Nama lengkapnya adalah Muhammad Farghali, lahir di Ismailiyah, Mesir
pada tahun 1326H / 1906 M. Beliau tumbuh dan dibesarkan dalam didikan Jamaah
Al-Ikhwan Al-Muslimin yang dipimpin oleh Imam Hasan Al-Banna.
Pada tahun 1948, Imam Hasan Al-Banna mengumumkan jihad ke Palestin dalam
rangka menyelamatkan tanah para nabi, kiblat umat Islam pertama serta tempat
berdirinya Masjid Al-Aqsha, dari kaum penjajah.
Syeikh Farghali dan pasukan Al-Ikhwan Al-Muslimin yang berjumlah lebih
dari 10,000 orang berhasil menerobos masuk ke wilayah Palestin untuk membantu
saudara seiman mereka yang sedang berjuang melawan tentara Zionis Israel,
walaupun pada saat itu pemerintahan Nuqrasyi dan tentera Inggeris memperketatkan
pintu kawalan sempadan.
Di medan Jihad Palestin, Syeikh Farghali tidak hanya memberikan semangat
dan motivasi perjuangan kepada pasukan mujahidin dari Jama’ah Al-Ikhwan
Al-Muslimin, tetapi beliau juga :
1.
Memberikan contoh perjuangan
penuh gigih.
2.
Melakukannya dengan sepenuh
hati.
3.
Menetapkan niat ikhlas dalam
rangka mencari ridha Allah.
4.
Mengharapkan mati di jalan-Nya.
PEMBIMBING DAN PENASIHAT IKHWAN
Beliau
adalah seorang ‘Muwajjih’ (pembimbing) Ikhwan dalam wasilah-wasilah tarbiyah
seperti usrah, katibah, mukhayyam dan rehlah. Sejumlah
tokoh Ikhwan juga turut memberi arahan dan nasihat dalam berbagai wasilah
tarbiyah tersebut yang di antaranya adalah : Al-Bahi Al-Khuli, Abdul Aziz
Kamil, Muhammad Abdul Hamid Ahmad, Muhammad Al-Ghazali, Sayyid Sabiq dan lain-lain.
Sesiapapun
yang berinteraksi dengan Syeikh Farghali akan melihat kewujudan dalam diri beliau
berupa :
a.
Ketenangan
dan kewibawaan.
b.
Kemuliaan
seorang mu’min.
c.
Kefaqihan
seorang mujahid.
Beliau
biasanya berbicara dengan tenang di mana :
1.
Kalimatnya
ringkas dan sederhana.
2.
Kata-katanya
penuh makna dan mempunyai tujuan yang mendalam.
3.
Nasihatnya
mengandungi kelembutan, kasih sayang dan kecintaan kepada Ikhwan.
4.
Beliau
sangat percaya dan yakin pada apa yang ada di sisi Allah berupa kemenangan bagi
agama ini dan untuk hamba-hamba-Nya yang soleh apabila mereka jujur dengan
Allah Ta’ala serta mengikhlaskan niat untuk-Nya.
Syeikh
Farghali memandang enteng terhadap apa sahaja perkara yang datang dari musuh-musuh Allah samada Inggeris,
Yahudi, para pendukung dan talibarut mereka. Beliau menganggap mereka sebagai
hamba-hamba kebendaan, hawa nafsu, syahwat dan syubhat.
Beliau
juga menegaskan bahwa Manhaj Tarbiyah Ikhwan adalah jaminan yang dapat :
a.
Membentuk
seorang muslim yang benar kerana manhaj ini bersumber dari Kitabullah, Sunnah
Rasulullah saw dan ijma’ para ulama’.
b.
Mempersiapkan
generasi mu’min mujahid yang kelak akan menghadapi kaum kuffar dengan berbagai
cara tanpa rasa takut atau khuatir.
Beliau
juga menekankan bahwa medan dakwah pada hari ini menuntut mobilisasi ribuan
pemuda mu’min dari seluruh penjuru dunia Islam agar dapat mengisi medan dakwah
sekaligus menghadapi orang-orang yang melakukan kerusakan di muka bumi. Ketika
mereka menemui negara umat Islam ini kosong dari pemuda-pemuda mu’min, maka
realiti itu akan membuatkan mereka semakin sombong dan secara berleluasa
melakukan kerusakan,
menebar kebatilan dan malah suara mereka semakin tinggi dan kian berani
terhadap agama Islam dan pemeluknya serta merendahkan umat ini dengan penuh keaiban
dan kehinaan.
Semua
itu berlaku kerana umat Islam dewasa ini berada :
1.
Di
jurang kemunduran serta tidak memiliki kekuatan dan pedang kebenaran.
2.
Dalam
cengkaman penguasa yang rata-rata adalah kaki tangan penjajah yang berpihak kepada
musuh-musuh Islam.
Mereka
itulah yang memberi maklumat dan sekaligus melancarkan perang terbuka terhadap
para duat serta menghalang seruan kebenaran dan kebebasan, iaitu dakwah Islam
yang agung yang telah diperbaharui urusannya di atas bumi Mesir oleh seorang
tokoh mujaddid abad 14 hijriah, iaitu Imam Hasan Al-Banna.
PERIBADI CONTOH
Syeikh
Muhammad Farghali adalah peribadi yang :
a.
Mempunyai
iman yang mendalam.
b.
Memiliki
keteguhan jiwa.
c.
Menampakkan
tekad yang kuat.
d.
Berpenampilan
zuhud.
e.
Lebih
mengutamakan amal daripada berbicara.
f.
Mencintai
seluruh manusia.
g.
Rela
membantu sesiapa sahaja khususnya orang-orang yang lemah di antara mereka.
h.
Siap
sedia berada di samping orang-orang lemah untuk mendapatkan hak-hak mereka,
mengangkat kehinaan dan kezaliman yang menimpa mereka.
Syeikh
Muhammad Farghali juga sentiasa menghalang para pelaku kezaliman yang berusaha
untuk menindas orang-orang yang lemah serta menghadapi mereka dengan penuh
kekuatan dan keteguhan. Itulah yang membuatkan mereka takut padanya dan
menganggapnya memiliki kekuatan ribuan manusia. Bahkan hanya dengan menyebut
namanya sahaja sudah cukup untuk menimbulkan rasa takut dalam diri pasukan Inggeris,
Yahudi dan talibarut-talibarut mereka. Mereka bahkan menjanjikan hadiah yang besar
bagi sesiapa pun yang sanggup menangkap dan menyerahkannya kepada mereka samada
dalam keadaan hidup atau mati.
Teman-temannya
di universiti ramai yang menceritakan tentang peribadi beliau yang unik ini,
dai’e dan mujahid yang menjadi kecintaan dan kepercayaan Imam Hasan al-Banna
disebabkan kekuatan kebergantungannya kepada Allah dalam menghadapi berbagai perkara
dan peristiwa-peristiwa besar. Dia adalah sosok sahabat yang terbaik dalam
setiap situasi dan keadaan.
Syeikh
Farghali adalah bahagian penting dalam sejarah perjalanan gerakan Ikhwanul
Muslimin sejak berdirinya dan
keterlibatan beliau di awal berdirinya Jamaah ini hingga Allah memuliakannya
melalui syahadah di tangan Jamal Abdul Nasser.
Anggota
jamaah Ikhwanul Muslimin dari kalangan para ‘syuyukh’ (orang lama) dan
‘syabab’
(pemuda) melihat pada diri lelaki ini dengan pandangan hormat, cinta dan
kesetiaan kerana sifat-sifat kebaikan dan keperwiraan yang melekat pada
dirinya.
Ceramah-ceramah
yang ia sampaikan dalam program mukhayyam, katibah
dan pertemuan usrah Ikhwan dapat merebut hati pendengarnya kerana
mereka menemui kejujuran, kejelasan, kesederhanaan, kemanisan iman dan
keikhlasan dalam ungkapan-ungkapannya.
Kalimat-kalimat
yang diucapkannya keluar dari kedalaman relung hatinya dan merasuk ke dalam
jiwa pendengarnya lalu :
1.
Berlakulah
dialog antara ruh dengan ruh.
2.
Menggugah
jiwa.
3.
Menggerakkan
nurani.
4.
Menyeru
untuk beramal secara serius dan bersungguh-sungguh di atas jalan Allah demi
orang-orang yang lemah di muka bumi.
Beliau
juga menjelaskan untuk seluruh Ikhwan bahwa musuh-musuh Islam dari kalangan
Yahudi, Kristian dan para penjajah adalah orang-orang yang hina yang tidak akan
mampu menghadapi semangat dan kekuatan tekad orang-orang yang beriman.
Pengalaman ketika menghadapi mereka dalam perang Palestin membuktikan sifat
penakut dan pengecut serta lemahnya kekuatan mereka. Mereka bahkan kabur lalu meninggalkan
medan perang seumpama tikus yang sangat ketakutan di hadapan mujahidin Ikhwanul
Muslimin. Seandainya bukan kerana konspirasi antarabangsa dan lemahnya sebahagian
negara-negara Arab dan Islam, niscaya Palestin tidak akan jatuh di tangan
mereka. Bukan itu sahaja, bahkan Inggeris, Perancis dan Amerika Syarikat tidak
akan pernah mampu menjejakkan kewujudan
mereka di atas bumi Islam.
Ustaz
Abbas As-Siisi berkata dalam bukunya “Fi Qafilatil Ikhwan”, bahwa :
Dalam
bukunya “Muzakkiraat Ad-Dakwah Wa Ad-Da’iyah”, Imam Hasan al-Banna
berkata tentang Syeikh Muhammad Farghali :
GERAKAN ISLAM DI JABASAT AL BALAH
Sejumlah
buruh di Jabasat Al Balah berpeluang menemui para anggota Ikhwan Ismailiyah.
Mereka sangat tertarik dengan Ikhwan. Mereka telah berazam hendak menyebarkan
risalah Islam di kalangan buruh-buruh lain di Jabasat. Akhirnya, aku telah
dijemput melawat Jabasat. Aku pun bertolak ke Jabasat dan melakukan bai’ah
dengan mereka. Hal ini membawa perubahan kepada permikiran mereka. Tidak lama
selepas itu, buruh-buruh yang menjadi anggota Ikhwan telah meminta Syarikat
Terusan Suez membina sebuah masjid kerana terdapat lebih dari
300 buruh
yang beragama Islam di situ. Syarikat Terusan Suez bersetuju dengan permintaan
tersebut dan ia pun membina sebuah masjid untuk mereka.
Di
samping itu, Syarikat Terusan Suez telah meminta Ikhwanul Muslimin dan
menghantar
seorang
ulama’ untuk menjadi imam dan mengajar Al Quran di masjid tersebut. Syeikh
Muhammad Farghali telah dipilih untuk menjalankan tugas tadi. Ketika itu, dia
sedang mengajar di Sekolah Islam Hira’ di Ismailiyah.
Syeikh
Muhammad Farghali tiba di Jabasat Al Balah dan terus melaksanakan tugasnya di
masjid tadi. Sebuah rumah berdekatan dengan masjid telah disediakan untuknya.
Dia berjaya menarik buruh-buruh Islam di situ kepada ajaran dan amalan Islam.
Dalam tempoh tidak sampai beberapa minggu, dia berjaya mengubah pemikiran
mereka. Dia membuat mereka sedar betapa pentingnya hidup ini dan betapa
perlunya mereka membebaskan diri mereka daripada penyakit rendah diri
(inferiority
complex).
Kini
mereka telah merasa diri mereka berharga kerana hati mereka telah dipenuhi
tenaga iman serta mereka telah sedar bahwa mereka berkewajipan menegakkan
kerajaan Allah di atas muka bumi. Buruh-buruh Islam ini begitu gigih berdakwah
dan mengamalkan dasar-dasar Islam. Mereka sentiasa teringat hadith Rasulullah
saw seperti berikut :
“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang
daripada kamu mengerjakan sesuatu amalan (hingga) ia menyempurnakannya.” (HR
Baihaqi)
Buruh-buruh
Islam tadi mengamalkan ajaran-ajaran Islam dengan tegas sekali. Mereka tidak
pernah meminta sesuatu yang bukan hak mereka. Mereka menjauhkan diri dari
sebarang godaan dan sifat tamak. Setiap buruh menghadapi pegawainya dengan rasa
bangga tetapi dengan cara yang tertib. Percakapan mereka bersopan dan bersuara
rendah. Mereka tidak kasar atau biadab. Mereka tidak mencela orang tetapi
mereka tidak berdiam diri jika mereka dicela. Buruh-buruh tadi telah menjadi
orang orang yang baik dan bermaruah melalui ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwah
Islamiyah).
Para
pegawai Syarikat Terusan Suez tidak senang dengan keadaan ini. Mereka sedar
jika keadaan ini dibiarkan berterusan, lambat laun Syeikh Farghali akan
berupaya menguasai sepenuhnya buruh-buruh Islam tadi. Jika hal ini berlaku,
pihak Syarikat tidak akan mampu menghadapi mereka.
PERTIKAIAN ANTARA SYEIKH FARGHALI DENGAN SYARIKAT TERUSAN SUEZ
Para
pegawai Syarikat tersebut mengambil keputusan untuk memecat Syeikh Farghali.
Seorang pegawai telah ditugaskan untuk pergi menemuinya. Pegawai tadi berkata
kepada Syeikh Farghali:
“Pengarah memberitahu saya bahawa perkhidmatan awak
tidak diperlukan lagi. Pihak Syarikat bercadang hendak melantik orang lain
menggantikan tempat awak. Dia akan menjalani tugas sebagai imam solah berjamaah
di masjid. Pengarah menyuruh saya menyampaikan gaji terakhir awak.”
Pegawai
tadi kembali ke tempatnya selepas mendengar kata-kata Syeikh Farghali. Mereka menunggu
kalau-kalau Syeikh Farghali datang meminta gajinya. Sebaliknya, beliau datang menemuiku
di Ismailiah dan berbincang denganku mengenai perkara itu. Aku menasihatinya
supaya bertegas dengan keputusannya dan jangan meninggalkan tempatnya dalam
keadaan apa sekalipun. Aku memberitahunya supaya jangan berasa bimbang kerana
tindakannya itu betul dan tidak mengambil apa-apa pun dari pihak Syarikat.
Berikutan
itu, pihak pengurusan Syarikat itu akhirnya telah menghubungi Ibu pejabat
mereka. Pengarah Syarikat tersebut pula kemudiannya menghubungi Gabenor Suez.
Gabenor serta merta mengarah Inspektor Polis menghantar sepasukan polis ke
Jabasat Al Balah untuk mengawal keadaan. Inspektor itu membawa sepasukan polis
dan pergi ke pejabat Syarikat. Dia meminta Syeikh Farghali datang menemuinya di
pejabat.
Waktu
itu, Syeikh Farghali berada di masjid. Beliau memberi jawapan berikut kepada
orang yang datang memanggilnya ke pejabat :
“Saya tidak ada urusan dengan Pengarah atau Inspektor
Polis. Urusan saya ialah di masjid. Jika salah seorang dari mereka ingin
berjumpa saya, biarlah dia datang ke sini.”
Akhirnya,
Inspektor Polis itu datang menemuinya di masjid. Dia mendesak Syeikh Farghali
supaya mematuhi arahan Pengarah Syarikat dengan meletakkan jawatannya dan kembali
ke Ismailiah. Syeikh itu mengulangi jawapan yang pernah diberinya dahulu sambil
menambah :
“Saya akan meninggalkan tempat ini jika awak membawa
surat tamat perkhidmatan dari pejabat Ikhwan di Ismailiyah. Jika awak ingin menggunakan
kekerasan terhadap saya, silakan. Saya tidak akan berganjak dari tempat ini
walaupun seinci. Hanya mayat saya sahaja yang akan meninggalkan tempat ini.”
Berita
ini sampai kepada buruh-buruh Syarikat tersebut seperti halilintar. Mereka
melancarkan mogok, berbaris dan terus datang ke situ. Inspektor Polis tadi dapat
merasakan bahaya yang kian mengancamnya. Dia cepat-cepat kembali ke Ismailiyah.
Akhirnya dia menemuiku dan menyatakan kesediaannya untuk menyelesaikan perkara
tersebut dengan baik. Aku memberitahunya bahwa aku tidak boleh berkata apa-apa
lagi sehinggalah aku telah mengkaji perkara itu dengan teliti dan mengadakan
mesyuarat dengan ahli ahli Jawatankuasa.
Sementara
itu, aku telah pergi ke Kaherah dan menemui satu-satunya orang Mesir yang
menjadi ahli Lembaga Pentadbir Syarikat Terusan Suez. Aku berbincang dengannya
mengenai perkara itu tetapi dia menunjukkan sikap tidak mempedulikan langsung
kebajikan buruh-buruh Syarikat tersebut. Pendapatnya menyebelahi Pengarah dan
Syarikat tadi. Bahkan dia tidak ada perasaan cintakan negaranya sendiri.
Akhirnya aku
menemui Pengarah Syarikat dan meminta dia memberitahu sebab Syeikh Farghali
hendak dipecat. Dia tidak menyatakan apa-apa sebab. Dia hanya mahu orang yang
sanggup mematuhi arahannya. Aku masih ingat kata katanya :
“Saya berkawan dengan ramai pemimpin Islam. Saya
tinggal di Aljazaair (Algeria) selama dua puluh tahun. Namun begitu, saya belum
pernah berjumpa dengan orang seperti Syeikh Farghali yang ingin menguasai kami
seperti seorang Jeneral tentera.”
Aku bercakap
dengannya dengan cara yang lembut dan berusaha sedaya upaya meyakinkan bahawa
Syeikh Farghali tidak bersalah. Sebenarnya Syarikat ini berlaku zalim terhadap
buruh-buruh Islam dan merampas hak-hak mereka yang sah. Mereka tidak dilayan
seperti manusia. Syarikat mendapat keuntungan banyak tetapi membayar gaji yang
sedikit kepada buruh-buruh mereka. Keadaan Syarikat ini perlu diperbaiki.
Akhirnya,
pengarah tadi setuju menyambung perkhidmatan Syeikh Farghali selama dua bulan
lagi. Selepas itu, pihak Syarikat minta dia berhenti. Pengarah itu juga meminta
pihak Ikhwan menghantar seorang imam lain selepas Syeikh Farghali tamat. Dia
sanggup membayar gaji dua kali ganda dan menyediakan rumah dan lain lain
kemudahan untuk imam baru itu. Selepas tempoh dua bulan, Syeikh Farghali kembali
ke Ismailiyah dan Syeikh Syafi’ie Ahmad dilantik menggantikan tempatnya. Semenjak
itu, kegiatan di situ berjalan dengan aman dan jayanya.
Syeikh
Muhammad Farghali termasuk orang yang bersegera menyambut seruan jihad Palestin
pada tahun 1948. Ia memasuki wilayah perang itu memimpin pasukan mujahidin
Ikhwanul Muslimin.
Imam
Hasan al-Banna telah memaklumkan bahwa pembebasan tanah Palestin yang dilakukan
oleh Mujahidin Ikhwan lebih mudah daripada melalui pasukan pemerintah yang rata-rata
berada di bawah kendalian penjajah asing. Walaupun pemerintahan An-Nuqrasyi
mengawasi dengan sangat ketat sempadan untuk menghalang para Mujahidin Ikhwan
menyusup masuk ke wilayah Palestin, dan walau pun penjajah Inggeris berhasil
menutup seluruh sempadan Palestin agar tidak dapat ditembusi oleh para
mujahidin Ikhwan, namun mereka berhasil menyusup dan menerobos setiap rintangan
memasuki wilayah Palestin untuk membantu saudara-saudara mereka di sana.
Syeikh
Muhammad Farghali adalah salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin yang paling
menonjol yang menyeru supaya diadakan latihan perang untuk saudara-saudara
mereka di Palestin. Merekalah yang kemudiannya turut menyerang pos-pos Yahudi
dan koloni-koloni mereka.
Salah sebuah
kisah kepahlawanan Syeikh Farghali di Palestin adalah, ketika ia keluar bersama
lapan orang Ikhwan Mujahidin ke belakang garis sempadan Yahudi. Mereka lalu
menyusup masuk ke wilayah jajahan Yahudi sebelum fajar
menjelang. Syeikh Muhammad Farghali naik ke tempat yang paling tinggi lalu
mengumandangkan azan subuh. Mendengar berkumandangnya azan tersebut, pasukan
Yahudi mengira bahwa Ikhwanul Muslimin telah menguasai wilayah mereka sejak
malam hari sehingga mereka segera lari tunggang-langgang meninggalkan benteng
pertahanan mereka.
Pagi
keesokan harinya, Mujahidin Ikhwan lalu menyerahkan wilayah jajahan tersebut
kepada pasukan Mesir tanpa perlu menggunakan senjata atau titisan darah.
Seperti itulah keberanian Syeikh Muhammad Farghali. Ditambah lagi dengan
ketakutan Yahudi terhadap pasukan Ikhwanul Muslimin.
Pada
tahun 1951, pemerintahan Mesir menghapuskan perjanjian dengan Inggeris yang
disepakati pada tahun 1936. Namun Inggeris memandang rendah pembatalan
perjanjian itu. Syeikh Farghali bersama Ikhwan kembali memasuki medan perang
dengan penuh semangat, ketulusan dan keberanian melawan musuh di atas pesisir
Terusan Suez hingga membuatkan Perdana Menteri Inggeris ketika itu, Winston
Churchill mengeluarkan kenyataan yang terkenal di London. Ia berkata :
“Ada satu elemen (unsur) baru yang
sekarang turut terlibat dalam peperangan.”
Peperangan
hebat terus berkecamuk antara sukarelawan Mesir dengan pasukan imperialis Inggeris
di atas Terusan Suez, kem-kem At-Tal al-Kabir, di berek-berek pasukan Inggeris,
di Port Sa’id, Ismailiyah dan Suez. Di sinilah darah para syuhada’ mengalir dan
ruh mereka kembali ke hadrat Tuhannya.
Realiti
ini membuatkan Inggeris semakin yakin bahwa mereka tidak mungkin berdiam diri
lebih lama di hadapan elemen (unsur) baru yang terdiri dari sukarelawan
Ikhwanul Muslimin.
Keberanian
dan kepahlawanan yang terserlah pada diri Syeikh Muhammad Farghali sungguh
menciptakan rasa takut dalam diri pasukan Inggeris sehingga mereka mengeluarkan
kenyataan umum dengan hadiah sangat besar bagi sesiapa yang dapat menangkap
Syeikh Farghali, samada hidup atau mati namun usaha mereka sia-sia belaka.
Dai’e
yang sarat dengan pengalaman ini, Syeikh Muhammad Farghali adalah ketua
Ikhwanul Muslimin di daerah Ismailiyah dan didukung oleh orang kanannya yang
sentiasa membantunya, iaitu mujahid pemberani Yusuf Thal’at. Kedua orang inilah
yang menjadi sumber ketakutan bagi kekuatan pasukan imperialis Inggeris di
Terusan Suez.
ABDUL
NASSER BERUSAHA MENCIPTAKAN FITNAH PERPECAHAN
Perkara
ini dinyatakan oleh Ustaz Kamil Syarif di dalam bukunya, ‘Al-Muqawwamah As-Sirriyah fii
Qanaat Suez’ (Perlawanan Rahsia di Terusan Suez) :
“Pertama kali aku mengenali Syeikh
Muhammad Farghali pada hari di mana ia menemani Imam Hasan al-Banna dalam perjalanannya di wilayah
pertempuran di Palestin. Ketika itulah hubungan kami menjadi erat, apalagi ketika
kami bekerja bersama-sama dalam perang Palestin dan pengetahuanku yang kian mendalam
tentang dirinya membuatku semakin kagum padanya.”
Sudut
kebaikan yang dimilikinya membuatkan kita perlu menghormati dan menghargainya,
yang juga menjadi kunci keperibadiannya adalah :
a.
Kesucian
diri dari dosa-dosa kecil.
b.
Kemurnian
jiwa dari berbagai permusuhan.
c.
Kebersihan
diri dari segala sesuatu yang mengandung aib.
Dia
memiliki perhatian yang sangat besar pada reputasi dakwah dan sistemnya serta
memiliki kecemburuan yang besar terhadap kewibawaan dan kehormatan dakwah.
Aku
masih ingat, ketika aku bersama Syeikh Muhammad Farghali mewakili Ikhwan
mengikuti pertemuan di pejabat Gabenor Abdul Nasser
yang ketika itu menjawat jawatan sebagai menteri Luar Negeri dalam kabinet
Muhammad Najib. Pertemuan itu juga dihadiri oleh sejumlah pegawai revolusi,
antara lain adalah : Abdul Hakim Amir, Shalah Salim dan Husain Kamaluddin.
Para
pegawai revolusi itu rupanya ingin mengadu domba antara Syeikh Farghali dengan
Mursyid ‘Aam, Hasan Al-Hudhaibi dengan menyebutkan jihad Syeikh Farghali di
Palestin, Terusan Suez dan Nil, berbanding peribadi Al-Hudhaibi.
Mendengar
puji-pujian yang ditujukan kepadanya, Syeikh Farghali segera memutuskan pembicaraan
mereka dan berkata dengan penuh marah :
“Kamu mesti mengetahui bahwa orang
yang kamu bicarakan itu adalah pemimpin kami dan pimpinan jamaah ini sekaligus.
Oleh kerana itu saya menganggap bahwa pembicaraan kamu ini adalah penghinaan
terhadap jamaah seluruhnya dan kepada diriku secara khusus. Kalau cara kamu
seperti ini, niscaya kamu tidak akan sampai pada tujuan yang dikehendaki
sedikit pun.”
Kalimat
itu sudah cukup untuk meyakinkan mereka bahwa mereka berada di hadapan sosok
laki-laki yang berpendirian teguh dan memiliki peribadi yang kuat. Mereka
akhirnya beralih pada pembicaraan yang lain.
KEPAHLAWANAN SEORANG FARGHALI
Syeikh
Muhammad Farghali bukan dari jenis tokoh agama yang hanya bergantung pada formaliti sambil mencari kedudukan dan jawatan. Tapi dia
adalah mujahid sejati. Cukup bagi kita saat ia rela meninggalkan pekerjaan dan
keluarganya menuju Palestin bersama mujahidin Ikhwan. Manakala ketika perang
Suez berkecamuk, sekali lagi ia rela tinggalkan keluarganya dan bergabung
dengan para mujahidin.
Kamil
Syarif meneruskan tulisannya dalam buku yang sama :
“Ketika Inggeris mulai membuat provokasi terhadap
penduduk Terusan Suez dan melakukan kezaliman terhadap manusia,
demonstrasi massa pun berlaku di seluruh daerah sehingga dirancang sebuah
kongres besar di Ismailiyah yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Farghali yang
memutuskan untuk melakukan penentangan dan penyerangan terhadap pasukan Inggeris
dengan kekuatan yang mereka miliki. Menggelabah mereka di tempat persembunyian
dan di pos-pos tentera mereka.”
Syeikh
Farghali dalam kapasitinya sebagai ketua kongres, lalu membawa keputusan
tersebut ke pejabat sekretariat Umum Ikhwanul Muslimin di Kaherah dan sekaligus
memaklumkan kepada seluruh pegawai yang bekerja di Terusan Suez agar melakukan
mogok umum. Begitu juga kepada para peniaga yang selama ini menyalurkan bahan
makanan dan perbekalan untuk pasukan Inggeris agar menghentikan pengiriman
barang-barang tersebut. Semuanya bersatu bersama mujahidin Ikhwanul Muslimin
untuk melawan dan memerangi Inggeris.
Dalam
peperangan tersebut, pasukan Mujahidin Ikhwan berhasil menewaskan tentera Inggeris
dan melukai mereka dalam jumlah yang besar selain menghancurkan pos-pos tentera,
jambatan-jambatan, kereta perisai dan kereta kebal. Serangan tersebut membuatkan
pasukan Inggeris ketakutan dan mengumumkan keadaan darurat serta melarang para tenteranya
keluar dari kediaman mereka setelah matahari tenggelam.
Kewibawaan
mereka segera runtuh di hadapan rakyat Mesir sehingga anak-anak kecil pun
melemparkan mereka dengan batu-batu. Sebahagian dari pasukan tentera Mesir
mulai bersemangat dan bergabung bersama Ikhwan dengan melatih para pemuda cara
menggunakan peralatan perang dan mengajarkan mereka strategi peperangan.
Ada
beberapa kali pertemuan yang di antaranya berlangsung di rumah Syeikh Muhammad
Farghali dan dihadiri sejumlah pegawai tentera Mesir dan pemimpin Ikhwanul
Muslimin. Sementara Syeikh Farghali dan Yusuf Thal’at bersama beberapa orang sahabat
mereka dianggap oleh Inggeris sebagai orang yang paling berbahaya. Kedua orang
ini diawasi gerak-geri mereka oleh pihak cawangan khas dan mata-mata upahan
Inggeris.
Majalah ‘Rauz Al-Yusuf’ menyiarkan sebuah wawancara
panjang antara Syeikh Farghali dengan wartawan majalah tersebut dan
menggambarkan Syeikh Farghali sebagai peribadi ‘misterius’ yang sangat
diambil berat oleh Inggeris. Dalam wawancara dengan majalah tersebut, Syeikh
Farghali berkata :
“Ikhwanul Muslimin tidak akan
menghentikan penentangannya terhadap Inggeris sehingga seluruh kekuatan tentera
Inggeris dihalau keluar dari bumi Mesir. Maka cara terbaik yang dapat dilakukan
oleh Inggeris untuk melindungi tenteranya adalah mengeluarkan mereka dari wilayah Terusan Suez.”
Itulah
Syeikh Muhammad Farghali, sang pahlawan pemberani itu yang berhasil
menggentarkan orang-orang Yahudi dan
Inggeris. Demikianlah sejarah perjalanan hidupnya yang wangi semerbak serta tercatat
dengan tinta emas.
SYAHID YANG MENJADI CITA-CITANYA
Saksikan
pula bagaimana Jamal Abdul Nasser yang dengan sukarela menyerahkan kepala Syeikh
Muhammad Farghali ke tiang gantung untuk memenuhi dahaga majikannya; Yahudi,
Inggeris, Amerika dan Rusia sebagai hadiah percuma bersama lima sahabatnya yang
lain yang mereka hukum gantung pada tanggal 7 Disember 1954.
Namun
di atas tiang gantung itu, kepala Syeikh Al-Mujahid, Muhammad Farghali tetap
tegak, tersenyum dalam keberanian, gembira dengan iman, sambil mengulang-ulang
ucapan para pendahulunya yang juga telah menuai syahadahnya :
“Dan aku bergegas kembali kepada-Mu,
Tuhanku, agar Engkau ridha.”
Salah
satu ucapannya yang terkenal adalah :
“Sesungguhnya aku sentiasa siap
sedia menghadapi kematian, bahagia berjumpa dengan Allah Ta’ala”.
Benarlah
firman Allah Azza wa Jalla :
“Di antara orang-orang mu’min itu
ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka
di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang
menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya).” (QS Al-Ahzab : 23)
Salah
satu majalah Perancis ‘Bari Matish’, terbit pada tanggal 8 Disember 1954,
menulis catatan peristiwa berikut ini :
“Pada jam 6 pagi kelmarin, 7 Disember
1954, bendera hitam dikibarkan di dalam penjara Kaherah, di mana para pesalah
yang didakwa secara palsu akan dijatuhkan hukuman mati digiring ke tiang
gantung dengan berkaki ayam dan baju hukuman mati berwarna merah. Hukuman
gantung itu dijatuhkan kepada enam orang anggota Ikhwanul Muslimin, mereka
adalah : Mahmud Abdul Lathif, Yusuf Thal’at, Hindawi Duwair, Ibrahim Ath-Thayyib,
Muhammad Farghali dan Abdul Qadir Audah pada jam 8 pagi.
Mereka yang dijatuhkan hukuman
gantung itu berjalan menuju tiang gantung dengan gagah berani seraya memuji
Allah Ta’ala atas apa yang akan
mereka perolehi berupa kemuliaan mati syahid. Syeikh Muhammad Farghali berkata
:
“Aku sungguh siap sedia menjemput
kematian, bahagia menyambut pertemuan dengan Allah Ta’ala.”
Seluruh
negara-negara Arab dan Islam sangat marah dan murka mendengar hukuman tersebut.
Negeri-negeri di Syam dan beberapa negara Arab mengumumkan sebagai hari
berkabung atas kematian enam anggota Ikhwanul Muslimin.
Salah
satu komentar yang berkait dengan hukuman gantung tersebut disampaikan oleh Ustaz
Ali Thanthawi di Damsyik dan disebarluaskan oleh media massa Arab Islam. Beliau
berkata :
2.
Adakah ia meminta kebaikan
selain ‘husnul
khatimah’?
Seperti itulah siksaan Allah dan
bukan siksaanmu, wahai Jamal. Siksaan dari Yang Maha Penolong bagi para
wali-Nya. Yang Maha Kuasa atas segala musuh-musuh-Nya.
Di hadapan-Nya kelak engkau akan
berdiri tanpa seorang pun bersamamu. Tidak ada pasukan, tiada kereta kebal,
senjata atau perbekalan bersamamu. Engkau akan digiring satu-persatu ke
hadapan-Nya, agar Ia tanyakan kepadamu darah suci yang engkau tumpahkan itu :
a. Tentang
jiwa-jiwa suci mengapa engkau bunuh?
b.
Tentang wanita-wanita muslimah yang
sentiasa taat dan sabar, mengapa engkau jadikan mereka sebagai janda?
c.
Tentang anak-anak yang tidak
berdosa, mengapa engkau jadikan mereka sebagai yatim?
d. Tentang
jamaah duat yang menyeru kepada Allah Ta’ala,
mengapa engkau jadikan mereka musuh yang mesti diperangi?
Jika engkau ingin membela diri, maka
siapkanlah dari sekarang, agar engkau tunjukkan kelak di hadapan pengadilan
Allah Yang Maha Perkasa. Yang tidak menghukum dengan hukuman gantung, tapi
dengan kehidupan abadi di dalam neraka. Di mana hukuman gantung itu ribuan kali
jauh lebih kecil daripada siksa di dalam neraka walau sedetik sahaja.
Hari di mana :
1. Tidak
bermanfaat lagi harta, anak-anak, kelompok, pembantu, pedang atau kekuasaan.
2.
Timbangan berganti dan ukuran
penilaian berubah dan keutamaan itu milik yang utama, kepemimpinan untuk orang soleh.
3.
Darjat para raja akan turun dan
kedudukan rakyat jelata dinaikkan.
4.
Penyeru akan berseru, “Milik
siapakah kekuasaan hari ini?” Apakah kekuasaan hari itu milik para penzalim?
Milik para gabenor? Apakah ia milik istana Backingham, Gedung Putih dan
Kremlin? Tidak! Kekuasaan hari itu adalah milik Allah Azza wa Jalla Yang Maha
Perkasa.
Apakah engkau akan temui jalan yang
tidak membawamu ke Padang Mahsyar atau tempat yang tiada hisab untukmu?
Apakah engkau tahu ada penguasa lain
tempat engkau kembali kelak?
Negeri Mesir telah diperintah oleh
orang sebelum engkau, Faruq dan raja-raja Mamaluk. Dan sebelum mereka, negeri
ini diperintah oleh Fir’aun dan Haman. Sekarang, di manakah kini Faruq, raja
Mamaluk dan Fir’aun?
Manakah gerangan orang yang telah
berbuat zalim, melampaui batas dan berkata :
“Aku adalah tuhanmu yang maha
tinggi?”
Mereka semua telah berada dalam
rombongan malaikat maut, diiringi doa dan kutukan orang-orang yang teraniaya.”
Semoga
Allah swt sentiasa mencurahkan rahmat-Nya kepada Asy-Syahid, Syeikh Muhammad
Farghali bersama para syuhada’ yang dihukum gantung bersamanya dan orang-orang
yang telah mendahului mereka.
“Di antara orang-orang mu’min itu ada
orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di
antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang
menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” (QS Al-Ahzab :
23)
“Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah,
Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka.” (QS Muhammad : 4)
Ya
Allah, rahmatilah kami dan kumpulkan kami dengan mereka pada kedudukan yang
benar, di sisi-Mu, Tuhan Yang Maha Perkasa.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS