Dakwah
Islam memiliki beberapa ciri yang menggambarkan bagaimana Islam sebenarnya. Ia
adalah dakwah yang juga mempunyai karakter dan sifat-sifat Islam itu sendiri.
Dengan
memahami ciri-ciri ini maka kita akan mendapatkan suatu kefahaman yang jelas
tentang dakwah lalu kesedaran akan kepentingan dakwah pun akan muncul sehingga
kita dapat memelihara dan mengembangkan dakwah ke dalam masyarakat.
Di antara ciri-ciri dakwah tersebut
adalah :
PERTAMA : RABBANIYYAH
Dakwah yang rabbani adalah
dakwah yang berorientasi kepada Tuhan. Rabbani bererti segala aktiviti dakwah
Islam mestilah merujuk kepada Allah sebagai ‘Rabb’.
‘Minhaj’ dan matlamat mestilah dikembalikan kepada Allah swt.
Beberapa petunjuk yang dapat dijelaskan disini adalah ciri dakwah rabbani bererti
mereka yang terlibat dalam dakwah perlulah melakukan proses belajar dan
mengajar.
Pendukung dakwah rabbani
mestilah memiliki sifat :
a. Tidak lemah.
b. Tidak bersedih hati.
c. Tidak cinta dunia.
d. Tidak takut mati.
e. Berani dan sedia berhadapan dengan siapapun.
Dakwah rabbani juga
menjunjung tinggi proses syura yang merujuk kepada :
1. Allah sebagai sumber pengambilan.
2. Rasul sebagai contoh ikutan.
3. ‘Ulil amri’
pelaksana sistem dan peraturan.
Dakwah rabbani juga mengambil
aqidah dan tauhid sebagai sesuatu yang utama. Selain itu ia juga mewarnai
akhlak Islamiyah, ukhuwah Islamiyah dan jihad yang juga merupakan sebahagian
dari ciri dakwah rabbani.
Dakwah rabbani juga memberikan
penumpuan kepada tarbiyah ‘takwiniyah’ dalam membentuk aktivis
dakwah dan kemudiannya menurunkan mereka ke dalam masyarakat melalui ketokohan,
kepakaran dan kebersamaan mereka.
KEDUA : ISLAM SEBELUM
JAMAAH
Islam mengajak dan menyeru kepada
persatuan dan bukan perpecahan. Di antara penyebab kepada perpecahan adalah
ta’asub dengan jamaah atau kumpulan.
Allah swt berfirman dengan
melarang kita berpecah belah dan berbangga-bangga dengan kumpulan, tetapi Allah
swt menyuruh kita bersatu di dalam Islam melalui aqidah Islamiyah dan berpegang
dengan tali Allah.
Konsep Islam sebelum jamaah
bukan bererti menafikan peranan jamaah atau tidak memerlukan jamaah atau
kumpulan.
Kenyataan ini adalah usaha untuk
meluruskan dan mendahulukan Islam dari jamaah sehingga mengenal Islam dan kesedaran
terhadap Islam adalah suatu keutamaan yang kemudiannya dapat menerima peranan
jamaah setelah wujudnya kesedaran Islam.
Hal ini akan membentuk sikap
kepada peribadi untuk menerima semua golongan atau mahu berdakwah kepada semua
golongan sehingga memudahkan munculnya dakwah “ustaziyatul ‘alam”
(pelopor dunia).
Pendedahan terhadap jamaah
diberikan setelah kesedaran ‘mad’u’ kepada Islam sehingga penerimaan
jamaah dilakukan dengan cara yang baik.
Sikap kepada jamaah sebagai
wasilah dan bukan satu-satunya tujuan adalah cukup penting walaupun jamaah
digunakan untuk membawa dakwah Islamiyah.
Pendekatan Islamiyah juga bererti
kita menceritakan bagaimanakah semestinya sikap kita sebagai seorang muslim
dengan dakwah Islamiyah yang akan membentuk syakhshiyah Islamiyah.
Siapakah yang akan melaksanakan
dakwah ini?
Jawabannya adalah ‘jamaah’.
Menyebarkan fikrah mengenai
ciri-ciri dakwah Islam adalah usaha untuk mengajak manusia ke dalam jamaah
setelah mereka memerlukan atau memahami kepentingannya.
KETIGA : LENGKAP TANPA
TERPISAH-PISAH
Dakwah Islam adalah sesuai
dengan nilai Islam sehingga dakwah Islam mestilah bersifat ‘syamilah’ (sempurna) dan
tidak boleh bersifat ‘juz’iyyah’ (terpisah-pisah).
Sempurna dari segi program,
aktiviti, tujuan dan minhaj. Dakwah yang sempurna juga mencakupi bidang
tarbiyah, dakwah, sosial, budaya, politik, ekonomi, pertahanan dan keamanan.
Aspek ini perlu dibicarakan
oleh dakwah. Tanpa membahas masalah ini atau hanya membahas masalah dakwah semata-mata
maka dakwah seperti itu adalah masih bersifat ‘juziyyah’.
Dakwah yang sempurna juga
menekankan peranan dan aktiviti dakwah yang membahas tentang masyarakat dan
keahlian juga bertumpu kepada jihad dan tertegaknya syariat.
Dakwah yang sempurna juga
berperanan di dalam membangun masyarakat melalui potensi dirinya.
Kefahaman terhadap dakwah
yang sempurna ini akan membuka pemikiran aktivis dakwah betapa perlunya dakwah
dan agar Islam dapat diterima oleh masyarakat.
Penerimaan aktivis dakwah oleh
masyarakat sudah tentu mempunyai beberapa ciri misalnya kerana ketokohan,
status, kemampuan, kepakaran dan sebagainya. Untuk mencapai ciri-ciri ini maka mulai
dari sekarang, jamaah dan dakwah perlu memikirkan dan bergerak dalam berbagai
bidang.
KEEMPAT : KONTEMPORARI DAN
TIDAK MENGIKUT TANPA USUL PERIKSA
Dakwah ini bersifat ‘mu’asirah’
(kontemporari) dan tidak ‘taqlidiyah’ (mengikut tanpa usul
periksa).
Pendekatan dakwah secara ‘minhaj’
mestilah mengikuti keasliannya iaitu Al Qur’an dan As Sunnah walaupun ada yang
menyebutkan bahwa pendekatan ini adalah ‘taqlidiyah’ tetapi secara uslub
seperti wasilah dan strategi, ia mestilah canggih dan mengikuti perkembangan
semasa.
Pendekatan kontemporari bererti
mengambil situasi dan keadaan, peristiwa, sikap, keperluan dan kemudian
dikaitkan dengan sasaran. Contoh yang nyata misalnya pendekatan dakwah melalui ‘internet’,
menggunakan ‘power point’ dan sebagainya.
Dakwah kontemporari juga
menggunakan pendekatan semasa seperti parti, pilihanraya dan sebagainya. Dalam
isu peperangan, ia juga dilakukan dengan senjata yang canggih bukan dengan
panah atau pisau, begitu juga kenderaan bukan lagi menggunakan kuda atau unta.
Pendekatan ‘taqlidiyah’
adalah pendekatan lama yang tidak memperhatikan perkembangan zaman dan merujuk
secara membuta tuli kepada sesuatu yang lama dan mungkin tidak lagi sesuai
dengan keadaan sekarang.
Sikap ‘taqlid’ juga muncul kerana
kurangnya pengetahuan sehingga mengikuti sesuatu tanpa kefahaman yang jelas
atau melaksanakan sesuatu tanpa ilmu.
KELIMA : SESUAI UNTUK
SEMUA TEMPAT DAN BERSIFAT SEJAGAT
Dakwah Islam adalah sesuai
dengan nilai Islam sejagat. Islam adalah agama untuk semua manusia dan juga
rahmat bagi seluruh alam.
Kehadiran Islam adalah untuk
manfaat dunia dan juga untuk kebahagiaan makhluk, khususnya manusia.
Dakwah yang bersifat global
dan bertaraf dunia adalah ciri dakwah Islam, maka oleh kerana itulah dakwah dan
jamaah juga mestilah bertaraf antarabangsa.
Umat Islam ada di setiap penjuru
dunia maka dakwah dan jamaah pun perlu ada di penjuru tersebut.
Tanzim dan jamaah di setiap
negara mestilah juga berkaitan dengan tanzim yang ada di luar negara dan
menyatu di dalam kekuatan dakwah Islam.
Walaupun dakwah adalah
bersifat antarabangsa tetapi dari segi operasinya adalah bersifat tempatan.
Tempat di mana kita berada, berdiri dan menginjakkan kaki itulah sebagai tempat
dakwah kita, tetapi secara fikrah dan hubungan mestilah bertaraf antarabangsa.
Dengan yang demikian, kerjasama dan kesatuan umat akan dapat diwujudkan.
Suatu kenyataan yang tidak
dapat disangkal bahwa kita menghadapi musuh Islam yang bersifat antarabangsa
dan mereka pun bersatu untuk melawan kita dan menghancurkan secara berkumpulan dari
berbagai arah di dunia ini.
Keadaan yang demikian juga
menuntut kita untuk melakukan dakwah secara sejagat di mana selain bagi menghadapi musuh bersama, ia juga
untuk menegakkan syari’ah.
Tuntutan dunia ke arah
globalisasi juga akan membawa dakwah Islam dilaksanakan secara global, terbuka dan sejagat.
KEENAM : PENDEKATAN BERDASARKAN KEILMUAN
Dakwah yang Islami adalah
dakwah yang berjalan melalui pendekatan berdasarkan keilmuan sehingga muncul
kesedaran Islam.
Pendekatan kuliah, ceramah,
perbincangan, latihan adalah sebahagian usaha pendekatan dakwah secara ‘ilmiyah’.
Tanpa pendekatan ‘ilmiyah’,
maka dakwah akan diikuti oleh mereka yang taqlid, jahil, tidak sedar dan
ikut-ikutan sehingga akan membahayakan jamaah itu sendiri.
Allah swt melalui firmanNya
di dalam Al Qur’an atau Nabi Muhammad saw melalui sabdanya di dalam hadits sentiasa
menekankan ilmu dan cara pendekatan Al Qur’an dan Al Hadits dengan cara ‘ilmiyah’
iaitu usaha menyedarkan Islam bukan memaksa dan juga bukan memberikan tekanan.
Masalah tekanan dan paksaan adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam.
Pendekatan ‘ilmiyah’
ini mengajak manusia berfikir dan mengerjakan amalan Islam secara bertahap
mengikuti kefahaman dan kesedaran. Cara yang demikian akan menghasilkan suatu kesan
yang sangat efektif dalam membentuk kesedaran
Islam.
KETUJUH : KETERANGAN DAN
BUKTI ISLAM YANG NYATA
Keterangan yang nyata dengan
bukti yang jelas dan benar adalah sifat Islam. Dakwah mestilah sentiasa meletakkan
asas ‘minhaj’
dan programnya kepada Islam.
Dalil-dalil, rujukan dan
panduan dari Islam adalah ciri dakwah Islam dan bukannya ‘minhaj’ yang berasal
dari luar Islam.
Keadaan yang kadang-kadang
boleh menipu adalah keadaan orang Barat yang sudah maju dan mengeluarkan banyak
produknya misalnya masalah pengurusan. Hal ini boleh mempengaruhi kita untuk memakai
teori-teori itu tanpa dipilih atau disaring menurut Islam.
Pengurusan Barat berbeza
dengan pengurusan Islam. Penerapan pengurusan Barat ke dalam dakwah dan Jamaah
Islamiyah adalah suatu yang keliru atau akan menghancurkan dakwah itu sendiri.
Hal ini adalah suatu bukti dari dakwah yang tidak berdasarkan penelitian secara
Islam.
Masalah yang berkaitan dengan
dugaan atau pengalaman yang terbatas juga akan menghalang sikap kepada bukti
dan keterangan Islam. Oleh kerana itu, perlu rujukan yang kuat kepada Islam
sehingga Islam akan mewarnai seluruh gerak dakwah kita.
KELAPAN : KEKEBALAN DAN
BENTENG ISLAM
Dakwah Islam perlu mempunyai
ciri-ciri kekebalan atau benteng kepada Islam.
Untuk mencapai ini maka
dakwah mestilah berorientasi kepada pencapaian :
a.
Penguasaan teori.
b.
Penguasaan maknawi.
c.
Penguasaan amal.
Penguasaan teori ini dicapai
apabila peribadi yang didakwahkan itu diberi bekalan dengan pengenalan kepada
prinsip Islam seperti rukun Islam, rukun iman dan prinsip lainnya.
Selain itu juga mereka perlu
diberi pengenalan kepada fikrah dan pengenalan minhaj.
Ketiga-tiga
pengenalan ini dilakukan agar ia mampu mencapai penguasaan teori.
Penguasaan
maknawi dicapai dengan cara menumbuhkan sesuatu melalui latihan, amalan dan
aplikasi iaitu kehendak yang kuat.
Sasaran
ini boleh dicapai dengan mengamalkan konsep yang sudah difahami dalam bentuk
amal, biasanya dalam bentuk latihan, tugas dan program bersama yang dilakukan.
Sedangkan penguasaan amal pula
dicapai dengan gerakan yang terus-menerus dan semangat pengorbanan.
KESEMBILAN : PERUBAHAN
BERTAHAP DAN TIDAK MENDADAK
Perubahan yang dikehendaki oleh
dakwah adalah perubahan yang bertahap di dalam proses yang dikehendaki untuk
mencapai sasaran yang ditentukan.
Perubahan ini bukanlah secara
mendadak dan asal berubah semata-mata tetapi lebih kepada perubahan yang
bertahap mengikuti kemampuan, kefahaman, dan tingkatan seseorang ‘mad’u’
tersebut.
Dengan perubahan yang
demikian maka ianya mampu menghasilkan peribadi yang berbeza dan mempunyai
semangat yang kuat.
Dengan ciri-ciri dakwah tersebut,
ia akan dapat menjelaskan bagaimana dakwah dan Jamaah Islamiyah yang sebenarnya.
Penggambaran ciri dakwah ini
juga akan membentuk suatu fikrah dan kesedaran bagaimana dakwah yang baik,
benar dan perlu diikuti.
Persaingan antara dakwah dan Jamaah
Islamiyah serta berbagai persoalan yang berkaitan dengan jamaah dapat dijawab
dengan memahami ciri-ciri khusus dakwah Islamiyah.
Berbagai bentuk ciri-ciri ini
ada yang berkaitan dengan program, sasaran, sifat, aktiviti dan proses
perjalanan dakwah. Penggambaran ciri dakwah ini hanyalah sebahagian sahaja
tetapi semuanya merupakan bahagian dari sifat dan ciri Islam itu sendiri.
Akhirnya marilah kita melihat
apakah ciri-ciri fikrah Ikhwanul Muslimin yang dikumandangkan oleh Imam Hasan
Al Banna :
“Wahai sekalian manusia, kami adalah pemikiran dan
aqidah, sistem dan minhaj yang :
1.
Tidak dibatasi oleh tempat.
2.
Tidak diikat oleh jenis suku bangsa.
3.
Tidak terhalang oleh batasan geografi.
4.
Tidak berhenti hingga Allah mewarisi bumi beserta
segala isinya.
Yang demikian itu kerana ia adalah sistem Tuhan
semesta alam dan manhaj Rasulnya yang dipercayai.”
“Wahai sekalian manusia, tanpa membanggakan diri, kami
adalah :
a.
Pengikut setia Rasulullah saw.
b.
Pembawa benderanya setelah ketiadaan baginda.
c.
Penegak panjinya sebagaimana para sahabat
menegakkannya.
d.
Pengibar benderanya sebagaimana mereka mengibarkannya.
e.
Penjaga Al Qur’annya sebagaimana mereka menjaganya.
f.
Penyebar dakwahnya sebagaimana mereka menyebarkannya.
Kami inilah rahmat Allah untuk seluruh alam.
“Dan sungguh engkau pasti mengetahui (kebenaran)
berita Al Qur’an setelah beberapa waktu lagi.” (QS Shaad : 88)
“Barangsiapa mengikuti kami hari ini, maka ia
beruntung sebagai pendahulu. Dan, orang-orang yang ikhlas (mukhlisin) yang
enggan bersama kami hari ini, maka ia akan bersama kami esok hari. Namun yang lebih dahulu tentu lebih utama.
Sedangkan, barangsiapa yang benci pada dakwah kami, samada
kerana :
1.
Merasa tidak perlu.
2.
Menghinanya.
3.
Meremehkannya.
4.
Tidak mempunyai harapan akan mendapat kemenangan.
Maka, perjalanan hari akan membuktikan kesalahannya
dan Allah swt akan melontar kebenaran kami pada kebatilannya hingga dapat
mengalahkannya, maka lenyaplah kebatilan tersebut.”
“Marilah bersama kami, wahai para aktivis dakwah dan
para mujahid yang ikhlas. Di sinilah jalan yang lurus, maka janganlah engkau
pecah-pecahkan kekuatan dan kesungguhanmu hingga ianya hilang.”
“Dan sesungguhnya, inilah jalanKu yang lurus, maka
ikutilah dia dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang lain), kerana
jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu
diperintahkan oleh Allah agar kamu bertaqwa.” (QS Al Anaam : 153)
Ya Allah, berilah kefahaman Islam
yang sebenar kepada kami sehingga kami tetap berada di atas jalanMu yang lurus,
berkorban dan berjihad di atasnya. Kurniakanlah keyakinan yang teguh di dalam
hati kami akan pertolonganMu dan perasaan tidak ragu terhadap dukunganMu semoga
kebenaran itu akan terserlah apabila berlalunya masa.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS