skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Thursday, 20 August 2015

Membumikan Risalah Rahmatan Lil 'Alamin

Ditulis Oleh WAS Pada 20:45 – 2 Komen Anda
 

Perkataan Islam secara etimologinya adalah berasal dari perkataan Arab yang membawa pengertian patuh, tunduk, selamat, damai dan sejahtera.

Dengan kata lain, Islam juga dapat diertikan sebagai menyerah penuh, yakni tunduk kepada petunjuk dan peraturan Allah.

Secara Terminologinya pula, Islam adalah tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuh hati kepada Allah swt dengan mengakui kebesaran dan keagungannya di samping melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya. Selain itu, Islam juga bermaksud suatu cara hidup yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan.

PENGERTIAN RAHMATAN

Perkataan ‘Rahmatan” berasal dari bahasa Arab iaitu yang bermaksud kasihan belas Allah swt kepada makhluknya atau kebaikan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada makhluknya.

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QS Al-Anbiyaa : 107)

Dari ayat di atas dapat diketahui bahwa Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah swt untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.

PENGERTIAN LIL A’ALAMIIN

Perkataan “Al-Alamin” adalah berasal dari perkataan bahasa Arab (alam) iaitu yang dijama’kan menjadi “Al-Alamin” yang bererti alam semesta yang mencakupi bumi beserta segala isinya.

Maka, yang dimaksudkan dengan “Islam Rahmatan Lil’alamin” adalah Islam yang

kehadirannya di tengah-tengah kehidupan masyarakat mampu mewujudkan kedamaian dan kasih sayang bagi manusia mahupun alam.

Rahmat Allah yang bernama Islam meliputi seluruh dimensi kehidupan manusia. Allah telah mengutus Rasul-Nya sebagai rahmat bagi seluruh manusia agar mereka mengambil petunjuk Allah dan tiada siapa akan mendapatkan petunjuk-Nya, kecuali mereka yang bersungguh-sungguh mencari keridhaan-Nya.

Islam melarang manusia melakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap makhluk Allah sebagaimana kita lihat sabda Rasulullah saw sebagaimana yang terdapat dalam riwayat Imam Al-Hakim,

“Siapa yang dengan sewenang-wenangnya membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil darinya, maka Allah akan meminta pertanggungjawaban kepadanya”.

Dengan haiwan sahajapun, kita tidak boleh melakukan dengan sewenang-wenangnya apalagi jika dengan sesama manusia.

Bayangkan jika setiap orang Islam memahami dan mengamalkan ajaran Islam maka dunia akan terasa damai dan tidak akan berlaku berbagai penderitaan. Namun, semua itu belum dapat diwujudkan.

Di dalam negara yang majoriti penduduknya Islam sahajapun, masih banyak berlaku kerosakan akhlak dan pelbagai masalah seperti kemiskinan, rasuah, pencabulan hak, pencurian khazanah negara, pengedaran dan penggunaan dadah dan lain-lain di mana semua perkara tersebut itu dilakukan bukan hanya oleh orang yang tidak berpendidikan melainkan dilakukan juga oleh orang-orang dengan tingkatan pendidikannya yang tinggi.

Sebenarnya, semua kerosakan yang berlaku bukanlah hanya dilihat dari tingkatan pendidikannya semata-mata melainkan juga kerana orang tidak memahami dan melaksanakan  ajaran agama Islam secara ‘kaffah’ (masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya meliputi samada zahir mahupun batin).

Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda :

“Orang Islam itu adalah orang yang di mana orang-orang Islam lainnya selamat dari lidah dan tangannya, dan orang yang berhijrah (muhajir) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.”

Sudah jelas kepada kita bagaimanakah ciri-ciri orang Islam sebenarnya. Setiap muslim wajib  belajar tentang agamanya. Dengan itu, kita akan mampu menjadi khalifah yang sebenarnya di bumi Allah sesuai dengan tujuan diciptakannya manusia, iaitu menjadi rahmat bagi semesta alam.

Sebagai agama “Rahmatan Lil Alamin’, Islam mempunyai beberapa petanda.

Ada lima (5)  petanda Islam sebagai “Rahmatan Lil Alamin” . Islam menjadi rahmat jika ianya mampu mendatangkan keamanan dan kedamaian untuk :


1. Benda mati.

2. Tumbuh-tumbuhan.

3. Haiwan.

4. Manusia.

5. Alam ghaib.

Allah swt berfirman :

“Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, maka akan aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertaqwa, menunaikan zakat, dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami.” (QS Al A’raf : 156)
Selain itu, Rasulullah saw juga bersabda melalui beberapa hadithnya :

“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas segala sesuatu, jika kamu membunuh maka berbuat baiklah kepada yang kamu bunuh, dan jika kamu menyembelih maka berbuat baiklah kepada apa yang kamu sembelih.” (HR Muslim)
“Sayangilah siapa yang ada di bumi niscaya yang di langit akan menyayangimu.” (HR Tirmizi)

“Kamu belum beriman sebelum kamu menyayangi yang lain. Para shahabat berkata, “Wahai Rasulullah, setiap kami menyayangi yang lain,” Baginda bersabda, “Yang aku maksudkan bukanlah kasih sayang salah seorang di antara kamu kepada sahabatnya tapi kasih sayang yang bersifat umum.” (HR Thabrani)
“Dan setiap hati yang basah (hidup) ada pahala.” (HR Bukhari)

Rasulullah saw telah menjelaskan bahwa ada perempuan masuk neraka akibat kucing yang dia buat lapar, tapi ada pula seseorang yang masuk syurga kerana anjing yang diberinya minum. (HR Bukhari)
Dengan yang demikian, rahmat merupakan salah satu prinsip asasi Islam dan perkara pertama yang diserukan olehnya.

Ayat-ayat yang awal turun di permulaan dakwah Islam adalah firman Allah swt :
“Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apa jalan yang mendaki lagi sukar itu? (iaitu) memerdekakan hamba dari perhambaan, atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir.” (QS Al Balad : 11-16)

Ayat-ayat Al Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah saw tersebut membuat suatu seruan untuk mewujudkan kasih sayang dengan menyebutkan beberapa amal yang didorong oleh adanya rahmat dan kasih sayang pada mereka yang melakukannya.
Selain itu juga, ianya menyebutkan tentang keselamatan pada saat yang genting yang akan diraih oleh mereka yang memiliki sifat-sifat tersebut.

“Apakah yang menjerumuskan kamu ke Neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin.” (QS Al Muddattssir : 42-44)
Memberi makan kepada fakir miskin, pendorongnya adalah rahmat dan kasih sayang sedangkan orang yang enggan memberikannya adalah orang yang telah hilang sifat kasih sayangnya. Oleh yang demikian, sudah semestinyalah jika ia masuk neraka Saqar.

Istilah “Islam Rahmatan Lil ‘Alamin” pada asasnya merupakan penafsiran yang mendalam terhadap Surah Al-Anbiya’ ayat 107 yang menyatakan bahwa Nabi Muhammad saw diutuskan tiada lain melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Jadi, pada dasarnya, segala perkara yang berkaitan dengan “Islam Rahmatan Lil Alamin”, rujukannya berpusat pada keperibadian Nabi Muhammad saw.

Untuk merealisasikan ‘Islam rahmatan lil ‘alamin’, seorang Muslim wajib memahami dan meneladani keperibadian Nabi Muhammad saw secara utuh, tidak terpisah iaitu bukan hanya keperibadiannya sebagai Nabi dan Rasul, bahkan Nabi Muhammad saw memiliki peranan lain sebagai :

a.      Manusia biasa.

b.     Pemimpin.

c.      Ayah sekaligus ketua keluarga.

d.     Komandan perang.

e.      Penegak hukum.

f.      Pendidik.

Jadi,

1.     Apakah sebenarnya makna rahmat?

2.     Apakah rahmat bagi orang mukmin dan kafir itu sama?

Imam Al-Mawardi dan Imam Ar-Razi menyatakan bahwa perkataan ini mencakupi dua makna :

a.      Hidayah yang mendorong seseorang untuk taat kepada Allah.

b.     Ditundanya seseorang dari azab di dunia.

Meskipun para ulama’ tersebut berbicara pada terminologi mu’min dan kafir, sesungguhnya jika dihubungkan, akan ada satu garis lurus yang menunjukkan bahwa kedua golongan itu adalah sama-sama manusia, yang secara fitrahnya mempunyai keadaan yang sama.

Dalam hal ini, Rasulullah saw bersabda :

“Tidaklah seseorang itu dilahirkan kecuali ia berada dalam keadaan fitrah, suci. Kemudian, Ayahnyalah yang berperanan menjadikannya seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi” (HR Muttafaqun ‘alaih).

Berkaitan dengan kerahmatan Islam, sepatutnya fitrah manusia itulah yang diutamakan oleh umat Islam dalam berkongsi kehidupan dengan seluruh penduduk dunia dan bukannya sikap ‘Superiority’ atau keunggulan suatu kelompok di atas kelompok yang lain.

Hal ini dapat kita telusuri dalam perjalanan dakwah Nabi Muhammad saw yang terakam dalam Al-Qur’an di mana kita mampu memahami nilai-nilai utama dan yang bersifat sejagat dari ajaran Islam.

Dakwah Islam hendaklah ditafsirkan secara mendalam sehingga ianya terasa lebih membumi dan benar-benar dapat dirasai oleh umat manusia di samping yang paling penting, agama Islam menjadi suatu yang tidak terpisah dalam kehidupan sosial masyarakat.

Dakwah Islam, ajarannya serta nilai-nilainya perlu menyentuh urusan-urusan sosial umat sebagai ‘Ilmu Sosial’ yang berpandukan wahyu yang berpedomankan kepada tiga konsep :

1.     Kemanusiaan.

2.     Pembebasan.

3.     Ketuhanan.

PERTAMA : KEMANUSIAAN

Kemanusiaan boleh diertikan dengan ‘memanusiakan manusia’ iaitu menghilangkan kebendaan, kebergantungan, kekerasan dan kebencian dari manusia.

Kemanusiaan ini berasal dari konsep ‘Al-Amru Bil Ma’rūf’ yang diajarkan dalam Islam seperti yang tertera pada Surah Ali Imran :

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (QS Ali Imran : 110)

KEDUA : PEMBEBASAN

Pembebasan merupakan bentuk yang konkrit dari ajaran Islam ‘An-Nahyu ‘Anil Munkar’.

Konsep tersebut dalam pandangan Al Qur’an bererti mencegah kemungkaran iaitu segala tindakan kejahatan yang merosakkan, yang intipatinya membebaskan manusia dari segala kejahatan. Oleh yang demikian, perkataan pembebasan tersebut boleh dikira sangat tepat untuk disejajarkan dengan konsep membasmi kemungkaran itu.

Contoh yang jelas betapa Islam menerapkan pembebasan bagi masyarakat adalah diharamkannya riba yang mana perilaku mungkar tersebut pada zaman jahiliyah sangat popular dilakukan.

Pada masa itu, apabila seorang peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada masa yang ditentukan, ia boleh meminta penangguhan masa pembayaran dengan janji akan membayar dengan jumlah yang berlebihan. Jika ia belum mampu untuk membayarnya pada masa penangguhan tersebut, ia diperkenankan untuk menangguhkan lagi dengan perjanjian yang baru pula dengan tambahan jumlahnya lagi, dan demikianlah berulang-ulang seterusnya.

Sikap seperti ini disinggung di dalam Al Qur’an bahwa jika seorang peminjam berada dalam kesulitan, maka hendaklah diberi tangguh hingga ia memperolehi keluasaan dan menyedekahkan.

Surah Al-Baqarah ayat 280 secara terang menerangkan perkara itu. Titik pentingnya adalah penegasan Al Qur’an yang menyatakan bahwa orang yang melakukan riba adalah seperti syaitan.

Aspek perumpamaan atau persamaan antara manusia dan syaitan dalam ayat tersebut adalah perilaku. Ertinya, perilaku orang yang memakan riba adalah umpama syaitan yang melahap apapun tanpa pertimbangan, termasuk memakan keburukan.

Hal ini dijelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 275. Alasan yang logik kepada larangan ini adalah tidak adanya keadilan antara pemberi pinjaman dan peminjam. Konsep riba sesungguhnya telah menodai proses jual beli dan menghilangkan keadilan.

KETIGA : KETUHANAN

Ketuhanan adalah merupakan konsep yang diperturunkan dari perkataan “Tu’minūna bi-Allāhi”. Ia bertujuan untuk menjadikan nilai-nilai ketuhanan sebagai unsur penting dalam proses pembangunan peradaban.

Ketuhanan berperanan penting dalam memberikan makna yang akan mengarahkan manusia menuju nilai-nilai luhur kemanusiaan.

Sebagaimana yang kita ketahui bahwa rahmat dalam cakrawalanya yang tertinggi dan jangkauannya yang tidak terbatas merupakan salah satu sifat Allah Yang Maha Suci.

Ini adalah kerana rahmat-Nya meliputi segala yang ada dan berlaku untuk seluruh kerajaan di mana ilmu-Nya yang meliputi segala sesuatu itu memancar bersamanya cahaya rahmat yang sangat terang.

Oleh kerana itu, doa dan pujian malaikat kapada-Nya adalah:
“Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, kerana itu berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu, dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala.” (QS Ghafir : 7)

Islam bersumber dari Allah Yang Maha Pengasih dan oleh kerana itulah maka rahmat yang ada di dalamnya meliputi segala sesuatu.
Ia adalah rahmat dalam :

a.      Aqidah.

b.     Syariat.

c.      Sistem.

d.     Dakwah.
Keberadaannya sebagai agama Islam dan agama rahmat yang meliputi segala sesuatu tidak diragukan lagi. Tidak ada yang menentangnya kecuali orang yang bodoh dan dengki terhadap sistemnya atau orang yang sombong yang tidak pernah puas dengan perbahasan dan tidak mahu menerima bukti-bukti yang kuat.

Konsep kemanusiaan dan pembebasan meskipun sangat berbeza tingkatannya dengan ketuhanan, namun ia perlu berjalan seiring dengan ketuhanan. Dengan memahami hakikat ketuhanan, manusia dapat menempatkan dirinya secara tepat di hadapan Tuhan, sekaligus bersahabat secara mesra dengan sesama manusia. Semangat inilah yang membawa pada kerukunan dan ketenteraman.

Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahwa ‘Islam Rahmatan Lil ‘Alamin’ itu perlu berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan, pembebasan dan ketuhanan. Ketiga prinsip ini mesti difahami dan diamalkan dengan bijak.

Kenyataan Islam adalah agama ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ (menjadi rahmat bagi seluruh alam), sudah menjadi suatu keperluan terutama di tengah-tengah kehidupan umat Islam dalam menghadapi perbezaan dengan umat lain yang beragama lain.

Ia adalah sebuah pernyataan yang merupakan kesimpulan dari firman Allah swt dalam Al Qur’an :

“Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.” (QS Al-Anbiya : 107)

Ayat tersebut memperkuatkan  kewujudan Nabi Muhammad saw serta risalahnya sebagai sumber kebahagiaan, rahmat bagi manusia dan seluruh isi alam semesta sebagai bukti kesejagatan.

“Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan oleh Allah.” (HR Al Bukhari)

Allah tidak mengatakan ‘Rahmatan Lil Mu’minin’, namun mengatakan ‘Rahmatan Lil 'Alamin’ kerana Allah ingin melimpahkan rahmat bagi seluruh makhluknya dengan diutusnya Nabi Muhammad saw yang memberikan pencerahan kepada manusia yang sebelumnya berada dalam kejahilan dan mengarahkan manusia yang sebelumnya berada dalam kesesatan ke dalam hidayah dan petunjukNya.

Islam mengatur dan membimbing manusia dalam hubungan :

1.     Dengan Allah.

2.     Sesama manusia.

3.     Muamalah.

4.     Manusia dengan alam lingkungan.

Rahmat Islam akan terasa jika manusia mahu menerima kekuasaan ajaran Islam sebagai pengatur kehidupan mereka dan hukum Islam mahu dijadikan sebagai landasan kerohanian dalam bernegara.

Namun, jika sebaliknya, Islam hanya dipandang sebagai sebuah dogma dan pedoman kerohanian semata-mata tanpa ada persiapan untuk mengaplikasikan Islam dalam berbagai aspek kehidupan, maka kewujudan Islam sebagai sumber kebahagiaan tidak akan mampu diraih kerana ada sekatan pemisah antara muslim sebagai identiti dengan Islam sebagai kualiti, maka menjelmalah kehidupan muslim yang tidak Islamik.

PENDEKATAN DAKWAH

Selain itu, untuk menyebarkan ciri-ciri Islam sebagai agama sumber kebahagiaan untuk semua, ia memerlukan cara tertentu dalam menghadirkan Islam ke tengah-tengah masyarakat moden agar Islam diterima sebagai landasan bersikap dan berperilaku, seperti mengoptimumkan pendekatan dakwah dengan mengutamakan pesanan-pesanan ketauhidan dan bertoleransi dengan pihak yang berbeza sudut pandang dan keyakinan demi tercipta keharmonian sosial tanpa perlu mengoyak sudut-sudut keyakinan sendiri.

Bagi seorang mu’min, Islam menjadi rahmat kerana dengan mengamalkan Islam secara utuh dan komperhensif, ia akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, sedangkan bagi orang yang bukan Islam, Islam melindungi mereka dari ancaman peperangan di samping ketentuan bahwa ia tidak menimbulkan permusuhan dan mengganggu keamanan orang Islam samada secara fizikal ataupun keamanan yang bersifat kerohanian dan aqidah.

Kesan lain yang harus dipenuhi oleh orang bukan Islam sebagaimana yang diatur di dalam Ilmu Fiqh adalah membayar jizyah bagi mereka yang hidup dalam Negara Islam (zimmi). Bahkan lebih dari itu, Islam memberi suaka politik kepada bukan Islam yang berhijrah ke negara muslim bagi menghindarkan diri dari ancaman di negara sendiri (musta’man). Inilah rahmat yang telah dirasakan oleh orang Yahudi dan Arab yang bukan Islam di Madinah ketika Islam hadir di tengah-tengah mereka.

Seiring dengan berkembangnya falsafah pragmatik, kalimah ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’, ditafsirkan oleh sebahagian kelompok yang berfikiran Liberal dan didukung oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan politik adalah sikap harmoni umat Islam dengan sesiapa sahaja tanpa memandang latar belakang dan dalam apa keadaan atau situasi sekalipun.

Ada di kalangan orang-orang Islam yang terjebak dengan penafsiran palsu ini dalam membela kemungkaran dan penyimpangan agama serta enggan melaksanakan dakwah atau mencegah dengan tegas apatah lagi untuk membuat peraturan bagi menghalang kemungkaran tersebut dari berlaku kerana khuatir para pelakunya tersinggung hatinya jika dinasihati, kemudian ia berkata: “Islam kan ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’, penuh kasih sayang?”

Penafsiran keliru ini juga yang mengekang umat Islam di seluruh dunia dalam menterjemahkan prinsip yang benar di bawah ancaman kuasa politik di samping ianya menghalang umat Islam untuk membela hak-hak agama mereka, bahkan seolah-olahnya mereka perlu rela untuk ditindas tanpa tindakbalas atau bela diri kerana jika mereka melawan dengan tindakan-tindakan agresif, maka mereka mungkin akan dituduh sebagai kelompok muslim radikal, extremis, teroris dan sebutan lainnya.

Pertentangan tersebut akhirnya melahirkan persepsi ‘Islamo-phobia’ di tengah-tengah masyarakat global, di mana Islam diilustrasikan sebagai sesuatu yang menakutkan untuk diterima baik oleh masyarakat dalam apa bentuk sekalipun lebih-lebih lagi dari perspektif politik dan pemerintahan. Dari persepsi ini, ianya berkembang dan membentuk satu persepsi baru iaitu memandang Islam sebagai sebuah ancaman yang perlu dihindari dan dilenyapkan walaupun dengan kos yang mahal.

Fenomena ini telah “mengekang” kaum muslimin di Palestin dan juga muslim Rohingya di kawasan Asia Tenggara dalam ketidakberdayaan mereka hingga mereka perlu berjuang bersendirian mempertahankan kehidupan mereka dengan sisa semangat dan kekuatan iman yang mereka miliki sedangkan saudara-saudara mereka di seluruh penjuru dunia yang jumlahnya mencapai 1.6 bilion hanya menonton dan melemparkan kata-kata kutukan di jalan-jalan raya dan ada juga sedikit sebanyak yang berdoa untuk keselamatan mereka padahal, mungkin ada cara yang lebih berkesan yang boleh dilakukan selain dari sekadar mengutuk dan berdoa.

Untuk menghuraikan kekusutan yang telah melilit umat Islam, maka diperlukan penafsiran ayat 107 Surah Al-Anbiya’ yang lebih tepat sesuai dengan konteks dan kaedah-kaedah tafsir serta ianya juga perlu didukung oleh penjelasan sejarah kerana jika tidak, maka akan terjadi pertentangan dengan apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad saw yang terkenal memiliki keperibadian yang luhur, namun dalam masa yang sama tetap terlibat dalam peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan lain-lain bagi membela Islam dan kaum muslimin dari penindasan dan ancaman kaum musyrikin.

Kesempurnaan rahmat yang diturunkan oleh Allah swt ke seluruh penjuru alam semesta dapat kita fahami dari beberapa sudut seperti berikut :

PERTAMA : KITAB SUCINYA ADALAH RAHMAT
Allah swt berfirman,

“Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (QS An-Nahl : 89)

KEDUA : RASULNYA ADALAH RAHMAT DAN DIUTUS DENGAN MEMBAWA RAHMAT
Allah swt berfirman,

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang mu’min.” (QS At- Taubah : 128)

KETIGA : UMATNYA JUGA ADALAH RAHMAT
Allah swt berfirman,

“Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (QS Al Fath : 29)

KEEMPAT : IA ADALAH UMAT YANG DIRAHMATI
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, menegakkan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS At-Taubah : 71)

KELIMA : WASIAT DI ANTARA MEREKA DILAKUKAN DENGAN RAHMAT
Allah swt berfirman,

“Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman, saling menasihati untuk bersabar, dan saling menasihati dengan penuh kasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling menasihati) itu adalah golongan kanan.” (QS Al Balad : 17-18)

KEENAM : DAKWAHNYA ADALAH RAHMAT
Allah swt berfirman,

“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (QS Al A’raf : 204)

KETUJUH : MENGAJAK KEPADA ISLAM JUGA MERUPAKAN RAHMAT
Allah swt berfirman,

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS Ali ’Imran : 159)

Rahmat Islam yang bersifat kesejagatan itu tercermin dengan jelas dalam prinsip pemudahan dan menghilangkan kesulitan yang merupakan kaidah ushul yang mendasari hukum-hukum agama ini.
Prinsip pemudahan ini dicernakan berasaskan :

a.      Kesedaran akan kelemahan manusia.

b.     Banyaknya tugas dan tanggungan.

c.      Kompleksnya kesibukan manusia.

d.     Tekanan hidup yang tidak menentu.

e.      Berbagai tuntutan yang perlu dipenuhi.

Oleh kerana itulah :

1.     Al Qur’an sangat mudah diingati.

2.     Aqidah Islam mudah difahami.

3.     Syariat Islam mudah diterapkan dan dilaksanakan.

Tidak ada satupun kewajiban yang di luar kemampuan mukallaf, dengan mengingati bahwa,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al Baqarah : 286)

Oleh yang demikian, fahamlah kita bahwa Islam sebagai ‘Rahmatan Lil ’Alamin’ sebagaimana yang tertera dalam surah Al – Anbiya : 107 bahwa alam semesta mendapat manfaat dari diutusnya Nabi Muhammad saw sebagai rahmat bagi orang yang beriman yang membawa kepada cahaya keimanan dan mendapatkan syafaat dan kemuliaan di dunia dan akhirat.

Selain itu pula, Nabi Muhammad saw :

a.      Menyempurnakan ajaran yang disampaikan oleh kitab-kitab sebelumnya melalui kitab suci Al Qur’an.

b.     Adalah penutup para nabi dan tidak ada nabi selepasnya.

c.      Mengajarkan bagaimana menjalani kehidupan yang sesuai dengan kaidah syariat serta mengajarkan toleransi kehidupan.

d.     Mengingatkan manusia terhadap fitrahnya.

e.      Mengajarkan peraturan sosial dan cara hidup yang lengkap.

f.      Menciptakan kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan.

Untuk menciptakan kesejahteraan dalam kehidupan, maka antara makhluk hidup perlu saling menghargai dan tidak boleh bersikap sewenang-wenang meskipun makhluk hidup seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat berbicara.

Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran, ia juga seharusnya memikirkan kelangsungan hidup makhluk lainnya. Sebagai contoh tidak memburu haiwan yang menghadapi kepupusan atau menebang pokok secara sembarangan. Ini adalah kerana kehidupan yang saling berdampingan akan menciptakan kesejahteraan bagi makhluk itu sendiri dan khususnya alam semesta.

Justeru sebaliknya, jika manusia tidak menjaga kesejahteraan dan keselarasan hidup, ia akan menimbulkan kesan pada manusia itu sendiri, sebagai contoh, menebang pokok dan tidak memperkukuhkan apa yang ada di alam semesta maka akan timbul bencana yang pada akhirnya akan merugikan manusia itu sendiri.

Islam mengajarkan bagaimana menjaga lingkungan serta hidup dengan saling menghargai. Ini sesuai dengan firman Allah swt :

“Telah nampak kerusakan di darat dan di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS Al Qasshash : 77)

Akhir sekali, agar sesuai dengan fungsinya bahwa agama Islam adalah ‘Rahmatan Lil ’Alamin’, maka sebagai umat Islam, kita perlu memahami akan makna agama Islam dan apa yang diperintahkan dan dilarang dalam agama Islam.

Islam mengajarkan banyak ilmu pengetahuan di antaranya aqidah, fiqh, hadith dan akhlak. Agama Islam mengajarkan banyak perkara yang aplikasinya dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Selain itu juga, Islam mengajarkan tentang moral dan akhlak serta peraturan-peraturan syariat yang sesuai dengan kaidah Islam sehingga manusia dapat mengetahui mana yang akan membawa kesan baik dan buruk dalam kehidupan mereka.

Oleh yang demikian, tugas membumikan risalah ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ memerlukan usaha yang berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif dengan menggali dan memunggah semula khazanah ‘Siyasah Syari’yyah’ sebagai panduan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan mengambil kira suasana dan keperluan setempat bagi merealisasikan kerahmatan Islam mengikut acuan negara ini sehingga ianya akan dirasai dan dinikmati bukan hanya oleh orang-orang Islam bahkan kepada orang bukan Islam juga di samping bersikap prihatin terhadap kesan kepada alam persekitaran yang lain.

Ya Allah, Engkaulah sumber kerahmatan yang wujud di alam semesta ini dan kami memahami bahwa ini hanyalah satu per sembilan puluh sembilan dari rahmat yang kami nikmati di dunia ini dan sembilan puluh sembilan bahagian rahmat lagi akan Engkau simpankan untuk kami nikmati di akhirat nanti. Permudahkanlah usaha kami dan kurniakanlah pertolongan Engkau sehingga rahmat Islam ini akan dapat dirasai oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Fikrah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

2 Responses so far.

  1. Agen Poker Online Terpercaya says:
    9 October 2015 at 04:18
    This comment has been removed by a blog administrator.
  2. Putry Amouy says:
    12 December 2020 at 20:16

    JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.me


Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Membangun Pendakwah Berkualiti
    Dakwah adalah suatu usaha atau pekerjaan untuk menebarkan pesanan Islam kepada manusia secara lebih operasional di samping mengajak atau ...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Membina Himmah Pendakwah
    ‘Himmah’ boleh diertikan sebagai sebuah kekuatan dalaman yang menjadi pendorong kepada keberhasilan dan pencapaian sesuatu matlamat dan ...
  • Dakwah Itu Mudah, JOM!
    Dakwah adalah suatu pekerjaan yang mudah namun hasilnya luarbiasa. Siapa sahaja boleh berdakwah dan siapa sahaja boleh memperolehi hasiln...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ▼  August (3)
      • Mutiara Hikmah Para Duat
      • Membumikan Risalah Rahmatan Lil 'Alamin
      • Nasihat Syeikh Mutawalli Kepada Pemimpin
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger