Api peperangan kembali menyala di bumi Gaza sejurus masuknya kita kaum muslimin ke tahun baru 1434 Hijriyah.
Semua kerosakan di daratan dan di lautan secara khususnya yang berlaku di Gaza adalah dilakukan oleh mereka yang merampas Jerusalem dan menggelar kaum muslimin sebagai Ya'juj dan Ma'juj.
Mereka mendefinasikan kaum muslimin sebagai kaum perosak yang akan menyukarkan mereka di akhir zaman.
Sungguh, sudah banyak kajian bahwa justeru Ya'juj dan Ma'juj itu berkemungkinan besar adalah orang-orang Zionis yang kita kenali ketika ini. Bangsa Yahudi ketika ini kebanyakannya bukanlah bangsa Bani Israil keturunan Nabi Ya'qub itu.
Kebanyakan mereka yang ketika ini mengaku sebagai Yahudi dan Zionis adalah keturunan Bangsa Khazar dari pergunungan Kaukasus yang dengan secara misterinya kemudian memeluk agama Yahudi.
Ciri khas pada wajah mereka adalah ciri khas bangsa Khazar. Mereka inilah sang perosak.
- Mereka adalah kaum yang sama yang memulakan Perang Salib.
- Mereka adalah kaum yang sama tatkala mencuri Jerusalem dari Khilafah Utsmaniah.
- Mereka adalah kaum yang sama yang menyalakan Perang Dunia.
- Mereka adalah kaum yang sama ketika Peristiwa Nakbah berlaku.
- Mereka adalah kaum yang sama yang ketika ini menggenggam dunia dalam rangka mempersiapkan kembali zaman keemasan untuk menguasai dunia dari Jerusalem seperti di zaman Nabi Sulaiman dan kerajaannya.
Lalu masihkah kita berfikir persoalan ini sebagaimana yang mereka berusaha tampilkan di media-media yang sudah mereka kuasai?
Adakah ini persoalannya sebagaimana yang tersurat?
Ini adalah persoalan aqidah!
Ini adalah persoalan kaum yang melempar Taurat dan menggenggam Talmud serta meyakini apa yang ada dalam genggaman mereka dan sedang bergerak mencapai tujuan mereka.
Lalu bagaimana mungkin seorang muslim tidak pula menjadikan persoalan ini sebagai bentuk keyakinan mereka pada Al Quran dan Al Hadits lalu bergerak pula untuk memenangkan Kalimah Allah ini?
Apabila kita mengaku sebagai pengikut Rasulullah saw, maka terimalah hadith–hadith darinya, termasuk hadith mengenai keadaan akhir zaman yang menceritakan keadaan Kaum Muslimin dan Yahudi serta keadaan bumi Palestin yang kita kenali ketika ini.
Sudah cukup Umat Islam terbawa-bawa dengan cara mainan musuhnya sendiri.
Sudah cukup Umat Islam berjalan di muka bumi tanpa agenda yang jelas.
Sudah cukup umat Islam sibuk mengikuti agenda musuh mereka.
“Dajjal” itu sudah memasuki hampir setiap pelosok dunia ini.
Sistem Dajjal sudah mencengkam dunia, bahkan digunakan oleh sebahagian besar kaum muslimin sendiri.
Agak sukar bagi umat Islam untuk :
1. Mampu memahami keadaan yang melingkunginya ketika ini.
2. Memposisikan diri mereka.
3. Mengambil langkah-langkah strategik dan ke hadapan untuk menghadapi perkembangan terkini dalam peperangan sebenar antara keimanan dan kekufuran.
tanpa umat Islam melihatnya dengan perspektif akhir zaman, senario hari kiamat dan fitnah Dajjal.
Selama mana umat Islam tidak mengambil secara serius apa yang telah dikhabarkan dan diperingatkan oleh Rasulnya, Muhammad saw mengenai berbagai fenomena, tanda-tanda dan fitnah akhir zaman, maka selama itu pula :
a. Umat Islam akan lalai.
b. Mereka tidak pernah menyedari apa yang sebenarnya sedang berlaku.
c. Mereka terus puas dalam tidur panjangnya serta terbuai oleh mimpi-mimpi indah dari musuhnya, hingga kemudiannya berfikir di dalam mimpi itulah mereka telah bangun.
Pada hakikatnya, orang bermimpi yang telah bangun, tetap sahaja adalah orang yang tidur !
Ketika Dajjal berperanan sebagai tuhan, maka ia tidak akan melakukannya dengan sebuah deklarasi, proklamasi atau apapun yang seumpamanya, tetapi cukuplah baginya ketika manusia mengikuti cara/prosedur/peraturan/mekanisma/ukuran nilai kehidupan yang telah dibawanya.
Ketika manusia ‘patuh’ dan ‘taat’ atas apa yang dibawanya, maka telah dipenuhilah syarat bahwa ia telah menjadi tuhan bagi manusia dan manusia telah menyembah Dajjal.
Semakin ramai manusia yang hidup dengan cara/prosedur/peraturan/mekanisma/ukuran nilai kehidupan Dajjal, maka semakin ramai pula pengikutnya hingga ketika sampai pada keadaan di mana hampir seluruh manusia di muka bumi ini mematuhi cara/prosedur/aturan/mekanisma/ukuran nilai kehidupan yang diperkenalkan olehnya, maka Dajjal akan membentangkan jalan untuk menjadi pengikutnya.
Jalan bagi mereka yang menjadi pengikutnya adalah jalan yang paling mudah dan sekaligus aman.
Sedangkan jalan untuk menolak cara/prosedur/peraturan/mekanisma/ukuran nilai kehidupan Dajjal adalah jalan yang :
1. Paling sukar.
2. Memiliki risiko paling tinggi.
3. Boleh mengorbankan segala yang telah dimiliki sebelumnya hingga yang tersisa pada manusia itu hanya keimanannya.
Sesungguhnya logik berfikir yang paling mempengaruhi manusia dari teori evolusi bukanlah mengenai asal-usul manusia, tetapi ketika berfikir bahwa perjalanan waktu yang lama telah membawa manusia kini menjadi lebih beradab, lebih cerdas, lebih pandai, lebih berakal berbanding manusia yang hidup jauh di zaman sebelumnya.
Manusia dan zamannya telah berevolusi di mana zaman kini adalah sistem yang jauh lebih maju dan boleh diharapkan, sedangkan manusia dan zaman sebelumnya adalah sistem yang primitif.
Cara berfikir ini akan menjadikan manusia tidak terlintas sedikitpun dalam fikirannya untuk mengalami hidup seperti zaman di belakangnya kerana bagi mereka itu bererti kemunduran, keluar dari logik kemajuan.
Bagi mereka yang menerima cara berfikir Dajjal ini, maka mereka akan mudah menerima apapun yang ditawarkan oleh zaman mereka sebagai produk kemajuan, samada ianya :
a. Cara hidup.
b. Prosedur atau peraturan atau mekanisma atau ukuran nilai kehidupan.
Di mana semuanya akan diterima sebagai suatu hasil atau akibat zaman yang semakin maju, beradab dan boleh diharapkan.
Pertanyaan bagi Umat Islam, benarkah manusia dan zamannya kini lebih maju, lebih cerdas, lebih beradab berbanding manusia dan zaman 1434 tahun yang lalu?
Lebih dari empat belas abad telah berlalu, benarkah manusia dan zamannya kini lebih boleh diharapkan berbanding manusia dan zaman Rasulullah saw dan generasi para sahabat?
Dajjal adalah pendusta, maka ia akan menampilkan muslihat sehingga manusia tidak perlu menyedari kenyataan yang sebenarnya, cukup mengetahui dari sekadar yang terlihat dan ditampilkan.
Misi Dajjal adalah menipu manusia dan tipuan yang paling hebat adalah ketika yang ditipu tidak pernah menyedari bahwa ia telah ditipu, bahkan ia akan membuang jauh-jauh segala kemungkinan bahwa sebenarnya ia sedang dalam keadaan tertipu.
Sistem Dajjal adalah segala tingkatan yang bertujuan :
1. Membawa manusia pada kekufuran.
2. Menghilangkan segala keterkaitan kehidupan dengan Yang Telah Mengurniakan kehidupan.
Walaupun segala fenomenanya adalah petanda betapa sudah dekatnya hari kiamat tetapi manusia justeru akan lalai terhadapnya dan hidup seolah-olah roda peradaban mereka akan terus berputar, tidak mengenali titik pemberhentian dan kehancuran.
Ketika Malaikat Jibril as memberi pelajaran kepada umat ini mengenai Deen mereka, pengetahuan mengenai Hari Kiamat memang hanya ada pada Allah swt sahaja, tetapi pertanyaan berikutnya yang ditujukan kepada Rasulullah saw justeru adalah penekanannya, kerana diharapkan umat ini akan sentiasa berwaspada terhadap segala tanda-tanda Hari Kiamat.
Dalam mengukur sesuatu samada baik atau buruk, mengalami kemajuan atau kemunduran, sistem Dajjal akan menggunakan segala ukuran yang tersedia, tetapi ia akan meninggalkan satu ukuran, iaitu keimanan.
Ketika hendak mengukur kemajuan peradaban masyarakat, maka Dajjal akan mengajarkan bahwa lihatlah apakah di tengah-tengah mereka ada bangunan-bangunan yang tinggi.
Semakin tinggi bangunan mereka, bahkan kalau boleh menembusi langit, maka semakin majulah mereka serta semakin berbanggalah mereka bahwa layaklah mereka menyandang sebagai sebuah masyarakat yang telah maju, maka berlumba-lumbalah untuk itu.
Ketika hendak mengukur prestasi seorang wanita, maka Dajjal akan mengajarkan bahwa prestasi wanita perlu diukur dengan laki-laki sebagai pembanding.
Dajjal mengajarkan bahwa wanita perlu bertindak seperti lelaki, bahkan kalau perlu, berperanan sebagai lelaki.
Dajjal tidak akan mengajarkan bahwa wanita dan lelaki sebenarnya adalah berbeza, layaknya seperti malam dan siang, seperti langit dan bumi di mana ianya tidak mungkin menjadi sama dan kerana itulah mereka saling memerlukan untuk saling melengkapi.
Namun, Dajjal akan mengajarkan bahwa wanita dan lelaki boleh saling boleh dipertukarkan. Wanita boleh menjadi lelaki, melaksanakan peranan sebagai lelaki dan begitu pula sebaliknya untuk setiap lelaki sehingga wanita yang maju dalam Sistem Dajjal terlihat dari pakaiannya yang semakin tidak ada bezanya dengan pakaian lelaki.
Dajjal menghapus rasa malu dari wanita sehingga mereka tidak malu lagi untuk menampilkan diri mereka secara terbuka, terang-terangan bahkan tidak ada lagi rasa malu ketika berkumpul, berdekatan dan bercampur dengan kelompok lelaki.
Sistem Dajjal akan menilai seseorang itu berilmu atau tidak dari :
a. Lembaran kertas yang menjadi ‘setem’ keilmuan.
b. Gelaran yang bermacam-macam yang dibuat secara ‘rasmi’.
c. Berbagai atribut keilmuan lain yang begitu rumit dan kompleks.
Tidaklah menghairankan jika di dalam Sistem Dajjal, kemajuan pendidikan dinilai dari jumlah pemilik ‘kertas setem’ , jumlah pemilik gelaran-gelaran ‘rasmi’ dan jumlah pemilik berbagai atribut keilmuan sehingga menjadi wajar dalam Sistem Dajjal serta sukar untuk membezakan antara menuntut :
1. Ilmu.
2. Gelaran.
3. Kedudukan dan status.
4. Pangkat.
5. Pundi-pundi pengisi perut.
Sistem Dajjal akan membuatkan negara-negara yang kaya dengan berbagai sumber alamnya bingung dengan kurniaan Allah yang mereka miliki disebabkan ianya tidak boleh mendatangkan kesejahteraan.
Sistem Dajjal akan memaksa negara-negara yang berlimpah ruah kekayaan alamnya untuk berfikir bahwa walaupun mereka memiliki segalanya sebagai sumber penghidupan, tetapi mereka tidak dapat menggunakannya begitu sahaja.
Satu-satunya jalan menuju kesejahteraan mereka adalah dengan menjadikan manusia-manusia lain yang tidak memiliki seperti apa yang mereka miliki sebagai hamba mereka di mana Sistem Dajjal akan begitu ramah memberikan penjelasan mengenai cara perhambaan, mekanisma perhambaan dan peraturan perhambaan, bahkan mereka dengan senang hati akan menerima apabila si hamba meminta mereka menjadi sang tuan.
Sistem Dajjal akan mengupah manusia-manusia di setiap negara untuk menggali isi alamnya dan mereka akan membayarnya dengan tumpukan kertas yang tidak mempunyai nilai dan kegunaan apapun manakala negara yang asalnya kaya dengan sumber alamnya kemudian mendapati isi alamnya terhakis dan dengan bangganya berfikir mereka dapat hidup menggunakan tumpukan kertas-kertas sebagai imbalan dari manusia-manusia yang telah memperhambakan mereka.
Sistem Dajjal akan menghidupkan kegiatan ekonomi, perdagangan dan sistem kewangan yang jantungnya adalah riba. Ia akan membuatkan setiap manusia sukar untuk dapat berlepas diri dari riba sehingga sekalipun manusia itu berusaha untuk menghindarkan diri dari riba, debu-debu riba tetap akan sampai kepadanya.
Penggerak kegiatan perdagangan dalam Sistem Dajjal adalah :
a. Berdasarkan asas transaksi yang saling tidak mempercayai.
b. Berfikir hanya untuk menguntungkan diri sendiri walaupun orang lain mengalami kerugian.
c. Nafsu serakah hingga berusaha untuk memonopoli dan sentiasa berusaha menjatuhkan setiap pesaing dengan berbagai cara yang ‘kreatif’.
Sistem Dajjal telah menciptakan wang yang sebelumnya belum pernah dikenali dalam sejarah di mana Dajjal menciptakan wang yang boleh menghasilkan sesuatu dari tanpa sesuatu.
Cukup baginya dengan mencetak angka-angka pada kertas di mana seterusnya ia memaksa manusia untuk percaya bahwa sekarang kertas-kertas itu telah bernilai.
Peluh keringat, komoditi sumber alam dan olahannya serta hasil kerja keras akan dibayar dengan sesuatu yang ‘tiada nilai sebenar’. Sesiapa yang menguasai peredaran ‘wang’, maka dialah yang berkuasa, mengatur serta menjadi tuan dan sesiapa selainnya hanya merupakan orang-orang suruhan dalam permainan Dajjal.
Sistem Dajjal akan membuat cara/prosedur/peraturan/mekanisma/ukuran nilai kehidupan yang agak rumit di mana manusia tidak mampu mengerti cara kerjanya dan oleh kerana itu, lebih baik mereka tidak usah terlalu memikirkan apa yang dibawa olehnya bahkan hanya cukup untuk melaksanakan sahaja kerana hampir seluruh manusia di muka bumi juga melakukan perkara yang sama.
Cara/prosedur/peraturan/mekanisma/ukuran nilai kehidupan Dajjal dibuat bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi untuk memecahkan masalah menjadi berbagai masalah-masalah yang kecil dan kemudian membuatnya berkembang menjadi masalah-masalah baru dan besar serta kemudian membahaginya kembali dan berkembang kembali menjadi masalah-masalah yang baru dan begitulah seterusnya.
Sistem Dajjal akan mengeluarkan manusia-manusia yang sudah dididik untuk melihat masalah secara serpihan dan tidak komprehensif. Dengan yang demikian, manusia akan sentiasa bergantung kepada Sistem Dajjal kerana manusia tidak pernah dapat meyelesaikan permasalahannya.
Dajjal akan mengajak manusia untuk berlumba-lumba dengan apa yang mereka sebut sebagai industri. Daya tarikan Sistem Industri Dajjal adalah ketika segala sesuatu dapat dijadikan sebagai industri sehingga peluang menjadi sangat terbuka untuk menjadi ‘kreatif’ di mana :
1. Politik menjadi industri.
2. Pendidikan menjadi industri.
3. Kehidupan rumah tangga menjadi industri.
4. Anak-anak menjadi industri.
5. Kaum fakir miskin menjadi industri.
6. Hobi menjadi industri.
7. Hiburan menjadi industri.
serta masih banyak lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang sebenarnya tidak memiliki manfaat signifikan bagi manusia jika tidak mahu dikatakan lebih banyak kesia-siaan.
Namun, dengan berbagai industri yang tidak akan habis komoditinya ini, Dajjal akan membuatkan manusia percaya bahwa dari sinilah mereka dapat menggantungkan kehidupan mereka.
Walauapapun bentuk dan penampilannya, Sistem Dajjal adalah sistem yang membawa manusia kepada kekufuran sekalipun yang mengikutinya adalah muslim.
Sistem Dajjal akan membuatkan seorang muslim beriman dan kufur secara ‘periodik’ sedangkan Islam membawa pada keimanan dan keselamatan serta tidak memerlukan apa-apa habuan yang melimpah dan melekat pada Sistem Dajjal.
Islam amat sederhana sehingga apabila ia diterapkan secara menyeluruh, manusia yang sudah terbiasa dengan Sistem Dajjal akan merasa hairan betapa banyaknya perkara dan wasilah yang sebenarnya tidak mereka perlukan.
Kayu ukur untuk mengukur baik-buruk dan maju mundurnya sesuatu dalam Islam adalah hanya berdasarkan keimanan kepada Allah dan rasulNya. Manusia yang baik adalah manusia yang beriman kepada Allah dan rasulNya.
Peradaban yang maju adalah yang membuatkan manusianya beriman kepada Allah dan rasulNya. Cukup setakat itu dan Islam tidak memerlukan selain dari itu.
Kemajuan ilmu pengetahuan dalam Islam dilihat dari semakin tertanamnya rasa takut kepada Allah dan itu sudah cukup serta Islam tidak memerlukan selain dari itu.
Sungguh, jalan yang menghubungkan generasi sahabat di zaman Rasulullah saw dengan generasi kita telah diputuskan oleh Dajjal dengan membangun tembok yang sangat tebal dan tinggi sehingga membuatkan kita tidak dapat mengenal lagi jalan untuk kembali kepada apa yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.
Dajjal hanya memperkenankan kita untuk dapat mengenang Rasulullah saw dan generasi para sahabat tetapi tidak untuk kembali kepada jalan yang telah dirintis oleh Rasulullah saw dan para sahabat.
Satu-satunya cara bagi kita untuk kembali kepada jalan Rasulullah saw dan para sahabat itu adalah dengan menghancurkan dan merobohkan tembok kebal Dajjal.
Setinggi mana dan setebal mana serta sekuat apapun tembok itu, ianya perlu dihancurkan. Hanya mental jihad pasukan Badar yang mampu melakukan itu.
Islam adalah apa yang berasal dari Allah dan rasulNya, Muhammad saw. Tidak ada Islam versi Dajjal dan yang tersedia hanyalah dua pilihan iaitu menjadi Pengikut Muhammad saw atau menjadi Pengikut Al Masih Ad Dajjal iaitu suatu ketika di mana pilihan ini akan menjadi sangat tegas dan memaksa kita untuk memilih salah satu darinya.
“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).” (QS Al Anbiya : 1)
“Sungguh telah Kami turunkan kepadamu sebuah Kitab (Al Quran) yang di dalamnya terdapat peringatan bagimu. Maka apakah kamu tidak mengerti ?” (QS Al Anbiya : 10)
Belum cukupkah ini menunjukkan betapa hari kiamat itu telah dekat?
Sungguh Ya Muslim, kita adalah “Count Down Generation”.
Akhir sejarah itu sudah dalam hitungan menurun.
Mungkin kita atau anak kita akan menjadi saksi kepada episod Akhir Zaman itu.
Sukatan air di Danau Tiberia itu sudah mencapai tingkatan terendah sepanjang sejarah.
Tahukah kita apa episod yang menunggu apabila danau itu mengering?
Bilakah lagi kita akan bangun ‘Ya Muslim, Ya Ummatun Wahidah!’
Oh Al Aqsha! betapa mulianya dirimu.
- Buraq ditambatkan di tembokmu dan Rasulullah saw naik hingga langit ketujuh dari batu yang ada di halamanmu.
- Baitul Ma'mur tegak lurus berada di atasmu.
- Seluruh Nabi dan Rasul solat di hamparanmu dengan junjungan Nabi Muhammad saw sebagai imamnya.
- Engkau menjadi saksi perintah solat diturunkan sebagai tiang agama umat harapanmu.
- Engkau pula yang kelak akan menjadi saksi betapa Kalimah Allah itu akan menang jua.
- Bumi Al Quds sentiasa menjadi bumi ujian dan ia juga menjadi ujian bagi Kaum Muslimin, siapa di antara mereka yang termasuk dalam kelompok yang dijanjikan oleh Rasulullah saw.
- Kelompok manusia yang sentiasa ada di halamanmu hingga akhir zaman untuk memerangi mereka yang berusaha memadamkan Cahaya Allah.
Wahai muslim! Kenapakah engkau sibukkan dirimu dengan rancangan membangun rumah duniamu?
Kenapa tidak dari sekarang engkau rancangkan dan tetapkan bila kakimu akan menjejak Bumi Al Quds dan menegakkan bendera tauhid itu di sana?
“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” (QS At Taubah : 42)
“Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu. “ (QS Ar Rum : 60)
Ya Allah, sesungguhnya Al Aqsha dan penduduk Gaza sentiasa di dalam hati kami. Buat masa ini kami hanya mampu membantu dengan harta benda, airmata dan doa bagi membebaskannya dari cengkaman musuh-musuhMu. Kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada kelompok-kelompok di sekitar Baitul Maqdis untuk mereka tetap teguh mempertahankan Al Aqsha dan berikanlah kemenangan kepada mereka sebagaimana Engkau berikan kemenangan itu kepada Sallahuddin Al Ayyubi.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS