Cuba kita renungkan apakah yang kita rasakan pada hari-hari
yang mendatang ini pada diri kita dan juga dakwah yang kita bangunkan.
Jangan kita rasakan bahwa ini perkara biasa kerana dakwah
adalah suatu pekerjaan yang luar biasa dan para pendakwah juga merupakan
golongan manusia yang luar biasa justeru, goncangan terhadap dakwah dan
pendakwah juga bukan suatu yang biasa-biasa sahaja kerana musuh tidak akan
berdiam diri sehingga mereka akan menggempur dakwah dan pendakwah samada
melalui serangan dari luar atau dari dalam sehingga dakwah ini akan kepupusan
pendokong dan akhirnya seruan dakwah yang mulia ini tidak mahu dipikul oleh
sesiapapun lagi.
Abul Hasan Ali An Nadawi mengingatkan
kita tentang fenomena ini dengan berkata :
“Kita mesti mengeluarkan rijal
yang boleh :
a.
Menegakkan dakwah.
b.
Menguruskan pentadbirannya.
c.
Mentarbiah rijal lain.
d.
Memenuhi segala lompang.
Mana-mana gerakan, dakwah atau
institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun
ia tetap terdedah kepada mara bahaya.
Bahkan dalam masa yang
singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga
tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.
Kita perlu membentuk dan membina pewaris dakwah serta mengisi setiap
peluang kerana sesungguhnya ancaman pengurangan aktivis dakwah akan berlaku dan
akan mengancam dakwah.”
Jadi, untuk apakah perjuangan ini perlu dipikul?
Syurga! Ya, kerana syurga itu mahal dan sangat
indah!
Maka, medan yang mesti kita tempuhi, halangan dan rintangan
yang menghadang serta musuh yang mesti dikalahkan juga bukan calang-calang di
mana jumlah mereka begitu banyak dan kuat manakala sikap mereka begitu ganas,
buas dan tidak pernah merasa keletihan.
Namun, setelah itu justeru pertolongan Allah Azza
wa Jalla begitu dekat kerana semua tipu daya dan kekuatan mereka begitu lemah
berbanding kekuatan Allah yang Maha Gagah dan Maha Perkasa (Qawwiyun ‘Aziz).
Sungguh, kita bukanlah orang yang pertama yang
merasakannya, maka tersenyumlah dan berbahagialah kerana kumpulan orang-orang
mulia dan besar telah menanti kita untuk bersatu dalam barisan mereka. Bukankah
ini sebuah kemuliaan bagi kita?
Mari kita perhatikan ketika Rabb kita telah
menceritakan fenomena ini.
“Apakah
kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu
(cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa
oleh malapetaka dan kesengsaraan serta diguncangkan (dengan bermacam-macam
cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:
“Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah
itu amat dekat.” (QS Al-Baqarah : 214)
Sungguh, hari yang dijanjikan-Nya telah datang iaitu
hari di mana kita sendiri dan sedikit dari kalangan manusia yang mahu mengerti akan
keadaan kita dan menjadi pembela kita.
Sungguh, Islam yang kita bawa menjadikan kita
sebagai ‘ghurabaa’ (orang asing yang tersisih), bahkan di hadapan umat
sendiri.
Di setiap arah dan penjuru, berbagai entiti dan
kekuatan sedang menghalang kelajuan kita dan cuba melumpuhkan gerakan kita. Setiap
bentuk fitnah, dusta, kebencian, dendam dan amarah bersekutu menjadi satu,
dengan tujuan yang sama iaitu bagi melenyapkan kita.
Namun percayalah, kita tidak akan lenyap dengan
izin Allah swt, justeru peristiwa itu akan menambah iman dan ketundukan kita
kepada Allah Azza wa Jalla.
Bacalah firman Allah swt ini :
“Dan
tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka
berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. dan benarlah
Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka
kecuali iman dan ketundukan.” (QS Al-Ahzab : 22)
Inilah zaman itu dan inilah masanya iaitu zaman dan
masa di mana :
1.
Yang dusta dipercayai.
2.
Yang benar didustakan.
3.
Pengkhianat diberi amanah.
4.
Yang amanah malah dikhianati.
Rasulullah saw bersabda :
“Akan
datang kepada manusia tahun-tahun penuh kedustaan, saat itu pendusta dipercayai,
sedangkan orang benar justeru didustakan, pengkhianat diberikan amanah, orang
yang amanah justeru dikhianati, dan saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang
bertanya: “Apakah Ruwaibidhah itu?” Baginda bersabda: “Seorang laki-laki yang
bodoh namun dia membicarakan urusan orang banyak.” (HR Ibnu Majah, Ahmad, Al-Bazzar,
Ath-Thabarani dan Al-Hakim)
Inilah zaman itu iaitu zaman di mana manusia sentiasa
membicarakan dan menyampaikan apa yang didengarnya, tidak peduli samada benar
atau salah, fakta atau dusta dan perilaku itu cukuplah disebut sebagai
pendusta.
Dengarlah nasihat dari lisan manusia yang paling
mulia :
“Cukuplah
seseorang disebut pendusta jika selalu menceritakan apa-apa yang
didengarkannya.” (HR Muslim)
Wahai pengamal media dan wartawan, pernahkah kamu
membaca hadith di atas?
Apa yang perlu kita sedihkan?
Apa sebenarnya keluhan kita terhadap mereka?
Jika kita tidak memiliki media, TV, suratkhabar,
majalah dan berita ‘online’ untuk melawan gelombang kekejian ‘ahlul fitnah’ (tukang
buat fitnah), namun kita
a.
Masih memiliki iman untuk dapat membezakan mana
kebohongan dan mana kejujuran serta mana kebenaran dan mana kebatilan.
b.
Masih memiliki ukhuwah yang menjadi benteng kukuh
untuk menghalang gempuran mereka.
c.
Masih memiliki banyak ladang amal soleh untuk mencapai
“khairun
naas anfa’uhum lin naas.” (sebaik-baik manusia, yang paling
bermanfaat kepada sesama manusia)
Walaupun mereka menghasilkan semua media yang mereka
rancangkan dan memanggil pelabur-pelabur mereka serta melontarkan semua dana
yang mereka miliki untuk tujuan tersebut, namun semua itu kecil dan tiada kesan
yang besar terhadap kita kerana kita telah biasa berjuang dalam keadaan susah
dan serba kekurangan, walaupun untuk menghadapi lawan dan pendengki yang lebih
besar dari kita kerana kita sentiasa bersandar kepada Allah Yang Maha Besar!
Di saat kita makan, tidur, solat, tilawah, menghadiri
halaqah-halaqah tarbawiyah dan ta’limiyah dan sebagainya, justeru musuh-musuh
kita sentiasa sibuk mencari-cari kesalahan kita di mana mereka akan merasa geram,
sakit hati dan sempit dada lalu menghabiskan waktu dengan tujuan untuk menjatuhkan
kita.
Usaha mereka yang begitu besar untuk melukai perasaan
kita adalah bukti betapa besarnya perhatian mereka terhadap kita.
Bukankah ini juga sebuah kemuliaan?
Kita dianggap begitu berharga bagi mereka sehingga
mereka tidak mahu kehilangan saat berharga untuk menjatuhkan kita, dari dekat
atau jauh.
Jika kita sakit atau letih, mereka juga sebenarnya merasakannya!
Maka, jangan merasa lemah ketika menghadapi mereka, kerana kita masih mempunyai
kekuatan disebabkan masih ada pelindung kita iaitu Allah Azza wa Jalla yang
menjadi tumpuan dan harapan kita.
Allah swt menasihatkan kita semua :
“Janganlah
kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita
kesakitan, Maka Sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana
kamu menderitanya, sedang kamu mengharap kepada Allah apa yang tidak mereka
harapkan. Dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa :
104)
Maka,
1. Tetaplah
beriman bukan bermain.
2. Teruslah
belajar bukan bersifat kurang ajar.
3. Teruslah
bekerja untuk manusia walaupun kita dikerjakan oleh orang lain.
Jadilah seperti pohon, walaupun manusia melemparnya dengan batu tapi
pohon tersebut membalas mereka dengan buah-buahan segar.
‘Mihnah’ atau tribulasi yang dihadapi oleh para
pendakwah dalam perjalanan dakwahnya
adalah semakin bertambah dan meningkat.
Kebohongan dan kezaliman yang berupa
tuduhan-tuduhan palsu yang dilontarkan kepada dakwah dan para pendakwah ini akan
:
a.
Membusukkan nama baik kita.
b.
Menghina kita.
c.
Mengelabui mata masyarakat.
supaya mereka lari dari dakwah dan seruan Allah.
Ini bukanlah satu persoalan yang baru atau asing
dalam perjalanan dakwah yang benar. Sejak zaman dahulu, barisan ‘thaghut’
dan angkatan jahiliyah sudah melontarkan tuduhan palsu ini kepada Rasulullah
saw.
Mereka menuduh Nabi sebagai tukang sihir, orang
gila, pembohong, pemecah belah masyarakat, memisahkan antara bapa dan anak
serta berbagai tuduhan keji lainnya.
Memang kejadian seperti itu membuatkan dada kita terasa
sesak dan kegeraman serta kemarahan pun kadang-kadang secara naluri insaniyahnya
akan muncul.
Namun, yang penting bagi kita sebagai aktivis
dakwah adalah untuk tetap mempertahankan sikap :
1.
‘Istiqrar nafsi’ (ketenangan / kestabilan jiwa).
2.
‘Istiqrar tanzhimi’ (ketenangan struktur organisasi).
Jangan sampai kesibukan yang banyak, tentangan,
ujian dan fitnah yang semakin berat justeru membuatkan jiwa dan peribadi aktivis
dakwah menjadi kacau dan tergoncang, kerana kalau sudah seperti itu, kita akan
menjadi jiwa yang kalah sebelum terjun ke medan pertempuran.
Jangan sampai goncangan ini membuatkan aktivis dakwah
terguling serta jangan sampai jerat-jerat yang terpasang ini membuatkan kita
terperosok.
Dalam keadaan seperti inipun, kita wajib bersyukur
kerana kita menjadi orang yang dizalimi dan bukan orang yang berlaku zalim
kerana ini membuktikan bahwa diri kita sedang menempuh jalan yang benar
sebagaimana jalan para Rasul yang mendapat gangguan dan siksaan.
Oleh yang demikian, kita semakin perlu untuk perkuatkan
keikhlasan kita dan sentiasa bersihkan niat dari kotoran riya’ dan duniawi tidak
sepertimana yang dicari oleh orang-orang yang haus kekuasaan dari kalangan
tokoh-tokoh masyarakat biasa.
Dalam keadaan ini kita mesti tetap bersabar,
walaupun sabar bukan bererti ridha dengan kezaliman kerana kesabaran adalah
faktor kemenangan dalam menghadapi ujian dan cobaan, maka kita iringi pengaduan
dan perlindungan kita hanya kepada Allah swt semata-mata.
Sekali lagi Tarbiyah Islamiyah mengajarkan kepada
kita iaitu jangan sampai kerana sesak dada dan geramnya kita terhadap kezaliman
membuatkan kita beremosi lalu mencaci dan melaknat.
Biarlah Allah sendiri yang menghukumnya, namun kita
sebagai aktivis dakwah hanya menyebutnya 'secara umum' dalam doa dan seruan
kita :
a.
“Perhatikanlah, laknat Allah untuk orang-orang yang
zalim.”
b.
“Ya Allah, Hancurkanlah orang-orang yang zalim.”
c.
“Ya Allah, gilirkanlah kebinasaan pada orang-orang
yang zalim”.
“Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka
diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan
adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka
pahalanya atas (tanggungan) Allah. Dan sesungguhya orang-orang yang membela
diri sesudah teraniaya, tidak suatu dosa pun atas mereka. Sesungguhnya dosa itu
atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka
bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih." (QS Asy Syura :
39-42).
Wahai para penegak kebenaran!, biarlah mereka (orang-orang yang zalim
itu) menuduh kita orang yang mabuk kekuasaan dengan bertopengkan agama dan
berbagai tuduhan dan propaganda liar dan palsu untuk memburuk-burukkan dakwah
dan para pejuangnya, agar masyarakat
lari dan menjauhkan diri serta tidak memilih kita.
Tapi sungguh, tidak ada yang dikehendaki Allah kecuali kebaikan untuk dakwah
dan para aktivisnya. Yakinlah bahwa Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui
akan menampakkan hakikat yang sebenarnya di mana rancangan mereka akan terbuka
dan sejarah akan mencatat segala tuduhan palsu dan propaganda liar mereka.
Wahai pejuang keadilan, peganglah dada kita semua dan rasakan bahwa aroma
kemenangan itu semakin mendekat.
Dalam
sejarah dakwah, halangan dan rintangan sudah menjadi sunnatullah di mana Nabi
saw pernah berdoa :
"Ya
Allah, tetapkanlah tanah tempatku berpijak"
Situasi yang kita hadapi sekarang adalah mata rantai dari ujian-ujian dakwah sebelumnya di mana menjadi sunatullah bahwa akan terus ada usaha-usaha terancang untuk menyekat dan menghalang perkembangan dakwah, namun yang penting adalah bagaimana kemampuan kita untuk mengembangkannya melalui kerja yang nyata.
Kita sebagai pendakwah diperintahkan oleh Allah swt bahwa apabila menghadapi sesuatu yang sukar serta suasana yang menghimpit, maka kita kena cepat-cepat kembali kepada Allah (fafirruu ilallah..).
Situasi yang kita hadapi sekarang adalah mata rantai dari ujian-ujian dakwah sebelumnya di mana menjadi sunatullah bahwa akan terus ada usaha-usaha terancang untuk menyekat dan menghalang perkembangan dakwah, namun yang penting adalah bagaimana kemampuan kita untuk mengembangkannya melalui kerja yang nyata.
Kita sebagai pendakwah diperintahkan oleh Allah swt bahwa apabila menghadapi sesuatu yang sukar serta suasana yang menghimpit, maka kita kena cepat-cepat kembali kepada Allah (fafirruu ilallah..).
Dengan tadabbur melalui ayat-ayat Allah ini, dalam menghadapi berbagai
masalah, ancaman dan perancangan jahat musuh, maka kita mesti memiliki
bekalan-bekalan iaitu :
PERTAMA : ‘ATSBATU MAUQIFAN’ (MENJADI ORANG YANG PALING TEGUH PENDIRIAN / PALING KUKUH SIKAPNYA)
PERTAMA : ‘ATSBATU MAUQIFAN’ (MENJADI ORANG YANG PALING TEGUH PENDIRIAN / PALING KUKUH SIKAPNYA)
‘At-Tsabat’ (keteguhan) adalah
buah dari kesabaran.
‘Tsabat’ adalah nafas
rijalul haq sepanjang zaman. Ia adalah nafas Al Khalil Ibrahim as yang sentiasa
sihat bertenaga bahkan ketika menghadapi api membakar yang akan melahapnya.
Begitu juga ia menjadi nafas Bilal yang tegar ditindih oleh batu besar serta ia
juga menjadi nafas Sumayyah yang menjadi syahidah pertama di kalangan para muslimah.
“…mereka tidak menjadi
lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan
tidak (pula) menyerah. Allah menyukai orang-orang yang sabar…” (QS Ali Imran :
146)
‘Tsabat’ ertinya memiliki kekukuhan sikap dan keteguhan prinsip, amanah dan profesional dalam segala perkara. Ia tidak menggadaikan prinsip dengan kebendaan dan tidak menukar keyakinan dengan jawatan. Bekerjalah dan berkaryalah dengan keyakinan, sikap dan prinsip untuk membuktikan janji serta meneguhkan komitmen untuk meraih taqwa.
‘Tsabat’ ertinya memiliki kekukuhan sikap dan keteguhan prinsip, amanah dan profesional dalam segala perkara. Ia tidak menggadaikan prinsip dengan kebendaan dan tidak menukar keyakinan dengan jawatan. Bekerjalah dan berkaryalah dengan keyakinan, sikap dan prinsip untuk membuktikan janji serta meneguhkan komitmen untuk meraih taqwa.
Orang-orang yang ‘tsabat’ tetap bersabar sehingga
manusia beranggapan bahwa perjuangan mereka dibayar, cita-cita mereka dikemudi
dan tujuan mereka hanya dunia. Namun, ‘tsabat’ diperlukan untuk sampai
pada tahap di mana masyarakat akan memahami perjuangan pendakwah yang
sesungguhnya, jauh dari prasangka mereka yang selama ini dibangunkan oleh kerosakan
perilaku dakwah oleh sebahagian kalangan manusia.
Keteguhan itu membuatkan kita tenang, mempunyai akal yang rasional, bersikap
objektif dan mendatangkan kepercayaan Allah untuk memberikan kemenangan kepada
kita.
Yakinlah dengan jaminan Allah bahwa :
Yakinlah dengan jaminan Allah bahwa :
“Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka
meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan
mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah
mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (QS Fushshilat : 30)
Keteguhan sikap kadang-kadang boleh menimbulkan kekerasan dan oleh yang demikian, ia perlu diimbangi dengan sifat yang berikut.
KEDUA : ‘ARHABU SHADRAN’ (MENJADI ORANG YANG PALING BERLAPANG DADA)
Sikap yang paling menonjol dari Nabi saw adalah lapang dada, selalu ridha, optimis, berfikir secara positif, tidak mempersulitkan diri sendiri dan orang lain, memudahkan, menggembirakan, menebar kebaikan dan senyuman.
Keteguhan sikap kadang-kadang boleh menimbulkan kekerasan dan oleh yang demikian, ia perlu diimbangi dengan sifat yang berikut.
KEDUA : ‘ARHABU SHADRAN’ (MENJADI ORANG YANG PALING BERLAPANG DADA)
Sikap yang paling menonjol dari Nabi saw adalah lapang dada, selalu ridha, optimis, berfikir secara positif, tidak mempersulitkan diri sendiri dan orang lain, memudahkan, menggembirakan, menebar kebaikan dan senyuman.
Teladanilah Rasulullah saw untuk mendidik diri agar lebih menyerlahkan
sifat memberi kebahagiaan, penuh kelembutan dan berlimpah kasih sayang terhadap
siapa sahaja. Itulah kesolehan sosial yang kekuatannya sungguh luar biasa.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka..” (QS Al Imran : 159)
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka..” (QS Al Imran : 159)
KETIGA : ‘A’MAQU
FIKRAN’ (MENJADI ORANG
YANG PALING DALAM PEMIKIRANNYA)
Pendakwah sentiasa mendalami apa sahaja peristiwa yang berlaku dan ia tidak terlena pada sesuatu fenomena malah ia berusaha untuk melihat apa yang tersirat di sebalik fenomena tersebut.
Pendakwah sentiasa mendalami apa sahaja peristiwa yang berlaku dan ia tidak terlena pada sesuatu fenomena malah ia berusaha untuk melihat apa yang tersirat di sebalik fenomena tersebut.
Ketika dia merespon kepada fenomena tersebut, ia akan bersikap objektif,
terukur dan seimbang melihat dari berbagai sudut agar tepat sasaran dan
matlamat yang hendak dicapai.
Pemikiran yang mendalam kadang-kadang membuatkan kita terjebak pada cara
berfikir dalam kotak yang sempit, maka perlu segera diimbangi pula dengan bekalan
yang seterusnya.
KEEMPAT : ‘AUSA’U NAZHARAN’ (MENJADI ORANG YANG PALING LUAS PANDANGANNYA)
KEEMPAT : ‘AUSA’U NAZHARAN’ (MENJADI ORANG YANG PALING LUAS PANDANGANNYA)
Jika kita melihat dari atas, maka pandangan kita lebih tajam daripada
hanya melihat dari bawah atau mendatar sahaja. Dengan itu, pandangannya akan
lebih luas dan mendalam sehingga meliputi segala aspek samada politik, sosial,
ekonomi, pendidikan mahupun budaya.
Dengan memiliki wawasan global, pendakwah diharapkan tidak akan berfikiran
sempit pada bidang tertentu sahaja sehingga melupakan kesepaduan kefahaman
terhadap ilmu dan pengembangan dunia kontemporari.
Belajarlah menggabungkan antara pengetahuan yang komprehensif, bersifat rentas
pelbagai disiplin dengan penguasaan yang tuntas terhadap satu bidang ilmu
sebagai pengkhususannya.
Dengan itu, sebagai seorang pendakwah, kita sentiasa berbicara dengan
isi yang luas dan dalam, bersepadu dan tajam, bernilai tinggi dan terasa penuh
dengan ilmu.
KELIMA : ‘ANSYATHU AMALAN’ (MENJADI ORANG PALING GIAT DALAM BEKERJA)
“Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan, meskipun sedikit.”
Bukan suatu perkara yang mudah untuk istiqamah dalam amal ibadah tapi ia boleh dicapai asalkan kita membiasakan pada diri kita. Pada permulannya, kita melakukan kebiasaan itu dan kemudiannya kebiasaan itu yang akan menjadi darah daging kita.
KELIMA : ‘ANSYATHU AMALAN’ (MENJADI ORANG PALING GIAT DALAM BEKERJA)
“Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan, meskipun sedikit.”
Bukan suatu perkara yang mudah untuk istiqamah dalam amal ibadah tapi ia boleh dicapai asalkan kita membiasakan pada diri kita. Pada permulannya, kita melakukan kebiasaan itu dan kemudiannya kebiasaan itu yang akan menjadi darah daging kita.
Keseriusan, ketekunan dan kerja kuat, itulah yang menghantarkan seseorang
pada darjat yang mulia sepertimana ketekunan Bilal bin Rabah yang menjaga
dengan istiqamah keadaan suci pada dirinya dengan wudhu’ dan solat 2 rakaat selepasnya
yang akhirnya membawanya ke syurga.
Kita mesti menjadi orang yang paling giat bekerja dan paling aktif dalam
memenuhi tuntutan Allah kepada kita dengan aktiviti yang mempunyai daya pacu
dan daya saing.
KEENAM : ‘ASHLABU
TANZHIMAN’ (MENJADI ORANG YANG PALING KUKUH STRUKTUR DAN PENGURUSANNYA)
“Sesungguhnya
Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur
seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (QS Ash Shaff :
4)
Kita hidup dalam sebuah zaman yang mana ahli-ahlinya bercirikan masyarakat jaringan dan organisasi. Semua aktiviti manusia dilakukan di dalam dan melalui organisasi samada dalam bentuk pemerintahan, politik, ketenteraan, perniagaan, kegiatan sosial kemanusiaan, rumah tangga dan lain-lain.
Kita hidup dalam sebuah zaman yang mana ahli-ahlinya bercirikan masyarakat jaringan dan organisasi. Semua aktiviti manusia dilakukan di dalam dan melalui organisasi samada dalam bentuk pemerintahan, politik, ketenteraan, perniagaan, kegiatan sosial kemanusiaan, rumah tangga dan lain-lain.
Itu merupakan kata kunci yang menjelaskan mengapa masyarakat moden
menjadi sangat berkesan, efisyen dan produktif.
Masyarakat moden bekerja dengan kesedaran bahwa keterbatasan-keterbatasan yang ada pada setiap individu sesungguhnya dapat dihilangkan dengan mengisi keterbatasan mereka itu dengan kekuatan-kekuatan yang ada pada individu-individu yang lain.
Bagaimanapun, Ali bin Abi Talib ra pernah berkata :
Masyarakat moden bekerja dengan kesedaran bahwa keterbatasan-keterbatasan yang ada pada setiap individu sesungguhnya dapat dihilangkan dengan mengisi keterbatasan mereka itu dengan kekuatan-kekuatan yang ada pada individu-individu yang lain.
Bagaimanapun, Ali bin Abi Talib ra pernah berkata :
“Kebenaran
yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun dan teratur”.
Musuh-musuh kita mengelola dan mengurus pekerjaan-pekerjaan mereka
dengan rapi sementara kita bekerja bersendirian tanpa organisasi dan kalau pun ada,
biasanya tanpa sebarang pengurusan yang teliti.
Kita adalah jamaah manusia di mana kita ada kekurangan dan kesalahan.
Kita mesti rajin membersihkannya.
Seorang muslim ibarat orang yang tinggal di pinggir sungai dan mandi
lima kali sehari. Jika sudah begitu, pertanyaannya adalah : “Masih adakah lagi daki-daki kita?
Hidup berjamaah adalah untuk memobilisasi potensi-potensi kebaikan.
KETUJUH : ‘AKTSARU NAF’AN’ (MENJADI ORANG YANG PALING BANYAK MANFAATNYA)
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain samada manfaat yang bersifat kebendaan, akhlak, penyuluhan dan pelayanan.
KETUJUH : ‘AKTSARU NAF’AN’ (MENJADI ORANG YANG PALING BANYAK MANFAATNYA)
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain samada manfaat yang bersifat kebendaan, akhlak, penyuluhan dan pelayanan.
Apabila umat ini mengakui bahwa kita yang paling banyak memberikan
manfaat, pelayanan dan perhatiannya, maka tentu sahaja manusia akan memberikan
kesetiaan kepada yang paling banyak melayaninya, paling banyak memberi manfaat
dan yang paling banyak memberikan pembelaan-pembelaannya di dalam segala sektor.
Raihlah kebahagiaan dengan berjuang, ringan membantu
sesama manusia dan senang membahagiakan orang lain.
Jadilah peribadi yang boleh diharapkan umpama biji
benih yang baik.
Imam Hasan Al Banna berkata tentang biji benih ini dalam
“Mudzakkirat
Da’wah wa Ad Da’iyah”, bahwa walau di manapun ia ditanam, ia akan
menumbuhkan pohon yang baik pula. Itulah sebaik-baik manusia, soleh untuk
dirinya hingga bermanfaat pula kepada orang lain.
“Perumpamaan mukmin itu seperti lebah. Ia hinggap di tempat yang baik dan memakan yang baik, tetapi tidak merosakkan.” (HR Thabrani)
“Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apapun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu.” (HR Ath-Thabrani)
“Perumpamaan mukmin itu seperti lebah. Ia hinggap di tempat yang baik dan memakan yang baik, tetapi tidak merosakkan.” (HR Thabrani)
“Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apapun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu.” (HR Ath-Thabrani)
1. Milikilah Allah dengan sentiasa
dekat dengan-Nya.
2. Milikilah Rasulullah dengan mentaati
dan meneladaninya.
3. Milikilah syafaat Al Qur’an dengan
membacanya (tilawah), merenungkan(tadabbur), menghafalkan (tahfidz),
mengamalkan dan mendakwahkannya.
Kita perlu buktikan bahwa jamaah ini banyak manfaatnya sehingga berhak
mendatangkan pertolongan Allah dan pertolongan kaum Mukminin.
Jika ketujuh-tujuh perkara di atas itu dilakukan untuk menghadapi tentangan dan perancangan musuh, insyaAllah dakwah ini akan semakin kukuh dan semakin diterima untuk menghadirkan kebajikan-kebajikan yang diharapkan oleh seluruh bangsa.
Jika ketujuh-tujuh perkara di atas itu dilakukan untuk menghadapi tentangan dan perancangan musuh, insyaAllah dakwah ini akan semakin kukuh dan semakin diterima untuk menghadirkan kebajikan-kebajikan yang diharapkan oleh seluruh bangsa.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami sehingga kami
mampu memikul amanah dakwah ini serta berjuang untuk menegakkan kalimahMu
walaupun dalam usaha tersebut, kami menghadapi ujian dan tribulasi kerana
itulah sebenarnya harga yang perlu dibayar untuk kami mendapat kenikmatan yang
kekal abadi iaitu syurgaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS