Tarbiyah merupakan proses mempersiapkan seseorang
dengan persiapan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya yang meliputi :
a. Ruhani.
b. Jasmani.
c. Akal.
d. Pemikiran.
Demikian juga ia merangkumi :
1. Segenap
kehidupan duniawinya.
2. Segenap
aspek hubungan dan kemaslahatan yang mengikatnya.
3. Segenap
aspek hubungan dengan kehidupan akhirat.
4. Segala
amalan yang dihisab oleh Allah yang membuatkan Allah ridha atau murka.
Oleh sebab itu ia bersifat bersepadu dan
komprehensif dan itulah yang membezakan antara sistem Islam dengan sistem atau
peraturan mana sekalipun.
Ia mencakupi seluruh aspek kehidupan dengan
cakupannya yang terperinci.
Sistem pentarbiyahan merupakan kegiatan yang
benar-benar memiliki :
a. Tujuan.
b. Sasaran.
c. Matlamat.
Allah swt adalah ‘Murabbi’ (pendidik) yang
mutlak kerana Dialah :
1. Pencipta
fitrah.
2. Pemberi
bakat.
3. Pengajar.
4. Pembimbing.
Oleh itu sistem pentarbiyahan menuntut kewujudan
program bertahap melalui peningkatan kegiatan pentarbiyahan dan pengajaran
selaras dengan urutan yang sistematik yang akan membawa mutarabbi dari satu
perkembangan kepada perkembangan yang lain.
Peranan seorang murabbi mestilah sesuai dengan
tujuan Allah swt menciptakannya atau dengan kata lain, seorang murabbi mestilah
mengikuti syariat Allah swt.
Rasulullah saw bersabda :
“Tidak
ada sesuatu yang paling disesali oleh para penghuni syurga kecuali atas satu
saat yang pernah mereka lalui di dunia yang tidak mereka gunakan untuk
mengingati Allah di dalamnya.” (HR Thabrani)
Marilah kita berjalan menuju syurga. Jika ianya
terasa lambat maka hendaklah kita berlari…iaitu berlari mengejar bidadari
syurga.
Inilah yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi saw,
Anas bin An-Nadhar yang mara ke hadapan di medan pertempuran Uhud padahal
ketika itu pasukan Islam sedang mundur lalu datanglah Saad bin Muaz
mendekatinya.
Maka Anas bin An-Nadhar berkata :
“Wahai
Sa’ad bin Muaz, Demi Allah, Rabbnya Ka’bah, sungguh aku mencium wangian syurga
itu dari arah Uhud.”
Anas bin Malik bercerita :
“Kami
dapati tubuh Anas bin An-Nadhar terluka lebih dari 80 tempat terkena pedang,
tombak atau lontaran anak panah. Kami dapati dia telah gugur dan disayat-sayat
oleh pasukan kafir. Tidak seorangpun di antara kami yang mengenalinya selain
dari saudara perempuannya yang masih dapat mengenal jari-jarinya.”
Subhanallah…Allahu Akbar!
Peristiwa yang sama juga dihadapi oleh
saudara-saudara kita di Syria yang sedang menghadapi kezaliman “Mulkan
Jabriyyan” (pemerintah yang memaksakan kehendak) mereka yang tidak syari’e
terhadap rakyatnya.
Adakah kita masih boleh berdiam diri?
Ayuh! tegakkan tempat duduk kita kerana kita akan
bergegas menuju peranan tertinggi kita iaitu murabbi kerana kemuncak peranan
para aktivis dakwah adalah menjadi murabbi yang dirindui oleh para bidadari.
Maka, wahai para aktivis dakwah! Bersiap sedialah!
Ayuh kita mulakan perjalanan ini untuk mengejar bidadari.
“Berangkatlah
kamu baik dalam keadan merasa ringan mahupun berat dan berjihadlah kamu dengan
harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu
jika kamu mengetahui.” (QS At Taubah : 41)
PERANAN
ASASI MURABBI
Untuk kita berlari, kita memerlukan tenaga dan
stamina yang tinggi. Walaupun nampak mudah dan ringan, marilah kita mulai
langkah kita dari :
a. Apa
yang kita ada.
b. Apa
yang paling dekat.
c. Apa
yang paling kecil.
Namun, langkah kita itu penuh keberanian bagi
memenuhi keperluan zaman serta berani pula menghadapi segenap halangan dan
tentangan.
Sambil berperanan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab tertentu, janganlah pula kita lupa akan peranan asasi murabbi di
antaranya :
PERTAMA
: MURABBI SEBAGAI SYEIKH
Peranan ini dilaksanakan dengan memberi :
1. Masukan-masukan
kerohanian.
2. Tarbiyah
ruhiyah yang menggugah.
3. Inspirasi
dengan ruh “ta’abbudi” (penghambaan kepada Allah).
Ia membangunkan kekuatan ruhiyah dengan ibadah.
Meskipun kemungkinan ia tidak memiliki kekuatan
kata-kata yang mampu menarik manusia, insyaAllah ia akan dibantu dengan
kekuatan ibadahnya.
Yakinlah :
“Sesiapa
yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan
pendirian kamu.”
KEDUA
: MURABBI SEBAGAI GURU
Ia memainkan peranan sebagai guru yang mampu :
1. Menghadirkan
wawasan-wawasan baru untuk maju.
2. Menjelaskan
gagasan kehidupan yang benar.
3. Merentangkan
jalan kehidupan dengan cara pandang keilmuan dan ‘bashirah ilahiyah’ (pandangan
berdasarkan petunjuk rabbani).
“Janganlah
kamu ikuti sesuatu yang tidak ada pengetahuan di dalamnya.” (QS Al Isra’ : 36)
KETIGA
: MURABBI SEBAGAI PERIBADI AYAH
Ia menjadikan mutarabbinya sebagai sahabat melalui
usaha pendampingan dan pelayanan sepenuh hati.
Ia memainkan peranan sebagai ayah :
a. Yang
mengambil peduli dan bersikap empati.
b. Yang
memberi perhatian kepada proses
pertumbuhan peribadi.
c. Yang
merasa bertanggungjawab meneliti tahap demi tahap sang buah hatinya.
d. Yang
mendewasakan pemikiran dalam menjejaki ke tingkatan yang lebih tinggi.
KEEMPAT
: MURABBI SEBAGAI KETUA KOMANDAN
Ia bersiap sedia untuk :
1. Berperanan
sebagai kepimpinan yang ikhlas.
2. Membunyikan
gendang perang.
3. Menggerakkan
potensi pejuang.
4. Menggugah
langkah agar tetap gagah.
5. Menyalurkan
semangat kepada jalan perjuangan dengan penuh keyakinan.
6. Bergerak
rancak dan tegas dalam meraih puncak amal.
Begitulah peribadi asasi seorang murabbi dari zaman
dahulu hingga sekarang di mana ciri-ciri asas ini tidak boleh hilang meskipun
fasa dakwah terus berkembang.
Medan peranan asasi murabbi menjadi semakin luas
sehingga diperlukan suatu kefahaman yang lebih jelas, boleh dilaksanakan serta
mengakar umbi ke dalam jantung masyarakat.
Sebagai membuktikan kebahagiaan terindah yang
dirasakan di jalan dakwah, para murabbi lampau pernah berkata :
“Kami
berada dalam kenikmatan dan sekiranya para raja mengetahui kenikmatan yang kami
rasakan, niscaya mereka akan merebutnya dengan pedang-pedang mereka.”
MURABBI
MENJADI KEINGINAN UMAT
Rasulullah saw bersabda :
“Setiap
umat memiliki orang kepercayaan dan orang kepercayaan umat ini ialah Abu
Ubaidah Al Jarrah.”
Siapakah Abu Ubaidah Al Jarrah?
Dia adalah ahli syurga atau secara tepatnya adalah
salah seorang sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga.
Ia adalah sahabat pilihan dan kepercayaan Nabi yang
dididik secara langsung oleh Rasulullah saw. Dari rumah Al Arqam bin Abil Arqam
dia memulakan perjuangan dakwah di Makkah.
Banyak pelajaran besar dapat kita kutip dari sejarah
besar dan jiwa besarnya.
Di antara kata-katanya yang masyhur adalah :
“Dan
siapakah di antara kamu baik dia berkulit merah atau berkulit hitam yang lebih
taqwa dariku, hatiku ingin sekali berada dalam bimbingannya.”
Murabbi adalah sebuah obsesi maka marilah kita
mainkan peranan dan jayakan kehidupan ini bagi meraih syurga Allah.
Mengapa ianya sebuah obsesi?
Ini adalah kerana murabbi :
a. Berperanan
sebagai pencetus semangat diri.
b. Sentiasa
berfikir dan memberi sumbangan.
c. Menemukan
daya kebangkitan umat.
d. Menaikkan
darjat kita di sisi Allah.
Hari ini, ia adalah sebuah keinginan dan hari esok
adalah kenyataan yang akan berlaku.
Ini bersesuaian dengan anjuran Rasulullah saw dalam
doa kita :
“Apabila
kamu meminta, mintalah syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus.”
Keinginan demi keinginan tidak boleh berhenti.
Berobsesi untuk masa akan datang bukan bermakna mengacau-ngacau suasana masa
silam bahkan kita perlu :
1. Menjejak
sejarah untuk melaksanakan perjuangan.
2. Mengelola
zaman keemasan menjadi keunggulan.
Semangat inilah yang ditanam oleh para murabbi
lampau dengan kata-kata mereka :
“Kami
mengajar anak-anak kami dengan peperangan di masa Nabi sebagaimana kami
mengajarkan hafalan ayat-ayat Al Qur’an.”
Murabbi sentiasa mengambil mutiara pengalaman
sebagai kekayaan kerana :
“Sesungguhnya
ia adalah kemuliaan nenek moyang kamu, maka janganlah kamu melupakannya.”
Sejarah mengajarkan nilai dan ketinggian waktu.
Ramai aktivis dakwah rindukan :
a. Halaqah
tarbawi penuh pengisian.
b. Halaqah
yang menanamkan sikap kepahlawanan.
c. Halaqah
yang membuatkan hati menggeletar.
d. Halaqah
yang membuatkan keringat dingin bercucuran menitik.
e. Dakapan
ukhuwah yang hangat.
f. Taujihat
yang menggugah.
g. Perhatian
yang penuh teliti.
h. Ziarah
kubur yang menyentuh jiwa.
i.
Mukhayyam yang menggelorakan iman.
Mungkinkah semua ini akan berlaku kembali di zaman
ini?
Sesungguhnya ia boleh berlalu bersama zaman, namun
kenangan manisnya tidak akan hilang kerana :
1. Setiap
fasa ada tuntutannya masing-masing.
2. Setiap
zaman ada aktivisnya yang berbeza-beza.
Kini zamannya berbeza, murabbinya juga berbeza
manakala mutarabbinya memiliki aneka selera.
Oleh yang demikian, diperlukan ketangkasan bertindak
dalam menghadapi perubahan dan perkembangan baru sebagaimana :
a. Semangat
Muhammad Al Fateh yang menyatukan potensi untuk meraih tujuan suci.
b. Keteguhan
Solahuddin Al Ayyubi yang memilih pasukan tenteranya berdasarkan kualiti ibadah
mereka.
Kunci kejayaan di zaman ini ada dua :
PERTAMA
: MEMBENTUK KARAKTER YANG KUAT
KEDUA
: MENJADI PELAJAR YANG SEJATI
Kedua-dua perkara tersebut dapat diperolehi dengan
dakwah :
1. Dengan
penuh hikmah.
2. Pengajaran
yang baik.
3. Perdebatan
yang lebih baik.
Hikmah yang paling kuat adalah jawaban dengan
keteladanan kerana ia lebih sahih dari perkataan.
Kitalah sebenarnya yang membuatkan diri kita
istimewa.
VISI
SEORANG MURABBI
Visi dibangunkan untuk menetapkan perjalanan agar
tidak terperosok dalam keburukan yang memberi kesan pada :
a. Kekusutan
wajah.
b. Kekeluan
lidah.
c. Kegelapan
hati.
d. Tertutupnya
potensi.
Ia adalah cara untuk menjejaki peta kehidupan kita
yang sebenarnya dengan memainkan peranan sebagai murabbi pilihan dan guru
teladan. Kuncinya adalah mengembalikan ruh tarbiyah dalam dakwah.
Ada beberapa perkara penting yang boleh menceritakan
sifat murabbi pilihan.
PERTAMA
:
Menjadi murabbi yang dinanti dan dicintai serta
menjadi guru yang dirindui selalu.
KEDUA
:
Kuat menghadapi deraan masaalah. Walauapapun yang
berlaku, sentiasa ada kekuatan yang memberi inspirasi kerana dengan wujudnya
masaalah, ia menjadi kesempatan untuk bangkit dan menyelesaikannya serta
memperbaiki langkah.
KETIGA
:
Sentiasa optimis untuk dapat keluar dari kungkungan
masalah dengan memperkuatkan “Tarbiyah Zaatiah” (pendidikan
diri).
KEEMPAT
:
Menemui cara yang bijak agar tidak terjatuh ke dalam
kesalahan yang sama dua kali apalagi berkali-kali. Kegagalan yang sebenar bukan
pada saat kita jatuh, namun pada saat kita menolak untuk bangkit kembali.
KELIMA
:
Yakin dan penuh percaya diri akan datangnya
pertolongan Allah sebagaimana nasihat Sufyan bin Uyainah :
“Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan
memperbaiki hubunagnnya dengan manusia.”
KEENAM :
Membangun jiwa yang gagah, tidak manja, tidak
pengecut dan tidak lari dari tanggungjawab.
Marilah kita tatapi sebuah taujih ruhiyah yang
menggugah dari seorang ulama’, pendakwah, pemikir dan mantan ‘Muraqib
Aam’ IM Syria yang telah berhijrah ke Negara Jerman iaitu Syeikh Isham Al
Athar dalam sebuah karya monumentalnya “Azhmah Ruhiyah” (Krisis Ruhiyah) di
mana beliau berkata :
“Apabila
hati seorang Muslim kosong dari iman, maka akan hilang pula pengaruhnya. Islam
akan lenyap dari kehidupannya. Pada akhirnya tiada lagi amal yang dapat
dipersembahkan untukNya. Laksana sebatang pohon yang kering akarnya, habis
sumber kehidupan dan pertumbuhannya dan rapuh asas pijakannya. Akhirnya, ia
layu dan mati. Berubahlah menjadi kayu bakar kering yang tidak lagi dapat dimanfaatkan
kecuali untuk bahan bakar.
Apabila
cahaya iman telah mulai redup di hati, hubungan dengan Rabbnya mulai lemah dan
tali ikatannya mulai kendur, mulailah jiwanya cenderung kepada harta dunia
dengan wujud cinta dan kesungguhan untuk meraihnya.
Ketika
itu, layulah pohon Islam pada kehidupannya dan jadilah sebuah patung yang tidak
bergerak. Tiada kehangatan di dalamnya dan tiada pula ruh dan semangat. Ia
kembali dengan darjat terendah yang tidak mampu bangkit kembali dan tidak lagi
mempunyai pengukur nilai yang layak untuk mengukurnya….”
KITALAH
MURABBI PILIHAN
Tanda bahaya yang perlu sentiasa kita berwaspada
adalah apabila kita merasa puas dengan apa yang ada dan tidak mahu berjuang
untuk menjadi yang lebih baik lagi, padahal kita mampu.
Kita juga perlu mengenali semua potensi yang ada dan
menguruskannya menjadi karya-karya besar.
Hayatilah setiap peranan untuk meraih
tujuan yang lebih mulia.
Kitalah
murabbi….
Jika memiliki potensi tinggi untuk menjadi seorang
pemimpin yang handal dan memiliki bahkan meluangkan waktu untuk itu.
Kitalah
murabbi….
Jika memiliki impian besar untuk menjadi seorang
pemimpin besar.
Kitalah
murabbi….
Jika berani menghadapi setiap risiko dan berani
bertanggungjawab atas setiap keputusan yang diambil.
Kitalah
murabbi….
Jika mampu menjadi contoh teladan bagi orang lain
dan mampu menggerakkan, menginspirasikan dan mengelola orang lain.
Kitalah
murabbi….
Jika kita mampu menceritakan setiap gagasan dan
pemikiran terhadap orang lain baik dengan keteladanan dan lisan serta mampu menuangkannya dalam bentuk tulisan.
Wahai
Murabbi!
Sudahkah kita merasakan dan memiliki ketenangan di
saat memikul amanah?
Ini adalah kerana tugas kita adalah menghadirkan
ketenangan bagi masyarakat di sekeliling kita kerana salah satu kayu pengukur
kemenangan dakwah adalah ketika orang merasakan ada ketenangan dan harapan yang
kuat ketika mereka dekat dengan kita di samping harapan yang kuat untuk
melakukan yang terbaik.
Inilah sebaik-baik kesibukan bagi para murabbi iaitu
kesibukan yang :
1. Melahirkan
kesungguhan untuk menekuni pekerjaan dan menjejaki peranan.
2. Membina
keperibadian.
3. Meningkatkan
semangat.
4. Menyalurkan
inspirasi yang menggugah jiwa umat.
Inilah sebenarnya ruh murabbi iaitu ruh memberi dan
ia bukanlah sekadar memberi namun :
a. Memberikan
yang terbaik.
b. Menyampaikan.
c. Mengajarkan.
d. Mewariskan
keteladanan amal.
e. Menunjukkan
kepeloporan.
Ia bertepatan dengan firman Allah swt :
“Jadilah
kamu generasi rabbani kerana kamu sentiasa mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan
kamu selalu mempelajarinya.” (QS Ali Imran : 79)
Ya Allah, jadikanlah kami murabbi-murabbi pilihan
untuk melaksanakan usaha mentarbiyah umat sehingga mereka menjadi tiang-tiang
yang kukuh bagi mempertahankan agamaMu dan meninggikan kalimahMu serta merintis
jalan ke syurgaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS