1. Taat, patuh, berserah diri kepada Tuhannya.
2. Mempertahankan agamanya.
3. Berkorban demi dakwahnya.
Telah diwajibkan ke atas dirinya sebuah kesetiaan terhadap bai’ah dan tuntutan-tuntutannya sebagaimana firman Allah swt :
“Setialah pada janji, sesungguhnya di atas sebuah perjanjian itu ada penanggungjawaban” (QS Al Isra’ : 34)
Sehinggalah dijanjikan untuknya kejayaan, namun tiadalah kesetiaan dan ketaatan buat mereka yang tidak menyertai perjanjian ini.
Hakikat sebuah bai’ah, ia adalah sebuah urusan dengan Allah swt.
“Sesungguhnya mereka yang berbai’ah denganmu, mereka sedang berbai’ah dengan Allah.” (QS Al Fath : 18)
Dakwah ini berdiri di atas rantaian pengorbanan yang agung meliputi pengorbanan :
a. Masa.
b. Kesungguhan.
c. Harta.
d. Jiwa .
“Mereka tidak gelisah dengan apa yang menimpa mereka di jalan Allah, mereka tidak lemah dan tidak duduk diam kerananya” (QS Ali Imran : 146)
Semoga Allah swt menganugerahkan kita kesetiaan terhadap bai’ah dan seterusnya membimbing kita untuk terus memberi dan menyumbang terhadap dakwah ini semata-mata ikhlas kerana agama ini.
DAKWAH BERMULA
Pada tahun 1928, dakwah Ikhwanul Muslimin telah bermula. Ia dimulakan semata-mata kerana Allah, mengikut jejak Rasul yang mulia saw, penghulu sekalian pemimpin, ketua yang paling benar.
Begitulah yang telah berlaku , dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang berlandaskan Al Qur’an ini akan kekal di mana :
1. Ia tidak mengenali warna dan corak selain
Islam.
2. Ia tidak dicelup dengan celupan selain
celupan Ilahi.
3. Ia tidak menasabkan dirinya kepada sesuatu
pimpinan kecuali pimpinan Rasulullah saw.
4. Ia tidak mengenal sebuah manhaj kecuali Al
Qur’an, yang tiada padanya kebatilan kepada yang beriman dengannya, bahkan buat
yang menentangnya.
Mereka yang telah mendahului kita dengan ikhlas dan thabat di atas jalan
dakwah ini adalah mahkota di atas kepala kita.
Jejak mereka yang benar telah memancarkan kemanisannya kepada kita dan
kita mengambil bekalan darinya dalam perjalanan ini.
Kita berdoa agar Allah rahmati mereka yang telah pergi dan memelihara
mereka yang masih menunggu di samping kita memohon agar Allah memberkati umur
dan amal mereka serta memberikan kepada kita manfaat ilmu dan amal.
Inilah yang di ajar oleh Al Qur’an, iaitu tatacara berinteraksi dengan
para sabiqin (orang orang terdahulu) dan sodiqin (orang orang yang ikhlas)
dalam kalangan ahli iman sebagaimana firman Allah swt :
“Wahai tuhan
kami, ampunilah kami dan saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman ..
” (QS Al Hasyr : 10)
Untuk mereka kita hadiahkan :
a.
Doa yang tulus.
b.
Kesetiaan yang tidak berbelah
bagi.
c.
Pengikut yang benar.
Ketika mana Imam Hasan Al Banna ditanya tentang rahsia kejayaan dakwahnya terhadap masyarakat di sekelilingnya dan rahsia keajaiban kesan dakwahnya terhadap mereka, beliau berkata :
“Aku telah berdakwah kepada mereka pada waktu pagi, kemudian aku mendoakan mereka pada waktu malam.”
Ini adalah ibrah (pengajaran) yang penting yang kita belajar di atas jalan dakwah :
“Bahawasanya kaedah dakwah berorientasikan ‘telinga’ dengan mendidik mereka dengan bimbingan, peringatan dan teguran tidak akan mencukupi, maka adalah satu kewajiban untuk kita berdoa kepada mereka pada waktu waktu sendirian kita dengan Allah, terutamanya pada waktu malam yang sangat berharga kerana penerimaan Allah adalah sebenar benar rahsia penerimaan manusia terhadap dakwah kita.”
Ini bersesuaian dengan apa yang disebut oleh Imam Ibnul Qayyim :
“Barangsiapa yang meletakkan Allah pada jiwanya, maka Allah akan meletakkan jiwa hamba-hambaNya kepadanya.”
RUH YANG
SENTIASA HIDUP
Sesungguhnya dakwah Ikhwan Muslimin merupakan sebuah ruh baru yang meresap
ke dalam hati umat ini dan ia dihidupkan dengan Al Qur’an.
Ia adalah sebuah dakwah Rabbaniyah pada prinsip dan tujuannya dan ia
juga adalah dakwah Islamiyah yang asli sebagaimana yang dijelaskan oleh
pengasasnya Imam Hasan Al Banna. Oleh itu, prinsip dan syi’arnya teguh bersama
naungan Rabbaniyah dan Islamiyah.
Prinsip dan Syi’ar yang sentiasa menjadi talian hayat Ikhwanul Muslimin
pada setiap waktu dan ketika adalah (Allah Tujuan Kami, Ar Rasul Teladan Kami,
Al Qur’an Perlembagaan Kami, Al Jihad Jalan Kami dan Mati di Jalan Allah adalah
Cita-Cita Tertinggi Kami)
Ia TIDAK berorientasikan :
1.
Peribadi.
2.
Jawatan.
3.
Kekuasaan.
4.
Keterikatan dengan individu.
5.
Taksub dengan manusia.
Bahkan ia sebuah prinsip yang jitu dan jelas.
“Shibghah Allah. Dan
siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah
kami menyembah.” (QS Al
Baqarah : 138)
Maka dengan inilah jiwa-jiwa Ikhwan :
a.
Bersatu dengan dakwahnya.
b.
Berkorban untuknya.
c.
Hidup dengannya dan deminya.
Mereka mengiktiraf ianya sebagai dakwah Islami yang asli dan suci yang diwariskan
oleh Nabi Muhammad saw.
Pada suatu hari, Ustaz Umar At Tilmisani pernah menulis :
“Jika
seluruh dunia mengumpulkan ketumbukannya untuk merampas dakwah Ikhwan Muslimin,
maka ketahuilah bahawa mereka lemah untuk merampaskan ia dari hati-hati
kamu walaupun dunia ini dipenuhi dengan
mereka, tetapi hati-hati Ikhwan tidak disempitkan dengan mereka.”
Beliau telah membuktikannya bahwa hati-hati Ikhwan tidak akan tersepit
dengan usaha-usaha mereka yang memusuhinya kerana Ikhwan melihat bahwa dengan prinsip
dan syi’ar :
1.
Telah hiduplah hati-hati
mereka.
2.
Tenanglah jiwa mereka.
3.
Mereka merasakan nikmat sebuah
jihad.
4.
Mereka yakin akan ganjaran
dengan naungannya.
5.
Mereka merasakan nikmat
kesatuan hati.
6.
Mereka menikmati kemuliaan
sebuah perjanjian.
7.
Mereka menghidupkan sebuah
Islah yang merupakan jalan menuju kejayaan.
Dari itu, wajiblah ke atas kita sebagai pewaris dakwah yang barakah ini
agar :
a.
Menghidupkan dakwah ini di
dalam hati-hati kita sebagai peringkat yang pertama.
b.
Menjadikan ia menguasai
perasaan kita.
c.
Mendorong keinginan dan cita-ciat
kita.
d.
Menentukan keutamaan amal kita.
Supaya dengan semua itu, kita faham untuk menggenggamnya, hidup
dengannya dan untuknya.
Itulah dia kebanggaan kita dan kejayaan kita dan jika kita laksanakan
haknya terhadap diri kita, maka akan terbinalah ia pada masyarakat kita.
1. Terikatnya ia dengan Tuhannya dengan
mengharapkan padaNya penerimaan.
2. Lahirnya ketamakan kepada ganjaran dan
pahala.
3. Timbulnya ketakutan pada kehilangan ‘juhud’
(kesungguhan) akibat kehilangan ikhlas dan niat yang buruk.
“Dan orang orang yang diberi petunjuk ditambahkan pada mereka hidayah dan didatangkan pada mereka ketaqwaan.”
Marilah bersama kita membangun keikhlasan dan marilah bergembira dengan niat yang baik agar kita perolehi dariNya semulia-mulia keredhaan dan menerima dariNya taufiq dan pahala.
MEDAN
AMAL DAN PERLAKSANAAN
“Setiap kali aku berada di situasi di mana semuanya mendengar (dan aku berucap), aku akan memohon pada Allah untuk menyegerakan hari di mana kita mengalihkan :
1.
Medan kata-kata kepada medan amal.
2.
Medan merancang dan berteori kepada medan
praktikal dan realisasi.
Zaman ini telah menuntut kita untuk segera dengan rantaian amal yang produktif dan dunia ini memerlukan kekuatan dan persediaan, namun kita masih sering berkata-kata dan berangan angan.”
Firman Allah swt :
“Wahai orang yang beriman, mengapa engkau katakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan , seburuk buruk balasan di sisi Allah buat yang berkata sesuatu yang tidak dikerjakan.” ( QS Saff : 2-3)
“Wahai Ikhwan, mereka katakan bahawa masa itu emas, tetapi aku katakan masa itu adalah kehidupan. Ia adalah sesuatu yang termahal untuk seseorang itu miliki. Jangan kamu biarkan waktu melintasimu dan peluang terbiar tanpa kamu memanipulasikan ia ke arah yang kamu idamkan, amal terutama yang ingin sekali aku menuntutnya dari kamu ialah penjamin sebuah kejayaan adalah dengan mengistimewakan diri kamu dan satukan saff kamu.”
“Wahai Ikhwan, Maralah kerana ummah sedang menantimu!
Maralah wahai Ikhwan sekalian untuk membangkitkan ummahmu dengan :
1.
Mengislahkan jiwa kamu.
2.
Membersihkan ruh kamu.
3.
Mencantikkan hati-hati kamu.
4.
Memperteguhkan akhlak kamu.
Jadilah contoh teladan yang utama sebagai model muslim yang sahih akhlaknya dan tindakannya.”
ANGGOTA KEBANGGAAN IKHWAN
Imam Hasan al Banna pernah menyebut ;
“Perkara yang paling menjadi kebanggaan Ikhwan adalah ‘al jundiy al majhul’ (tentera yang tidak dikenali) di mana di antara karakteristiknya adalah dia :
a.
Mengerahkan seluruh kekuatannya.
b.
Menginfaqkan lebih dari apa yang ada di
dalam koceknya.
c.
Mengorbankan waktu-waktunya yang paling
berharga.
d.
Tidak dikenali dan kehilangannya tidak
dirasai.
e.
Menjauhkan diri dari kemasyhuran dan
cahaya terang.
f.
Sedikit berkata-kata tetapi amalnya rancak.
g.
Beriman bahawa dia punya Allah yang selalu
akan mengingatinya dari keramaian manusia.
h.
Adalah yang terbaik dalam kalangan mereka
di dunia dan seisinya.
i.
Cinta akan amal selagi ia ikhlas.”
Salah seorang anggota Maktab Irsyad, Dr Muhyi Hamed berkata :
Barangsiapa yang memerhati situasi semasa di antara kita dan musuh kita, dia akan mendapati dengan jelas jurang kegagalan kita, kaum Muslimin di hadapan musuh kita pada medan politik.
Kita tidak memiliki walaupun sebuah kawasan di negara-negara yang kita gelar Islamik untuk kita uruskan ia dengan baik dan tenang dengan urus tadbir politik yang bebas berasaskan politik Islam.
Peperangan demi peperangan di medan ini berakhir apabila satu pihak telah menewaskan pihak yang lain, namun musuh kita tidak akan berpuas hati dengan kemenangannya dari sudut politik.
Jika kita perhatikan sekali lagi dengan teliti niscaya kita akan dapati sebuah lagi medan perang iaitu medan ekonomi di mana kita akan dapati bahawa sebahagian besar harta orang Arab dan ummah dilaburkan dalam syarikat dan bank musuh kita manakala ulama’ Islam kita pula walaupun dengan kehebatannya, mereka masih tidak memiliki sebuah kekuatan untuk menentukan satu polisi ekonomi Islam yang jitu.
Walaubagaimanapun, musuh kita tidak akan puas dengan tunduknya kita di bawah sistem ekonomi dan politik mereka kerana tabiat sebuah medan perang itu, ia berakhir dengan tunduknya satu pihak terhadap satu pihak yang lain secara ekonominya.
Namun, sekali lagi, peperangan antara kita dan musuh kita tidak akan tamat dengan ketundukan yang disebutkan tadi bahkan peperangan ini akan terus berlangsung.
Kita bawa satu lagi contoh iaitu medan sains dan teknologi di samping kekuatan ketenteraan.
Logiknya, selepas kesemua kemenangan ini (kemenangan musuh ke atas Islam), musuh Islam sepatutnya tidak perlu lagi ambil kisah dengan kehadiran kita dan tidak perlu takut dengan kita kerana mereka telah menjuarai kesemua peperangan pelbagai medan yang disebutkan tadi.
Namun mereka terus menerus melakukan hentaman demi hentaman kerana mereka tahu kita masih ada sebuah kekuatan rahsia pada medan yang mereka tidak pernah berjaya menewaskannya sepanjang zaman.
Mereka sentiasa takut terhadap kekuatan Islam pada masa hadapan dengan sebenar-benar takut kerana mereka tahu bahwa mereka tidak menguasai dan menjuarai medan peperangan yang utama dan mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi pertempuran dalam medan yang sebenar.
Maka apakah medan ini?
Medan pertempuran ini dinamakan : MEDAN TARBIYAH DAN TAKWIN
Musuh kita telah mengetahui bilamana mereka cuba memalingkan masyarakat kita daripada manhaj Islam yang mulia dengan menukarkannya kepada manhaj Komunis, Demokrasi, Sekular, Kapitalis dan Sosialis, para Muslimin tidak terkesan dengan semua itu bahkan kembali kepada Islam dan dakwah.
Para musuh telah melihat semua ini dan mengatakan bahawa pembinaan seorang Muslim ini seperti sebuah takungan air di mana ia dikira baik kerana adanya takungan air Islami dan musuh kita akan cuba sedaya upaya untuk mengosongkan takungan ini dari ke Islamannya dan menggantikannya dengan yang lain.
Tahun demi tahun berlalu dan takungan ini terus terisi dengan acuan Islam. Oleh itu, para musuh tidak kisah asalkan takungan ini diisi dengan selain daripada Islam sehinggalah Islam itu rosak dan tidak mampu menampung sebuah kekuatan Islam. Mereka mahu merosakkan operasi takungan ini sehingga apabila dituangkan padanya Islam, mereka (masyarakat Islam) tidak akan menerimanya.
Oleh itu, kita telah faham bahawa medan pertempuran kita yang utama di antara kita dan musuh kita adalah medan Tarbiyah dan Takwin !
Tarbiyah merupakan sebuah operasi asasi dalam amal kita dan ia adalah sebuah operasi tanpa sebarang kompromi dan tidak boleh ditukar ganti.
Kita sentiasa mengharapkan agar menjadi salah seorang ‘jundullah’ , pemegang panji dakwahNya. Oleh itu kita berdiri bersetentang menghadapi ahli-ahli kebatilan dan musuh musuh Islam.
Penyertaan kita ke dalam peperangan ini telah membuatkan kita jelas pada fikrahnya di mana medan ini merupakan medan yang luas dan pelbagai dan oleh kerana itulah, musuh kita bersenjatakan ilmu pengetahuan dan maklumat berbanding persenjataan dan kekuatan ketenteraan di mana mereka juga biasa menggunakan tipudaya dan muslihat.
kita tidak akan berundur dan adalah penting untuk kita faham dengan jelas ciri-ciri medan ini antara kita dan musuh kita, menganalisa latar belakang medan utama dan sampingan mereka, mengambil tahu pendirian asas dan sampingan mereka dan kemudian kita tidak sesekali membenarkan mereka mendahului kita dan sentiasa kita menumpukan seluruh kekuatan pada pertempuran sehinggalah mencapai kemenangan pada medannya yang utama.
Imam Hasan Al Banna menyebut :
“Sesungguhnya, ummah yang melalui peristiwa sebagaimana yang kita lalui dan bangkit untuk sebuah agenda sebagaimana agenda kita dan menghadapi tanggungjawab seperti yang kita hadapi .. tidaklah patut baginya untuk berasa selesa dengan ketenangan ataupun sibuk berangan-angan panjang, sepatutnya mereka perlu menyediakan diri mereka untuk pertarungan yang panjang dan ganas antara :
1.
‘Al
Haq’ dan ‘Al Batil’.
2.
‘An
Nafi’ (manfaat) dan ‘Ad
Dhor’ (mudharat).
3.
Pemilik
Al Haq dan perampasnya.
4.
Yang ikhlas yang menang dan pendakwa yang
gagal.
Imam Hasan Al Banna juga sangat menekankan tarbiyah dengan menamakan ia sebagai kerja-kerja pembinaan ‘Ar Rijaal’ di mana beliau menyebut :
“Persiapkanlah dirimu dan laksanakanlah tarbiyah sahihah dan pemilihan yang teliti, ujilah ia dengan amal.”
Beliau juga menekankan tentang kepentingan menentukan wasilah dan uslub yang selaras dengan subjek dakwah dan suluknya di mana ia perlu harmoni dengan ‘mustajiddaat’ (perkara perkara baru) yang wujud di sekelilingnya selagi ia tidak lari dari objektif dan misi di mana beliau menyebut :
“Sesungguhnya di setiap zaman itu ada caranya yang tersendiri dalam penulisan, sesuai dengan uslub ahlinya, kefahamannya, tatacara didikannya, haruslah pembaharuan ini mengikut permodenan laras akal manusia dan perubahan kaedah menganalisis dan berfikir mereka.”
‘Faham dan menambah pengetahuan’ dan ‘Tarbiyah dengan mengubah akhlak dan realiti’ adalah dua frasa berbeza yang perlu kepada penjelasan.
Tarbiyah menuntut :
a. Masa yang panjang.
b. Gerakan yang menyeluruh.
c. Persediaan amali dan praktikal yang sangat
memenatkan.
Marhalah dakwah ini terbahagi kepada tiga ;
PERTAMA : AT TA’ARIF
Menyebarkan fikrah umum kepada masyarakat dan pengurusan dakwah pada zaman ini, pengurusan perbadanan persatuan yang terurus dan kepentingan amal untuk kemaslahatan awam.
Wasilahnya adalah :
1. Menyedarkan.
2. Membimbing.
3. Membangunkan projek-projek bermanfaat dan
sebagainya.
Membina sebuah peribadi yang mempunyai ciri ciri yang terbaik untuk menanggung sebuah bebanan dakwah, seterusnya menggabungkannya dengan yang lain, memilih peribadi-peribadi yang terbaik, mempersiapkan mereka dengan pelbagai keperluan dan mengukuhkan saf. Pengurusan dakwah pada ketika ini berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan pada amalnya. Syi’ar kedua-dua yang disebutkan adalah arahan dan taat tanpa sebarang keraguan dan mengundur diri, tiada syak dan ketakutan . Dakwah pada peringkat ini tidak terhubung kecuali dengan persediaan yang ampuh untuk menampung bebanan dakwah dalam tempoh yang lama dan meletihkan (ketaatan yang total).
Imam Hasan Al Banna menyebut:
“Wahai Ikhwan, sungguh kamu berperanan mentakwin maka janganlah kamu abaikan sebaik-baik persediaan dan siap siaga yang sempurna. Bergeraklah 90% daripada waktumu untuk takwin ini, agihkan baki 10% untuk urusan yang lain sehinggalah gagah dayamu dan sempurna persiapanmu serta lengkap kehebatanmu. Setelah itu, Allah akan merealisasikan Al Haq di tengah-tengah kaummu dan Dia adalah sebaik baik perealisasi. Sesungguhnya, peperangan kita adalah peperangan tarbawiyah dan amal terhadap diri kita adalah kewajiban kita yang terutama, maka berjihadlah ke atas dirimu.”
Sesungguhnya kesedaran ruhiyah yang merupakan kesan dari marhalah ta’arif perlulah tidak dibiarkan lenyap dan hilang bahkan wajib untuk dibimbing dan dicantikkan jauh ke dalam jiwanya supaya ia bergerak untuk islah dan perubahan. Kemudian, membentuk individu yang menerima dakwah selepas marhalah ta’rif ini dengan asas dakwah dan acuan bahan bahannya, fikrahnya, silibus pendidikannya sehinggalah menjadi ahli yang layak untuk melakukan tanfiz ke atasnya.
Kesimpulan kepada fasa takwin adalah melahirkan insan rabbani yang memilih :
a. Al Khaliq berbanding makhluk.
b. Akhirat berbanding Dunia.
c. Tarikan Agama berbanding tarikan Al Hawa.
Ia
adalah peringkat ketiga dalam kitaran amal pada dakwah Ikhwan. Imam Hasan Al
Banna telah menetapkan tabiat dakwah pada marhalah ini dengan kata-katanya :
“Dakwah pada marhalah ini adalah jihad
tanpa kompromi, amal yang berterusan menuju ke arah misi dan matlamat, ujian
demi ujian, tidak akan dapat menempuhnya kecuali orang yang benar dan tidaklah
akan mencapai kejayaan kecuali dengan sebenar-benar taat.”
Tanfiz
memberi maksud bahwa seluruh kesungguhan yang dikerah untuk kemampanan dakwah
Islamiyah, ia berupa setiap gerakan harian yang berorientasikan jihad untuk
meralisasikan misi sesebuah marhalah.
Maka
termasuklah di bawah makna tanfiz, setiap amal jihad harian dan setiap
persiapan untuk membangun daulah Islamiyah. Oleh itu, projek yang kita maksudkan
ini adalah sinonim dengan tujuan hidup kita.
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah
Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan
berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah
memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai
kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al
Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua
menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah
zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka
Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (QS Al Hajj : 77 – 78)
Ya Allah, Kurniakanlah kemenangan kepada pejuang-pejuang agamaMu dan mereka
yang berkorban harta dan nyawa semata-mata untukMu. Berikanlah kekuatan kepada ummah
ini serta peliharalah dakwah ini sehingga seluruh kehidupan akan menjadi aman
dan sejahtera.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS