Tanpa disedari kita ketika
ini telahpun memasuki hari-hari terakhir 10 hari bulan Zulhijjah 1434H.
Ini
bermakna sudah 2 bulan kita keluar dari Madrasah Ramadhan dan kini masuk pula
untuk mendapatkan tarbiyah Allah swt yang lain, iaitu Madrasah Zulhijjah.
Mengapa ia disebut Madrasah Zulhijjah?
Mengapa ia disebut Madrasah Zulhijjah?
Ini adalah kerana pada
bulan ini ada tiga ibadah besar yang sarat dengan nilai-nilai tarbiyah iaitu:
1. Haji.
2. Solat Aidil Adha.
3. Qurban.
Di samping itu ada pula
ibadah sunnah muakkad bagi yang tidak menunaikan fardhu haji iaitu Puasa Hari
Arafah.
Oleh yang demikian kita semua dituntut untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi bulan Zulhijjah ini sehingga ketika ia datang menemui kita, kita telah bersiap sedia dengan amal-amal di bulan ini sekaligus mengambil nilai-nilai tarbiyah yang ada di dalamnya.
IBADAH HAJI

Ketika ini, sebahagian dari
saudara-saudara kita yang menunaikan ibadah haji telah berada di tanah suci.
Inilah rangkaian ibadah yang memiliki kandungan sejarah tarbiyah yang luar
biasa.
Ini agar manusia mengambil pelajaran
yang tidak ternilai dari sana dan ia bukan hanya bagi mereka yang sudah
dipanggil oleh Allah untuk menunaikannya, tetapi juga bagi kita yang belum
berkesempatan melaksanakan rukun Islam yang kelima tersebut.
Di antara pelajaran yang begitu jelas dari ibadah haji adalah :
Di antara pelajaran yang begitu jelas dari ibadah haji adalah :
“Deklarasi persamaan darjat
manusia di dalam Islam.”
Islam bukanlah agama yang
mempertahankan atau mendukung diskriminasi atau dasar warna kulit dan suku
bangsa.
Allah tidak membezakan
manusia dari segi :
a. Hartanya.
b. Kemasyhurannya.
c.
Jawatannya.
d. Kekuasaannya.
Oleh kerana itu,
berkumpullah jutaan manusia di Masjidil Haram di mana mereka semuanya setara
dan semuanya bercampur baur menjadi satu sebagai hamba Allah yang tidak ada
bezanya antara :
1. Presiden dan rakyat biasa.
2. Pengarah dan petani desa.
Bahkan ketika berihram,
sekaya dan setinggi apapun jawatan seseorang, mereka semua sama iaitu hanya
berbalut kain ihram putih yang tidak berjahit.
Kita pun, yang tidak berada di Masjidil Haram, sepatutnya sedar akan hakikat nilai manusia di hadapan Allah swt. Mereka semua sama. Yang membezakan dan membuatkan seseorang lebih mulia daripada lainnya adalah ketaqwaannya.

“Sesungguhnya manusia yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.” (QS Al-Hujurat :
13)
Hakikat ini sepatutnya tertanam kuat dalam jiwa kita dan menjadi titik tolak untuk kita terus meningkatkan ketaqwaan kita.
Hakikat ini sepatutnya tertanam kuat dalam jiwa kita dan menjadi titik tolak untuk kita terus meningkatkan ketaqwaan kita.
Sementara ramai orang yang
mengumpulkan bekalan untuk kehidupan dunianya, Allah swt menunjukkan pula
kepada kita untuk mempersiapkan sebaik-baik bekalan, iaitu taqwa.
“Dan berbekallah kamu.
Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.” (QS Al-Baqarah : 197)
Selain nilai tarbiyah di atas, haji juga sarat dengan perjuangan sejarah Nabi Ibrahim dan keluarganya :
Selain nilai tarbiyah di atas, haji juga sarat dengan perjuangan sejarah Nabi Ibrahim dan keluarganya :
a. Ka’bah merupakan tempat
ibadah yang pertama kali dibangun oleh Nabi Ibrahim. Ia merupakan simbol
ketauhidan dan ke arahnyalah umat Islam berkiblat dalam solat.
b. Sai’e mengingatkan kita
akan usaha dan ikhtiar yang serius isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar, dalam usaha
membangunkan semula ketauhidan.
c.
Melontar
jumrah juga merupakan simbol penentangan terhadap syaitan yang telah
dicontohkan oleh Nabi Ibrahim as sehingga ke hari kiamat nanti, statusnya tidak
akan pernah berubah iaitu syaitan adalah musuh yang nyata bagi orang-orang yang
beriman.
Selain dari itu, semua
amalan-amalan dalam ibadah haji merupakan kepatuhan dan ketundukan yang total
kepada Allah swt sebagai pembuat syariat.
1. Bagaimana petunjuk Allah
dalam beribadah, maka begitulah juga kita mesti mengerjakannya.
2. Bagaimana perintah Allah
kepada orang-orang yang beriman, maka begitu pulalah ia mesti bersikap “sami’na
wa atha’na”(Kami dengar dan kami patuh).
Dengan yang demikian ibadah
haji menjadi ibadah yang sangat berat kerana selain menyediakan pembiayaan yang
sangat besar dan memerlukan fizikal yang kuat, keadaan ruhiyah juga mesti
terjaga selama ibadah ini ditunaikan.
Maka, seiringan dengan
beratnya kombinasi dari ibadah ‘qalbiyah’, ibadah ‘badaniyah’ dan
ibadah ‘maliyah’ ini, Allah telah menyediakan balasan yang
luar biasa pula :
“Haji yang mabrur, tidak ada balasannya
kecuali syurga.”(HR Bukhari dan Muslim)
WUQUF TERAS HAJI
WUQUF TERAS HAJI
Hari Wuquf adalah hari di mana
bermulanya ibadah Haji pada setiap tahun. Semua umat Islam yang berada di
tanah suci telah pun berkumpul di Padang Arafah bagi memulakan ibadah Haji
sebagai menyahut seruan Allah swt.
"Labbaikallahumma Labbaik,
Labbaikala Syarikalakalabbaik, Innalhamda, Wanni'mata, Lakawalmulk,
La Syarikalak".
Ini adalah satu manifestasi seruan dan jemputan daripada Allah swt kepada semua hamba-hambanya untuk datang dan berkumpul di Arafah sebagai tempat perkumpulan manusia yang terbesar.
Ini adalah satu manifestasi seruan dan jemputan daripada Allah swt kepada semua hamba-hambanya untuk datang dan berkumpul di Arafah sebagai tempat perkumpulan manusia yang terbesar.
Jika :
a. Solat 5 kali sehari itu sebagai seruan dan jemputan
harian Allah swt ke rumahnya iaitu masjid-masjid.
b. Solat Jumaat pula merupakan jemputan mingguan Allah
swt kepada hamba-hambanya.
c. Manakala perhimpunan di Arafah ini adalah seruan dan
jemputan tahunan kepada orang-orang yang beriman di seluruh dunia.
Sebenarnya ibadah Haji ini merupakan ibadah kemuncak dalam kehidupan seorang Muslim sehingga nabi menyebut bahwa tiada Haji tanpa Wuquf di Arafah.
Sebenarnya ibadah Haji ini merupakan ibadah kemuncak dalam kehidupan seorang Muslim sehingga nabi menyebut bahwa tiada Haji tanpa Wuquf di Arafah.
Ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan Wuquf ini
di mana setiap Jamaah Haji hanya berpakaian dua helai kain putih
datang untuk menyahut seruan Allah swt dengan hanya membawa
sekeping hati untuk dipersembahkan kepada Allah swt.
Beruntunglah bagi sesiapa yang membawa hati yang bersih
untuk menghadap Allah di sana sebersih pakaian putih yg dipakai oleh mereka.
Hari Wuquf merupakan saat di mana Allah swt mendengar semua rintihan hamba-hambanya di mana Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang meminta keampunan dari segala dosa dan kelalaian dalam kehidupan ini.

Oleh itu sayugialah Jamaah Haji mengisi sepenuhnya masa
mereka di sana dengan ibadah-ibadah seperti solat, doa, zikir, baca
Al Qur'an dan lain-lain.
Inilah masanya setiap manusia itu perlu
duduk bermuhasabah terhadap diri mereka dan melihat kembali apakah
yang telah dilakukan oleh mereka di dunia ini.
1. Apakah amalan kebaikan mereka melebihi amalan yg
buruk.
2. Apakah mereka telah melaksanakan segala
suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-larangan Allah.
3. Apakah mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka samada terhadap diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
4. Apakah hukum-hukum Allah telah ditegakkan dalam
setiap lapangan kehidupan mereka.
5. Apakah kita telah mengikuti dan melaksanakan sebaik
mungkin segala ajaran-ajaran yang telah dibawa oleh junjungan mulia
Rasulullah saw.
Semua ini perlu menjadi bahan renungan dan penghisaban
setiap Jamaah Haji yg berada di Padang Arafah.
Manakala, bagi mereka yang belum mampu atau mempunyai kesempatan untuk menunaikan haji, masih ada banyak kesempatan amal untuk kita kerjakan.
MEMPERBANYAKKAN IBADAH DAN AMAL SOLEH DI SEPULUH HARI PERTAMA ZULHIJJAH

Bagi kita yang tidak
menunaikan hajipun, kesempatan emas tetap terbuka untuk meraih banyak keutamaan
di bulan Zulhijjah.
Memperbanyakkan ibadah pada
tanggal 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah merupakan pilihan yang bijak kerana
banyak hadits yang menjelaskan keutamaannya.
Ibadah itu boleh berupa:
a. Memperbanyakkan sedekah.
b. Berzikir.
c.
Tilawah
Al Qur’an.
d. Amal Soleh lain.
Rasulullah saw bersabda :
“Tidak ada hari-hari di mana amal soleh lebih disukai oleh Allah Azza wa Jalla dari pada hari-hari ini, yakni hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah.”
“Tidak ada hari-hari di mana amal soleh lebih disukai oleh Allah Azza wa Jalla dari pada hari-hari ini, yakni hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah.”
Para shahabat pun bertanya,
“Ya Rasulullah, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah?”
Baginda menjawab, “Memang,
meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah, kecuali seorang yang pergi
membawa nyawa dan hartanya, kemudian tidak satu pun di antara keduanya itu yang
kembali (mati syahid).” (HR Jamaah kecuali Muslim dan Nasai’e)
Dalam hadits yang lain, Rasulullah saw bersabda :
“Tidak ada hari-hari yang dianggap lebih agung oleh Allah swt dan lebih disukai untuk digunakan sebagai tempat beramal sebagaimana hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah ini. Oleh keranan itu, perbanyakkanlah pada hari-hari itu bacaan tahlil, takbir dan tahmid. (HR Ahmad)

“Tidak ada hari-hari yang
lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari
sepuluh Zulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu
tahun dan solat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan solat pada
malam lailatul qadr.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)
PUASA HARI ARAFAH
PUASA HARI ARAFAH
Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk berada di Arafah
pula masih ada ganjaran besar yang disediakan Allah swt sebagaimana sabda
Rasulullah saw :
“Dan puasa satu hari Arafah, aku perhitungkan kepada Allah
untuk menebus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun sesudahnya.” (HR
Muslim)
Nah...betapa pemurahnya Allah swt walaupun
seseorang tidak mampu untuk pergi
ke tanah
suci dan berada di Padang Arafah pada waktu tersebut mereka masih
berpeluang untuk mendapat pengampunan dosa selama 2 tahun daripada Allah
swt dengan berpuasa pada hari itu.
Puasa ini disunnahkan bagi
kita yang tidak mengerjakan haji. Adapun bagi mereka para jamaah haji, mereka tidak
dibenarkan untuk berpuasa kerana ketika itu mereka perlu wukuf di Arafah.
Dengan yang demikian, keutamaan hari Arafah boleh dinikmati samada oleh orang
yang sedang berhaji mahupun yang tidak berhaji.
Subhanallah!! Sungguh luarbiasa.
Subhanallah!! Sungguh luarbiasa.
Mendengar keutamaan puasa
Arafah ini, dapat kita fahami bahwa pada hari Arafah itu, ramai orang
yang dibebaskan oleh Allah swt dari siksa neraka.
“Tidak ada satu hari yang pada hari itu Allah membebaskan para hamba dari api neraka yang lebih banyak dibandingkan hari Arafah.” (HR Muslim)
SOLAT AIDIL ADHA
“Tidak ada satu hari yang pada hari itu Allah membebaskan para hamba dari api neraka yang lebih banyak dibandingkan hari Arafah.” (HR Muslim)
SOLAT AIDIL ADHA
Amal khusus di bulan Zulhijjah berikutnya adalah Solat Aidil Adha.
Jumhur ulama’ menjelaskan
bahwa hukumnya sunnah muakkad dan ada beberapa ulama’ yang berpendapat hukumnya
wajib.
Jika pada Solat Aidil Fitri
disunnahkan makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke tempat solat, maka Solat
Aidil Adha adalah kebalikannya iaitu disunnahkan makan setelah Solat Aidil
Adha.
BERQURBAN
BERQURBAN
Amalan lain yang sangat
istimewa dan khusus di bulan Zulhijjah ini adalah qurban.
Ibadah qurban ini juga
sarat dengan nilai tarbiyah. Bahkan sejarah disyariatkannya qurban pada masa
Nabi Ibrahim as adalah sejarah :
1. Pengorbanan.
2. Ketaatan.
3. Proses pewarisan di dalam
keluarga muslim.
Kita sekarang tidak
diperintahkan untuk menyembelih “Ismail-Ismail” kita,
tetapi boleh menyembelih kambing, biri-biri, lembu dan unta sebagai bentuk
ketaatan dan pengorbanan kita kepada Allah swt.
Keutamaan qurban adalah sebagaimana yang disebutkan dalam hadits berikut :
“Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada Hari Raya Qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih haiwan. Sesungguhnya haiwan kurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya.

Sesungguhnya sebelum darah kurban itu mengalir ke tanah, pahalanya
telah diterima Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban.” (HR Tirmizi)
Masyaallah....marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ada di dalam Bulan Zulhijjah ini semoga ianya menjadi bekalan abadi untuk kita bertemu Allah swt di akhirat nanti.

Semoga Zulhijjah 1434H ini menjadi
madrasah untuk kita semakin mendekatkan kita kepada Allah swt sehingga kita
memperolehi ridha, rahmat dan keampunanNya beserta harapan untuk bertemu Allah
swt kelak di syurgaNya.
Ya Allah, berilah kekuatan
kepada kami untuk kami mengisi 10 hari yang terbaik di bulan Zulhijjah ini
dengan amal-amal yang dicintai olehMu sehingga kami mendapat kelebihan dan
ganjaran yang besar yang disediakan untuk mereka-mereka yang melaksanakan amal
dengan penuh ketaatan dan kesabaran.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
WAS