Tokoh yang menjadi kajian pada kali ini adalah Ustaz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Mustafa
Tilmisani. Beliau dilantik sebagai Mursyid ‘Aam Ikhwanul Muslimin setelah
meninggalnya Mursyid yang kedua iaitu Ustaz Hasan Al-Hudhaibi pada bulan November
1973.
MASA
KECIL DAN PERTUMBUHANNYA
Asal-usulnya
kembali kepada wilayah Tilmisani di Algeria. Beliau Lahir di kota Kaherah pada
tahun 1322 Hijriyah atau 1904 Masehi, di jalan Hausy Qadim di Al-Ghauriah.
Datuk
dan ayahnya bekerja sebagai peniaga pakaian. Datuknya adalah seorang salafi
yang banyak mencetak buku-buku karya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Oleh yang
demikian, ia tumbuh dalam lingkungan yang jauh dari bid’ah.
Ustaz
Umar At Tilmisani belajar di Sekolah Ibtidaiyyah Jam’iyyah Khairiyah, lalu
melanjutkan ke peringkat menengah di Sekolah Tsanawiyah Al-Hilmiyah. Selepas
itu, ia masuk ke kuliah di Fakulti Undang-Undang. Setelah menyelesaikan
pendidikannya pada tahun 1933, ia kemudiannya menyewa sebuah pejabat peguam di
jalan Syabiin Al-Qanathir dan bergabung dengan jamaah Ikhwanul Muslimin.
Ustaz
Umar At Tilmisani adalah peguam pertama yang bergabung dengan Ikhwan. Di
sinilah ia mengerahkan usaha dan fikirannya demi membela jamaah ini. Ia juga
adalah orang terdekat dengan Imam Hasan Al Banna yang kerap menemani beliau
dalam perjalanan yang dilakukannya di wilayah Mesir atau di luar negara. Imam Hasan
Al Banna juga sering meminta bantuan kepadanya dalam banyak perkara.
Ustaz
Umar At Tilmisani berkahwin ketika masih mengikuti pelajaran di Sekolah
Tsanawiyah Negeri dan Isterinya meninggal dunia pada bulan Ogos 1979 setelah
hidup bersamanya lebih dari setengah abad. Mereka dikurniakan empat orang cahaya
mata; Abid dan Abdul Fattah serta dua orang anak perempuan.
Pekerjaan
beliau sebagai peguam tidak membuatnya lupa untuk memperkayakan dirinya dengan
wawasan keislaman. Oleh kerana itu, beliau banyak membaca dan menelaah berbagai
jenis buku, seperti tafsir, hadits, fiqh, sirah, sejarah dan biografi. Beliau
juga mengikuti dengan teliti berbagai konspirasi dan strategi musuh-musuh Islam
di dalam dan luar Mesir, mengamati, mempelajari, menentukan cara bersikap, cara
menghadapinya dengan bijak dan nasihat yang baik. Beliau juga berusaha menghalang
propaganda yang mereka tiupkan, mendustakan ucapan-ucapannya, dan menepis
kecurigaan mereka dengan sikap seorang mu’min penuh percaya diri yang
mengetahui keunggulan yang dimilikinya dan kelemahan yang ada pada
lawan-lawannya bahwa tidak ada selain Allah yang dapat menolong dan tidak ada
agama lain kecuali Islam.
Setelah
syahidnya Imam Hasan Al Banna pada tahun 1949 dan sebelum pemilihan mursyid
kedua, Utaz Hasan Al-Hudhaibi, Ikhwan bertemu dan mendengar nasihat dan arahan
yang disampaikan oleh para tokoh mereka.
Di
situlah anggota Ikhwan dapat merasakan sifat sopan santun Ustaz Umar,
kerendahan hatinya dan kasih sayangnya terhadap Ikhwan, khususnya para pemuda
yang di dalam jiwa mereka bergelora semangat membara untuk segera memetik buah
yang mereka tanam. Mereka juga berniat untuk melakukan pembalasan atas
kezaliman yang berlaku ke atas diri Ikhwan. Namun Ustaz Umar At Tilmisani
berwasiat agar mereka tetap bersabar, teguh pendirian, santun, tenang dan
sentiasa mengharap pahala dan ganjaran Allah Azza wa Jalla.
KENANGANNYA TERHADAP IMAM HASAN AL
BANNA
Di dalam salah sebuah karyanya iaitu “Al-Mulham Al-Mauhub (Orang
yang diberikan ilham oleh Allah dengan idea yang hebat), Ustaz Al-Banna, Ustaz Al-Jiil” beliau menceritakan tentang guru
yang dicintainya :
“Pemimpin kami, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah
menghimpunkan kami di atas jalan Allah. Ia menyayangi kami kerana Allah.
Kamipun menyayanginya kerana peranan kami di jalan Allah. Ketinggian dan keindahan
cintanya, kesucian dan keagungan cintanya, kesempurnaan dan kelembutan
cintanya, keutamaan dan pancaran cintanya, buah cintanya bahkan yang lebih dari
semua itu, tidak akan wujud, kecuali jika dia mencintai kerana Allah,
memuji-Nya serta berjuang di jalan-Nya. Semua perkara itu tidak akan ada,
kecuali kerana dia mempunyai keikhlasan, pengorbanan dan perhatian yang penuh
kepada Deenullah, Islam.
Keutamaannya inilah yang menghantarkan kami untuk
berguru kepadanya. Kesungguhan, ketekunan dan dedikasinya sangat tinggi,
sehingga akalpun sangat sukar untuk memahaminya.
Ia adalah orang yang telah diberi ilham dan orang yang
diberikan kemampuan yang jarang dimiliki oleh masyarakat pada umumnya.
Allah swt berfirman :
Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna merupakan motivator
yang suci bersih, sehingga kami bersamanya terus memperhatikan keadaan kaum muslimin.
Kenangan kami padanya semoga dapat menjadi pendorong untuk mewujudkan cita-cita
beliau. Dapat mengingatkan kami kepada Allah dan pada pandangan beliau selama hayat
beliau. Setelah beliau meninggal dunia, menghadap yang Maha Kuasa, semoga kami
dapat terus mengingati pesanan-pesanan-nya.
Aku akan sentiasa mengenang Imam Asy-Syahid Hasan
Al-Banna kerana dengan mengenangnya akan mengingatkan aku pada Allah. Apakah
ada keperluan lain yang lebih mendesak selain keperluan kepada seseorang yang
dapat mengingatkan diri kita kepada Allah swt. Aku tetap ingin menjaga
keindahan perasaan.
Aku masih ingin terus menolong saudara seiman dengan
cara :
1.
Menuangkan aqidah pada jiwa mereka yang dahaga.
2.
Mengisi keimanan pada jiwa mereka yang gersang.
3.
Menumbuhkan jiwa keperajuritan para pemuda yang masih bersih.
4.
Mempersiapkan jiwa mereka untuk berjuang bagi meninggikan kalimatullah.
Sehingga dengan yang demikian, akan jelas jalan mana
yang paling selamat dapat menghantarkan kita sampai kepada tujuan. Dengan itu
juga, diri kita akan :
a.
Jauh dari perselisihan yang menyedihkan.
b.
Jauh dari perdebatan yang sia-sia iaitu perdebatan yang hanya akan
menyebabkan perpecahan, terbuangnya tenaga secara sia-sia serta memporak-porandakan
kekuatan kaum muslimin.
Aku menginginkan beliau menyaksikan para pemuda yang ridha
bahwa :
1.
Allah menjadi Rabb mereka.
2.
Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul.
3.
Al-Qur’an menjadi undang-undang.
4.
Islam menjadi peraturan hidup mereka.
5.
Jihad menjadi jalan hidup mereka.
6.
Mati syahid menjadi cita-cita tertinggi mereka.
Aku menginginkan agar para pemuda :
1.
Dapat menyaksikan bagaimana Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al Banna mempersiapkan
jalan-jalan untuk mencapai sebuah tujuan.
2.
Dapat menyaksikan ketekunan, kesungguhan, keberanian serta akhlak beliau
yang tinggi.
3.
Dapat melihat bagaimana mereka boleh berjalan menuju tujuan yang
dicita-citakan oleh beliau.
4.
Boleh berfikir bagaimana mereka boleh berlapang dada tatkala menghadapi
orang yang cuba memprovokasi mereka serta tidak terpengaruh dengan emosi.
5.
Berfikir panjang ketika menghadapi orang yang mengajak mereka untuk
berdebat.
6.
Mempunyai kesabaran penuh tatkala menghadapi berbagai jenis siksaan dan
kesulitan yang menimpa mereka.
Seandainya pada diri para pemuda telah tergambar
langkah dan teknik dalam menyampaikan dan menjelaskan Dakwah Islamiyah yang
telah digariskan oleh Ustaz Hasan Al-Banna, niscaya :
a.
Mereka akan memperolehi kemudahan iaitu kemudahan yang pada awalnya dianggap
sebagai amat sukar.
b.
Mereka akan memperolehi berbagai bentuk wasilah yang selama ini mereka
cari.
c.
Allah akan menolong mereka, samada disedari mahupun tidak disedari.”
KECINTAAN YANG MENDALAM
TERHADAP IMAM HASAN AL BANNA
Siapapun
yang tinggal dengan orang-orang yang dikasihinya, pasti akan mengerti erti
cinta. Kami mencintai Hasan Al-Banna dengan setulus hati kerana melalui dirinyalah,
kami jadi mengetahui bagaimana mencintai Allah dan Rasul-Nya. Cinta terhadap
Allah dan Rasul-Nya melebihi dari cinta terhadap segala sesuatu.
Dengan
cinta seperti ini, keimanan kami dapat meningkat. Bahkan cinta seperti ini
dapat mengukuhkan keimanan di dalam hati kami. Kami tidak dikatakan beriman
sebelum cinta kami kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi dari segala sesuatu.
Kami mencintai manusia kerana Allah. Kami berpisah dengan manusia kerana Allah.
Kami benci untuk meninggalkan dakwah seperti kami benci dilemparkan ke dalam neraka.
a.
Kejernihan
hati.
b.
Kebersihan
jiwa.
c.
Kata-kata
yang lembut.
d.
Penampilan
yang menawan.
e.
Cara
berdialog dan berdebat yang menarik hati.
Ia
berkata tentang dirinya sendiri :
“Aku tidak pernah mengetahui bahwa wujud
sifat keras yang berkaitan dengan perilaku yang kumiliki. Tidak ada keinginan
untuk menang ke atas sesiapa pun. Oleh kerana itu, aku tidak merasa memiliki seorang
musuh kecuali mungkin kerana pembelaanku terhadap kebenaran atau kerana aku
menyeru manusia untuk mengamalkan kitabullah. Itu bererti bahwa permusuhan itu
datang dari mereka sendiri dan bukan dariku. Aku telah berjanji pada diriku
sendiri untuk tidak menyakiti seorang pun dengan kata-kata yang kasar, walaupun
aku berbeza dan berselisih pendapat dengannya secara politik, bahkan walau pun
mereka menyakitiku. Oleh yang demikian, tidak pernah berlaku pertentangan
antara diriku dengan seorang pun kerana faktor peribadi.”
Dari
kenyataan ini kita dapat mengetahui bahwa tidak seorang pun meninggalkan
kediaman beliau kecuali ia membawa penghormatan dan penghargaan dari dalam
dirinya dan rasa cinta kepada da’ie mujahid ini. Demikian pula dengan mereka
yang pernah menjadi murid Imam Hasan Al Banna, melalui madrasahnya dan
bergabung dalam jamaahnya, mengenali peribadi Ustaz Umar sebagai da’ie yang
tulus dan ikhlas.
AKHLAK
DAN SIFATNYA
Ustaz
Umar At Tilmisani adalah peribadi yang sangat pemalu. Sebagaimana yang disaksikan
oleh setiap orang yang melihatnya dari dekat. Teman sepenjara dan kawan-kawan
yang bercakap tentang dirinya akan merasakan bahwa penderitaan berpanjangan
yang ia alami dalam kegelapan penjara berhasil menempa dirinya, sehingga ia
tidak membiarkan wujud sedikit pun jarak dalam dirinya untuk sebuah hakikat
yang tidak diyakininya. Beliau berada di penjara selama lebih 17 tahun. Bermula
pada tahun 1948 (1368H), kemudian tahun 1954 (1373H), lalu pada tahun 1981
(1402H). Tidak ada yang bertambah dalam dirinya saat menghadapi seluruh ujian
dan cubaan itu kecuali kesabaran dan ketegaran.
Dalam
wawancaranya dengan majalah Al-Yamamah, yang diterbitkan di Arab Saudi, edisi
14 Januari 1982, Ustaz Umar At Tilmisani berkata :
“Sesungguhnya tabiat di mana aku
tumbuh di atasnya membuatku benci kepada kekerasan dengan segala bentuknya. Ini
bukan hanya sebagai sikap politik tapi juga merupakan sikap peribadiku yang berkait
erat dengan pembentukan jati diriku. Bahkan ketika ada seseorang yang cuba
menganiaya diriku, maka aku sungguh tidak akan menyelesaikannya dengan
kekerasan. Aku boleh sahaja menggunakan kekuatan untuk menciptakan perubahan.
Namun demikian, aku tidak akan pernah melakukan itu dengan kekerasan.”
SURAT
KEPADA PRESIDEN
Dalam
surat terbuka yang ia tujukan kepada Presiden Republik Mesir, juga
disebarluaskan oleh akhbar harian ‘Asy-Sya’b Al-Qahiriyah’, tanggal
14/3/1986, ia berkata :
“Wahai tuan Presiden. Yang paling
penting bagi kami sebagai kaum Muslimin di Mesir adalah menjadi bangsa yang
aman, tenteram dan tenang di bawah naungan syariat Allah Azza wa Jalla. Ini
adalah kerana kemaslahatan umat ini hanya akan tercapai apabila peraturan Allah
direalisasikan di tengah-tengah mereka. Saya kira tidak terlalu berlebihan bila
saya katakan bahwa sesungguhnya penerapan syariat Allah Ta’ala di bumi Mesir
akan menjadi pintu kemenangan bagi seluruh wilayahnya dan pada saat itulah hakim
dan yang didakwa akan merasakan ketenangan, demikian pula yang akan dinikmati
oleh penguasa dan rakyatnya.”
ARAHAN
DAN PETUNJUKNYA
Dalam
rangkaian nasihat dan arahannya yang ditujukan kepada para pemuda dan penyeru
dari kalangan Ikhwan, beliau berkata :
“Sesungguhnya berbagai kesulitan
yang dihadapi oleh para da’ie pada masa ini sangat berat dan penuh bahaya.
Kekuatan material masa kini berada di tangan musuh-musuh Islam di mana mereka
bersatu untuk menyingkirkan berbagai perbezaan yang ada di tengah mereka demi memerangi
kaum Muslimin, dan khususnya Ikhwanul Muslimin.
Apabila berdasarkan kepada
pertimbangan logik manusia, pasukan ‘Thalut’
yang beriman sebenarnya tidak memiliki kekuatan melawan pasukan ‘Jalut’ dan bala tenteranya. Namun
ketika keimanan mereka meyakini bahwa kemenangan itu berasal dari sisi Allah
Ta’ala dan bukan kerana faktor jumlah dan bekalan yang dimiliki, mereka
akhirnya sanggup menghancurkan pasukan ‘Jalut’
dengan izin Allah Ta’ala.
Sesungguhnya aku tidak meremehkan
kekuatan dari sudut jumlah dan juga tidak menyeru kepada para du’at agar mereka
hanya berpasrah diri, berzikir hingga mulut berbuih-buih sambil menggerakkan
leher-leher ke kanan dan kiri lalu menepukkan tangannya. Ini adalah kerana
semua ini adalah bencana yang mematikan dan membinasakan. Tapi :
1. Berpegang
teguh kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah Ta’ala.
2.
Berjihad dengan kalimat yang benar
secara berterusan.
3.
Tidak peduli dengan berbagai
gangguan.
4.
Menjadikan diri sebagai tauladan
dalam kepahlawanan, keteguhan dan keberanian.
5. Disertai
keyakinan bahwa bahwa Allah Ta’ala akan menguji mereka dengan rasa takut,
lapar, berkurangnya harta, jiwa dan buah-buahan agar Ia mengetahui manakah
orang-orang yang jujur dan pengecut.
Maka, semua itu sesungguhnya adalah
faktor-faktor akan hadirnya kemenangan sesuai dengan sunnatullah. Kisah-kisah
yang terdapat dalam Al-Qur’an yang mulia adalah saksi terbaik yang menunjukkan perkara
itu dan mengandungi pelajaran yang sangat banyak.
Adapun para pemuda yang memiliki semangat dan tekad kuat menyertai kesedaran mereka yang mendalam, maka sesungguhnya mereka tidak memerlukan banyak ujikaji. Yang mereka perlukan adalah kesabaran dan komitmen dengan petunjuk wahyu yang terdapat dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulullah saw dan kemudian dari sirah Salafus Soleh yang telah terikat perilaku dan akhlak mereka dengannya, maka Allah Ta’ala kemudiannya akan memberikan kemenangan dan kekuasaan yang seakan-akan mustahil untuk diraih sebelumnya.”
KETEGUHAN
DAN SIKAPNYA
Ustaz
Umar At Tilmisani mengetahui dengan baik makna keteguhan dan kekuatan ketika
berada di dalam dan di luar penjara. Ia sama sekali tidak goyah dengan ancaman.
Ini sebagaimana yang diketahui tentang beberapa sifat pada didirnya iaitu sifat
zuhud, iffah (mengendalikan diri untuk kehormatan) dan rasa takutnya kepada
Allah Azza wa Jalla serta kesungguhannya untuk meraih ridha-Nya. Beliau berkata
:
Aku akan mengatakan kebenaran itu
dengan tenang, hati yang teguh walau dengan cara yang menarik, tidak mengganggu
pendengaran dan tidak melukai jiwa mereka. Aku juga berusaha untuk menghindarkan
diri dari kata-kata yang aku anggap tidak disukai oleh lawan bicaraku sehingga
dengan cara seperti itu jiwaku dapat merasa tenang. Walau dengan cara yang
seperti itu aku tidak menemui banyak kawan, tapi aku dapat menghindarkan diri dari
banyaknya kejahatan musuh.”
Sikap
jujur, ucapan yang terus-terang, amal yang serius dan cara menghadapi masalah
dengan penuh keberanian, ketenangan, keteguhan dan ketegaran di hadapan
berbagai berita yang berasal dari musuh-musuh dalaman dan luaran dengan cara
yang sama, adalah sifat dan karakter menonjol yang terdapat dalam diri Ustaz Umar At Tilmisani.
MENJAGA
KEHORMATAN DIRI
Berita
tentang dialog terbuka dengan Presiden Anwar Sadat di kota Ismailiyah yang
dihadiri oleh Ustaz Umar At Tilmisani sebagai tetamu undangan disebarluaskan
melalui radio dan televisyen secara langsung. Dalam dialog tersebut Anwar Sadat
menuduh Jamaah Ikhwan dengan fitnah pemecah belah masyarakat dan melontarkan
berbagai tuduhan dusta.
Mendengar
tuduhan tersebut, Ustaz Umar At Tilmisani lalu berdiri mempertahankan berbagai
tuduhan Sadat dengan ucapannya :
“Adalah sesuatu yang lumrah apabila
ada orang yang berlaku zalim pada diriku ialah dengan aku mengadukan pelakunya
kepadamu, kerana engkau adalah rujukan tertinggi (selepas Allah) bagi
orang-orang yang mengadu ketika dianiaya. Kini aku mendapatkan kezaliman itu
darimu sendiri dan membuatku tidak memiliki cara lain selain mengadukanmu
kepada Allah Ta’ala.”
Ketika
mendengar ucapan Ustaz Umar At Tilmisani, Anwar Sadatpun gementar ketakutan. Ia
lalu memohon kepada Ustaz Umar agar menarik balik pengaduannya itu. Namun
dengan tegas dan tetap tenang beliau menjawab :
“Sesungguhnya saya tidak
mengadukanmu kepada pihak yang zalim, tapi kepada Zat Yang Maha Adil dan
mengetahui segala yang saya ucapkan!”
METOD DALAM BERDIALOG
Metod
dalam berdialog yang digunakan Ustaz Umar At Tilmisani sangat memikat yang
menggambarkan karakter beliau secara keseluruhan. Karakter tersebut tidak
dibuat-buat, tapi seperti itulah sifatnya yang asal yang menonjol dalam dirinya
ketika berbicara, beramal, berperilaku, bergaul dan berinteraksi dengan
individu dan kelompok atau sebagai pemimpin masyarakat tanpa membezakan yang
besar atau kecil, kaya atau miskin. Dia meyakini prinsip-prinsip Ikhwan yang berlandaskan
pada Kitabullah dan Sunnah serta ijma’ golongan Salaf.
JAMAAHNYA
Dia
melihat bahwa jamaah ini adalah sebuah gerakan Islam yang benar pada zaman ini.
Beliau berkata :
a.
Pengorbanan
demi pengorbanan dalam menegakkan akidah yang mereka anut.
b.
Usaha
yang padat dan memberi hasil dalam berbagai sudut kehidupan sosial masyarakat.
c.
Memberi
dukungan berterusan untuk mempereratkan jalinan persaudaraan di antara berbagai
masyarakat Islam yang berbeza-beza.
d.
Menyebarluaskan
kedamaian di seluruh dunia.
Namun
demikian, TIDAK PERNAH TERDENGAR
SEDIKITPUN bahwa mereka :
1.
Menyebar
fitnah di tengah masyarakat.
2.
Memecahbelahkan
kesatuan.
3.
Menghancurkan
perusahaan-perusahaan.
4.
Berdemonstrasi
sambil melakukan kerosakan di jalanraya.
5.
Berteriak
dengan mengatakan, “Hidup si Fulan, dan matilah si fulan.”
Ini
adalah kerana :
a.
Sifat
mereka adalah kedamaian.
b.
Pekerjaan
mereka membangun dan membina.
c.
Kemenangan
mereka adalah keikhlasan.
Namun
demikian, mereka adalah sasaran kebencian yang bahkan dilakukan oleh
orang-orang yang selama ini tidak pernah bertemu dalam sebuah kesepakatan,
selain kesepakatan mereka untuk memerangi Ikhwanul Muslimin.
Setiap
Muslim tidak mengenal wujudnya kefahaman yang mengatakan bahwa agama ini milik
Allah, sementara negara untuk seluruh manusia. Tapi yang dia ketahui adalah
bahwa segala sesuatu di atas muka bumi ini adalah milik Allah semata-mata. Maka
barang siapa yang ingin berpaling dari kefahaman ini, niscaya dia adalah penipu
yang ingin memisahkan seorang Muslim dari menyatukan kekuatannya agar mereka
lebih mudah mengalahkannya.
Seorang
Muslim tidak mengenal wujudnya kefahaman yang mengatakan bahwa, “Apa yang untuk
Allah adalah milik Allah, dan apa yang untuk Kaisar untuk Kaisar.” Ini adalah
kerana dia meyakini dengan sepenuh imannya bahwa Kaisar tidak memiliki
sesuatupun yang juga menjadi milik Allah kerana apabila berlaku demikian, maka
ia dianggap sekutu dalam kekuasaan-Nya, sementara setiap Muslim menolak segala
bentuk kemusyrikan.
SIFAT
ZUHUD, RENDAH DIRI DAN KESEDERHANAANNYA
Seperti
itulah kehidupan Ustaz Umar At Tilmisani, seorang da’ie, murabbi dan pemimpin
yang :
1.
Jujur
dan setia pada janjinya dengan Allah.
2. Beramal untuk agama-Nya.
3. Terikat erat dalam dakwah kepada-Nya.
4. Sentiasa bersabar dan berjuang
dengan berpegang teguh kepada tali Allah yang kukuh.
5.
Beramal
bersama para mujahid yang jujur samada ia diposisi sebagai perajurit atau
pemimpin dan sama juga baginya apakah ia berada di dalam atau di luar penjara.
Beliau
:
a.
Tidak
pernah berubah.
b. Tidak diwarnaioleh celupan yang
lain.
c. Tidak berpaling.
d.
Tidak
pernah rakus kepada perhiasan dunia dan tipu daya kedudukan.
Ia
bahkan menjalani kehidupannya dengan menjauhkan diri dari godaan dunia menuju
Allah Ta’ala.
Beliau
tinggal di sebuah apartmen yang sederhana tanpa ada beban dalam jiwanya sedikit
pun. Ia akan membuatkan seseorang sangat terkesan saat mengunjunginya, seraya
berusaha menahan air mata yang nyaris keluar dari kelopak mata kita.
Di
manakah kita gerangan para ‘Rijal’ yang lebih tinggi dari dunia
dengan iman mereka dan mempersembahkan sesuatu yang mahal dan murah demi agama
yang mereka anut?
Apartmen
Ustaz Umar At Tilmisani berada di lorong sempit di kompleks Al-Mulaiji Asy-Sya’biyah
Al-Qadimah di wilayah Az-Zahir di Kaherah. Perabot apartmennya sangat sederhana
walaupun beliau berasal dari keluarga yang kaya raya dengan status sosial yang cukup
tinggi.
Seperti
itulah sifat zuhud, kesederhanaan dan kerendahan hati Ustaz Umar At Tilmisani.
Beliau adalah sosok yang dicintai oleh seluruh lapisan masyarakat Mesir. Bahkan
pemeluk Kristian Koptik juga menghormatinya. Demikian pula penguasa yang sangat
menghargai kedudukannya dan mengetahui dengan baik keutamaan yang dimilikinya.
Adapun
bagi anggota Ikhwanul Muslimin, maka mereka melihat Ustaz Umar sebagai sosok
yang patut diteladani. Mereka berlumba untuk melaksanakan arahan dan perintah
yang datang darinya. Itulah yang berlaku ketika :
1.
Cinta
kerana Allah menjadi intisari yang menjalin hubungan mereka dengan beliau.
2.
Penerapan
syariat Allah dan meraih redha-Nya adalah tujuan dan keinginan mereka.
Ceramah,
pelajaran, dialog, nasihat dan bimbingan yang beliau sampaikan semuanya
mengandungi motivasi untuk umat, khususnya bagi para pemuda, golongan intelektual
dan para tokoh ulama’ agar :
a.
Mereka
mampu memikul tanggungjawab dan segera bangkit melaksanakan peranan mereka.
b.
Setiap
elemen dari umat ini berada pada posisi masing-masing, beramal dan bekerja
bersama untuk mengembalikan kejayaan Islam dan memimpin umat.
Inilah
sesungguhnya peranan para du’at di setiap waktu dan zaman. Seperti itu pula
risalah para nabi hingga akhirnya diwariskan kepada para ulama’, para da’ie
yang jujur dan orang-orang mu’min yang sentiasa ikhlas di atas jalan-Nya.
TULISAN DAN KARYA-KARYANYA
Ustaz
Umar At Tilmisani turut memberi saham dalam kancah pemikiran Islam melalui sebahagian
karya tulisannya yang diterbitkan dalam berbagai versi. Di antaranya adalah :
1.
Syahid
al-Mihrab, Umar bin Khaththab’
2.
Al-Khuruj
min Aal-Maaziq Al-Islami Ar-Raahin
3.
Al-Islam
Wa Al-Hukuumah Ad-Diniyah
4.
Al-Islaam
Wa Al-Hayaah
5.
Aaraa
Fi Ad-Diin Wa As-Siyaasah
6.
Al-Mulham
Al-Mauhuub, Ustaz Al-Banna, Ustaz Al-Jiil
7.
Beberapa
tulisan terkait tema “Nahwa an-Nuur”.
8.
Zikrayaat
Laa Muzakkiraat
9.
Al-Islaam
Wwa Nazhratuhu A-Samiyah Li Al-Mar’ah
10. Ba’dha Ma ‘Allamani Al-Ikhwan Al-Muslimun
11. Qola An-Naasu, Wa lam Aqul Fi Hukmi
Abdul Nasser
12. Ayyam Ma’a As-Saadaat
13. Min Fikhi Al-I’laam Al-Islami
14. Min Shifaat Al-’Aabidin
15. Ya Hukkam Al-Muslimin, Alaa Takhafuuna
Allaha?
16. Fi Riyadh At-Tauhid
17. Laa Nakhafu As-Salaam, Walaakin
Ditambah
lagi dengan tulisan-tulisannya di majalah Dakwah, Kaherah dan yang berkait
dengan masalah-masalah Islam yang dimuat di majalah yang lain, serta
ceramah-ceramahnya di berbagai forum nasional dan antarabangsa yang diadakan di
negara-negara Arab Islam dan negara-negara Barat. Demikian pula dengan
ceramah-ceramah yang disampaikannya dalam berbagai forum yang diadakan oleh
Ikhwan.
APA
KATA MEREKA TENTANG USTAZ UMAR AT TILMISANI
Ustaz
Muhammad Sa’id Abdurrahim berkata dalam tulisannya; Umar Tilmisani, Mursyid
ketiga Ikhwanul Muslimin :
“Binasalah orang-orang yang zalim,
dan mereka yang menghabiskan masa yang sangat panjang di dalam jeriji besi
akhirnya keluar setelah dibersihkan oleh berbagai ujian. Membuatkan jiwa mereka
semakin kuat membaja. Walaupun tubuh mereka dihinakan, namun ruh mereka semakin
kuat menggantungkan diri kepada Allah Ta’ala dan merendahkan berbagai kemewahan
duniawi yang pasti lenyap dan rasa takut yang hilang dari dalam hati mereka
selain hanya kepada-Nya.
Mereka keluar dari ujian dan fitnah
itu sebagai ‘Rijal’ (lelaki) laksana
gunung yang kukuh serta tidak goyah oleh apa-apa terpaan badai. Di dalam
penjara mereka menghafal Al-Qur’an, menimba pengetahuan dan berhasil
mengalahkan hawa nasfu mereka. Bukan hanya itu, mereka juga mengajarkan manusia
hakikat keberadaannya di dunia. Seperti itulah fungsi penjara bagi mereka;
menjadi sekolah yang memberi mereka lebih banyak daripada yang diminta dari
mereka.
Di antara mereka yang keluar dari
penjara itu adalah al-Akh Umar At Tilmisani dan sesungguhnya Allah Azza wa
Jalla telah mempersiapkannya untuk memimpin Jamaah Ikhwan pada fasa tersebut.
Dia adalah pemimpin yang tepat sebagai nahkoda bahtera Ikhwan di tengah-tengah
gelombang yang dahsyat dengan bijak dan sabar, lembut dan tenang disertai iman
yang teguh dan tekad yang tidak tergoyah.
Dakwah tersebar luas pada masanya,
sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Para pemuda pun kembali kepada
Islam sehingga arus Islam menjadi arus yang sangat besar yang berlaku di
berbagai institusi pengajian tinggi, di berbagai organisasi dan perkumpulan,
bahkan di Mesir pada umumnya.
Ini adalah kerana beliau mampu
mengendalikan bahtera tersebut dengan pengalamannya sebagai pemimpin yang
mempuyai kepiawaian serta keahlian seorang nahkoda, sehingga ia mampu
menaklukkan gelombang dan mara bahaya serta menghantarkannya tiba di pantai
keselamatan.
Berbagai ujian dan cubaan yang dilalui
Ustaz Umar At Tilmisani dalam kehidupannya. Di antaranya ketika beliau di
penjara selama hampir 20 tahun lamanya. Beliau termasuk orang yang paling sabar
dari kalangan Ikhwan dalam menghadapi siksaan penjaga penjara. Namun demikian,
betapa pun keras dan kejamnya siksaan itu dan buruknya perlakuan yang
diterimanya, lisannya tidak pernah putus dari menyebut asma Allah Ta’ala serta
sentiasa mendoakan saudaranya yang lain agar tetap sabar dan teguh menghadapi
berbagai ujian tersebut. Lisannya juga sentiasa bersih dan tidak terdengar
darinya kata-kata keji terhadap mereka yang menganiaya dan menzaliminya. Beliau
sentiasa menyandarkan segala urusannya kepada Allah Ta’ala. Cukuplah Ia
sebaik-baik pelindung.”
KEMBALI
KE RAHMATULLAH
Allah
Ta’ala memanggil hamba-Nya kembali kepada-Nya pada hari Rabu, 13 Ramadhan 1406,
bertepatan dengan 22 Mei 1986. Beliau meninggal di hospital setelah mengidap
penyakit ketika usianya 82 tahun. Jenazahnya lalu disolatkan di masjid Umar yang
mulia di Kaherah. Lebih dari seperempat juta orang, bahkan setengah juta
mengiringi jenazahnya menuju pemakamannya. Di antara mereka yang mengiringinya
terdapat sejumlah utusan berasal dari dalam dan luar negara.
Inilah
profil Ustaz Umar At Tilmisani, Mursyid Ketiga jamaah Ikhwanul Muslimin dan
sekilas lalu dari perjalanan hidup beliau.
Ya
Allah kami sentiasa berdoa kepadaMu agar Engkau menerima amal-amal soleh yang
beliau lakukan dan memasukkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh dari
hambaMu. Kami kelak akan menyusul kepergiannya di tempat yang disenangi di sisi
Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS