Tepat 12 Februari 2012, rakyat Mesir bergembira merayakan ulangtahun pertama kejatuhan salah seorang dari pemerintah yang dikategorikan dalam “Mulkan Jabriyyan” iaitu penguasa yang memaksakan kehendak mereka yang bertentangan dengan hukum Allah yang Maha Adil.
Namun, 63 tahun yang lepas iaitu pada tanggal 12 Februari 1949 adalah hari di mana Imam Hasan Al Banna menemui Tuhannya di bumi yang sama, bergelimang darah serta syahid di atas jalan yang ia lalui untuk menegakkan syariat Allah dan menghancurkan sembahan selainNya.
PERIBADI YANG DIBERI ILHAM
Nama "Hasan Al-Banna" sentiasa melekat dengan jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimun kerana beliau adalah pengasas dan menjadi Mursyid `Am pertama jamaah tersebut.
Musuh-musuh Islam mengira bahwa setelah mereka membunuh pendiri, mursyid dan pemimpin jamaah ini, mereka juga telah meruntuhkan Ikhwanul Muslimin, mencabut akar kekuatannya, menghentikan langkahnya dan menghancurkan gerakan pembaharuan Islam yang telah membangunkan hati rakyat dan kaum muslimin secara keseluruhan.
Sebenarnya mereka tidak menyedari bahwa kesedaran telah mulai menyeruak ke permukaan setelah kefahaman kaum muslimin diperbaiki dan petunjuk-petunjuk jalan yang mereka lalui semakin jelas.
Sekarang, tunas yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna semakin tumbuh dan berkembang, bahkan dakwahnya yang menyeru kepada Al Qur’an telah bersemayam dalam hati ramai manusia.
Murid-muridnya kini telah menjadi guru yang mengajari manusia apa yang ia ketahui dan mengilhamkan kepada mereka apa yang telah diilhamkan kepadanya. Mereka kini jauh lebih kuat dan kukuh setelah ditimpa kesengsaraan dan penderitaan luar biasa.
Mereka semakin faham akan kehidupan, lebih bersabar atas kezaliman dan semakin mengetahui bahwa musuh dakwah ini lebih besar daripada pendukungnya.
Ikhwanul Muslimin telah menjadi ikon kebangkitan Islam di Mesir dan juga di seluruh negara-negara Islam dan gerakan dakwah ini tidak akan berhenti bahkan akan tetap berlari laju, insyaallah.
Hasan Al Banna telah menyebarkan dakwahnya, menunaikan misinya dan kembali kepada Tuhannya dengan ridha dan diridhaiNya.
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu”. (QS Al Fajr : 27 – 30)
DAKWAH TAUHID
Imam Hasan Al Banna menemui syahadahnya di atas jalan penegakan syariat Islam. Beliau bersemayam dalam sanubari orang-orang yang beriman. Beliau menemui syahadahnya di atas jalan penghancuran patung-patung yang menjadi tuhan manusia. Mereka tunduk pada sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allah.
Patung yang menjadi sembahan manusia itu tidak terbuat dari batu, kayu atau selainnya sebagaimana sembahan orang-orang Arab jahiliyah masa lalu sebagai perantara untuk mendekatkan diri dan berhubungan dengan tuhan mereka.
Namun sembahan di sini wujud dalam bentuk manusia iaitu jasad yang didiami oleh jiwa yang sakit dan dihancurkan oleh hawa nafsunya. Itulah jiwa-jiwa yang :
1. Dikuasai oleh seburuk-buruk makna kehidupan.
2. Menjadi tempat hukum bagi naluri yang sangat rendah.
3. Ditimpa fitnah harta dan kekuasaan.
4. Terpedaya oleh apa yang diberi oleh Allah berupa kemampuan dan kekuatan.
5. Lupa kepada apa yang diturunkan oleh Allah.
6. Sakit dan menyakitkan bagi orang lain.
7. Sesat dan menyesatkan.
8. Binasa dan membinasakan mereka yang mengikuti jalannya.
PENYERU KEPADA ALLAH
Imam Hasan Al Banna tidak menemui syahadahnya dalam sebuah peperangan yang dahsyat kerana beliau hanyalah sebuah peribadi yang kerdil kecuali di saat menggenggam pedang kebenaran. Ia bukan pula sebuah peribadi yang mudah memerangi orang lain atau memperlakukan penganiayaan kepada mereka. Namun beliau sebenarnya adalah seorang penyeru kepada Allah iaitu :
a. Mengajak manusia dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik.
b. Menyeru manusia kepada kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Imam Hasan Al Banna menyeru manusia agar mereka memahami dengan baik bahwa agama mereka adalah sumber :
1. Kekuatan.
2. Kemuliaan.
3. Kehormatan.
Ia memberikan kefahaman bahwa ideologi ini mesti disertai dengan pengabdiaan dan penyerahan yang tulus. Ia menyerukan bahwa Islam adalah agama yang mengandungi nilai-nilai keadilan, kebebasan dan persamaan hak. Ia menyeru semua itu ketika :
a. Kaum muslimin ditimpa kezaliman.
b. Perbuatan dosa dan maksiat menyebar di tengah-tengah mereka.
c. Kebebasan mereka hilang.
d. Negara mereka runtuh nilai-nilai akhlak dan keagamaannya.
e. Kaum muslimin bersifat angkuh dan sombong terhadap sesama mereka.
f. Golongan yang kuat menganiaya golongan yang lemah.
g. Para hakim menghukum sesuai dengan kehendak mereka sendiri.
Pada hari di mana dakwah ini menyebar ke negara-negara Islam yang lain, muncul dengan dengan cahaya gemerlapannya di setiap tempat, ketika itulah orang yang zalim yang hidup di tengah kezalimannya merasakan kegelapan akan segera terjadi.
Mereka mengira pembunuhan yang mereka lakukan terhadap Imam Hasan Al Banna akan menghapuskan gerakan yang dibina oleh beliau, namun pemimpin agung itupun kembali kepada Tuhannya dengan penuh ridha dan diridhaiNya, meraih tempatnya bersama dengan para anbiya’ dan shiddiqin. Musuh-musuh itu menjual kegelisahan mereka dengan murka dan laknat Allah di dunia dan akhirat.
SERUAN ALLAH TIDAK MATI
Inilah peribadi Imam Hasan Al Banna, “Syahidul Islam” yang :
1. Memperbaharui agama ini dalam akal manusia.
2. Menghidupkannya dalam jiwa dan hati mereka.
3. Membangunkannya dari tidur lelapnya.
4. Menyedarkannya dari kelalaiannya.
5. Memotivasi mereka untuk membela dan mempertahankan kemuliaan dan kemerdekaan mereka.
Namun, orang yang zalim telah membunuhnya. Mereka mengira mereka mampu melumpuhkan dakwah ini dengan membunuhnya. Mereka tidak tahu bahwa dakwah ini adalah dakwah Allah, bukan dakwah individu.
Allah mengajarkan kepada mereka bahwa dakwah ini diikat olehNya, bukan oleh para pendakwah yang menyeu kepadanya. Adapun yang diperolehi oleh setiap individu dari dakwah ini adalah bahwa Allah akan memuliakan mereka yang bekerja di dalamnya dan mereka yang meninggalkan dakwah ini telah menjauhkan kebaikan dari dirinya sendiri tanpa sedikitpun mampu mendatangkan mudharat bagi dakwah ini.
Apabila kematian Nabi Muhammad, Rasululllah saw, iamya tidak membawa petaka sedikitpun bagi dakwah ini apalagi kematian seorang yang bernama Hasan Al Banna. Namun adakah orang-orang yang zalim itu memahami hakikat itu semua?
Tidakkah mereka memahami firman Allah swt :
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS Ali Imran : 144)
Sesungguhnya dakwah Islam bukanlah dakwah individu bahkan ia adalah :
a. Seruan Allah kepada kebaikan.
b. Panggilan Allah kepada kebahagiaan sejati.
c. Jemputan ke arah perbaikan manusia.
d. Cahaya Allah yang diturunkanNya ke muka bumi untuk menerobos kegelapan jahiliyah dan kezaliman serta membersihkannya dari keangkuhan dan kerusakan.
LOMPATAN SEJARAH
Sekalipun Imam Al-Banna hanya mampu menyusuri kehidupan di dunia ini tidak lebih dari 42 tahun, namun di masa hayatnya banyak memberi sumbangan dan telah menghasilkan prestasi yang begitu besar sehingga berlaku suatu lompatan sejarah terutamanya :
1. Melakukan perubahan kehidupan umat menuju Islam.
2. Mengembangkan dakwah Islam sehingga lebih menyinar.
Banyak perubahan-perubahan yang telah dilakukan olehnya walaupun semasa hayat beliau, umat Islam dalam keadaan yang begitu parah dan menyedihkan iaitu:
a. Kemunduran dalam banyak segi.
b. Tidak ada kekuatan samada dalaman atau luaran.
c. Kejahilan merata-rata.
d. Penjajahan Barat ke atas bumi Islam.
REFLEKSI USIA KEHIDUPANNYA
Usia 42 tahun, kalau diukur dari perjalanan sejarah merupakan ukuran waktu yang singkat dan merupakan usia yang belum mampu memberikan apa-apa hasil meskipun umur sejarah tidak boleh diukur berdasarkan tahun dan hari, namun dapat juga diukur dari banyaknya peristiwa yang memberi kesan kepada perubahan keadaan dan situasi.
Inilah yang sentiasa melekat pada peribadi Hasan Al-Banna di mana beliau banyak memberikan pengaruh dalam perubahan sejarah dan merupakan salah seorang dari orang yang memberi sumbangan dalam melakukan pembaikan dan perubahan dalam tubuh umat Islam. Meskipun umur beliau secara relatifnya pendek namun beliau termasuk orang yang mampu membina sejarah gemilang.
Setiap orang pasti memiliki faktor yang boleh dinilai dalam kemampuannya memberikan sumbangan serta saham dalam pembentukan karakter dan jati dirinya dan menentukan berbagai hakikat yang dipilihnya.
Bagi mereka yang meneliti ruang lingkup kehidupan Imam Al-Banna, nescaya ia akan menemui suatu permulaan yang baik dan berakhir juga dengan baik seperti dalam satu ungkapan yang masyhur : "Pengakhiran yang baik mesti diawali dengan permulaan yang baik".
Imam Al-Banna semasa mudanya hidup di bawah naungan dan lingkungan yang bersih dan suci. Rumah di mana beliau menjalani kehidupannya juga merupakan rumah yang dicelup dengan celupan Islam yang jernih.
Ayahnya bernama Syaikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna adalah seorang imam masjid di kampungnya dan seorang tukang baiki jam. Namun di sisi lain, ayah Imam al-Banna adalah seorang peribadi yang mencintai ilmu dan buku sehingga ia begitu tekun menuntut ilmu dan membaca buku dan sebahagian waktunya banyak dihabiskan untuk membaca dan menulis di mana beliau juga banyak menulis kitab, di antaranya adalah :

1. "Badai'ul Musnad fi Jam'i wa Tartiibi Musnad As-Syafi'i".
2. "Al-Fathu Ar-Rabbani fi Tartiibi Musnad Ahmad As-Syaibani".
3. "Bulughul Amani min Asrari Al-Fathu Ar-Rabbani".
Komitmen dengan Islam dan manhaj rabbani sangat memerlukan asas yang kuat pada lingkungan yang menggerakkannya agar dapat tumbuh dan besar seperti asas tersebut dan jika tidak ada lingkungan yang mendukungnya maka akan menjadi pudar dan berkemungkinan mati sejak awal kehidupannya.
Allah telah memberikan nikmat yang besar kepada Imam Al-Banna dengan lingkungan yang baik ini. Ayahnya melaksanakan beberapa tugas yang penting seperti :
Allah telah memberikan nikmat yang besar kepada Imam Al-Banna dengan lingkungan yang baik ini. Ayahnya melaksanakan beberapa tugas yang penting seperti :
a. Memberi tarbiyah sejak awal dengan baik.
b. Menumbuhkan kecintaan terhadap Islam kepada anaknya sejak awal lagi.
c. Sentiasa memelihara bacaan dan hafalan Al-Qur'an.
Usaha-usaha tersebut telah membantu pemuda tersebut dalam mengisi waktu dan tenaga ke arah berfikir dan berdakwah di mana pada ketika suasana penghayatan Islam telah mulai pudar oleh gaya hidup yang bebas dan suasana politik yang merosakkan, ia nampak seperti sesuatu yang asing bahkan pelik dan mungkin tidak dapat diterima akal apabila melihat seorang pemuda yang begitu besar komitmennya terhadap ajaran Islam sehingga terserlah dalam mengisi waktu kehidupannya di samping menunaikan ibadah solat dengan penuh disiplin.
Sejak dari awal lagi kita dapat lihat bahwa Imam Al-Banna telah menentukan jalan dan karakter hidupnya iaitu jalan hidup yang beliau jalani dalam kehidupannya sebagai peribadi yang unik serta komited terhadap Islam dan manhaj rabbani dan interaksi dengan orang lain secara baik dan sesuai dengan ajaran Islam.
Beliau begitu terkesan dengan hadits Nabi saw dan begitu kuat berpegang teguh dengannya iaitu seperti sabda Nabi saw :
"Jagalah lima perkara sebelum datang lima perkara...... di antaranya adalah "masa mudamu sebelum datang masa tuamu".
Begitu juga dengan hadits Nabi saw yang lainnya :
"Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada saat tidak ada naungan kecuali naungannya....... di antaranya adalah "seorang pemuda yang taat beribadah kepada Allah".
Maka dari sini kita faham bahwa kehidupan Imam Al-Banna adalah Islam dan tidak ada yang lain dalam diri dan hidupnya kecuali Islam.
Perkara ini cukup jelas tergambar dalam beberapa lembaga atau badan Islam di mana sejak kecil lagi beliau melibatkan diri di dalamnya seperti"Jam'iyyah As-Suluk wal Akhlak" dan "Jam'iyyah An-Nahyu Al Munkar" dan selain itu beliau juga memiliki hubungan yang erat dengan“Tariqat Sufiyah Al Hashafiyah” yang pada ketika itu tersebar luas di berbagai pelosok daerah dan kota di Mesir.
Adapun di antara faktor lain yang membantunya untuk tetap berada di atas jalan kebenaran adalah kerana beliau begitu banyak beribadah dan taat kepada Allah sejak zaman mudanya lagi di mana beliau sering melakukan puasa sunnah khususnya puasa sunnah yang berhubungan dengan hari-hari kebesaran Islam dan lebih banyak lagi beliau melakukan puasa sunnah hari Isnin dan Khamis pada setiap minggunya dalam usaha meneladani sunnah Nabi saw sebagaimana beliau juga sangat bersemangat melakukan puasa sunnah bulan Rajab dan Sya'ban.
Kebanyakan dari kita mungkin merasa asing dalam melakukan ketaatan seperti itu atau merasa berat melakukannya terutama di zaman kita sekarang ini.
Dalam melaksanakan amal-amal ketaatan, Imam Al-Banna juga tidak sunyi dari menghadapi kesulitan dan kesukaran terutama dalam suasana yang tidak begitu kondusif yang dialami pada masa itu iaitu :

1. Wujudnya gerakan "Kristianisasi" yang terancang.
2. Penjajahan yang meluas dan meresap dengan cepat di tengah kehidupan
masyarakat Mesir ketika itu.
masyarakat Mesir ketika itu.
Faktor-faktor di atas memberi saham yang besar dalam menjauhkan umat dari Islam apalagi untuk dapat memberikan komitmen dengan ibadah dan ketaatan.
Namun Imam Al-Banna hidup melawan arus di mana beliau berada dalam semangat Islam yang tinggi serta berpegang teguh dengan ketaatan dan ibadah kepada Allah swt sekalipun umat ketika itu sedang dikelilingi oleh arus globalisasi dan penghakisan jati diri Islam sehingga mengakibatkan sikap tidak endahnya umat terhadap Islam dan jauhnya umat, terutama para pemudanya dari kehidupan beragama.
Ini ditambah pula dengan begitu banyak munculnya seruan dan propaganda asing terhadap dunia Islam seperti liberalisma dan komunisma serta gerakan kristianisasi yang mengajak untuk menjauhkan umat dari Islam dan menjalani gaya hidup moden seperti mereka.
Walaubagaimanapun Imam Al-Banna tetap berpegang teguh dan yakin dengan keislamannya bahkan merasa bangga dengannya.
Pada ketika berdirinya Universiti Kaherah, Darul Ulum merupakan salah satu bahagian dari kuliah yang ada di dalamnya yang menyediakan ilmu-ilmu terkini ditambah pula dengan ilmu-ilmu syariah dan pengetahuan tradisional yang telah masyhur di Universiti Al-Azhar sebelumnya.
Pada ketika itu pula, Imam Al-Banna mendaftarkan diri untuk memasuki kuliah di Darul Ulum. Walaubagaimanapun beliau tidak merasa cukup dengan ilmu yang diperolehi di kuliah tersebut sehingga beliau mencarinya di tempat lain sebagai tambahan seperti beliau sentiasa hadir mengikuti majlis ilmu pimpinan Syaikh Rasyid Ridha di mana beliau cukup terkesan dengan tafsirnya yang terkenal iaitu "Al-Manar".
Namun perkara tersebut tidak menghalang dirinya dari mendapatkan nilai yang begitu baik dan cemerlang sehingga beliau berhasil menamatkan kuliahnya dengan keputusan yang cemerlang dan beliau merupakan angkatan pertama kuliah tersebut.
Lalu setelah itu beliau dilantik sebagai guru di Madrasah Ibtida’iyah di salah satu sekolah yang terletak di daerah Ismailiyah iaitu pada tahun 1927.
Di kota tersebut, Imam Al-Banna tidak hanya menumpukan pada profesyennya sebagai guru Madrasah Ibtida’iyah, namun beliau juga menjadi pendakwah yang pada ketika itu masjid-masjid di sana kebanyakannya kosong dari para pemuda sehingga sukar untuk melihat adanya anak-anak muda yang solat di masjid bahkan ramai juga yang sudah tersasar sehingga ada yang asyik dengan minuman arak yang memabukkan.
Maka dari situ nampaklah beliau sebagai seorang pemuda ahli ibadah, taat kepada Allah dan sebagai pendakwah yang mengajak umat untuk kembali pada Islam yang bersih.
Di kota Ismailiyah pula Imam Al-Banna banyak melakukan interaksi dengan badan-badan Islam dan beliau tampil sebagai pendakwah dengan berbagai wasilah yang dimiliki dan berkeliling ke berbagai tempat dan desa.
Beliau pergi sebagai pendakwah dan membawa khabar gembira tentang agama Islam. Beliau menyeru dan mengajak manusia yang berada tempat-tempat perkumpulan mereka, dan di antara tempat perkumpulan yang sering beliau datangi adalah "café" atau kedai kopi.
Di sana beliau memberikan kuliah pendek keagamaan, terutama pada petang hari sehingga dengan kuliah yang beliau sampaikan telah menarik perhatian sebahagian besar masyarakat pengunjung "café" sehingga menjadikan pemilik "café " tersebut berlumba-lumba mengundang Imam Al-Banna untuk memberikan kuliah petang di "café-café" milik mereka.
Akhirnya di kota Ismailiyah dengan taufik dari Allah dan dengan keberkatan di atas usaha gigih serta keikhlasannya, Imam Al-Banna mampu mendatangkan cahaya dakwah dan memberikan pengaruh yang sangat besar hingga saat ini iaitu dengan berdirinya Gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun yang dipimpin secara langsung oleh Imam Al-Banna padahal ketika itu umur beliau masih sangat muda. Pemuda ahli ibadah, itulah yang telah mampu mendirikan gerakan dakwah Islam terbesar di dunia ketika ini.

PERIBADI ISTIMEWA
Imam Al-Banna memiliki banyak keistimewaan dalam keperibadiannya :
1. Peribadi yang sempurna dan seimbang.
2. Pemuda aktivis.
3. Seorang khatib yang hebat.
4. Memiliki perasaan yang lembut.
5. Mudah berkomunikasi dengan semua orang samada orang awam, petani dan buruh.
6. Seorang cendekiawan yang memiliki ilmu.
7. Mampu berinteraksi dengan para cendekiawan lainnya.
8. Ketika berada di tengah umat manusia, ramai yang takjub kepadanya samada dari
kalangan cendekiawan, hartawan, orang awam, petani, buruh serta yang lainnya.
kalangan cendekiawan, hartawan, orang awam, petani, buruh serta yang lainnya.
Ini semua bersesuaian dengan jalan dakwahnya yang berdasarkan kepada pembentukan umat, dakwah dan individu yang seimbang dalam berbagai sisinya.
Selain itu, Imam Al-Banna juga memiliki suatu karakter yang mampu memberikan pengaruh kepada orang yang ada di sekitarnya. Perkara ini kembali kepada asas yang beliau miliki iaitu kedekatan diri kepada Allah.
Kita juga boleh temui bahwa dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun dan anggota Ikhwan itu sendiri telah terpengaruh dengan peribadi Imam Al-Banna; karakternya yang baik, ikhlas dan taatnya kepada Allah yang kesemuanya bersumber pada cahaya kenabian.
Sebagaimana beliau juga memiliki peribadi yang mantap dan lemah lembut, sentiasa menaruh perhatian dan menolong orang-orang yang dizalimi dan dalam sejarahnya telah banyak disaksikan bahwa usaha dan kerja Al-Ikhwan di berbagai tempat, daerah dan negara sentiasa membela hak-hak umat Islam yang dirampas.

PENDAKWAH ABAD KE 20
Dialah pendakwah yang paling menonjol pada abad ke 20 di mana ia menyerukan bahwa Al Qur’an tidak datang hanya untuk :
a. Diambil berkatnya.
b. Dibacakan pada mayat di atas kuburannya.
c. Dijadikan hiasan dalam almari.
d. Mengajarkan akhlak dan kerohanian.
e. Memutuskan diri dari dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya yang halal.
Tetapi lebih dari itu semua, Al Qur’an adalah :
1. Ilmu.
2. Kefahaman.
3. Kekuatan.
4. Kemuliaan.
5. Kehormatan.
6. Penggerak yang nyata.
Sehingga peradaban ini tegak di atas landasan Islam dengan pancaran sinarnya.
Oleh kerana itu, kita mesti mampu mengambil pelajaran dari perjalanan peribadi pemuda yang berhimpun di dalamnya jiwa yang memiliki nilai-nilai mulia dan agung serta bagaimana jiwa tersebut mampu :
a. Membangun generasi yang berpegang teguh pada Islam.
b. Tidak menyimpang dari jalan Allah.
c. Menepati dan menunaikan amanah yang dipikulnya dengan semampu mungkin.
Meskipun demikian, ujian dan dugaan yang dihadapinya sentiasa datang silih berganti dalam rangka untuk lebih menetapkan keteguhannya pada jalan Allah dan agama Islam serta berusaha untuk meninggikan kalimat (agama) Allah dan meneladani sunnah Nabi saw.
Walaupun dunia tidak membicarakan dirinya dan jejak-jejak yang ditinggalkannya, Allah tetap mengetahui apa yang telah dipersembahkan oleh seorang Hasan Al Banna bagi Islam dan kaum Muslimin dan pahalanya ada di sisiNya. Ia telah jujur kepada Tuhannya, Allahpun menerimanya untuk syahid di atas jalanNya.
Sesungguhnya seluruh amal dan ucapan Imam Hasan Al Banna bukanlah sesuatu yang ia perolehi dengan sendirinya melainkan semuanya adalah pemberian dari Tuhannya.
Dia adalah seorang hamba yang Allah ketahui kemampuannya untuk berjalan di atas jalanNya sehingga orang-orang memperolehi manfaat besar saat bertemu dengannya.
Tatkala ia berbicara, pandangan mata setiap orang akan tertumpu pada wajahnya yang teduh dan berseri-seri serta senyumnya yang lembut. Hati menjadi tertambat pada untaian kalimatnya yang tersusun indah. Itu adalah kurniaan lain yang Allah berikan kepadanya. Kurniaan itu pula membuatkan para pendengarnya tetap mendengarnya. Bahkan, lebih senang apabila ia terus berbicara sesuka hatinya tanpa ada rasa letih atau bosan menikmati kata-katanya.
Setelah dua tiga jam untaian kalimat ‘Rabbani’ itu berlalu, ia lalu memilih orang-orang yang pada diri mereka ada gelombang cinta kepada dakwah Allah lalu menjumpai mereka, mengingatkan, mengarahkan dan memotivasi mereka untuk teguh berdakwah.
Begitulah sekelumit kisah sebuah peribadi seorang pemimpin dan murabbi yang unggul yang mesti kita contohi kerana beliau juga telah mencontohi peribadi Nabi kita Muhammad saw yang merupakan sebaik-baik makhluk dan memiliki akhlak yang paling terpuji.
Ya Allah, berilah balasan yang sebaik-baiknya kepada insan yang telah mengorbankan segala-galanya untuk dakwah di jalanMu. Kurniakanlah ganjaran yang besar di atas jasa-jasanya dan alirkan pahala terus menerus kepadanya selama mana kami masih membaca Al Ma'thuraat yang merupakan doa-doa ma'thur dari NabiMu saw yang telah dikumpulkan semula oleh beliau.

WAS