Jika kita menyorot kembali perlaksanaan puasa di zaman
para sahabat Nabi saw dan salafus soleh, niscaya kita akan mendapati bahwa betapa besar perbezaan antara puasa kita
dengan puasa mereka, generasi awal Islam.
Generasi awal Islam berlumba-lumba untuk :
Generasi awal Islam berlumba-lumba untuk :
1.
Meraih
ketinggian nilainya.
2.
Berkumpul
dalam naungannya.
3.
Mengerahkan
segenap kekuatan fizikal dan jiwa untuk mengisinya.
Siang hari mereka penuh dengan kesungguhan,
produktiviti dan profesional manakala malam hari mereka adalah malam-malam
untuk meraih bekalan ruhani, tahajjud dan tilawatul Qur'an.
Sebulan penuh mereka belajar, beribadah dan berbuat baik.
Sebulan penuh mereka belajar, beribadah dan berbuat baik.
a.
Lisan
mereka berpuasa, jauh dari perkataan yang tidak ada manfaatnya, apalagi
kata-kata yang kasar, kotor dan dusta.
kata-kata yang kasar, kotor dan dusta.
b.
Telinga
mereka berpuasa, tidak mendengar kenyataan-kenyataan yang sesat, negatif
dan sia-sia.
dan sia-sia.
c.
Mata
mereka berpuasa, tidak melihat perkara yang diharamkan oleh Allah swt dan
perbuatan yang tidak senonoh.
perbuatan yang tidak senonoh.
d.
Hati
mereka berpuasa, tidak terdetik untuk melakukan kesalahan atau dosa.
e.
Tangan
mereka berpuasa, tidak digunakan untuk mengambil yang tidak halal dan
tidak menyakiti orang lain.
tidak menyakiti orang lain.
Berbeza dengan kita di zaman kini.
Di antara mereka ada yang menjadikan Ramadhan sebagai musim taat kepada Allah swt dan melipatgandakan kebaikan.
1.
Mereka
berpuasa pada siang harinya dengan sebaik-baiknya. Mereka qiyam di bulanDi antara mereka ada yang menjadikan Ramadhan sebagai musim taat kepada Allah swt dan melipatgandakan kebaikan.
Ramadhan (solat tarawih dan tahajjud) dengan sebaik-baiknya.
2.
Mereka
bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang diberikan dan mereka tidak
lupa saudara-saudara mereka yang lemah dan tidak beruntung.
lupa saudara-saudara mereka yang lemah dan tidak beruntung.
3.
Mereka
berusaha meneladani Nabi saw sebagai manusia yang paling dermawan dan paling
banyak berbuat baik dalam bulan Ramadhan laksana angin yang tertiup.
Kelompok lain adalah kelompok yang tidak pernah tahu
dan sedar akan kebaikan Ramadhan.
a.
Mereka
tidak merasakan manfaat dari bulan Ramadhan.
b.
Mereka
tidak peduli dengan puasa dan qiyam.
c.
Mereka
tidak tahu dan tidak mahu tahu keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.
Padahal Allah swt menghidangkan Ramadhan bagi hati dan
ruh sekaligus sedangkan mereka malah menjadikan Ramadhan untuk memperturutkan
syahwat perut dan mata (tidur) semata-mata.
Allah swt menjadikan Ramadhan sebagai usaha menyemai sikap kasih sayang dan kesabaran namun, mereka menjadikannya sebagai arena untuk nafsu amarah dan mengumpat.
Allah swt menjadikan Ramadhan sebagai kenderaan untuk meraih sakinah (ketenangan dan keteduhan) tetapi mereka malah menjadikannya sebagai bulan pertengkaran dan perselisihan.
Allah swt menjadikan Ramadhan sebagai momentum untuk perubahan diri, namun mereka hanya merubah jadual makan semata-mata.
Allah swt menghadirkan Ramadhan untuk menggugah si kaya agar timbul rasa peduli terhadap mereka yang tidak berpunya. Namun mereka menjadikannya sebagai ruang untuk memperbanyakkan makan dan minum dengan aneka ragamnya.
Ramadhan yang agung, dahulu ia pernah datang kepada kaum yang :
Allah swt menjadikan Ramadhan sebagai usaha menyemai sikap kasih sayang dan kesabaran namun, mereka menjadikannya sebagai arena untuk nafsu amarah dan mengumpat.
Allah swt menjadikan Ramadhan sebagai kenderaan untuk meraih sakinah (ketenangan dan keteduhan) tetapi mereka malah menjadikannya sebagai bulan pertengkaran dan perselisihan.
Allah swt menjadikan Ramadhan sebagai momentum untuk perubahan diri, namun mereka hanya merubah jadual makan semata-mata.
Allah swt menghadirkan Ramadhan untuk menggugah si kaya agar timbul rasa peduli terhadap mereka yang tidak berpunya. Namun mereka menjadikannya sebagai ruang untuk memperbanyakkan makan dan minum dengan aneka ragamnya.
Ramadhan yang agung, dahulu ia pernah datang kepada kaum yang :
1.
Melakukan persiapan maksimum
untuk menyambutnya.
2.
Sangat memahami rahsia bulan
suci itu.
3.
Sangat mengenali
keistimewaannya.
Mereka
menantinya dan sentiasa berjaga untuk mendapatkannya, menyertainya dengan solat,
puasa, membaca Al-Qur’an dan melakukan banyak lagi ibadah yang lain.
Mereka berdoa
enam bulan sebelumnya agar diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan, demi
mendapatkan keberkatan dan keutamaannya, lalu berdoa enam bulan kemudian agar apa
yang mereka lakukan bersama Ramadhan, semuanya diterima oleh Allah swt.
Mereka berdoa
:
“Ya Allah, selamatkan kami hingga Ramadhan,
selamatkan pula Ramadhan untuk kami, dan terimalah ia dari kami.”
Dahulu, ia
datang kepada kaum yang :
a.
Berjaga di malam hari demi berinteraksi
bersamanya di setiap detiknya.
b.
Merasakan dahaga di siang
harinya.
c.
Memahami bahwa Ramadhan adalah
hari-hari yang tidak dapat digantikan, lalu memberikan apa sahaja yang berharga
dan bernilai yang mereka miliki.
Mereka sangat
memahami firman Allah swt : “(iaitu)
beberapa hari tertentu.”
Itulah hari-hari
yang berbilang dan hari-hari yang terbatas, maka mereka ingin agar tidak
kehilangan sedikit pun dari hari-hari tersebut serta terasa Ramadhan benar-benar
menatap mereka, sedangkan di antara mereka ada yang :
1.
Menangis.
2.
Tenggelam dalam rasa takut
mereka kepada Allah swt.
3.
Mendirikan solat serta lupa
dari kehidupan dunia.
4.
Sujud, meninggalkan dunia
dibelakang punggungnya.
5.
Berdoa dan bermunajat serta
menggantungkan seluruh harapaan mereka hanya kepada Allah swt.
Kita membaca
dalam sirah mereka bahwa di sana ada :
a.
Seorang alim bernama Ibnu
Syarahil yang kerana sujudnya kepada Allah begitu lama hingga tanah memakan
keningnya.
b.
Shafwan bin Salim yang berdiri
melakukan solat malam hingga kedua kakinya bengkak serta urat-uratnya ternampak
seperti membiru.
c.
Abdullah bin Zubair yang solat
disekitar Ka’bah serta tidak merasakan batu-batu yang berjatuhan di sekitarnya
yang dilemparkan oleh orang-orang kafir.
d.
Umar bin Al Khattab yang sentiasa
menangis ketika solat hingga di kedua belah pipinya terlihat garis hitam oleh kerana
airmata yang sentiasa menitis.
Mereka begitu
serius dengan Al-Qur’an seperti :
1.
Utsman bin Affan yang
mengkhatamkannya setiap hari selama Ramadhan.
2.
Qatadah yang mengkhatamkannya setiap
tiga hari sekali.
3.
Imam Malik, Imam Syafi’e dan
Imam Ahmad yang sengaja menghentikan segala aktiviti mereka agar dapat menambah
konsentrasi penuh mereka dengan Al-Qur’an.
Mereka begitu :
a.
Menikmati solat malamnya.
b.
Berkomunikasi dengan
Penciptanya.
c.
Meresapi tilawah Qur’annya.
Tiba-tiba ia menangis dan kemudian tidak sedarkan
diri selepas itu.
Sungguh benar firman Allah swt yang memuji
mereka :
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan
mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta
mereka menafkahkan harta apa-apa rezeki yang Kami berikan. Tidak seorang pun
mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan
bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.”(QS As Sajdah : 16-17)
Namun zaman
kini,
1.
Ramadhan datang kepada kita
yang tahu kemuliaannya tapi tidak banyak melakukan apa-apa.
2.
Mungkin Ramadhan menatap kita
dengan tatapan kosong.
3.
Tidak ada aktiviti di waktu
malam kecuali hanya senda gurau, berhibur dan menebar canda tawa.
Mungkin :
a.
Ramadhan melihat kita hanya
sekumpulan orang dungu yang meninggalkan solat dan hanya asyik menghabiskan
waktu dengan saluran-saluran televisyen yang tidak memberi manfaat.
b.
Ramadhan hanya menatap kita
sebagai sekumpulan orang-orang yang malas yang merasa telah mengeluarkan segenap
kesungguhannya seusai menunaikan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat dalam
beberapa minit dan setelah itu pergi dengan penuh rasa bangga seolah-olah telah
melaksanakan dan menunaikan hak untuk ibadahnya dan terbebas dari kewajiban
Allah kepadanya.
Mungkin kita perlu
meminta maaf kepada Ramadhan kerana hati kita barangkali telah berubah menjadi
keras dan membatu serta mata kita kering dari airmata.
Kita mungkin
tidak dapat sepenuhnya merasakan :
1.
Manisnya ketaatan.
2.
Indahnya ibadah.
3.
Nikmatnya munajat-munajat di malam-malam
Ramadhan.
Ramadhan
mungkin belum menemui apa yang seharusnya ia temukan pada diri kita padahal
menurut orang-orang yang telah ditemui oleh Ramadhan di zaman dahulu, bahwa
Ramadhan adalah bulan bertemunya dua jenis jihad iaitu :
a.
Jihad di waktu siang dengan
berpuasa.
b.
Jihad di waktu malam dengan
memperbanyakkan solat malam dan tilawah Al Qur’an.
Imam Ibnul
Jauzi telah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam nasihatnya :
“Siapa yang mengumpulkan dua jihad ini serta melakukan
keduanya dengan penuh sabar, pahalanya akan diberikan tanpa hisab.”
Hal yang sama
juga telah disampaikan oleh Ka’ab :
“Pada hari kiamat akan terdengar seruan, ‘Sesungguhnya
setiap orang yang menanam akan diberikan apa yang ditanamnya disertai tambahan,
hanya sahaja para ahli Al-Qur’an dan puasa diberikan pahala mereka tanpa batas
dan tanpa perhitungan.”
Sekali lagi,
mungkin kita perlu meminta maaf kepada Ramadhan kerana ia belum menemukan dalam
diri kita sesuatu yang sesungguhnya ia harapkan dari kehadirannya bersama kita
sepertimana di saat ia pernah hadir di tengah-tengah manusia yang
memperlakukannya dengan sangat istimewa serta tidak tunduk dan terpedaya oleh
musuh.
Ramadhan
hadir di tengah-tengah mereka di mana bumi yang dipijak sentiasa terdengar azan
serta syiar Ramadhan sentiasa diagungkan dan ditinggikan.
Hari ini kita
telah berada di penghujung Sya’ban iaitu bulan yang tidak ada lagi jarak dengan
bulan yang sangat istimewa milik umat Muhammad saw, iaitu Ramadhan.
Dia berdiri
bak pintu gerbang menuju taman yang sangat indah sehingga sebahagian ulama’
mengistilahkan bulan ini sebagai bulan persiapan menyambut Ramadhan.
Ibnu Rajab
rahimahullah berkata :
“Menurut mereka iaitu para ulama’ bahwa bulan Sya’ban
ibarat latihan untuk menghadapi puasa Ramadhan, agar seseorang tidak terbeban
dengan puasanya ketika Ramadhan tiba.”
Namun, realiti
itu tentunya bukanlah satu-satunya alasan untuk mengatakan mengapa kita perlu
merasakan kehangatan Ramadhan di sini.
Sya’ban
adalah tempat kita memulakan langkah kita. Jika dia adalah pintu gerbang kepada
sebuah taman yang indah, maka tentulah dia pun memiliki keindahannya yang tersendiri.
Agar kita dapat
memperolehi Ramadhan yang lebih sempurna, tentulah kita perlu memulakannya dari
sini dengan beberapa renungan.
PERTAMA : AGAR KITA TIDAK TERMASUK ORANG-ORANG YANG
LALAI
Berulang kali
Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan, namun berulang kali pula kita gagal untuk meraih sesuatu yang membanggakan
dari bulan suci itu.
Bahkan,
seringkali Ramadhan yang kita masuki telah melalui separuh perjalanannya tapi
kita masih diliputi kebingungan dan ketidakpastian kerana belum melakukan
apa-apa kecuali hanya menahan lapar dan dahaga dan kegagalan itu mungkin sahaja
bermula dari kegagalan kita menyiapkan diri sebelum ia datang.
Ini adalah
kerana berdasarkan faktanya, berapa kali apabila Ramadhan datang menyapa kita
namun suasana jiwa, batin dan hati yang kita bawa mengharungi hari-harinya
adalah suasana seperti ketika kita masih berada di bulan-bulan yang lain iaitu
:
1.
Tidak ada kesedaran diri yang
terbangun.
2.
Kita masih dalam keadaan yang
lalai.
Oleh yang
demikian, merasakan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh rahmat itu hendaklah
dimulai dari sini, iaitu hari-hari Sya’ban ketika kebanyakan orang belum menyedari
kedatangannya sejak awal.
Di sinilah ramai
manusia seringkali lupa untuk memulakan persiapan awal dengan baik serta tidak
menyediakan pembekalan untuk menambah kekuatan ketaatannya kepada Allah swt.
Usamah bin
Zaid berkata kepada Nabi saw :
“Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa
di bulan-bulan yang lain seperti engkau berpuasa di bulan Sya’ban.”
Rasulullah saw
menjawab :
“Itulah bulan yang seringkali manusia melalaikannya
yang kedudukannya antara Rajab dan Ramadhan.”
Membangun
kenikmatan suasana di hari-hari bulan Sya’ban ini dengan berpuasa, misalnya
adalah satu usaha untuk kita menyedarkan diri kita agar keluar dari kelalaian
kita dan agar memiliki kesinambungan semangat kerohanian ketika nanti kita
telah memasuki bulan Ramadhan, selain bahwa berpuasa di hari-hari ini tentu sahaja
memiliki pahalanya tersendiri di sisi Allah swt.
Ibnu Rajab
mengatakan :
“Puasa di bulan Sya’ban lebih Utama dari puasa di
bulan-bulan haram (Rajab, Dzul Hijjah dan Muharram), dan sebaik-baik amalan sunnah
yang dekat dengan Ramadhan, sebelum dan sesudahnya. Kedudukannya di sisi
Ramadhan adalah seperti kedudukan solat-solat rawatib di sisi solat-solat
fardhu, qabliyah ataupun ba’diyah. Dia adalah penyempurna dari
kekurangan-kekurangan amal-amal fardhu kita. Maka demikian pula dengan puasa
sebelum atau sesudah Ramadhan, dia lebih utama dari puasa-puasa yang jauh dari
Ramadhan.”
KEDUA : ADA AMAL-AMAL KITA YANG SEDANG DIANGKAT DI
SINI
Sekarang ini,
sesungguhnya kita sedang berada di dalam saat-saat yang penting, iaitu bulan
Sya’ban sebelum kita bertemu dengan saat-saat yang lebih penting, iaitu
Ramadhan.
Saat ini
penting kerana Rasulullah saw bersabda :
“Dialah (Sya’ban) bulan di mana amal-amal diangkat
kepada Rabb seluruh alam. Maka aku senang jika amalku diangkat sementara aku
sedang berpuasa.”
Hadith ini
jelas memberi kefahaman kepada kita bahwa ternyata puasa-puasa Rasulullah saw
yang banyak di bulan Sya’ban itu tidak sekadar sebuah latihan untuk menghadapi bulan
Ramadhan tapi lebih dari itu, Rasulullah saw ingin agar ketika malaikat
melaporkan amalnya :
a.
Baginda sedang melakukan perkara-perkara
yang baik dan terpuji.
b.
Baginda sedang mengabdi kepada
Rabbnya.
c.
Baginda ingin membuat kesan
yang baik kepada makhluk langit tentang diri baginda.
Hakikatnya,
hadith ini sudah cukup untuk memotivasikan kita bagi memperbanyakkan amal
seperti puasa, sedekah, zikir atau apa sahaja agar ruhiyah kita dapat dibantu
untuk merasakan suasana Ramadhan sebelum waktunya.
Maka di hari-hari
ini, marilah kita mengajak diri kita sendiri untuk menghadirkan perasaan itu
bahwa sebelas bulan telah berlalu dan kita tidak banyak melakukan amal soleh
untuk bekalan diri kita dan saatnya kini kembali bersemangat untuk menampal
kekurangan-kekurangan itu agar nanti ketika malaikat membuat laporan tentang
kita, adalah perkara-perkara yang baik yang kita lakukan yang membuatkan Allah
bangga dengan kita menjelang turun rahmat Nya yang agung, iaitu bulan Ramadhan.
KETIGA : ADA HIDAYAH ALLAH YANG SENTIASA PERLU
DIPELIHARA DI SINI
Allah swt
telah memberikan kita kurniaan yang tidak terhingga dan segala puji bagi-Nya
atas semua kurniaan itu.
Di antara
kurniaan-kurniaan tersebut :
1.
Kurniaan-Nya yang terbesar
adalah ketika Allah menjadikan kita sebagai Muslim, di mana dengan kurniaan itu
kita mendapatkan rahmat dan kasih sayang-Nya.
2.
Kurniaan terbesar berikutnya
adalah ketika Allah mengurniakan kita taufiq untuk sentiasa taat kepada-Nya.
Lihatlah, ada
begitu ramai orang yang mengaku Muslim tapi tidak melaksanakan solat, tidak
berpuasa dan tidak mengeluarkan zakat.
Oleh kerana
itu, sekali lagi, kita mesti memuji-Nya kerana kurniaan taufiq yang menghantarkan
kita untuk sentiasa taat kepada-Nya.
Renungkanlah
firman-Nya :
“Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu
Dia memberikan petunjuk.” (QS Adh Dhuha : 7)
Muqatil
mengatakan, ayat ini mengajak kita mensyukuri kurniaan-Nya yang diberikan
kepada kita, iaitu :
a.
Hidayah setelah kesesatan.
b.
Menyantuni anak yatim setelah
sebelumnya kita adalah orang-orang miskin.
Rasulullah
saw telah berjuang sepenuh tenaga menghadapi segala jenis rintangan dan
siksaan, tidak tidur siang dan malam, rela terusir dari kampung halamannya,
agar kita mendapatkan kurniaan ini.
Allah swt menegaskan
:
“Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia)
kepada jalan yang lurus.” (QS Asy Syura : 52)
Kurniaan
inilah yang perlu sentiasa kita periksa, khususnya di saat-saat seperti ini, di
hari-hari menjelang Ramadhan kerana
ketika kurniaan ini masih menguasai jiwa kita, itulah keberuntungan yang besar
dan kegembiraan yang tiada tara.
Allah swt mengatakan
:
“Katakanlah (Muhammad), “Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS Yunus : 58)
Tidak lama
lagi, Ramadhan akan segera datang membawakan kita hidayah yang telah
diperjuangkan oleh Nabi yang mulia itu, seperti yang jelaskan oleh Allah swt :“Katakanlah (Muhammad), “Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS Yunus : 58)
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan di
dalamnya Al Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil).” (QS Al
Baqarah : 185)
Allah swt menurunkan
taufiq-Nya kepada ramai orang di hari-hari penuh keberkatan itu, untuk taat,
beribadah dan tunduk atas segala perintah dan larangan- Nya; di mana syaitan
dipenjarakan, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.
Kerinduan seorang Muslim begitu besar menyambut datangnya hari-hari berselimut
iman itu, untuk kembali memperlihatkan ketaatannya dan rasa takutnya kepada
Allah, serta mendapatkan rahmat dan ampunan-Nya, dimana sebelumnya ia merasa
jauh dari-Nya.
Itulah kelazatan
yang kita perlu sambut dengan gembira. Itulah jalan menuju Allah, sebuah tekad
yang jujur untuk kembali bertaubat dan istiqamah atas perintah-Nya.
Mari kita
renungkan permohonan Nabi Yusuf as :
“Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan
kepadaku sebahagian kekuasaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil
mimpi. Wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan
di akhirat wafatkanlah aku dalam keadaan Muslim dan gabungkanlah aku dengan
orang yang soleh.” (QS Yusuf : 101)
KELIMA : ADA RASA GEMBIRA YANG MELAHIRKAN MOTIVASI
Ramadhan
adalah sebuah kerinduan. Ia diibaratkan sebagai kekasih dengan
kenangan-kenangan indah saat bersamanya. Ia mengingatkan kita tentang puasa, solat
tahajjud, solat tarawih, makan sahur, tilawah Al Qur’an, infaq dan sedekah,
zakat fitrah dan sebagainya. Semua itu memberi kesan yang indah pada diri
seorang Muslim dan oleh yang demikian ia sentiasa merindukannya.
Ia adalah bulan
di mana Rasulullah saw sangat mendambakan perjumpaan dengannya sepertimana yang
tercermin dalam sebuah doa baginda saw :
“Ya Allah, berkatilah kami di Rajab dan Sya’ban dan pertemukan
kami dengan Ramadhan.”
Kerinduan
kita pada Ramadhan sesungguhnya adalah sebuah motivasi kerana kenangan indah
kita saat bersamanya akan mengingatkan kita pada kekurangan-kekurangan kita
hari ini.
Setelah
sebelas bulan berpisah, banyak yang telah kita lalaikan.
1.
Berapa banyak kebaikan dalam
puasa hilang bersama ‘ghibah’, adu domba dan tipu daya.
2.
Berapa banyak kebaikan dalam Al
Qur’an telah hilang bersama kemalasan untuk duduk dalam lingkaran-lingkaran
zikir.
3.
Berapa banyak kebaikan solat
malam lenyap ditelan oleh kebiasaan kita berlama-lamaan dalam tidur.
Setelah
sebelas bulan yang telah kita tinggalkan, mungkin kita merasa jauh dari Allah tapi
kedatangan Ramadhan yang semakin dekat mudah-mudahan segara melahirkan
kerinduan :
a.
Kerinduan yang mendekatkan kita
kepada Allah swt.
b.
Kerinduan yang mengingatkan
kembali kepada kita akan amal-amal kebaikan yang pernah kita lakukan di bulan
Ramadhan yang lepas.
c.
Kerinduan yang menghadirkan
suasana Ramadhan sebelum ia benar-benar tiba.
d.
Kerinduan orang-orang terpilih
dari generasi pertama umat ini yang sentiasa berangan-angan untuk dipertemukan
dengan Ramadhan di samping berdoa kepada Allah untuk kembali merasakan kelazatan
dan keberkatannya.
Apakah kita
gembira menyambut Ramadhan?
Sebagai orang
yang beriman, pertanyaan ini semestinya sentiasa kita tanyakan kepada diri
sendiri. Lebih-lebih lagi ketika kita semakin dekat dengan :
1.
Hari-harinya yang penuh cahaya
itu.
2.
Hari-hari yang diliputi keberkatan.
3.
Hari-hari yang merupakan
pemberian istimewa Allah kepada umat ini yang tidak diberikan kepada siapapun
dari umat terrdahulu.
KEENAM : ADA PERJALANAN USIA KITA YANG MESTI SENTIASA
DIBERI MAKNA
Rasanya tiada
di kalangan manusia yang memungkiri akan
keagungan Ramadhan kerana kita telah lama tahu dan faham tentang keistimewaan-keistimewaannya.
Bahkan ia menjadi keutamaan yang Allah berikan untuk kita, orang-orang yang
beriman.
Sayangnya,
tidak semua dari kita yang dipertemukan dengan Ramadhan mengerti dan tahu
memanfaatkan hari-hari dan malam-malamnya yang penuh berkat itu.
Memang, ramai
di antara kita yang sibuk dengan tilawah Al Qur’an, melakukan solat Tarawih dan
qiyamullail serta berzikir kepada Allah. Namun tidak sedikit pula yang tetap
asyik dengan kelalaiannya, menghabiskan waktu dengan perbuatan sia-sia, padahal
kesempatan yang berharga itu belum tentu dapat menyapa usia kita kembali.
Para Salafus
Soleh mengingatkan kepada kita :
“Betapa ramai orang yang mengharapkan masa depan namun
mereka tidak dapat mencapainya dan betapa ramai orang yang bercita-cita
melakukan sesuatu di hari esok tapi ia tidak lagi sampai kepadanya. Sungguh
jika kamu melihat ajal itu dan perjalanannya, engkau pasti benci untuk
bercita-cita dengan segala keindahannya.”
Allah telah
mentakdirkan umur setiap manusia untuk hidup di permukaan bumi ini dan umur itu
adalah ruang masa ujian kita sebagai makhluk Allah swt iaitu ruang masa yang
terdiri dari hari-hari dan malam-malam yang membentuk usia kita secara
keseluruhan.
Hasan Al
Bashri mengingatkan :
“Wahai anak Adam, engkau hanyalah sekumpulan dari
hari-hari. Jika satu hari telah berlalu, maka sebahagian dirimu pun ikut sama berlalu.”
Hujung dari
umur ini tiada seorang pun yang tahu seperti yang telah ditegaskan oleh Allah
swt :
“Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di
bumi mana ia akan mati.”
Maka :
a.
Apakah yang dapat memastikan
bahwa kita masih dapat merasakan hari-hari seperti ini kembali?
b.
Apakah yang dapat meyakinkan
kita bahwa ajal kita masih mampu menjejaki Ramadhan pada tahun ini?
Jawabannya tidak
ada!
Ini adalah
kerana usia kita terbatas, maka rasakanlah hajat dari kebergantungan kita yang
besar kepada Allah.
Jadikanlah
usia kita hari ini menjadi hari-hari yang bermanfaat, melakukan banyak amal,
sebelum Allah swt memberikan kita yang lebih baik iaitu hari-hari Ramadhan.
Renungkanlah
kalimat dari Ibnu Umar ra :
“Aku tidak menyesali sesuatu seperti aku menyesali
hariku yang ditelan matahari dan mengurangi usiaku sedang amalku tidak
bertambah.”
Ya Allah, campakkanlah
rasa kegembiraan ke dalam hati kami dalam menunggu kedatangan Ramadhan Al
Mubarak sebagaimana kegembiraan yang dirasakan oleh generasi pertama umat ini
kerana sesungguhnya Ramadhan menjanjikan segala macam kelebihan dan ganjaran
untuk mereka-mereka yang ikhlas berpuasa dan janganlah Engkau sempitkan dada
kami yang membuatkan rasa tidak selesa kami untuk menyambut kedatangan tamu
yang agung ini.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS