.
Kesalahan pertama kita adalah ketika kita melupakan asas ini di mana dalam ruangan praktik, kita sering memisahkan agama dari politik walaupun secara teori kita tidak boleh memungkirinya kerana telah menegaskan dalam perlembagaan negara bahwa agama rasmi negara adalah Islam.
Namun, ketetapan ini tidak cukup mampu untuk menghalang para pemerintah dan tokoh politik untuk merosak cita rasa Islam dalam persepsi dan fikiran khalayak umum serta merosak keindahan Islam dalam realiti kehidupan.
Semuanya mereka lakukan berdasarkan keyakinan, persepsi dan aksi penuh untuk menjauhkan konsep Islam dari kancah politik. Ini adalah putar belit pertama dan pangkal semua kerosakan.
PEMBENTUKAN DAULAH NUBUWWAH
Manusia adalah masyarakat yang bertamadun, hidup secara berkelompok dan saling memerlukan antara satu sama lain. Telah terbukti di sepanjang sejarah manusia, sudah wujud kelompok manusia yang dipimpin oleh seorang ketua sehingga membentuk kerajaan dan empayar, seperti kerajaan Rom, Parsi, Saba’, Habsyah, Mesir dan sebagainya.
Apabila manusia dipimpin oleh pemimpin yang tidak menjadikan wahyu Allah sebagai landasan pemerintahannya, sebaliknya hanya berasaskan kepada akalnya semata-mata akan menjadikannya lebih terpengaruh dengan keinginan hawa nafsu.
Keadaan ini akan menjadikan rakyat jelata berada di tahap yang paling hina. Mereka menjadi hamba kepada manusia yang bergelar penguasa yang seringkali melampaui batas. Kezaliman, penindasan dan penganiayaan akan berleluasa dalam masyarakat. Manusia hidup diburu ketakutan dan dihantui dengan perasaan kebencian, dendam dan kekecewaan.
Lantaran itu :
1. Manusia memerlukan seorang pemerintah yang menjadikan wahyu Allah sebagai panduan agar beliau dapat memimpin mereka kepada kehidupan yang harmoni.
2. Manusia memerlukan sistem dan peraturan hidup yang dapat menjamin keadilan hak dan tanggunjawab sesama mereka.
3. Manusia yang melakukan kesalahan dan jenayah perlu diadili dan dihukum.
4. Mereka yang dizalimi perlu dibela dan dikembalikan hak-haknya yang telah dirampas.
Semuanya ini menuntut kepada satu kuasa yang boleh mengarah dan dipatuhi. Kuasa yang menjamin keadilan untuk semua.
Allah swt yang menjadikan manusia dengan segala bebanan amanah di dunia ini sudah pasti tidak akan membiarkan manusia terumbang-ambing mencari-cari apakah sistem yang akan dilaksanakan bagi mencapai tujuan ini.
Malah inilah tujuan manusia diciptakan oleh Allah swt supaya mereka memakmurkan muka bumi dan membangunkannya berlandaskan sistem dan panduan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Lantaran itu manusia dilantik sebagai khalifah Allah di bumi sebagai sebahagian daripada tugas memperhambakan diri kepada Allah.
Sistem pemerintahan yang diperlukan ini :
a. Telah wujud dalam Islam.
b. Telah dilaksanakan.
c. Telah berjaya membawa manusia menuju matlamat mereka diciptakan.
Namun begitu, untuk melaksanakannya, umat Islam tidak melalui jalan yang mudah sebaliknya telah mengorbankan ramai syuhada’, masa dan harta benda.
Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu anhum yang bersama baginda telah meletakkan asas penting kepada Daulah Nubuwwah di Madinah yang akhirnya berkembang menjadi sebab kepada terlaksananya penyebaran Rahmat Allah ke seluruh alam.
DEFINISI KERAJAAN
Ahli undang-undang perlembagaan mendefinisikan kerajaan seperti berikut:
“Sekelompok manusia (rakyat) yang menetap di suatu tempat secara berterusan (tanah air) yang dikuasai oleh satu badan yang mentadbir urusan mereka di dalam dan di luar (kuasa pemerintah)”.
Oleh itu, asas sesebuah kerajaan ialah terdiri daripada:
1. Rakyat.
2. Tanah air.
3. Kuasa pemerintahan.
Daripada definisi ini dapat di fahami bahawa masyarakat manusia yang tidak menetap di satu-satu tempat seperti kabilah-kabilah Arab Badwi tidaklah dianggap sebuah kerajaan. Begitu juga sesebuah masyarakat yang tidak memiliki kuasa tertentu dalam mentadbir urusan mereka juga bukanlah sebuah kerajaan.
Ternyata daripada definisi tersebut bahawa kerajaan Nubuwwah menepati perspektif sebuah kerajaan moden.
PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN NUBUWWAH
Kerajaan Nubuwwah di Madinah tidak terbentuk secara kebetulan. Pembentukan terhasil setelah berlakunya satu proses :
a. Perubahan aqidah manusia dan anutannya.
b. ‘Intima’ (penggabungan) kepada Islam.
Perubahan aqidah, intima’ dan wala’ ini telah menggerakkan mereka untuk beramal ke arah membina satu cara hidup Islam berasaskan akhlak dan budaya hidup yang berlandaskan Al-Qur’an.
Perubahan ini menjadikan mereka menolak segala fahaman jahiliyah dan budayanya, menolak sistem dan kekuasaannya sehingga berlakulah pertembungan antara Islam dan jahiliyah.
Akhirnya, Allah swt membuka jalan kepada kemenangan setelah Rasulullah saw berusaha dengan pelbagai wasilah yang termampu. Dengan pengislaman golongan `Aus dan Khazraj daripada Yathrib telah membuka lembaran sejarah baru kepada perjuangan Islam di Makkah yang membawa kepada kelahiran Kerajaan Islam Pertama.
Kelahiran kerajaan Islam pertama ini telah di asaskan kepada beberapa perkara :
PERTAMA : DAKWAH ISLAMIYAH DAN MEMBINA RAKYAT
Sesiapa yang memerhatikan proses pembentukan kerajaan Islam akan memahami bahawa proses itu bermula dengan dakwah rasul (saw) mengajak manusia beriman kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah.
Rasulullah saw menjelaskan hakikat Islam kepada manusia, mendidik dan membina orang-orang yang beriman dengan aktiviti pembinaan rohani seterusnya menyatukan hati-hati mereka di atas asas persaudaraan Islam yang saling bantu membantu dan berkasih sayang. Namun begitu dakwah Islam tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya telah mengasaskan batu-bata yang kukuh ke arah menampung binaan Islam selepasnya.
Idea pemerintahan Islam, keamanan kehidupan ummah di bawah kekuasaan Islam telah wujud di dalam pemikiran Rasulullah saw sejak awal-awal lagi.
Diriwayatkan daripada Khabbab (ra) katanya :
“Aku telah bertemu Rasulullah (saw) yang sedang bersandar di kelambu Ka’bah setelah kami telah menerima siksaan daripada Quraisy lalu aku berkata :
Kenapakah tuan tidak berdoa kepada Allah ?
Lalu baginda duduk, dan merah wajah baginda seraya bersabda maksudnya:
“Sesunggunya mereka yang sebelum kamu disikat dengan sikat besi di antara daging dan tulang mereka atau urat saraf, segalanya ini tidak menjauhkan mereka daripada agama mereka dan diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala mereka sehingga terbelah dua, semuanya ini tidak menjauhkan mereka daripada agama mereka. Niscaya Allah akan sempurnakan urusan ini sehingga seorang yang menunggang kenderaan daripada Sana`a hingga ke Hadhramaut tidak akan takut melainkan hanya kepada Allah Azza Wa Jalla dan serigala terhadap kambingnya, tetapi kamu terburu-buru.”
Fikrah membentuk Daulah Islamiah tidak terpisah daripada pemikiran Rasulullah saw malah baginda merintis jalan kepadanya dengan membina ‘rijal’ sehingga mereka menjadi rakyatnya dan tenteranya sebelum berhijrah.
KEDUA : MENCARI TAPAK (BUMI)
Selepas beberapa orang daripada masyarakat Quraisy memeluk Islam, maka Islam mula tersebar di bumi Makkah. Quraisy akhirnya merasai bahaya kedatangan Islam di Makkah dan mula menyakiti umat Islam. Ramai umat Islam yang lemah disiksa supaya mereka meninggalkan agama Islam dan kembali kepada agama asal mereka. Rasulullah saw tidak mempunyai kuasa untuk melindungi para sahabatnya daripada penyiksaan Quraisy lantas Rasulullah memikirkan suatu tempat yang dapat melindungi umat Islam dan agamanya.
KETIGA : HIJRAH KE HABSYAH
Sabda Rasulullah saw :
“Sekiranya kamu pergi ke bumi Habsyah, sesungguhnya di sana terdapat seorang Raja yang tidak menzalimi sesiapapun, ia adalah bumi benar, sehinggalah Allah memberikan kepada kamu perlepasan daripada apa yang kamu rasai ini.”
Ini membuktikan bahawa hijrah ke Habsyah hanyalah sementara sehingga tertegaknya Daulah Islamiyah.
KEEMPAT : MENCARI PERTOLONGAN DARIPADA KABILAH-KABILAH ARAB
Tidak ada penafsiran yang logik apabila Rasulullah saw menawarkan dirinya kepada kabilah-kabilah Arab dan meminta bantuan mereka melainkan difahami bahawa Rasulullah saw sedang mencari bumi yang aman dan selamat untuk Dakwah Islamiyah, sehingga dapat dilaksanakan Syari`at Allah dalam kehidupan seluruhnya.
Az-Zuhri menceritakan bahawa Rasulullah saw telah menemui Bani `Amir bin Sa’sa`ah dan menyeru mereka kepada Islam dan menawarkan diri baginda untuk memimpin mereka, lalu seorang lelaki daripada mereka yang bernama Buhairah bin Faras berkata :
“Demi Allah sekiranya aku mengambil pemuda Quraisy ini niscaya aku akan dapat menguasai Arab dengannya.”
Kemudian dia berkata kepada Rasulullah saw :
“Apa pendapat kamu sekiranya kami mengikuti kamu di atas urusan kamu sehingga Allah mengalahkan mereka yang menentang kamu. Adakah kamu akan menyerahkan urusan ini kepada kami selepas kamu?”
Sabda Rasulullah saw :
“Urusan ini adalah urusan Allah yang akan diberikan kepada sesiapa yang disukainya.”
Lalu dia berkata kepada Rasulullah saw :
“Apakah kami akan jadikan belakang kami sebagai sasaran Arab untuk mempertahankan kamu, maka apabila Allah memberikan kemenangan kepada kamu tetapi urusan ini diberikan kepada orang lain!! Kami tidak perlu kepada urusan kamu ini”.
Daripada peristiwa ini, kita dapat fahami dua perkara :
1. Rasulullah saw berdakwah memberi kefahaman kepada kabilah Arab dan mencari bumi dan ‘rijal’.
2. Kabilah Arab memahami hasrat Rasulullah saw untuk membentuk kerajaan dan oleh sebab itu mereka menuntut hak kekuasaan selepas Rasulullah saw.
KELIMA : BAI’AH AQABAH
Peristiwa Bai’ah Al-‘Aqabah di antara Rasulullah saw dengan golongan `Aus dan Khazraj daripada Yathrib merupakan titik tolak penting yang akhirnya mencetuskan penubuhan Daulah Nubuwwah.
Mengenai bai’ah tersebut, telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ra bahawa beliau telah berkata :
“Kami berkata, wahai Rasulullah, di atas perkara apakah kami berbai`ah?”
Sabda Rasulullah saw :
“Kamu berbai’ah kepadaku untuk dengar dan taat ketika bersemangat dan malas, menafkahkan harta ketika senang dan susah, melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, kamu melaksanakan tanggungjawab kerana Allah dengan tidak takut kepada celaan orang yang mencela dan untuk menolongku, mempertahankanku sekiranya aku datang kepada kamu sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu anak-anak kamu dan isteri-isteri kamu dan bagi kamu syurga”.
Dengan bai’ah ini, Rasulullah saw telah menyediakan tapak kepada sebuah kerajaan yang akan mempertahankannya walaupun melalui peperangan.
KEENAM : MELAKUKAN TAJMI’ DAN MEMELIHARA KESELAMATAN UMMAH
Usaha mengumpul ‘rijal’ dan membentuk mereka adalah suatu ‘seni’ dan memelihara mereka adalah suatu ‘siyasah’.
Rasulullah saw menyedari selepas dua tahun mengiklankan dakwah bahawa baginda tidak mampu untuk memelihara pengikutnya daripada ujian yang menimpa mereka.
Pimpinan Quraisy semakin hari semakin ganas tindakan mereka dan sekiranya keadaan ini berterusan sudah pasti ‘rijal’ dakwah akan musnah dan akan menyekat pertambahan asas-asas ‘rijal’ yang akan menjadi tunggak dan tentera kepada daulah yang ditunggu-tunggu.
Lantaran itu, Rasulullah saw telah mengatur 5 strategi.
a. Memelihara rahsia gerakannya di permulaan dakwah.
b. Menggerakkan para pendakwah yang berkemampuan untuk melakukan dakwah dan ‘tajmi’, seperti Abu Bakar Ash-Siddiq dan Mus`ab bin Umair radhiyallahu anhuma.
c. Menumpukan dakwah kepada tokoh-tokoh yang berkemampuan dan berdoa agar mereka memeluk Islam, seperti Umar Al-Khattab ra.
d. Berhijrah ke Habsyah bagi memelihara teras-teras dakwah.
e. Menghantar para sahabat agar pulang kepada kabilah mereka di pendalaman seperti Abu Zar, Tufail dan Dhamad Al-Azdi radhiallahu anhum yang berasal dari Yaman.
KETUJUH : HIJRAH KE MADINAH DAN MENGASASKAN DAULAH
Rasulullah saw telah melakukan beberapa perkara penting bagi mengasaskan pembentukan kerajaan Madinah antaranya :
1. Melakukan Bai`ah Aqabah pertama dan kedua.
2. Berhijrah ke Madinah apabila keadaan telah bersedia.
3. Mempersaudarakan di antara Al-Muhajirin dan Al-Ansar.
4. Mengadakan perjanjian dengan pendduduk Madinah dengan memetraikan Piagam Madinah.
5. Membina Masjid sebagai tempat ibadah dan pusat pemerintahan.
6. Membentuk pasukan tentera.
7. Menghantar pasukan ‘sariyah’ di sekitar Madinah.
8. Mewujudkan pasukan ‘hirasah’ yang memelihara keselamatan Rasululullah saw.
9. Mewujudkan pasar untuk umat Islam.
KELAPAN : PENYEMPURNAAN SISTEM PEMERINTAHAN DAN PERUNDANGAN
Dengan perpindahan Rasulullah saw ke Madinah maka sempurnalah unsur-unsur Kerajaan Islam dan bertepatan sebagaimana definisi sebuah kerajaan dalam pentakrifan undang-undang perlembagaan moden.
Malah kerajaan Islam mula melaksanakan tugasnya sebagai sebuah kerajaan seperti :
a. Memelihara kebajikan rakyat.
b. Menyusun urusan pendidikan.
c. Menyusun urusan kewangan.
d. Melakukan perjanjian-perjanjian dengan kerajaan luar.
e. Mengutuskan duta-duta ke negara jiran.
f. Melantik para gabernor, pegawai permerintah dan sebagainya.
Apabila dilihat kepada definisi sebuah kerajaan moden maka di dapati ianya menepati Kerajaan Islam Pertama ini iaitu :
1. Mempunyai bumi yang menjadi tempat kediaman dan dapat mempertahankan mereka daripada serangan musuh.
2. Wujudnya sekumpulan masyarakat manusia yang mendiami iklim tertentu yang mempunyai tujuan yang sama.
3. Wujudnya kekuasaan politik yang menguasai masyarakat dan menyusun pentadbiran kehidupan masyarakat serta ketenteraan dengan diikat di atas satu persefahaman yang bertulis iaitu Perlembagaan Madinah.
Sesungguhnya, matlamat ini hanya akan terlaksana apabila wujudnya tanah air tertentu bagi rakyat yang beriman dengan Islam, menghayatinya, tunduk dan patuh dengan segala perintah Allah di samping wujudnya kuasa pemerintahan dengan segala kakitangannya sama ada eksekutif, penggubal undang-undang dan kehakiman yang juga menghayati tuntutan Islam.
Lantaran itu, perjuangan Rasulullah saw tidak hanya sekadar menjelaskan konsep-konsep ketauhidan, membina syakhsiah yang berakhlak tinggi dan mengembalikan perhambaan manusia kepada Allah dalam ibadah khusus semata-mata, sebaliknya baginda berusaha membentuk sistem politik dengan mengasaskan sistem pemerintahan dalam gerakannya sehinggalah tertegaknya Daulah Madinah.
Daulah Islam Madinah adalah daulah fikrah dan daulah wahyu di mana seluruh rakyat dan pemerintah beriman dengan fikrah Islam, menghayatinya, melaksanakannya dan memperjuangkannya.
Ternyata Daulah ini yang tertegak buat pertama kalinya di bawah pimpinan Rasulullah saw telah berkembang meluaskan ufuknya dan mewariskan rahmatnya sehinggalah jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah pada tahun 1924 yang lalu.
Oleh sebab itu, menjadi kewajiban kita untuk mengembalikan semula penegakan Daulah Islam ini yang akan membawa kepada Khilafah Islamiyah yang menjadi pemimpin dan pelindung kepada umat manusia serta memelihara negara sehingga seluruh hamba Allah akan tunduk kepada pencipta mereka.
Ya Allah, berilah ilham dan kekuatan kepada kami untuk kami mampu mencari pemimpin yang berwibawa untuk membentuk suatu gelombang baru yang akan memberi kesedaran kepada umat manusia bagi merintis kembali usaha ke arah pembentukan Daulah Islam yang membawa kepada pembinaan semula Khilafah Islamiyah yang berasaskan Minhaj Nubuwwah.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS