skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 22 April 2014

Tarbiyah Menuju Kebangkitan

Ditulis Oleh WAS Pada 09:27 – 1 Komen Anda
 
Apabila kita menyebut tentang tarbiyah sebagai jalan menuju kepada sebuah kebangkitan, maka menjadi suatu keperluan untuk kita memperincikan kriteria-kriteria amal tarbawi dan ciri-ciri manhaj tarbiyah pada pandangan Jamaah Ikhwanul Muslimin yang telah bernafas dengannya sejak ia mula diasaskan pada tahun 1928 sehingga ke hari ini.

Dengan izin Allah, kita telah melihat contoh tauladan yang hebat dari satu generasi ke  generasi yang lain di mana mereka sanggup memikul dakwah ini walaupun terpaksa dibebani dengan ujian dan mihnah sepanjang zaman.

PERTAMA : CIRI-CIRI AMAL TARBAWIYAH


Berikut disenaraikan beberapa ciri terpenting yang membezakan Jamaah Ikhwanul Muslimin dan ciri-ciri inilah yang telah memberi kesan besar terhadap pembinaan generasi demi generasi yang mempunyai sifat yang sama serta sikap yang istimewa.


1. RABBANIYAH


Ia :

a.       Memfokuskan kerja-kerja menghidupkan iman.
b.      Berpandukan Al Qur’an dan As Sunnah serta bertepatan dengan fitrah insaniyah.
c.       Amal yang berterusan dan tidak terikat dengan masa.
d.      Sebuah kerja melatih iman yang akan memberi kesan terhadap akhlak dan perilaku.

Tunjang kepada tarbiyah rabbaniyah adalah hati yang :


a.       Hidup berhubung dengan Allah.
b.      Yakin dengan pertemuan dan hitungan amalnya.
c.       Mengharapkan rahmatNya.
d.      Takut terhadap balasan siksanya.

Ini semua menggambarkan bahwa amal tarbiyah Ikhwaniyah yang berfokus kepada menghidupkan hati dan membinanya secara berterusan.

2. MENYELURUH, MELENGKAPI DAN SEIMBANG


Ia adalah sebuah terbitan daripada manhaj Islam yang bersifat sempurna dalam menguruskan insan muslim dari setiap sudut agar mencapai sebuah kehidupan yang sejahtera.


Ia juga terbit kerana keimanan kita kepada kesyumulan manhaj Islam, lengkap dan seimbang. Kita tidak akan berpuas hati dengan Islam kecuali dengan memahami dan beramal dalam dimensinya yang syamil dan kamil.


Oleh itu, proses ‘takwin’ (pembentukan) berjalan dan berlangsung terus menerus dengan menyelaraskan ilmu, akal, ruh, emosi, hati, tindakan dan gerakan.


3. BERPERINGKAT


Ia berasal daripada keimanan kita pada ketetapan Allah pada ciptaanNya yang berperingkat-peringkat.


4. PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN


Ia bermula dengan mengumpul, kemudian menyusunnya sehinggalah tercapai apa yang ingin diimpikan dari sebuah tarbiyah.


Ini dibuktikan dalam peristiwa bai’ah aqabah kedua apabila disebutkan bahawa peserta bai’ah aqabah terdiri daripada 72 orang lelaki, 2 orang perempuan lantas Rasulullah saw bersabda :


“Keluarkan dari kalangan kamu 12 orang naqib” kemudian menyambung “Kamu semua adalah penjamin bagi kaummu.”


Ini adalah sebuah pengurusan amal tarbawi.


Sabda Rasulullah saw :


“Sertailah jamaah, sesungguhnya serigala akan memakan ternakan yang terpisah.”


5. GERAKAN


Menjayakan fikrah ini dan merealisasikannya adalah sebuah tuntutan yang mulia untuk dicapai.

Ia membuatkan kita buntu dan tidak bermaya tanpa sebuah ciri gerakan atau harakiyah.
Ia memberi kita sebuah kekuatan untuk menghadapi realiti di sekeliling kita yang sangat mencengkam di mana seorang individu perlu bergerak di tengah-tengah masyarakat dengan tujuan mengislah mereka.

6. BERTERUSAN


Amal tarbawiyah tidak berhenti kecuali setelah ruh terpisah dari jasad.


Ia :

a.       Sebuah amal yang lazim sepanjang hayat.
b.      Membuatkan seseorang itu sentiasa memperbaiki tindakan dan amalannya.
c.       Sentiasa cuba melatih kemahiran dan peningkatan pengetahuan yang baik sehingga  menambah bekalan untuk berterusan dalam amal dakwah.

KEDUA : ELEMEN-ELEMEN AMAL TARBAWIYAH

Keistimewaan amal tarbawiyah Ikhwan adalah kerana ia :



a.       Bersumberkan dari sirah Nabi Muhammad saw dan para sahabat radhiallahuanhum.
b.      Mampu mensinergikannya dengan uslub moden dalam amal tarbawiyah di mana ia menghimpunkan yang asli dan moden.
c.       Sentiasa mendapat perhatian untuk dinaiktaraf dan dikembangkan.

Amal tarbawiyah terdiri daripada beberapa komponen :

1. MURABBI


Murabbi umpama batu asas kepada sebuah amal tarbawiyah.


Murabbi mendidik mutarabbi berpandukan manhaj Allah dan inilah tanggungjawab dan peranan Nabi-Nabi sebagaimana yang digambarkan dalam firmanNya :


“Sepertimana kami telah mengutuskan pada kamu Rasul dari kalangan kamu , membacakan untukmu ayat-ayat kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kamu Al Kitab dan Al Hikmah, dan dia mengajarkan untukmu apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al Baqarah : 151)


Tarbiyah Rabbaniyah pada hakikatnya adalah suatu proses melantik penjamin atau ketua ke atas sekelompok individu dan dia melaksanakan tarbiyah sebagaimana yang diredhai Allah swt.


Murabbi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting.


Murabbilah yang :



a.       Menjadi kayu pengukur kejayaan amal tarbawiyah dan pencapaian objektifnya.
b.      Memelihara saf yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Murabbi bertanggungjawab sebagai :

i. ‘Al Walid’ (bapa), dengan kasih sayang dan prihatin terhadap urusan hidup mutarabbinya.

ii. ‘As Syaikh’ , menjaga hal-hal yang berkait dengan iman, ibadah dan ‘suluk’ (perilaku).
iii. ‘Al Ustaz’ (guru), menguruskan capaian keilmuan.
iv. ‘Al Qa’id’ (pemimpin), dalam pengurusan suatu kelompok atau organisasi.

Ada satu kisah di zaman khalifah Umar ra yang boleh kita teladani iaitu dalam peristiwa seorang sahabat Nabi saw, Abdullah bin Hudzafah As Sahmy yang telah ditawan oleh tentera Rom, maka Raja Rom telah memujuknya untuk masuk agama Nasrani namun ia tetap thabat sehingga ada beberapa tawanan Muslimin yang mati dibunuh dengan dicampakkan mereka ke dalam kuali air yang mendidih.



Abdullah bin Hudzafah sendiri telah diikat di tiang salib dan dipanah ke bahagian lengan dan kakinya namun ia tetap tidak murtad sehingga akhirnya dia dihadapkan ke kuali panas yang mendidih yang menyebabkan dia menangis.

Apabila ditanya mengapa dia menangis, dia menjawab :

“Aku menangis kerana keinginanku selama ini tidak terkabul. Aku ingin mati di medan perang fisabilillah. Ternyata kini, aku akan mati dalam kuali.”

Dengan sikap teguhnya ini, Raja Rom mati akal sehingga ia memujuknya semula untuk mencium kepala Raja tersebut supaya dengan perbuatan tersebut dirinya akan dibebaskan bersama dengan tawanan muslimin yang seramai 80 orang. Dengan rasa tanggungjawab terhadap tawanan muslimin tersebut, ia lalu menerima tawaran Raja Rom tersebut dan terus mencium kepala Raja Rom itu yang akhirnya menyebabkan dirinya dan tawanan muslimin yang lain dibebaskan.

Peristiwa ini menjadikan khalifah Umar begitu gembira sehingga apabila ia bertemu Abdullah dan tawanan muslimin yang kembali ke Madinah maka disuruhnya semua tentera-tentera muslimin mencium kepala Abdullah dan beliau adalah orang pertama yang menciumnya.

Rasulullah saw telah mentarbiyah generasi contoh ini dengan prinsip dan nilai-nilai. Generasi hari ini tidak akan berjaya sepertimana generasi yang pertama kecuali dengan melalui acuan prinsip dan nilai-nilai yang sama.

Maka jelaslah bahawa strategi terpenting dalam usaha ‘islah’ (perbaikan) adalah membina generasi murabbi yang amanah dan bertanggungjawab.


2. INDIVIDU


Individu adalah bata binaan yang pertama dalam sebuah masyarakat. Jika baik bata ini maka akan baiklah masyarakat seluruhnya.


Sejarah dakwah telah membuktikan bahawa ia sentiasa bermula dengan individu. Rasul atau Nabi bermula dengan dirinya sebagai individu kemudian menyeru sebilangan individu untuk ditarbiyah, seraya membentuk sebuah fikrah kepada individu-individu ini untuk mereka hidup dan bertindak dengan orientasi fikrah tersebut, lalu mereka berjihad pada jalannya dan mati kerananya.


Tanggungjawab mengubah adalah sukar dan rumit, maka penyediaan individu muslim yang berkemahiran wajib dilaksanakan bertepatan dengan beratnya amanah yang akan dipikul.


Oleh sebab itu, Imam Hasan Al Banna telah menggariskan muwasofat dan tanda-tanda individu yang dimaksudkan pada rukun amal, iaitu :



a.       Aqidah yang sejahtera.
b.      Ibadah yang sahih.
c.       Akhlak yang kukuh.
d.      Badan yang kuat dan sihat.
e.       Berpengetahuan hebat.
f.       Mampu menanggung diri sendiri.
g.      Memelihara waktu.
h.      Tersusun urusannya.
i.        Bermujahadah terhadap dirinya.
j.        Bermanfaat terhadap orang lain.

Barangsiapa yang meneliti 10 muwasofat yang disebutkan di atas, kita akan mendapati ia bermula dengan ‘islahkan dirinya’ dan ini menfokuskan pada sudut individu dan keperibadian kerana ini adalah persediaan untuk individu yang akan :


a.       Mempunyai kekuatan yang menolaknya untuk bergerak secara kendiri.
b.      Berusaha mengurus tarbiyah sendiri dan tidak bergantung kepada arahan atau cadangan orang lain untuk bekerja dan mengislah urusannya.
c.       Memperuntukkan waktunya, tenaganya, hartanya dan rehatnya untuk dakwah dan fikrah tanpa berlengah dan mengharapkan balasan.

10 muwasofat ini juga merangkumi aspek-aspek diri manusia, badannya, akal dan ruhiyah.
Berikut adalah keistimewaan pembinaan sifat-sifat yang dimaksudkan :

i. Sempurna


Pembinaan dari seluruh aspek iaitu meliputi  fikriyah, nafsiyah dan harakiyah dan bukan semata-mata pembinaan fikrah dan teori ataupun ruhiyah sahaja ataupun semata-mata harakiyah dan siyasah.


Kesempurnaan pembinaan ini akan menghasilkan individu yang mampu menghadapi ujian, tetap gagah pendirian dan berterusan dalam amal. Maka akan tercapailah visi dan misi jamaah dengan kewujudannya.


ii. Seimbang


Memberi perhatian kepada seluruh aspek dengan kadar yang diperlukan tanpa berlebihan atau kurang. Ketidakseimbangan dalam pembetukan ini akan menyebabkan kecacatan dan kerosakan pada binaan individu tersebut.


iii. Praktikal dan bukannya retorik


Ia tidak terhad kepada aspek teori, bahkan disesuaikan dengan uslub dan manhaj yang praktikal dalam sebuah amal takwin di mana ia akan menghasilkan sebuah contoh tauladan yang bergerak mapan dan bukan semata-mata peringatan dan pembelajaran tetapi amal dan gerakan.


3. BI’AH (SUASANA) TARBAWIYAH


Ia bermaksud suasana di sekeliling individu  di mana sebuah amal tarbawiyah berubah mengikut suasana dan persekitaran.


Maka amatlah penting untuk membentuk sebuah persekitaran yang sesuai dan membina benteng yang mengawal individu daripada persekitaran yang buruk.


Persekitaran yang baik adalah persekitaran yang diwarnai dengan :



a.       Cinta dan ukhuwah.
b.      Thiqah dan jundiyah.
c.       Kepatuhan dan disiplin.
d.      Syura dan nasihat.

Persekitaran yang buruk pula adalah suasana :


a.       Banyak berkata-kata.
b.      Selalu berprasangka buruk.
c.       Tuduh menuduh.
d.      Berlaku pengangguran dakwah.
e.       Sedikitnya amal.
f.       Lemahnya penguasaan terhadap rukun-rukun usrah.

Imam Hasan Al Banna sangat mementingkan pengawasan saf dan pembersihan persekitaran Ikhwaniyah dengan mengatakan :

“Jika ada di dalam saf ini orang yang hatinya sakit dan rosak, lemahnya misi, hilang cita-citanya, maka keluarkanlah ia dari barisan ini. Sesungguhnya dia adalah seorang yang menghalang rahmat, yang memagari kita dari taufiqNya.”


4. MANHAJ


Ia berupa himpunan percubaan-percubaan tarbawi yang disediakan oleh Ikhwan untuk individu-individu yang menjadi ahlinya. Ia berobjektifkan percambahan yang menyeluruh dari sudut (akal-pengetahuan-agama-sosial-tubuh badan-jiwa-seni) yang membawa kepada perubahan perilaku mereka untuk mencapai visi dan misi tarbiyah yang diimpikan.


Manhaj terdiri daripada :



a.       Hadaf (tujuan).
b.      Bahan-bahan.
c.       Uslub atau wasilah.
d.      Penguatkuasaan.

Imam Hasan Al Banna menyebut dalam Risalah “Adakah Kita Kaum Yang Bekerja” :

“Aku melihat setiap usaha ke arah kebangkitan yang sejati, mereka berjaya kerana pada mereka ada :



a.      Manhaj tetap yang dilaksanakan.
b.      Objektif tetap yang dituju.

Ia disusun oleh para du’at ke arah kebangkitan. Generasi sebelum mereka telah berusaha merealisasikannya namun ada juga gangguan-gangguan luaran yang cuba memusnahkannya, tetapi :


a.      Tidak berjaya memotong apa yang telah mereka sambungkan.
b.      Tidak meruntuhkan apa yang telah mereka bina.
c.       Tidak menjatuhkan apa yang telah mereka asaskan.
d.      Tidak merobohkan apa yang telah mereka pelihara.

Samada mereka menambah amal generasi sebelum mereka dengan lebih baik kemudian mencapai ‘At Tamkin’ , ataupun mengikuti mereka dalam jejak-jejak yang ditinggalkan kemudian menambah binaannya dan berjalanlah ummah selangkah demi selangkah ke arah misinya.”

Betapa indahnya kata-kata ini dan betapa cantiknya asas yang digariskan oleh Imam Hasan Al Banna dengan izin Allah, bersama mereka yang telah turut mengambil bahagian dalam amal pembinaan dan takwin di mana mereka telah banyak memberi kesan perubahan terhadap realiti ummah Islamiyah ini.


Ia adalah sebuah kebijaksanaan operasi binaan dan pengurusan organisasi tarbiyah dan takwin di mana kita perlulah merasai betapa hebatnya kebijaksanaan ini yang tiada tolok bandingnya hasil dari inspirasi kepimpinan yang terdahulu setelah dijelaskan mengenai wasilah dan uslub tarbiyah pada pandangan Ikhwanul Muslimin.


Imam Hasan Al Banna telah mengetahui dimensi kehancuran kaum Muslimin dari sudut ruh dan tamadun serta sebab-sebab jauhnya mereka dari Islam.


Beliau telah :



a.       Menyeru mereka untuk mempraktikkan Islam.
b.      Memeliharanya dengan uslub tarbiyah yang dilaksanakan di atas manhaj Islam.
c.       Mengutamakan aspek pemeliharan insani sebagai fokus yang besar.
d.      Mentarbiyahnya dengan meraikan aspek ruh, akal dan jasad serta menyeimbangkan unsur-unsur tersebut.
e.       Mencipta dan memperbaharui wasilah-wasilah yang mampu mencapai visi dan misi serta sesuai dengan realiti moden hari ini.

Untuk itu, datanglah tarbiyah yang dibawa oleh Imam Hasan Al Banna untuk merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan dengan fokus pada sinergi ruh Islam dan individu-individu dalam jamaah di mana tarbiyah telah :


a.       Memisahkan mereka daripada nilai-nilai keduniaan secara total.
b.      Menjauhkan mereka daripada mengkagumi apa yang dikagumi oleh hawa nafsu dan hanya mengkagumi Al Haq (kebenaran).
c.       Mendidik mereka untuk tidak mengikuti tindak tanduk keinginan mereka semata-mata tetapi mengikut telunjuk Al Haq (kebenaran).

Selepas menjelaskan ciri-ciri dan asas-asas amal tarbawiyah, kita perlulah pula memenuhi tuntutan amal tarbawiyah berikut yang akan menjamin kemampanan proses takwin :

PERTAMA : MANHAJ YANG SAHIH


Ia adalah hasil cernaan Al Qur’an, Sunnah Rasulullah saw dan hukum hakam Islam di samping panduan dar sirah Nabi saw dan sahabat baginda radhiallahuanhum. Ikhwan melaksanakan apa yang difahami daripada Ad Deen tanpa sebarang tolak ansur dan sikap ambil mudah.


KEDUA : QUDWAH SOLEHAH


Imam Hasan Al Banna telah memahami sepak terajang zaman ini untuk melaksanakan sebuah amal tarbawiyah. Oleh kerana itu beliau sendiri telah mendahului untuk menjadi contoh tauladan dan qudwah yang baik.


Beliau telah menguasai dan menjiwai sebaik mungkin manhaj yang ditulisnya sendiri kepada para Ikhwan. Maka beliau telah menjadi qudwah terutama pada aspek :



a.       Semangat.
b.      Pengorbanan.
c.       Beramal untuk dakwah.

Ikhwan memahami bahawa simbol kepada kekuatan mereka bukanlah pada perancangan, organisasi dan teori tetapi kekuatan yang sebenar adalah membumikan semua itu dalam bentuk realiti yang nampak dan terang. Ini memberi nilai tambah kepada pertahanan dan pengembangan amal sebagai kelengkapan sebuah harakah.

Akh muslim perlu tahu bahawa ketika dia beramal, dia sedang membawa orang itu untuk mencontohinya sebagai :



a.       Seorang ahli tahajjud yang sering insaf mengalirkan air mata.
b.      Seorang yang kuat semangat dalam perjuangan.
c.       Seorang yang pakar dalam keilmuan.

Ini semua adalah hasil sentuhan emosi dan perasaan yang telah dipupuk oleh Imam Hasan Al Banna dalam jiwa Ikhwan di mana amal-amal ini berhajatkan kepada ikatan hati dan kesatuan syi’ar antara kaum muslimin.

KETIGA : PERSEKITARAN YANG BAIK


Amal ini membentuk dan menyediakan iklim yang sesuai untuk operasi takwin di mana ia akan mencipta sebuah suasana Islamik sehinggalah terhasil sebuah barisan hadapan orang mu’min yang beramal untuk meletakkan kalimah Allah itu tinggi dan mulia.


Ikhwan berusaha mengawal persekitaran ini dengan inisiatif usrah, katibah, perkhemahan , program-program di masjid dan sekolah, khidmat kesihatan serta kebajikan dan sosial.


Ikhwan Muslimin telah menggariskan beberapa wasilah untuk membina individu-individu yang akan memberi kesan yang besar terhadap pemeringkatan individu dan kitaran generasi yang sihat untuk terus memikul dakwah yang mulia ini.


Wasilah-wasilah ini telah dibuktikan keberkesanannya sepanjang zaman, maka ia tidak memerlukan sebarang pertukaran dan jangan sesekali kita mengambil remeh terhadapnya.


WASILAH-WASILAH PEMBINAAN DAN TAKWIN


1. USRAH


Ia adalah asas kepada pembinaan sebuah Jamaah. Selain itu ia juga asas kepada pembinaan seorang individu yang merangkumi sistem tarbiyah yang menyeluruh dengan menguruskan semua aspek dalam diri (akal, hati dan jasad) manusia. Usrah membentuk individu ini dengan acuan Islam yang bertepatan dengan Al Qur’an dan As Sunnah Rasulullah saw.


Imam Hasan Al Banna menyebut :


“Islam menekankan pengurusan sebuah usrah (keluarga) dalam :

a.      Membina ahli-ahlinya.
b.      Membentuk mereka menjadi syakhsiyah contoh.
c.       Menguatkan ikatan mereka.
d.      Menjana ukhuwah mereka daripada kata-kata dan teori kepada peringkat tindakan dan amal.”

Ustaz Hasan Al Hudhaibi pula menyebut :

“Sistem usrah bertujuan merealisasikan makna Islam secara praktikal di antara Ikhwan. Jika mereka berjaya melaksanakannya maka akan datanglah kepada mereka kejayaan dan ‘An Nasr’ (pertolongan) seperti yang telah Allah janjikan.”


Ia adalah sebuah medan pembetukan yang berfokus dalam jamaah, agar dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk menjadi sebab kepada kejayaan agama ini, juga kebanggaan dan kemuliaan buat ummat Islam seluruhnya.


2. KATIBAH


Ia adalah :



a.       Tarbiyah ruhiyah.
b.      Proses melembutkan hati.
c.       Program mencantikkan jiwa.
d.      Sistem yang mampu mengembalikan jasad kepada ibadah, tahajjud, zikir, tadabbur dan fikir dalam bentuknya yang khas.

3. REHLAH

Ia berfungsi untuk :



a.       Menguatkan tubuh badan.
b.      Menyegarkan jiwa.
c.       Menghubungkan silaturahim antara ahli.
d.      Mendalamkan ikatan antara mereka.
e.       Melatih ahli-ahli untuk berkendiri, berurusan dengan baik, bertolak ansur, disiplin terhadap peraturan, kepatuhan dan peroleh pengalaman pengalaman ilmiah.

4. MUKHAYYAM

Ia :



a.       Membentuk kehidupan ahli dengan acuan Islam dalam satu tempoh masa tertentu dalam beberapa hari.
b.      Mencorak perilaku Islami dan adab-adab Qur’ani.
c.       Melatih ahli dalam sebuah ketumbukan merangkumi seluruh aspek seperti taat, tersusun, tolak ansur, disiplin, kepatuhan serta praktikal dalam memikul amanah dan mengambil serius tanggungjawab dan nilai sebuah amanah.

5. MUKTAMAR

Ia :



a.       Memberi peluang kepada ahli untuk berbincang dan bertukar fikiran.
b.      Memberi fokus terhadap mendayagunakan aspek pemikiran dan pengetahuan di kalangan ahli.
c.       Meningkatan kesedaran dan mendalamkan kefahaman terhadap isu yang dibentangkan.

6. DAURAH

Ia :



a.       Melatih dan membimbing ahli dalam kemahiran-kemahiran asas dalam setiap bidang dan amal dakwah.
b.      Bertindak memberi pengalaman dan percubaan ilmiah dengan melibatan ahli-ahli pakar dan berpengalaman.

7. NADWAH

Ia adalah aktiviti :



a.       Menganalisa isu dan masalah yang dibentangkan.
b.      Memahami aspek yang pelbagai dan cara-cara mengolahnya.
c.       Menanam kesedaran yang mendalam dalam diri ahli.
d.      Menyatukan fikrah mereka agar kesemuanya mempunyai kesatuan peta amal dan fikrah.

Kesemua wasilah yang dijelaskan di atas telah :


a.       Menggambarkan dengan jelas keunikan dan keistimewaan manhaj tarbiyah Ikhwan Muslimin.
b.      Membuktikan kebijaksanaan strategi pembinaan dan takwin Imam Hasan Al Banna yang telah melahirkan rijal-rijal yang memiliki keinginan dan azam yang tinggi sepanjang zaman dan di setiap penjuru dunia.

Oleh yang demikian, tarbiyah di sisi Ikhwan Muslimin adalah sebuah amal yang cukup penting dan tiada amal yang mampu menandinginya. Ikhwan telah mengiktirafnya sejak bermula langkahnya yang pertama lagi.

Jalan pengislahan adalah jalan tarbiyah individu- individu yang berpandukan manhaj Islam untuk menggarap misi yang diimpikan.


Ia adalah sebuah manhaj yang diwarisi dan bukan diciptakan yang bersumberkan Al Qur’an, Sunnah RasulNya dengan mengambil ibrah perjalanan sahabat, para tabi’in serta orang-orang soleh dari kalangan pemimpin risalah sepanjang sejarah Islam.


Tarbiyah dan takwin sepertimana yang dikatakan oleh Imam Hasan Al Banna memerlukan kepada :


i.  Kekuatan jiwa yang kukuh.

ii. Kemahuan dan azam yang tinggi.
iii. Kesetiaan total yang tidak berbelah bagi.
iv. Pengorbanan yang besar.
v. Beriman dengan prinsip-prinsip yang dipegang.

‘At Tamkin’ atau penguasaan terhadap dunia ini akan berlaku sebagaimana yang Allah firmankan :


“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan beramal soleh untuk dijadikan mereka khalifah di atas muka bumi ini sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka, agar mereka dapat melaksanakan agama mereka yang telah diredhai ke atas mereka dan agar digantikan ketakutan mereka sebelum itu dengan perasaan aman, mereka beribadah kepadaku dan tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu. Maka barangsiapa yang kufur selepas itu, merekalah orang orang yang fasiq.” (QS An Nur : 55)



Ya Allah, berikanlah kekuatan dengan tarbiyah yang kami jalani dan lalui sehingga ia menjadi pencetus kepada suatu kebangkitan ruhiyah yang akan menjadi gelombang bagi membangkitkan kesedaran umat ke arah menegakkan kekhalifahan di atas muka bumi ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS 
Labels: Tarbiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

One Response so far.

  1. Dato' Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini says:
    27 April 2014 at 16:11

    Baarakallahu fiikum ya akhi!

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ▼  April (4)
      • Nasyid Perjuangan Ahlus Syam
      • Tarbiyah Menuju Kebangkitan
      • Asas Kemantapan Organisasi
      • Kepimpinan Rijalud Dakwah
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger