skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 7 January 2013

Naqib Nyawa Kedua Jamaah

Ditulis Oleh WAS Pada 09:50 – 1 Komen Anda
 

Naqib adalah nyawa kedua bagi sesebuah jamaah atau organisasi dakwah selepas Qiyadah kerana fungsinya sebagai :

1.      Orang yang akan mentarbiyah secara langsung.
2.      Orang yang akan melaksanakan segala strategi ‘tarbawi’ yang disusun oleh Qiyadah.

Dalam jamaah, naqib adalah satu struktur yang sangat penting dalam mengerakkan tubuh badan jamaah.

Naqib adalah jantung bagi jamaah. Sebagai jantung dalam tubuh jamaah, mereka terus menerus berdenyut serta mengepam darah dalam bentuk kehidupan, kerohanian dan pergerakan di mana dengan denyutan inilah, ia mampu menghidupkan jamaah.
Naqib juga adalah sebagai pelaksana asasi bagi berbagai proses tarbiyah, penstrukturan organisasi dan pengurusannya.
Pada masa yang sama, naqib adalah ibarat pusat sistem solar harakah di mana padanya berpusat putaran :
a.       Pengarahan Qiyadah.
b.      Perlaksanaan amal.

Pada masa yang sama pula, naqib adalah ibarat terusan asasi antara Qiyadah dan anggota jamaah kerana melalui terusan inilah :
1.      Berbagai perintah dan pengarahan turun.
2.      Berbagai berita dan cadangan naik.
Oleh itu, naqib kena :
a.       Berusaha untuk terus hidupkan dirinya terlebih dahulu dalam kerangka sunnah.
b.      Memiliki iman yang mendalam.
c.       Memahami tasawwur Islam dan gerakan.
d.      Memahami struktur Jamaah.
e.       Memahami konsep usrah dan perlaksanaannya.
f.       Ikhlas dalam amal.
g.      Mengeratkan jalinan ukhuwah.
h.      Memperbanyakkan amal fardi.
i.        Memberi qudwah yang baik dalam kesabaran, tawadhu’, pemurah, ringan tangan dan lain-lain.
Para naqib tidak boleh lupa ingatan Imam Al Ghazali seperti berikut :
“Bersantai di rumah tanpa melakukan apa-apa adalah merupakan satu kemungkaran.”
Naqib mesti sedar bahwa dirinya adalah ‘Generasi Al Qur’an Yang Unik’.
Mengapa?
Ini adalah kerana :
1.      Al Qur’an menjadi ruhnya.
2.      Al Qur’an peribadinya.
3.      Al Qur’an asas hidupnya.
4.      Al Qur’anlah yang mengubah hala tuju kehidupannya.
Inilah dia “Ma’alim fi Thariq” (petunjuk-petunjuk di perjalanan) yang akan menjadikannya peribadi yang agung jika ia berusaha untuk menterjemahkannya dan mencelupkan dirinya serta  mewarnai peribadinya dengan warna Islam.
Oleh yang demikian, ia hendaklah memperhatikan dengan penuh teliti akan perjalanan hidup dirinya di kalangan anggota jamaah yang lain terutama yang berkait dengan perkara-perkara berikut :

PERTAMA : NAQIB ADALAH QUDWAH

Sesungguhnya naqib adalah qudwah kepada aktivis dakwah yang lain.

Ia perlu memiliki perkara-perkara berikut :

a.       Tahap kerohanian yang tinggi.
b.      Pengamatan politik yang tajam.
c.       Keupayaan berdebat.
d.      Keluasan ilmu.
e.       Kelembutan seorang ayah.
f.       Keberanian seorang panglima.
g.      Pemerhatian yang mendalam.

Jika tidak, maka ia adalah seorang qudwah yang tidak sempurna.

Jika dalam keadaan tertentu, ia perlu melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan negatif kepada anggota jamaah yang lain, maka ia hendaklah melakukannya dalam keadaan yang tersorok.

KEDUA : PENDAKWAH DALAM MASYARAKATNYA

Ketika ia sudah memiliki sifat-sifat di atas, maka beliau juga perlu untuk menjadi qudwah kepada masyarakat sekelilingnya. Dengan itu ia mampu untuk mengubah arus di dalam masyarakatnya.

Pendakwah yang seumpama ini mampu untuk menggerakkan harakah dan menyampaikan harakah kepada sasaran yang ditujunya.

KETIGA : QUDWAH MENUNTUT MARTABAT YANG TINGGI

Seorang naqib hendaklah meninggalkan perkara-perkara harus yang tidak bersesuaian dengan martabat iman yang tertinggi. Tidak memadai jika ketaqwaannya sama martabatnya dengan ketaqwaan orang awam.

Di samping itu ia perlu menyesuaikan sifatnya dengan keperluan harakah seperti :

1.      Mudah bergerak ke sana ke mari.
2.      Mudah mengikuti arahan Qiyadah.
3.      Tidak memikirkan selain dari dakwah.
4.      Sentiasa mengingati akhirat.
5.      Menunaikan kewajiban organisasi.
6.      Bersedih dengan musibah yang menimpa umat Islam.

Dengan erti kata lain, kehidupan seorang naqib hendaklah sederhana dan ringkas serta dalam masa yang sama, ia juga perlu membawa aktivis dakwah yang ke arah kehidupan yang seumpama itu.

KEEMPAT : BAHAYA TERASING

Sesungguhnya pentarbiyahan seorang muslim haraki memerlukan masa yang panjang. Di dalam pembinaan tersebut :

a.       Ada yang berjaya sampai dan memenuhi syarat-syarat ‘Tauthiq Islamiyah’.
b.      Ada juga baru sampai di pertengahan jalan.
c.       Ada yang masih di peringkat awal.
d.      Ada yang baru mencuba untuk masuk.

Seorang murabbi yang mampu mengangkat aktivis dakwah yang lain ke martabat yang sepatutnya, mereka melalui ‘Rehlah Tarbawiyah’ di samping hatinya bersama mereka kemudian mereka tetap teguh.

Maka beliau adalah seorang yang :

1.      Tidak akan berasa terasing di tahapnya yang jauh di hadapan aktivis-aktivis dakwah yang lain.
2.      Tidak memandang rendah kepada aktivis dakwah yang baru yang berada di tahap sebelumnya.
3.      Sentiasa memandang kepada matlamat terakhir yang menanti di hadapannya.

Apabila ia merasa sunyi, terasing dan ingin kembali bersama-sama dengan aktivis dakwah yang lain, maka beliau sebenarnya melangkah kembali ke belakang. Ini akan melambatkan perjalanannya dan mengganggu istiqamahnya.

Usahanya untuk mengangkat aktivis dakwah lain ke martabatnya adalah kerana manusia seumpama bahan mentah yang mempunyai keupayaan dan potensi yang berbeza-beza. Kebaikan yang dikecapinya hendaklah dilimpahkan juga kepada orang lain.

‘Thabat’nya adalah kerana, apabila dia yang melakukan proses tarbiyah merasa terasing dan perasaan tersebut menuntutnya agar terus bergerak ke hadapan, maka dia akan merapatkan dirinya kepada Allah tanpa memandang ke belakang dan menolak kerehatan.

KELIMA : TABIAT TUGAS NAQIB

Seorang naqib perlu memahami tabiat tugasnya. Kefahaman ini akan didapatinya apabila beliau memahami dengan baik tabiat setiap marhalah dakwah dan fungsinya terutamanya tabiat marhalah penyebaran kefahaman dan pembinaan ‘Qaedah Sulbah’ (aktivis tulang belakang yang kukuh dan handal).

Fungsi utama usrah adalah tarbiyah, maka naqib perlulah berusaha :

a.       Agar perjumpaan usrah menjadi sesuatu yang disukai oleh aktivis dakwah yang lain di mana mereka sentiasa menunggu-nunggu tarikhnya dan mengharapkan pahala daripadanya.
b.      Agar perjumpaan usrah didisi dengan perbincangan berkenaan amal-amal dakwah yang telah dilakukan oleh anggota usrah sepanajang seminggu, perkembangan strategi dakwah setempat yang disampaikan oleh naqib, pengisian manhaj ‘thaqafi’ dan diakhiri dengan doa dari setiap akh kepada akh yang lain.

Naqib dan anggota usrah pula hendaklah tidak jemu dengan manhaj ‘thaqafi’ yang berulang kerana manhaj ‘thaqafi’ adalah suatu yang perlu dihadham dan bukannya setakat perlu dilalui sahaja.

Manhaj yang diisi di dalam usrah perlulah lebih menjurus ke arah pembinaan rohani dan perasaan tanggungjawab terhadap dakwah.

Jauhilah dari terlalu membincangkan masalah berkenaan dengan furu’-furu’ agama kerana pengisiannya boleh ditampung dengan wasilah yang lain.

Naqib perlu menyedari bahwa :

“Membekalkan pendakwah dengan ‘fiqh dakwah’ adalah kewajiban usrah dan merupakan manhaj usrah yang sebenar dan bukannya membekalkan mereka dengan ‘fiqh fuqaha’.”

Banyak dari aktiviti-aktiviti jamaah yang asasi di mana naqib menjadi pusat putaran dan penghubungnya, di antaranya :

PERTAMA : PROSES TARBIYAH

Dari satu sudut, seorang naqib mengambil contoh tauladan yang baik dari para Qiyadah dan pada masa yang sama ia juga adalah contoh tauladan bagi aktivis dakwah yang lain.

Oleh yang demikian, ia menjadi pihak yang menerima kebaikan dan sekaligus menjadi penyebar kebaikan tadi.

Sebagaimana yang kita ketahui bahwa salah satu ciri gerakan Ikhwan adalah ‘Haqiqatun Sufiyyah” (hakikat kesufian), maka para naqib merupakan asas kepada hakikat ini.

Di hadapan para qiyadah, ia adalah seorang murid yang belajar, mengambil contoh tauladan dan mempraktikkan manakala di hadapan aktivis dakwah yang lain, ia adalah seorang ‘Syeikh’ yang menjadi contoh tauladan.

Dengan yang demikian :

1.      Naqib merupakan pusat ‘Tarbiyah Sulukiyah’ (pendidikan tingkah laku).
2.      Naqib adalah penukil kepada tarbiyah ini.
3.      Naqib merupakan tali pengikat yang menyambungkan hubungan antara generasi dakwah.

Maka, dengan izin Allah, jamaah akan terbebas dari berbagai bid’ah tasawuf kerana manhajnya yang berasaskan kepada kefahaman salafi yang sederhana sudah sedia dikenali di mana hal ini telah disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna dengan begitu jelas.

Cuma, beliau meminjam istilah tasawuf dalam rangka memberikan isyarat kepada orientasi tarbiyah berasaskan akhlak yang sangat menitikberatkan penyucian jiwa dan rohani.

KEDUA : PELBAGAI AKTIVITI PENGURUSAN

Jamaah kebiasaannya mempunyai berbagai aktiviti yang menyangkut :

a.       Pengeluaran berbagai perintah dan penerapannya.
b.      Pengambilan berbagai keputusan dan perlaksanaannya.

Sebagaimana lazimnya, sebuah institusi sosial kemanusiaan mempunyai pengurusan dan anggota di mana ada ketua dan ada anak buah, ada pimpinan dan ada pengikut.

Demikian juga halnya dengan Jamaah Muslimah di mana para Qiyadah-nya bertindak sebagai para pimpinan pengurusan sementara anggota jamaah ibarat anggota sebuah lembaga yang :

1.      Menunaikan kewajiban-kewajibannya terhadap berbagai keputusan.
2.      Melaksanakan berbagai rancangan.
3.      Komited terhadap berbagai arahan.
4.      Berkewajiban menyampaikan berbagai berita, mengamati berbagai fenomena dan membuat laporan.

Termasuk dalam hal ini juga bahwa masing-masing dari Qiyadah dan anggota jamaah mempunyai berbagai hak dan kewajiban di mana setiap pihak berkewajiban melaksanakan hak-hak itu.

Dalam aktiviti pengurusan ini, perlu ada titik tumpuan dan titik koordinat yang menjadi penghubung antara pimpinan dengan anggotanya.

Titik tumpuan ini ada pada naqib yang merupakan pusat utama mengalirnya gerakan pengurusan. Ia ibarat pengikut di hadapan Qiyadah dan ibarat Imam di hadapan makmum atau dengan bahasa lain, ia adalah pimpinan dan yang dipimpin sekaligus.

Jadi, naqib adalah seorang pengikut yang taat dan pada masa yang sama ia adalah pemimpin yang mengeluarkan perintah kepada saudara-saudaranya.

KETIGA : PELBAGAI AKTIVITI ILMU PENGETAHUAN

Jamaah Muslimah sebagai gerakan salaf mengimani bahwa ilmu adalah asas amal.

Jadi, di dalam usrah terdapat pendidikan bersepadu sebagi tempat untuk mengasah wawasan. Melalui usrah, Jamaah Muslimah bersemangat untuk mengadakan pengasahan wawasan syari’ah dengan pelbagai bentuk seperti :

a.       Al-Qur’an dan melakukan kajian terhadapnya.
b.      Ilmu hadits.
c.       Kajian dasar-dasar fiqh.
d.      Prinsip-prinsip aqidah.

Selain itu, ia juga sebagai medan bagi pengasahan wawasan umum seperti :
1.      Sejarah manusia.
2.      Sejarah Islam.
3.      Pelbagai keterampilan kehidupan.

Berjalannya fungsi naqib sebagai ustaz dan mu’allim di hadapan aktivis dakwah yang lain mewajibkan ia untuk sentiasa mendapatkan bekalan-bekalan secara terus menerus dari para Qiyadah dakwah dan para pemikirnya dalam menuntut ilmu.

Dengan yang demikian, secara otomatiknya, naqib juga menjadi :

a.       Pusat dan intipati dari proses tarbiyah.
b.      Titik penyambung antara yang mengambil dan memberi.

Tanpa naqib yang ada karisma dan mempunyai kehebatan yang tinggi, usrah akan menjadi layu dan tidak bermaya. Anak-anak usrah yang di bawah akan hilang punca dari suluhan dan pencahayaannya sehingga berlarilah mereka ke sana dan ke mari, bercampur aduk antara Islam dan jahilliyah dan fungsi usrah akhirnya akan gagal dan tidak dapat melahirkan ‘amilin’ (pekerja dakwah) yang berjaya.

Ya Allah, jadikanlah kami para nuqaba’ yang benar-benar melaksanakan tugas belajar dan kemudiannya mengajar kepada orang lain sehingga kami benar-benar menjadi nyawa kedua kepada jamaah yang akan menghidupkan dan menggerakkan jamaah.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Tarbiyah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

One Response so far.

  1. dyana says:
    2 February 2013 at 21:30

    Ya Allah, jadikanlah kami para nuqaba’ yang benar-benar melaksanakan tugas belajar dan kemudiannya mengajar kepada orang lain sehingga kami benar-benar menjadi nyawa kedua kepada jamaah yang akan menghidupkan dan menggerakkan jamaah.

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Qudwah Di Jalan Dakwah
    Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam s...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
    Proses tarbiyah adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan tidak mudah kerana tarbiyah bererti: 1. Mempersiapkan manusia. 2. Membentuk d...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ▼  January (11)
      • Sunnatullah Di Jalan Dakwah
      • Simbol Ketabahan Wanita Gaza
      • Kelahiran Yang Membawa Cahaya
      • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
      • Membangun Kekuatan Gerakan Dakwah
      • Manhaj Islam Yang Moderat
      • Membangun Pejuang Kental
      • Menguasai Objek Dakwah
      • Naqib Nyawa Kedua Jamaah
      • Rijal Dakwah Idaman
      • Menelusuri Strategi Dakwah
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger