skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Saturday, 9 November 2013

Kesetiaan Dengan Janji

Ditulis Oleh WAS Pada 06:48 – 0 Komen Anda
 
Betapa cepatnya satu tahun hijriyah telah berlalu dengan hari-hari dan bulan-bulannya!!!

Bagaimana ia berlalu begitu cepat?

Bukankah baru semalam kita menyambutnya, hari ini kita berhadapan dengannya kembali, adakah keberkatan waktu telah hilang sementara kita tidak merasakannya?

Telah berlalu satu tahun penuh dari umur kita dan ia berlalu dengan membawa detik-detiknya, minit-minitnya, jam-jamnya dan hari-harinya.

Ia berlalu :

a.       Seakan-akan hanya satu bulan sahaja.
b.      Dengan pahit dan manisnya, gembira dan sedihnya, suka dukanya dan kelazatan serta penderitaannya.

Ramai orang :

1.      Telah bermain-main di dalamnya.
2.      Yang terlena oleh kelazatan berbagai syahwat yang ada di dalamnya.

Sementara itu ada pula orang-orang soleh yang telah berbuat baik di dalamnya dan banyak pula para ‘amilin’ yang ikhlas dalam amalnya. Masing-masing kelompok ini nantinya akan melihat miliknya sendiri pada hari kiamat sebagaimana firman Allah swt :

“Dan bahwa manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya yang paling sempurna.” (QS An-Najm : 39-41)

Satu tahun telah berlalu dengan seluruh isyarat penyedaran dan peringatan yang terkandung di dalamnya.

Ada lembaran-lembaran penilaian, di mana setiap hari kita merobek-robeknya.

Ada isyarat penyedaran yang berupa :

a.       Detakan-detakan jam yang berkata kepada kita, “Sesungguhnya kehidupan itu adalah kumpulan minit dan detik”.
b.      Bulan sabit di awal bulan, lalu tumbuh sempurna menjadi purnama, disusuli dengan keadaannya yang mengecil membentuk bulan sabit kembali sehingga akhirnya hilang.
c.       Pergantian berbagai musim dengan seluruh variasinya. Di dalamnya terdapat banyak ‘ibrah’ bagi yang ingin mengambil pelajaran.

Semua isyarat penyedaran ini berkata kepada kita :

“Amal soleh apakah yang sudah kita perbuat dalam tahun kita yang kita simpan untuk kepentingan hari perjumpaan (kiamat) nanti?”

Kekasih kita, Nabi Muhammad saw mengingatkan kita untuk melakukan ‘waqfah’ (perenungan) di hadapan Allah swt :

“Kaki Anak Adam tidaklah bergeser pada hari Kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima perkara; tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia pergunakan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia infakkan dan tentang apa yang telah dia lakukan dengan ilmunya.” (HR Tirmizi)

Allah swt akan bertanya kepada kita pada hari Mahsyar tentang umur kita!

Adakah umur itu kita habiskan untuk berkhidmat kepada agama-Nya? Ataukah kita habiskan untuk santai-santai, lalai dan perdebatan yang tiada guna?

Allah swt akan bertanya kepada kita tentang dakwah kita!

Adakah kita termasuk para aktivis dan penyeru kepadanya? Ataukah kita termasuk ‘musyakkikin’ (orang-orang yang menanamkan keraguan) kepada dakwah dan ‘tha’inin’ (tukang mencela) para qiyadah-nya?

Allah swt akan bertanya kepada kita tentang fizikal kita!

Adakah kita habiskan untuk taat, ibadah dan bergerak membawa agama-Nya? Ataukah kita habiskan dalam ‘lahwun’ (perkara-perkara kelalaian yang tiada guna) dan ‘la’ib’ (permainan)?

Satu tahun penuh telah berlalu dan berapa banyakkah perbuatan yang telah kita lupakan?

Namun, di sisi Allah swt semuanya tersimpan pada lembaran-lembaran amal bagaikan aset yang tidak musnah dan esok, semuanya akan ditunjukkan dan diserahkan kepada kita secara utuh.

“Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan).” (QS Al-Baqarah : 281)

RENUNGAN TERHADAP DIRI KITA

Perpisahan diri kita dengan tahun hijriyah 1434 dan masuknya kita ke gerbang tahun hijriyah baru 1435 menuntut kita melakukan perenungan, di mana seorang Rijalud dakwah perlu melakukan perenungan terhadap dirinya sendiri dengan perenungan yang serius dan sejujurnya.

Ini adalah kerana kejujuran inilah yang akan membawa pada keselamatan dan hendaklah seorang Rijalud dakwah memulakan ‘muhasabatun nafs’ (mengaudit diri sendiri) sebelum kita dihisab oleh Allah di hari akhirat nanti.

Sepatah kalimat Hasan Al-Bashri perlu kita renungkan :

“Wahai Ibnu Adam, setiap pagi atau petang engkau mencari keuntungan, maka, hendaklah kerisauan-mu tertuju kepada dirimu sendiri, kerana, engkau tidak akan mendapatkan keuntungan yang seperti dirimu sendiri itu selamanya.”

Ibnul Qayyim berkata :

“Muhasabah adalah seorang hamba membezakan mana perkara-perkara yang menguntungkannya dan mana pula perkara-perkara yang merugikannya, lalu ia mempertahankan perkara-perkara yang menguntungkan dan menutup perkara-perkara yang merugikan, kerana ia akan melakukan perjalanan yang tidak akan kembali lagi”.

Ini adalah perenungan di mana kita menjawab banyak pertanyaan seperti berikut :

1.      Bagaimana kita menghabiskan tahun lalu kita?
2.      Dalam perkara apakah kita pergunakan waktu-waktu kita?
3.      Bagaimanakah hubungan antara kita dengan Tuhan kita?
4.      Adakah kita melaksanakan kewajiban-kewajiban-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya?
5.      Adakah kita telah bertaqwa kepada Allah swt dalam urusan rumah dan masyarakat kita?
6.      Adakah kita telah ‘muraqabatullah’ (merasa diawasi Allah swt) dalam setiap amal dan urusan kita?
7.      Adakah kita telah ikhlas dalam seluruh amal kita?
8.      Adakah kita telah berfikir untuk bersungguh-sungguh dalam seluruh gerakerja kita?
9.      Adakah kita telah meninggikan panji umat kita?
10.  Apa yang telah kita berikan untuk agama ini?
11.  Berapa banyak kita telah berikan waktu kita untuknya?
12.  Berapa ramai orang yang kita cintai kerana Allah dan kerana dakwah-Nya?
13.  Adakah kita telah membela dakwah dan ‘qiyadah’ kita ataukah kita malah menjadi pembantu kepada media dan orang lain yang merendah-rendahkan dakwah dan keupayaan ‘qiyadah’ kita?
14.  Adakah amal, ucapan dan tulisan kita telah ‘indhibath’ dengan ‘dhawabith’ dakwah?
15.  Berapa kali kita menolong saudara-saudara kita yang dizalimi di muka bumi dan juga mereka yang dipenjara secara zalim dan berdasarkan kepalsuan?
16.  Berapa banyak kita komitmen melaksanakan solat secara berjamaah di masjid?
17.  Berapa helaian dari kitabullah yang kita baca dan tadabbur?
18.  Berapa kali kita mengkhatamkan Al-Qur’an pada setiap bulannya? Ataukah kita tidak membacanya kecuali pada bulan Ramadhan?! Adakah sepanjang tahun lalu ada bahagian dari Al-Qur’an yang kita hafal?

Apakah kerisauan kita di dunia ini :

a.       Hanya sebatas pada sesuap nasi yang kita makan?
b.      Hanya seteguk air yang kita minum?
c.       Hanya pakaian yang kita pakai atau kedudukan yang kita cari atau jawatan yang kita banggakan?
d.      Hanyalah menghabiskan waktu dalam ‘lahwun’, samada diperbolehkan ataupun yang tidak diperbolehkan?
e.       Hanya urusan-urusan tinggi dan darjat yang mulia?

Adakah kita termasuk orang yang :

1.      Mengatakan sesuatu yang tidak kita lakukan?
2.      Termasuk orang yang menjadikan dirinya sebagai contoh tauladan?

Apakah semua yang kita lakukan bermaksud untuk :

a.       Allah swt dan hari akhirat?
b.      Citra, imej dan mengejar pujian manusia?

Ini adalah beberapa renungan dalam rangka melakukan pembetulan terhadap berbagai perjalanan bagi melakukan perubahan terhadap jalan yang ditempuh, memperbaiki niat, memperbaharui janji dan mengasah cita-cita.

KEPADA ALLAH KITA SEMUA KEMBALI

Umur seseorang memiliki dua hujung iaitu hujung hari kelahirannya dan hujung hari meninggalnya.
Setiap kali satu tahun berlalu, seseorang itu semakin menjauh dari hari kelahirannya serta semakin mendekat kepada hari kembalinya dia kepada Tuhannya.

Semenjak seseorang dilahirkan ke dunia, semenjak itu pula ia mulai menghancurkan umurnya dan mengurangkan ajalnya. Demikianlah keadaan umur kita.

Inilah kalimah yang diucapkan oleh Hasan Al-Bashri :

“Wahai manusia, engkau tidak lain adalah kumpulan hari-hari, setiap kali ada satu hari berlalu, bererti sebahagian dari dirimu berlalu pula.”

Hari-hari itu pasti akan kembali kepada Allah swt, berdiri di hadapan-Nya, menghadapi hisab dan pertanyaan. Lalu, apakah daya dan kekuatan kita pada hari itu?

Oleh kerana itulah Ibnu Umar ra menasihati kita dan berkata :

“Jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu pagi dan jika engkau berada di waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang dan optimumkan masa sihatmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum matimu.”

Jika engkau terkena futur dan kelemahan serta jiwamu merasa berat untuk taat kepada Allah swt, maka ingatlah suatu hari di mana engkau berdiri di hadapan Allah swt dan di hari itu, tidak ada sesuatu yang bermanfaat bagimu selain amal soleh dan ingatlah wasiat Fudhail bin Iyadh :

“Berbuat baiklah pada sisa umurmu, niscaya yang telah lalu darimu akan diampuni, kerana, jika engkau berbuat buruk pada sisa umurmu, niscaya yang telah lalu darimu dan yang tersisa akan dicatat sebagai dosa, padahal, amal itu tergantung kepada akhirnya.”

Ibnu Rajab berkata :

“Wahai orang yang bergembira atas berlalunya tahun demi tahun, padahal, ia sedang bergembira atas berkurangnya umurnya”.

Seorang salaf pernah berkata :

“Bagaimana seseorang bergembira di dunia ini terhadap hari-harinya yang menghancurkan bulannya, dan bulannya menghancurkan tahunnya dan tahunnya menghancurkan umurnya? Bagaimana mungkin seseorang bergembira sementara umurnya menuntunnya kepada ajalnya dan hidupnya menuntunnya kepada kematiannya?!”

Ibnul Qayyim berkata :

“Tahun itu ibarat pohon, bulan sebagai dahannya, hari sebagai rantingnya, jam sebagai daunnya dan nafas sebagai buahnya, maka, siapa sahaja yang nafasnya dipergunakan dalam taat kepada Allah, maka buah dari pohon itu akan menjadi baik, dan siapa sahaja yang nafasnya dipergunakan dalam maksiat, maka buahnya akan menjadi buruk. Hasil dari buah itu akan dipetik pada hari kiamat, dan saat hari tuaian berlaku, buah yang manis atau pahit akan menjadi jelas.”

PELUANG-PELUANG YANG TELAH BERLALU

Dalam satu tahun ada 1,700 peluang kewajiban solat berjamaah yang sama dengan 6,018 rakaat di samping peluang 5,300 rakaat sunnat rawatib dan witir.

1.      Berapa banyak peluang di atas yang kita lakukan secara berjamaah?
2.      Berapa kali kita solat berada di barisan pertama?
3.      Berapa besar tingkatan kekhusyu’an kita dalam solat-solat itu?
4.      Adakah semua peluang di atas mendekatkan kita kepada Allah swt?

Ada peluang 92 hari untuk kita berpuasa Isnin dan Khamis, 30 hari peluang berpuasa ‘ayyamul bidh’, 1 hari puasa hari Arafah dan 1 hari Asyura.

a.       Berapa hari kita telah isi peluang-peluang itu dengan berpuasa?
b.      Berapa banyak kita telah memanfaatkan kelebihannya?

Ingatlah bahwa kekasih kita, Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh musim”. (HR Bukhari)

Ada peluang 12 kali khatam Al-Qur’an.

1.      Adakah kita telah menyempurnakannya?
2.      Adakah kita melakukan tadabbur terhadapnya?

Sedangkan satu kali khatam sama dengan 305 juta kebaikan!

Ada peluang 130,000 sedekah wajib yang dapat kita pergunakan kerana Rasulullah saw bersabda :

“Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya sedekah dan setiap hari terbitnya matahari di mana seseorang mendamaikan antara manusia maka terhitung sebagai sedekah.” (HR Bukhari)

Adakah kita telah menunaikan dan memenuhinya atau mengusahakan semaksimum mungkin atau mendekati maksimum?

Ada peluang 50 ‘liqa’ tarbawi’ yang dengan liqa’ ini kita akan dapat merealisasikan prinsip :

“Mari berkumpul untuk beriman sesaat.”

Ada 350 hari di mana kita dapat melakukan ‘da’wah ilallah’, melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, sementara kekasih kita, iaitu Rasulullah saw menjelaskan keutamaannya kepada kita :

“Siapa yang menyeru kepada hidayah, maka untuknya pahala hidayah itu dan pahala orang-orang yang mengamalkannya sampai hari kiamat”. (HR Muslim)

Baginda saw juga bersabda :

“Sungguh, jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang laki-laki kerana kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada dunia dengan segala isinya.” (HR Ibnu Mubarak)

Ada peluang 50 minggu di mana kita dapat merealisasikan silaturahim dan mengunjungi kerabat, ‘birrul walidain’, mengunjungi orang sakit dan memenuhi berbagai hajat kaum muslimin.

Berapa banyak kita :

a.       Dapat melaksanakan amal-amal ini?
b.      Lakukan secara ikhlas kerana Allah dan tidak bercampur dengan nafsu syahwat atau bersaing dengan orang lain atau mengejar kemasyhuran atau gegap gempitanya media atau hanya sekadar ikut-ikutan kepada ‘sufaha’ (orang-orang yang bodoh dan tidak memperhitungkan akhirat)?

Kemudian, cuba kita lihat amal yang sudah kita lakukan, berapa besar ukurannya dan berapa berat timbangannya serta berapa kuat pengaruhnya?

Bandingkan antara kebaikan dan keburukan kita?

Lalu cuba lihat, berapa banyak kebaikan yang kita tinggalkan dan berapa banyak pula yang kita dapatkan?

Ingatlah kepada ucapan Ibnu Mas’ud ra :

“Saya tidak pernah menyesali sesuatu yang seperti penyesalanku kepada suatu hari di mana matahari terbenam yang menjadi petanda ajalku berkurang sementara amalku tidak bertambah.”

INGAT JANJI KITA

Wahai Rijalud dakwah, di tahun baru hijriah ini, marilah kita ingatkan kembali akan janji kita kepada Allah!

Bukankah kita telah berjanji untuk turut beramal bersama dakwah dalam rangka membela syariat-Nya serta berdakwah kepada-Nya?

Bukankah kita telah berjanji setia kepada Allah untuk mendengar dan taat dalam mentaati Allah, Rasul-Nya serta jihad di jalan-Nya dengan bergabung dalam dakwah samada :

a.       Dalam keadaan bersemangat mahupun malas.
b.      Dalam keadaan mudah mahupun sukar.

Bukankah kita telah berjanji kepada Allah untuk berpegang teguh kepada ajaran Islam dan berjihad di jalan-Nya serta berjanji untuk mendengar dan taat kepada pimpinan sekuat kemampuan yang ada :
1.      Dalam keadaan suka mahupun tidak suka.
2.      Dalam perkara yang bukan maksiat.

Ingatlah janji setia kita itu dan kemudian hisablah diri kita.

Apakah kita sudah berusaha menjadi Rijalud dakwah yang sesungguhnya?

Iaitu Rijal yang :

a.       Memahami dan meyakini fikrah Islam yang murni.
b.      Sentiasa ikhlas.
c.       Selalu meniatkan ucapan, perbuatan dan jihadnya untuk Allah.
d.      Mencari ridha dan mengharap pahala-Nya.
e.       Tidak memandang kepada kekayaan, kemegahan, kehormatan atau gelaran kebesaran.

Apakah kita sudah berusaha keras untuk :

1.      Mempersiapkan diri untuk beramal?
2.      Memperbaiki diri?
3.      Membina rumah tangga?
4.      Membimbing masyarakat?
5.      Membebaskan tanah air dari pengaruh kekuatan asing?
6.      Memperbaiki pemerintahan sehingga benar-benar Islamik?
7.      Mengembalikan kewujudan umat Islam di persada antarabangsa dengan mengembalikan khilafah dan persatuan umat?
8.      Menebarkan dakwah ke seluruh penjuru bumi?

Bagaimanakah :

a.       Gelora jihad di hati kita?
b.      Ketabahan kita untuk sentiasa beramal dan berjihad bagi mencapai tujuan?

Apakah :

1.      Kita masih bersedia melintasi waktu, tahun demi tahun dan terus dalam keadaan seperti itu hingga kita bertemu Allah?
2.      Masih ada pengaruh fahaman lain dalam fikrah kita, padahal fikrah Islam kita merupakan fikrah yang paling mulia, lengkap dan tinggi?

Sudahkah rasa persaudaraan terjalin erat di antara kita?

Di mana ruh dan hati kita diikat dengan aqidah?

Masih terpeliharakah kepercayaan kita kepada kepimpinan dengan sepenuhnya akan kemampuan dan keikhlasannya, sehingga membuahkan kecintaan, penghargaan, penghormatan dan ketaatan?

Wahai Rijalud dakwah, apakah kita sudah berusaha keras membentuk diri menjadi batu bata yang kukuh bagi bangunan dakwah, yakni dengan menjalankan kewajiban-kewajiban sebagai seorang Rijalud dakwah?

Cuba kita ingati semula syiar kita.

“Kesetiaan untuk janji kita, Menyumbang untuk dakwah kita”

“Allah tujuan kita; Rasulullah tauladan kita; Al-Qur’an pedoman hidup kita; Jihad adalah jalan juang kita; Mati di jalan Allah adalah cita-cita kita yang tertinggi.”

Wahai Rijalud dakwah!

Apakah dua rangkaikata dan lima kalimat di atas sentiasa terpatri dalam pemikiran kita dan kemudiannya menjadi suatu keyakinan yang membuahkan amal, ataukah ianya hanya sebatas menjadi senandung di bibir kita?

Wahai Rijalud dakwah!

Seperti apakah karakteristik fikrah kita?

Di manakah :

a.       “Al-Bisathah” (kesederhanaan)?
b.      “At-Tilaawah” (membaca)?
c.       “As-Shalaatu” (solat)?
d.      “Al-Jundiyyah” (keperajuritan)?
e.       “Al-Khuluq” (akhlak)?

Apakah semua itu ada dalam gerakerja dan langkah kita sehari-hari?

Jangan malas!

Ayuh kita berusaha keras menjadi Rijalud dakwah sesungguhnya. Jika tidak, maka barisan orang-orang yang malas masih terbuka lebar untuk kita.

Wahai Rijalud dakwah, jika kita bersungguh-sungguh, kita akan meraih kemuliaan dan kemenangan di dunia, syurga dan ridha Allah di akhirat. Kita akan menjadi sebahagian dari mujahid dakwah.

Jika kita berpaling dan tidak bersungguh-sungguh, maka tidak ada hubungan antara kita dengan dakwah, meskipun kita sentiasa hadir di arena dakwah dengan gelaran paling hebat dan berpenampilan paling memikat, Allah akan menghisab keengganan kita!

Marilah kita renung kembali Risalah Ta’alim yang ditulis oleh Imam Hasan Al Banna untuk para mujahidin dari kalangan Ikhwanul Muslimin, yang meyakini keluhuran dakwahnya dan kemurniaan fikrahnya serta memiliki tekad tulus untuk hidup bersamanya atau mati kerana memperjuangkannya.

Risalah tersebut bukanlah pelajaran-pelajaran yang hanya dihafal semata-mata tetapi ia merupakan arahan-arahan atau taklimat-taklimat yang mesti dilaksanakan.

Oleh yang demikian, marilah kita bekerja dan tempatkanlah diri kita sebaik-baiknya. Mohonlah kepada Allah petunjuk dan pertolongan-Nya.

“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.”

Wahai Rijalud dakwah, ingatlah janji setia kita!

Ya Allah, jadikanlah kami mereka-mereka yang berjanji setia kepadaMu dan melaksanakan janji tersebut. Kurniakanlah kepada kami salah satu dari dua kebaikan samada mencapai matlamat atau berakhir dengan mati syahid.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS  
Labels: Renungan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Qudwah Di Jalan Dakwah
    Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam s...
  • Seni Menciptakan Manusia
    Gerakan dakwah adalah diumpamakan seperti para pendaki gunung. Apabila kita sudah sampai pada suatu ketinggian, jika kita melihat ke punc...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (5)
      • Nasyid Perjuangan 6
      • Menjelmakan Makna Tarbawi
      • Nasyid Perjuangan 5
      • Kesetiaan Dengan Janji
      • Transformasi Kerohanian Kepada Negara
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger