Disebabkan oleh kepentingan penggunaan
masa inilah, Imam Hasan Al Banna telah meletakkannya sebagai salah satu
wasiatnya yang sepuluh iaitu :
"Kewajipan
kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah
saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah
dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya."
Ini adalah kerana, masa yang sudah terlepas
itu tidak boleh diganti lagi.
Ada satu Pepatah Melayu yang menyatakan,
“Patah
tumbuh hilang berganti”. Namun, pepatah itu merujuk kepada seseorang
pemimpin yang telah meninggal atau barang hilang yang mungkin boleh ditemui
semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.
Tapi yang pasti dan tidak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa mempunyai peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan masa sehingga terkenal di antara bangsa di Asia di mana kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun sangat menghargai masa.
Walaubagaimana sekalipun mereka maju di dunia disebabkan falsafah penggunaan masa itu, namun ia hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya bagi memenuhi keperluan di dunia dan lebih-lebih lagi keperluan di akhirat.
Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa “Masa itu emas”. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum mampu menandingi harga masa. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula ataupun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang mempunyai harga. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.

Jika masa telah berlalu, maka tiada
suatu kuasa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika
emas hilang, niscaya ada seribu satu jalan atau kuasa yang berikhtiar untuk menggantikannya.
Masa tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran masa. Allah swt menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa.

Masa cuma boleh :
1. Dinamakan
seperti Ahad, Isnin dan sebagainya.
2. Dipenggal.
3. Dipecahkan.
4. Dipotong
sebagai hari, minggu dan bulan.
Masa itu tidak boleh direkabentuk
seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh
dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh
semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang
hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat
masa.
Malah, masa itu boleh mengancam manusia di mana Sayyidina Ali ra berkata :

"Masa
itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya',
niscaya ia akan 'memenggal' lehermu."
Sebenarnya yang menyebabkan masa itu
berharga ialah disebabkan adanya :
a. Kerja.
b. Tugas.
c. Amanah.
yang perlu disiapkan semasa waktu itu
sedang berjalan.
Jika bukan kerana itu, maka masa itu mungkin kurang dihargai.

Misalnya, dengan peredaran masa, pokok
perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk
menunggu pokok itu membesar amat berharga.
Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu yang tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.
Maka Imam Hasan Al Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan masa di mana semakin banyak usaha dakwah yang dilakukan maka masa yang ada menjadi semakin singkat dan suntuk!
Dalam realitinya, jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan masa yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 30 bentuk dan 60 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.
Itulah yang dimaksudkan oleh Imam Hasan Al Banna iaitu jumlah usaha dakwah perlu digembelingkan dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.
Daripada Anas bin Malik ra. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak
akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan
seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan
seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan
seperti satu percikan api." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Imam Hasan Al Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah saw ini di mana bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntukkan masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.
Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah yang semakin menimbun ini terpikul di atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.
BANTU MANUSIA MENGURUSKAN WAKTUNYA

Barangkali, lantaran terkesan dengan
semua inilah, maka Imam Hasan Al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai
makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan
insan yang berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat
hidupnya.
Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.

Manusia yang telah mula dibangunkan
kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka
mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat
kelak.
Maka, dari sini Imam Hasan Al Banna menyarankan kepada pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.
"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya,"

Demikian pesanan Imam Al Banna
lagi.
Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang perlu dilakukan bagi mencapai ridha ilahi. Soalan semacam ini kerap kali hinggap di ranting pertanyaan para sahabat dan baginda sentiasa hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.
Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda bergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.
1. Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa.

2. Jika dilihatnya penanya itu seorang
yang panas baran, maka baginda menasihatkan orang itu supaya tidak
marah-marah.
Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.
[1] Wahai orang yang berselimut!

[2]
Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak
dapat tidak untuk berehat),
[3]
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4]
Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al Qur’an dengan "Tartil."
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al Qur’an yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7]
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana
sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira
bicaranya.
Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, sentiasa hidup dengan pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai ragam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia yang lebih baik.
Jadi, bagaimana mereka seharusnya bermula? Jika ada amalan di permulaan perjalanan, maka apakah amalan permulaan itu?
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Solat Tahajjud" padanya sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (QS Al-Isra' : 79)
Adakah insan yang baru merangkak dan baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Penciptanya sebagaimana yang terkandung dalam ayat-ayat Al Qur'an di atas?

Mereka perlukan masa untuk dibimbing
serta masa perlukan pembimbing yang :
a. Sabar.
b. Teguh
hati.
c. Kuat
pendirian.
d. Bijaksana.
e. Berhemah
tinggi.
f. Kental
kerohaniannya.
RINGKASKAN
AMALAN UNTUK MEMBANTU SAUDARA LAIN
Sebab itulah Imam Hasan Al Banna
menyarankan para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu
saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.
Bagi Imam Al Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.
Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang yang beramal dengan sebab apa yang diajarkan oleh kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.
Oleh kerana itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.
Mereka yang berkhalwat, beruzlah dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan hati nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Pencipta, tidak termasuk dalam jenis manusia yang mendapat pencerahan dari Allah.
Imam Hasan Al Banna adalah di antara pendakwah yang bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan masyarakat dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia- manusia yang sombong sekaligus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia-manusia yang tertindas.
BAGAIMANA CARA-CARA MEMANFAATKAN MASA KITABagi Imam Al Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.
Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang yang beramal dengan sebab apa yang diajarkan oleh kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.
Oleh kerana itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.
Mereka yang berkhalwat, beruzlah dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan hati nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Pencipta, tidak termasuk dalam jenis manusia yang mendapat pencerahan dari Allah.
Imam Hasan Al Banna adalah di antara pendakwah yang bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan masyarakat dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia- manusia yang sombong sekaligus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia-manusia yang tertindas.
a.
Patuhi jangka masa yang ditetapkan bersama orang
lain dan menentukan batas waktu yang tidak boleh dilangkahi walau apapun alasan
dan keadaan.
b.
Lengkapkan pekerjaan kita seperti yang telah
dibebankan kepada kita oleh orang lain dengan cara mempersiapkan diri dengan
baik yang akan membantu untuk mencapainya tepat pada masa, tanpa berlebihan
atau berkurangan.
c.
Pastikan bahawa hadir tepat pada waktu yang
dijanjikan untuk sesuatu pertemuan, jangan pergi sebelum atau selepasnya. Kita
hendaklah hormati tuan rumah dan menjaga maruahnya... mungkin rumah itu perlu diatur dan dipersiapkan sekiranya belum
bersedia untuk menerima tetamu.
d. Elakkan dari
perbualan di luar topik dengan orang lain kerana hal ini membuang masa,
membuatkan orang menyampah dan mendatang kebencian di hati orang lain.
e. Jangan berkeras
dengan pendapat kita kecuali jika ianya betul. Kita hendaklah bersopan dan
berlembut dalam mengutarakan pendapat, kerana ianya dapat menjaga masa kita dan
masa orang lain.
f. Sebelum kita
bercakap tentukan bila akan bercakap, apakah topik yang akan dimulakan dan bila
akan tamat. Ingatlah bahawa sebaik-baik pembicaraan ialah yang ringkas dan
padat, dan belum tentu semua yang berbicara dengan panjang lebar semestinya ia
lebih mengetahui, lebih layak dan lebih baik.
Ketahuilah
bahawa falsafah yang tidak berdasarkan wahyu Ilahi sebenarnya hanyalah fikiran
yang palsu, maka jangan memenatkan diri kita atau menyusahkan orang lain.
Benarlah kata-kata seorang ahli hikmah :
Ini bermakna bahawa masa atau waktu pada hakikatnya
hanyalah sebuah kehidupan seorang hamba. Oleh yang demikian, ia hendaklah memenuhi
hidupnya dengan tugasan yang baik yang membawanya lebih dekat kepada Allah dan
berusaha untuk menyempurnakan tugas khalifah Allah di muka bumi sehingga
dirinya dan umat dapat mengecapi kehidupan bermaruah dan berbahagia.
Jika ia mampu mencapainya, maka ia telah berjaya dan
memberi ketenangan untuknya bersama para solehin, siddiqin dan syuhada’. Mereka
adalah sebaik-baik teman.
Sayyidina Ali ra pernah berkata tentang masa :
“Masa
diciptakan untuk :
1.
Dimanfaatkan
tubuh badan.
2. Menentukan cita-cita.
3. Mendekatkan harapan.
4.
Menginginkan
keselamatan.
Barangsiapa
yang merebutnya maka ia memperolehinya dan barangsiapa yang mensia-siakannya
maka dia akan kepenatan. Wahai anak Adam, apakah yang telah diperolehi dari
masa kamu, sedangkan kamu adalah penyimpan untuk orang lain”.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami
untuk kami memanfaatkan masa yang Engkau kurniakan kepada kami untuk digunakan
di jalan dakwahMu sehingga jumlah masa yang kami korbankan untuk memenuhi
kehendakMu lebih banyak dari masa yang kami gunakan untuk keperluan peribadi
kami.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS