Memandangkan
amanah yang berat yang perlu dipikul oleh para pemimpin yang dipilih, maka amat
penting untuk kita memahami dan mendalami hakikat amanah yang
dipertanggungjawabkan ini.
PENGERTIAN
AMANAH
Amanah dalam bahasa arab berasal dari perkataan ‘Al
Amaanah’ yang bererti segala yang diperintah Allah swt kepada
hamba-hambanya.
Secara khususnya, amanah adalah sikap
bertanggungjawab orang yang diberi kepercayaan terhadap barangan, harta benda
atau lainnya dengan mengembalikannya kepada orang yang berhak ke atas barangan
atau harta benda tersebut.
Sedangkan
secara umumnya, pengertian amanah sangat luas sekali sehingga merangkumi :
1.
Menyimpan rahsia.
2.
Tulus dalam memberikan
masukan kepada orang yang meminta pendapat.
3.
Menyampaikan pesanan
kepada semua pihak secara benar.
4.
Memberi nasihat sesuai
dengan permintaan orang yang perlu dinasihati.
Maka,
sifat amanah samada secara khusus mahupun umum sangat berkait erat dengan
sifat-sifat mulia lainnya seperti jujur, sabar, berani, menjaga kemuliaan diri,
memenuhi janji dan adil.
Imam Ibnu Al Atsir berkata bahwa amanah boleh memberi pengertian :
a. Ketaatan.
b. Ibadah.
c. Pemberian.
d. Kepercayaan.
e. Jaminan keamanan.
Firman Allah swt :
“Sesungguhnya
Kami telah mengemukakan amanah
kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan
dipikullah amanah
itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (QS Al Ahzab : 72)
Begitu juga Imam Ibnu Katsir membawakan beberapa perkataan dari sahabat dan tabi’in tentang makna amanah ini di mana beliau berkata :
Begitu juga Imam Ibnu Katsir membawakan beberapa perkataan dari sahabat dan tabi’in tentang makna amanah ini di mana beliau berkata :
“Seluruh perkataan ini, tidak ada pertentangan sesamanya.
Bahkan seluruhnya bermakna sama dan kembali kepada satu makna, (iaitu) pembebanan, penerimaan
perintah-perintah dan larangan-larangan dengan syarat-syaratnya. Dan hal ini,
jika seseorang menunaikannya, maka ia akan diberi pahala. Namun, jika ia
menyia-nyiakannya, maka ia pun akan disiksa. Akhirnya, manusialah yang menerima
amanah ini, padahal ia lemah, bodoh lagi berbuat zalim. Kecuali orang yang
diberi taufiq oleh Allah, dan Allah-lah tempat memohon pertolongan.”
Dari huraian di atas jelaslah bahwa makna amanah adalah :
1. Ketaatan.
2. Kewajiban-kewajiban.
3. (Perintah-perintah) agama.
4. Batasan-batasan hukum.
Apabila amanah itu
ditawarkan atau ditimpakan kepada langit, bumi dan gunung-ganang niscaya mereka
enggan untuk menanggungnya kerana sangat agung dan beratnya sebuah amanah untuk
menanggungnya.
Namun, manusia dengan
sifat lemah dan sedikit kemampuannya mahu menanggung amanah tersebut.
Sesungguhnya manusia itu termasuk orang-orang yang menzalimi dirinya dan amat
bodoh tingkah lakunya sekiranya dia mahu memikul beban suatu amanah.
Sebenarnya,
kesanggupan untuk memikul tanggungjawab berat ini di atas bahu adalah tindakan
membahayakan diri sendiri dan oleh yang demikian, manusia adalah makhluk yang
menzalimi dirinya sendiri dan jahil serta tidak tahu kemampuannya sendiri.
Namun demikian, jika
dia bangkit dengan memikul tanggungjawab itu ketika :
a. Dia sampai kepada ‘makrifah’
yang menyampaikannya kepada penciptaannya.
b. Dia mengambil petunjuk secara langsung dari syariat-Nya.
c. Dia sangat patuh kepada kehendak ‘Rabb’nya.
d. Dia sedar, mengerti dan memiliki kehendak yang kuat.
Maka sungguh dia
telah sampai pada kedudukan yang mulia dan istimewa di antara sekian banyak makhluk
Allah swt.
Syeikh Safiurrahman Al Mubarakpuri pula berkata :
“Amanah
adalah segala sesuatu yang mewajibkan engkau untuk menunaikannya”.
Sedangkan Syeikh Salim Al Hilali menjelaskan bahwa amanah adalah :
“Sebuah perintah
menyeluruh dan mencakupi segala perkara berkaitan dengan perkara-perkara, yang dengannya,
seseorang terbeban untuk menunaikannya, atau ia dipercayai dengannya sehingga amanah ini
mencakupi seluruh hak-hak
Allah ke atas seseorang,
seperti perintah-perintahNya yang wajib. Juga meliputi hak-hak orang lain,
seperti barang-barang pemberian (yang mesti ditunaikan dan disampaikan kepada si pemiliknya) sehingga, sudah semestinya seseorang yang dibebani amanah itu, ia menunaikannya dengan sebaik-baiknya dengan
menyampaikan kepada pemiliknya. Ia tidak boleh menyembunyikan, mengingkari,
atau bahkan menggunakannya tanpa izin yang syar’ie.”
Perkataan amanah adalah suatu
akar kata yang berkaitan dengan :
a.
Iman.
b.
Aman.
Allah swt
menyebutkan bahwa di antara ciri-ciri ahli syurga adalah menjaga amanah.
Firman
Allah swt :
Imam Ibnu Katsir dalam Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim berkata :
“Maksudnya, apabila
mereka diberi kepercayaan (dalam suatu urusan), mereka tidak berkhianat. Dan
apabila mereka mengadakan perjanjian, mereka tidak menyelisihinya. Demikianlah
sifat orang-orang yang beriman. Dan kebalikan dari ini, adalah sifat
orang-orang munafik. Sebagaimana diterangkan dalam hadith shahih, tanda orang munafiq ada tiga: apabila berbicara
ia berdusta, apabila berjanji ia menyelisihi janjinya, dan apabila diberi
amanah (kepercayaan) ia berkhianat. Dalam sebuah riwayat, apabila berbicara ia
berdusta, apabila berjanji ia menyelisihi janjinya, dan apabila bertengkar ia
berbuat curang.”
Sayyid Qutb menjelaskan dalam tafsir “Fi
Zilalil Qur’an”, bahwa maksud perkataan
amanah dalam
ayat tersebut adalah amanah iman.
Dari sini kita boleh
mendapatkan
beberapa pelajaran :
PERTAMA :
Bahwa menjaga
amanah adalah sebahagian dari iman di mana iman seseorang boleh
dipersoalkan jika ia sering berbuat
khianat dan tidak melaksanakan
amanah
sebagaimana semestinya.
Oleh yang
demikian, Rasulullah saw menjelaskan bahwa di antara ciri manusia munafik adalah :
“Apabila berbicara ia berdusta, apabila
berjanji ia melanggar dan apabila diberi amanah ia mengkhianati.”
Dari sini kita
nampak bahwa
masalah amanah walauapapun namanya samada jawatan, harta benda, anak-anak dan lain-lain itu kelak pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt.
Itulah yang membuatkan Umar bin Al Khatthab tidak selesa untuk tidur ketika diberikan kepadanya
amanah kepemimpinan.
Umar sentiasa menangis, sekalipun semua rakyatnya telah menikmati buah keadilan yang ia
tegakkan. Ia menangis kerana takut jika di hari Kiamat kelak, akan diketahui bahwa ada seekor kuda yang tergelincir jatuh disebabkan oleh sebuah lubang di jalanraya
yang belum ia
perbaiki.
MasyaAllah,
apalagi jika di zaman kita ini, banyak terdapat lubang-lubang di jalanraya yang
akan menyebabkan kenderaan-kenderaan mengalami kerosakan apabila memasuki
lubang tersebut.
Adakah
pemimpin, wakil rakyat atau kerajaan sekarang merasakan pertanggungjawaban ini?
Umar merasakan bahwa semua
itu pasti Allah minta pertanggungjawabannya. Kesedaran seperti
inilah yang seharusnya dimiliki oleh setiap
pemimpin terhadap amanah yang ia pikul.
Ingatlah bahwa rakyat
memilih pemimpin supaya urusan
mereka mampu disejahterakan dan bukan untuk membuatkan mereka semakin menderita.
Maka, setiap
penderitaan rakyat di hari akhirat kelak
pasti akan
dipikulkan kepada pemimpin nya oleh Allah swt.
KEDUA :
Bahwa untuk melaksanakan amanah secara jujur diperlukan :
1.
Iman yang kukuh.
2.
Iman bahwa Allah melihat segala perbuatannya, maka ia akan berhati-hati kerana takut
kepada-Nya.
3.
Iman bahwa dunia bukan segala-galanya, melainkan akan
dihancurkan dan akan diganti dengan alam akhirat.
Di akhiratlah setiap insan akan diadili di hadapan
Allah yang Maha Mengetahui, maka ia akan
bersungguh-sungguh
melaksanakan amanah tersebut.
Apabila seseorang itu benar-benar mengimani makna amanah ini, maka tidak akan ada amanah yang dikhianati.
Sungguh telah terbukti dalam sejarah, bahwa hancurnya sesebuah negeri dan terabainya kemanusiaan adalah kerana keburukan akhlak pemimpinnya dalam menjaga amanah.
Ingat, bahwa segala kemudahan untuk memenuhi keperluan manusia sudah
Allah sediakan secara seimbang. Tidak mungkin Allah menzalimi makhluk-Nya. Maka, jika ternyata ditemui ketimpangan di
sana-sini, itu pasti berlaku kerana wujudnya kezaliman yang diperbuat oleh manusia
sendiri.
Benar, bahwa dunia ini tidak
memerlukan banyak kehebatan dan keahlian manusia.
Dunia ini Allah telah lengkapi segala kemudahannya. Bertahun-tahun manusia telah menjalani kehidupan di muka bumi dan terbukti bahwa memang Allah sediakan segala keperluan manusia.
Berdasarkan kenyataan
ini, sebenarnya
dunia ini hanya memerlukan satu perkataan iaitu “kejujuran” (menjaga amanah).
Apabila kualiti ini hilang dari perilaku manusia, jangan diharap keseimbangan kehidupan akan berjalan dengan baik, walauapapun keahlian dan kehebatan teknologi yang dicapai oleh manusia.
KETIGA :
Perkataan amanah ini mempunyai persamaan dengan kata aman. Ini menunjukkan bahwa
menjaga amanah dan melaksanakannya dengan baik itu adalah mempunyai
pengertian yang sama dengan memberikan rasa aman kepada kemanusiaan.
Sebaliknya pula, mengkhianati amanah adalah mempunyai pengertian yang sama dengan menimbulkan kegelisahan bagi kemanusiaan.
Apabila seorang ketua rumah tangga tidak amanah, sudah
pasti penghuni
rumah tangga tersebut tidak akan memiliki rasa aman di mana isteri dan anak-anak pasti akan dicengkam oleh kegelisahan sepanjang masa.
Lebih-lebih lagi, apabila seorang pemimpin kampung tidak amanah,
pasti seluruh penduduk kampung tersebut akan menderita.
Lebih luas lagi, apabila seorang pemimpin daerah atau negeri tidak amanah, sungguh boleh dipastikan
bahwa seluruh rakyat di daerah atau di negeri tersebut akan bergelut dengan kesukaran dan jatuh ke
dalam jurang
penderitaan yang tidak terhingga.
Lalu, cuba
pula kita bayangkan apa
yang akan menimpa sebuah negara
yang apabila pemimpinnya
dan seluruh atau sebahagian barisan kabinetnya tidak
amanah, boleh dipastikan bahwa rakyat akan
menanggung kos kehidupan yang meningkat disebabkan oleh hutang negara yang
tinggi, ketirisan yang tidak dikawal dan pembahagian hasil negara yang tidak
seimbang.
KEPENTINGAN
AMANAH
Betapa sedihnya bahwa tatkala sifat amanah ini telah hilang dari sebahagian kaum muslimin, apalagi bagi mereka yang sudah memahaminya namun tidak melaksanakannya dalam kehidupan seharian mereka, maka akan berlakulah kerosakan akhlak dalam masyarakat.
Padahal Allah swt RasulNya saw telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk menunaikan amanah, menjelaskan akibat buruk tentang pengabaian dan kelalaian terhadapnya.
Betapa sedihnya bahwa tatkala sifat amanah ini telah hilang dari sebahagian kaum muslimin, apalagi bagi mereka yang sudah memahaminya namun tidak melaksanakannya dalam kehidupan seharian mereka, maka akan berlakulah kerosakan akhlak dalam masyarakat.
Padahal Allah swt RasulNya saw telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk menunaikan amanah, menjelaskan akibat buruk tentang pengabaian dan kelalaian terhadapnya.
Penyebab utama kenapa
seseorang itu terjerumus ke dalam lembah ini adalah kerana kejahilan (kebodohan).
Kejahilan seorang muslim terhadap pentingnya masalah amanah, telah membuatnya meninggalkan perintah Allah swt yang sangat agung ini, sekaligus ia telah bermaksiat kepada Allah dan bahkan akan menjadi dosa besar, jika seseorang yang telah mengetahui hukumnya, tetapi justeru menyia-nyiakan amanah itu.
Oleh kerana itu, sebagai seorang muslim, kita perlu berusaha kuat dan bersungguh-sungguh untuk membebaskan diri dari kejahilan, iaitu dengan menuntut ilmu syar’ie secara umum dan memahami kepentingan amanah ini secara khusus, lalu mengamalkannya.
Kejahilan seorang muslim terhadap pentingnya masalah amanah, telah membuatnya meninggalkan perintah Allah swt yang sangat agung ini, sekaligus ia telah bermaksiat kepada Allah dan bahkan akan menjadi dosa besar, jika seseorang yang telah mengetahui hukumnya, tetapi justeru menyia-nyiakan amanah itu.
Oleh kerana itu, sebagai seorang muslim, kita perlu berusaha kuat dan bersungguh-sungguh untuk membebaskan diri dari kejahilan, iaitu dengan menuntut ilmu syar’ie secara umum dan memahami kepentingan amanah ini secara khusus, lalu mengamalkannya.
Selain
itu, ia tetap terus memohon dan berdoa kepada Allah swt agar kita sentiasa diberi
taufiq, hidayah
dan segala kemudahan dalam menuntut ilmu syar’ie, memahaminya serta merealisasikan syariat Islam yang
sempurna dan mulia ini dalam kehidupan seharian kita.
BENTUK-BENTUK AMANAH
PERTAMA
: MEMELIHARA PEMBERIAN DAN MENGEMBALIKANNYA SEMULA
Apabila seorang
muslim diberi amanah kepercayaan oleh orang lain, misalnya barang berharga
disebabkan orang berkenaan ingin pergi jauh ke luar negara maka pemberian itu mesti
dipelihara dengan baik dan tepat pada masanya dikembalikan semula kepada pemiliknya
secara utuh seperti sebelumnya.
Di antara sebab-sebab
kenapa Nabi Muhammad saw sejak dari mudanya di Makkah sudah terkenal dengan
gelaran ‘Al Amin’ adalah
kerana baginda sangat dipercayai oleh penduduk Makkah untuk menyimpan dan
memelihara barang pemberian dan kemudiannya mengembalikannya semula seperti sebelumnya.
Penduduk-penduduk Makkah yang akan bermusafir ke luar akan merasa aman dan
tenang memberikan barang-barang berharga kepada baginda saw.
KEDUA : MENJAGA RAHSIA
Apabila seseorang diberi
kepercayaan untuk menjaga rahsia, samada rahsia peribadi, keluarga, organisasi
atau lebih-lebih lagi rahsia negara, dia wajib menjaganya supaya tidak bocor
kepada orang lain yang tidak berhak mengetahuinya. Apabila seseorang menyampaikan
sesuatu yang penting dan rahsia kepada kita, itulah amanah yang mesti dijaga.
KETIGA : TIDAK
MENYALAHGUNAKAN JAWATAN
Jawatan adalah amanah
yang wajib dijaga. Segala bentuk penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan peribadi,
keluarga atau kelompoknya termasuk perbuatan tercela serta melanggar amanah.
Semua bayaran yang
diterima seorang petugas dalam rangka menjalankan tugasnya bukanlah menjadi
haknya.
Misalnya seorang ketua
bahagian kemudahan kelengkapan membeli barang-barang untuk keperluan pejabat,
maka potongan harga yang diberikan oleh peniaga bukanlah menjadi miliknya
tetapi menjadi milik pejabat kerana dia bukan peniaga perantara tetapi petugas
yang digaji untuk menyediakan barang-barang keperluan tersebut.
Bentuk lain dari
menyalahgunakan jawatan adalah mengangkat orang-orang yang tidak mampu untuk
menduduki jawatan tertentu hanya kerana dia sanak saudaranya, kenalannya atau
kroninya, padahal ada orang lain yang lebih mampu dan layak untuk menduduki jawatan
tersebut.
Allah swt memikulkan
ke atas bahu manusia tugas-tugas yang wajib dia laksanakan baik dalam
hubungannya dengan Allah swt mahupun dengan sesama makhluk lainnya.
Tugas seperti ini disebut
sebagai ‘taklif’ dan manusia yang ditugaskan disebut sebagai
‘mukallaf’ dan
amanahnya disebut sebagai amanah ‘taklif’.
Amanah inilah yang
secara simboliknya digambarkan oleh Allah swt tidak mampu dipikul oleh langit,
bumi dan gunung-ganang kerana beratnya tetapi manusia bersedia memikulnya.
KELIMA : MEMELIHARA
SEMUA NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT
Semua nikmat yang
diberikan oleh Allah swt kepada umat manusia adalah amanah yang mesti dijaga
dan dimanfaatkan dengan baik.
Umur, kesihatan,
harta benda, ilmu dan lain-lain sebagainya termasuk anak-anak adalah amanah
yang wajib dipelihara dan dipertanggungjawabkan.
Harta benda misalnya mesti
kita pergunakan untuk mencari keridhaan Allah swt samada untuk memenuhi keperluan
keluarga sendiri ataupun kepentingan umat.
KEENAM : SIKAP ANAK
KEPADA IBUBAPANYA
Di antara amanah yang
lain adalah amanah anak-anak dalam bersikap di hadapan ibubapanya.
Jika kita mengambil wang
milik ibubapa kita tanpa izin dari mereka bererti kita tidak menjaga amanah
seorang anak meskipun jumlah wang yang kita ambil sedikit jumlahnya.
Ingatlah bahwa amanah
itu bersifat menyeluruh dan bukan sebahagian. Namun yang disebut sebagai
perbuatan amanah adalah kita mesti meminta izin terlebih dahulu daripada
ibubapa kita.
KETUJUH : AMANAH DALAM MENJAGA AGAMA
Jenis amanah yang terakhir dan merupakan amanah paling besar adalah
amanah dalam menjaga nilai-nilai agama dan menyebarkannya kepada seluruh
manusia.
Sedarlah bahwa kita bertanggungjawab atas agama ini dan kita akan dipertanggungjawabkan
di hadapan Allah swt di akhirat kelak terhadap amanah ini.
SIAPAKAH YANG LAYAK
DIBERI AMANAH?
Sesungguhnya, tidak semua orang boleh diberikan amanah kepercayaan.
Maksudnya, ada orang yang memiliki sifat-sifat tertentu, yang dengannya ia
sebagai orang yang paling tepat dan paling berhak untuk dibebankan dengan amanah atau kepercayaan.
Asas untuk memilih seorang pegawai atau pekerja adalah ia seorang yang kuat dan amanah kerana :
Asas untuk memilih seorang pegawai atau pekerja adalah ia seorang yang kuat dan amanah kerana :
a.
Dengan kekuatannya, ia sanggup menunaikan kewajiban yang
telah dibebankan ke
atasnya serta mampu melakukan
pekerjaannya dengan baik.
b.
Dengan sifat amanahnya, ia akan menempatkan pada tempatnya
semua perkara yang berkaitan dengan tugasnya.
Allah swt
telah menceritakan di dalam Al Qur’an tentang salah seorang
dari kedua anak Nabi Syu’ib Alaihissalam tatkala ia berkata kepada ayahnya ketika Nabi Musa Alaihissallam mengambilkan air minuman untuk haiwan ternak kedua
wanita tersebut
:
“… Wahai bapaku, ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi boleh dipercayai.” (QS Al Qashash : 26)
“… Wahai bapaku, ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi boleh dipercayai.” (QS Al Qashash : 26)
Allah swt juga telah mengkhabarkan kepada kita tentang ‘Ifrit dari golongan jin, yang memperlihatkan kesanggupannya kepada
Nabi Sulaiman Alaihissallam untuk membawa singgahsana Balqis
:
“…Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi boleh dipercayai.” (An Naml : 39)
“…Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi boleh dipercayai.” (An Naml : 39)
Maknanya, ia memiliki kemampuan untuk membawa dan mendatangkannya,
sekaligus menjaga apa yang terdapat di dalamnya.
Allah juga memberitahu kita tentang kisah Nabi Yusuf Alaihissallam , tatkala ia berkata kepada raja atau penguasa Mesir :
“… Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan.” (QS Yusuf : 55)
Kemudian, lawan dari sifat kuat dan amanah adalah lemah dan khianat sehingga, inipun menjadi asas ke atas diri seseorang untuk tidak dipilih dan diberi kepercayaan atau suatu pekerjaan bahkan menjadi suatu kewajiban untuk menjauhkannya dari diberi suatu kepercayaan atau pekerjaan.
Allah juga memberitahu kita tentang kisah Nabi Yusuf Alaihissallam , tatkala ia berkata kepada raja atau penguasa Mesir :
“… Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan.” (QS Yusuf : 55)
Kemudian, lawan dari sifat kuat dan amanah adalah lemah dan khianat sehingga, inipun menjadi asas ke atas diri seseorang untuk tidak dipilih dan diberi kepercayaan atau suatu pekerjaan bahkan menjadi suatu kewajiban untuk menjauhkannya dari diberi suatu kepercayaan atau pekerjaan.
Ini bersesuaian
dengan sabda Rasulullah saw kepada Abu Dzar Al Ghifari ra apabila ia berkata:
“Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikanku (seorang
pemimpin)?” Lalu Rasulullah memukulkan tangannya di bahuku, dan bersabda, “Wahai, Abu Dzar.
Sesungguhnya engkau lemah, dan sesungguhnya hal ini adalah amanah, dan ia
merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali orang yang mengambilnya
dengan haknya, dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya).” (HR Muslim)
Begitu juga dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda :
“Wahai Abu Dzar, Sesungguhnya aku memandangmu orang yang lemah, sedangkan aku mencintai untukmu seperti aku mencintai untuk diriku. Janganlah kamu menjadi pemimpin (walaupun terhadap) dua orang (sahaja), dan janganlah kamu mengatur harta (anak) yatim.” (HR Muslim)
Mudah-mudahan Allah sentiasa menjadikan kita sebagai orang-orang yang jujur, amanah, dan menjauhkan kita semua dari kelemahan, kedustaan dan khianat.
Begitu juga dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda :
“Wahai Abu Dzar, Sesungguhnya aku memandangmu orang yang lemah, sedangkan aku mencintai untukmu seperti aku mencintai untuk diriku. Janganlah kamu menjadi pemimpin (walaupun terhadap) dua orang (sahaja), dan janganlah kamu mengatur harta (anak) yatim.” (HR Muslim)
Mudah-mudahan Allah sentiasa menjadikan kita sebagai orang-orang yang jujur, amanah, dan menjauhkan kita semua dari kelemahan, kedustaan dan khianat.
Ya Allah,
berilah kekuatan kepada kami untuk kami mampu memikul tanggungjawab untuk
memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara kami serta kurniakanlah sifat
amanah di dalam diri pemimpin-pemimpin yang dipilih di antara kami supaya
mereka dapat menempatkan segala tanggungjawab tersebut sesuai dengan tempatnya yang berkaitan dengan tugasnya.
Ameen Ya Rabbal
Alameen
WAS