Dakwah
secara bahasa bererti panggilan atau seruan. Dengan makna ini, ia boleh memberi
maksud suatu usaha yang dilakukan dan boleh juga bererti kandungannya.
Di
antaranya Allah swt berfirman, “Bagi Dia-lah seruan kebenaran,” iaitu
ketika kesaksian bahwa tidak ada Tuhan selain Allah.
Termasuk
dalam perkara ini ialah ‘di’ayah’
(propaganda). Dalam sebuah hadits disebutkan, “Aku mengajarkanmu dengan
propaganda Islam,” yang dimaksudkan adalah dengan kalimah
‘Syahadah’.
Dengan
yang demikian, dakwah adalah memberi dorongan dan semangat dalam suatu urusan
atau dengan kata lain menyeru dengan mencurahkan segala kemampuan berkomunikasi
dan berpropaganda sehingga dapat difahami.
Dengan
definisi ini, dakwah adalah sinonim dengan perkataan ‘i’lan’ (promosi) dan ‘di’ayah’ (propaganda).
Namun,
sebahagian penulis kontemporari membezakan antara keduanya.
Mereka
berkata, dakwah adalah usaha yang dicurahkan untuk menyampaikan risalah.
a.
‘I’lan’ adalah usaha yang dicurahkan
untuk membela risalah.
b.
‘Di’ayah’ adalah metod untuk
mempropagandakan risalah itu dengan cara memberikan pengaruh yang kuat kepada
individu atau kelompok orang dengan memujuk mereka melalui segenap kemampuan
yang dimiliki.
Namun,
dakwah Islam sangat khusus dengan tujuan akhirnya, iaitu Allah swt dan oleh
kerana itu, ia diungkapkan dalam bentuk kalimat ‘Ad-da’wah ilalah’.
Ungkapan
ini memberikan batasan dan rujukan yang jelas bahwa dakwah Islam adalah menyeru
seluruh umat manusia dalam rangka merealisasikan penghambaan manusia yang
bersih hanya kepada Allah swt semata-mata.
Allah
swt berfirman :
“Katakanlah,
“Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku bukan termasuk
orang-orang yang musyrik.” (QS Yusuf
: 108)
KEDUDUKAN DAKWAH
Dalam
Islam, dakwah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi berdasarkan kesaksian
Al-Qur’an.
1.
Ucapannya
adalah sebaik-baik ucapan.
2.
Amal
para pelakunya direkomendasikan sebagai amal soleh.
3.
Pernyataan
berafiliasi kepada kandungannya menunjukkan akan kebanggaan dan kebesarannya.
Allah
swt berfirman :
“Siapakah
yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang berserah diri.” (QS
Fushilat : 33)
HAKIKAT
DAKWAH
Dalam situasi seruan dakwah di berbagai benua Islam yang kini diuji
dengan serangan yang amat dahsyat serta ditambah pula dengan konspirasi yang
dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap dakwah dan pendokongnya, kita dapat
melihat di sini bahawa dakwah yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin adalah dakwah Islamiyah yang tulen yang berjalan
di atas petunjuk Nabi Muhammad saw dari sudut :
a. ‘Dakwah’ (seruan).
b. ‘Islah’
(pembaikan).
c. ‘Taghyir’
(perubahan).
Justeru, dakwah ini adalah kesinambungan bagi jalan ‘asolah’ (tulen / asli)
yang telah dilalui oleh golongan terdahulu yang mendapat kemuliaan.
Dakwah ini :
1. Adalah suci
dari ketamakan dan hawa nafsu.
2. Tertegak
untuk membangun bersama ummah mengembalikan semula keagungan Islam.
3. Pasti
akan mendapat kemenangan dengan izin Allah swt.
4. Tidak
sekali-kali mampu disekat dan dihalang perjalanan dan perkembangannya oleh
musuh-musuh Allah swt.
Allah swt berfirman :
“Sedang
rancangan jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya”.
(QS Fathir
: 43)
FirmanNya lagi:
“Sesungguhnya
kami tetap membela serta mempertahankan rasul-rasul kami dan orang-orang yang
beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada
hari kiamat).” (QS Al-Mu’min : 51)
Imam Hasan Al Banna berkata di dalam Risalah “Ikhwan Di Bawah Panji Al Qur’an”:
“Wahai Ikhwanul Muslimin, bahkan wahai manusia
seluruhnya, kami :
a. Bukan parti politik sekalipun politik di atas dasar
Islam adalah merupakan intipati kepada fikrah kami.
b. Bukan pertubuhan kebajikan pembaikan sekalipun
kerja kebajikan dan pembaikan adalah merupakan tujuan kami yang utama.
c. Bukan pertubuhan riadhah (sukan) sekalipun riadhah
untuk kesihatan badan dan ruh adalah merupakan wasilah kami yang penting.
d. Bukan semua bentuk yang disebutkan itu.
Sesungguhnya semua itu mempunyai matlamat terhad
dan mempunyai tempoh yang terhad. Boleh jadi ia tidak lebih dari sekadar
pertubuhan yang hanya gah pada nama sahaja.
Tetapi kami (wahai manusia) :
1. Adalah fikrah dan aqidah.
2. Adalah nizham (sistem).
3. Adalah manhaj (metod).
4. Tidak terhad kepada tempat tertentu.
5. Tidak terikat dengan bangsa tertentu.
6. Tidak terkepung oleh sempadan-sempadan geografi.
7. Tidak akan terhenti dengan sesuatu kejayaan terhad
yang dicapai.
Sehingga Allah swt mewariskan bumi ini beserta
pendokongnya kerana ia merupakan ‘Nizham
Rabb Al-Alamin’ dan ‘Manhaj Rasul
Al-Amin”.
KARAKTERISTIK DAKWAH
Dakwah
Islam mempunyai karakteristik yang membezakannya dengan dakwah yang lain. Di
antaranya adalah:
1. Rabbaniyyah, kerana ia bersumber
dari Allah dan untuk Allah. Dia-lah pemiliknya.
Allah swt berfirman, “Hanya bagi
Allah-lah doa yang benar.” (QS Ar-Ra’d
: 14)
2. Menyeru kepada kebenaran, sementara
dakwah lainnya menyeru kepada kebatilan.
Allah swt berfirman, “Dan Allah
menghukum dengan keadilan. Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain dari
Allah tidak dapat menghukum dengan suatu apa pun.” (QS Ghafir : 20)
3. Menyeru kepada keselamatan,
sedangkan dakwah selainnya mengajak ke neraka.
Allah swt berfirman, “Wahai
kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu
menyerukan ke neraka.” (QS Ghafir : 41)
4. Bertujuan tetap, sifat ini tidak
dimiliki oleh dakwah selainnya.
Allah swt berfirman, “Katakanlah,
“Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang
yang musyrik.” (QS Yusuf : 108)
5. Mengajak kepada kehidupan, sedangkan
dakwah yang lain mengajak kepada kematian.
Allah swt berfirman, “Wahai
orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul
menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkanmu, ketahuilah bahwa sesungguhnya
Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya lah
kamu akan dikumpulkan.” (QS Al-Anfal : 24)
6. Bersifat kesejagatan, seruannya
ditujukan kepada umat manusia seluruhnya.
Allah swt berfirman, “Dan
tidaklah aku mengutusmu (Muhammad), kecuali untuk seluruh umat manusia sebagai
pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan.” (QS Saba’ : 28)
Itulah karaketristik terpenting tentang
dakwah Islam. Masih banyak lagi karakteristiknya dalam Al Qur’an dan As Sunnah
yang tidak pernah kering mata airnya dan tidak pernah habis kebaikannya.
HUKUM
BERDAKWAH
Dakwah merupakan kewajiban bagi setiap Muslim dan Muslimah sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing.
Tidak ada yang dikecualikan dalam kewajiban ini, selain mereka yang tidak termasuk mukallaf, “Katakanlah, “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku….” (QS Yusuf : 108)
Dakwah merupakan kewajiban bagi setiap Muslim dan Muslimah sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing.
Tidak ada yang dikecualikan dalam kewajiban ini, selain mereka yang tidak termasuk mukallaf, “Katakanlah, “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku….” (QS Yusuf : 108)
Yang mengikuti Rasulullah saw adalah
setiap mukmin.
Ia
bukan khusus bagi para ulama’ atau ilmuan menurut sebahagian orang, kerana ia
adalah kewajiban semua orang.
Rasulullah
saw bersabda, “Sampaikanlah olehmu dariku walau satu ayat.”
Yang
benar adalah bahwa bagi para ulama’, ada tugas tambahan di samping kewajiban
dakwah pada umumnya, iaitu menjelaskan perincian agama, hukum dan
nilai-nilainya sesuai dengan keluasan ilmu dan pengetahuan mereka tentang seluk
beluknya.
Hal
ini sesuai dengan apa yang dilakukan oleh para sahabat dan generasi berikutnya.
Allah
swt berfirman :
“Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa
keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya
kepada manusia dalam Al Kitab. Mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula)
oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati, kecuali mereka yang telah taubat,
melakukan perbaikan, dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu Aku
menerima taubatnya dan Aku-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang.” (QS Al Baqarah :
159-160)
Dakwah
secara individu dilakukan oleh orang Islam sebagai individu dalam jamaah yang
menyeru kepada Allah swt.
Allah
swt berfirman :
“Dan
hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang
beruntung.” (Ali ‘Imran : 104)
Maksud
dari ayat ini adalah agar ada segolongan dari umat ini yang menyambut kewajiban
dakwah walaupun ia wajib atas setiap individu umat ini sesuai kemampuan
masing-masing.
Rasulullah
saw bersabda :
“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia
mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak
mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR
Muslim)
Dalam
pandangan Islam, dakwah hendaklah mendahului jihad, (walau apa pun bentuk jihad
tersebut) kerana manusia tidak akan dihukum di atas tugas-tugas yang diwajibkan
kecuali setelah dakwah itu sampai kepadanya.
Allah
swt berfirman :
“Kami
tidak akan mengazab suatu kaum sebelum Kami mengutus seorang Rasul.” (QS Al-Isra’ : 15)
Penyampaian
tidak mungkin terlaksana dengan baik kecuali dengan dakwah.
Rasulullah
saw tidak pernah menyerang suatu kaum dan tidak menghukum seorang pun atas
perbuatan yang dilakukannya kecuali setelah hal itu disampaikan dan
diberitahukan.
Dalam
hadits Muaz bin Jabal ketika ia diutus oleh Rasulullah saw ke Yaman, terdapat
dalil yang sangat jelas tentang apa yang dikatakan ini.
TIANG-TIANG DAKWAH
Dakwah
Islam ditegakkan di atas empat tiang :
1.
‘Dai’ (pendakwah), iaitu Rasulullah saw dan
orang-orang beriman yang mengikutinya hingga hari kiamat.
2.
‘Da’wah’ (kandungannya), iaitu kalimah
syahadah dan perjanjian yang perlu dipenuhi. Inilah yang disebut jalan Allah.
3.
‘Mad’u’ (objek dakwah) iaitu seluruh
umat manusia, samada yang Arab mahupun yang ‘ajam, yang berkulit putih
mahupun yang berkulit merah.
Semua ini Allah swt telah himpunkan dalam satu ayat dalam
firman-Nya :
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah,
mau’izhah hasanah (pelajaran yang baik), dan bantahlah mereka dengan cara yang
baik. Sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.” (Qs An-Nahl :
125)
PERANAN
DAKWAH
Peranan dakwah ini yang paling utama
ialah seperti yang telah ditegaskan oleh Imam Hasan Al-Banna di dalam Risalah
bertajuk “Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia” :
“Memimpin
dunia dan menunjuk ajar manusia seluruhnya kepada sistem-sistem Islam,
pengajarannya yang berguna di mana ia tidak mungkin dapat membahagiakan manusia
dengan selainnya”.
Ia adalah ruh baru yang mengalir dalam
jantung hati ummah ini dan dihidupkannya dengan Al Qur’an.
Dengan
pemaparan singkat tentang definisi dakwah, kedudukan, hakikat, karakteristik,
hukum, tiang-tiang serta peranannya di atas, menjadi jelaslah apa yang
diisyaratkan oleh Imam Hasan Al-Banna bahwa Islam adalah dakwah sebagaimana ia
adalah jihad dengan segala makna yang terkandung di dalamnya. Semua
keterangan di atas membuktikan bahawa dakwah Ikhwanul Muslimin secara khususnya
adalah :
a.
Dakwah Islamiyyah yang suci.
b.
Bersifat ‘Rabbaniyyah’ (bersumber
dari wahyu Allah) pada titik bertolak dan pada matlamatnya.
c.
Berjalan mengikut panduan dan petunjuk
Rasulullah saw.
d.
Bersifat ‘Islahiyyah Syamilah’
(gerakerja pembaikan yang menyeluruh) pada manhajnya.
e.
Bersifat ‘Alamiyyah’ (kesejagatan)
yang tidak terhad pada batas-batas tertentu atau dipisah-pisahkan oleh puak dan
bangsa.
Ya Allah, jadilah kami
pendokong-pendokong dan aktivis dakwah di jalanMu yang menjunjung tinggi
kemuliaan dakwah dan seruannya serta tetap teguh berjalan di atas sunnah dan
ketetapanMu sehingga kemenangan berpihak kepada kami atau kami gugur di atas
jalan ini dalam usaha untuk mencapai keredhaanMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS