Alhamdulillah,
Ramadhan yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun yang lalu kini
bertandang kembali.
Mereka yang
beriman dan yakin kepada janji-janji Allah pasti menanti kehadiran bulan yang
penuh keberkatan ini dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur.
Di samping rasa
syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut
bulan yang mulia, mu’min juga dihambat oleh perasaan sedih dan sayu kerana
ketibaan bulan yang dinanti ini menandakan peningkatan usia dan bertambah
dekatnya hujung kehidupan kita di alam fana ini.
- Apakah pertambahan usia seiring dengan
peningkatan pahala atau sebaliknya?
- Apakah di penghujung usia yang teramat
singkat ini, amalan dan kebaktian kita semakin berganda atau semakin meredup?
Allah swt telah
memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat
sejagat, iaitu detik turunnya Kitab Suci yang paling agung.
Kitab yang
diturunkan khusus untuk :
- Memimpin tangan manusia ke jalan yang benar.
- Mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada
cahaya yang terang benderang.
Pastilah kita
tidak akan mengenal erti kehidupan, dari mana kita datang, untuk apa kita hidup
di dunia yang sementara ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini.
Lantaran itu,
mereka yang tidak mengambil manfaat dari Kitab yang mulia ini adalah golongan
yang paling malang dan paling rugi.
Bulan Ramadhan
juga mencatat sejarah gemilang iaitu kemenangan golongan yang menjulang panji
kebenaran ke atas golongan ‘mustakbirin’ yang mempunyai
kekuatan kebendaan tiga kali ganda di dalam peperangan ‘Badar al-Kubra’.
Maka ketibaan
bulan mulia yang penuh sejarah ini sewajarnya disambut dan diraikan dengan
acara yang gilang gemilang serta tidak ada acara yang lebih bermakna yang dilakukan
oleh seorang insan selain mengikhlaskan pengabdiannya kepada Pencipta Yang Maha
Esa.
Sesungguhnya
Allah swt telah mensyariatkan beberapa perkara wajib dan sunat pada bulan
Ramadhan. Itulah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh.
Ibadah paling
penting yang disyariatkan pada bulan Ramadhan ialah puasa.
Tujuan utama
puasa ialah mendidik manusia agar menjadi hamba yang bertaqwa.
Taqwa bermaksud
memelihara diri dari azab Allah dengan mentaati segala suruhan dan menjauhi
segala laranganNya.
Mungkin timbul
persoalan, apakah dengan meninggalkan makan, minum dan syahwat pada siang hari
dapat melahirkan insan yang bertaqwa?
Sekadar
meninggalkan makan dan minum memang tiada apa-apa kesan kecuali lapar dan
dahaga. Namun apa yang dimaksudkan dengan meninggalkan makan dan minum ketika
berpuasa ialah menahan dan menguasai diri agar tidak melakukan sesuatu yang
Allah larang.
Kita tidak makan
bukan kerana :
- Tidak ada makanan untuk dimakan.
- Tidak ada duit untuk membeli makanan.
- Tidak ada selera untuk makan.
- Ditahan dan disekat dari mengambil makanan.
Sebagai hamba,
kita mesti menyedari bahawa segala sesuatu yang ada di atas muka bumi ini milik
Allah swt yang mutlak.
Tidak ada
sesiapapun yang berkongsi denganNya dalam pemilikan itu dan tidak ada
sesiapapun yang boleh menggugat kekuasaanNya.
Puasa mengajar
kita agar menginsafi perkara ini. Tidak ada sesuatupun yang mampu kita sentuh
tanpa izinNya, sehingga makanan yang kita beli dengan duit sendiri atau yang kita
masak di dapur sendiri. Semuanya itu adalah milikNya. Dia sahaja yang berhak
menentukan bilakah masa kita boleh menikmatinya dan bilakah masanya kita tidak
boleh.
Inilah pengajaran
yang hendak diterapkan dalam hati setiap mu’min ketika dia meninggalkan makan
dan minumnya di waktu berpuasa.
Hari ini kita
dapati ramai muslim berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Namun
pada masa yang sama mereka tidak segan
silu melakukan perbuatan yang Allah larang.
Mulut dikawal
tidak mengunyah makanan lazat yang terhidang di depan mata, tapi pada masa yang
sama mulut itu disumbat pula dengan daging-daging busuk dan berulat dengan
mengumpat dan mengadu domba.
Gejala tidak
mengawal diri dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah semakin ketara
ketika menyambut ketibaan Hari Raya.
Pelbagai acara
diatur dan direka dengan kreatif dan inovatif. Semuanya untuk keseronokan dan
memenuhi tuntutan nafsu yang tidak mengenal sempadan halal dan haram. Hari Raya
adalah hari perisytiharan kemenangan melawan nafsu, bukan memperaja dan
memenangkan nafsu.
Untuk menjadikan
ibadah puasa lebih bermakna seharusnya kita berusaha memahami rahsia dan hikmahnya
serta berusaha menghayatinya sedaya mungkin.
Matlamat puasa
ialah untuk kita menjadi insan yang bertaqwa. Sahabat Nabi saw pernah membuat perumpamaan
keadaan orang yang bertaqwa itu seperti seseorang yang sedang berjalan di
sebatang jalan yang penuh dengan onak dan duri. Dia melangkah dengan sikap waspada
dan sentiasa berhati-hati agar kakinya tidak terpijak duri.
Demikianlah orang
yang bertaqwa. Setiap perkataan yang diucapkan dan pekerjaan yang dilakukan akan
diteliti terlebih dahulu agar tidak terlanggar dan terbabas ke sempadan yang
dilarang.
Di sinilah
letaknya kepentingan untuk kita menyingkap tabir hikmah puasa sebagai salah
satu bahagian terpenting ibadah Ramadhan.
Ada lapan hikmah utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan
dalam ibadah ini.
PERTAMA : MENGUATKAN JIWA
Dalam kehidupan ini, kita dapati tidak sedikit manusia yang dikuasai oleh hawa nafsunya lalu ia menuruti apa sahaja yang menjadi keinginannya meskipun keinginan itu sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh yang demikian, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk mengendalikannya dan bukan untuk membunuh nafsu yang membuatkan kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi.
Sekiranya dalam peperangan dengan hawa nafsu ini, manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku kerana manusia yang kalah dalam peperangan itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah swt kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita untuk memerhatikan masalah ini dalam firmanNya yang bermaksud :
PERTAMA : MENGUATKAN JIWA
Dalam kehidupan ini, kita dapati tidak sedikit manusia yang dikuasai oleh hawa nafsunya lalu ia menuruti apa sahaja yang menjadi keinginannya meskipun keinginan itu sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh yang demikian, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk mengendalikannya dan bukan untuk membunuh nafsu yang membuatkan kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi.
Sekiranya dalam peperangan dengan hawa nafsu ini, manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku kerana manusia yang kalah dalam peperangan itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah swt kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita untuk memerhatikan masalah ini dalam firmanNya yang bermaksud :
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya." (QS Al-Jaathiyah : 23)
Dengan puasa, manusia akan :
- Berjaya menguasai
hawa nafsunya yang membuatkan jiwanya menjadi kuat.
- Berhasil
memperolehi darjat yang tinggi seumpama para malaikat yang suci.
- Mampu
mengetuk dan membuka pintu-pintu langit sehingga segala doanya dimakbulkan
oleh Allah swt.
"Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi." (HR At-Tirmizi)
KEDUA : MEWUJUDKAN KETENANGAN JIWA
Pergolakan akan berlangsung terus menerus antara jiwa yang menyuruh berbuat kejahatan dengan jiwa yang menyuruh berbuat kebaikan.
Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seorang muslim adalah akibat dari penguasaan jiwa yang memerintahkan berbuat kejahatan. Sedangkan setiap usaha pendekatan kepada Allah yang dilakukan oleh seorang muslim adalah senjata kuat yang digunakan oleh jiwa yang memerintahkan berbuat kebaikan.
Oleh kerana itu, puasa akan membangun kekuasaan jiwa, menguatkan serta meneguhkannya untuk melaksanakan risalahnya dan memfungsikan peranannya dalam menjaga kedamaian dan ketenangan dalam diri seseorang.
Peranan penting dari kekuasaan jiwa itu adalah pengarahan melalui kecaman dan teguran yang keras setiap kali gangguan jiwa berusaha untuk mengajak kepada kejahatan, memperdayanya atau menjeratnya agar tunduk kepadanya.
Demikianlah, berbagai pertempuran bersembunyi di dalam jiwa dan berbagai kekuatan kebaikan akan menang, yang seterusnya kedamaian dan rasa aman akan menyelinap ke dalam jiwa, kemudian berpindah ke seluruh anggota badan sehingga bahagian yang lain pun menikmati rasa aman dan ketenangan. Akhirnya semua kebaikan dapat direalisasikan bagi setiap muslim yang melaksanakan puasa.
KETIGA
: MENDIDIK KEMAHUAN KE ARAH KEBAIKAN
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki kemahuan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik, meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar.
Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki kemahuan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik, meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar.
Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Puasa
itu sebagai benteng." (daripada serangan keburukan)
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan kerohanian seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani yang unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan melupakan diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan kerohanian seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani yang unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan melupakan diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Kekuatan rohani ini juga akan membuatkan seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
KEEMPAT : MEMBENTUK AKHLAK MULIA
Puasa merupakan tempat penggembelingan diri bagi orang yang melaksanakannya untuk membentuk akhlak mulia, akhlak ketaqwaan, kebajikan, kebaikan, kepedulian, tolong-menolong, kasih sayang, kecintaan, kesabaran dan akhlak mulia lainnya yang dibangunkan oleh puasa pada diri orang yang melaksanakannya.
Puasa dapat membentuk ‘muraqabah’ (rasa sentiasa berada dalam pengawasan Allah) bagi pelakunya. Bagi dirinya ada satu penjaga umum yang selalu mengawasi dirinya agar tidak ada sesuatu pun yang bersumber dari dirinya yang bertentangan dengan syari’at.
Dialah yang membinanya dari dalam sehingga darinya muncul amal-amal lahiriah yang tunduk pada pengawasan ini.
1. Pernahkah kita melihat orang yang
berpuasa dengan penuh kejujuran dan kesungguhan kepada Rabb-nya melakukan
kebohongan kepada orang lain?
2. Pernahkah kita melihatnya secara
tulus ikhlas melaksanakan puasanya dan kemudian melakukan sikap kemunafikan dalam
masyarakat?
Sesungguhnya keikhlasan itu merupakan satu bahagian yang utuh yang tidak mungkin dipisah-pisahkan, di mana puncaknya adalah ikhlas kepada Allah swt.
Oleh kerana itu, barangsiapa yang tulus ikhlas kerana Allah swt, maka mustahil baginya untuk melakukan penipuan, kecurangan atau berkhianat.
Oleh kerana itu, puasa merupakan salah satu faktor asas sekaligus wasilah bagi pendalaman akhlak, pembangunan sekaligus pembentukannya untuk mengambil satu sifat amaliyah (perbuatan) yang semuanya berkumpul pada buahnya yang cukup jelas yang telah diingatkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : “Agar kamu bertaqwa.”
Ibnu Al Qayyim mengatakan :
“Puasa memiliki pengaruh yang sangat kuat dalam menjaga anggota tubuh yang bersifat lahiriah dan juga kekuatan batin serta melindunginya dari faktor-faktor pencemaran yang merosakkan. Jika faktor-faktor pencemaran tersebut telah menguasai dirinya, maka ia akan rosak. Dengan yang demikian, puasa akan menjaga kejernihan hati dan kesihatan anggota badan sekaligus akan mengembalikan segala sesuatu yang telah berhasil dirampas oleh nafsu syahwat. Puasa merupakan pembantu yang paling besar dalam merealisasikan ketaqwaan…”
KELIMA : MENYIHATKAN ROHANI DAN BADAN
Kesihatan rohani yang ditimbulkan oleh puasa adalah berupa bimbingan yang diberikan kepada orang-orang yang berpuasa kerana Allah swt mengetahui tujuan dari penciptaan mereka, mempersiapkan mereka untuk mengambil semua wasilah taqwa yang akan melindunginya dari kehinaan, kerendahan dan kerugian di dunia dan akhirat. Pada akhirnya hati mereka menjadi selamat dari penyakit syubhat dan penyakit syahwat yang telah menimpa ramai orang.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani,
puasa yang baik dan benar juga akan memberikan pengaruh positif berupa
kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan).
Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh
Rasulullah saw, malah telah dibuktikan oleh para doktor atau ahli perubatan
dunia yang kita tidak perlu meraguinya lagi.
Mereka berkesimpulan bahwa pada saat-saat
tertentu, perut memang perlu direhatkan dari bekerja memproses makanan yang
masuk sebagaimana juga mesin yang perlu direhatkan.
Apalagi di dalam Islam, isi perut kita
perlu dibahagikan menjadi tiga (3); sepertiga untuk makanan, sepetiga untuk
minuman dan sepertiga lagi untuk udara.
KEENAM : MENGENALI NILAI KENIKMATAN DAN BERSYUKUR
Dalam kehidupan ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia, tetapi ramai pula yang tidak pandai mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua, dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
KEENAM : MENGENALI NILAI KENIKMATAN DAN BERSYUKUR
Dalam kehidupan ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia, tetapi ramai pula yang tidak pandai mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua, dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Padahal, jika manusia mahu memerhatikan dan
merenungi, apa yang diperolehinya sebenarnya sudah sangat mencukupi kerana
begitu ramai orang yang memperolehi sesuatu, tidak lebih banyak atau tidak
lebih mudah dari yang kita perolehi.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperolehi, tetapi juga diminta untuk merasakan secara langsung betapa besar sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Ini adalah kerana baru beberapa jam sahaja kita tidak makan dan minum, sudah terasa betul penderitaan yang kita alami dan pada saat kita berbuka, terasa betul besarnya nikmat dari Allah meskipun hanya berupa sebiji kurma atau seteguk air.
Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuatkan nikmat itu bertambah banyak, samada dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah swt berfirman :
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperolehi, tetapi juga diminta untuk merasakan secara langsung betapa besar sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Ini adalah kerana baru beberapa jam sahaja kita tidak makan dan minum, sudah terasa betul penderitaan yang kita alami dan pada saat kita berbuka, terasa betul besarnya nikmat dari Allah meskipun hanya berupa sebiji kurma atau seteguk air.
Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuatkan nikmat itu bertambah banyak, samada dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (QS
Ibrahim : 7)
KETUJUH : MENGINGATI DAN MERASAKAN PENDERITAAN ORANG LAIN
Merasakan lapar dan haus memberikan kita pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasai oleh orang lain. Pengalaman berlapar dan dahaga itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila akan berakhir.
Dari sini, sudah semestinya puasa akan menumbuhkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan seperti penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di berbagai benua seperti di Palestin, Syria, Afghanistan, Myanmar, Iraq dan lain-lain.
Oleh kerana itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat fitrah agar dengan demikian, setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita.
KETUJUH : MENGINGATI DAN MERASAKAN PENDERITAAN ORANG LAIN
Merasakan lapar dan haus memberikan kita pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasai oleh orang lain. Pengalaman berlapar dan dahaga itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila akan berakhir.
Dari sini, sudah semestinya puasa akan menumbuhkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan seperti penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di berbagai benua seperti di Palestin, Syria, Afghanistan, Myanmar, Iraq dan lain-lain.
Oleh kerana itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat fitrah agar dengan demikian, setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita.
Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan
orang miskin dan menderita, malah juga bagi kita yang mengeluarkannya agar
dengan demikian, akan menghilangkan kekotoran jiwa kita yang berkait dengan
harta seperti gila harta, kikir dan sebagainya.
Allah swt berfirman :
Allah swt berfirman :
"Ambillah zakat daripada sebahagian
harta mereka dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan
berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa
bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS At-Taubah
: 103)
Oleh kerana hikmah puasa merupakan sesuatu
yang amat penting bagi kita, maka sudah sepatutnyalah kita perlu menyambut
kedatangan Ramadhan tahun ini dengan penuh rasa gembira sehingga kegembiraan
kita ini akan membuatkan kita boleh melaksanakan ibadah Ramadhan nanti dengan
ringan meskipun sebenarnya Ramadhan itu berat.
Kegembiraan kita terhadap kedatangan bulan Ramadhan
perlu kita tunjukkan dengan berusaha semaksimum mungkin untuk memanfaatkan
Ramadhan tahun ini sebagai momentum untuk mentarbiyah diri, keluarga dan
masyarakat ke arah pengukuhan atau pemantapan taqwa kepada Allah swt.
Ia adalah sesuatu yang amat kita perlukan dalam
usaha untuk meraih keberkatan dari Allah swt bagi masyarakat kita yang hingga
kini masih menghadapi pelbagai krisis kehidupan yang meningkatkan kadar
keruntuhan moral dan indeks jenayah. Kita seharusnya lebih perihatin akan
keadaan masalah dan krisis yang dihadapi oleh masyarakat kita di mana krisis
ini hanya dapat diatasi dengan meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah swt.
KELAPAN : MENJELMAKAN KEWUJUDAN KESATUAN UMAT ISLAM
Puasa merupakan satu penjelmaan secara praktikal dari berbagai penjelmaan kesatuan kaum muslimin, kesamarataan antara si kaya dan si miskin, penguasa dan rakyat, orang tua dan anak kecil, serta laki-laki dan perempuan.
Mereka berpuasa untuk Rabb mereka, seraya memohon keampunan-Nya dengan menahan diri dari makan pada satu waktu dan berbuka dalam satu waktu juga. Mereka sama-sama mengalami rasa lapar dan berada dalam pelarangan yang sama di siang hari, sebagaimana mereka mempunyai kedudukan yang sama dalam mengibarkan syiar-syiar lain yang berkenaan dengan puasa.
Dengan yang demikian, puasa mampu merealisasikan kesatuan tujuan, rasa, nurani dan tempat kembali dalam masyarakat yang berpuasa.
Secara keseluruhannya, umat Islam berdiri dalam satu barisan pada satu musim tertentu setiap tahun dan dalam beberapa hari tertentu di antara seluruh umat manusia ini. Ia merupakan barisan penghubung antara bangsa-bangsa yang kuat, antara komponen dari umat Islam secara keseluruhan, meskipun tempat tinggal mereka berjauhan dan berada dalam satu ikatan yang ditempatkan di hadapan satu pengalaman, yang memiliki satu pengaruh dan dalam satu penjelmaan secara kebersamaan.
Oleh yang demikian, hati dan perasaan mereka akan menjadi semakin erat dan akrab sehingga menjadi satu hati yang mengarah kepada kehidupan dengan satu pandangan.
Inilah satu contoh tauladan yang baik bagi persatuan antara berbagai masyarakat dari umat ini, bahkan sebagai contoh tauladan yang ideal bagi setiap kesatuan dalam kehidupan ini kerana ia merupakan kesatuan yang bersumber dari nurani dan menciptakan masa depan serta tempat kembali dan membangkitkan berbagai kemuliaan dari dalam diri yang nampak secara lahiriahnya, sehingga terwujudnya firman Allah swt :
“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Rabb kamu, maka bertaqwalah kepada-Ku.” (QS Al-Mu'minun : 52)
Kesatuan yang diwujudkan oleh puasa ini merupakan :
a. Kesatuan permulaan kerana ia
merupakan buah dari ibadah yang sungguh-sungguh.
b. Kesatuan nurani, kerana ia bersumber
dari amal perbuatan perasaan yang diasaskan kepada perencanaan jiwa kemanusiaan.
c. Kesatuan tempat kembali, kerana ia
menggiring umat ini secara keseluruhan kepada satu tempat kembali yang berakhir
padanya dan berdiam di sana, iaitu taqwa yang Allah swt telah menjadikannya
sebagai buah dari puasa.
d. Kesatuan rasa, kerana ia menyatukan
rasa dan perasaan umat pada satu tujuan dan menempatkannya pada satu jalan.
e. Kesatuan aqidah, kerana ia bersumber
dari keimanan dan keyakinan dan beredar di udara taqwa dan ibadah.
Dalam penampilannya yang cukup mengesankan, kesatuan ini memberikan gambaran yang benar mengenai kesatuan besar yang menyamaratakan semua anggota umat meskipun terdapat perbezaan keturunan, warna kulit dan kebangsaan.
Jika kita ingin membuktikan hal tersebut, silakan arahkan pandangan kita pada saat berbuka di negara yang aman, di Baitullah untuk menyaksikan ratusan ribu orang yang berbuka bersama dalam satu waktu.
Pernahkah kita menyaksikan penampilan kesatuan yang lebih jelas dari ini?
Pada hakikatnya, yang buta itu bukanlah pandangan mata, tetapi hati yang ada di dalam dada.
Ya Allah, singkapkanlah tabir hikmah Ramadhan kepada kami sehingga jiwa kami dapat merasakan kenikmatan beribadah kepadaMu melalui puasa dan amal-amal soleh lain yang kami laksanakan. Kurniakanlah kepada kami ketaqwaan yang mampu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh manusia.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS