skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Saturday, 2 March 2013

Calon Pemimpin Berwibawa

Ditulis Oleh WAS Pada 09:26 – 0 Komen Anda
 

Ulama-ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah telah menyatakan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah swt kepada orang-orang mukmin di mana Al-Qur’an telah menyebutkan janji ini (tegaknya kekhalifahan Islam) dengan jelas dan terang.

Allah swt berfirman :

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di antara kamu, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” (QS An-Nur : 55)

Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat di atas, menyatakan :

“Inilah janji dari Allah swt kepada Rasulullah saw, bahawa Allah swt akan menjadikan umat Nabi Muhammad saw sebagai ‘khulafa’ al-ardh’ yakni pemimpin dan pelindung kepada umat manusia. Melalui merekalah (para khalifah), negeri akan dipelihara dan seluruh hamba Allah akan tunduk kepada mereka.”

Firman Allah swt :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah (pengganti, pemimpin atau penguasa) di bumi'. Mereka berkata;  Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih, memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu? Dia berfirman, 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'." (QS Al Baqarah : 30)

Sayyid Qutb rahimahullah menafsirkan dalam kitab tafsirnya, ‘Fi zilalil Quran’  :

“Di sini iradah yang Maha Tinggi mahu menyerahkan kepada makhluk yang baru di lahirkan ke alam ‘al-wujud’ ini teraju khalifah di bumi ini dan kuasa mentadbirkannya. Ia mahu menyerahkan kepadanya urusan menzahirkan kehendak Allah dalam kerja-kerja penciptaan, pembentukan, rombakan, penyusunan, penggubahan dan penukaran (di bumi ini). Begitu juga  kerja-kerja mengeluarkan apa yang ada di bumi ini,  iaitu kuasa-kuasa, tenaga-tenaga, harta-harta kekayaan yang terpendam dan bahan-bahan mentah, serta menggunakannya dengan izin Allah untuk melaksanakan tugas khalifah yang agung yang diserahkan Allah kepadanya.

Di sini, Allah swt telah mengumumkan kepada makhluk yang baru ini daya-daya tenaga yang tersembunyi, bakat-bakat yang tersimpan yang menyamai kuasa, tenaga-tenaga, harta-harta kekayaan yang terpendam dan bahan-bahan mentah yang terdapat di bumi disamping mengurniakan kepadanya kekuatan-kekuatan yang tersembunyi yang dapat melaksanakan kehendak Ilahiyah.

Jadi di sana wujudnya persamaan atau keselarasan di antara undang-undang yang mengendalikan makhluk manusia, kekuatan-kekuatan dan daya-daya tenaganya supaya tidak berlaku percanggahan di antara dua undang-undang itu, dan supaya daya tenaga manusia tidak hancur lebur di atas batu pejal alam buana yang besar ini.

Maka, darjat makhluk manusia ini amat tinggi di dalam sistem kewujudan di bumi yang luas ini. Itulah penghormatan yang telah dikehendaki Allah yang Maha Pencipta dikurniakan kepada makhluk insan.

Semua ini merupakan sebahagian saranan dari firman Allah yang Maha Tinggi : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi ini."

Jika kita memikirkan pada hari ini dengan perasan yang insaf melalui mata hati nurani yang terbuka, niscaya kita dapat melihat pencapaian-pencapaian dan kemajuan-kemajuan yang telah di capai di bumi ini adalah melalui daya usaha makhluk insan yang menjadi khalifah di dalam kerajaan bumi yang luas ini.

Para malaikat tidak nampak hikmah iradah Allah Yang Maha Tinggi yang :

1.      Mahu membangun dan mengimarahkan bumi ini.
2.      Menyuburkan hayat dan mempelbagaikannya.
3.      Melaksanakan kehendak Allah dan undang-undang kewujudan untuk mengembang.
4.      Memajukan bumi dan mengadakan perubahan-perubahan dengan perantaraan daya usaha khalifah Allah di bumi.

Makhluk insan ini kadang-kadang bertindak melakukan kerosakan dan pertumpahan darah agar di sebalik kejahatan dan keburukan yang sedikit pada zahir itu dapat di capai kebaikan yang lebih besar dan menyeluruh, iaitu kebaikan, kesuburan dan kemajuan yang berterusan, kebaikan pergerakan yang meruntuh dan membina, kebaikan usaha dan percubaan yang tidak terhenti, kebaikan hasrat dan cita-cita yang tidak terhenti, kebaikan perubahan dan perkembangan di dalam kerajaan bumi yang besar ini.

Di waktu inilah penjelasan dari Allah yang mengetahui segala sesuatu dan akibat-akibat kesudahannya di sampaikan kepada mereka (para malaikat).

Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya dunia ini adalah manis lagi hijau dipandang. Dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah di dalamnya, maka Allah akan melihat bagaimana yang kamu perbuat. Kerananya, berhati-hatilah pada dunia dan berhati-hati kepada wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israel itu adalah fitnah wanita.” (HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Allah swt telah melantik manusia menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Apakah ciri-ciri seorang khalifah atau pemimpin yang berwibawa yang mampu mentadbir muka bumi ini?

Seorang mukmin adalah orang yang layak menjadi pemimpin (khalifah). Di antara ciri-ciri pemimpin yang berwibawa itu adalah :

a.       Sentiasa memelihara apa yang bermanfaat baginya di sisi Allah swt. Ia betul-betul menjaga solat, zakat, puasa dan haji.
b.      Menjaga apa yang bermanfaat bagi dirinya, seperti jujur, sedekah, amanah, amar makruf nahi  mungkar dan sentiasa mencari yang halal.
c.       Sentiasa mendidik isteri dan anak-anaknya dengan Deen dan akidah Islam dan bersikap adil pada semua orang.
d.      Menjaga peribadinya dari mengumpat, menipu, mengadu domba, hasad dengki, iri hati, sombong dan tidak merendahkan orang lain.
e.       Sentiasa menjaga pandangannya tidak memandang yang diharamkan, sentiasa menutup aurat dan sesuatu yang lahir dari lidahnya tidak menyakiti orang lain dan tidak mendatangkan dosa.
f.       Tidak merasa lemah dan sentiasa merasa mampu dan memiliki keyakinan diri yang kuat untuk melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas  dirinya.
g.      Sentiasa berhati-hati di dunia ini sehingga tidak masuk kecintaan dalam hatinya pada dunia tetapi menggunakan sepenuhnya kenikmatan dunia untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat.
h.      Sentiasa berwaspada pada wanita supaya tidak timbul fitnah kerana sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israel adalah fitnah wanita.

Ciri-ciri khalifah atau pemimpin ynag berwibawa ini juga terdapat dalam sebuah hadis daripada Nabi saw yang bermaksud :

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (ketua negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)

Seorang khalifah Islam atau pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai empat ciri-ciri berikut :

1.      Memimpin dengan perbuatan, tidak hanya  bercakap semata-mata.
2.      Dia tidak hanya memerintah orang lain berbuat sesuatu, tetapi dia sendiri melaksanakannya.
3.      Memegang prinsip keadilan. Kepentingan orang-orang yang dipimpin adalah yang lebih utama. Nabi Muhammad saw mampu untuk menjadi kaya tetapi baginda tidak ingin kepada kekayaan; baginda lebih suka sama dengan orang-orang yang dipimpinnya.
4.      Penggunaan pendekatan yang tepat samada secara individu atau dalam berjamaah. Tidak ada benteng pemisah di antara ketua dengan orang yang di bawah atau dengan orang ramai. Suasana kekeluargaan dan persaudaraan lebih diutamakan. Perhubungan tidak terlalu formal.

Dalam pada itu, perlu juga diingatkan tentang prinsip umum Islam :

“Apabila melaksanakan kepemimpinan ini, keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi perlu dipelihara.”

Jika salah satu dipentingkan manakala yang satu lagi dibiarkan runtuh, maka kehancuran akan berlaku. Islam bukanlah terletak pada nama sahaja.

TIANG-TIANG PENYOKONG PEMERINTAHAN ISLAM

Imam Hasan Al Banna dalam menghuraikan sistem pemerintahan Islam menyebut :

Pemerintahan dalam Islam tegak di atas kaidah yang sudah masyhur yang semuanya merupakan kerangka pokok bagi sistem pemerintahan Islam.

Ia tegak di atas tiga tiang :

1.      Tanggungjawab pemerintah.
2.      Kesatuan masyarakat.
3.      Sikap menghargai aspirasi rakyat.

PERTAMA : TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH

Dalam melaksanakan tugasnya, pemerintah bertanggungjawab kepada Allah dan rakyatnya. Ia adalah pelayan dan pekerja bagi rakyat yang menjadi tuannya.

Ketika Abu Bakar ra menjadi khalifah, ia naik ke atas mimbar seraya berkata :

“Wahai sekalian manusia, aku dulu bekerja untuk keluargaku. Akulah yang menghasilkan makan buat mereka. Namun, kini aku bekerja untuk kamu, maka bayarlah aku dari Baitul Mal kamu.”

Dengan ungkapan ini, Abu Bakar telah memberikan penafsiran paling baik dan paling adil terhadap teori kontrak sosial antara pemerintah dan rakyatnya. Bahkan beliau telah meletakkan dasar-dasarnya bahwa kontrak antara rakyat dengan pemerintah adalah sama-sama terikat untuk memelihara kepentingan bersama. 

Jika ditunaikan dengan sebaik mungkin, ia berhak mendapat pahala. Sebaliknya, jika tidak, denda hukuman telah siap menanti.

KESATUAN MASYARAKAT

Umat Islam adalah umat yang satu kerana ukhuwah adalah salah satu landasan iman. Tidak ada kesempurnaan iman kecuali dengan ukhuwah dan tidak akan dapat direalisasikan iman itu kecuali dengan kewujudan ukhuwah.

Konsep demikian tidak bererti mengekang kebebasan mengeluarkan pendapat dan menyampaikan nasihat dari orang bawah kepada orang atas atau sebaliknya. Dalam tradisi Islam, praktik demikian disebut memberi nasihat, amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Bagi umat Islam, tidak ada perbezaan dalam perkara-perkara prinsip kerana sistem kehidupan sosial terbingkai dalam satu kesatuan iaitu Islam telah dikenal luas oleh para pemeluknya sementara perbezaan dalam hal-hal furu’ tidaklah membahayakan.

Tidak ada kebencian, permusuhan dan fanatik golongan yang menjadi polisi pemerintah. Yang ada hanya keperluan penyelidikan, kajian, musyawarah dan saling menasihati. Jika termasuk perkara yang telah dinaskan, maka pintu ijtihad tertutup sedangkan apabila tiada nas padanya maka keputusan pemerintah mesti menyatukan umat atau masyarakat.

MENGHORMATI ASPIRASI RAKYAT

Di antara hak umat Islam adalah mengawal roda pemerintahan seterperinci mungkin dan aktif bermusyarawarah berkenaan sesuatu yang dipandang baik sedangkan kewajiban pemerintah adalah bermusyawarah dengan rakyat, menghargai aspirasinya dan mengambil masukan-masukan yang baik.

Abu Bakar As Shiddiq berkata :

“Jika kamu melihat aku di atas kebenaran maka dukunglah (untuk melaksanakannya) dan jika kamu melihatku dalam kebatilan, maka betulkan dan luruskanlah.”

Umar Al Khattab pula berkata :

“Siapa sahaja yang melihatku menyimpang, maka luruskanlah.”

Sistem Islam dengan makna ini tidak mementingkan bentuk atau nama. Selama kaidah-kaidah pokok tadi dapat direalisasikan di mana tidak mungkin suatu hukum akan tegak tanpanya dan selama mana diterapkan secara tepat hingga dapat menjaga keseimbangannya.

Usaha untuk memelihara dan menjaga ajaran Islam dijamin agar tercapainya keuntungan di dunia dan keselamatan di akhirat. Inilah dalam istilah moden dikenali sebagai “Kematangan Politik” yang semuanya bermatlamatkan kepada satu hakikat iaitu keyakinan akan kelayakan sistem dan rasa kepedulian untuk menjaganya.

Ini adalah kerana teks-teks ajaran Islam semata-mata tidak cukup untuk membangkitkan umat secara komprehensif sebagaimana undang-undang tidak akan berguna jika tidak ada seorang hakim yang adil dan bersih yang mempelopori penerapannya.

PENGAGIHAN KUASA DAN TANGGUNGJAWAB DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Sesiapa yang memerhatikan sistem pemerintahan di zaman Rasulullah saw akan mendapati bahawa ianya tertegak di atas asas pengagihan kuasa di mana Rasulullah saw sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat dalam perkara-perkara yang tiada nas.

Firman Allah swt :

“Maka dengan Rahmat daripada Allah, bersikap lembutlah kepada mereka, sekiranya kamu kasar dan keras hati niscaya mereka berpecah meninggalkan kamu, maka maafkanlah mereka, beristighfarlah untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan kamu, maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bertawakkal.”

Islam mengiktiraf dan memerintahkan amalan syura di dalam pemerintahan negara. Ini bermakna Islam telah menghormati kuasa dan pendapat orang ramai dan kebebasan mereka malah Islam mengambil kira hak-hak kebendaan, maknawi dan akal fikiran mereka.

Firman Allah swt  :

“Dan urusan mereka dilakukan dengan bermesyuarat di kalangan mereka.”

Inilah juga uslub Rasulullah saw dalam pemerintahan sehingga baginda saw menegaskan bahawa:

“Tidaklah sesutu kaum itu bermesyuarat di antara mereka dalam urusan mereka melainkan Allah akan menunjukkan kepada mereka yang terbaik terhadap permasalahan mereka.” dalam riwayat yang lain “ melainkan Allah kurniakan kepada mereka keazaman kepada petunjuk atau yang terbaik”.

Rasulullah saw bermesyuarat dengan semua rakyatnya, kerana baginda selalu bersabda:

 “Berikanlah pandangan kamu kepadaku wahai sekalian manusia.”

Berikut adalah contoh bagaimana Rasulullah saw mempraktikkan syura ini :

a.    Mesyuarat sebelum peperangan Badar.
b.    Mesyuarat mengenai tawanan Badar sebelum turunnya hukuman mengenai tawanan.
c.    Mesyuarat dalam menentukan medan peperangan Uhud.
d.    Mesyuarat Rasulullah saw mengenai azan.
e.    Mensyuarat Rasulullah saw dalam peperangan Khandak.
Rasulullah saw juga bermesyuarat dengan wanita dan mengambil pandangan mereka.

Begitu juga Rasulullah saw melarang umatnya daripada berdiam diri terhadap kemungkaran dan kesilapan.  
Sabda Rasulullah saw :

“Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah diubahnya dengan tangannya, maka sekiranya dia tidak mampu ubahkanlah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu ubahlah dengan hatinya, yang demikian itu selmah-lemah iman.”

Melalui nas-nas syara’ ini dan amalan Rasulullah saw, para ulama’ telah membuat kesimpulan mengenai kekuasaan dalam Islam iaitulah kewajiban syura kepada pemerintah dan kewajiban amar makruf dan nahi munkar kepada ummah.

Ibnu `Atiyyah berkata :

“Syara’ mewajibkan mesyuarat kepada pemerintah dan syura merupakan asas-asas syari’ah dan kemestian dalam hukuman, maka sesiapa yang tidak bermesyuarat dengan ahli ilmu dan agama maka memecatnya adalah wajib, perkara ini tidak ada khilaf padanya.”

Ini juga merupakan pendapat Al-Qadi Ibnu Al-Arabi al-Maliki dan Al-Jassas al-Hanafi.

PENTABIRAN KERAJAAN NUBUWWAH
Dalam kerajaan Islam pertama, Rasulullah saw merupakan ketua negara yang memiliki kuasa perundangan, kuasa eksekutif dan pemegang kuasa kehakiman. Walaupun begitu, Rasulullah saw telah membahagi-bahagikan beberapa tugas dan peranan kepada beberapa orang sahabat yang dianggap sebagai wazir atau menteri.
MENTERI-MENTERI
Di antara para menteri Rasulullah saw ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, Jaafar bin Abdul Muttalib, Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Ali bin Abu Talib, Al-Hasan dan Al-Husain bin Ali, Abdullah bin Mas’ud, Salman al-Farisi, Ammar bin Yasir, Huzaifah al-Yaman, Abu Zar Al-Ghifari, Bilal al-Rabah dan Mus`ab bin Umair Radhiallahu anhum.  
SETIAUSAHA
Di antara setiausaha Rasulullah saw ialah Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka`ab (penulis wahyu) Abdullah bin al-Arqam al-Zuhri (penulis surat) dan Khalid bin Said bin al-As dan Thabit bin Qais jika ketiadaan Abdullah dan Zaid bin Thabit radhiallahu anhum.
SETIAUSAHA SULIT
Rasulullah saw juga mempunyai seseorang yang menyimpan amanah beliau iaitu Huzaifah bin Al-Yaman ra.
PENGGANTI RASULULLAH SAW KETIKA KETIADAAN BAGINDA DI MADINAH
Apabila Rasulullah saw keluar daripada Madinah sama ada untuk berperang dan sebagainya baginda akan melantik seorang pengganti baginda bagi mentadbir urusan Madinah. Antara mereka ialah; Abu Lubabah, Abdullah bin Ummi Maktum, Bishr bin Munzir, Uthman al-Affan, Namilah bin Abdullah, Muhammad bin Maslamah,  Abu Dujanah dan lain-lainnya Radhiallahu anhum.

PENGUASA WILAYAH 

Bagi mengganti baginda mentadbir wilayah-wilayah Islam di zaman Rasulullah saw, baginda telah melantik para wali atau gabernor antaranya  seperti di Yaman, dilantik Bazan, di Hadhramaut, Amru bin Hazam, di Najran, Khalid bin Said bin al-As di antara Najran dan Rafa’ Amir bin Syahr,  di Hamdan, Syahr bin Bazam, di San`a dan di Ma’rib, Abu Musa al-Ash`ari Radhiallahu anhum.

Manakala Muaz bin Jabal ra menjadi guru di seluruh Yaman dan Hadhramaut.

Di Makkah, Itab bin Usaid dan Daus, Sa’ad bin Abi Ziab di Taif, Saad bin Abdullah di Bahrain Al-‘Ala’ bin al-Hadrami dan Abdullah bin Suwar, di Khurasan, Abdul Rahman bin Abzi al-Khuza’i dan di Najran, Amru bin Hizam al-Ansari Radhiallahu anhum. 
PEMANTAUAN TUGAS GABERNOR
Imam Bukhari meriwayatkan, daripada Abi Hamid al-Si’idi katanya : Rasulullah saw telah melantik seorang lelaki Bani Asad yang dipanggil Ibnu  al-Latbiah, untuk urusan Zakat. Apabila beliau datang kepada Rasulullah saw dia berkata: Ini untuk kamu dan yang ini hadiah kepadaku lalu Rasulullah saw bangun di atas mimbar dan memuji Allah dan bersabda :

“Apakah yang diingat oleh seorang `amil yang kami lantik lalu dia datang dan berkata : ini untuk engkau dan yang ini untuk aku, Adakah sekiranya dia duduk di rumah ibunya dan bapanya, maka lihatlah adakah akan diberi hadiah kepadanya atau tidak..?

DIPLOMAT 
Di samping memelihara kemaslahatan ummah Islamiyah, baginda juga merupakan tuan punya dakwah dan risalah, lantaran itu di dapati Rasulullah saw mempunyai hubungan antara kaum dan antara bangsa.

Lantaran itu baginda memilih di kalangan sahabatnya yang berkelayakan dan berwibawa yang diambil kira sehinggakan kepada rupa paras dan jiwa. Untuk urusan ini, Rasulullah saw memilih seorang yang :

1.      Fasih lidahnya.
2.      Mempunyai akal yang bijak.
3.      Kuat hujjah dan pantas.
4.      Memiliki rupa paras yang baik.
5.      Menyerlahkan penampilan yang mengkagumkan.
Contohnya : Dihyah al-Kalbi ra seorang yang tampan dan fasih yang diutuskan kepada Hercules, Kaisar Rom.

Selain beliau, berikut adalah diplomat-diplomat lain yang dilantik oleh Rasulullah saw :
a.    Utusan kepada An-Najashi, Habsyah - Amru bin Umayyah al-Dhumairi ra.
b.    Utusan kepada Muqauqis Qibti, Mesir - Hatib bin Abi Balta`ah ra.
c.    Utusan kepada Kisra, Farsi - Abdullah bin Huzafah ra.
d.    Utusan kepada Raja Amman - Amru bin al-As ra.
KETENTERAAN
Rasulullah saw juga telah memperlengkapkan ketenteraan dengan seni peperangan, mempelajari menggunakan senjata dan ujian bagi memilih yang berkelayakan.
MEMILIH PEMIMPIN TENTERA.
Rasulullah saw memimpin sendiri 28 peperangan.

Disamping itu, Rasulullah saw juga memilih ketua-ketua tentera tertentu :

1.    Hamzah bin Abdul Muttalib ra, ketua Sariah untuk menawan kafilah Quraisy.
2.    Ubaidah al-Haris ra, ketua sariah kepada perdagangan Quraisy.
3.    Saad bin Abi Waqqas ra, ketua sariah ke jalan Makkah dan Syam.
PANGLIMA DAN PEMEGANG BENDERA PERANG
Ali Abu Talib ra  dan Umairah bin Hasyim ra,  pemegang bendera al-Muhajirin manakala Saad bin Abi Waqqas ra, memegang  bendera al-Ansar . Mus`ab bin Umair ra, memegang  bendera umum di Badar dan Uhud.
Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawahah dan Khalid al-Walid Radhiallahu anhum adalah pemimpin peperangan Mu’tah.
Umar AL-Khattab ra, memimpin tentera memerangi puak Hawazin.
INDUSTRI DAN STRATEGI PEPERANGAN
Di zaman rasulullah saw, terdapat pelbagai  senjata dan strategi peperangan yang diambil di mana ianya tidak pernah diketahui oleh orang-orang Arab sebelumnya iaitu seperti : 
a.       Menggali Khandak (parit) yang digunakan di Parsi.
b.      Membuat Manjanik (lastik besar).
c.       Membuat pertahanan umpama perisai dalam memerangi Taif.
KAWALAN DALAM NEGERI
Dilakukan secara sukarela dan tersusun.
PENDIDIKAN
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pendidikan di zaman Rasulullah saw antaranya:
1.         Sistem nuqaba’.
2.         Mengajar di Masjid.
3.         Mengajar antara kabilah yakni sesuatu kabilah belajar dengan kabilah lain.
4.         Pengajian khas untuk kaum wanita.
5.         Menjadikan tawanan musuh sebagai guru.
6.         Mengutuskan kumpulan ulama’ ke kawasan-kawasan Islam.
7.         Pengajaran kepada jiran.
RAWATAN PERUBATAN 
Doktor-doktor di zaman Rasulullah saw ialah  Rasulullah saw sendiri dan Aisyah ra.
Antara yang merawat kecederaan ; Rufaidah al-Ansariah al-Aslamiah, Ka’ibah binti Saad, Laila al-Ghifariah, Muazah al-Ghifariah, Ummu Aiman dan Ummu Sinan al-Aslamiah Radhiallahu anhum. 
KUASA PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN 
Perundangan di zaman Rasulullah saw hanyalah kepada Allah dan Rasulnya.
HAKIM DI ZAMAN RASULULLAH SAW 
Antara hakim-hakim di zaman Rasululllah saw ialah Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Muaz bin Jabal, Abu Musa al-Ashari dan `Itab bin Usaid Radhiallahu anhum.
KEDIAMAN TETAMU (HOTEL)
Sebagai memuliakan tetamu daripada luar Madinah sama ada di kalangan umat Islam atau lainnya, Rasulullah saw telah menyediakan khemah untuk penginapan tetamu tersebut. Selain tempat penginapan mereka juga dijamu dengan makanan dan bekalan hadiah ketika berangkat pulang.
Dengan huraian yang ringkas mengenai ‘Siyasah Syar’iyyah’ ini, semoga ianya akan menjadi pembuka jalan kepada kita bagi mendalami lagi persoalan mengenai pemilihan calon pemimpin berwibawa serta urusan pemerintahan dalam Islam.
Ilmu berkenaan ‘Siyasah Syar’iyyah’ ini bukan hanya terpakai dalam sistem pemerintahan sebuah kerajaan semata-mata bahkan amat perlu dipraktikkan dalam mentadbir apa jua organisasi supaya ianya bertepatan dengan tujuan syara’.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pemimpin-pemimpin yang berwibawa yang akan memikul risalah dan tanggungjawab untuk menegakkan syariatMu di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari kesilapan memilih pemimpin kerana ianya akan memberi kesan kepada sistem pemerintahan dan memberi akibat yang buruk kepada masyarakat dan umat.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS  
Labels: Uslub Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Dakwah Itu Mudah, JOM!
    Dakwah adalah suatu pekerjaan yang mudah namun hasilnya luarbiasa. Siapa sahaja boleh berdakwah dan siapa sahaja boleh memperolehi hasiln...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Mutiara Hikmah Para Duat
  • Halangan Menjejaki Jalan Dakwah
    Dakwah adalah sebuah perjalanan panjang yang tidak pernah sepi dari rintangan dan ujian bagi mereka yang melaluinya. Usianya lebih panjang...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ▼  March (7)
      • Mesin Penggerak Dakwah
      • Hakikat Aktivis Dakwah Contoh
      • Adil Identiti Islam
      • Membangun Kebijaksanaan Pendakwah
      • Kesatuan Dakwah & Politik
      • Mutu Sebuah Keputusan Politik
      • Calon Pemimpin Berwibawa
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger