skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Wednesday, 13 March 2013

Kesatuan Dakwah & Politik

Ditulis Oleh WAS Pada 10:00 – 0 Komen Anda
 

“Siasatut Dakwah” terhimpun dari dua suku kata iaitu Siasah dan Dakwah di mana ianya ibarat dua organ tubuh yang menggambarkan kesatuan antara dakwah dan siasah.

Siasah dalam bahasa arab berasal dari perkatan “sasa-yasusu-siyasatan” yang bererti “mengendalikan” . Selain itu ia juga boleh diertikan sebagai politik.

Dakwah sebagaimana yang kita kenali adalah usaha untuk mengajak manusia ke jalan Allah yang dilakukan dengan hikmah dan bijaksana sehingga manusia yang menerima seruan dakwah itu keluar dari kejahiliyahan menuju cahaya Islam.

Maka, ‘Siasatud Dakwah’ adalah :

“Suatu usaha mendayagunakan semua sumber potensi dakwah secara optimum atas asas prinsip-prinsip yang jelas untuk mencapai tujuan yang tinggi dengan merealisasikan sasaran-sasaran yang telah ditentukan.”

Ia adalah suatu usaha untuk mengarahkan semua sumber daya dakwah yang dimiliki oleh gerakan Islam yang bukan hanya berbentuk material, tetapi seluruh yang ada dalam ruang lingkup dakwah termasuk situasi, keadaan, peribadi-peribadi serta institusi-institusi samada yang dimiliki oleh umat Islam mahupun musuh-musuhnya.

Setiap pendakwah mestilah pandai melakukan pemanfaatan potensi, samada yang ada pada umat Islam atau musuh-musuh Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dalam perjuangan dakwah baginda.

Dakwah boleh diumpamakan sebagai akal (kepala) manakala siasah pula sebagai jangkauan (tangan).

Tubuh manusia tanpa tangan tentunya akan menghadapi kesulitan untuk bergerak dan akan terasa sukar dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan juga keinginannya.

Demikian pula dengan keadaan tubuh tanpa adanya kepala, maka sudah tentu tubuh itu akan binasa.

Ya, siasah adalah media yang akan mempermudahkan pergerakan dakwah, sekaligus menjadi tujuan dakwah.

Sebagai media, disebabkan keberadaan dakwah dalam siyasah, ia akan dapat memberikan kefahaman kepada umat bagaimana sebenarnya sistem pemerintahan Islam dan bahwa kedaulatan itu tidak berada di tangan rakyat mahupun pemimpin negara, melainkan ianya berada di tangan syara’.

Sebagai tujuan, disebabkan kerana terbentuknya pemerintahan Islam (khilafah) adalah merupakan cita-cita Islam sehingga umat dapat hidup dalam kesejahteraan di bawah kepemimpinan yang adil.

Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris berkata dalam kitabnya, “Al Fiqhus Siyasi” (Fiqh Siasah) bahwa Imam Hasan Al Banna telah mendapati para pemerintah negara-negara Islam telah terpengaruh dengan Eropah setelah mereka memisahkan agama dari politik dan pemerintahan.

Beliau menarik perhatian tentang bahayanya kesilapan besar ini yang telah dilakukan oleh para  pemerintah dengan memisahkan Islam dari politik pentadbiran dan pengurusan umat.

Beliau mengisytiharkan bahwa para pemerintah dan ahli politik di negaar-negara Islam telah merosakkan :

  1. Cita rasa Islam dari kepala-kepala mereka.
  2. Pandangan Islam dari jiwa-jiwa mereka.
  3. Keindahan Islam dari suasana mereka.

Ini berdasarkan kepercayaan, dakwaan dan kerja mereka yang selalunya memisahkan antara ajaran agama dan keperluan politik.

Beliau berkata :

“Ini adalah bibit-bibit kehinaan dan kemusnahan”.

Imam Hasan Al Banna menegaskan bahwa Islam adalah agama yang syumul meliputi semua aspek kehidupan. Beliau mengkritik tindakan memisahkan antara agama dan politik. Malah beliau menyatakan mana-mana gerakan Islam yang matlamatnya tidak mengandungi bidang politik adalah tidak menepati konsep Islam yang syumul.

Benarlah realiti yang menyatakan :

“Tiada kebaikan pada agama yang tiada politik di dalamnya dan tiada kebaikan pada politik yang tiada agama di dalamnya.”

Islam datang dengan :

  1. Siasah untuk membahagiakan manusia di dunia dan di akhirat.
  2. Siasah yang memelihara semua kebajikan mereka.

Ketika orang-orang Islam mensiasahkan diri mereka dan orang lain dengan siasah ini, mereka akan :

  1. Bahagia.
  2. Membahagikan orang yang berada di bawah mereka.
  3. Hidup dalam keamanan sementara nyawa, harta dan kehormatan mereka akan selamat.

Jadi, hakikatnya dakwah dan siasah keduanya juga saling memerlukan.

  1. Bagi memastikan politik agar bersih dari segala bentuk kecurangan dan kekotoran, maka ia mestilah dibersihkan dengan ketegasan dakwah.
  2. Bagi dakwah pula, agar kemuliaannya terus terpancar dan tersebar, maka ia mestilah memiliki siasah yang berfungsi sebagai corak pergerakannya.

Namun, ketika ada yang memisahkan antara keduanya (dakwah dengan siasah / politik) dengan cara menyempitkan, maka inilah yang menjadi penyebab kepada lahirnya masalah yang membawa kepada perpecahan umat.

Ada kelompok masyarakat yang mengatakan bahwa dakwah dengan aktiviti politik hanya mementingkan kepentingan kelompok, parti ataupun golongan. Malah ada pula yang terburu-buru mengatakan bahwa segala aktiviti politik itu tidak layak diselitkan dengan dakwah.

Ketahuilah bahwa mereka yang menganggap dakwah pada aktiviti politik mereka yang bertujuan semata-mata ingin mendapatkan kedudukan dan kekuasaan hingga mengabaikan hukum Islam sehingga melahirkan sekelompok orang yang teguh dalam mentaati peraturan kelompok mereka  walaupun pada kenyataannya bertentangan dengan syari'ah, adalah mereka yang "dakwah" mereka tertolak.

Adapun mereka yang mengatakan bahwa politik itu tidak seharusnya berada dalam dakwah adalah mereka yang barangkali perlu diluruskan kefahamannya dengan terlebih dahulu diajukan pertanyaan berikut :

"maksudnya, politik macam manakah yang dilarang oleh Islam?"

Jika maksud mereka adalah politik yang haus kepada jawatan dan kekuasaan, maka kenyataan mereka mungkin boleh diterima.

Namun apabila politik yang dibicarakan itu berkaitan dengan sistem pemerintahan, polisi siasah  dan usaha terbentuknya kenegaraan Islam, maka kenyataan mereka juga tertolak!

Ini adalah kerana keseluruhan ruang lingkup sistem pemerintahan itu adalah orientasi dakwah!

Bagaimana mungkin politik menjadi perkara yang terpisah dalam dakwah Rasulullah saw?

Bagaimana mungkin usaha mengajak kepada sistem pemerintahan Islam tidak dikatakan sebagai suatu aktiviti dakwah?

Bukankah setelah berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah saw mendirikan institusi politik berupa negara Madinah di mana baginda secara langsung mengurus semua urusan masyarakat dengan menegakkan pemerintahan Islam melalui momentum Baiah Aqabah kedua.

Ini menggambarkan dengan secara terang bahwa politik termasuk dalam agenda gerakan dakwah Rasulullah saw yang bertujuan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan Jahiliyah menuju penerapan Islam yang penuh cahaya dengan diraihnya kekuasaan dan kekuatan.

Orientasinya adalah penerapan Islam secara total di tengah-tengah masyarakat melalui kekuasaan.
Apabila seseorang itu berkecimpung dalam dunia dakwah, tidak dapat tidak, kefahamannya terhadap ‘Siasatut Dakwah’ (pengendalian dakwah) merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dielakkan.
Kita lihat ramai pendakwah yang aktif dalam dakwah tetapi kurang memahami asas pengendalian dakwah. Ia bagaikan pita rakaman yang diputar ke sana ke mari berjalan tanpa program dan perancangan.
Pendakwah seperti ini biasanya hanya menjadi mainan orang-orang yang mempunyai program terutama dari kalangan musuh Islam.
Pengendalian dakwah mempunyai kaitan yang sungguh erat dengan minhaj dakwah sebagaimana pengendalian syariat mempunyai hubungan yang erat dengan minhaj syar’ie.
Oleh yang demikian, apabila sesebuah gerakan dakwah yang berjalan tanpa minhaj, mustahil akan ditemui pengendalian dakwah ini.
Hanya para pendakwah yang berkecimpung dalam jihad berasaskan manhaj sahaja yang mampu memahami pengendalian dakwah.

Islam memiliki pola politik tersendiri yang khas dan berlaku pada suatu masyarakat Islam. Pengendalian dakwah mencakupi aktiviti dakwah yang dilakukan oleh para pendakwah yang menjadi kegiatan utama bagi para pengurus struktur dan fungsi dakwah.

Oleh yang demikian, ruang lingkup ‘Siasah Dakwah’ adalah :

“Pengendalian dakwah dan permasalahan dakwah”.

Kefahaman terhadap pengendalian dakwah sangat bermanfaat untuk menyusun program dan perancangan samada bagi individu pendakwah ataupun  gerakan Islam. Dengan kefahaman ini, aktiviti dalaman ataupun luaran suatu jamaah akan terarah dan terurus.

Aktiviti pengendalian dakwah mempunyai kaitan yang erat dengan ‘minhaj dakwah’ yang dilakukan oleh mereka-mereka yang terlibat dengan struktur dan fungsi dakwah di mana ruang lingkupnya adalah dalam pengendalian permasaalahan dakwah.

Aktiviti politik dakwah berbicara tentang pengendalian dakwah dan ia merupakan usaha terbaik  bagi :

  1. Mempercepatkan terbentuknya ‘isti’ab’ (penguasaan) dalam amal jama’ie.
  2. Meningkatnya kualiti dan kuantiti aktivis dakwah.
  3. Menyusun secara rapi akan peringkat-peringkat serta susunan dakwah.
  4. Mengarahkan sumber daya dakwah samada material, situasi/keadaan, peribadi, institusi dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti politik dakwah perlu melakukan pemanfaatan potensi samada pada diri umat Islam dan juga lawan mereka.

Contoh yang jelas apabila kita lihat bagaimana Rasulullah saw di Makkah dilindungi oleh Abu Talib, bapa saudara baginda. Ketika hijrah ke Madinah pun, Rasulullah saw memanfaatkan keahlian Suraqah bin Malik yang belum Islam dalam mengelabui orang kafir Quraisy.
Namun, pemanfaatan potensi lawan ini hanya boleh dilakukan dengan beberapa syarat :
  1. Untuk tujuan kemajuan dan perkembangan dakwah.
  2. Tidak menjual kebenaran kepada orang-orang kafir.
  3. Jaminan kepada orang kafir dibenarkan, asalkan ianya diminta bagi menjamin keselamatan dakwah.
  4. Tidak menggantungkan harapan dan kekuatan selain sunnatullah.
Dakwah Islam yang kita pikul :
  1. Tidak boleh lepas dari prinsip-prinsip Islam.
  2. Tidak boleh larut dalam kancah politik.
  3. Mesti bebas dari apa-apa keinginan dan motivasi di luar matlamat mencari keredhaan Allah.
  4. Tidak boleh lari dari tujuan meletakkan kalimah Allah di tempat yang paling tinggi.
  5. Akan lebih berkesan jika ia mempunyai ukuran yang khas sebagai pra-syarat operasi.
  6. Berdiri di atas prinsip yang jelas, tidak melanggar aqidah, fikrah, minhaj dan akhlak Islam.
WUJUDNYA WASILAH SEBAGAI POTENSI
Kita mestilah menggunakan wasilah-wasilah sebagai potensi dakwah yang paling berkesan di mana pemimpin mesti memiliki kemampuan menguasai perancangan dalam menggunakan potensi-potensi ini.
LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN
Potensi boleh diubah menjadi kekuatan dakwah berdasarkan acuan program yang jelas dan terarah serta tidak boleh semata-mata mengharapkan pertolongan dari alam ghaib sebagai potensi kekuatan.
Sumber kekuatan adalah Allah dan jamaah berfungsi sebagai penampung kekuatan Ilahi di mana kekuatan utama gerakan dakwah adalah anggota gerakan sebagai asas operasi jamaah.
Manusia sebagai aset harakah dan para pendakwah adalah menjadi milik dakwah manakala anggota mesti  didukung oleh masyarakat sebagai asas kekuatan.
Selama 13 tahun di Makkah, Rasulullah saw belum berhasil membentuk asas kemasyarakatan kerana asas sosial pada ketika itu belum mampu dimunculkan sebagai kekuatan Islam yang bersatu.
Rasulullah saw memulakan dakwah dan menghimpun kekuatan dimulai dari keluarga, kemudian kepada pemimpin Quraisy, kemudian kepada  masyarakat di Thaif dan yang terakhir adalah asas sosial di Madinah melalui Mus’ab Bin Umair, pendakwah di Yastrib (Madinah).  
Penerimaan Yastrib (Madinah) pada ketika itu adalah kerana :
  1. Masyarakat Madinah majoritinya adalah di kalangan pemuda di mana mereka mudah menerima perubahan sosial manakala kebanyakan orang-orang tuanya ramai yang meninggal disebabkan oleh peperangan ‘Buats’ selama 40 tahun sebelum Islam masuk ke Madinah.
  2. Masyarakat terdiri dari dua kabilah Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan.  Adanya Islam mampu menyatukan dua suku kaum asal Madinah tersebut. Perselisihan keduanya disebabkan adanya campur tangan dari Yahudi.
  3. Rasulullah saw mempersaudarakan Muhajirin dan Anshar.
Dalam masyarakat, manusia menjadi intipati kepada kekuatan di mana kekuatan itu pula ditentukan oleh bentuk manusia yang mengelolanya.

Ada 3 unsur kekuatan pada manusia iaitu :

PERTAMA : RUH
Ruh yang suci dan dekat pada Allah, penggerak  dan sebagai daya dorong bagi segala aktiviti kehidupannya.
KEDUA : AKAL
Akal cerdas dan berkhidmat pada Islam dan ia tidak terpengaruh oleh pemikiran jahiliyah serta juga mampu memecahkan masalah umat dalam sudut pandang masyarakat Islam.
KETIGA : JASMANI
Jasmani mampu menanggung beban dakwah walaubagaimanapun besarnya.

Pendakwah sebenar mestilah mampu membentuk ‘bi’ah’ (lingkungan / persekitaran) yang tidak terpengaruh oleh perkara-perkara yang sifatnya jahiliyah.

Mereka mesti mampu membentuk pendapat umum yang Islamik sehingga sedapat mungkin mampu melahirkan persekitaran dan gerakan sekaligus.

Slogan-slogan dan visi Islam mampu hidup dalam persekitaran masyarakat yang organik dan dengan adanya ‘bi’ah’ harakiyyah, ia akan menumbuhkan semangat untuk berjihad dalam Islam.

Sebagaimana yang kita ketahui, ada 4 faktor penerimaan masyarakat terhadap gerakan Islam :
PERTAMA : TOLERANSI (TASAAMUH)
Gerakan Islam tidak dianggap sebagai musuh dan tidak diganggu bahkan dibiarkan tumbuh dan berkembang.
KEDUA : SIMPATI (TAA’THUT)
Masyarakat ada minat dan rasa suka terhadap gerakan Islam meskipun mereka belum sama-sama turun dalam kancah pergerakan itu.
KETIGA : CINTA (MAHABBAH)
Masyarakat yang sudah mengerti erti dan nilai sebuah gerakan dakwah akan bersedia memberi dukungan pada gerakan tersebut.
KEEMPAT : PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG (TA’YID)
Masyarakat terlibat secara langsung dan melakukan pembelaan sekuat tenaga.

Gerakan Islam mesti mampu menjadi penghubung sosial dengan masyarakat secara umum.
Ada dua bentuk wajihah dalam gerakan dakwah :
    1.  ‘Wajihah tanzhim’ (berkait secara langsung dengan gerakan dakwah)
Wajihah ini dituntut untuk berpenampilan formal yang baik dan berkualiti. Ia merupakan penjelmaan dari bidang-bidang penstrukturan secara langsung yang bersentuhan dengan masyarakat.
    1. ‘Wajihah amal’ (berkaitan dengan anggota-anggota gerakan dakwah)
Wajihah ini sedaya mungkin mampu memperkenalkan ‘syakhsiyah’ (keperibadian) anggota gerakan dalam konteks ruang keteladanan. Ia adalah wahana dari aktiviti anggota gerakan dakwah.
Ada 3 sasaran wajihah amal, antara lain :
  1. Penyebaran fikrah.
  2. Penumbuhan keahlian.
  3. Mendapatkan sumber mata pencarian.
Dalam meletakkan potensi-potensi, gerakan dakwah hendaklah mampu menganalisa perkara-perkara berikut :
  1. Pengalaman masa lalu.
  2. Realiti masa kini.
  3. Perkiraan di masa hadapan.
Dari tiga perkara di atas, maka ditetapkanlah polisi dakwah.
Jika dari analisa tersebut baik / positif, maka ia perlu dikembangkan dan ditumbuhkan manakala jika berlaku sebaliknya, maka hendaklah diperbaiki kembali.
Maka polisi dakwah ini merupakan sebahagian dari aktiviti ijtihad yang bernilai disisi Allah.
Ada dua kemungkinan yang akan terhasil dari dakwah dan segala analisa yang terkait dengannya:
a. ‘Minhah’ (kurniaan)
Ia adalah pemberian dari Allah, penuh bimbingan Ilahiyah yang mampu memuaskan hati sehingga manusia perlu bertafakur terhadap nikmat-nikmat kurniaan Allah.
b. ‘Mihnah’ (ujian)
Ini adalah juga pemberian Allah tapi dalam rangka untuk menguji keimanan dan keislaman manusia dan mereka juga perlu tafakur mencari hikmah-hikmah yang tersirat di sebaliknya.
Firman Allah swt :
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan..” (QS Al Anfal : 60)
‘Quwwah’ (kekuatan) yang tersebut di dalam ayat di atas bersifat ‘nakirah’ yang memberi maksud berikut:
1. Perintah yang besar.
2. Pengertian yang umum.
Maksudnya adalah tertegaknya masyarakat Islam dan Daulah Islamiyah hanya boleh dicapai apabila seluruh komponen kekuatan telah terpatri dengan kukuh pada setiap elemen pembawa kekuatan itu manakala tarbiyah adalah pintu gerbang bagi tegaknya berbagai aspek kekuatan.
Namun, gerakan dakwah tidak seharusnya terjebak menjadi gerakan tarbawiyah semata-mata meskipun tidak dapat dimungkiri bahwa anggota-angota gerakan dakwah memang tumbuh dan dibesarkan dalam Tarbiyah Islamiyah ini.
Maka, dalam ruang waktu ini, ada dua persiapan (i’dad) yang menjadi pangkal kepada kekuatan umat :
a. ‘I’dad dakhili’ (persiapan dalaman).
Mempersiapkan peribadi muslim sebagai syakhsiyah jama’iyah yang sentiasa beriltizam dan memiliki kekuatan ketaatan yang tinggi pada gerakan dakwah.
b. ‘I’dad khariji’ (persiapan luaran).
Setelah syakhsiyah jama’iyah matang, maka hendaklah mereka melaksanakan aktiviti dalam masyarakat, memberi penerangan serta menjadi rujukan masyarakat.
Persiapan ini perlu dikembangkan dalam suasana institusi terkecil terlebih dahulu (individu), kemudian diteruskan ke dalam kehidupan ‘usrah’ (keluarga) dan seterusnya ‘usrah’ memegang peranan yang sangat asasi dalam perkembangan susunan masyarakat. 
Ada beberapa karakteristik usrah, antara lain:
PERTAMA : USRAH ROHANI
Ia adalah mata air keimanan yang tidak pernah kering dan di dalam usrah ini dibentuk sifat-sifat seperti berikut:
1. Iman dan aqidah.
2. Hubungan hati dan persaudaraan.
3. Hubungan perilaku dan akhlak.
KEDUA : USRAH FIKRIYAH
Ia menghimpun cita-cita dan pemikiran Islam di masa depan yang diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Sifat-sifat yang dibentuk antara lain:
a. Ilmu pengetahuan dan wawasan yang mendalam, samada syariah atauun umum, tumbuhnya kajian-kajian ilmiyah sesuai dengan ‘kafa’ah’ (keahlian) masing-masing.
b. Aspek teori (nazhariyyah)
Usrah melahirkan teori-teori keislaman yang praktikal dan aplikatif.
c. Manhaj
Usrah melahirkan minhaj sesuai dengan bidang atau kecenderungan.
KETIGA : USRAH DAKWAH
Usrah ini sebagai pos dakwah yang paling dekat pada ‘mad’u  (objek dakwah) yang meliputi setiap amaliyah dakwah dengan karakterisitsik sebagai berikut :
1. Gerakan (harakah)
Usaha perbaikan masyarakat dalam berbagai bidang.
2. Perjuangan (jihadiyah)
Usrah menjadi asas perjuangan Islam dalam kehidupan.
3. Kepeloporan (jundiyyah)
Usrah mampu membentuk elemen-elemen tanzhim yang berdisiplin.
Usrah mestilah berperanan di dalam masyarakat sebagai pemimpin masyarakat dan sebagai pemegang kendali masyarakat.
Maka, ia memerlukan beberapa urutan-urutan agar masyarakat menjadi asas sosial kepada gerakan dakwah yang murni :
a. Tersebarnya pandangan umum yang Islamik.
b. Tingkah laku yang Islamik.
c. Lingkungan yang menunjang Gerakan Islam.
Gerakan dakwah mestilah berdiri di atas konsep pertumbuhan. Bagi melakukan pertumbuhan (an numu), jamaah mestilah secara berterusan melakukan tarbiyah.
Tarbiyah ini mesti meliputi tiga unsur penting iaitu :
1. Kekukuhan barisan sebagai intipati kekuatan jamaah.
2. Titik bertolak yang diperlihatkan dengan kejelasan fikrah dan kefahaman yang mendalam tentang Islam.
3. Metod berjalan dengan berusaha untuk tetap selari dalam arah gerakan Rasulullah saw.
Tarbiyah ini meliputi dua sudut :
PERTAMA : TALQINIYAH
Pembahasan masalah-masalah Islam dalam bentuk halaqah / liqa tarbawi.
KEDUA : TAJRIBIYAH
Menerima pengalaman secara langsung di lapangan sebagai pembelajaran di medan dakwah.
Aset gerakan dakwah adalah manusia di mana apabila mereka yang berhasil diajak ke jalan Allah, maka tegaklah Deenullah.
Para pendakwah adalah sebenarnya menjadi milik dakwah. Oleh yang demikian, watak yang mesti dipelihara keseimbangannya dalam potensi pergerakan dakwah adalah watak kebijaksanaan orang tua dan semangat pemuda (hikmatus syukukh wa hamasatus syabaab).
Kita mengetahui bahwa potensi pemuda adalah :
a. Kekuatan melahirkan inisiatif.
b. Kekuatan melahirkan gerakan dan aktiviti.
c. Kekuatan menelaah sesuatu konsep secara teori.
‘Hamasatus Syabab’ (semangat pemuda) tidak seharusnya bertukar menjadi emosi sehingga menyeret manusia ke dalam sikap ekstremis.
Manakala ‘syukuh’ (orang tua) pula dianggap bijaksana dengan kriteria-kriteria berikut :
1. Kaya pengalaman.
Banyak dan lamanya perjalanan hidup mereka sehingga mereka memiliki kekuatan menelaah situasi dan keadaan.
2. Kekuatan daya berfikir.
Pengaruh pemikiran mereka yang matang kebiasannya akan diterima oleh masyarakat.
3. Kekuatan ruhani.
Mampu memberi pengaruh di hati masyarakat.
Siasah dakwah untuk menumbuhkan aktivis dakwah akan terus berjalan dan di sanalah prospek dakwah itu wujud, menyebar dan mengalami penerimaan yang luas di masa-masa yang akan datang.
Namun, apabila usaha-usaha ini di tinggalkan dan manusia mula tergiur dengan kepentingan kekuasaan, kedudukan dan kekayaan meskipun dengan alasan siasah, yakinlah bahwa api dakwah akan menjadi suram dan mundur kalaupun tidak akan hancur berantakan.
Maka di saat ini kita memerlukan kesediaan untuk latihan berkorban. Pengorbanan ialah tanda keseriusan dan kejujuran, bahkan ia akan terasa nikmat apabila proses kerja didahului oleh halangan dan tentangan yang mesti di jalani dengan pengorbanan.
Semakin banyak kita berkorban, semakin besar pula buah yang dihasilkan dan sasaran dakwah kita sebenarnya masih menunggu pengorbanan yang lebih besar dari kita saat ini.
Akhir sekali, dakwah dan siasah adalah sebuah kesatuan yang tidak mungkin dapat dipisahkan.

Jika ada yang menyalahkan keberadaan dakwah dalam politik, maka sesungguhnya kefahamannya terhadap keluasan ajaran Islamlah yang bermasaalah.

Namun jika ada yang menyalahkan keberadaan politik di dalam dakwah, maka ketahuilah bahwa politiklah yang membuatkan kita dapat menikmati kehidupan dalam kemuliaan ajaran Islam hingga ke saat ini.

Maka,

“Berdakwahlah di dalam politik dan jangan sampai tidak berpolitik di dalam dakwah”

Ya Allah, berilah petunjukMu kepada kami sehingga kami mampu mengendalikan dakwah yang suci ini dengan penuh hikmah melalui siasah pengendalian yang mantap dengan mengambil kira potensi-potensi dan manfaat-manfaat yang mampu memberi nilai dan daya tambah kepada kekuatan dakwah sehingga kalimahMu tegak dan teguh berdiri di mukabumi ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Fikrah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Dakwah Itu Mudah, JOM!
    Dakwah adalah suatu pekerjaan yang mudah namun hasilnya luarbiasa. Siapa sahaja boleh berdakwah dan siapa sahaja boleh memperolehi hasiln...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Mutiara Hikmah Para Duat
  • Halangan Menjejaki Jalan Dakwah
    Dakwah adalah sebuah perjalanan panjang yang tidak pernah sepi dari rintangan dan ujian bagi mereka yang melaluinya. Usianya lebih panjang...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ▼  March (7)
      • Mesin Penggerak Dakwah
      • Hakikat Aktivis Dakwah Contoh
      • Adil Identiti Islam
      • Membangun Kebijaksanaan Pendakwah
      • Kesatuan Dakwah & Politik
      • Mutu Sebuah Keputusan Politik
      • Calon Pemimpin Berwibawa
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger