skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Thursday, 2 May 2013

Ini Kalilah Pilih Pemimpin

Ditulis Oleh WAS Pada 06:26 – 0 Komen Anda
 

Memilih pemimpin bukanlah suatu perkara yang kecil kerana calon yang dipilih itulah yang akan membawa label sebagai pemimpin rakyat untuk membuat dan melaksanakan dasar-dasar yang menentukan nasib ribuan malah jutaan rakyat.

Suka atau tidak suka, calon yang terpilih itulah yang akan menulis tinta sejarah di negara ini. Walauapapun bentuk sejarah yang akan ditulis, ianya masih menjadi tanda tanya besar, samada akan menjadi tinta emas yang sentiasa dikenang atau tinta hitam yang menjadi kenangan pahit dalam lipatan sejarah.

Mampukah calon yang dipilih itu menjadi pemimpin sejati atau menjadi pemimpin yang mengkhianati amanah rakyatnya.

Pemimpin merupakan lambang :

a. Kekuatan.
b. Keutuhan.
c. Kedisiplinan.
d. Persatuan.

Namun, perlu kita sedari juga bahawa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang bahkan ia memerlukan kecekapan, kelayakan dan aktiviti yang utama untuk memimpin rakyat bawahannya.

Melihat ciri-ciri pemimpin, sebagai seorang Muslim, tentulah kita tidak boleh sembarangan dalam memilih pemimpin. Jangan sampai ibarat “memilih kucing dalam guni” yang di kemudian harinya akan mencalarkan kita semula dengan cakarannya.

Jika dahulu, para sahabat radhiyallahu anhum sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin dan semua dari mereka mengaku merekalah yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun!

Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya kamu nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR Al-Bukhari)

PERANAN SEORANG PEMIMPIN

Menurut perspektif Islam ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin :

PERTAMA : PELAYAN (KHADIM)

Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan oleh orang lain belum tentu ianya sebagai tanda kemuliaan kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh berkhidmat dan menjadi pelayan bagi rakyatnya.

Seorang pemimpin sejati :

1. Mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya.
2. Membelanjakan lebih banyak dari hartanya untuk kepentingan rakyatnya.
3. Bekerja lebih keras mengorbankan masa dan kesenangan dirinya untuk keselesaan rakyatnya.
4. Berfikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam berbanding orang yang dipimpinnya.

Demikianlah pemimpin sejati yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan sebaliknya iaitu pemimpin yang hanya ingin dilayani atau ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.

KEDUA : PEMANDU (MUWAJJIH)

Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik supaya selamat sampai ke matlamat tertentu dan tentu sahaja ianya akan tercapai dengan sempurna jika arahan-arahan itu berada di bawah naungan syariat Islam.

CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM

Perlu disedari bahwa dalam memilih pemimpin, ada tanggung jawab yang akan dipikul di hadapan Allah swt terhadap pilihan kita.

Di sinilah pentingnya seorang pemilih atau pengundi mengenal calon pemimpinnya agar ia boleh mengetahui kesesuaiannya dengan watak pemimpin ideal yang ditetapkan oleh Islam. Jika ternyata ianya sesuai, maka jangan segan silu untuk memberikan undi bagi memilih pemimpin tersebut.

Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya ‘Al-Ahkam Ash-Shulthaniyah’ menyebutkan syarat-syarat seorang pemimpin di antaranya :

a. Adil dengan ketentuan-ketentuannya.
b. Mempunyai ilmu yang boleh menghantarkannya kepada ijtihad dalam menetapkan permasalahan semasa dan hukum-hakam.
c. Sihat jasmaninya merangkumi pendengaran, penglihatan dan lisan agar ia dapat terus menangani tugas kepemimpinan.
d. Mempunyai tubuh badan yang normal (tidak cacat) yang tidak menghalangnya untuk bergerak dan beraksi.
e. Mempunyai kebijaksanaan yang boleh digunakan untuk mengurus rakyat dan mengatur kepentingan negara.
f. Memiliki keberanian yang boleh digunakan untuk melindungi wilayah pemerintahan dan memerangi musuh.

Tanpa memiliki
ciri-ciri di atas, seorang pemimpin akan menghadapi kesulitan dalam mengatur dan mengurus negara dan rakyatnya.

Ibnul-Muqaffa' dalam kitab
nya ‘Al-Adabul-Kabir Wa Adabush-Shaghir’ menyebutkan perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang pemimpin :

“Tanggung jawab kepemimpinan merupakan sebuah urusan yang besar. Seorang pemimpin perlu memiliki empat kriteria yang merupakan tiang dan rukun kepemimpinan. Di atas keempat kriteria inilah sebuah kepemimpinan akan tegak, iaitu:

1. Tepat dalam memilih.
2. Keberanian dalam bertindak.
3. Pengawasan yang ketat.
4. Keberanian dalam melaksanakan hukuman.”

Selanjutnya ia mengatakan :

“Pemimpin tidak akan mampu berjalan tanpa menteri dan para pembantunya manakala para menteri tidak akan bermanfaat tanpa kasih sayang dan nasihat dan tidak ada kasih sayang tanpa akal yang bijaksana dan kehormatan diri.”

Dia menambah
lagi :

“Para pemimipin hendaklah sentiasa mengawasi orang bawahannya dan menanyakan keadaan mereka sehingga keadaan orang bawahannya tidak ada yang samar baginya, samada yang baik ataupun yang buruk. Setelah itu, janganlah ia membiarkan pegawai yang baik tanpa memberikan balasan dan janganlah membiarkan pegawai yang nakal atau yang lemah tanpa memberikan hukuman ataupun tindakan di atas kenakalan dan kelemahannya itu. Jika dibiarkan, maka pegawai yang baik akan bersikap malas dan pegawai yang nakal akan semakin berani. Jika demikian, maka kacaulah sesuatu urusan dan rosaklah sesuatu pekerjaan.”

Ath-Thurthusyi dalam kitabnya ‘Sirajul-Muluk’ mengatakan :

Allah swt telah berfirman :

“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini.” (QS Al-Baqarah : 251)

“Yakni, seandainya Allah swt tidak menegakkan pemimpin di muka bumi untuk menolak sikap wewenangan yang kuat terhadap yang lemah dan membela orang yang dizalimi ke atas yang menzalimi, niscaya hancurlah orang-orang yang lemah. Manusia akan saling memangsakan antara mereka. Segala urusan menjadi tidak akan teratur, dan hidup pun tidak akan tenang dan rosaklah kehidupan di atas muka bumi. Kemudian Allah menurunkan kurniaan kepada umat manusia dengan menegakkan kepemimpinan iaitu dengan mengadakan pemerintahan di muka bumi sehingga kehidupan manusia menjadi aman.

K
urniaan Allah Azza wa Jalla ke atas orang yang zalim, ialah dengan menahan tangannya dari perbuatan zalim sedangkan kurniaan-Nya ke atas orang yang dizalimi ialah dengan memberikan keamanan dan tertahannya tangan orang yang zalim terhadapnya.”

Nabi
saw bersabda :

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: (1) Seorang imam yang adil (2) Seorang pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadah kepada Allah. (3) Seorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid. (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. (5) Lelaki yang diajak seorang wanita yang cantik dan terpandang untuk berzina lantas ia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah". (6) Seorang yang menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. (7) Seorang yang berzikir kepada Allah seorang diri hingga menitis air matanya.”

Abu Hurairah
ra berkata :

“Amal seorang imam yang adil terhadap rakyatnya sehari, lebih utama daripada ibadah seorang ahli ibadah di tengah keluarganya selama seratus atau lima puluh tahun.”

Masruq berkata :

“Andaikata aku memutuskan hukum dengan hak sehari. maka itu lebih aku sukai daripada aku berperang setahun fi sabilillah.”

Kebenaran perkataan ini akan nampak
lebih jelas jika kita melihat kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat disebabkan kebaikan pemimpin mereka.

Wahab bin Munabbih berkata
:

“Apabila seorang pemimpin berkeinginan melakukan kecurangan atau telah melakukannya, maka Allah akan menimpakan kekurangan pada rakyatnya di pasar, di sawah, pada haiwan ternak dan pada segala sesuatu. Dan apabila seorang pemimpin berkeinginan melakukan kebaikan dan keadilan atau telah melakukannya niscaya Allah akan menurunkan keberkatan kepada penduduknya.”

Umar bin Abdul-Aziz
berkata :

“Masyarakat umum boleh binasa kerana perangai orang-orang (kalangan) khusus (para pemimpin). Sementara kalangan khusus tidaklah binasa kerana perangai masyarakat. Kalangan khusus itu adalah para pemimpin. Berkaitan dengan makna inilah Allah swt berfirman :

“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu.” (QS Al Anfal : 25 )

Al-Walid bin Hisyam berkata :

“Sesungguhnya rakyat akan rosak kerana rosaknya pemimpin, dan akan menjadi baik kerana baiknya pemimpin.”

Di antara ciri-ciri pemimpin yang lain dalam Islam ialah :

PERTAMA : JUJUR

Pemimpin Islam mestilah jujur kepada dirinya sendiri dan rakyatnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik iaitu pemimpin yang perkataan dan perbuatannya sentiasa selari.

KEDUA : BERKOMPETEN

Kompetensi dalam bidangnya adalah sesuatu yang mutlak yang mesti dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orang akan mengikuti seseorang jika dia benar-benar meyakini bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang dilakukannya.

KETIGA : MEMBAWA INSPIRASI

Seorang pengikut akan merasakan ‘selamat’ jika pemimpinnya membawanya kepada rasa keselesaan dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk manapun situasi yang sedang dihadapi.

KEEMPAT : SABAR

Pemimpin Islam mestilah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan serta tidak bertindak secara tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.

KELIMA : RENDAH DIRI

Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah diri dan tidak suka menampakkan kelebihannya (riya’) serta tidak merendahkan orang lain.

KEENAM : MEMENTINGKAN MUSYAWARAH

Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam mestilah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusannya sendiri.

Syeikh Abdurrahman As-Sa’di mengatakan :

“Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal baginda adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya, “Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. “ (QS Ali Imran : 159), maka bagaimana pula dengan Baginda?”

KETUJUH : MAMPU BERKOMUNIKASI DENGAN RAKYATNYA

Kapasiti ilmiah serta rasa sensitiviti yang baik terhadap mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik kepada rakyatnya.

Komunikasi yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan menimbulkan retorik yang baik, tetapi juga kemampuan memilih perkara yang akan diceritakan kepada orang awam serta masa yang sesuai semasa meceritakannya.

Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi dengan baik di samping jauh dari sikap emosional.

Namun, yang terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah dasar yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh rakyat yang dipimpinnya.

KELAPAN : BERKONGSI DENGAN RAKYAT

Pemimpin yang paling baik ialah pemimpin yang ikut sama berkongsi suka duka bersama rakyatnya.

Rakyat mendapat bahagian keadilan yang sama serta tidak ada yang lebih istimewa dari yang lain sehingga pihak yang merasa kuat tidak memiliki keinginan melakukan kezalimannya dan pihak yang lemah pula tidak merasa putus asa untuk mendapatkan keadilan.

Ada sebuah kata-kata hikmah :

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang orang-orang tidak bersalah merasa aman dan orang-orang yang bersalah merasa takut  manakala pemimpin yang buruk ialah pemimpin yang orang-orang tidak bersalah merasa takut dan orang-orang yang bersalah merasa aman.”

Umar bin
Al-Khatthab ra berkata kepada Al-Mughirah ketika mengangkatnya menjadi gabernur di Kufah :

“Wahai Mughirah, hendaklah orang-orang yang baik merasa aman denganmu dan orang-orang yang jahat merasa takut terhadapmu.”

Ada sebuah lagi kata-kata hikmah :

“Seburuk-buruk harta ialah yang tidak diinfakkan. Seburuk-buruk teman ialah yang lari ketika diperlukan. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang membuat orang-orang baik merasa takut. Seburuk-buruk negeri ialah negeri yang tidak ada kemakmuran dan keamanan. Sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang seperti burung helang yang dikelilingi bangkai, bukan pemimpin yang seperti bangkai yang dikelilingi oleh burung helang.”

KESEMBILAN : BERSIFAT PEMAAF

Seorang pemimpin hendaklah juga memiliki sifat pemaaf kerana maaf dari orang yang kuat adalah suatu kelebihan (fadhilah).

Sifat pemaaf yang dimiliki oleh seorang pemimpin, ibarat mahkota bagi seorang raja.

Allah swt telah mengatakan:

“Jadilah engkau seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.” (QS Al-A'raf :199)

Demikian pula firman Allah
swt yang menganjurkan memberi maaf :

“(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS Ali 'Imran :134)

Aisyah ra berkata :

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw membalas dendam terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap baginda. Hanya sahaja, apabila sesuatu dari hukum Allah dilanggar, maka tidak ada satupun yang dapat menghalang kemarahan baginda saw.”

KESEPULUH : MEMILIKI SIFAT KASIH SAYANG

Seorang pemimpin hendaklah memiliki sifat kasih sayang.

Nabi saw bersabda :

“Sayangilah orang-orang yang di bumi, niscaya Allah yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR Tirmidzi)

Orang yang paling berhak menjadi pemimpin ialah yang paling kasih lagi paling penyayang.

Sebaik-baik pemimpin ialah yang boleh menjadi teladan dan pembuka hidayah bagi rakyatnya dan seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang menyesatkan.

Mafhum dari sebuah hadith dikatakan bahwa rakyat berada di bawah agama pemimpinnya. Jika bagus agama pemimpinnya, maka bagus pulalah agama rakyatnya. Jika kacau agama pemimpinnya, maka kacau pulalah agama rakyatnya.

Dalam hadit
h lain, Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya, yang paling aku khuatirkan atas dirimu ialah imam-imam yang menyesatkan.” (HR Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Sabda Nabi saw lagi :

“Sesungguhnya, Allah tidak mengangkat ilmu sekaligus dari umat manusia, namun Allah mengangkatnya dengan mewafatkan para ulama’ sehingga apabila tidak ada lagi tersisa seorang pun ulama’, manusia mengangkat orang-orang jahil sebagai pemimpin. Ketika ditanya, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Akhirnya mereka sesat lagi menyesatkan.”

Imam
Ath-Thurthusyi berkata :

“Hayatilah hadith ini baik-baik. Sesungguhnya, musibah menimpa manusia bukan kerana ulama’ tetapi apabila para ulama’ telah wafat lalu orang-orang jahil mengeluarkan fatwa atas dasar kejahilannya, saat itulah musibah menimpa manusia.”

Ia melanjutkan perkataannya
bahwa :

“Umar bin Al Khatthab ra telah menerangkan maksud tersebut. Dia berkata, ‘Seorang yang amanah tidak akan berkhianat. Hanya sahaja pengkhianat apabila diberi amanah, lantas wajar sahaja jika ia berkhianat’.”

RAHSIA KEKUATAN PEMIMPIN

PERTAMA : KEKUATAN IMAN, ILMU DAN WAWASAN YANG LUAS

Seluruh para Nabi dan Rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu.

Nabi Sulaiman as memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat.

Nabi Muhammad saw dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat.

Dengan ilmu dan iman, seorang pemimpin akan sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.

KEDUA : IBADAH DAN TAQARRUB KEPADA ALLAH

Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah dapat melahirkan :

a. Kewibawaan.
b. Ketawadhu’an.
c. Kesabaran.
d. Optimistik.
e. Tawakkal.

Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang dahsyat.

KETIGA : KETELADANAN

Ketika Rasulullah saw mengajak para sahabat untuk berjihad, baginda bertempur di garisan paling depan, paling ringan bersedekah dan hidup paling bersahaja.

Ketika Rasulullah saw menyuruh bertahajjud, bagindalah yang kakinya bengkak kerana banyak bertahajjud.

Ketika Rasulullah saw mengajak umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, bagindalah manusia yang paling mulia akhlaknya.

Sesungguhnya bagi calon pemimpin yang akan dipilih, amanah yang akan dipikul bukanlah suatu kemegahan dan kebanggaan. Maka, jadikanlah janji Allah untuk memasukkan pemimpin yang adil dalam syurgaNya sebagai sumber tenaga hidup anda.

Bagi kita yang akan membuat pilihan calon pemimpin dan seterusnya akan dipimpin, marilah kita sedari bahawa peluang kita hanya sekali untuk mengundi dan melakukan pilihan dengan tepat.

Selepas itu, kemampuan kita dalam menentukan arah kepimpinan tidak sekuat semasa kita memilih atau mengundi.

Setidak-tidaknya, kita telah berusaha untuk melakukannya dan yang pasti, pilihan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt.

Semoga Allah swt memberi petunjuk ke dalam hati kita untuk mengundi calon pemimpin yang benar-benar layak bagi melaksanakan tugas kepemimpinan dan amanah besar terhadap rakyat keseluruhannya.

Ya Allah, berilah taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memilih calon pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, berkorban untuk rakyat dan melaksanakan segala agenda untuk  kepentingan dan keselesaan rakyat.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS


Labels: Renungan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
    Proses tarbiyah adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan tidak mudah kerana tarbiyah bererti: 1. Mempersiapkan manusia. 2. Membentuk d...
  • Kepentingan Intima' Jamai'e
    Sebuah Jamaah yang berjuang untuk : 1.       Mengembalikan manusia pada penghambaan kepada Allah swt semata-mata. 2.       Mengemba...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ▼  May (5)
      • Membentuk Generasi Pengubah
      • Kesabaran Menentukan Keunggulan
      • Harga Sebuah Perjuangan
      • Saat Perlaksanaan Amanah
      • Ini Kalilah Pilih Pemimpin
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger