skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 2 July 2013

Puasa Di Bawah Naungan Al Qur'an

Ditulis Oleh WAS Pada 08:24 – 0 Komen Anda
 
Puasa sebenarnya adalah sebuah ibadah ruhaniyah yang berfungsi untuk membantu manusia dalam rangka mengalahkan sebuah kekuatan jahat yang mendominasi dalam jiwa kita.

Ia merupakan wasilah :

1.      Untuk memantapkan aqidah yang kukuh dan teguh.
2.      Hubungan manusia dengan Tuhannya yang berupa hubungan ketaatan dan kepatuhan.
3.      Bagi mencapai ketinggian hakiki melebihi keperluan fizikal semata-mata.
4.      Ketabahan untuk memikul tanggungjawab dan bebanannya demi mengutamakan keridhaan Allah swt.

Oleh yang demikian, puasa bererti sebuah terapi untuk membentuk manusia yang ideal iaitu manusia yang dapat melaksanakan fungsi semua unsur-unsur penyusunnya, iaitu :

a.       Jasad.
b.      Akal.
c.       Ruh.

Ini bererti, manusia dikatakan makhluk yang ideal apabila jasad, akal dan ruhnya dapat bekerja dengan baik, kerana jasad yang sihat akan membantu proses kerja akal yang akhirnya akan menimbulkan kesedaran rohaniah untuk sentiasa beribadah kepada Allah swt.

Dalam hidup bermasyarakat, puasa juga memiliki peranan yang sangat penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang :

1.      Mempunyai rukun dan tatasusila.
2.      Bersih dari segala tindakan jenayah.
3.      Penuh dengan kasih sayang antara sesama mereka.

Istilah yang popular untuk menggambarkan struktur masyarakat di atas adalah “Masyarakat Madani.”

Masyarakat pada hakikatnya adalah gambaran sebuah sifat sosial manusia.

Sifat sosial ini dilahirkan kerana banyaknya kekurangan dan kelemahan dalam diri manusia sehingga atas dasar kekurangan itu, manusia akan berkumpul dangan manusia lain demi menutupi segala kekurangan yang mereka miliki sehingga ketika manusia hidup berjiran tetangga, mereka akan akan dituntut untuk berinteraksi dengan penuh ketulusan dan kefahaman bahwa tanpa orang lain, maka dirinya tidak ada apa-apa.

Jika demikian, keadaan masyarakat itu sangat bergantung pada keadaan setiap individunya. Jika individu penyusun masyarakat itu sihat, bijak dan berakhlak mulia, maka masyarakatnya pun akan menjadi masyarakat sihat, bijak dan berakhlak mulia.

Begitu juga sebaliknya bahwa sebuah masyarakat akan terus bergelut dengan kerusuhan di bawah selimut kebencian dan keangkuhan jika setiap individunya adalah manusia yang sakit dan  tidak tahu makna kehidupan, ego serta hanya memikirkan diri mereka sendiri.

Kaitannya dengan puasa adalah di mana puasa sangat membantu dalam proses mewujudkan kerukunan sosial.

Ini adalah seperti yang dijelaskan sebelum ini bahwa puasa adalah sebuah terapi untuk membentuk manusia yang ideal dan berakhlak mulia sehingga ketika lahirnya manusia-manusia yang ideal, mereka akan bersatu, bercampur baur, membentuk sebuah masyarakat yang ideal, harmoni serta penuh kerukunan.

Untuk mewujudkan suasana itu, kita perlulah mengurus kembali hati kita dan memantapkan niat kita untuk mengisi dan memanfaatkan keagungan bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadah terutama ibadah puasa.

Ini adalah kerana dengan puasa Ramadhan, selain kita dapat mewujudkan kerukunan masyarakat, kita juga akan keluar dari Ramadhan dengan membawa tingkatan Taqwa.

Allah swt berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (QS Al Baqarah : 183)

Allah swt memilih perkataan taqwa sebagai tujuan dan matlamat puasa kerana seorang Muslim yang diajak berbicara melalui Al Qur’an ini mengetahui kedudukan taqwa di sisi Allah swt.

Puasa adalah salah satu wasilah dari berbagai wasilah untuk mencapai taqwa. Oleh kerana itulah Allah swt mengangkat  tujuan taqwa ini agar ianya sentiasa ada dalam jiwa seorang mukmin sebagai pemandu yang mengarahkan  seorang mukmin untuk  mencapainya melalui puasa……”la’allakum tattaqun.”

Menurut Sayyid Qutb, pilihan perkataan “la’alla” dalam ayat ini adalah sebuah perasaan optimis bahwa tujuan itu akan tercapai.

“Maka berpuasalah sebagaimana Allah memerintahkanmu berpuasa, lalu Allah swt akan menanamkan ketaqwaan kepadaNya untukmu. Itulah pahala yang sangat indah…..”

Dengan taqwalah kita akan meraih kejayaan dalam menghadapi semua permasalahan kita.

Allah swt berfirman :

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS At Thalaq : 2 – 3)

Pada setiap kesempatan dalam kehidupan kita sehari–hari, kita sering mendengar perkataan taqwa, bahkan setiap solat Jumaat, para khatib sentiasa mengajak kepada ketaqwaan kerana itu merupakan rukun khutbah.

Namun, apakah sebenarnya taqwa itu sendiri dan mengapa Islam sangat menekankan kepada pemeluknya untuk memiliki tingkatan taqwa?

Taqwa sebenarnya lahir dari sebuah keimanan yang kukuh yang sentiasa dipupuk dengan :

a.       Perasaan diawasi Allah.
b.      Merasa takut terhadap kemurkan dan azabNya.
c.       Sentiasa berharap atas limpahan kurniaan dan keampunanNya.

Ia juga sebagaimana yang di katakan oleh para ulama’ bahwa :

“Taqwa adalah hendaklah Allah tidak melihat kamu berada dalam laranganNya dan tidak kehilangan kamu dalam perintah-perintahNya.”

Dalam Al Qur’an, perintah dan sokongan untuk melaksanakannya banyak ditemui, bahkan hampir di setiap halaman pasti kita temui kalimah taqwa.

Begitu juga dalam kehidupan para sahabat dan salafus  soleh di mana Umar bin Al Khattab ra pernah bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang taqwa.

Ubai ra menjawab :

“Bukankah engkau pernah melalui jalan yang penuh duri?”

Umar menjawab :


“Ya”.

Ubai bertanya lagi :


“Apa yang engkau lakukan ketika itu?”

Umar menjawab :


“Aku bersiap-siaga dan berjalan dengan berhati-hati.”

Jawab Ubai ra :


“Itulah taqwa.”


Berdasarkan jawaban dari Ubai bin Ka’ab itulah, Sayyid Qutb berkata dalam tafsir “Fi Zhilalil Qur’an” bahwa :

“Itulah taqwa iaitu :


1.      Kepekaan batin.
2.      Kelembutan perasaan.
3.      Rasa takut.
4.      Terus menerus dalam keadaan berwaspada dan berhati-hati supaya jangan sampai terkena duri jalanan.

Manakala duri jalanan pula meliputi jalan kehidupan yang sentiasa ditaburi oleh :


a.      Duri-duri godaan dan syahwat.
b.      Kerakusan dan angan-angan.
c.       Kekhuatiran dan keraguan.
d.      Harapan dan khayalan di atas segala sesuatu yang tidak dapat diharapkan.
e.       Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak layak untuk ditakuti.

serta masih banyak duri-duri yang lainnya.”

Di bahagian lain dalam tafsirnya beliau mengungkapkan :


“Taqwa adalah sesuatu yang :


1.      Membangkitkan hati.
2.      Mendukung kewajiban tunduk kepada Allah.
3.      Mengutamakan ridha Allah.

Ia adalah sesuatu yang memelihara hati ini dari kemaksiatan yang merosakkan puasa dan bahkan taqwalah yang menjadi penapis dalam fikiran seseorang serta merupakan motivasi utama dari setiap amal ibadah.”


Cukuplah kiranya keutamaan dan pengaruh taqwa merupakan sumber segala kebaikan di dalam masyarakat dan ianya sebagai satu-satunya cara untuk mencegah :

1.      Kerosakan.
2.      Kejahatan.
3.      Perbuatan dosa.

Taqwa merupakan tiang utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang agar :

a.       Mampu menghadapi tentangan kehidupan ini.
b.      Dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
c.       Ia bersabar di atas segala ujian dan cobaan.

Alhamdulillah, Ramadhan yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun yang lalu kini bertandang lagi.

Mereka yang beriman dan yakin pada janji-janji Allah menanti kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur. 

Di samping rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia, mukmin juga dihambati perasaan sedih dan sayu kerana ketibaan bulan yang dinanti ini menandakan peningkatan usia dan bertambah dekatnya hujung kehidupan di alam fana ini.

Apakah pertambahan usia seiring dengan peningkatan pahala atau sebaliknya?

Apakah di penghujung usia yang teramat singkat ini amalan dan kebaktian kita semakin berganda atau semakin malap?

Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadhan bukan lagi satu rahsia. Allah swt telah memilih daripada bulan ini satu detik yang paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya Kitab Suci yang paling agung.

Kitab yang diturunkan khusus untuk :

1.      Memimpin tangan manusia ke jalan yang benar.
2.      Mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.

Bayangkan apakah akan berlaku sekiranya Kitab ini tidak diturunkan!

Pastinya kita tidak akan mengenal erti kehidupan, dari mana kita datang, untuk apa kita hidup di dunia yang sementara ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini?

Lantaran itu mereka yang tidak mengambil manfaat dari Kitab yang mulia ini adalah golongan yang paling malang dan paling rugi.

Sayyid Qutb meneruskan lagi huraiannya dalam “Fi Zilalil Qur’an” bahwa :

“Al Qur’an adalah kitab ummat ini yang abadi iaitu yang :

1.      Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.
2.      Membentuk ummat ini sebagai ummat yang baru.
3.      Menggantinya dari ketakutan kepada keamanan.
4.      Meneguhkan ummat ini di atas muka bumi.

Mereka dianugerahkan berbagai tiang sokongan yang dapat memantapkannya sebagai ummat, padahal sebelumnya mereka tiada apa-apa kekuatan di muka bumi ini.

Tanpa tiang-tiang sokongan itu, tidak ada ertinya ummat ini dan mereka tidak akan memiliki kedudukan di muka bumi apatah lagi kedudukan di langit.

Maka, bersyukurlah kepada Allah swt atas nikmat Al Qur’anul Karim ini dengan menyambutnya melalui perlaksanaan puasa di bulan ketika ia diturunkan.

Jika Al Qur’an adalah anugerah bagi ummat ini sekaligus ia menjadi tiang yang mampu menyangga keberadaannya, maka Ramadhan adalah awal kelahiran tiang tersebut yang juga merupakan awal kelahiran seorang muslim yang kelak akan dapat memikul tiang-tiang tersebut.”

Ringkasnya, seorang Mukmin seharusnya hidup di bulan Ramadhan antara perasaan syukur kepada Allah swt atas petunjuknya dengan :

a.       Melaksanakan perintahnya.
b.      Mempersiapkan jiwanya untuk memiliki kesempurnaan duniawi dan ukhrawi.
c.       Melakukan ibadah puasa yang benar dan diterima disisiNya.

Bulan Ramadhan juga mencatat sejarah gemilang di mana kemenangan golongan yang membawa panji kebenaran ke atas golongan mustakbirin yang mempunyai kekuatan material tiga kali ganda di dalam peperangan “Badar al-Kubra.”

Maka ketibaan bulan mulia yang penuh sejarah ini sewajarnya disambut dan diraikan dengan acara yang gilang gemilang dan sebenarnya tidak ada acara yang lebih bermakna yang dilakukan oleh seorang insan selain mengikhlaskan pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Esa.

Sesungguhnya Allah swt telah mensyari'atkan beberapa perkara wajib dan sunat pada bulan Ramadhan. Itulah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Ibadah paling penting yang disyari'atkan pada bulan Ramadhan ialah puasa.

Puasa ditakrifkan sebagai menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Mungkin timbul persoalan, apakah dengan meninggalkan makan, minum dan syahwat pada siang hari dapat melahirkan insan yang bertaqwa?

Sekadar meninggalkan makan dan minum memang tiada apa-apa kesan kecuali lapar dan dahaga. Namun apa yang dimaksudkan meninggalkan makan dan minum ketika berpuasa ialah menahan dan menguasai diri agar tidak melakukan sesuatu yang Allah larang.

Kita tidak makan BUKAN kerana :

a.       Tidak ada makanan untuk dimakan.
b.      Tidak ada duit untuk membeli makanan.
c.       Tidak ada selera untuk makan.
d.      Ditahan dan disekat dari mengambil makanan.

Kita tidak makan adalah semata-mata kerana mematuhi perintah Allah `Azza wa Jalla.

Allah telah berfirman di dalam kitab suciNya bermaksudnya :

"......dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);….." (QS Al-Baqarah : 187)

Sebagai hamba, kita mesti menyedari bahawa segala sesuatu yang ada di atas muka bumi ini milik Allah swt yang mutlak. Tidak ada sesiapapun yang berkongsi denganNya dalam pemilikan itu dan tidak ada sesiapapun yang boleh menggugat kekuasaanNya.

Puasa mengajar kita agar menginsafi perkara ini. Tidak ada sesuatupun yang mampu kita sentuh tanpa izinNya, hingga makanan yang kita beli dengan duit sendiri atau yang kita masak di dapur kita sendiri, semuanya adalah milikNya. Dia sahaja yang berhak menentukan bilakah masa kita boleh menikmatinya dan bilakah masanya kita tidak boleh.

Inilah pengajaran yang hendak diterapkan dalam hati setiap mukmin ketika dia meninggalkan makan dan minumnya di waktu berpuasa.

Hari ini kita dapati ramai muslim berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Namun pada masa yang sama mereka tidak segan silu melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

Mulut dikawal tidak mengunyah makanan lazat yang terhidang di depan mata, tapi pada masa yang sama mulut itu disumbat pula dengan daging-daging busuk dan berulat dengan mengumpat dan mengadu domba sesama muslim.

Gejala tidak mengawal diri dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah semakin ketara ketika menyambut ketibaan Hari Raya.

Pelbagai acara diatur dan direka dengan kreatif dan inovatif. Semuanya untuk keseronokan dan memenuhi tuntutan nafsu yang tidak mengenal sempadan halal dan haram. 

Hari Raya adalah hari perisytiharan kemenangan melawan nafsu, bukan memperaja dan memenangkan nafsu.

Untuk menjadikan ibadah puasa lebih bermakna seharusnya kita berusaha memahami hikmahnya dan berusaha menghayatinya sedaya mungkin serta menjadikan taqwa sebagai matlamat dan sasarannya.


Demikianlah sifat orang yang memburu taqwa di mana setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dan pekerjaan yang dilakukannya diteliti terlebih dahulu agar tidak terlanggar dan terbabas ke sempadan yang dilarang.

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemudahan kepada kami untuk kami benar-benar dapat mengisi bulan Ramadhan ini dengan puasa yang ikhlas, amal-amal ibadah yang fardhu dan sunat di samping amalan-amalan soleh lain yang akan mendapat ganjaran yang besar dari sisiMu. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia. Sangat suka kepada pengampunan, maka ampunilah daku.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Ilmu Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Qudwah Di Jalan Dakwah
    Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam s...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Sifat Bolak Balik Hati
    Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan dan pergantian. Bermula dari seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak ...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (5)
      • Ramadhan Mentarbiyah Umat
      • Kembalikan Semangat Ramadhan
      • Mengejar Matlamat Puasa
      • Menjadi Pendokong 'Al Haq'
      • Puasa Di Bawah Naungan Al Qur'an
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger