Jika kita menyusuri sirah perjuangan Rasulullah saw, selama tiga belas
tahun berada di Makkah, Nabi saw hanya mengajarkan kepada manusia dua perkara
iaitu :
a.
Bagaimana mengesakan Allah swt.
b.
Bagaimana menjauhi ‘thaghut’ (sembahan selain Allah).
Apa yang dilakukan oleh Nabi saw adalah
suatu usaha pemurnian kepada tauhid.
Masyarakat Arab pada ketika itu sudahpun
mengenal Allah swt sebagai tuhan mereka. Hanya sahaja di masa yang sama mereka
menjadikan orang-orang soleh yang telah wafat di antara mereka untuk menjadi
perantara antara diri mereka dan Allah swt seperti firman Allah swt :
“Kami tidak
menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada
Allah sehampir-hampirnya.” (QS Az Zumar : 3)
Mereka membuat patung Latta, Uzza dan
Manat; pendahulu-pendahulu mereka yang soleh lainnya sebagai perantara dalam
ibadah. Selain itu mereka juga berada dalam keadaan jahiliyah dengan segala
tingkah laku yang tidak selaras dengan sifat manusia.
Dalam keadaan masyarakat yang sedemikian,
Nabi saw beruzlah (menyendiri) menuju gua Hira’. Di sanalah wahyu pertama
diturunkan. Ketika perintah untuk menyebarkan ajaran Islam itu hadir, maka yang
pertama kali didakwahkan adalah masalah konsep tauhid.
Syeikh Safiur Rahman Al-Mubarakfuri menjelaskan peristiwa turunnya wahyu kedua ini dengan perbahasan berikut :
Syeikh Safiur Rahman Al-Mubarakfuri menjelaskan peristiwa turunnya wahyu kedua ini dengan perbahasan berikut :
“Jadi perkara-perkara yang terangkum dalam surah Al-Muddatstsir ayat 1-7
meliputi :
1) Tauhid.
2) Iman kepada Hari Akhirat.
3) Membersihkan jiwa dengan cara mejauhi kemungkaran
dan kekejian yang kadang-kadang mengakibatkan munculnya perkara-perkara yang
kurang menyenangkan.
4) Mencari keutamaan, kesempurnaan dan
perbuatan-perbuatan yang baik.
5) Menyerahkan semua urusan hanya kepada Allah swt.
6) Semua itu dilakukan setelah beriman kepada risalah
Muhammad, bernaung di bawah kepemimpinan dan bimbingan baginda yang lurus.”
Jelaslah kepada kita bahwa
noktah-noktah yang disebutkan di atas adalah noktah-noktah yang berkaitan
dengan :
a.
Kerohanian.
b.
Konsep ketuhanan.
c.
Iman.
d.
Hati.
Tidak ada satu pun noktah-noktah
tentang bagaimana hendak mengatur urusan kewangan, keamanan dan politik. Fasa
Makkah hanya mendakwahkan kesucian, penyembahan dan tata cara beribadah.
Setelah melakukan ekspedisi-ekspedisi
hijrah ke beberapa negara, sampailah pada sebuah keputusan untuk menjadikan ‘Yatsrib’
(Madinah) sebagai wilayah yang akan menjadi asas Islam.
Sebelum itu, Mush'ab bin Umair telah terlebih
dahulu menyeru Islam di Yatsrib dan memberitahukan mereka akan adanya seorang nabi yang diutus
kepada mereka. Maka, Yatsrib menjadi wilayah yang tepat untuk menjadi asas.
Setelah sampai di Yatsrib, Nabi saw yang
dahulunya hanya membahas masalah iman dan tauhid, telah mengambil langkah-langkah
atau polisi-polisi kemasyarakatan dan kenegaraan.
Langkah pertama adalah membangun masjid
Nabawi sebagai asas kenegaraan. Masjid digunakan sebagai :
1.
Tempat solat.
2.
Tempat pengajaran.
3.
Pusat untuk menyelesaikan masalah.
4.
Bangunan parlimen.
5.
Tempat mengatur pemerintahan.
Polisi berikutnya adalah
mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Anshar walaupun sebelum itu, berlaku
konflik antara kaum Aus dan Khazraj sejak sekian lama.
Dari mempersaudarakan sesama muslim,
Nabi saw mula menggariskan butir-butir perjanjian Islam.
Butir-butir perjanjian ini sangat
menarik untuk disimak kerana ianya tidak membahas sedikitpun masalah aqidah kerana
aqidah dianggap sudah jelas tertanam dan terhunjam di dalam jiwa manusia. Enam
belas noktah perjanjian itu membahas masalah kehidupan bermasyarakat.
Pada tahap ini Nabi saw telah menjadi
pemimpin Islam bukan lagi sebagai pemimpin kerohanian melainkan telah berubah
menjadi pemimpin masyarakat Islam dalam semua tatacara kehidupan berbangsa dan
negara.
Tidak cukup dengan itu, Nabi saw telah merangka
sebuah gagasan besar yakni membangun hubungan kenegaraan dengan orang-orang Yahudi.
Hubungan perjanjian ini dikenali dengan Piagam Madinah (Shahifatul Madinah).
Piagam Madinah ini juga tidak membahas aqidah secara khusus.
Noktah penting dalam perbahasan
mengenai kepemimpinan adalah bahwa semua perselisihan akan dikembalikan kepada
Allah swt dan Muhammad saw.
Hijrah Nabi Muhammad saw tidak hanya
mengajarkan kita bagaimana strategi Nabi saw dalam mengamankan agama Islam
dengan “berpindah” dari Makkah dan penguasaan kafir Quraisy menuju
Yatsrib yang telah didahului oleh ekspedisi pengislaman oleh Mus’ab bin Umair,
tetapi juga mengajarkan proses transformasi dari konsep kerohanian keagamaan
menuju tatacara praktikal kepemimpinan.
Hijrah pada tahap ini menunjukkan bahwa
transformasi dari kebenaran aqidah mestilah
berimplikasi kepada tatacara pengendalian masyarakat.
Hijrah juga memberikan keterangan yang jelas untuk membantah bahwa agama adalah masalah hubungan dengan Tuhan semata-mata sedangkan masalah dunia adalah urusan yang terpisah.
Hijrah juga memberikan keterangan yang jelas untuk membantah bahwa agama adalah masalah hubungan dengan Tuhan semata-mata sedangkan masalah dunia adalah urusan yang terpisah.
Konsep sekular ini dinafikan secara jelas dalam peristiwa ini. Mengubah
nama Yatsrib menjadi Madinah juga membawa cita rasa daerah Islam.
Perkataan “Madinah” menurut al-Attas adalah pembentukan dari rangkai kata
‘Diin’
(Dal-Ya'-Nuun). Oleh yang demikian, wilayah kekuasaan tersebut adalah berasaskan
diin (agama) serta jauh dari pemikiran sekular.
Ibnu Taimiyah memberikan sebuah
keterangan bahwa Islam ditegakkan dengan dua perkara iaitu :
a.
Al-Qur’an.
b.
Pedang.
Jika umat ini tidak dapat diluruskan
dengan Al-Qur’an maka ianya hendaklah diluruskan dengan pedang.
Pedang bukanlah simbol dari peperangan
melainkan sebuah kekuasaan negara. Sebahagian hukum syariat Islam memerlukan
kekuasaan agar hukum tersebut dapat dilaksanakan.
Untuk mempertahankan Islam dan
wilayahnya, Islam juga memerlukan seorang pemimpin negara. Oleh kerana itulah
Islam, kepemimpinan dan negara tidak dapat dipisahkan.
Para tokoh Islam seharusnya mempelajari
fasa sejarah ini. Janganlah mereka hanya menjadi :
1.
Ustaz dan pendakwah yang duduk di atas kerusi-kerusi ceramah semata-mata.
2.
Pemimpin kerohanian umat Islam yang mengajarkan aqidah yang benar dan
ibadah yang sahih hanya kepada Allah semata-mata.
3.
Tokoh sufi yang mengajarkan amalan-amalan hati kepada manusia.
Bahkan mereka perlu melangkah pada
tahap yang berikutnya iaitu membangun masyarakat sambil tetap memperbaiki dan
mentarbiyah masyarakat di bidang aqidah, ibadah dan akhlak.
Para tokoh Islam perlu membangun kedudukan
mereka masing-masing dan tidak hanya pada masalah kerohanian tetapi juga pada
masalah kesejahteraan umum.
Rasulullah saw mengajarkan bahwa dalam
butir perjanjiannya dengan umat Islam, hak-hak ekonomi dan kemerdekaan
masyarakat tetap diakui.
“Orang mu’min tidak boleh meninggalkan seseorang yang menanggung bebanan
hidup di antara sesama mereka dan memberinya dengan cara yang ma’ruf dalam
membayar tebusan atau membebaskan tawanan”.
Orang yang paling lemah juga diakui.
“Jaminan Allah adalah satu. Orang yang paling lemah di antara mereka pun
berhak mendapat perlindungan.”
Pemimpin Islam perlu memimpin gerakan
Islam yang melaksanakan aplikasi bukan hanya terbatas kepada konsep-konsep
teologi dan peribadatan.
Islam mesti mampu menjawab tentangan
kehidupan dengan memberikan kepada ulama’-ulama’ mereka ruang untuk memimpin
masyarakat atau paling tidak orang-orang yang berkomitmen kepada Islam agar
mampu membimbing masyarakat kepada Islam yang menyeluruh dan mencakupi aspek
kehidupan samada sosial, ekonomi, politik, budaya, kemananan dan lain-lain.
Masjid-masjid adalah ruang diskusi
kenegaraan serta menjadi pusat mengatur urusan umat sebagaimana Rasulullah saw
menjadikan masjid sebagai parlimen dan gedung pemerintahan.
Rasulullah saw biasa bersyura dengan
para sahabatnya untuk menyelesaikan urusan umat dan kenegaraan di masjid.
Ulama’ adalah pewaris nabi. Akibatnya
adalah bahwa para ulama’ mesti menjadi pemimpin gerakan Islam dalam rangka
mewujudkan Islam yang memberi rahmat ke seluruh alam.
Islam tidak hanya terhenti pada amalan
peribadi semata-mata tetapi ia hendakalah menuju puncaknya sebagai rahmat kepada
seluruh alam.
Dalam kaitan ini, Imam Hasan Al-Banna telah
memberi suatu kefahaman yang jelas terhadap usaha dan amal dakwah ini yang
berakhir dengan Islam sebagai guru kepada alam semesta ini (Ustaziyyatul-'Alam)
serta tidak lagi terhenti kepada amalan-amalan peribadi. Mereka perlu menjadi
pemimpin kerohanian dan sekaligus pemimpin negara sebagaimana yang dicontohkan
oleh Nabi saw dan Khulafa' Ar Rasyidiin.
Sesungguhnya
beliau sangat-sangat mengambil berat dalam masalah amal sehingga beliau
menjadikannya satu rukun dari rukun bai’ah yang sepuluh. Ketika beliau
membincangkan wasilah-wasilah umum, beliau berkata bahwa ianya tidak boleh lari
dari tiga perkara :
a.
‘Imanul Aamiq’ (Iman yang mendalam).
b.
‘Takwin Ad Daqiq’ (Pembentukan yang teliti).
c.
‘Amal Al Mutawaasil’ (Amal yang berterusan).
Beliau
telah menyebut di tempat yang lain tentang keistimewaan dakwah Ikhwanul
Muslimin iaitu melebihkan sudut amal dari propaganda dan iklan kerana bimbang
riya` akan meresapi amal-amal ini dan merosakkannya.
Beliau
juga telah menjelaskan nilai kemampuan amal dan kedudukannya seraya berkata :
“Ramai orang mudah berkhayal, tetapi tidak semua khayalan yang bermain
di benak pemikirannya itu mampu untuk digambarkan melalui percakapan lisan.
Ramai orang mampu untuk mengungkapkan perkataan tetapi sedikit dari mereka
mampu memikul bebanan jihad dan amal yang berat, sehingga para mujahidin dari
kalangan Ansar yang terdiri dari orang-orang pilihan pun kadang-kadang tersilap
memilih jalan dan tidak dapat mengenai sasaran kalaulah tidak diselamatkan oleh
rahmat Allah swt.”
Dari
sini kita dapat memahami bahwa wujud keadaan umum yang berbeza antara individu
di sudut kemampuan amal yang mereka curahkan untuk dakwah. Keadaan ini
kedang-kadang membawa kepada ketidakseimbangan. Oleh itu mereka hendaklah memerhatikan
butiran-butiran berikut :
1)
Mestilah sentiasa memperseimbangkan di antara amal Islami dengan kerja-kerja
mencari nafkah kehidupan, tuntutan keluarga dan rumah.
2)
Seseorang muslim dituntut untuk beramal di medan dakwah.
3)
Dalam masa yang sama dia menghubungkannya dengan kerja-kerja keduniaan yang
lain seperti pekerjaannya atau pun perniagaannya.
4)
Islam menggalakkannya sentiasa bekerja dalam kedua-dua bidang di samping
menjaga tertib (aulawiyyat) kepentingan, dengan mendahulukan kepentingan
dakwah kemudian diikuti secara langsung dengan kepentingan sumber rezeki dalam
kehidupan.
5)
Islam menjadikan amal untuk dunia sebagai ibadat sekiranya disertakan dengan
niat yang betul, ibadat tidak terbatas dalam amal dakwah semata-mata.
6)
Al-Akh muslim sentiasa menjadikan amalnya, kehidupan dan seluruh urusannya
terikat kuat dengan dakwah dan kepentingannya.
7)
Kami tegaskan bahawa Islam menggalakkan seseorang muslim mencari rezeki yang
halal. Islam tidak menerima orang muslim yang menjadi bebanan kepada orang
lain.
8)
Oleh itu kita melihat Imam Hasan Al Banna menyebut bahawa di antara ciri-ciri
individu muslim yang dikehendaki ialah mampu untuk bekerja. Dia sangat zuhud
dalam jawatannya dan mengaggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit dan
sangat suka kerja bebas yang produktif.
9)
Bersungguh-sungguh menegakkan agensi-agensi ekonomi adalah sebahagian dari
kegiatan Ikhwan bagi membantu harakah Islamiah dan membina ekonomi masyarakat
jauh dari kuman-kuman riba dan semua mu’amalah yang haram.
10)
Apabila terdapat mukmin yang memahami agamanya, didapati bersamanya tanpa
ragu-ragu lagi seluruh wasilah kejayaan. Menjadi perkara biasa baginya
menggunakan setiap tenaga, ilmu, seluruh harta, masa dalam amal yang berfaedah
untuk deen, dakwah dan dunianya.
Sejarah
dakwah terdahulu tidaklah jauh dari kita dan Imam Hasan Al Banna telah membahagikan
amal agar tercapainya matlamat yang besar kepada beberapa peringkat iaitu :
a.
Individu.
b.
Keluarga.
c.
Masyarakat.
d.
Kerajaan
selepas dibebaskan tanah air.
e.
Daulah.
f.
Khilafah.
g.
Guru
atau pelopor kepada dunia.
Era kontemporari ini telah menunjukkan usaha dan amal Islami
yang sedemikian dengan wujudnya kelompok-kelompok yang bekerja dalam masyarakat
Islam.
Organisasi seumpama Ikhwanul Muslimin telah mencapai satu peringkat di mana
Islam tidak lagi dilihat hanya bertumpu kepada masalah kerohanian dan
keyakinan, tapi ianya menjadi suatu yang dipraktikkan sebagai sebuah tatacara kehidupan
dan kenegaraan.
Kita hanya tinggal menunggu waktu di mana negara-negara di dunia ini mengambil
tatacara dan peraturan hukum Islam dalam kehidupan masyarakat dan negara mereka
di samping para ulama’ mereka bergerak bersama ke arah itu sehingga berlakulah
satu transformasi menyeluruh dari sekadar perhatian kepada kerohanian umat
kepada sebuah pemerintahan negara yang bersepadu yang hanya tunduk dan patuh
kepada syariat Allah swt.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami yakin dan berusaha
bagi menegak dan melaksanakan syariatMu di mukabumi ini sehingga ianya membuka
pintu-pintu khazanah dan rezeki yang melimpah ruah kepada penduduknya.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS