Imam Hasan Al Banna dalam salah satu nasihatnya pernah mengatakan :
“Kamu adalah ruh baru yang mengalir di tubuh umat yang menghidupkan tubuh yang mati dengan ruh Al-Qur’an.”
Dari ungkapan ini sangat jelas bahwa seorang pendakwah mestilah sentiasa berada di tengah-tengah umat yang mampu menyejukkan dengan ruh penyejuk Al Qur`an.
Dia mesti menjadi agen atau unsur perubah bahkan :
1. Menjadi sumbu bergeraknya masyarakat.
2. Dicintai oleh masyarakat.
3. Diperlukan oleh masyarakat.
Untuk mampu menjadi pendakwah yang dicintai ummat :
1. Niat menjadi suatu keutamaan yang sangat penting.
2. Setelah itu barulah kita perlu mengenal medan.
3. Kemudian memahami metodologi dakwah yang menjadi asas yang perlu kita miliki sebelum kita melakukan sesuatu untuk mereka.
4. Akhir sekali bersabar menghadapi semua keadaan yang tidak selalunya menyenangkan.
Perkara yang perlu dan utama ditanamkan dalam hati adalah niat ikhlas kerana Allah dan kemenangan itu milik Allah swt.
Oleh kerana itu, seorang aktivis dakwah perlu menjadi sebuah peribadi yang dicintai oleh umat. Kecintaan itu mesti muncul secara alami dengan proses yang berterusan.
Kebaikan yang dilakukan pun tidak boleh mengharapkan apa-apa balasan serta mempunyai batasan-batasan tertentu. Tidak ada dalam kamus dakwah kita bahwa dakwah telah selesai dan kebaikan kita pun selesai.
Langkah pertama yang dijalani oleh aktivis dakwah ini sangat menentukan dalam menghantarkannya kepada Allah.
Jika benar langkah pertamanya, maka ia akan naik setingkat lagi tanpa mengalami ‘futur’ (kelesuan) dan kemunduran, sehingga ia tidak akan menyimpang dari sunnah yang telah ditetapkan oleh Nabi saw dan begitu pula sebaliknya.
Selain itu, langkah pertama juga mesti dibangunkan di atas landasan ketulusan. Jika langkah pertama ini terhalang dari ketulusan niatnya, maka bangunan yang dihasilkannya menjadi goyah, sekalipun tinggi.
LANGKAH KEDUA : MENGENALI MEDAN
Mengenali medan menjadi langkah kedua kita setelah niat yang sempurna. Ianya menjadi penting kerana setiap sasaran memiliki karakteristik yang berbeza. Oleh sebab itu, mengenali ciri-ciri, bahasa dan tatacara yang tertentu yang dimiliki oleh masyarakat menjadi suatu kepentingan.
LANGKAH KETIGA : METODOLOGI ATAU TATACARA BERDAKWAH
Metodologi atau tatacara berdakwah menjadi langkah ketiga setelah kita mengenali medan dakwah kita di mana ianya hendaklah disesuaikan dengan siapa sasaran dakwah kita.
Keupayaan yang dimiliki oleh objek dakwah menjadi kayu ukur bagaimanakah kita melakukan dakwah kita sesuai dengan sasaran yang ada.
LANGKAH KEEMPAT : BERSABAR
Setelah semua langkah-langkah di atas telah dilaksanakan, maka seseorang pendakwah itu hendaklah bersabar menerima tindakbalas hasil dari dakwah yang diserukan itu.
Kita tentu masih ingat kisah Nabi Yunus as yang ditarbiyah oleh Allah swt atas usaha dakwah yang dijalani baginda. Ketika itu pertimbangan Nabi Yunus as untuk meninggalkan kaumnya boleh dibenarkan oleh akal sihat. Namun di sebalik itu, Allah swt menginginkan agar kebaikan berupa dakwah itu diberikan tanpa batas walaupun meletihkan dan bahkan mungkin menyakitkan hati.
Kemudian jika kita menilik kisah Rasulullah saw ketika berada di Taif dengan segala kesulitan dan kesedihan, beliau bersama Zaid ra menghalang lemparan batu dan cacian masyarakat Taif.
Kemudian ada tawaran dari Malaikat penjaga bukit untuk menghimpitkan bukit Abu Qubais dan bukit Ahmar kepada mereka. Namun tawaran malaikat ditolak oleh Rasulullah saw, bahkan baginda berdoa :
“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku ini, kerana mereka masih juga belum faham tentang erti Islam”.
Dengan doa ini, anak keturunan masyarakat Taif menjadi generasi rabbani pendukung dakwah Nabi di kemudian hari.
Kehebatan Namrud bagi Nabi Ibrahim as tidak ada ertinya kepada Nabi Ibrahim as kerana Nabi Ibrahim as tidaklah bersendirian. Allah bersamanya malah alam semesta sentiasa bersamanya.
Api yang berkobar-kobar yang dinyalakan oleh Namrud untuk membinasakan Nabi Ibrahim as ternyata satu barisan dengan Nabi Ibrahim as dalam menunaikan tugas pengabdian kepada Allah swt.
Bertentangan dengan ciri-cirinya yang berupaya untuk menghanguskan Nabi Ibrahim as, justeru ia malah menjadi “bardan wa salaman” (penyejuk dan penyelamat).
Oleh kerana itu, pendakwah sebenar yakin bahwa Allah swt akan sentiasa membuka jalan bagi pejuang dakwah sesuai dengan janjiNya :
“Jika kamu menolong Allah, Ia pasti akan menolongmu dan mengukuhkan langkah kamu”.
KARAKTERISTIK AGEN PERUBAH
Untuk meraih kepercayaan dan penerimaan masyarakat, seorang pendakwah itu hendaklah memperkasakan kualiti jatidirinya seperti berikut :
PERTAMA : PALING KUKUH ATAU TEGUH SIKAPNYA
‘Tsabat’ (keteguhan) adalah nafas ‘rijalul haq’ sepanjang zaman. Ia adalah nafas :
‘Tsabat’ (keteguhan) adalah nafas ‘rijalul haq’ sepanjang zaman. Ia adalah nafas :
- ‘Al Khalil’ Nabi Ibrahim as yang sentiasa bertenaga walaupun ketika menghadapi kepungan api yang akan melahapnya.
- Bilal yang tegar ditindih oleh batu besar di tengah panas terik matahari.
- Sumayyah, syahidah muslimah pertama dalam Islam.
‘Tsabat’ ertinya memiliki kekukuhan sikap dan keteguhan prinsip, amanah dan profesional dalam segala perkara. Tidak menggadaikan prinsip dengan kebendaan serta tidak menukar keyakinan dengan jawatan.
Maka diperlukan keteguhan untuk sampai pada masanya masyarakat memahami perjuangan para pendakwah yang sesungguhnya jauh dari prasangka mereka yang selama ini terbentuk oleh kerosakan perilaku dakwah oleh sebahagian kalangan.
Pendakwah mestilah bekerja dan berkarya dengan keyakinan sikap dan prinsip untuk membuktikan janji serta meneguhkan komitmen untuk meraih taqwa.
Yakinlah dengan jaminan Allah swt :
Yakinlah dengan jaminan Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”” (QS Fushshilat : 30)
KEDUA : PALING LAPANG DADANYA
Sikap paling menonjol dari Nabi saw adalah lapang dada, sentiasa ridha, optimis, berfikiran positif, tidak menyusahkan diri dan orang lain, memudahkan, menggembirakan, menebar kebaikan dan senyuman.
KEDUA : PALING LAPANG DADANYA
Sikap paling menonjol dari Nabi saw adalah lapang dada, sentiasa ridha, optimis, berfikiran positif, tidak menyusahkan diri dan orang lain, memudahkan, menggembirakan, menebar kebaikan dan senyuman.
Teladanilah Rasulullah saw untuk mendidik diri kita agar sentiasa menebarkan rahmah, penuh kelembutan dan limpahan kasih sayang terhadap siapa sahaja. Itulah kesolehan sosial yang kekuatannya amat luar biasa.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka..” (QS Al Imran :159)
KETIGA : PALING DALAM PEMIKIRANNYA DAN LUAS CARA PANDANGNYA
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka..” (QS Al Imran :159)
KETIGA : PALING DALAM PEMIKIRANNYA DAN LUAS CARA PANDANGNYA
Pendakwah sepatutnya mempunyai keahlian atau keterampilan tertentu sehingga memiliki daya saing yang tinggi.
Selain itu ia hendaklah juga memiliki wawasan global, tidak berfikiran sempit hanya dalam ‘kotak-kotak’ pada bidang tertentu sahaja sehingga melupakan kesepaduan kefahaman terhadap ilmu dan pengembangan dunia kontemporari.
Mereka perlu menjadikan peribadi para ilmuwan Islam masa lalu sebagai contoh mereka seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al Biruni dan lain-lain di mana mereka adalah pakar dalam bidang-bidang tertentu, namun tetap memiliki wawasan global terhadap perkembangan dunia di masanya.
Pendakwah mestilah belajar bagi menggabungkan antara pengetahuan yang komprehensif, bersifat lintas disiplin dan bahan umum dengan penguasaan yang mendalam terhadap satu bidang ilmu sebagai kepakarannya.
Pendakwah mestilah belajar bagi menggabungkan antara pengetahuan yang komprehensif, bersifat lintas disiplin dan bahan umum dengan penguasaan yang mendalam terhadap satu bidang ilmu sebagai kepakarannya.
Dengan yang demikian, sebagai seorang pendakwah, ia hendaklah sentiasa berbicara dengan isi yang :
- Luas dan dalam.
- Lengkap dan tajam.
- Bernilai dan terasa penuh.
KEEMPAT : PALING RAJIN AMAL-AMALNYA
“Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan, meskipun sedikit.”
Bukan suatu perkara yang mudah untuk istiqamah dalam amal ibadah, tapi mungkin boleh jika kita sudah membiasakan diri. Permulaannya kita jadikan ia tabiat , kemudian tabiat itu akan memandu kita.
“Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan, meskipun sedikit.”
Bukan suatu perkara yang mudah untuk istiqamah dalam amal ibadah, tapi mungkin boleh jika kita sudah membiasakan diri. Permulaannya kita jadikan ia tabiat , kemudian tabiat itu akan memandu kita.
Keseriusan, ketekunan dan kerja kuat itulah yang akan menghantarkan seseorang kepada darjat kemulian seperti ketekunan Bilal bin Rabah yang menjaga dengan istiqamah keadaan kesucian dirinya dengan berwudhu’ dan solat 2 rakaat selepasnya yang menjadi kunci baginya ke syurga.
KELIMA : PALING KUKUH PENGURUSAN ORGANISASINYA
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (QS As Shaff : 4)
Kita hidup dalam zaman di mana interaksi manusia bercirikan sebuah masyarakat jaringan atau masyarakat organisasi.
KELIMA : PALING KUKUH PENGURUSAN ORGANISASINYA
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (QS As Shaff : 4)
Kita hidup dalam zaman di mana interaksi manusia bercirikan sebuah masyarakat jaringan atau masyarakat organisasi.
Semua aktiviti manusia dilakukan melalui organisasi samada pemerintahan, politik, ketenteraan, perniagaan, kegiatan sosial, rumah tangga, hiburan dan lain-lain.
Itu merupakan kata kunci yang menjelaskan mengapa masyarakat moden menjadi sangat efektif, efisyen dan produktif.
Masyarakat moden bekerja dengan kesedaran bahwa keterbatasan yang ada pada setiap individu sesungguhnya dapat dihilangkan dengan mengisi keterbatasan mereka itu dengan kekuatan yang ada pada individu-individu yang lain.
Masyarakat moden bekerja dengan kesedaran bahwa keterbatasan yang ada pada setiap individu sesungguhnya dapat dihilangkan dengan mengisi keterbatasan mereka itu dengan kekuatan yang ada pada individu-individu yang lain.
Ini bersesuaian dengan kata-kata Ali bin Abi Talib ra :
“Kebenaran yang tidak terurus dan tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun rapi”.
Musuh-musuh kita mengelola dan menguruskan kerja-kerja mereka dengan rapi, sementara umat Islam pula bekerja sendiri-sendiri, tanpa organisasi dan jika adapun biasanya tanpa pengurusan yang mantap dan baik.
Kita dapat melihat mengapa jaringan dadah antarabangsa boleh berjaya; ini disebabkan oleh adanya ketaatan dan sifat disiplin dalam menjaga ‘amanah’ jaringan mereka.
Jadi, jika mereka boleh bersatu dalam dosa dan kejahatan, apatah lagi para pendakwah yang berjuang di jalan Allah, mestilah lebih rapi dan kukuh lagi dalam pengurusan organisasi.
KEENAM : PALING BANYAK MANFAATNYA
Rasulullah saw bersabda :
KEENAM : PALING BANYAK MANFAATNYA
Rasulullah saw bersabda :
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.”(HR Tirmizi)
Raihlah kejayaan dengan memperkasakan sikap kepedulian, ringan membantu sesama saudara Islam dan senang untuk membahagiakan orang.
Raihlah kejayaan dengan memperkasakan sikap kepedulian, ringan membantu sesama saudara Islam dan senang untuk membahagiakan orang.
Imam Hasan Al Banna pernah berkata di dalam catatan memori kehidupannya :
“Jadilah kamu peribadi yang terbaik umpama benih yang baik, di manapun ia ditanam akan menumbuhkan pohon yang baik pula. Itulah sebaik-baik manusia, baik untuk dirinya dan bermanfaat untuk orang lain”.
Selain itu ada bebebrapa hadith lain yng mengungkapkan kelebihan sifat ini :
Selain itu ada bebebrapa hadith lain yng mengungkapkan kelebihan sifat ini :
”Perumpamaan mukmin itu seperti lebah. Ia hinggap di tempat yang baik dan memakan yang baik, tetapi tidak merosak.” (HR Thabrani)
“Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apapun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu.” (HR Ath-Thabrani)
NIAT DAN AZAM YANG KUAT
Seorang pendakwah, Abbas As-Sissi mengatakan bahwa : “Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apapun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu.” (HR Ath-Thabrani)
NIAT DAN AZAM YANG KUAT
“Permasalahan yang menghalang seseorang penyeru di jalan Allah swt adalah permasalahan yang muncul dari dalam dirinya sebagaimana dalam pepatah Arab dikatakan :
“Orang yang tidak memiliki sesuatu, tidak mungkin boleh memberikan apa-apa.”
Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sukar baginya untuk masuk. Manusia yang hatinya terkunci sehingga sukar untuk dimasuki oleh dakwah bagaikan peti besi besar yang sebenarnya dapat dibuka hanya dengan menggunakan kunci yang kecil”.
Demikianlah persoalannya di mana sesungguhnya ia terpulang kepada diri pendakwah itu sendiri iaitu yang menyangkut potensi dirinya secara ruhiah di samping kecekapannya untuk membuat sesuatu program serta ketahanan dalam mewujudkannya.
Jika kita tahu bahwa syaitan menyusun program untuk para pengikutnya dengan langkah-langkah yang bertahap, maka sudah selayaknya seorang penyeru di jalan Allah menyusun program dan langkah-langkah untuk merebut hati sasaran dakwahnya.
Sungguh sangat berbeza antara tujuan syaitan dengan tujuan orang-orang yang beriman. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya bagi orang yang beriman untuk merasa lemah jiwa dan mentalnya ketika terlibat dalam pertarungan merebut hati dan fikiran umat manusia.
“Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisaa’ : 104)
Berdasarkan ayat di atas, adalah jelas bahwa kedua-dua belah pihak sama-sama menghadapi rintangan dalam seruannya masing-masing.
Para penyeru di jalan Allah swt menderita kesakitan sedangkan pasukan syaitan yang berdakyah di jalan ‘thaghut’ juga menderita kesakitan.
Namun, satu perkara yang pasti ialah bahwa tujuan aktivitinya berbeza.
Para pendakwah sentiasa mengharap dari Allah swt sesuatu yang tidak diharapkan oleh para penyeru di jalan ‘thaghut’.
Orang yang beriman jelas mengharapkan ridha dan rahmat Allah swt sedangkan pasukan musuh hanya mengharapkan sesuatu yang dibatasi oleh dunia yang fana ini.
KASIH SAYANG, LEMAH LEMBUT DAN SABAR SEBAGAI BUKTI CINTA DAN KEIKHLASAN
Mungkinkah seorang pendakwah mengajak orang lain kepada rahmat Allah swt tanpa memberikan kasih sayang kepada sasaran dakwahnya?
Jika tatapan mata yang dipenuhi dengan rasa irihati dan dengki dapat memberikan mudharat, maka sudah tentu tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.
Cinta dan kasih sayang adalah ”bahasa” antarabangsa yang digunakan oleh penyeru di jalan Allah swt dalam menghadapi seluruh penduduk bumi sehingga kepada orang bisu sekalipun.
”Bahasa” ini ibarat mata wang yang ditetapkan untuk dipakai oleh setiap negara secara sejagat.
Dengan ”bahasa” inilah generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah pelita kehidupan sehingga Rasulullah saw bersabda memberi komentar terhadap seorang sahabat mulia sebagai berikut :
“Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang disukai Allah ta’aala: lemah-lembut dan sabar.” (HR Muslim)
Lembah lembut dan sabar adalah pembentuk akhlak Islam.
Mengapa generasi awal umat ini, iaitu para sahabat radhiyallahu ’anhum begitu mulia akhlaknya?
Ini adalah kerana mereka menyaksikan dan meneladani pemimpin mereka yang akhlaknya sungguh mulia, yakni Nabi Muhammad saw.
Demikianlah Allah swt abadikan panorama penuh pesona Rasulullah saw dalam ayat berikut :
”Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS Ali Imran : 159)
Kemuliaan akhlak Rasulullah saw, para sahabat radhiyallahu ’anhum dan salafush-soleh terdahulu bukanlah sebuah penampilan biasa untuk meraih keuntungan duniawi ketika berinteraksi dengan manusia.
Mereka mengembangkan akhlak mulia kerana memang perintah Allah swt. Di samping itu mereka sangat meyakini bahwa akhlak mulia merupakan salah satu senjata ampuh untuk menembusi hati manusia yang sebelumnya kafir agar terbuka hatinya menerima Iman dan Islam.
Inilah peranan utama akhlak dalam kegiatan dakwah menyeru manusia ke jalan Allah swt Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dalam perjalanan dakwah ini, kita dapat melihat bahwa kunci kejayaan bagi menyebarkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat adalah kemampuan seseorang aktivis itu diterima dan dicintai oleh masyarakat.
Kunci seseorang aktivis dicintai oleh masyarakat adalah pesona akhlaknya sebagai Ruh Al Qur’an yang menyebarkan nilai-nilai Islam sehingga terlaksana dan memberi bekas kepada masyarakat.
Dengan cinta dan akhlak, nilai-nilai Islam tumbuh dan berkembang subur .
Inilah Ruh Islam iaitu :
a. Aqidah yang benar.
b. Cinta.
c. Kasih Sayang.
d. Akhlak.
“Dakwah ini tidak mengenal sikap lemah. Ia hanya mengenal satu sikap iaitu penyerahan sepenuhnya. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia mesti hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang lemah dalam memikul bebanan ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah swt akan menggantikan mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini.”
Akhirnya :
- Milikilah Allah dengan sentiasa dekat denganNya.
- Milikilah Rasulullah saw dengan mentaati dan meneladaninya.
- Milikilah syafaat Al Qur’an dengan membaca (tilawah), merenungkan (tadabbur), menghafalkan (tahfiz), mengamalkan dan mendakwahkannya.
Milikilah semua itu dengan sikap memberi dan ianya akan menjadi sebab kepada kecintaan dan penerimaan masyarakat terhadap dakwah dan para pendakwah.
Ya Allah, jadikanlah kami penyeru-penyeru di jalanMu yang hanya mengharapkan balasan baik dariMu. Perkuatkanlah diri kami dengan Ruh Islam yang dihias dengan aqidah yang mantap beserta akhlak yang mulia bersulamkan cinta dan kasih sayang yang mampu menghidupkan tubuh umat ini dari kelalaian dan buaian dunia serta meraih kecintaan dan penerimaan masyarakat.Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS