skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Wednesday, 30 October 2013

Qudwah Di Jalan Dakwah

Ditulis Oleh WAS Pada 10:03 – 0 Komen Anda
 
Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama.

Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah I'dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq. 

Setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun, beliau berpindah ke Kaherah dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Kaherah.

Beliau tamat sebagai seorang graduan Fakulti Sains Universiti Kaherah pada tahun 1942 dan pada tahun yang sama juga dilantik sebagai pegawai ramalan kaji cuaca di Kementerian Sains Mesir.

Itulah keistimewaan pendukung jamaah yang ditarbiyah oleh madrasah Imam Hassan Al Banna, iaitu dari seorang biasa menjadi seorang ilmuan dan mujahid terbilang.

BERGABUNG DENGAN IKHWANUL MUSLIMIN

Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada tahun 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah untuk melanjutkan pelajaran di sana.

Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Ketika beliau solat di masjid di kampung tempat beliau tinggal, beliau melihat salah seorang ahli jamaah mengedarkan majalah yang bernama “At-Ta’aruf” serta mendengar pengumuman akan adanya ceramah di masjid tersebut dan beliau diajak untuk menghadirinya.

Beliau lalu hadir dan mendengar salah seorang dari anggota Ikhwan berbicara tentang Islam hingga membuatnya merasa kagum di atas penyampaian tersebut dan menaikkan semangat dan cita-citanya untuk terus menghadirinya.

Di akhir ceramah, penceramah berkenaan mengumumkan tentang seorang lagi tokoh ternama iaitu Imam Hasan Al Banna yang akan menyampaikan ceramah pada hari Selasa di Al Hilmiyah.

Sekali lagi timbul perasaan di hati Ustaz Mustafa untuk menghadiri majlis berkenaan. Dikatakan bahwa disebabkan kekaguman beliau terhadap kedua-dua ceramah inilah beliau membuat keputusan untuk menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin.

Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada tahun 1936 dan sejak itu menjadi dirinya darah daging kepada jamaah. 

Beliaulah antara yang menjadi tonggak Ikhwanul Muslimin sejak menyertainya. Beliau tidak sekali-kali memisahkan diri dari jamaah walau seketikapun samada dalam susah mahupun senang. Beliau hidup dalam jamaah bersama jasad dan ruhnya samada ketika gembira ataupun duka.

Ketika semangat terbang di ruang udara jamaah, kakinya pula berjalan di kawasan-kawasan perumahan di Kaherah dan di kampung-kampungnya samada di So'id atau di sekolah-sekolah untuk menyeru kepada Allah.

Ustaz Mustafa Masyhur aktif dalam Jamaah Ikhwan Muslimin sejak penghujung tahun 30-an di mana, ketika itu beliau ditugaskan sebagai anggota Unit Khas Jamaah yang selesai dibentuk pada awal 40-an.

TAHUN-TAHUN UJIAN

Pada tahun 1948, beliau dituduh terlibat dalam satu komplot menentang kerajaan Mesir yang akhirnya dipenjara selama tiga tahun dan dibebaskan oleh mahkamah pada tahun 1951.

Beliau sekali lagi ditangkap pada tahun 1954 bersama dengan pimpinan tertinggi Ikhwan yang lain, selepas dituduh terlibat dalam percubaan untuk membunuh Presiden Mesir waktu itu, Jamal Abd Nasir. Peristiwa ini berlaku di 'Al Mansyiyyah' di mana kerajaan Mesir telah menuduh Ikhwan sebagai perancang utama dalam cubaan bunuh tersebut lalu akhirnya 6 orang di antara pimpinan tertinggi Ikhwan telah dijatuhkan hukuman mati, di antaranya Abdul Qadir Audah, Syeikh Muhammad Farghali, Yusuf Thal’at, Ibrahim At-Tayyib, Hindawi Duwair dan Mahmud Abdul Latif.

Dalam memperjuangkan amanah agama, beliau beberapa kali dipenjarakan iaitu memakan masa selama 19 tahun. Beliau dimasukkan ke dalam penjara tentera ketika berusia 33 tahun. Apabila beliau dihadapkan ke mahkamah tentera, dalam perbicaraan yang tidak sampai tiga minit, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun serta kerja berat. Beliau juga telah dikurung dalam penjara bawah tanah dan kemudiannya ditahan di penjara padang pasir.

Bukan itu sahaja, beliau bahkan juga telah dipukul ratusan ribu kali. Kedua-dua tapak kakinya dipukul dengan sebatang alat keras sehingga menyebabkan tulang di kedua-dua tapak kakinya menjadi reput dan kesan akhirnya, beliau menjadi tempang.

Walaupun menghadapi siksaan yang dahsyat, namun beliau tetap sabar dan mengharapkan ganjaran Allah swt. Tukang sebatnya tidak mendengar darinya kecuali kalimah tauhid, 'Laa Ilaha Illa Allah'.

Beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Jamal Abd Nasir. Ketika itu berlaku tribulasi yang dikenali sebagai "Mihnah Takyid" (Ujian untuk memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran untuk bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Abd Nasir; mihnah = dugaan, takyid = sokong).

Beberapa orang dari saudara mara isteri beliau menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah mereka agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi isteri beliau enggan dan berpesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan rasa jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah dalam jangka masa yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap sistem yang memenjarakannya.

Beliau dipenjarakan selama 10 tahun iaitu dari tahun 1954 hingga ke tahun 1964 dan dibebaskan selepas itu. Namun tidak berapa lama setelah dibebaskan, pada tahun 1965 beliau sekali lagi ditangkap bersama dengan Al-Syahid Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan yang lain, di mana Al-Syahid Sayyid Qutb dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Beliau sekali lagi berada dalam penjara selama enam tahun sehingga ke tahun 1971 apabila beliau dibebaskan setelah Anwar Sadat mengambil alih pemerintahan dari Jamal Abd Nasir.

Ketika itu Anwar Sadat melaksanakan proses pengampunan kepada semua tahanan politik termasuk ramai anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara dan salah seorangnya adalah  Ustaz Mustafa Masyhur.

Walaubagaimanapun, Anwar Sadat cuba menangkapnya kembali selepas beberapa ketika. Untuk menyelamatkan diri, sebelum penangkapan baru secara beramai-ramai dilakukan pada tahun 1971, beliau bersama-sama pimpinan tertinggi Ikhwan berangkat meninggalkan Mesir dan berhijrah ke Kuwait. Beliau kemudiannya menuju ke Jerman dan menetap di sana selama lima tahun.

Di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwanul Muslimin ke seluruh dunia serta berjaya mengasaskan Tanzim Antarabangsa Ikhwan pada tahun 1981.

Beliau pulang ke Mesir pada tahun 1986 dan ketika itu, Ustaz Umar At Tilmisani menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian Ustaz Umar At Tilmisani meninggal dunia dan jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Ustaz Hamid Abu An-Nasr dan Mustafa Masyhur menjadi timbalannya.

DILANTIK SEBAGAI MUSRSYIDUL AM KELIMA

Setelah Ustaz Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Ustaz Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Beliau dibai'ah sebagai Mursyidul Am secara terang, yang dikenali sebagai 'bai'ah maqabir/kubur' kerana bai'ah itu dilakukan ketika mengusung jenazah Al Marhum Ustaz Hamid ke tanah perkuburan.

Pada bulan Februari 2002, beliau sekali lagi diminta untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am bagi penggal kedua setelah mendapat kepercayaan penuh daripada kepimpinan tertinggi Ikhwan. Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh perkhidmatan Mursyidul Am dari empat tahun kepada enam tahun.

Ustaz Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia telah pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin di sana.

Beliau melaksanakan amanah memegang jawatan Mursyidul Am selama enam tahun yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaan kesihatannya yang sudah tidak mengizinkan lagi pada 29 Oktober 2002. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Ma’mun Hudhaibi.

DI PENGHUJUNG USIANYA

Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik sahaja terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali kerana beliau telah diserang kesakitan.

Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Ustaz Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan solat di tempat selain daripada masjid.

Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan solat di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan solat, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi.

Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau disahkan mengalami pendarahan otak. Beliau berada di hospital tersebut selama lebih kurang dua minggu.

Pada petang Khamis, 9 Ramadhan bersamaan 14 November 2002 beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 81 tahun.

Keesokan harinya, iaitu hari Jumaat, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyah di Madinah Nasr (Nasr City) untuk acara solat jenazah selepas solat Jumaat bagi memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan.

Jalan-jalan di sekitarnya telah menjadi sesak. Setelah jenazah disolatkan, orang ramai berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan. Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan.

Tidak ada sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mushaf Al Qur’an sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka.

Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim Shukri. Walaubagaimanapun Al Jazeera melaporkan bahawa tidak kelihatan seorang pun pemimpin kerajaan hadir ketika itu.


RENUNGAN TERHADAP SIKAP THABATNYA

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Ustaz Mustafa tetap berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kita, namun begitu, tangisan bukanlah jalan penyelesaiannya.

Ustaz Mustafa Masyhur telah meninggalkan banyak panduan melalui buku-buku beliau. Kita seharusnya boleh mengambil ‘ibrah’ (pelajaran) daripada karya-karya tersebut untuk terus menyuburkan jalan dakwah ini. Semangat kental dan ketabahan beliau perlu kita jadikan pembakar semangat agar kita terus ‘thabat’ (teguh) di jalan ini insyaAllah.

Itulah tanah Mesir, bumi kinanah, bahkan umat Islam telah kehilangan seorang ulama' Islam pada zaman ini, seorang lelaki yang sanggup memikul suka duka umat dan bendera dakwah Islamiyah sejak 60 tahun lalu dan berbilang generasi telah terdidik di tangannya melalui penulisan buku 'Fiqh Dakwah'.

Beliaulah orang yang terbaik yang mampu mengupas isu ini kerana beliau telah menghayatinya dengan sendiri sejak zaman muda lagi ketika bersama pengasas Ikhwanul Muslimin, Imam Hasan Al Banna lebih kurang 10 tahun sebelum kesyahidannya.

Sesungguhnya Ustaz Mustafa Masyhur telah menghabiskan kehidupannya dengan sejarah hidup mengikut Islam. Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dan penyiksaan namun beliau tetap teguh di atas jalan dakwah tanpa putus asa atau berpaling tadah sehingga beliau bertemu Allah swt pada hari-hari yang penuh keberkatan.

QUDWAH DI BULAN RAMADHAN

Berikut adalah wawancara khas bersama anak perempuan Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, tentang pengalaman berpuasa bersama-sama dengan ayahnya yang tercinta.

Boleh kongsikan bersama kami bagaimana beliau melatih kamu berpuasa?

Saya sudah mula berpuasa sejak usia kecil, seingat saya ketika berumur 4-5 tahun, ketika ayah masih di dalam tahanan penjara. Beliau sering menggalakkan kami dengan puasa sunat (Isnin-Khamis dan 3 hari setiap pertengahan bulan). Beliau juga memberikan nasihat dan mengikuti perkembangan setiap orang ahli keluarganya.

Bolehkah kamu ceritakan bagaimana jadual beliau bersama keluarga sepanjang Ramadhan?

Pada hakikatnya, hari-harinya pada bulan Ramadhan tidak berbeza dengan hari-hari di bulan lain dalam amalan ibadah seperti tilawah Al-Qur’an, puasa, sedekah dan qiamullail.

Qiamullail beliau semuanya sama pada setiap masa sekalipun bukan dalam bulan Ramadhan. Beliau mentarbiyah kami dengan perkara ini meskipun ada juga amalan tambahan seperti perjumpaan sebelum Maghrib untuk membaca Mathurat dan tilawah Al-Qur’an.

Kami sekeluarga akan bangun sejam setengah sebelum Subuh untuk Qiamullail dan sahur bersama-sama. Kadangkala kami akan duduk beribadah sehingga matahari terbit (Syuruq).

Apakah nilai-nilai tarbawi yang beliau tumpukan untuk ditanam dalam jiwa kamu sepanjang Ramadhan?

Banyak.

a.       Menjaga hubungan keluarga.
b.      Bersifat pemurah.
c.       Tidak membazir dalam makanan.
d.      Berasa cukup dengan pembahagian Allah swt.
e.       Beliau juga sangat menitikberatkan supaya pengisian masa yang berharga, lebih-lebih lagi dakwah semasa Ramadhan adalah satu peluang keemasan.
f.       Begitu juga sifat bertolak ansur dan berkasih sayang disemai pada bulan yang mulia ini.

Bagaimana pula jadual dakwah beliau pada bulan Ramadhan?

Beliau sangat sibuk pada bulan Ramadhan dengan perjumpaan dengan ikhwah-ikhwah samada di Kaherah ataupun di daerah-daerah lain.

Beliau sering berbuka puasa bersama ikhwah-ikhwah dan sedikit sahaja hari untuk beliau berbuka puasa bersama keluarga.

Beliau terlalu sedikit berehat dan tidak melepaskan waktu berlalu tanpa dakwah. Baginya dakwah kepada Allah swt merupakan bekalan sepanjang jalan dakwah.

Adakah beliau membiasakan amalan tertentu pada bulan Ramadhan?

Ya.

a.       Beliau sentiasa menghubungi saudara mara dan ahli keluarga pada malam pertama Ramadhan.
b.      Beliau juga selalu mengagihkan buah tamar / kurma kepada rakan dan jiran tetangga.
c.       Beliau tidak akan ketinggalan menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.
d.      Beliau juga akan solat Hari Raya Aidil Fitri di kampung halaman dan mengimami penduduk kampungnya.
e.       Selepas itu, beliau akan beramah mesra dengan mereka sambil menyampaikan mesej Islam yang syumul.

PENINGGALAN MUTIARA HIKMAH

Di antara mutiara-mutiara kalimah hikmahnya yang sentiasa segar dalam pemikiran para pendakwah selepasnya adalah seperti berikut :

PERTAMA :

“Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah swt. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan).

Rasulullah saw menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini.”

KEDUA :

“Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang kerana sesungguhnya antara yang hak dengan yang batil ada pertentangan yang nyata.

a.       Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat.
b.      Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan.
c.       Ia adalah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya.”

KETIGA :

“Wasilah dan langkah-langkah umum dalam dakwah tidak berubah, tidak bertukar ganti dan tidak melampaui tiga perkara ini :

1) ‘Imanul amiq’ (Iman yang mendalam)
2) ‘Takwin daqiq’ (Pembentukan yang rapi dan teliti)
3) ‘Amal mutawaasil’ (Usaha dan amal yang berterusan)

Dengan wasilah-wasilah inilah, amal dan usaha yang berterusan tetapi beransur-ansur mewujudkan serta membentuk individu, rumahtangga dan masyarakat yang muslim.

Dari situ dapatlah disediakan dasar dan asas Islam yang teguh dan kuat untuk menegakkan pemerintahan Islam (daulah Islam) di sebuah negara umat Islam lalu dicantumkan dengan daulah-daulah Islam di seluruh dunia untuk membangunkan daulah Islam sedunia iaitu kerajaan Islam yang merangkumi seluruh dunia Islam yang bersatu di bawah satu Khilafah Islamiah.

Ia bertanggungjawab untuk memimpin seluruh dunia, menjadi guru dunia dan mengarahkan perjalanannya demi kebahagiaan seluruh manusia dengan ayat-ayat Allah sehingga tiada lagi fitnah dan agama itu seluruhnya hanya untuk Allah.”

KEEMPAT :

“Satu dari sifat yang utama dan paling penting kepada pendokong dakwah ialah dia mesti menjadi contoh dan teladan yang baik bagi Islam yang diserukannya.

a.      Dia mesti menunaikan segala rukun Islam, mengikuti sunnah dan cara hidup Rasulullah saw.
b.      Dia menjauhi segala perkara yang syubhah dan meragukan.
c.       Dia menjauhi segala perkara yang haram.
d.      Dia sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara yang kecil atau besar.
e.       Di dalam rumahtangga, ahlinya mestilah beriltizam dengan segala ajaran Islam dan menjaga adab-adabnya.

Sesungguhnya keikhlasan pendokong dakwah dan kebulatan hatinya kerana Allah dan bagi dakwah Allah merupakan satu faktor yang sangat penting supaya dakwahnya berjaya menembusi dan menawan hati orang-orang yang diseru lantas mereka dengan senang hati menyambut baik seruan itu.

Mereka akan terpesona dengan seruannya jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak dicampur-adukkan dengan tujuan lain atau disadur dengan kepentingan duniawi.

1.      Dia bercakap untuk dakwah.
2.      Dia berjalan kerana dakwah.
3.      Hidupnya adalah untuk dakwah, kerana dakwah dan bersama dengan dakwah.”

KELIMA :

“Mutu jamaah bergantung kepada mutu ‘harakah’ (gerakan), mutu ‘harakah’ bergantung kepada mutu ‘musyarakah’ (pergaulan), mutu ‘musyarakah’ bergantung kepada mutu ‘muhawarah’ (komunikatif, saling mempunyai sikap keterbukaan) dan mutu ‘muhawarah’ bergantung kepada bagaimana mutu ukhuwahnya (persaudaraannya)‌”.

Ya Allah, berilah kami petunjuk dan kemudahan untuk kami menjalani jalan dakwah ini berpandukan fiqh dakwah yang sahih dan terang sehingga kami benar-benar dapat berjalan di atasnya sebagaimana perjalanan para salafus soleh yang diberi keberkatan olehMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen


WAS
Labels: Tokoh Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tarbiyah Menuju Kebangkitan
    Apabila kita menyebut tentang tarbiyah sebagai jalan menuju kepada sebuah kebangkitan, maka menjadi suatu keperluan untuk kita memperincik...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Tsiqah Membangun Kekuatan
    Imam Hasan Al Banna menjelaskan bahwa makna tsiqah adalah ketenangan ‘jundi’ (perajurit dakwah) terhadap ‘qiyadah’ nya dalam hal kemampuann...
  • Bekalan Pemikul Dakwah
    Dakwah Islamiyah adalah usaha atau gerakan ke arah perbaikan dan perubahan. Perbaikan dan perubahan dari : 1.       J ahiliyah kepada Is...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ▼  October (4)
      • Qudwah Di Jalan Dakwah
      • Penggabungan Meneruskan Dakwah
      • Zulhijjah Madrasah Iman
      • Langkah Membangun Peradaban
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger