Tahukah kita bahwa halaqah tarbiyah adalah salah
satu taman syurga di dunia. Ianya perlu diketahui bagi mereka yang belum pernah
merasakannya.
Di dunia ini banyak taman-taman syurga yang Allah
hamparkan di antaranya :
a. Majlis
tarbiyah.
b. Majlis
ilmu.
c. Majlis
zikir.
d. Majlis
yang di dalamnya orang-orang berkumpul untuk mengingati Allah.
Taman syurga juga ada di dalam rumahtangga kita
apabila di dalamnya berkumpul orang-orang yang berniat suci untuk lebih
mensucikan diri dalam ikatan perkahwinan Islam.
Maka, marilah kita hadirkan suasana syurga di dalam
hati dan dada kita dengan menjalani aktiviti kita dengan penuh kegembiraan.
Salah satu cara untuk menghadirkan suasana syurga
itu serta kehidupan yang akan menjadi bahagia adalah dengan menjadi :
1. Murabbi
yang dinanti.
2. Guru
yang dirindui.
3. Sahabat
yang bermanfaat.
Menjadi murabbi adalah sebuah pilihan. Mungkin di
permulaannya kita akan merasakan keterpaksaan kerana tiada yang lain melainkan
ianya :
a. Sebuah
tugas.
b. Suatu
bebanan.
c. Suatu
kewajiban.
Namun, akhirnya kitalah yang akan merasakannya
sebagai :
1. Suatu
keperluan.
2. Sebuah
kerinduan.
3. Sebuah
‘syurga’
di dunia.
Kitalah yang lebih mengetahui dan merasakan di
tingkatan manakah kita melaksanakan peranan itu.
MAKNA
MENJADI MURABBI
Menjadi murabbi bererti :
a. Berusaha
untuk membentuk generasi Rabbani Al Qur’an.
b. Menjadi
orang yang belajar saat mengajarkan kepada orang lain.
c. Menambah
ilmu di saat kita menyampaikannya.
d. Mendidik
diri di saat kita menasihatkan kepada orang lain kerana telinga kita lebih dekat
mendengar kata-kata kita daripada orang lain.
Firman Allah swt :
“Tetapi
(sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin
(yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana
kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu
mempelajarinya.” (QS Ali Imran : 79)
Kita menjadi bahagia kerana inilah pekerjaan mulia
yang memuliakan dan mengangkat darjat kita.
Ini bersesuaian dengan firman Allah swt :
“Supaya Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.” (QS
Al Mujadilah : 11)
Tugas ini memang suatu tugas yang berat dan sukar namun
hasilnya elok dan terjamin kerana kita berusaha untuk :
1. Mengajak
orang untuk berubah dari jahiliah kepada ma’rifah.
2. Mendidik
orang dari tidak mengenal ibadah kepada rajin beribadah.
Jika hasil dari usaha-usaha kita itu menyebabkan
orang yang dididik tadi juga melaksanakan apa yang kita ajar dan seterusnya
melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Maka betapa besar royalti pahala yang
bakal kita dapatkan.
Ini sebagaimana kata-kata seorang murabbi :
“Jika
engkau mampu menulis buku dan buku itu dibaca ribuan orang maka betapa cepatnya
perluasan dakwah dan betapa besar pahala yang akan diperolehi.”
Justeru itu menjadi murabbi juga bererti menerima
aliran pahala yang terus menerus meskipun kita sudah meninggal dunia.
Ini sebagaimana khabar gembira yang diceritakan oleh
Rasulullah saw :
“Barangsiapa
yang mengajarkan kebaikan, ia akan mendapatkan pahala selama mana orang yang
diajarkan mengamalkan ajarannya.”
Dalam riwayat yang lain diceritakan :
“Barangsiapa
menunjuki jalan kebaikan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang
mengikutinya.”
Bahagialah kita meskipun hanya seorang sahaja anak
didik kita menjadi murabbi yang berkualiti atau minimumnya menjadi muslim yang
lebih baik dalam keislamannya.
Murabbi bolehlah dianggap sebagai sebuah buku di
mana ia adalah sebuah buku hidup dan menghidupkan aktivis-aktvis dakwah yang
lain.
Inilah di antara alasan mengapa Imam Hasan Al Banna
lebih memberi fokus kepada pembinaan aktivis-aktivis dakwah kerana ia akan
menghasilkan murabbi dan murabbiyah daripada sibuk mencetak buku.
Beliau begitu fokus untuk mencetak aktivis-aktivis
dakwah kerana mereka inilah nanti yang akan mencetak aktivis-aktivis baru dan
buku.
Ini adalah kerana dari mereka itulah dakwah akan
sentiasa hidup tanpa redup di samping perjuangannya menjadi penawar keletihan
pemikul dakwah.
Ia terserlah dalam kehidupan Abdullah Azzam yang
sentiasa memberikan tarbiyah jihadiyah terus menerus selama tempoh
kehidupannya.
Senyuman juga boleh menjadi motivasi yang optimis
bagi orang-orang yang telah kehilangan orientasi sebagaimana Syed Qutb yang
tersenyum menuju tali gantung merindui kesyahidan menjadi pintu yang membuka
hidayah keimanan bagi penjaga penjara.
Begitu juga dengan diamnya yang mententeramkan para
mutarabbinya sepertimana Syeikh Ahmad Yaasin yang menggerakkan intifadhah dari
kerusi rodanya. Kelumpuhan fizikalnya tidak sedikitpun melemahkan semangat
penentangannya hingga roket zionis menghantarkannya ke gerbang kerinduan dan
istirehat penuh nikmat di syurga Allah swt, insyaAllah.
Tidak lupa juga kita kepada murabbi yang lampau
seperti Ibnul Jauzi yang menawarkan kesegaran dari kata-kata bijaknya dalam “Shaidul
Khathir” umpama oasis pencerahan generasi dakwah dalam mengembangkan
lintasan pemikiran.
PERJALANAN
HIDUP MURABBI
Ibnu Athaillah As Sakandari berkata :
“Ketahuilah
bahwa para ulama’ dan ahli hikmah mengajarkan kepadamu bagaimana untuk masuk
menghadap Allah swt. Pernahkah engkau melihat seorang hamba yang ketika dibeli
pertama kali terus bersedia untuk melaksanakan tugas kepada tuannya?
Terlebih
dahulu ia hendaklah diserahkan kepada orang yang dapat mendidik dan
mengajarkannya adab. Jika sudah layak dan mengenal adab, barulah diserahkan
kepada raja.
Begitu
pula tugas murabbi di mana para mutarabbi berguru kepada mereka sehingga mereka
boleh naik menuju ke hadhrat Allah swt. Seorang ahli berenang yang mengajarkan
anak kecil akan terus mendampingi anak tersebut sampai ia dapat berenang
sendiri. Jika sudah mahir, barulah ia melepaskannya mengharungi ombak.”
Oleh yang demikian, tugas seorang murabbi yang tulus
kepada Allah adalah menjelaskan kepada mutarabbi tentang aib-aib diri mutarabbi
lalu ia menerangkan hakikat keadaannya serta berjalan bersamanya menuju ke
hadhrat Allah.
Murabbi tidak akan berhasil melakukan semua perkara
itu sebelum keadaannya sendiri :
1. Lebih
baik daripada mutarabbi.
2. Lebih
tulus kepada Allah.
3. Lebih
beradab.
4. Lebih
kuat imannya.
Sesungguhnya kita tidak akan dapat menyempurnakan
orang lain sebelum keadaan diri kita sendiri sempurna. Kesempurnaan adalah
milik Allah.
a. Orang
yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu itu kepada
orang lain.
b. Orang
yang tidak membersihkan dirinya tidak mungkin boleh membersihkan orang lain.
c. Orang
yang tidak memperbaiki akhlaknya tidak mungkin boleh memperbaiki akhlak orang
lain.
Sabda Nabi saw :
“Seorang
mu’min adalah cermin bagi mu’min lainnya.” (HR Bukhari dan Abu Daud)
Sebagaimana seseorang tidak dapat melihat kecacatan
wajahnya kecuali dengan cermin yang cerah dan bersih, seorang mu’min pun
memerlukan keberadaan mu’min lainnya yang ikhlas dan tulus.
Murabbi adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam
membimbing. Ia mestilah seorang yang memahami syariat Islam kerana syariat
Islam menjadi asas kepada seluruh perilaku dan perbuatannya.
Ia juga mestilah mengosongkan hatinya dari kecintaan
kepada dunia sehingga ia bersikap zuhud dan dapat mengendalikan kesenangan serta
nafsunya.
Perhatiannya tidak tertumpu kepada usaha untuk
mendapatkan harta, kedudukan dan kemasyhuran di tengah-tengah manusia.
Semua itu tidak terlintas dalam pemikirannya, namun
semua perhatiannya tertumpu untuk amal perbuatan yang diridhai oleh Allah swt.
Murabbi adalah orang yang memandang sama antara
pujian dan celaan manusia kerana pusat perhatiannya adalah bagaimana menjaga
hubungan yang baik dengan Allah bukan dengan manusia sehingga satu-satunya yang
ia harapkan adalah ridha Allah bukan keridhaan atau pujian manusia.
FALSAFAH
PERANAN MURABBI PILIHAN
Ada beberapa falsafah murabbi untuk membuka hati
kita agar lebih bersemangat untuk segera menghasilkan prestasi yang
menakjubkan.
PERTAMA
: MURABBI MERUPAKAN MAGNET KEBAIKAN
Murabbi itu mestilah mempunyai kualiti magnet
seumpama besi yang mengejar magnet. Maka para mutarabbi justeru akan
beramai-ramai mengejar para murabbi dan meminta untuk dibina.
Sebagai medan magnet, tenaga positif murabbi mampu
menarik orang-orang yang ada di sekelilingnya.
Jika tenaga dari medan magnet itu berkurang, maka
dia pun tidak mampu memberikan daya tarik di sekelilingnya sehingga dia sendiri
memerlukan tenaga baru untuk dapat kembali memiliki kekuatan dan daya tarik.
KEDUA
: MURABBI IBARAT PUSAT TENAGA ELEKTRIK
Tugasnya menebarkan sinar kepada pemancar dan
lampu-lampu elektrik di seluruh struktur masyarakat sehingga jika ia tidak
mampu memancarkan sinar, maka akan redup pula semua aktiviti amal para
mutarabbinya.
Sebagai pusat penjana tenaga elektrik, murabbi :
a. Menjadi
sumber kebangkitan umat.
b. Menyalakan
mentol hati para mutarabbi yang meredup.
c. Mengalirkan
arus elektrik di hati yang mati tertimpa debu maksiat mahupun racun syahwat
akibat gempa penyakit “cinta dunia dan takut mati” di
banyak tempat.
Imam Hasan Al-Banna dalam memberikan "taujih" (pengarahan) tentang tugas murabbi,
telah memberikan perumpamaan dengan perkataannya :
"Di setiap bandar terdapat pusat penjana tenaga elektrik. Para pegawai memasang peralatan-peralatan, tiang dan kabel di seluruh penjuru bandar dan selepas itu aliran tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pusat penjanaannya, nescaya seluruh penjuru bandar akan menjadi gelap gulita. Padahal pada ketika itu, tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat penjana elektrik, hanya sahaja tenaga elektrik yang ada itu tidak dialirkan dan tidak dimanfaatkan."
"Di setiap bandar terdapat pusat penjana tenaga elektrik. Para pegawai memasang peralatan-peralatan, tiang dan kabel di seluruh penjuru bandar dan selepas itu aliran tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pusat penjanaannya, nescaya seluruh penjuru bandar akan menjadi gelap gulita. Padahal pada ketika itu, tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat penjana elektrik, hanya sahaja tenaga elektrik yang ada itu tidak dialirkan dan tidak dimanfaatkan."
Dalam kesempatan lain
beliau mengatakan :
“Kami bukanlah pencari kekuasaan, kami
bukan penyeru revolusi tetapi kami adalah murabbi-murabbi dakwah, penyebar
fikrah serta pengarah hati dan ruhani manusia.”
Allah swt berfirman :
"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (QS Al-An'am : 122)
Allah swt berfirman :
"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (QS Al-An'am : 122)
Wahai murabbi penyala
lampu! Nyalakanlah kebangkitanmu agar aktivis dakwah yang :
1.
Tidak memiliki
tenaga.
2.
Miskin empati.
3.
Kurang
percaya diri.
4.
Kurang idea.
akan segera mendapat
inspirasi.
Wahai murabbi! Naikkan voltan
kerohanianmu agar anak-anak generasi :
a.
Yang malas.
b.
Yang enggan
membaca buku apalagi mengkaji rujukan-rujukan.
c.
Yang terbelenggu dengan segala jenis “permainan”.
d.
Yang tersihir
dengan televisyen dan teknologi komunikasi.
akan segera mendapat
inspirasi dan terubat.
KETIGA : MURABBI ADALAH PROFESYEN DAKWAH
Ia adalah satu profesyen
yang :
1.
Menyenangkan
semua orang.
2.
Membahagiakan
diri dengan sumbangan terbaik.
3.
Membahagiakan
orang lain dengan menggerakkan inspirasi yang terdetik setiap saat.
Ini sebagaimana sikap Sayyidina
Abu Bakar ra yang terus bergerak apabila hidayah iman yang beliau dapatkan
tanpa perlu menunggu esok jika malam itu juga ia perlu melaksanakan usaha dakwah.
KEEMPAT : MURABBI ADALAH GURU YANG DIRINDUI
Murabbi adalah guru yang :
a.
Keteladanannya
menjadi cermin.
b.
Kedatangannya
dirindukan.
c.
Senyumnya
didambakan.
d.
Nasihatnya
dinanti-nantikan.
e.
Sentuhan
ruhiyahnya menjadi kekuatan.
f.
Menyentuh
hati tanpa memerintah.
g.
Menjadi
tempat bersandar umat dari keletihan dan kelemahan.
h.
Menjadi teman
tempat curahan rasa hati yang tepat dan aman.
i.
Menjadi oasis
yang segar dan menyegarkan.
Subhanallah! Di manakah
dirimu wahai murabbi?
KELIMA : MURABBI ITU SEPERTI AIR YANG SEGAR
Murabbi umpama air yang
sentiasa menyegarkan dan itulah kekuatan tenaga air. Ia :
1.
Mengalirkan
ikhlas.
2.
Menggerakkan
hati.
3.
Meningkatkan potensi.
4.
Mendorong
dengan kuat pagar pembatas yang menghalang perubahan.
5.
Melompat ke
atas ketika dihalang oleh badai kesulitan.
6.
Menyebar
benih kebaikan dan menyiramnya dengan kesegaran.
7.
Menumbuh dan
membiakkan kebaikan di tengah himpitan.
Sentiasa ada jalan keluar
dan itulah ruh murabbi.
KEENAM : MURABBI IBARAT AIR YANG TERUS MENGALIR
Murabbi ibarat air yang
terus menerus mengalir sehingga ia :
a.
Membersihkan
majlis dari mengumpat dan mengadu domba.
b.
Memperluaskan
ukhuwah ke setiap arah.
c.
Menghapuskan
kemungkaran dengan kebersihan perkataan dan kejernihan mata hati.
d.
Menggerakkan enjin-enjin
aktivis dakwah yang telah berhenti agar kembali berpusing mengaliri sawah-sawah
umat yang gelisah agar kembali bersemangat dan ada harapan untuk menuai pahala
kebaikan setiap saat.
KETUJUH : MURABBI ITU IBARAT POHON PISANG
Ia tidak akan mati sebelum berbuah :
1. Mencetak
generasi demi generasi.
2. Mewariskan
nilai kepada setiap anak zaman.
Boleh jadi jasadnya telah terkubur namun
keteladanannya tetap hidup subur di hati umat.
KELAPAN
: MURABBI ITU IBARAT SEBUAH ALMARI PAKAIAN YANG SENTIASA DIKELUARKAN ISINYA
Apabila dikeluarkan pakaian dari almari itu, maka
bergantilah ia dengan pakaian-pakaian yang baru.
Murabbi tidak takut untuk mengeluarkan semua ilmu
kerana sentiasa rajin menuntut ilmu. Ia tidak khuatir para mutarabbinya
menggunakan ilmunya lalu mengunggulinya.
Baginya sentiasa ada yang baru kerana apabila ilmu
diberikan dan disalurkan ternyata segera ada gantinya yang lebih baik lagi.
MEDAN
AMAL MURABBI
Semua kesempatan adalah menjadi medan amal murabbi
di mana :
a. Waktu
malam digunakan untuk beribadah.
b. Perjalanan
dan musafirnya digunakan untuk membaca ayat-ayat Qauliyah dan Kauniyah.
c. Jaulah
dakwahnya digunakan untuk menyebarkan fikrah.
d. Usaha
dalam harakahnya untuk mewarnai dunia dengan keadilan dan keamanan.
Dari keterbatasan itulah murabbi hadir iaitu :
1. Dari
sawah menebar benih dakwah.
2. Dari
pusat madrasah ia bergerak.
3. Dari
masjid ia bangkit.
4. Dari
rumah ia mentarbiyah.
5. Di
medan parlimen suara dakwah digemakan, kalimah tauhid dikumandangkan serta perjuangan
Islam dan kemanusiaan digelorakan.
6. Dalam
pemerintahan, Islam ditegakkan.
Murabbi menekuni cara Nabi untuk mendidik peribadi
dan mengurus potensi dalam amal jamai’e. Ia menyusuri keharuman sirah nabawi
untuk menyirami hati serta meniti jejak Nabi untuk meneladani.
Murabbi hadir dari ruang kemudi tarbiyah serta
bergerak dengan pasti untuk menyongsong kemenangan agama ini.
Musibah, derita dan air mata di jalan dakwah
dihapuskan dengan :
a. Amal.
b. Ibadah.
c. Doa.
Setiap amal adalah tarbiyah dan ia merupakan tempat
yang paling nikmat bagi murabbi.
Ibnu Rajab Al Hanbali berkata :
“Bukan
seorang faqih yang tidak memandang musibah sebagai kenikmatan dan kelapangan
sebagai musibah.”
Murabbi sangat berhati-hati dengan jerat kesenangan,
ruang kemewahan dan kemudahan yang melenakan.
Umar Al Khattab memberi makna taqwa umpama berjalan
dengan teliti di antara duri dan Ubai bin Ka’ab pun mengaminkannya.
Banyak kegagalan berlaku bukan disebabkan kerana
tidak sabar dalam kemiskinan namun kerana liar tanpa kendali dalam kekayaan.
DI
MANAKAH KITA BERADA WAHAI MURABBI
"Dan
sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan
amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang
tinggi darjatnya.” (QS Taha : 75)
Sayyidina Ali ra memberi pesanan seperti berikut :
“Aku
khuatir terhadap suatu masa yang rodanya dapat menggilis iman. Keyakinan hanya
tinggal pemikiran yang tidak berbekas.
Ramai
orang baik tapi tidak berakal. Ada yang berakal tapi tidak beriman.
Ada
yang lidahnya fasih tapi hatinya lalai. Ada yang khusyu’ namun sibuk dalam
bersendirian. Ada ahli ibadah, namun mewarisi kesombongan iblis.
Ada
ahli maksiat yang rendah hati bagaikan sufi. Ada yang banyak tertawa hingga
hatinya berkarat dan ada yang banyak menangis kerana kufur nikmat.
Ada
yang murah senyum tapi hatinya mengumpat. Ada yang berhati tulus tapi wajahnya
masam.
Ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan dan ada penzina yang
tampil menjadi pemimpin.
Ada
orang yang memiliki ilmu tapi tidak faham dalam melaksanakannya. Ada yang
pintar tapi membodohi dirinya dan ada yang bodoh tapi tidak sedar diri.
Ada
orang yang beragama tapi tidak berakhlak. Ada yang berakhlak tapi tidak
bertuhan.
Lalu
di antara semua itu, aku ada di mana?”
Wahai murabbi :
1. Tabahkan
hatimu.
2. Sabarkan
perananmu.
3. Sebarkan
salammu.
4. Lebarkan
senyummu.
5. Kukuhkan
niatmu.
6. Jangan
sakiti hatimu dengan keburukan orang lain padamu.
7. Jangan
mahu dipengaruhi oleh sikap buruk orang lain.
8. Jangan
diprovokasi untuk balas dendam.
9. Bangkitkan
dirimu.
10. Bangkitkan
negerimu dengan pekerjaan besar untuk perubahan besar.
Seorang murabbi besar, Syeikh Abdul Halim Mahmud di
saat beliau sakit tenat sehingga tidak mampu berjalan di mana para ikhwah disusun
untuk berjaga dan menemani beliau di hospital.
Beliau lalu berkata :
“Wahai
Ikhwah, jangan tinggalkan aku di sini. Bawalah aku dalam usrah kamu, dalam
katibah kamu. Jangan-jangan aku mati di sini bersendirian.
Aku
ingin mati di dalam usrah, dalam katibah agar kamu menjadi saksi atas
kematianku.”
Ya Allah, sebagaimana Engkau melindungi wajah kami
dari bersujud kepada selain-Mu, maka lindungilah kami agar jangan memohon
kepada selain-Mu. Jadikanlah kami murabbi-murabbi yang sentiasa melaksanakan
tugas pentarbiyahan agar iman kami akan bertambah kukuh, amal kami akan menjadi
lebih ikhlas serta akhlak kami akan lebih terserlah.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS