Tidak ada
keberanian yang sempurna tanpa kesabaran kerana kesabaran adalah nafas yang
menentukan lama atau tidaknya sebuah keberanian itu boleh bertahan dalam diri
seorang pejuang.
Pujangga silam pernah mengatakan :
“Keberanian
itu sesungguhnya hanyalah kesabaran sesaat.”
Risiko adalah cukai kepada keberanian dan hanya
kesabaran yang dapat membantu seorang pemberani dengan kemampuan untuk membayar
cukai itu terus-menerus.
Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah swt :
“Jika ada
di antara kamu dua puluh orang penyabar, niscaya mereka akan mengalahkan dua
ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), niscaya
mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (QS Al Anfaal : 65)
Ada ramai mereka yang pemberani, namun tidak dapat mengakhiri
hidup mereka sebagai pemberani kerana mereka gagal menahan beban risiko. Jadi,
keberanian adalah aspek pengembangan dari sifat pejuang dan kesabaran adalah
aspek defensifnya.
Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang
menentukan sejauh mana kita mampu membawa beban idealisma perjuangan dan sekuat
mana kita mampu bertahan dalam menghadapi tekanan hidup.
Mereka yang memiliki sifat ini pastilah mempunyai bakat
untuk menjadi pemimpin besar.
Mari kita teliti firman Allah swt ini :
“Dan Kami
jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan
perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat
Kami.” (QS As Sajdah : 24)
Demikianlah bagaimana ayat-ayat kesabaran turun berturutan
dalam Al Qur'an dan dijelaskan dengan terperinci berserta contoh aplikasinya
oleh Rasulullah saw sehingga Allah swt menempatkan kesabaran dalam tingkatan
yang paling mulia ketika Ia mengatakan :
“Mintalah
pertolongan dengan kesabaran dan solat. Sesungguhnya urusan ini amatlah berat
kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.” (QS Al Baqarah : 45)
Rahsianya adalah kerana kesabaran ibarat seorang wanita
yang melahirkan banyak sifat lainnya.
1.
Dari kesabaranlah lahirnya sifat santun.
2.
Dari kesabaran pula lahir kelembutan.
3.
Dari kesabaran juga lahir kemampuan menjaga rahsia.
Selain itu, berturut-turut pula lahirnya
kesungguhan, kesinambungan dalam bekerja dan yang mungkin agak penting adalah
ketenangan.
Namun, kesabaran itu pahit dan semua kita tahu
begitulah rasanya sebuah kesabaran itu dan begitulah suatu ketika apabila
Rasulullah saw mengatakan kepada seorang wanita yang sedang menangisi kematian
anaknya :
“Sesungguhnya
kesabaran itu hanya pada tumbukan pertama.” (HR Bukhari dan Muslim)
Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanyalah pada permulaannya.
Kesabaran pada tumbukan pertama menciptakan kekebalan pada tumbukan seterusnya.
Seorang penyair Arab, Al Mutanabbi mengatakan :
“Mereka
memanahku bertubi-tubi hingga panah itu hanya menembusi busur panah.”
Mereka yang memiliki naluri pejuang dan keberanian
perlulah mengambil saham terbesar dari kesabaran.
Mereka mestilah sabar dalam segala perkara samada :
a. Dalam ketaatan.
b. Dalam meninggalkan maksiat.
c. Dalam menghadapi ujian.
Sehingga sebagaimana kata-kata Ibnul Qayyim Al
Jauziyyah :
“Sampai
akhirnya kesabaran itu sendiri yang gagal mengejar kesabarannya.”
Beginilah jalan dakwah yang telah kita lalui. Berinteraksi
dan bermuamalah bersama orang-orang soleh bukannya tiada masalah.
Oleh itu, Allah swt memerintahkan agar kita sentiasa
bersabar bersama mereka :
“Dan
bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi
dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu
berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah
kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami,
serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”.
Kadang-kadang :
1.
Berlaku salah faham di antara para aktivis dakwah.
2.
Wujudnya perasaan tidak sedap hati di antara para
pejuang dakwah.
3.
Boleh jadi ada maklumat yang kurang tepat, namun
digunakan untuk pengambilan keputusan.
4.
Wujudnya persepsi yang keliru.
5.
Berlaku ketidaktepatan dalam menerapkan teori.
Kepenatan dan keletihan mendera jiwa dan raga, namun
ini adalah pilihan yang tidak ada sedikitpun paksaan kita bersamanya.
Boleh jadi berlaku ketidakfahaman dan
ketidakmengertian dan kita tidak pernah menemui jawabannya yang pasti.
Inilah juga yang berlaku kepada Khalid bin Al Walid
di mana beliau tidak pernah mengerti mengapa dirinya diganti dari posisi
panglima perang yang begitu dihormati. Namun, kehormatan dirinya tidak pernah runtuh
akibat dari posisi itu yang tidak lagi dimilikinya.
Kehormatan diri kita adalah pada :
a.
Keteguhan dalam menjejaki kebenaran.
b.
Keteguhan menjejaki jalan kebaikan.
c.
Komitmen pada peraturan.
d.
Keteguhan memegang keputusan.
e.
Ketguhan dalam mendengar dan taat.
Itulah ciri-ciri aktivis dakwah teladan.
Bukankah ini ujian kerana yang kita dengar dan kita
taati boleh jadi berbeza dengan suara hati nurani namun bagi seorang sahabat
Nabi, Hudzaifah, apabila diseru.
“Qum Ya Hudzaifah
!”
Menggelegar suara perintah itu dan Hudzaifah segera
bangun berdiri.
Kehormatan diri bukannya terletak pada posisi kita
sebagai apa kerana walaupun kita tidak menjadi apa-apa, kita tetap sahaja boleh
dihormati.
Kita terhormat kerana :
1.
Karakter kita yang kuat.
2.
Karya kita yang tidak pernah berhenti.
3.
Kerja kita yang terus menerus.
4.
Keteladanan kita yang konsisten.
5.
Kesabaran dan kesetiaan yang kukuh.
Ya, sabar, sabar dan teruslah sabar kerana memang
beginilah jalan dakwah yang telah kita lalui. Berinteraksi bersama orang-orang
soleh bukannya tiada masalah, namun Allah swt telah memerintahkan agar kita sentiasa
bersabar bersama mereka.
Dalam realiti medan dakwah, setiap aktivis dakwah akan berhadapan dengan
berbagai macam keadaan dan situasi yang tidak semuanya sesuai dengan yang
diharapkan.
Ketika
menunaikan amanah dakwah, aktivis dakwah perlu menghadapi situasi yang sukar bahkan
rumit. Secara fitrahnya, boleh muncul perasaan khuatir bahkan takut ketika menghadapi risiko atau
situasi yang tidak dikehendaki.
Perasaan takut atau khuatir yang muncul pada diri aktivis dakwah adalah sesuatu yang bersifat fitrah, namun ianya perlu dikendalikan dan dikuasai agar tidak menghalang penunaian amanah dakwah.
Perasaan takut atau khuatir yang muncul pada diri aktivis dakwah adalah sesuatu yang bersifat fitrah, namun ianya perlu dikendalikan dan dikuasai agar tidak menghalang penunaian amanah dakwah.
Perasaan
seperti ini pernah dimiliki pula oleh Nabi Musa as.
Perhatikan
ungkapan ayat-ayat berikut :
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): “Datangilah kaum
yang zalim itu, (iaitu) kaum Fir’aun. Mengapa mereka tidak bertaqwa?” Berkata
Musa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku.
Dan (kerananya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah (Jibril)
kepada Harun. Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan
membunuhku.” Allah berfirman: “Jangan takut (mereka tidak akan dapat
membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami
(mukjizat-mukjizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang
mereka katakan).” (QS Asy Syuara’ : 10
– 15)
Dalam ayat-ayat di atas, Nabi Musa merasa takut atau khuatir bahwa dirinya akan didustakan bahkan dibunuh.
Musa mengatakan dia berdosa terhadap orang-orang
Mesir (walahum ‘alayya dzanbun) adalah menurut anggapan orang-orang
Mesir itu, kerana sebenarnya Musa tidak berdosa kerana dia membunuh orang Mesir
itu tidak dengan sengaja. Seterusnya boleh juga dilihat pada surah Al Qashash
ayat 15.
Beberapa pelajaran Fiqh Dakwah yang boleh diambil dari rangkaian ayat-ayat di atas antara lain :
PERTAMA : NABI MUSA PUN MEMILIKI PERASAAN TAKUT ATAU KHUATIR DALAM MENUNAIKAN AMANAH DAKWAH
Perhatikan curahan isi hati Nabi Musa kepada Allah swt dalam ayat di atas. Berkata Musa:

“Ya
Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku.”
Dalam penggalan ayat berikutnya, Nabi Musa
mengatakan :
“…maka
aku takut mereka akan membunuhku”.
Nabi yang dikisahkan memiliki fizikal yang kuat serta kekuatan yang hebat, namun masih memiliki perasaan khuatir atau takut ketika hendak menjalankan perintah dari Allah.
Nabi yang dikisahkan memiliki fizikal yang kuat serta kekuatan yang hebat, namun masih memiliki perasaan khuatir atau takut ketika hendak menjalankan perintah dari Allah.
Sesungguhnya perasaan seperti ini memang suatu
fitrah, namun tidak boleh digunakan sebagai penyebab untuk tidak melaksanakan
tugas dakwah. Perasaan khuatir dan takut itu perlu segera diatasi dan dikuasai
agar tidak melalaikan amanah dakwah.
KEDUA : NABI MUSA MAMPU MENGUASAI PERASAAN TAKUT DALAM DIRINYA
KEDUA : NABI MUSA MAMPU MENGUASAI PERASAAN TAKUT DALAM DIRINYA
Walaupun Nabi Musa menyatakan perasaan takut dan khuatir,
namun tidak ada ungkapan permakluman atau meminta izin kepada Allah agar
diberikan keringanan untuk tidak melaksanakan perintah Allah.
Kadang-kadang kita jumpai sebahagian aktivis dakwah
menolak melaksanakan suatu amanah dakwah hanya dengan pertimbangan perasaan
takut dan khuatir.
Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana ia
bererti aktivis dakwah tersebut tidak mampu menguasai perasaannya.
Justeru Nabi Musa meminta kepada Allah agar diberi pembantu iaitu Harun, untuk bersama-sama menunaikan perintah Allah.
Justeru Nabi Musa meminta kepada Allah agar diberi pembantu iaitu Harun, untuk bersama-sama menunaikan perintah Allah.
Ertinya, perasaan takut dan khuatir dalam dirinya
tidak dibiarkan berkembang menjadi sifat pembangkangan dan penolakan terhadap
perintah Allah.
Sudah selayaknya para aktivis dakwah mengambil
pelajaran penting dari sikap Nabi Musa ini dan tidak layak bagi aktivis dakwah
untuk mengelak dari amanah dakwah hanya kerana pertimbangan ketakutan atau kekhuatiran.
Perasaan semacam itu wajar dan fitrah, namun ianya perlu dikuasai dan diarahkan agar tidak menyebabkan kelalaian dari menunaikan amanah dakwah.
KETIGA : PENTINGNYA PEMBANTU YANG MENGUATKAN PERLAKSANAAN AMAMAH DAKWAH
Ketika Nabi Musa mendapatkan perintah untuk menghadapi Fir’aun bersendirian, terbayang betapa kesulitan akan menghalang dirinya yang memiliki keterbatasan.

Ungkapan Nabi Musa, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku.
Dan (kerananya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku” menandakan kekhuatiran
Nabi Musa bahwa dirinya akan didera oleh emosi atas pengingkaran Fir’aun
sehingga membuatkan Nabi Musa tidak lancar untuk berkomunikasi menyampaikan
peringatan kepadanya.
Seterusnya Nabi Musa meminta kepada Allah agar diberikan pembantu untuk menunaikan perintah Allah tersebut sehingga mampu menjadi lebih tenang.
Seterusnya Nabi Musa meminta kepada Allah agar diberikan pembantu untuk menunaikan perintah Allah tersebut sehingga mampu menjadi lebih tenang.
Ungkapan Nabi Musa “…..maka utuslah (Jibril) kepada Harun…” bermaksud agar Harun
diangkat menjadi Rasul untuk bersamanya dalam menunaikan perintah Allah.
Ini memberikan pelajaran tentang pentingnya pembantu
dan kebersamaan yang akan menguatkan perlaksanaan amanah dakwah.
KEEMPAT : PENTINGNYA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH UNTUK MENDAPATKAN KEKUATAN JIWA
Ketika menghadapi perasaan yang takut dan khuatir menghadapi Fir’aun dan kaumnya, Nabi Musa segera memohon kekuatan kepada Allah.

Munajat dan pendekatan kepada Allah sangat penting
dilakukan setiap saat oleh para aktivis dakwah kerana hanya Allah yang Maha
Kuasa dan Maha Perkasa. Seluruh makhluk adalah lemah dan hanya Allah yang
memiliki kekuasaan dan kekuatan yang tidak terbatas dan tidak ada tandingan.
Mendekatkan diri kepada Allah akan menghilangkan ketakutan dan kekhuatiran. Untuk itu, para aktivis dakwah mesti memiliki aktiviti ruhaniyah untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah agar Allah memberikan kekuatan, kemampuan dan kelancaran dalam menjalankan amanah dakwah.

Berhasilnya dakwah bukan semata-mata ditentukan
oleh kehebatan seorang aktivis dakwah tersebut, namun yang menentukan kejayaan hanyalah
Allah swt.
Sebuah fikrah, idea atau pemikiran yang berlandaskan
kebencian tidak akan pernah meraih kemenangan bahkan ia akan menghancurkan
dirinya sendiri sebelum meluluhkan fikrah-fikrah yang lain.
Fikrah yang berlandaskan kebencian pada akhirnya
akan terus mengecil sebelum akhirnya lenyap kerana fikrah kebencian digerakkan
oleh cita-cita yang menebar konflik dan provokasi.
Fikrah yang berlandaskan kebencian tidak akan mampu
berkembang dengan baik kerana ia bersifat kaku, jumud dan tertutup untuk
menerima kebaikan dari orang-orang atau kelompok yang dibencinya.
Sejarah membuktikan bahwa fikrah yang berlandaskan
nilai-nilai cinta akan mengikat hati manusia untuk meraih cinta Allah. Itulah
fikrah yang menjadi risalah baginda rasul sebagai penyempurna akhlak.
Di sinilah rahsianya mengapa dakwah rasul menjadi
suatu lagenda yang tidak pernah usang sepanjang zaman kerana Rasulullah saw sibuk
menebar jala-jala cinta dan bukannya jerat-jerat kebencian.
Bagi kita yang masih di tahap awam tentang dakwah
dan penyebaran fikrah, ada baiknya ketika ingin menilai sebuah fikrah atau
model dakwah samada sesuai dengan manhaj Rasul atau tidak, maka boleh mengukurnya
dengan kenyataan berikut :
“Apakah kenyataan
dan aksi di lapangan dipenuhi cinta atau benci. Jika cinta yang didahulukan,
maka walau sesederhana apapun sesuatu dakwah atau fikrah itu, insyaAllah ianya akan
berhasil untuk mempengaruhi jiwa.”
Namun jika misi dakwah dan aksi di lapangan
dipenuhi oleh kebencian, walau sebesar apapun slogan yang dipropagandakan, ia akan
tetap kosong dan membuatkan jiwa-jiwa manusia menjauhkan diri.
Fikrah atau dakwah yang menebar cinta pasti
memiliki ciri-ciri berikut :
PERTAMA : RUBUBIYYAH IAITU FIKRAH DAN DAKWAH YANG
DISEBARKAN BERSUMBER DARI RABBUL IZZATI
Oleh kerana ianya bersumber dari Allah, maka fikrah
dan dakwah akan sesuai dengan fitrah insani di mana fitrah manusia adalah "Tawanan
Cinta".
Cuba kita perhatikan ayat-ayat Al-Qur'an di mana
sejak dari mula penggunaan panggilan hingga ia memberi julukan “Mukhattab”
(objek dakwah) dengan kata-kata yang menyejukkan.
Adakah kita dapati dalam Al-Qur'an, firman Allah
yang menyeru dengan kata-kata, “Bodoh” atau “Gila”?
Bahkan terhadap orang-orang kafir, Al Qur’an
menyeru dengan sangat halus iaitu “Yaa Ayyuhalladziina kafaruu” dan tidak
menggunakan ungkapan “Ayyuhal Kuffaar!”
Itulah bahasa Ilahi, padahal menjadi hak Allah untuk
memanggil manusia dengan sekehendaknya namun kehendak Allah sangat sesuai dengan
fitrah manusia.
Maka, jika ada fikrah dan dakwah yang kasar, menyakitkan
atau menghinakan, boleh dipastikan bahwa fikrah tersebut bukan dari Allah tapi
dari Syaitan, walaupun slogan-slogannya mengatasnamakan Islam dan syariatnya.
KEDUA : MENEBAR KEGEMBIRAAN DAN
KEMUDAHAN
Fikrah yang berlandaskan cinta akan mengutamakan
dakwahnya pada kegembiraan dan kemudahan.
Mudah bukan bererti menyenangkan atau memilih-milih
ketentuan syariat sesuai dengan keinginan, namun menebar kegembiraan dan
kemudahan adalah usaha untuk mempersiapkan individu-individu agar lebih
bersedia untuk menerima fikrah dan dakwah yang menjadi misi besar.
Itulah sebab mengapa pengharaman arak dilakukan secara
bertahap. Allah menurunkan larangan arak hingga 4 kali. Inilah makna yang
dikatakan oleh Aisyah ra bahwa, andaikan arak terus diharamkan sejak awal-awal
kenabian, niscaya kaum musyrik semakin jauh dari Islam.
Persiapan umat untuk menerima fikrah Islam adalah perjuangan dan
mengajak umat agar bersedia mengamalkannya adalah perjuangan seterusnya.
Bagaimana umat boleh bersikap terbuka menerima fikrah dan dakwah jika
yang dizahirkan adalah :
a. Kebencian.
b. Menyulitkan.
c. Menakutkan.
Hidup adalah pertarungan dan tiada pertarungan
tanpa kekuatan. Bertarung tanpa kekuatan, akan mengakibatkan kekalahan. Lebih parah
lagi apabila yang keluar dari pertarungan kerana tidak memiliki kekuatan.
Hidup adalah cinta dan tiada cinta tanpa kerinduan. Mencintai tanpa kerinduan adalah hambar dan lebih hambar lagi jika tidak merindui kerana tidak memiliki cinta.
Hidup adalah harapan dan tidak ada harapan tanpa usaha. Berharap tanpa usaha adalah kekosongan besar dan lebih kosong lagi apabila orang yang tidak mahu berusaha kerana tidak memiliki harapan.
Hidup adalah bergaul dan setiap pergaulan pasti berlaku pergeseran. Bergaul tanpa ingin bergeseran adalah kerdil. Lebih kerdil lagi apabila yang tidak ingin bergaul kerana tidak ingin berlakunya pergeseran.
Hidup adalah perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Berjuang namun takut berkorban adalah suatu senda gurau. Lebih lawak lagi jika ia tidak mahu berjuang kerana takut berkorban.
Hidup adalah pejuangan dan setiap perjuangan memerlukan senjata. Berjuang tanpa senjata adalah sia-sia. Lebih sia-sia lagi bagi yang tidak mahu berjuang kerana merasa tidak mempunyai senjata.
Hidup adalah perjalanan dan setiap perjalanan pasti memerlukan perbekalan. Menempuh perjalanan tanpa bekalan adalah kebodohan. Lebih bodoh lagi orang yang tidak mahu berjalan kerana merasa tidak mempunyai bekalan.
Hidup adalah pilihan dan setiap pilihan pasti mengandungi risiko. Berani memilih namun tidak berani menanggung risiko adalah keburukan. Lebih buruk lagi jika tidak berani memilih kerana takut risiko.

Akhirnya marilah kita
meneliti kata-kata Asy Syahid Abdul Qadir Audah apabila ia mengatakan :
“Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik
individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan
kehendakNya bukan kepada para duat.
Nasib setiap individu daripada dakwah ini ialah
sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab
amalnya dan sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan
menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat
sedikitpun.”
Ya Allah,
sesungguhnya jalan dakwah ini amat panjang dan terasa jauh bagi mereka-mereka yang
tidak ada kesabaran. Kurniakanlah kesabaran yang hakiki kepada kami kerana kami
memahami bahwa kemenangan hanya akan dapat diraih dengan kesabaran dari setiap
ujian yang didatangkan dari Engkau. Tetapkanlah kaki kami di atas jalan dakwah
ini sehingga kesabaran itu benar-benar menentukan keunggulan sebuah perjuangan.
Ameen Ya
Rabbal Alameen
WAS