skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Sunday, 21 October 2012

Travelog Ke Kota Cahaya

Ditulis Oleh WAS Pada 08:41 – 0 Komen Anda
 

Alhamdulillah, Allah swt izinkan saya dapat kembali berkunjung ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah beberapa tahun yang lepas sejak mengerjakan haji pada tahun 2002 dahulu.

Masjid Nabawi kini telah banyak berubah sejak pertama kali dibangunkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

Jika dulu, keluasannya hanyalah sekadar 1000 meter persegi di mana dinding-dndingnya dibuat dari tanah liat, atap-atapnya dari pelepah-pelepah kurma dan tiang-tiangnya dari batang-batang kurma serta lantai-lantainya hanya beralaskan pasir dan mempunyai 3 pintu iaitu pintu Rahmah, pintu Jibril dan pintu An Nisa’.

Namun Masjid Nabawi sekarang tersergam indah dengan 10 menara dan 100 kali lebih besar dari struktur pertama dulu dan mampu menampung lebih dari 500,000 jemaah.

Ada sudut terbuka dalam Masjid Nabawi yang boleh ditutupi oleh penutup automatik berbentuk payung terutama semasa waktu tengahari yang agak panas. Di bahagian tengah hadapan terdapat satu kubah hijau di mana di bawahnyalah terdapat maqam Rasululllah saw dan dua orang lagi sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra.

Di dalamnya juga terdapat satu ruangan yang kecil yang cukup dicemburui oleh setiap pengunjung-pengunjung Masjid Nabawi iaitu ‘Raudhah An Nabawiyyah’.

Rasulullah saw bersabda :

"Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman syurga."

Ulama'-ulama’ mentafsirkan yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga adalah kerana :

  1. Di kawasan inilah kebanyakan wahyu turun kepada Rasulullah saw.
  2. Ia juga menjadi tempat Rasulullah saw mengajar, mendidik dan mentarbiyah para sahabat tentang segala perkara yang berkaitan dengan syariat Islam.
  3. Ianya menjadi tempat Rasulullah saw mengerjakan ibadah seperti solat, membaca Al Qur’an, berzikir, berdoa dan sebagainya.
Oleh sebab itu, sesiapa yang beribadah dalam kawasan Raudhah ini insyaallah amal-amalnya akan mudah untuk diterima oleh Allah swt. Selain itu juga keadaan di dalam kawasan ini juga adalah cukup tenang dan membuat pengunjung-pengunjungnya akan merasakan ketenangan dan perasaan khusyu’ yang luar biasa.

Oleh itu, tidak hairanlah ruangan yang kecil ini menjadi buruan setiap pengunjung ke Masjid Nabawi sehingga sampai ada yang sanggup bertolak-tolak dan bersiku-siku semata-mata untuk mendapatkan tempat yang kecil di ruangan ini.

Jika dilihat dari perspektif pengurusan hartanah, jika kawasan ‘Raudhah’ ini diiklankan untuk dijual, niscaya ianya akan menjadi antara kawasan yang paling mahal harga dan nilai hartanahnya.

Apa yang saya dapat ambil pelajaran di sini ialah betapa manusia-manusia yang beriman sanggup membeli taman-taman syurga Allah yang termasuk sebahagian dari syurga Allah dengan tebusan harta dan diri mereka.

Suasana persaingan di kawasan ini cukup teruja di mana tidak akan kelihatan walau sedikit ruang kosong melainkan ianya akan cepat-cepat diisi oleh manusia, masyaallah!!!

Percayalah, setiap saat ruangan ini dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung masjid dan tidak pernah kosong kecuali di saat kerja-kerja membersihkan karpet pada masa-masa tertentu.

Semasa berada di Masjid Nabawi, bayangan Rasulullah saw dan para sahabat benar-benar berada di situ telah meresap ke dalam hati sanubari saya. Terbayang betapa agungnya peribadi Rasulullah saw yang merupakan sebaik-baik manusia dan makhluk yang paling dicintai oleh Allah swt, namun kehidupannya cukup sederhana dan tawadhu'.

Sebab itulah Saidina Umar menangis apabila melihat Rasulullah saw tidur hanya beralaskan tikar yang kasar sehingga nampak kesan-kesan tikar tersebut di bahagian badannya sedangkan raja-raja di dunia ini tidur di dalam kamar-kamar yang besar dan indah di samping katil-katil yang empuk.

Pernah 3 hari dapur Rasulullah saw tidak berasap dan baginda dan keluarganya hanya memakan kurma dan meminum air sahaja. Pernah juga Rasulullah saw meletakkan beberapa batu kerikil di perutnya untuk menahan lapar kerana ketiadaan makanan.

Sesungguhnya Rasulullah saw benar-benar mengharapkan hanya balasan di akhirat dan bukan di dunia. Oleh sebab itu kalau kita menghadapi sedikit kesukaran dan kesulitan dalam kehidupan di dunia, jangan kita lupa sebenarnya Rasulullah saw lagi susah, perit dan sabar menghadapi segala cabaran, dugaan dan fitnah dalam kehidupan dunia ini.

Semasa perjalanan dengan bas dari Madinah ke Makkah, saya melalui berbagai-bagai bentuk permukaan muka bumi daripada kawasan yang berbukit-bukit yang dipenuhi batu-batu, kawasan berpasir yang gersang, kawasan tanah yang dipenuhi pokok-pokok kering berduri dan lain-lain.

Terbayang bagaimana Rasulullah saw berhijrah dari Makkah ke Madinah hanya dengan menggunakan seekor unta selama 12 hari. Walaupun kami menaiki bas yang berhawa dingin, kami masih merasakan kepenatan dan tertidur di sebahagian perjalanan itu. Tapi Rasulullah saw berpanas sepanjang perjalanannya ke Madinah dalam keadaan suhu padang pasir seperti
bahang api yang meluap-luap, masyaallah!!!

Begitu juga tidak dapat kami bayangkan bagaimana Rasulullah saw bergerak bersama-sama para sahabatnya dari Madinah menuju Makkah semasa ingin mengerjakan umrah ke Makkah setelah Rasulullah saw bermimpi pada satu malam di mana baginda dan para sahabatnya memakai Ihram dan tidak membawa senjata dan masuk ke Makkah dalam keadaan aman.

Kemudian rombongan Rasulullah saw disekat oleh orang-orang kafir Quraish di Hudaibiyah kerana mereka takut kaum muslimin akan menumpahkan darah. Rasulullah saw terpaksa berhenti di Hudaibiyah dan duduk di situ selama 13 hari 12 malam.

Jarak antara Makkah dam Madinah adalah 400km lebih dan jarak antara Hudaibiyah dan Makkah adalah 23km. Maknanya, rombongan Rasulullah saw telah melalui perjalanan yang panjang di bawah panas terik matahari dan sudah mendekati Makkah namun di arahkan pulang semula ke Madinah oleh orang-orang kafir Quraish. Sebagai mengenangkan tempat itu, maka dibangunkan sebuah masjid di situ dinamakan ‘Masjid As Syumaisi Al Hudaibiyah’ yang juga merupakan satu dari miqat umrah bagi mereka-mereka yang ingin menunaikan umrah.

Jika kita mengenal Rasulullah saw, lalu mengamalkan secara bersungguh-sungguh apa yang telah baginda contohkan, maka akan lahir kerinduan untuk berjumpa dengan baginda. Inilah petanda cinta yang akan menghantarkan kita menjadi ahli syurga.

Sesungguhnya, setiap orang merindukan hidup penuh kebahagiaan, kemuliaan, kehormatan serta kejayaan dunia dan akhirat. Namun sayang, kenyataannya seringkali tidak sesuai dengan harapan. Padahal hidup kita di dunia hanya sekali dan belum tentu lama.

Oleh kerana itu, kita perlu segera mencari kunci yang dapat membuka pintu kurnia yang diidam-idamkan tersebut. Kunci itu adalah peribadi Rasulullah saw, qudwah hasanah atau contoh terbaik dalam kehidupan.
Allah swt berfirman :

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QS Al Ahzab : 21)

Dari sini, jika kita bersungguh-sungguh untuk mengenal dan meneladani setiap gerak laku Rasulullah saw, insyaAllah, kita akan mendapat keuntungan segera yang akan dirasakan manfaatnya.

Apakah yang akan kita perolehi dengan meneladani akhlak Rasulullah saw?

Ada enam keuntungan :

PERTAMA : HIDUP AKAN TERASA LEBIH MUDAH DAN INDAH

Meniru jauh lebih mudah daripada menciptakan dan meniru kebaikan bukanlah perkara yang tercela bahkan akan mempunyai nilai ibadah. Apalagi meniru Rasulullah saw! Dengan meniru baginda, hidup akan menjadi lebih mudah kerana segala sesuatunya telah dicontohkannya.

Ada sebuah ilustrasi untuk mudah difahami. Kita akan lebih menikmati berjalan di rimba belantara apabila kita disertai oleh pemandu yang sangat faham, berpengalaman dan menguasai medan.

Begitu juga perumpamaan orang yang sentiasa mencontohi Rasul yang mulia. Ia akan dapat menikmati pelbagai episod hidup walaubagimanapun kesukarannya, kerana telah ada pembimbing dan teladan terbaik yang menguasai medan kehidupan.

KEDUA : HIDUP MENJADI LEBIH MULIA DAN TERHORMAT

Dengan meneladani Rasulullah saw, orang akan merasakan kesan dari kesabaran, kerendahan hati, keikhlasan, kedermawanan dan kemuliaan akhlak diri.

Ini adalah kerana standard perilaku Rasulullah saw begitu tinggi dan mulia, secara tidak langsung samada sedar atau tidak akan mengangkat martabat, kehormatan serta kemuliaan bagi siapa pun yang menirunya.

Firman Allah swt :

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS Al Qalam : 4)

KETIGA : KITA AKAN DISUKAI DAN DISAYANGI OLEH ORANG LAIN

Rasulullah saw adalah peribadi yang sangat menyenangkan dan penuh manfaat bagi orang ramai. Dengan mencontohinya, kita pun akan menjadi peribadi yang menyenangkan dan bermanfaat. Akibatnya, peribadi seperti ini akan melahirkan simpati, rasa hormat dan kasih sayang dari orang lain.

KEEMPAT : HIDUP KITA AKAN PENUH DENGAN PRESTASI

Rasulullah saw adalah model orang yang sentiasa menjaga mutu dari setiap perilakunya. Baginda sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dengan konsep yang jelas, perancangan yang matang, sikap profesional dan dengan cara kerja yang mantap. Hasilnya pun terbukti dan teruji kualitinya hingga sekarang.

Boleh dibayangkan jika kita hidup dengan meniru cara baginda hidup. Kemampuan berkarya dan berprestasi akan semakin memberi kesan, potensi berkembang menjadi maksima, aneka masalah akan dirumuskan menjadi sesuatu yang bernilai tambah bagi kemajuan hidup.

KELIMA : KITA AKAN DICINTAI OLEH ALLAH SWT

Allah Azza wa Jalla telah berjanji untuk mencintai sesiapapun yang mencintai kekasihNya. Rasulullah saw adalah orang yang paling dicintai Allah. Apabila kita mencintai baginda, maka secara automatiknya cinta Allah pun akan mengalir ke dalam kehidupan kita. Allahu Akbar!

KEENAM : INSYAALLAH KITA AKAN MASUK SYURGA

Seseorang akan mengikuti perilaku orang yang dicintai dan diidolakannya.

Suatu ketika ada seorang sahabat bertanya :

"Seseorang mencintai kaumnya. Apakah kelak ia akan bersama-sama mereka?"

Rasulullah saw menjawab :

"Ia akan bersama orang yang dicintainya".

Akhir sekali marilah kita bersama-sama menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan dan teladan kita.

Walaupun Rasulullah saw telah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun lalu dan baginda tidak pernah bertemu dengan kita namun baginda akan mengenali kita apabila kita melaksanakan segala sunnah-sunnahnya dan menjadikan kehidupan baginda sebagai ikutan kita yang paling tinggi.

Inilah cinta yang akan menjadikan kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti dan akhirnya insyaallah akan menjadi ahli syurga bersama-sama baginda nanti.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami menjunjung dan melaksanakan sunnah-sunnah NabiMu. Walaupun kami tidak pernah melihat baginda tetapi kami benar-benar mengharapkan semoga kami tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang mendapat syafaat baginda.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Renungan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Qudwah Di Jalan Dakwah
    Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam s...
  • Sifat Bolak Balik Hati
    Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan dan pergantian. Bermula dari seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak ...
  • Seni Menciptakan Manusia
    Gerakan dakwah adalah diumpamakan seperti para pendaki gunung. Apabila kita sudah sampai pada suatu ketinggian, jika kita melihat ke punc...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ▼  October (9)
      • Pemuda Pemikul Risalah
      • Haji Suatu Kembara Rohani
      • Travelog Ke Kota Cahaya
      • Keabadian Fokus Utama
      • Keperluan Sumbangan Dalam Dakwah
      • Ikatan Haji Dan Pengorbanan
      • Tarbiyah Warisan Suci
      • Murabbi Membina Jamaah Dan Umat
      • Isu Asasi Di Jalan Dakwah
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger