Gerakan Al Ikhwan Al Muslimun sebenarnya termasuk gerakan yang
bercorak salafiyah kerana salafiyah adalah sebuah kefahaman yang memberi komitmen
untuk mengikuti tiga sumber asas Islam iaitu :
a.
Al-Qur`an.
b.
As-Sunnah.
c.
Ijma’ salaf dan imam-imam
mereka.
Orang-orang yang memberi komitmen untuk mengikuti tiga sumber asas tersebut
maka dia termasuk pemeluk Islam yang murni dan dikategorikan sebagai Ahlus
Sunnah wal Jama’ah.Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata di dalam ‘Majmu’ Al Fatawa’:
“Maka agama kaum Muslimin dibangun di atas ittiba’ (ikutan) kepada
kitabullah dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan apa-apa
yang menjadi kesepakatan umat. Tiga perkara itu merupakan asas-asas (agama)
yang maksum.”
PENGERTIAN
SALAFIYAH
Salafi (Salaf, Salafiyah,
Salafiyun) adalah sebutan bagi generasi pertama kaum Muslimin, iaitu para sahabat Nabi Muhammad saw. Di dalam
Al-Qur’an, generasi awal umat Islam ini disebut sebagai "Assabiqunal Awwalun", iaitu orang-orang yang paling awal berlumba-lumba dalam beriman (masuk Islam).
“Orang–orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar mengikuti mereka dengan baik. Allah ridha kepada mereka dan mereka ridha kepada Allah.” (QS At Taubah : 100)
Pengertian Salaf yang sebenarnya adalah orang-orang terdahulu, yakni generasi awal kaum Muslimin pada masa sahabat dan dua generasi sesudahnya yang mengikuti cara hidup Islam yang sejati (tabi'in dan tabi'ut ta'bi'in).
“Orang–orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar mengikuti mereka dengan baik. Allah ridha kepada mereka dan mereka ridha kepada Allah.” (QS At Taubah : 100)
Pengertian Salaf yang sebenarnya adalah orang-orang terdahulu, yakni generasi awal kaum Muslimin pada masa sahabat dan dua generasi sesudahnya yang mengikuti cara hidup Islam yang sejati (tabi'in dan tabi'ut ta'bi'in).
Salaf menurut para ulama’ adalah sahabat, tabi’in (orang-orang yang mengikuti sahabat) dan tabi’ut tabi’in (orang-orang
yang mengikuti tabi’in). Tiga generasi awal inilah yang disebut dengan ‘salafush soleh’ (orang-orang terdahulu yang soleh).
Merekalah tiga generasi utama dan terbaik dari umat ini, sebagaimana sabda Rasulullah saw :
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi sesudahnya kemudian generasi sesudahnya lagi.” (HR Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim, Bukhari dan Tirmizi)
Perkataan Salafi berasal dari bahasa Arab, ‘Salafa Yaslufu Salfan’ yang ertinya "telah berlalu". Dari pengertian tersebut, kita dapati kalimat ‘Al-Qoum As-Sallaaf’ iaitu orang-orang yang terdahulu.
Merekalah tiga generasi utama dan terbaik dari umat ini, sebagaimana sabda Rasulullah saw :
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi sesudahnya kemudian generasi sesudahnya lagi.” (HR Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim, Bukhari dan Tirmizi)
Perkataan Salafi berasal dari bahasa Arab, ‘Salafa Yaslufu Salfan’ yang ertinya "telah berlalu". Dari pengertian tersebut, kita dapati kalimat ‘Al-Qoum As-Sallaaf’ iaitu orang-orang yang terdahulu.
SALAFI GENERASI TERBAIK ISLAM
Dengan yang demikian, Salafi adalah tiga generasi terbaik umat Islam dan
memberikan contoh bagaimana seharusnya Islam dilaksanakan dalam kehidupan.
Para sahabat digelar “khairu ummah”, (sebaik-baik manusia) kerana merekalah yang paling faham tentang agama dan yang paling baik amalannya.
Salaf atau kelompok Salafi adalah mereka yang berkomitmen di atas Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Saw.
Istilah Salafi juga biasa dihubungkan kepada ‘Ahlus Sunnah wal Jamaah’ disebabkan mereka berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Para sahabat digelar “khairu ummah”, (sebaik-baik manusia) kerana merekalah yang paling faham tentang agama dan yang paling baik amalannya.
Salaf atau kelompok Salafi adalah mereka yang berkomitmen di atas Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Saw.
Istilah Salafi juga biasa dihubungkan kepada ‘Ahlus Sunnah wal Jamaah’ disebabkan mereka berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Oleh yang demikian, kelompok Salafi,
pasca generasi awal kaum Muslimin tersebut tidaklah seharusnya dibatasi atau
ditujukan kepada jamaah atau organisasi
tertentu, daerah tertentu, pemimpin tertentu, parti tertentu dan sebagainya.
Bahkan, sepatutnya umat Islam yang digelar kelompok
Salafi perlu mempraktikkan ajaran Islam yang santun, lembut, memberi
ketenangan serta menebar kedamaian ke
seluruh alam kerana mereka pada hakikatnya adalah contoh tauladan bagi umat
Islam sepanjang zaman.
Imam Hasan Al-Banna pada banyak
kesempatan dalam risalah-risalahnya menjelaskan corak salafiyah Al Ikhwan Al
Muslimun di mana :
1.
Sumber agama (mashdhar at talaqqi).
2. Tempat pengambilan aqidah (istimdad al ‘aqidah).
3. Rujukan penetapan hukum (marji’ al ahkam).
4. Karakteristik prinsip-prinsip dakwah (ashl ad da’wah).
mestilah berpandukan kepada
Al-Qur`an, As-Sunnah dan sirah ‘salafus soleh’.
Dalam risalah ‘Da’watuna’,
(dakwah kami) beliau berkata :
“Dakwah kami adalah dakwah “Islamiyah”
dengan segala makna yang terkandung dalam kalimah tersebut. Maka, fahamilah ia
sesukamu sesudah itu. Sedangkan kamu dalam kefahamanmu terikat dengan
kitabullah, sunnah rasul-Nya dan sirah generasi salaf yang soleh dari kaum
Muslimin.
Adapun kitabullah adalah asas dan tiang agama Islam sedangkan sunnah
merupakan penjelas dan pensyarah Al-Qur`an sementara sirah generasi salaf yang
soleh disebabkan mereka ‘ridhwaanullah
‘alaihim’ merupakan pelaksana-pelaksana perintahnya dan orang-orang yang
mengambil ajaran-ajarannya; mereka merupakan contoh secara amali (matsal ‘amaliyah) dan gambaran praktikal (shurah matsilah) dari perintah-perintah dan
ajaran-ajaran (Islam).”
Dalam risalah ‘Ilaa Asy-Syabaab’ (kepada pemuda), ketika menjelaskan
sumber-sumber pengambilan dakwah, Imam Hasan Al-Banna berkata :
“Dan, sandaran kami dalam semua itu adalah kitabullah yang tidak ada
padanya kebatilan baik di depan mahupun di belakang, sunnah shahihah dan ‘thabitah’ (yang diperakukan) yang berasal dari
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam serta sirah yang suci dari generasi
salaf umat ini.”
Oleh kerana itu, seorang pimpinan dan aktivis dakwah Al Ikhwan Al
Muslimun sangat mengagungkan nash-nash agama dan syariah serta memuliakan dan
menghormati generasi salaf dan imam-imam mereka termasuk semangat dalam
mengikuti dan melaksanakan petunjuk-petunjuk dan ajaran-ajaran Islam samada dalam
aqidah, syariah, muamalah dan dakwah.
Justeru perkara tersebut dijadikan kayu pengukur kepada tahap istiqamah
dan kebengkokan, kebaikan dan kerosakan, serta kepimpinan dan kesesatan.
Dalam ‘Risalah At-Ta’alim’ , beliau berkata :
“Al-Qur`an dan As Sunnah yang suci adalah rujukan setiap Muslim
dalam mengenali hukum-hukum Islam. Al-Qur`an mestilah difahami sesuai dengan kaedah-kaedah
bahasa Arab tanpa dipaksa-paksakan (takalluf) dan dipermudahkan
(ta’assuf). Manakala, dalam memahami sunnah yang suci juga
perlu merujuk kepada ulama’-ulama’ hadith yang boleh dipercayai (atsbaat).”
Maka, adalah sesuatu yang sangat
asing dalam tradisi (‘urf )
Al Ikhwan Al Muslimun jika ditemui orang-orang yang mengaku anggotanya ternyata
malas dalam ‘thalabul ‘ilmi’ (belajar
ilmu) dan ‘tafaqquh fiddiin’ (mendalami agama) serta menelaah
kitab-kitab para ulama’.
Bagaimana mungkin untuk memahami Al-Qur`an dengan benar dan tepat jika
tidak faham bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Qur`an?
Selama berpuluh-puluh tahun, adalah mustahil jika ramai
murabbi-murabbi mereka yang mendidik generasi tanpa faham bahasa Arab, lalu
apakah yang mereka ajarkan dari Al-Qur`an kepada generasi Muslim?
Adalah sesuatu yang lumrah jika hasilnya sekarang wujud generasi
yang salah tanggapan dalam memahami Al Ikhwan Al Muslimun.
Disangkanya bahwa dakwah Al Ikhwan Al Muslimun adalah dakwah yang hanya
bertumpu kepada demokrasi; berorientasikan kerusi dan jawatan dan membolehkan ‘inhiraf’
(penyelewengan) dan kemungkaran sebagai alat meraih kemenangan.
Bagaimana mungkin memahami sunnah jika mereka tidak faham tentang
ilmu-ilmu yang menjadi syarat untuk memahaminya seperti ilmu hadits dan ushul
fiqh?
Adalah sesuatu yang pelik jika ada pendokongnya yang dalam memahami
sunnah merujuk kepada pendapat-pendapat ahlul kalam seperti Mu’tazilah dan
sejenisnya.
Padahal Imam Hasan Al-Banna telah menegaskan agar kembali kepada
ulama’-ulama’ dan imam-imam hadith yang :
a.
Lurus aqidahnya.
b.
Mulia sejarah hidupnya.
c.
Keimamamnya diakui oleh para
ahli hadith.
Hakikatnya, dari ucapan-ucapan Imam Hasan Al-Banna, ia cukup terang
dalam menegaskan salafiyahnya Al Ikhwan Al Muslimun serta secara berterus terang
untuk mewujudkan ajaran-ajaran Islam, petunjuk-petunjuk dan hukum-hukumnya
dalam kehidupan, sekalipun difahami secara salah tanggapan oleh beberapa
kalangan.
Dalam risalah ‘Ilaa Ayi Syai-`in Nad’u An-Nas’ (Ke
arah mana kami menyeru manusia), Imam Hasan Al-Banna berkata :
“Dan, kaum yang lain berkata,
“Sesungguhnya Al Ikhwan Al Muslimun adalah golongan politik dan dakwah mereka adalah dakwah politik serta mereka mempunyai agenda-agenda terselubung.”
Kami tidak tahu sampai bila umat ini saling menuduh, saling melempar
prasangka dan memberi gelaran-gelaran serta meninggalkan perkara yang sudah
pasti yang didukung oleh realiti dalam rangka mewujudkan prasangka yang banyak
diliputi keraguan-keraguan?
Wahai kaum kami, sesungguhnya kami menyeru kamu sementara Al-Qur`an ada di tangan kanan kami, sunnah ada di tangan kiri kami dan amal generasi salaf yang soleh dari putera-putera umat ini menjadi teladan kami.
Dan, kami mengajak kamu kepada Islam, ajaran-ajaran Islam,
hukum-hukum Islam dan petunjuk Islam. Jika semua itu termasuk politik dalam
pandangan kamu, maka inilah politik kami. Dan, apabila orang-orang yang
mengajak kepada prinsip-prinsip tersebut dianggap seorang ahli politik, maka
kami, alhamdulillah, adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam politik. Dan,
jika kamu senang menyebut yang demikian itu sebagai politik maka silakan sahaja
menyebutnya sesuka kamu kerana tidak akan membahayakan kami nama-nama tersebut
selama mana intipati-intipatinya jelas dan tujuan-tujuannya juga terang.”
KENANGAN BERSAMA PENDIRI
JAMAAH
Jika dia masih hidup, maka umurnya sekarang 108 tahun. Dah tua sangat. Namun,
jasadnya sudah pun kembali kepada Tuhannya hampir 65 tahun lepas. Adapun namanya, jika dunia ini masih
bertahan 1000 tahun lagi, insyaAllah ia mampu kekal sehingga ke zaman itu.
Dia pencinta Rasulullah saw, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang
diperolehi oleh baginda, kecuali ‘nubuwwah’ (kenabian).
Namanya dijulang setinggi-tingginya oleh para pencintanya di dunia.
Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang
gemilang di lapisan langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih
sebenar di malam mi’raj itu.
Imam Hasan Al-Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Usia yang
terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai yang
meratapi kematiannya.
Dia ditembak mati agar dia mati selama-lamanya namun, malang sekali bagi
musuh-musuhnya bahwa suaranya tidak mati. Suaranya terus bergema menerawang
menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.
Beliau adalah mujaddid yang mewakili seribu
ulama’. Oleh kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama’ menggantikan
tempatnya untuk menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk agamaNya.
Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk agama
Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli sebagaimana ianya dipegang di
tangan Rasulullah saw dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi agama
selepasnya buat manusia untuk mengenali dan menyembah Tuhannya.
Sepanjang zaman, umat Muhammad saw sentiasa sahaja ditemani perjalanan
mereka dengan para ‘mujaddid’ (pembaharu agama) yang dihantar oleh Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal
mereka pada agama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya dan kemudiannya
berderetanlah nama-nama ulama’ dan pejuang agung dalam sejarah umat ini.
Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Imam Hasan Al- Banna, kita turut
mengenali wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah swt telah melakarkan
keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.
Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang
melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimun di
Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan Khilafah Uthmaniyah di
Turki runtuh berkecai.
Ketika itu, umat tersadai dalam bahtera karam yang dihempas oleh gelora
jahiliyah abad 20 yang mengganas seganas-ganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.
Kita namakannya sebagai ‘syumuliyyatul
Islam’ (Islam yang syumul). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam secara bertalu-talu sehingga Islam berkecai dalam
kepingan-kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah-pisah dibedal oleh arus
ganas. Umat yang kelemasan bergayut kepada mana-mana kepingan yang mampu
digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.
Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian-bahagian yang
terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka
fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan
ketewasan menghadapi kehidupan.
Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Maka naiklah, kerana
inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang
dinantikan.
Dakwah dan seruannya itu cukup untuk merimaskan jentera kekufuran. Oleh
yang demikian, dalam tempoh yang segera
dan singkat, beliau perlu dihapuskan. Pembunuhnya bukan orang sebarangan kerana ia adalah pakatan kekufuran
sedunia.
Biarkan pembunuh itu membunuh kerana kematian adalah kesudahan untuk semua
orang. Namun, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Imam
Hasan Al-Banna telah mengecapinya walaupun kita sedang mengimpikannya.
Sesungguhnya ramai para pejuang Islam hampir-hampir tidak mampu untuk
melepaskan diri daripada ‘legacy’
(peninggalan perjuangan) beliau.
Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan
Allah pasti mencintainya.
Sesungguhnya Imam Hasan Al-Banna
benar-benar mengajar kita untuk mencintai Allah.
Ya Allah, sesungguhnya kami
menagih cintaMu. Jadikanlah kami para pendokong agamaMu sebagaimana para
salafush soleh dari umat ini. Permudahkanlah kami mengikuti jalan Salafiyah
dengan berpegang teguh dengan Al Qur’an dan As Sunnah serta ijma’ Salafush
Soleh.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS