Ada sejumlah manusia yang bukan dari para Nabi dan juga bukan dari para syuhada', tetapi kedudukan mereka di sisi Allah membuatkan para Nabi dan para syuhada' irihati.
- Mereka dapat menyingkap rahsia Allah dalam diri mereka melalui anugerah pancaindera berupa telinga, mata dan hati.
- Mereka membangkitkan dan "menerangi" nya dengan ibadah dan ketaatan sehingga menyala dan berkobar-kobar.
- Mereka memunculkan dalam jiwa dan hatinya luapan gelombang yang mampu menggoncangkan hati manusia sehingga menjadikannya lunak di hadapan Allah swt.
Tidak ada seorang pun ketika Allah menciptakannya kecuali pasti memiliki potensi menarik dan menolak seperti sebuah magnet yang mempunyai dua kutub yang berbeza.
Jika ia tidak memilikinya bermakna ia telah kehilangan dirinya dan kehilangan rahsia kewujudannya sehingga akhirnya ia akan kehilangan pengaruh dalam kehidupan kerana hanya mampu mengambil tetapi tidak dapat memberi.
Hati dan perasaan menjalin hubungan yang begitu harmoni dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, namun kita dapat merasakan kebahagiaan dengannya.
la menjelma menjadi khayalan indah yang melayang-layang lalu berubah menjadi "penarik" yang dapat menarik ruh dan hati.
Seorang pendakwah yang berjaya adalah yang :

“Mendapat petunjuk Allah lalu membawanya ke tempat persembunyian perasaan ini, sehingga menambah kekuatan dan ghairahnya”.
Allah swt berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu." (QS Al-Anfal : 24)
Sementara orang-orang yang kering hatinya dan berkarat jiwanya, Allah telah nyatakan :
"Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada sungai-sungai yang mengalir darinya, dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air darinya, dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari yang kamu kerjakan." (QS Al-Baqarah : 74)
Ayat ini telah menjelaskan bahawa batu itu sensitif bahkan ia meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.

Walaupun kita tidak memiliki peralatan yang dapat membuka rahsia bagaimana batu itu begitu sensitif, namun kita yakin (melalui ayat) tersebut bahawa batu itu memang :
- Sensitif.
- Takut.
- Melekat antara satu sama lain.
kerana takutnya kepada Allah.
Jika batu yang tidak bernyawa itu begitu sensitif, gementar dan melekat antara satu sama lain kerana takutnya kepada Allah, lalu bagaimana dengan manusia yang banyak diberikan oleh Allah kenikmatan yang besar seperti :

- Akal.
- Perasaan.
- Hati.
sebagai tempat turunnya rahmat Allah swt?
Allah swt berfirman :
"Berkata Musa, 'Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekeluan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku" . (QS Thaha : 25-28)
SKOP KERJA SEORANG PENDAKWAH
Skop kerja seorang pendakwah berbeza dengan seorang penceramah.
Seorang penceramah bertugas menunjukkan manusia ke arah keimanan kepada :

- Asas-asas agama dan aqidahnya.
- Komitmen terhadap etika Islam.
- Mengamalkan hukum-hukumNya.
- Menjelaskan makna ayat mahupun hadith.
Sementara seorang pendakwah bertugas untuk :
- Menuntun kaum muslimin mencapai tujuan Islam dan risalahnya.
- Menyelamatkan umat manusia.
- Membebaskan manusia dari penghambaan kepada selain Allah.
Dia akan membangkitkan umat Islam untuk merealisasikan tujuan-tujuan Islam yang tinggi seperti :
- Tauhid.
- Persatuan.
- Keadilan.
- Kebebasan.
- Saling memberi jaminan.
Dia juga memberikan pendidikan Islam kepada kaum muslimin tentang akhlak, perilaku, dan muamalah sehingga menjadi peribadi contoh dalam masyarakat Islam.
Aktiviti ceramah lebih sempit ruang lingkupnya daripada dakwah kerana seorang penceramah hanya berhadapan dengan orang awam.
Manakala seorang pendakwah tugasnya menyaring peribadi dari sekelompok orang lalu dipilih untuk diberi :

- Kefahaman yang sahih.
- Keimanan yang mendalam.
- Aktiviti yang produktif dan praktikal di jalan dakwah dengan cara hikmah, pelajaran yang baik serta penuh kesabaran.
Medan juang seorang pendakwah lebih luas daripada medan juang seorang penceramah.
Seorang penceramah, setelah menyampaikan ceramahnya akan terus pergi meninggalkan medan dakwah.
Manakala seorang pendakwah, ia :

- Umpama seorang guru sekolah yang menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya.
- Masih ada tugas yang mesti dikerjakan di medan dakwahnya di mana ia mesti menguji muridnya itu dan ujian ini sebagai tahap penilaian bagi guru di akhir tahun, sekaligus untuk meningkatkan kualiti muridnya.
Dengan begitu, dia akan benar-benar serius untuk mencapai hasil yang baik.
- Dia berinteraksi dengan orang lain.
- Dia sentiasa bersama mereka di kala suka mahupun duka.
- Dia membantu yang fakir.
- Dia menolong yang sakit.
- Dia menerapkan kesan dakwah atas dirinya sehingga menjadi contoh tauladan
dalam penampilan, perilaku dan akhlaknya.
Pendakwah seperti itulah yang dicintai dan dirindui, bahkan mereka akan menjadi
- Pendakwah yang menjadi rujukan dalam segala masalah yang dihadapi oleh kelompok mereka.
- Pendakwah yang memahami misinya dalam mengatasi persoalan masyarakat dengan menjauhi ungkapan, khutbah dan ceramah yang melukai hati orang, badan-badan atau masyarakat.
- Pendakwah yang bijaksana dengan memahami tradisi, budaya dan keadaan masyarakat sekitarnya.
Bila seorang pendakwah tinggal di suatu negeri maka yang pertama sekali yang mesti disedarinya adalah tugasnya sebagai :
"PENYATU HATI MANUSIA".
Dia tidak boleh mengeluarkan ungkapan yang :

- Menyakitkan hati.
- Menghiris hati.
- Membuka pintu bagi merasuknya syaitan manusia.
Walaubagaimanapun, seorang penceramah mahupun pendakwah mempunyai tujuan yang sama iaitu agar umat berkhidmat untuk Islam.
Ada suatu peristiwa yang berlaku di zaman Imam Hasan Al-Banna apabila beliau pernah ditanya pada "Pertemuan Selasa" di Kaherah :
"Apa bezanya antara Jamaah Ansharus Sunnah dan Jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimun? "
Secara spontan beliau segera menjawab pertanyaan itu bahawa :
"Jamaah Ansharus Sunnah adalah `madrasah ibtidai'yah' (sekolah menengah) sedangkan Jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimun sebagai sekolah rendahnya".
Jawaban ini memberi kesan yang baik di hati teman-teman dalam Jamaah Ansharus Sunnah. Apalagi sebahagian besar yang menghadiri "Pertemuan Selasa" itu adalah penduduk Mesir yang berasal dari berbagai kalangan dan kelompok bahkan dari berbagai kabilah Qibthi.
Begitu juga di bulan Ramadhan di mana di markas umum Ikhwanul Muslimin sering diadakan solat Tarawih dengan imamnya adalah salah seorang fuqaha' Jam'iyah Syar'iyah Al-Islamiah.
Sesungguhnya misi Ikhwanul Muslimin adalah :

- Membangun dan memperkukuh.
BUKAN
- Merobohkan dan melukai (menyakiti hati).
Hanya tujuan mulialah yang dapat menyatukan umat ini hingga hati dan jiwa mereka menyatu dan perasaan mereka berkobar kerana kuatnya :
- Keinginan.
- Cinta.
- Motivasi.
Allah swt berfirman :
"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."(QS Fushilat : 34)
Dengan seluruh kekuatan ruhiyah yang tinggi inilah, seseorang tidak akan mampu memusuhi atau menolak suatu pendekatan yang baik dan penuh keramahan.
Maka tidak hairanlah apabila binatang buaspun mampu bersahabat dengan manusia, bahkan kadang-kadang mereka hidup bersama manusia seperti yang kita saksikan di kaca televisyen di mana banyak singa dan harimau yang boleh menjadi jinak. Bahkan ular-ular bisapun boleh berjoget mengikuti irama seruling si pawang yang duduk bersamanya di jalan-jalan dan di depan penginapan manusia.
Manusia telah dikurniakan banyak kekuatan oleh Allah dan kurniaan yang terbesar adalah kemampuannya membangkitkan rasa cinta dan kasih sayang.
DUA CIRI PENDAKWAH : "CERDAS DAN BERSIH"
Agar dakwah kita berhasil, maka seorang pendakwah mesti memiliki dua ciri-ciri berikut :

- Cerdas.
- Bersih.
Yang dimaksudkan adalah :
- Cerdas akalnya.
- Bersih hatinya.
Tidaklah pula disyaratkan kecerdasan itu pada tahap yang tinggi namun cukuplah apabila ia dapat memandang segala sesuatu secara seimbang, tidak ditambah atau dikurangi kerana kadang-kadang kita menyaksikan ada sebahagian orang memiliki cara berfikir yang kacau dan tidak tepat ketika menilai persepsi terhadap realiti sehingga menganggap :
- Adat sebagai ibadah.
- Sunnah sebagai perkara wajib.
- Penampilan fizikal sebagai urusan yang utama.
Perkara inilah yang mengganggu jalan-jalan penyelesaian terhadap peristiwa-peristiwa yang timbul dan menyebabkan dakwah mengalami kegagalan yang serius.
Sifat "bersih" menyangkut keadaan hati di mana yang dikehendaki bukanlah seperti "sucinya malaikat" tetapi hati yang :

- Dapat mencintai dan menyayangi orang lain.
- Tidak bersuka ria di atas kesalahan dan penderitaan orang lain.
- Merasa sedih atas kesalahan mereka dan berharap agar mereka mendapat jalan kebenaran.
TIDAK MEMAHAMI DAKWAH
Ketidaktahuan segolongan manusia terhadap dakwah bukan bererti Islam tidak ada di tengah-tengah umat manusia tersebut.
Oleh kerana itu, para pendakwah hendaklah maklum terhadap situasi berkenaan.
Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah berdoa :
"Ya Allah, tunjukilah kaumku! Sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui!"
Apabila seorang pendakwah memahami perkara ini, ia akan :

- Bersikap lembut.
- Sentiasa berwasiat tentang kebenaran dan kesabaran.
- Memiliki "nafas panjang".
Seorang pendakwah mesti memahami situasi dan keadaan seseorang, sebelum ia mendapat taufiq dan hidayah Allah menuju keimanan.
"Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmatNya atas kamu, maka telitilah." (QS An-Nisa' : 94)
Taufiq dan hidayah itu merupakan anugerah Allah swt.
Allah swt berfirman :
"Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, 'Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislaman kamu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepada kamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan, jika kamu adalah orang-orang yang benar." (QS Al-Hujuraat : 17)
Ketika kita berusaha mengubah seseorang dari pemikiran lama menuju pemikiran baru, kita mesti menyedari bahwa pemikiran yang kita bawa itu benar-benar baru baginya di mana ia belum mengenalnya sebelum ini. Kebiasaannya, seseorang yang belum mengenal sesuatu akan menolaknya.
Betapa ramai di kalangan sahabat Nabi ketika mereka belum masuk Islam, memusuhi Rasulullah saw. Namun ketika mereka mendapat hidayah Allah, mereka menjadi pendukungnya, bahkan berjuang dan berperang bersama beliau.
Oleh sebab itu, bila seorang pendakwah memahami bahawa sesungguhnya dirinya adalah pelaku "ishlah" (pembaikan) umpama seorang doktor atau guru, maka pastilah ia akan mengubah cara dakwah terhadap orang-orang awam.
Dengannya, dakwah akan masuk ke dalam relung hati dan akal yang paling dalam hingga mampu mengubah hati (perasaan) dan fikiran itu secara sepenuhnya.
Imam Hasan Al-Banna pernah menyoal sahabat-sahabatnya :
"Jika di hadapanmu ada sejemput gula pasir dan sejemput garam, bagaimana kamu dapat membezakannya?
Mereka mengatakan :
"Kami mesti merasai kedua-duanya, kerana dengan merasainya kita dapat membezakannya. "
Agar manusia mengetahui dakwah yang sebenar, mereka mesti :

- Merasai pahit manisnya.
- Merasai daya tarikannya.
Tanpa merasakan itu terlebih dahulu, mereka patut dimaafkan, sehingga kita telah mendatanginya dan menawarkannya kepada mereka.
Ada suatu ungkapan yang indah :
"Barangsiapa merasai kenikmatan `ishlah', ia pasti mengetahuinya. Barangsiapa mengetahuinya ia akan bangkit dan menyerahkan nyawa sebagai tebusan"
Imam Hasan Al Banna pernah menyatakan dalam kumpulan risalah-risalahnya:
"Berapa ramai kaum muslimin yang tidak mengenal dakwah, bahkan membenci para pendakwah dan memerangi Islam dengan berbagai macam cara yang tidak pernah terlintas di benak hati manusia sekalipun".
Ketika inipun, semua kebohongan dan unsur-unsur rekaan itu tercermin dalam berbagai saluran media di seluruh penjuru dunia.
Di sesetengah negara umat Islam, para pendakwah dilarang secara undang-undang untuk berbicara di tengah-tengah hiruk-pikuk masyarakat. Namun walaupun dikepung oleh konspirasi dunia yang zalim untuk menghancurkan Islam dan pemeluknya, alhamdulillah mereka masih memiliki kekuatan iman yang meliputi segala segi dan tentunya tetap optimis terhadap pertolongan Allah.
"(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka'. Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (QS Ali-Imran : 173)
Di antara catatan kata-kata Imam Hasan Al-Banna :
"Kita akan menang dengan cara yang sangat sederhana. Sekalipun dunia akan menyaksikan apa yang belum disaksikan sebelumnya."
Pernyaatan ini berperanan penting dalam membangkitkan :

- Semangat.
- Kekuatan.
- Kehidupan.
sehingga sebahagian dari anggota Ikhwan sendiri merasa begitu tergoncang dengan kata-kata tersebut.
Bagaimana kita boleh menang dengan cara yang paling sederhana, padahal kita bahkan tidak memilikinya?
Bagaimana mungkin Soviet Union boleh runtuh, padahal memiliki ratusan senjata nuklear?
Itulah hakikatnya! Senjata-senjata itu tidak dapat berbuat apa-apa!
Bukankah ini sebuah realiti yang terang dan jelas di mana kemenangan itu hanya datang dari Allah dan akan diarahkan menurut kehendakNya. Tidak ada urusan bagiNya kecuali bagaikan sekelip mata iaitu apabila Allah mengatakan kepada sesuatu, "Jadilah!" niscaya akan terjadi.
Allah swt berfirman :
"(Al-Qur'an) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan YangMaha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran!" (QS Ibrahim: 52)
Sesungguhnya, misi seorang pendakwah di tengah-tengah kegelapan adalah :

- Menyalakan lilin.
- Menuntun si buta.
- Memperdengarkan yang tuli.
- Memikul beban.
- Memberi makan yang lapar.
- Tawadhu'.
- Kasih sayang kepada sesama muslim.
Ya Allah, kami memohon kemudahan kepadaMu untuk meniti jalan dakwah yang dipenuhi onak dan duri. Berilah kekuatan kepada kami supaya kami mampu membawa obor iman ini ke relung-relung hati manusia sehingga melembutkan hati yang keras, membangunkan jiwa yang tidur dan menghidupkan `ruh' yang telah mati.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS