Sesungguhnya jalan dakwah itu adalah satu, maka oleh kerana itu, berbagai dakwah yang diserukan oleh setiap jamaah atau kelompok tidak akan meraih kejayaan jika tidak mampu melakukan ‘tajarud’ dengan usaha membersihkan jiwa dari fikrah (ideologi) selainnya.
Tajarud dalam sesebuah gerakan dakwah itu adalah kita melakukan setiap kerja itu kerana Islam dalam segala aspek sama ada dari segi kemasyarakatan, politik, ekonomi atau dalam jihad sendiri.
Dalam ertikata yang lain, kita mempercayai bahawa fikrah yang kita bawa ini adalah fikrah yang benar dan kita tidak meraguinya lagi.
Secara bahasa, tajarud bermakna :
PERTAMA : MENGOSONGKAN
Mengosongkan jiwa kita dari pengagungan kepada selain Allah.
KEDUA : MENYUCIKAN
Menyucikan hati dari apa yang selaian Allah.
KETIGA : MENANGGALKAN
Menanggalkan apa yang di dalam hati dan akal dari apa yang selain kebenaran.
KEEMPAT : MELEPASKAN
Melepaskan atau membebaskan diri dari setiap apa yang disembah selain Allah.
Manakala makna syar'ie, tajarud pula adalah :
“Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah”.
“Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah”.
Jadi secara umumnya, Tajarud adalah :
"Mengkhususkan diri untuk Allah swt dan berlepas diri dari segala sesuatu selain Allah. Yakni menjadikan gerak dan diam serta yang rahsia dan yang terang-terangan untuk Allah swt semata-mata, tidak dicampuri oleh keinginan jiwa, hawa nafsu, undang-undang, kedudukan, dan kekuasaan".
Maka oleh sebab itu, ketika kita menyeru atau mendakwahkan Islam kepada manusia, kita menyeru semata-mata hanya kerana Allah swt bukan untuk kepentingan kelompok, organisasi atau parti semata-mata kerana kita menginginkan agar umat mendapat, memahami dan mengamalkan pemikiran dan idea-idea Islam.
Oleh kerana itu, di antara inti yang menjadi fokus dalam kerja tarbiyah adalah :
- Melatih seseorang untuk membersihkan jiwanya dengan apa yang membuatnya enggan pada perkara-perkara yang rendah.
- Meningkatkan dirinya untuk hidup dengan ‘tajarud’ pada risalahnya.
- Sentiasa bersiap sedia untuk berkorban di jalannya dengan seluruh potensi yang dimiliki.
Bahwasanya dakwah yang penuh berkat sangat memerlukan hati-hati dan jiwa-jiwa yang memiliki ‘tajarud’ yang :
1. Bersambung kepada Allah swt.
2. Tidak selalu melihat kepada kenikmatan dunia yang hina dan fana.
3. Tidak bekerja untuk kepentingan kemasyhuran.
4. Tidak tamak untuk meraih kepimpinan.
5. Tidak memerlukan kebanggaan.
6. Tidak ingin untuk menjadi terkenal.
Menguasai dakwah hanya pada tahap akal dan perasaan semata-mata tidak mampu untuk meneguhkan seseorang pendakwah kerana tidak ada sesuatu apapun yang boleh membantu pendakwah dalam menghadapi berbagai ujian dan rintangan di tengah jalan dakwah yang sukar kecuali ‘tajarud’ kepada Allah dan ikhlas untukNya.
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)
‘Tajarud’ yang sempurna adalah tajarud terhadap manhaj yang benar yang bersumber pada Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw serta berpegang teguh kepadanya dan tidak mudah melakukan persamaan dengan yang lainnya.
“Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus”. (QS Az-Zukhruf : 43)
Nabi saw bersabda :
“Sungguh aku telah mewariskan kepada kamu (Hujjah) yang begitu terang, malam seperti siang, tidak menyimpang darinya setelahku kecuali akan hancur”. (HR Ahmad)
Beliau saw juga bersabda :
“Aku telah mewariskan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh pada keduanya, Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw”.
Rasulullah saw sentiasa bertajarrud kepada Allah dan berdakwah kepadaNya serta bertajarud untuk menyampaikan dakwah tersebut.
Kemudian setelah itu, Rasulullah saw mentarbiyah sahabatnya untuk ‘tajarud’ kepada Allah sehingga jiwa mereka terbebas dari kepentingan diri dan menjadikan ketinggian mereka seluruhnya untuk ikhlas beribadah kepada Allah, bekerja untuk kemenangan agamanya dan menyebarkan risalahnya.
Maka ketika Allah swt melihat mereka pada keadaan yang demikian, maka Allah swt akan terus memberikan kepada mereka ganjaran berupa kejayaan di muka bumi dan kemenangan sesuai dengan kurniaNya.
‘Tajarud’ adalah sebuah ketulusan pengabdian setiap penggerak dakwah.
Jadi, hakikat makna tajarud itu sebenarnya :
“Bukanlah meninggalkan segala sesuatu dengan alasan dakwah melainkan justeru melibatkan segala sesuatu untuk mendukung dakwah”.
Kadang-kadang berlaku kekeliruan persepsi mengenai makna tajarrud ini di mana aktivis dakwah merasakan perlu meninggalkan semuanya demi untuk dakwah.
Padahal pengertian yang tepat adalah ketulusan pengabdian aktivis dakwah untuk membawa semuanya demi kejayaan dakwah.
Maka,
a. Apakah yang selama ini sudah kita berikan untuk dakwah dan Deen ini?
a. Apakah yang selama ini sudah kita berikan untuk dakwah dan Deen ini?
b. Apakah kita hanya disibukkan dengan masalah yang berlegar pada diri kita sendiri sahaja?
c. Apakah dakwah dan tarbiyah hanya sebagai kerja sampingan sahaja atau kalau sempat sahaja?
d. Apakah kita hanya memberikan waktu, tenaga dan harta yang tersisa sahaja untuk dakwah?
Sayyid Qutb pernah berkata :
“Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar”.
Amir Syakib Arsalan, seorang pemikir Muslim yang berasal dari Syria, yang menulis sebuah buku mengapa kaum Muslimin mundur dan orang Barat maju menjelaskan jawabannya dalam kalimat yang sederhana iaitu :
Amir Syakib Arsalan, seorang pemikir Muslim yang berasal dari Syria, yang menulis sebuah buku mengapa kaum Muslimin mundur dan orang Barat maju menjelaskan jawabannya dalam kalimat yang sederhana iaitu :
"Orang-orang barat lebih banyak berkorban daripada kaum Muslimin. Mereka memberi lebih banyak demi agama mereka berbanding apa yang diberikan oleh kaum Muslimin bagi agamanya".
Dan ketika ada pertanyaan, "Apakah yang diperlukan untuk menegakkan agama ini dalam realiti kehidupan?"
Dan ketika ada pertanyaan, "Apakah yang diperlukan untuk menegakkan agama ini dalam realiti kehidupan?"
Maka jawabnya adalah, “Hadirnya para pahlawan sejati yang tidak lagi hidup bagi dirinya sendiri, tetapi hidup bagi orang lain dan agamanya, serta mahu mengorbankan semua yang ia miliki bagi agamanya”.
Imam Hasan Al-Banna pula berkata :
Imam Hasan Al-Banna pula berkata :
“Yang aku maksudkan dengan ‘tajarud’ adalah membersihkan fikrah kamu dari berbagai prinsip dan kepentingan individu lainnya; kerana hal tersebut merupakan ideologi paling mulia, lengkap dan tinggi darjatnya.”
“Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah?” (QS Al-Baqarah : 138)
Abul Hasan Ali An-Nadwi mengatakan :
“Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah?” (QS Al-Baqarah : 138)
Abul Hasan Ali An-Nadwi mengatakan :
“Di antara ciri khas para Nabi dan para pendakwah kepada Allah adalah ‘tajarud’ untuk berdakwah dan fokus kepada hati dan jiwa dan sesuatu yang berharga, waktu dan kekuatan, dan di antara keperibadian mereka adalah fokus pada kesungguhan, keahlian dan menyerahkan segala waktu dan potensi mereka untuk dakwah ini dan menyebarkannya serta dengan berjihad di jalannya, memberikan seluruh waktunya sehingga tidak ada yang tersisa sedikitpun dari apa yang mereka miliki, tidak sedikit pun yang ditahannya dan tidak terpengaruh atasnya sedikit pun; bukan pada negara, keluarga, kelompok, hawa nafsu dan harta sehingga segala usaha mereka mendapatkan hasil yang gemilang”.
Muhammad Mahmud As Showaf berkata :
Muhammad Mahmud As Showaf berkata :
“Dakwah merupakan kehidupan seorang pendakwah, yang mampu mengambil darinya inti dakwah dari segala perasaan dan inderanya, baik pada masa kini dan masa depannya, kehidupannya bergantung pada kehidupan dakwah, kemenangannya digantungkan pada kemenangan dakwah dan mensibghah seluruh kehidupan dengan shibghah rabbaniyah.
1. Jika berbicara, dalam wilayah dakwah.
2. Jika bekerja, untuk dakwah.
3. Jika berjalan, mengikuti perjalanan dakwah.
4. Jika berada di suatu tempat maka tidak berpisah dari dakwah dan dakwah tidak lepas darinya.”
Oleh yang demikian, seorang penggerak dakwah yang jujur adalah seorang yang :
- Sentiasa bersemangat dalam jihadnya.
- Tidak terikat dalam aktiviti dakwahnya.
- Kesungguhannya dalam bekerja bukan untuk mendapatkan jawatan atau tampil sebagai pemimpin dalam dakwah.
Malah, hatinya sentiasa bersih dari itu semua, tidak berlumba-lumba sedikitpun untuk mencapainya atau berhenti dalam kerja jika dipindahkan ke tempat yang lain; samada yang telah maju atau sedang mengalami kemunduran dalam dakwah, kerana dirinya merasai sebagai perajurit dakwah dalam berbagai keadaan apapun, yang siap sedia berbakti dan memberikan yang terbaik untuknya.
Abul ‘Ala Al Maududi berkata :
“Sesungguhnya fikrah yang diseru oleh para aktivis dakwah dengan penuh lemah-lembut, benar, hati yang jernih, bersikap ikhlas dalam beramal, berpegang pada prinsip, kosong dari sebarang kepentingan nafsu sememangnya mampu memberi kebahagiaan untuk manusia dan menjanjikan kesejahteraan dan kerehatan kepada manusia yang berada di dalam kesusahan.
Hasilnya, hati-hati yang ada secebis kebaikan pasti akan tertarik dengan dakwah ini”.
Begitu juga seorang penggerak dakwah yang jujur tidak menjadikan sikap peribadi dengan salah seorang saudaranya (walaubagaimanapun bentuknya) sebagai sebab untuk :
1. Meninggalkan barisan.
2. Berpisah dan menyimpang dari jalan dakwah.
3. Melakukan penghinaan.
4. Menyebarkan berita bohong atau dusta.
5. Melakukan banyak kebatilan terhadap dakwah dan pembawanya.
Namun dirinya akan tetap :
a. Pada keadaan asalnya.
b. Fokus pada penjelasan akan hakikat dakwah.
c. Memberikan gambaran yang jelas dan terang untuk dakwah.
d. Taat pada dakwah dan para pemimpinnya.
e. Sentiasa menolak berbagai berita bohong dan dusta yang ditujukan kepadanya dan kepada pemimpin dakwah mereka.
Neraca ‘tajarud’ menurutnya adalah :
1. Menuju pada kebenaran dan mendukung hakikat kebenaran.
2. Tidak membezakan antara kejelasan kebenaran pada tangannya atau pada tangan saudaranya yang lain.
3. Memandang saudaranya yang lain sebagai rakan karib bukan pesaing.
4. Bersyukur jika diberikan teguran akan kesalahannya dan kekeliruan ke atasnya.
5. Memberikan nasihat kepada saudaranya dengan beradab dan beretika serta menggunakan cara-cara yang sesuai dengan syari’at Islam.
6. Sentiasa aktif dalam berdakwah.
7. Bersemangat untuk mencapai keberhasilan risalahnya.
8. Sedar akan berbagai usaha yang ingin memecahbelahkan barisan yang dilakukan oleh musuh-musuhnya.
Sesungguhnya fenomena pertikaian, perpecahan dan perdebatan yang dialami oleh sebahagian penggerak dakwah memberikan isyarat kepada kita akan kurangnya ‘tajarud’ kepada Allah yang sebenarnya.
Ketika berlakunya perbezaan pendapat :
a. Jika kita sentiasa ‘tajarud’ kepada Allah dan pada kebenaran serta menyerahkan pada ‘dhawaabith’ dan ‘tsawaabit’ yang telah disepakati, niscaya akan berkuranglah pertikaian, perdebatan dan perpecahan.
b. Jika kita ‘tajarud’ kepada Allah maka kita akan menerima nasihat dan kritikan samada untuk peribadi-peribadi kita, pemikiran-pemikiran kita atau tingkah laku kita.
c. Jika kita ‘tajarud’ kepada Allah maka kita tidak akan menjadikan diri kita sebagai orbit perhatian dan gerakan kita.
d. Jika kita ‘tajarud’ kepada Allah maka kita akan menetapkan jalan untuk memberikan keputusan kepada orang lain bersesuaian dengan yang diperintahkan oelh Allah swt kepada kita:
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS Al-Maidah : 8)
Namun ketika ‘tajarud’ hilang dari kehidupan seorang muslim, maka dirinya akan diisi oleh :
1. Hawa nafsu.
2. Bangga pada diri sendiri.
3. Bangga pada pendapat sendiri.
Kesemua perkara di atas merupakan pangkal kepada kehancuran.
“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik”. (QS As-Shaff : 5)
“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik”. (QS As-Shaff : 5)
“Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Rabbnya sama dengan orang yang (syaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya?” (QS Muhammad : 14)
Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw mengingatkan kita:
“Saling memerintahlah kamu pada yang ma’ruf dan melarang akan yang mungkar, sampai jika kamu melihat seseorang yang kikir, mengikuti hawa nafsu, terpengaruh dengan dunia dan bangga dengan pendapatnya sendiri maka fokuslah diri kamu sendiri dan tinggalkan pendapat orang awam..” (HR Abu Daud dan Tirmizi dan beliau menghasankannya)
Maka oleh sebab itu, marilah kita :
a. Berpegang teguh pada dakwah yang jelas ini.
b. Teruskan berjalan pada jalan dakwah ini.
c. ‘Tajarud’ semata-mata untuk risalah ini.
d. Ikhlaskan diri kita untuk Allah swt sebagai Tuhan kita.
e. Bekerja niscaya Allah swt akan sentiasa bersama kita.
Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita tentang ‘Tajarud’ dan diberikan kekuatan untuk melaksanakannya.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk kami tetap bertajarud semata-mata keranaMu kerana sesungguhnya dakwah ini sangat memerlukan peribadi-peribadi yang ikhlas dan membersihkan segala niat dan pemikiran mereka dari segala kepentingan-kepentingan diri dan hawa nafsu yang akan menghalang perjalanan dakwah yang bersih dan suci ini menuju keridhaanMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS