Satu
persoalan yang perlu dilontarkan ke dalam minda setiap aktivis dakwah yang
berusaha untuk menjadi murabbi produktif yang akan menjadi penyelamat kepada
umat ialah bagaimanakah profil murabbi yang sebenarnya?
Apakah
ia berperanan hanya sekadar mengisi bahan tanpa memberi kesan yang mendalam
sepertimana yang sering kita temui di medan masyarakat?
Ataukah
murabbi menjadi sebuah ikon yang mengasyikkan, dirindui dan menjadi sebuah keperluan
ruhaniyah buat para mutarabbi?
Murabbi
yang hakiki diharapkan akan menjadi lebih produktif dalam mengisi halaqahnya
sehingga ianya benar-benar hidup dan dengan cara itulah seseorang akan menjadi
murabbi produktif.
Seorang
murabbi tidak semestinya lebih cerdik dari orang lain, namun ia perlu lebih berdisiplin
dari yang lain dan setiap diri kita lebih tahu di mana posisi kita dengan mengukur
secara saksama cara kita mengisi
hari-hari kita di mana di sebalik kelemahan, ada anugerah untuk
disyukuri.
Ketika
Abu Bakar As Shiddiq ra diangkat menjadi khalifah, beliau berkata :
“Sesungguhnya aku telah menjadi
pemimpin kamu, padahal aku bukanlah yang terbaik di antara kamu. Jika aku
berbuat baik maka lindungilah aku dan jika aku salah maka luruskanlah aku…”
Marilah
kita memulakan langkah amal ini dengan doa kerana ia :
1.
Pembuka
amal.
2.
Pembuka
pintu syurga.
3.
Tempat
singgah yang terindah.
4.
Tarbiyah
zatiah.
5.
Mendidik
kecerdasan.
6.
Membangun
jiwa.
7.
Mendisiplinkan
kehidupan.
8.
Menjadi
bekalan yang mahal.
9.
Merupakan
kekuatan ruhiyah maknawiyah.
10.
Ruh
tawakkal setelah membuat bekalan dan beramal dengan maksimum.
11.
Tenaga
utama para murabbi.
12.
Keperluan,
kemestian dan kerinduan.
Firman
Allah swt :
Kita
perlu memiliki azam kerana ada ratusan hati dan jutaan jiwa yang benar-benar
merindui tertegaknya kembali nilai-nilai
Islam di persada dunia.
Azam
itulah yang menjadi tenaga bagi fikiran untuk melahirkan kekuatan serta menjadi
tindakan.
Azam
dan tawakkal sentiasa berganding bahu kerana keduanya adalah merupakan suatu
tekad di mana salah satunya berakar di bumi dan yang satu lagi bersambung terus
ke langit.
Kenapa
Allah swt menggunakan perkataan azam dalam ayat di atas?
Ini
adalah kerana semua realiti pada awalnya bermula di alam fikiran yang terlintas
dan kemudiannya menjadi suatu tindakan untuk diwujudkan.
Jika
kemenangan itu sudah wujud dalam hati dan fikiran maka ia akan mudah untuk
diwujudkan dalam alam nyata.
Di
sinilah peranan doa menjadi sangat penting di mana doa boleh membuatkan
kekuatan yang tidak seberapa menjadi sesuatu yang dahsyat serta luar biasa
kerana ianya bersandarkan kepada Yang Maha Perkasa.
Doa
adalah permulaan sebuah amal. Kejayaan adalah buahnya.
Ketika
seorang petani menanam suatu tanaman, tugasnya hanyalah berusaha kuat lalu bersandar
kepada Allah kerana harapan kepada Allah itulah yang membuahkan kesungguhan.
Tugasnya
bukanlah untuk menghasilkan sesuatu kerana soal hasil adalah di dalam wilayah
kekuasaan Allah.
Setiap
titisan keringat adalah kerja kuat sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat yang dianugerahkan.
“Bekerjalah, wahai keluarga Daud
untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang
berterima kasih.” (QS As Saba’ : 13)
Dunia
yang sama-sama kita melaluinya sekarang adalah medan amal seorang murabbi.
a.
Waktu
malam untuk ibadah.
b.
Perjalanan
di siang hari untuk membaca ayat kauniyah.
c.
Jaulah
dakwah adalah untuk menyebar fikrah.
d.
Berorganisasi
bagi mewarnai dunia.
Murabbi
yang hakiki pada asasnya :
1.
Lahir
dari sebuah keterbatasan.
2.
Ditempa
oleh kesulitan dan kesusahan.
3.
Digembeling
oleh kemerosotan suasana.
4.
Didewasakan
oleh permasalahan.
Kadang-kadang
ia gagal membina, namun ia terus introspeksi ke dalam diri untuk mencari cara
yang paling tepat.
Kadang-kadang
ia gagal dalam mentarbiyah dengan tepat, namun hatinya tidak pernah sepi bahkan
menjadikan dirinya lebih teliti.
Kadang-kadang
ia gagal dalam merekrut ahli baru, namun itu tidak menyebabkan ia merungut.
Kadang-kadang
ia gagal dalam bidang perniagaan yang diceburinya namun ia tetap optimis dan
tersenyum manis.
Menjadi
murabbi bererti berusaha untuk :
a.
Menjadi
generasi rabbani celupan Al Qur’an.
b.
Menjadi
orang yang belajar di saat ia mengajarkan orang.
c.
Menambah
ilmu di saat ia menyampaikan dakwah.
d.
Mendidik
diri di saat ia menasihatkan mutarabbinya kerana telinga kita lebih dekat
mendengar kata-kata kita daripada orang lain.
e.
Menerima
aliran pahala yang terus-menerus meskipun kita sudah meninggal dunia akhirnya.
Di
antaranya adalah khabar gembira dari Nabi saw dalam sabda baginda :
“Barangsiapa yang mengajarkan
kebaikan, ia akan mendapatkan pahala, selama mana orang yang diajarkan
mengamalkan ajarannya.”
Murabbi
adalah :
1. Guru yang dicintai.
2. Keteladanannya menjadi cermin.
3. Kehadirannya dirindui.
4. Senyumannya didambakan.
5. Nasihatnya dinanti-nantikan.
6. Sentuhan ruhiyahnya menjadi
kekuatan.
7. Peribadi yang menyentuh hati tanpa
menyuruh.
8. Tempat bersandar umat dari keletihan
dan kelemahan.
9. Teman tempat melepaskan rasa hati yang
tepat dan aman.
10. Oasis yang segar dan menyegarkan
orang lain.
Murabbi
memang kaya dengan perasaan rabbaniyah yang tidak pernah membosankan para
mutarabbinya sehingga mutarabbi merasa senang dan asyik untuk mengikuti setiap
bahan-bahan yang disampaikan oleh murabbi di dalam halaqahnya.
JALAN
KE SYURGA
Sebagaimana kita faham bahwa dalam setiap aktiviti
yang kita lakukan, visi dan obsesi hendaklah sentiasa wujud dalam pemikiran
kita agar apa yang kita lakukan menjadi terarah dan jelas tujuannya. Begitu jugalah keadaan seorang
murabbi.
Pernah
suatu ketika seorang murabbi ditanya oleh mutarabbinya :
“Akhi, kita sudah lama berjuang
namun kegagalan sentiasa mengiringi kita. Ketika riak-riak kemenangan menjelma,
kita tidak pula dapat menikmatinya. Lalu bilakah kita akan mengecapi kebahagiaan
itu?”
Murabbinya
dengan tenang menjawab :
“Saudaraku, kita mendapat kebahagian
ketika kita penat dan letih semasa bekerja, iaitu di tengah-tengah kesulitan
dan kesusahan atau di tengah-tengah aktiviti yang kita laksanakan semata-mata untuk
memberikan manfaat kepada orang lain.
Di situlah kita menikmati dan
mensyukurinya serta merasakan kebahagiaan yang sebenarnya. Jika kita nak
menunggu di saat kita mendapat hasil dari usaha dan aktiviti kita, baru nak
merasakan kebahagiaan, maka itu terlalu lama.”
Bagi
seorang murabbi :
a.
Dengan
ilmu, dakwah menjadi lebih mudah.
b.
Dengan
semangat, dakwah menjadi lebih menggugah.
c.
Dengan
seni, dakwah menjadi lebih indah.
d.
Dengan
tarbiyah, dakwah menjadi lebih terarah.
e.
Dengan
ukhuwah, aktivis dakwah menjadi lebih bertenaga.
Allah swt
hanya akan memberikan balasan kepada orang-orang yang beramal melalui firmanNya
“Jazaa’an bimaa kaanuu ya’maluun” (balasan
sesuai dengan apa yang kamu kerjakan) dan bukan “Jazaa’an
bimaa kaanuu ya’lamuun” (memberikan
balasan dengan apa yang kamu ketahui).
Peranan utama Murabbi bukan sekadar memberi pengisian semata-mata tetapi ia adalah
:
1.
Guru
yang dirindui.
2.
Pembina
semangat yang tidak pernah jemu.
3.
Komandan
yang menjadi teladan dan paling ke depan dalam kebaikan.
4.
Sahabat
yang mempunyai hubungan erat.
5.
Tempat
curhat yang tepat bagi mutarabbi.
6.
Ayah
atau ibu yang memahami perasaan anaknya serta tidak suka mencela.
7.
Teman
yang paling dipercayai dalam perjalanan.
Murabbi
mestilah sentiasa berfikir untuk memberi motivasi dalam mengisi agenda halaqah
agar setiap cara dan langkah mengisi bahan yang dilakukannya menjadi lebih
bermakna sehingga halaqah yang dibawanya
akan menjadi lebih hidup.
Setiap
amal kebaikan walau sekecil manapun pasti ada balasannya. Oleh yang demikian, apa
yang berlaku di dalam sebuah halaqah seperti :
1.
Pertemuan
yang ikhlas.
2.
Perhatian
yang diberikan.
3.
Perkataan
yang diucapkan.
4.
Perbuatan
baik yang direalisasikan.
5.
Pergaulan
yang syar’ie.
6.
Pertanyaan
yang memberi inspirasi dari murabbi ke mutarabbi.
Semua
perkara tersebut, jika di amalkan maka pahala dari Allahlah ganjarannya dan
setiap pahala pasti dibalas dengan syurgaNya.
Kita
menjadi bahagia kerana kitalah yang menciptakan kebahagiaan itu di hati kita
tanpa menunggu faktor luaran atau orang-orang yang di luar kita.
Kita
bahagia kerana meyakini di sisi Allah ada balasan yang terindah berupa syurga.
a.
Syurga di
dunia ini berupa majlis tarbiyah yang penuh hikmah.
b.
Syurga di
akhirat nanti dengan bidadari yang istimewa untuk kita masing-masing.
Yakinlah
wahai para murabbi, bahwa bidadari tersebut belum pernah disentuh oleh sesiapa
pun yang hanya dipersiapkan untuk para murabbi.
Adapun
para murabbiyah hendaklah meyakini bahwa merekalah komandan kepada para
bidadari tersebut sebagaimana seorang muslimah yang menjadi komandan atau ratu
rumahtangga yang mencipta kebahagiaan dalam setiap langkahnya bagi memberi inspirasi
kepada suami untuk bersinergi dalam urusan tarbiyah.
Untuk
menjadi seorang murabbi yang produktif bukanlah sesuatu yang sukar jika kita mahu
belajar dengan tekun dan sabar dalam tarbiyah ini.
Murabbi,
dalam tugas utamanya sebagai wasilah kepada ‘islahun nafs’ (pembaikan jiwa) akan beriringan
dengan statusnya sebagai anggota organisasi dakwah yang mempunyai amanah dakwah
dan perekrutan di samping tugas penutup iaitu memastikan bahwa objek dakwahnya
akan bersedia untuk memilih haluan perjuangannya bukan dengan satu cara, tapi
menjelaskan dengan berbagai cara dalam mengaplikasikan konsep ‘al fahmu’ iaitu bergerak di atas dasar kefahaman.
Manakala
mutarabbi pula, dalam peranannya sebagai seorang murid yang sedang menuntut
ilmu, lama kelamaan dia akan sedar bahwa ternyata madrasah tempat dia mengaji
adalah salah sebuah organisasi dakwah yang berusaha untuk mewujudkan
tujuh ‘maratibul amal’
(peringkat amal). Samada murabbi atau mutarabbi sama-sama akan menghadapi ujian
yang sama beratnya.
Bagi
seorang murabbi, tidaklah boleh dia hanya mengutamakan peranannya sebagai aktivis
sebuah organisasi yang hanya membahas
dan memenangkan organisasi dengan segala wasilahnya.
Yang
lebih penting baginya adalah mengawal proses ‘maratibul
amal’ tersebut bagi mewujudkan kemenangan Islam yang akan tegak
kembali di muka bumi di mulai dari perbaikan diri, sehingga sampai kepada yang
terakhir sebagai tujuan yang asas, iaitu ‘ustadziyatul alam’, (wujudnya Islam
sebagai tiang seri kepada peradaban).
Bagi
seorang murabbi, melihat binaannya (mutarabbi) tumbuh berkembang sangat-sangat berharga baginya lebih-lebih lagi apabila
melihat mereka melakukan transformasi :
1.
Dari kerosakan
akhlak menjadi soleh yang teristimewa.
2. Dari malas tilawah sehingga mempunyai
sasaran 1 juz satu hari.
3.
Dari
yang selalu bersentuhan kulit dengan lawan jenis menjadi seorang yang begitu
menjaga diri.
Kita
perlu kembali semula kepada ‘ashalah’ dakwah iaitu tujuan asal di
mana dakwah ini bermula dan dikembangkan oleh para perintis dakwah ini.
Oleh
yang demikian, doktrin bagi murabbi ketika membina adalah :
“Al Islam Qabla Al Jamaah”.
(Islam sebelum mengenal jamaah)
Maknanya
kita perlu memahamkan seseorang kepada Islam dahulu baru mengenalkan dia kepada
jamaah. Ini tidak cukup hanya dengan sehari atau dua hari, sebulan atau dua
bulan, bahkan ia memerlukan waktu
bertahun-tahun untuk mengawal misi besar ini.
Maka,
oleh kerana itu, murabbi adalah ‘makhluk ajaib’ yang kena lebih ‘qawi’ (kuat) dan lebih panjang kesabarannya berbanding
aktivis dakwah lain.
Setelah
mulai tertanam tentang konsep keislamannya, baru kemudiannya perlahan-lahan diperkenalkan
dengan kewujudan organisasi. Setelah itu, pasti akan ada banyak persoalan dan
penerimaan dan ini janganlah mempengaruhi proses halaqah yang sudah berjalan.
Teruslah melangkah sebagaimana sebelumnya.
Bagi
seorang mutarabbi, dia mesti tetap ikhlas dan tidak perlu berhenti belajar hanya
kerana tidak benar-benar mengenali organisasi. Biasanya, ketidakmampuan seorang
mutarabbi dalam memahami konsep ini (Al Islam Qabla Al Jamaah) akan menjadikannya berfikir
berulang kali samada untuk datang atau tidak ke pertemuan yang seterusnya.
Lantas,
selama ini sebenarnya :
a.
Apa
tujuannya kita datang ke halaqah?
b. Adakah kita dipaksa untuk ikut
memilih dan masuk ke dalam organisasi tersebut?
c.
Bukankah
kita justeru sudah begitu banyak mendapatkan kemanfaatan?
Murabbi
dan Mutarabbi akan mendapatkan pahala sebagaimana yang diniatkan. Bahkan ketika
berlaku perbezaan pendapat tentang pandangan politik, itu tidak sepatutnya
menyebabkan mereka bercerai? Kenapa mereka perlu bermusuhan? Bukankah Allah
telah mempersatukan hati-hati kita jauh sebelum semua sistem politik ini hadir
di dunia? Bukankah dulunya di saat akan dilahirkan ke dunia, keduanya sudah
saling berikrar untuk saling menjadi saksi di hari akhirat nanti?
Murabbi
yang bijak dan mutarabbi yang penuh semangat, hendaklah tetap saling bersatu
padu untuk berlumba dalam kebaikan. Maka keduanya tetaplah bersama-sama untuk
berjuang menjadi jauh lebih mulia dari malaikat. Maka tetaplah begitu, iaitu saling
menjaga dan mengingatkan, bukan saling melemahkan, apalagi bercerai.
Marilah
kita bersikap bijak dalam mengurus perbezaan serta tidak saling merasa kitalah
yang paling benar dalam usaha untuk menerapkan syariat Islam. Ini adalah kerana
di akhirnya nanti, yang akan mempertanggungjawabkan amalnya di dunia ini di
hadapan Allah adalah diri kita, sendiri-sendiri. Maka ketika kita berbeza
pandangan, kita tidak perlu saling mempertikaikan antara satu sama lain bahkan
mari sahaja kita menyelamatkan pintu syurga kita masing-masing, namun di sudut
lain kita tetap bekerja secara berjamaah dengan penuh cinta dan keharmonian.
Seseorang
mampu menjadi murabbi tanpa perlu menempatkan dirinya pada jawatan secara
formal kerana murabbi sejati adalah seorang yang mahu mengambil peranan lebih
banyak dari yang lain dan dia tidak semestinya menjawat apa-apa jawatan formal,
namun di satu sudut, dia juga bersedia untuk melakukan apapun kerana semua amal
yang dia pikul dianggap sebagai amanah yang di dalam keyakinannya akan menjadi wasilah
untuk mendapatkan syurga.
Dia
tidak berkeinginan untuk melakukan banyak perkara, tapi dia bertekad melakukan
yang terbaik yang dia mampu. Semangatnya adalah semangat amal dan menanggung
bebanan dan bukan sekadar semangat untuk mendapatkan kedudukan dalam penstrukturan
jawatan.
“Dakwah ini adalah projek Allah, dan
Allah sendirilah yang akan membiayai untuk diselesaikannya projek tersebut.”
Memang,
berdakwah memerlukan ilmu, namun kita juga tidak perlu menunggu sehingga
menjadi ‘mufti’ untuk
diperbolehkan kita berdakwah.
Kita
hanya perlu menjadi generasi Rabbani sebagaimana yang tercantum dalam Al Qur’an
:
“Hendaklah
kamu menjadi orang-orang Rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan
disebabkan kerana kamu tetap mempelajarinya.” (QS Ali Imran : 79)
“Seorang
pendakwah seharusnya sampai pada tingkatan penyampaian yang optimum dan
sentiasa berusaha memberikan penyampaian yang menyentuh (Al Balagh).”
Di antara cara dalam menjadikan dakwah
ini menjadi memikat adalah dengan penyampaian yang:
1.
Jelas.
2. Terang.
3. Tegas.
4.
Mampu menyentuh hati para ‘mad’u’ (objek dakwah).
Ini bersesuaian dengan pesanan Allah swt
kepada para Nabi dan Rasul melalui firman-Nya :
“Maka tidak ada kewajiban atas para
rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS
An-Nahl : 35)
Maksud perkataan ‘Al
Balagh’ (penyampaian) tidak sekadar hanya memberi khabar tentang
kebenaran semata-mata atau hanya mengumumkan tentang kebenaran itu, tapi yang
sepatutnya dilakukan adalah bagaimana caranya agar risalah mulia yang didakwahkan
ini sampai kepada seluruh umat manusia dan mereka dapat menyerapnya dengan
baik.
Agar dakwah itu dapat disampaikan
dengan baik kepada ‘mad’u’,
maka para pendakwah atau murabbi perlu memperhatikan beberapa perkara berikut :
PERTAMA : Sudah selayaknyalah seorang pendakwah atau murabbi menjiwai
tentang apa yang ia sampaikan kepada orang lain kerana mustahil sesuatu yang
tidak lahir dari jiwa yang baik yang bersumber dari kesedaran di dalam hati,
akan mendapat penerimaan yang baik pula dari hati orang lain.
KEDUA :
Berdakwah dengan memilih perkataan yang mampu memikat, sehingga dapat membekas
di hati para pendengar.
Ini sebagaimana yang firman Allah swt :
“Mereka itu adalah orang-orang yang
Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu
dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka
perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.” (QS An-Nisaa’ : 63)
Kata-kata yang bernilai itu paling tidak
mencakupi beberapa perkara berikut :
a.
Khabar yang menyenangkan.
b. Khabar
yang menakutkan.
c. Peringatan.
d. Motivasi
pahala.
e.
Ancaman siksaan.
Dengan yang demikian, para ‘mad’u’ pun akan tersentuh
hatinya, gembira dengan janji yang menyenangkan dan memiliki rasa cemas akibat
kesalahan yang pernah dilakukan, sehingga memohon kepada Allah agar ia
dijauhkan dari ancaman siksa neraka.
KETIGA : Al
Qur’an telah menggariskan kepentingan menyampaikan dakwah dengan lancar, fasih
serta tidak tergagap-gagap.
Ini sebagaimana firman Allah swt yang
diucapkan oleh Nabi Musa as.
“Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
supaya mereka mengerti perkataanku.” (QS Thaha : 27-28)
Dalam hal ini, Nabi Musa as
menyedari bahwa perkataan yang fasih mampu menjadi kunci kepada berkesannya
penyampaian dan kukuhnya hujah.
Imam Ar-Razi kemudian
menjelaskan bahwa para ulama’ berbeza pendapat berkaitan alasan Nabi Musa as
meminta kepada Allah agar dilepaskan dari kekakuan lidahnya :
1.
Agar tidak ada kesalahan serius yang berlaku ketika proses
penyampaian dilakukan.
2.
Mencegah agar jangan sampai para pendengarnya kemudian lari
kerana kekakuan dalam berbicara memberikan pengaruh kepada para pendengar
sehingga tidak lagi menarik perhatian mereka.
3.
Meminta agar dimudahkan dalam penyampaian, kerana Nabi
Musa as dalam hal ini sedang berhadapan dengan Fir’aun yang mengaku dirinya
sebagai Tuhan, sehingga perlu ada jaminan kemudahan dalam berbicara kerana jika
sudah kesulitan dalam memulakan pembicaraan di permulaannya maka akan berterusan
pula hingga ke akhirnya.
KEEMPAT : Yang membantu seorang pendakwah atau murabbi adalah memiliki
penyampaian yang baik dan menyentuh iaitu dengan menghadirkan rakan-rakan
seperjuangannya yang lain, berada disampingnya untuk saling menguatkan sehingga
dapat memberi ketenangan dan kepercayaan diri yang lebih.
Ini dalam konteks peribadi seorang
pendakwah atau murabbi, namun dari sudut lain, iaitu pihak ‘mad’u’, mereka akan melihat bahwa ternyata pendakwah atau
murabbi itu tidak bersendirian dan menilai dakwahnya telah memberikan kesan positif
terbukti dengan adanya para pengikut ataupun rakan yang ramai sehingga dapat
memantapkan kepercayaan ‘mad’u’
tersebut untuk kemudian mendengarkan perkataan demi perkataan yang disampaikan
oleh pendakwah atau murabbi.
Ini sebagaimana firman Allah swt.
kepada Nabi Musa as :
“Allah berfirman: “Kami akan
membantumu dengan saudaramu” (QS
Al-Qashash : 35)
“Dan jadikanlah untukku
seorang pembantu dari keluargaku. (iaitu) Harun, saudaraku. Teguhkanlah dengan
dia kekuatanku. Dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku” (QS Thaha : 29-32)
Imam Ar-Razi menafsirkan ayat
ini dengan dua kesimpulan :
a.
Nabi Musa as meminta teman dalam hal ini saudaranya,
Nabi Harun as kerana merasa keterbatasan dirinya sebagai seorang hamba yang
memiliki kekurangan, sehingga ia memerlukan teman yang dapat menguatkan.
b.
Untuk mendakwahkan agama ini, diperlukan kekuatan doa,
sehingga ia pun memohon kepada Allah swt agar ia diteguhkan.
KELIMA : Seorang pendakwah atau murabbi hendaklah memanfaatkan segala kemudahan
yang ada sebagai wasilah untuk memudahkan penjelasan risalah mulia ini kepada
umat.
Di zaman moden seperti sekarang,
para pendakwah dituntut untuk celik teknologi, sehingga dakwah ini ditampilkan
secara lebih menarik, tidak ketinggalan zaman dan berjalan sesuai dengan wasilah
semasa yang ada, seperti menggunakan internet, filem, nasyid, novel, ‘slides power point,’ serta
boleh pula melalui agenda rehlah melalui tadabur alam, ‘outbound’, ‘games’
dan wasilah menarik lainnya.
Al Qur’an sendiri telah
menceritakan bagaimana dakwah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dengan
menggunakan perantara alam, untuk kemudiannya memberikan pelajaran kepada
kaumnya agar menyembah Allah swt.
Ini sebagaimana termaktub dalam
firman-Nya :
“Ketika malam telah menjadi
gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku” Tetapi
tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: Saya tidak suka kepada yang
tenggelam”.Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah
Tuhanku”. Tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata: “Sesungguhnya jika
Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang
sesat”. Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah
Tuhanku, ini yang lebih besar”, maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia
berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu
persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang
menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku
bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” (QS Al-An’aam : 76-79)
KEENAM : Bagi memiliki penyampaian dakwah yang optimum, seorang pendakwah
atau murabbi mesti bersikap kreatif dan bijak melihat peluang dalam setiap
waktu dan keadaan.
Boleh jadi objek dakwah yang ia
seru kepada jalan kebaikan,
1.
Ternyata tidak biasa menerima secara spontan, tapi perlu
pendekatan yang perlahan.
2.
Ada yang tidak dapat didekati pada waktu siang kerana
sibuk, maka bersikap bijaklah untuk
memilih waktu lain.
3.
Ada yang ketika sihat begitu keras untuk menerima
kebenaran, maka dekatilah ia di waktu sakit, mungkin hatinya mampu menerima pada
saat tersebut.
Maka berseni dan bijaklah
melihat peluang dalam menyampaikan dakwah.
Ini sebagaimana firman Allah swt
melalui lisan Nabi Nuh as :
“(Setelah puas menyeru
mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
Maka seruanku itu tidak
memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka
melarikan diri (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru
mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka
menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan
pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur
dengan melampau. Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang; selain
dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan
berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan
perlahan-lahan sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada
Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.” (QS 5 – 10)
Berkait dengan ayat di atas, Ibnu
Katsir kemudian mengatakan,
“Kreatiflah dalam berdakwah,
agar misi menyampaikan risalah mulia ini berakhir dengan kejayaan.”
KETUJUH : Agar dakwah dapat disampaikan dengan baik, maka seorang pendakwah
atau murabbi selayaknya menyampaikannya dengan penuh kelembutan (layyinan), tidak dengan cara
yang keras, memaksa, apalagi kasar.
a.
Dekatilah ‘mad’u’
dengan cara yang baik.
b.
Panggil ia dengan nama yang ia sukai.
c.
Perlakukan dengan penuh sopan.
d.
Buat sesuatu yang menyebabkannya terpikat, sehingga apa
yang disampaikan pun dapat menyentuh hatinya.
Allah swt telah memerintahkan
Nabi Musa as mendakwah Fir’aun dengan cara yang lembut, sebagaimana yang
termaktub dalam Al-Qur’an,
“Pergilah kamu berdua kepada
Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua
kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau
takut”. (QS Thaha : 43-44)
Dalam ayat lain Allah swt juga
memerintahkan Nabi Muhammad saw untuk berdakwah dengan penuh hikmah,
“Serulah (manusia) kepada
jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan
cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa
yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.” (QS An-Nahl :
125)
MURABBI
PADA PANDANGAN IMAM HASAN AL BANNA
Menurut Imam Hasan Al Banna, murabbi
berperanan sebagai pusat penjana tenaga elektrik di mana tugasnya adalah menebarkan sinar kepada pemancar dan
lampu-lampu elektrik di seluruh struktur masyarakat sehingga jika ia tidak
mampu memancarkan sinar, maka akan redup pula semua aktiviti amal para
mutarabbinya.
Sebagai pusat penjana tenaga elektrik,
murabbi seharusnya :
1.
Menjadi sumber kebangkitan dan
penyelamat umat.
2.
Menyalakan mentol hati para mutarabbi
yang meredup.
3.
Mengalirkan arus elektrik di hati yang
mati tertimpa debu maksiat mahupun racun syahwat akibat gempa penyakit “cinta
dunia dan takut mati” di banyak tempat.
Imam Hasan Al-Banna telah membuat perumpamaan
tentang tugas murabbi melalui perkataannya yang indah :
"Di
setiap bandar terdapat pusat penjana tenaga elektrik. Para pegawai memasang
peralatan-peralatan, tiang dan kabel di seluruh penjuru bandar dan selepas itu
aliran tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat
lain.
Jika
aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pusat penjanaannya, niscaya
seluruh penjuru bandar akan menjadi gelap gulita. Padahal pada ketika itu,
tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat penjana elektrik, hanya sahaja
tenaga elektrik yang ada itu tidak dialirkan dan tidak dimanfaatkan."
Dalam kesempatan lain beliau mengatakan
:
“Kami
bukanlah pencari kekuasaan, kami bukan penyeru revolusi tetapi kami adalah
murabbi-murabbi dakwah, penyebar fikrah serta pengarah hati dan ruhani
manusia.”
Allah swt berfirman :
"Dan
apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan
kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di
tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam
gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (QS Al-An'am :
122)
Wahai murabbi penyala lampu! Nyalakanlah
kebangkitanmu agar aktivis dakwah yang :
a.
Tidak memiliki tenaga.
b. Miskin
empati.
c. Kurang
yakin kepada diri sendiri.
d. Kurang
idea.
akan segera mendapat inspirasi darimu
lalu bangkit untuk menyelamatkan umat dari kelalaian dan ketiduran yang panjang.
Ya Allah, jadikanlah kami para murabbi
penyelamat umat yang akan berusaha sedaya mungkin untuk menyelamatkan umat
manusia dari pelbagai krisis di dunia di samping menyelamatkan setiap diri dari
kesengsaraan di akhirat nanti.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS