skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Thursday, 4 October 2012

Isu Asasi Di Jalan Dakwah

Ditulis Oleh WAS Pada 10:20 – 0 Komen Anda
 

Jalan dakwah adalah jalan yang satu serta jalan yang telah dilalui oleh para Nabi dan Rasul Allah.

Setiap pendakwah wajib memahami berbagai isu-isu asasi yang menyentuh perkara-perkara yang berkait dengan dakwah dan perjalanannya. Ia menjadi sesuatu yang amat penting bertujuan untuk menjaga keselamatannya di sepanjang perjalanan agar ia sampai ke tempat tujuan dengan selamat samada memperolehi kemenangan atau memperolehi kesyahidan. 

Di antara isu-isu asasi di jalan dakwah adalah :

PERTAMA : PANDANGAN YANG JELAS

Adalah penting bagi setiap aktivis dakwah memahami ‘ahdaf’ (sasaran) dakwah dan karakteristik jalan yang akan dilaluinya.

Salah satu sasaran dakwah yang penting adalah tertegaknya ‘Khilafah Islamiyah Alamiyah’.

Tugas kekhalifahan adalah sesuatu yang diwajibkan oleh Allah bagi manusia di muka bumi sebagaimana firman Allah swt :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".  (QS Al Baqarah : 30)

Begitu juga ada sebuah hadits Rasulullah saw yang menggambarkan tentang fasa-fasa pemerintahan umat yang dibahagikan kepada lima fasa iaitu :
      1. ‘Nubuwwah’ (Fasa pemerintahan kenabian).
      2. ‘Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah’. (Khilafah di atas manhaj kenabian)
      3. ‘Mulkan A’dhan’. (Pemerintah yang menggigit)
      4. ‘Mulkan Jabriyyan’. (Pemerintah yang memaksa kehendak terhadap rakyatnya)
      5. ‘Berulangnya fasa Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah’. (Khilafah di atas manhaj kenabian)
Ada satu kaidah ushul yang berbunyi :

“Ma la yatimmul wajib illaa bihi fahuwa wajib.” (Tidak ada sesuatu yang menyempurnakan yang wajib kecuali dengannya, maka ianya menjadi wajib)

Sesuai dengan wujudnya jurang antara realiti kehidupan di satu sudut dengan sasaran dakwah yang ingin dicapai di sudut lain, maka di antara karakteristik jalan dakwah yang penting dan perlu difahami oleh setiap pendakwah adalah :
  1. Besarnya permasaalahan yang dihadapi sedemikian banyak dan luas serta waktu yang diperlukan untuk mengatasinya sedemikian panjang, sementara kapasiti dan umur kita cukup terbatas.
Oleh yang demikian, diperlukan persiapan yang matang, tekad yang kuat, kesabaran yang tinggi, keikhlashan yang penuh, kesediaan untuk menyambungkan rantai dakwah dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
  1. Ramai orang yang tidak senang dengan aktiviti dakwah ini kerana hawa nafsu dan tipu daya syaitan.
Sunnatullah berupa ‘mihnah’, ‘ibtila’’ dan fitnah yang dihadapi oleh para Nabi dan Rasul Allah merupakan “satu pakej” dalam perjalanan dakwah ini. Oleh itu diperlukan sikap kewaspadaan yang tinggi, kesabaran yang kukuh dan lain-lain.

Di antara bahaya kesalahan dalam memahami sasaran dakwah dan karakteristik jalan yang perlu dilalui adalah :
                                                            a.      Aspek pemikiran.
Kesalahan dalam aspek ini akan menjerumuskan seseorang ke dalam pola pemikiran ‘Takfir’ (Mengkafirkan orang lain).
                                                            b.      Aspek pergerakan.
Kesilapan kefahaman dalam aspek ini akan membawa kepada sikap tergesa-gesa ingin mencapai kemenangan yang dekat, sikap berpuas hati dengan usaha yang bersifat tempelan serta sikap suka memecah dan meletakkan Islam dalam cebisan-cebisan yang tidak berpadu.
                                                             c.      Aspek keperibadian.
Pengabaian dalam aspek ini akan melahirkan peribadi-peribadi yang hanya cenderung melihat segala sesuatu dari kacamata politik di samping mengabaikan tarbiyah.

Bagi para pendakwah hakiki, adalah menjadi sesuatu yang cukup penting untuk memahami dan berinteraksi secara intensif, menyeluruh dan seimbang dengan 10 rukun bai’ah iaitu al-Fahmu, al-Ikhlas, al-Amal, al-Jihad, at-Tadhhiyah, ath-Tha’ah, ats-Tsabat, at-Tajarrud, al-Ukhuwwah dan ats-Tsiqah.

KEDUA : BERTERUSAN DAN BERKESINAMBUNGAN

Berterusan dalam dakwah adalah salah satu tuntutan yang mesti dipenuhi sebagai akibat dari karakteristik jalan dakwah yang panjang.

Permasaalahan kesinambungan dalam dakwah boleh bersifat dalaman mahupun luaran.

Di atara bekalan yang penting yang perlu dipersiapkan oleh setiap pendakwah dalam memelihara kesinambungan ini antara lain adalah :
      1. Tarbiyah Peribadi (Syakhshiyah) yang seimbang antara aspek ruh, aqal dan jasmani.
      2. Membangun dan memelihara ukhuwah dengan mengambil berat tentang ‘ta’aruf’, ‘tafahum’, ‘ta’awwun’ dan ‘takaful’.
      3. Merapatkan saf para pendakwah dengan amal jama’ie.
KETIGA : PERTUMBUHAN DAN KEKUATAN

Kesinambungan yang statik semata-mata belum cukup di dalam harakah yang bersifat dinamik.

Sasaran dakwah yang luas menuntut adanya pertumbuhan dan kekuatan dalam kesinambungan.

Pertumbuhan dakwah adalah bersifat :
    1. Mendatar di mana langkah penambahan kuantiti pendokong dakwah dan wilayah yang menyeluruh.
    2. Menegak di mana peningkatan tahap prestasi pendokong dakwah dari sudut kualiti individu, keluarga dan komuniti.
Perkara penting yang perlu difahami dalam aspek pertumbuhan ini adalah bahwa prosesnya bersifat ‘tadarruj’ (bertahap) dan tidak cepat dan tergesa-gesa disebabkan realiti sebenar komposisi masyarakat muslim tidaklah mewajibkan seluruh komponen dalam masyarakat mempunyai kualiti yang utuh dan boleh dijadikan contoh tauladan.

Namun, cukuplah sejumlah individu dan keluarga muslim yang ideal ditambah dengan  masyarakat yang menyahut seruan serta ingin bersama menjayakan agenda dakwah Islam.

Aspek kekuatan merupakan tuntutan yang mengiringi aspek pertumbuhan yang meliputi kekuatan :
  1. Aqidah.
  2. ‘Wihdah’ (persatuan).
  3. Wasilah meliputi ilmu, fizikal, dana, senjata, bahan publikasi dan lain-lain.
Di antara perkara-perkara yang penting diperhatikan dalam memperkukuhkan kekuatan adalah :
      1. ‘Iradah Qawiyyah’ (kekuatan kehendak)
      2. ‘Wafa’ Tsabit’ (kesetiaan yang teguh)
      3. ‘Tadhhiyyah ‘Azizah’ (pengorbanan yang agung)
      4. ‘Ma’rifatul Mabda’ (pemahaman terhadap prinsip)
KEEMPAT : MEMELIHARA KEASLIAN

Memelihara keaslian merupakan perkara yang penting untuk diperhatikan agar kesinambungan, pertumbuhan dan kekuatan tidak akan kehilangan arah dan keluar dari roda perjalanan yang sebenarnya.

Masaalah dalaman yang melibatkan aqidah, pemikiran, akhlak, persaudaraan, ekonomi serta luaran yang menyangkut serangan pemikiran, serangan tentera,fitnah dan lain-lain  menuntut setiap pendakwah untuk sentiasa terikat pada keaslian di mana akar konsep rujukannya adalah manifestasi dari ucapan dua kalimah shahadahnya iaitu Kitabullah dan Sunnah serta Sirah Rasulullah saw.

Di antara bahaya mengabaikan pemeliharaan keaslian ini adalah lahirnya bentuk-bentuk kefahaman dan aktiviti yang bersifat ‘juz’iyah’ (terpisah-pisah) serta mengutamakan satu perkara dan mengabaikan perkara-perkara penting yang lainnya.

KELIMA : PERANCANGAN DAN PENGEMBANGAN

Usaha pencapaian sasaran dakwah yang luas menuntut adanya perancangan yang teliti dan saksama, tidak bermudah-mudah atau bersifat spontan dan terlalu memberi reaksi kepada semua isu yang menimpa masyarakat.

Adalah penting untuk difahami bahwa perancangan tidaklah bertentangan dengan keyakinan akan taqdir Allah, kerana perancangan juga disyariatkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” (QS Al Hasyr :18)

Tawakkal adalah menggunakan seluruh sebab musabab dan kemudiannya menyerahkan keputusannya kepada Allah.

Perancangan yang baik :
    1. Memperhatikan semua sudut.
    2. Membuat senarai yang lengkap.
    3. Menghimpun berbagai potensi, kemudahan dan keahlian individu.
    4. Mengarahkan kepada matlamat dan sasaran.
    5. Memanfaatkan semua wasilah secara optimum untuk mendukung pencapaian sasaran-sasaran dakwah.
Perancangaan yang baik sentiasa memperhatikan berbagai faktor perubahan sesuai dengan perkembangan zaman dan berbagai sunnah kauniyah lainnya sehingga akan membuatkan perancangan dakwah berjalan secara waqi’e (realistik) dan praktikal serta tidak semata-mata bersifat teori yang jauh dari kenyataan.

Aspek pengembangan dan pembaharuan sangat penting dan berpengaruh dalam proses dakwah Islam.
Setiap pendakwah dapat memanfaatkan setiap penemuan-penemuan baru di bidang ilmu pengetahuan dan teknologi untuk mendukung wasilah dakwahnya.

Bersikap statik dan menolak perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan kekeliruan yang mesti segera diluruskan kerana ianya akan merugikan dakwah itu sendiri.

KEENAM : KESATUAN PANDANGAN KAUM MUSLIMIN

Kesatuan adalah permasaalahan yang paling penting dalam amal jama’ei. Tanpa persatuan dan kesatuan, boleh dikatakan hampir mustahil kita dapat mewujudkan sasaran-sasarannya.

Di antara kaidah utama di dalam memelihara persatuan di antara kaum muslimin dan mengoptimumkan kerja berbagai gerakan dakwah Islam adalah ungkapan :

“Mari kita bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati dan bertoleransi dalam perkara-perkara yang tidak atau belum disepakati”. 

KETUJUH : BEKERJA DALAM LAPANGAN DAKWAH 

Yang dimaksudkan dengan bekerja dalam lapangan dakwah mencakupi aktiviti :
    1. Penanaman iman yang teguh.
    2. Pembentukan yang cermat.
    3. Kerja yang berkesinambungan.
Setiap pendakwah hendaklah lebih mementingkan sudut kerjanya daripada kempen dan propagandanya dan hendaklah setiap pendakwah bersedia untuk menjadi orang yang teruji dengan amal.

Perbezaan bentuk sumbangan amali dalam dakwah hendaklah difahami dalam konteks amal jama’ei selain keseimbangan dalam beramal juga sesuatu yang mutlak diperlukan.

Yang penting untuk diperhatikan adalah landasan yang memberi motivasi dalam beramal iaitu :
  1. Ibadah kepada Allah.
  2. Memberikan kemanfaatan samada secara langsung ataupun tidak langsung bagi kemaslahatan umum meliputi manusia, alam semesta dan seluruh isinya.
KELAPAN : PEWARISAN DAN KEBANGKITAN SEMULA GENERASI

Pewarisan dan kebangkitan semula generasi merupakan salah satu kesan dari luasnya sasaran dakwah yang akan dicapai yang mana pencapaiannya tidak cukup hanya melalui usaha satu generasi, malah boleh jadi diperlukan beberapa generasi yang secara berterusan berusaha melaksanakan ‘amaliyah-‘amaliyah dakwah untuk tujuan tercapainya sasaran tersebut.

Yang penting untuk difahami adalah bahwa pewarisan tidak akan berjalan dengan mudah hanya dengan buku dan risalah-risalah.

Malah diperlukan ‘mu’ayasah’ (interaksi) yang intensif antara generasi kerana dengan keteladanan secara langsung akan melahirkan kesatuan hati, persenyawaan dan kecintaan yang tulus sebagai landasan yang utama dalam proses membangunkan semula generasi.

CIRI-CIRI AKTIVIS DAKWAH YANG DIKEHENDAKI

Sebuah organisasi dakwah tidak mungkin dapat berjalan secara baik tanpa kehadiran aktivis-aktivis dakwah dengan semangat daya juang yang tinggi.

Kewujudan aktivis dakwah yang bersemangat waja menjadi suatu kemestian untuk mencapai tujuan gerakan Islam.

Aktivis-aktivis dakwah tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri seperti yang digambarkan oleh Allah swt berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.” (QS Al Maaidah : 54) 

PERTAMA : MENCINTAI ALLAH DI ATAS SEGALANYA

Cinta adalah tenaga kehidupan dan  mencintai Allah adalah tenaga dari segala tenaga.

KEDUA : BERSIKAP LEMAH LEMBUT KEPADA SESAMA ORANG BERIMAN

Perkara yang paling rendah yang perlu diwujudkan terhadap sesama mukmin adalah berbaik sangka kerana setelah cinta kepada Allah, kekuatan yang paling besar adalah kekuatan Ukhuwah atau persaudaraan.

KETIGA : BERSIKAP PENUH WIBAWA DALAM BERHADAPAN DENGAN ORANG-ORANG YANG KAFIR

Salah satu penyakit sebahagian umat Islam adalah kalah dari segi mental dan pemikiran di hadapan orang-orang kafir dan bhakan menjadi “penyambung” lidah mereka.

KEEMPAT : BERJIHAD DI JALAN ALLAH ADALAH BAHAGIAN DARI IMAN

KELIMA : KESETIAAN DAN PEMBELAAN HANYA DIBERIKAN KEPADA ALLAH, RASULULLAH DAN ORANG-ORANG YNAG BERIMAN
AKHLAK AKTIVIS DAKWAH HAKIKI

Akhlak aktivis dakwah yang sejati tergambar dalam ayat berikut :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.” (QS Al Anfal : 45 – 47) 

PERTAMA : TEGUH HATI DAN PENDIRIAN

Setiap aktivis dakwah mestilah mempunyai ketetapan hati dalam menghadapi segala situasi dan keadaan

KEDUA : MEMPERBANYAKKAN ZIKRULLAH DAN SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH

Zikir kepada Allah merupakan salah satu kayu pengukur akan wujudnya jalinan ikatan yang kuat antara manusia dengan Allah.

KETIGA : MENJAGA UKHUWAH DAN MENINGGALKAN SEGALA PERKARA YANG MENIMBULKAN PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN

KEEMPAT : SABAR

Ia adalah salah satu tenaga yang benar-benar berguna untuk memikul tugas dakwah

KELIMA : RENDAH DIRI

 “Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti” (QS Al-Anfal : 65)

Sesungguhnya kemampuan untuk sentiasa menjaga “Kualiti Maknawiyah” ini adalah kunci keberhasilan dari apa yang diperjuangkan.

Akhirnya marilah kita merenung kata-kata Imam Hasan Al Banna :

“Dakwah kita adalah dakwah yang hanya dapat dilukiskan secara lengkap oleh perkataan ‘Islamiyah’. Perkataan ini mempunyai makna yang sangat luas, bukan makna sempit yang difahami oleh ramai orang.

Kita meyakini bahwa Islam adalah nilai yang komprehensif, mencakupi seluruh dimensi kehidupan. Dia memberi fatwa tentang seluruh masaalah kehidupan, menetapkan sistem yang tepat  serta tidak statik menghadapi pelbagai masaalah yang dinamik dan berbagai peraturan yang diperlukan dalam pengislahan umat.”

Ya Allah, tetapkanlah kaki kami di atas jalan dakwah yang mulia ini bersama rantaian para kafilah yang panjang. Pertemukanlah kami dengan mereka di syurgaMu nanti serta kurniakanlah kekuatan untuk kami istiqamah di atas jalan ini sehingga kami pulang menemuiMu dalam keadaan ridha dan meridhai.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

Labels: Dakwah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...
  • Tarbiyah, Satu-Satunya Jalan
    Tarbiyah adalah sebuah proses dalam projek kebangkitan umat dan pembangunan peradaban di mana ia memiliki satu sifat yang dikenali sebaga...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ▼  October (9)
      • Pemuda Pemikul Risalah
      • Haji Suatu Kembara Rohani
      • Travelog Ke Kota Cahaya
      • Keabadian Fokus Utama
      • Keperluan Sumbangan Dalam Dakwah
      • Ikatan Haji Dan Pengorbanan
      • Tarbiyah Warisan Suci
      • Murabbi Membina Jamaah Dan Umat
      • Isu Asasi Di Jalan Dakwah
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger