Perumpamaan seorang pendakwah
adalah sebagai seorang penunjuk jalan dan sifatnya umpama cahaya yang bersinar
di tengah-tengah kegelapan. Ia sentiasa berusaha untuk memberikan panduan bagi
mengeluarkan manusia daripada kegelapan fitnah dan kesesatan.
Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid mengingatkan para pendakwah di dalam kitabnya “Al Awai’q” (Halangan-halangan dakwah) :
Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid mengingatkan para pendakwah di dalam kitabnya “Al Awai’q” (Halangan-halangan dakwah) :
Dalam ia menjalani kehidupan
yang penuh dengan fitnah dan kesesatan, sikap memaafkan kadang-kadang boleh
menjadi satu sikap yang penting kerana pendakwah adalah manusia yang tidak terlepas
dari kekhilafan lidah dan kekeliruan sikap.
Jadi, seandainya tidak ada sikap
memaafkan, ia hanya akan mengundang perpecahan di dalam jamaah. Sebarang
persangkaan sepatutnya dilenyapkan dengan meminta penjelasan.
Teguran terbaik adalah :
Teguran terbaik adalah :
a. Dengan bahasa yang lembut.
b. Tanpa penghinaan.
c. Dengan mengikhlaskan niat
teguran semata-mata untuk kebaikan atas dasar kecintaan kepada saudara seaqidah.
Teguran itu pula mestilah
dimulai dengan penjelasan dan tafsiran yang baik, sikap terus-terang dan
terbuka tanpa ada sikap mementingkan diri.
Akhirnya, ia ditutup dengan
senyuman dan saling memaafkan, niscaya ia bahkan lebih mudah untuk diterima
oleh pihak yang ditegur.
Wahai para pendakwah, janganlah
engkau nodai dan jangan engkau lukai wajah kasih “Ukhuwah” yang
memancarkan cahaya.
Tetaplah berperilaku seperti
itu, sekalipun orang-orang di sekelilingmu hancur oleh permusuhan. Jika tidak,
bererti kamu telah meletakkan diri sendiri di jurang kehancuran. Sesungguhnya
sikap saling memaafkan itu lebih baik.
KETEGUHAN TAQWA KETIKA KEMARAHAN MEMUNCAK
KETEGUHAN TAQWA KETIKA KEMARAHAN MEMUNCAK
Thalaq bin Hubaib pernah berkata
:
“Hindarkanlah fitnah itu dengan taqwa.”
Ini menunjukkan bagaimana taqwa
itu adalah pengubat semua penyakit fitnah. Namun seseorang tidak dikatakan
bertaqwa selagimana taqwa itu tidak dijadikan pakaian pada dirinya juga di saat
kemarahannya, seperti yang disebut oleh Bakar bin Abdillah bin al-Muzani.
Kesempurnaan taqwa seorang pendakwah tidak akan tercapai kecuali apabila sifat marahnya semata-mata kerana Allah. Bahkan jika mampu, hendaklah ia sampai kepada puncak yang telah dicapai oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagaimana yang disebutkannya dalam kitab ‘Manaqib’nya :

“Dia marah kerana Allah, dia tidak marah kerana dirinya sendiri dan
tidak membela untuk diri sendiri. Apabila menyangkut masaalah agama maka
kemarahannya terlihat sangat besar sehingga seakan-akan bukan dirinya.”
Sifat mulia ini wujud dengan cara :
Sifat mulia ini wujud dengan cara :
1.
Menjaga lidah.
2.
Tidak membiarkannya lepas tanpa ikatan.
3.
Mempertimbangkan segala ucapan yang keluar darinya.
4.
Tidak menuduh orang yang tidak bersalah.
5.
Tidak mengeluarkan persangkaan tanpa asas.
6.
Tidak mengiringi ucapan dengan ejekan dan perlecehan.
Yunus bin 'Ubaid berkata :
“Kewara'kan seseorang dapat diketahui melalui ucapannya, ketika ia
sudah berbicara.”
Orang yang wara' ialah orang yang mampu mengendalikan lidahnya sehingga segala perkataannya sesuai dengan sifat wara'nya, bukan dengan kehendak nafsu.
Ibrahim Al-Khawwas Az-Zahid apabila ditanya tentang wara', ia menjawab :

“Tidak berbicara kecuali dengan benar, baik dalam keadaan marah atau ridha.”
Ini bererti bahwa Ibrahim menjadikan pemeliharaan lidah sebagai keseluruhan wara’ di mana
Ini bererti bahwa Ibrahim menjadikan pemeliharaan lidah sebagai keseluruhan wara’ di mana
sifat wara' dengan penjagaan
lidah ini juga turut diperkuatkan dengan hadis Rasulullah saw :
“Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lidah dan
tangannya.” (HR Bukhari)
MENILAI SEORANG MUSLIM DENGAN BERBAGAI KEBAIKAN DAN KESALAHANNYA SECARA ADIL
MENILAI SEORANG MUSLIM DENGAN BERBAGAI KEBAIKAN DAN KESALAHANNYA SECARA ADIL
Apabila berlakunya kekeliruan
pada sikap atau kekhilafan tindakan seorang pendakwah, kita perlu mengadilinya
dengan :
a. Melihat sudut kebaikannya.
b. Menilai kebenarannya.
c. Memperhatikan perjuangannya.
Sifat-sifat asli atau jatidiri seseorang biasanya akan terlihat pada situasi-situasi sukar dan sulit.
Sifat-sifat asli atau jatidiri seseorang biasanya akan terlihat pada situasi-situasi sukar dan sulit.
Keadaan-keadaan seperti
perselisihan, ujian berat, godaan dunia atau pun kemudahan memperolehi harta
serta pangkat kebesaran akan menunjukkan satu daripada dua perkara iaitu kelayakan atau kelemahan diri.
Manusia tidak terlepas dari kesalahan, kemarahan, dosa-dosa kecil serta emosi-emosi yang lumrah.
Manusia tidak terlepas dari kesalahan, kemarahan, dosa-dosa kecil serta emosi-emosi yang lumrah.
Justeru perlu difahami bahawa :
“Dalam prinsip umum Islam, sesiapa yang banyak dan besar kebaikannya,
sehingga pengaruh Islam terlihat jelas pada dirinya, maka dapat ditoleransi
dari dirinya perkara-perkara yang tidak dapat ditoleransi dari diri orang lain,
dan akan dimaafkan dari dirinya perkara-perkara yang tidak dapat dimaafkan dari
diri orang lain.”
Contoh yang berkait dengan sikap ini ialah bagaimana keredhaan Allah swt terhadap para pejuang Badar, sehinggakan setiap kekhilafan mereka selepasnya telah pun diampuniNya.
Contoh yang berkait dengan sikap ini ialah bagaimana keredhaan Allah swt terhadap para pejuang Badar, sehinggakan setiap kekhilafan mereka selepasnya telah pun diampuniNya.
Begitu juga jaminan Rasulullah
saw terhadap sahabat, Utsman bin Affan apabila beliau menginfaqkan harta yang
sangat banyak :
“Tidak ada yang membahayakan Utsman apa yang diperbuatnya selepas hari ini.”
Sikap ini turut ditunjukkan oleh Aisyah terhadap Hassan bin Tsabit yang ikut menuduhnya dalam peristiwa ‘haditsul ifk’. Aisyah mengetahui perbuatannya itu adalah semata-mata kerana cintanya pada Rasulullah dan bermaksud membela Nabi saw, lalu dimaafkannya.
Begitu juga sikap Aisyah terhadap Zainab binti Jahsy; meskipun mencemburuinya, Aisyah tetap memuji perbuatan-perbuatan Zainab sesuai dengan tuntutan keimanan.
Aisyah dan Zainab adalah dua model yang seharusnya dicontohi oleh para pendakwah :
1. Pada sudut ketaqwaan dan
amalan-amalan untuk kebenaran dan taqarrub.
2. Pada sifat mudah memaafkan.
3. Pada sudut mengadili
kesilapan dengan mempertimbangkan sisi-sisi kebenaran yang lebih utama.
Said bin Al Musayyib berkata :
Said bin Al Musayyib berkata :
“Tidak ada orang mulia, orang berilmu dan orang yang berjasa kecuali
dia mempunyai 'aib (kekurangan), akan tetapi di antara orang itu, ada yang
tidak layak disebut keburukannya, kerana barangsiapa keutamaannya lebih besar
dari keburukannya, maka keburukannya itu akan terhapus oleh kebaikannya.”
Kita sepatutnya merenung kembali peringatan yang pernah diberikan oleh seorang khalifah pada zaman awal Islam kepada rakyatnya :
Kita sepatutnya merenung kembali peringatan yang pernah diberikan oleh seorang khalifah pada zaman awal Islam kepada rakyatnya :
“Wahai sekalian rakyat, berlaku adillah kamu dalam menilai kami. Kamu semua menginginkan agar kami memerintah seperti pemerintahan Abu Bakar dan Umar al-Khattab, akan tetapi sikap kamu terhadap kami tidaklah seperti sikap rakyat Abu Bakar dan Umar!”
Boleh jadi kita menginginkan prestasi dari para pemimpin yang barangkali sedang mengalami kesulitan sepertimana yang dialami oleh Abu bakar dan Umar, sedangkan kita sendiri tidak memperjuangkan dakwah sebagaimana yang diperjuangkan oleh para perajurit Abu Bakar dan Umar.
Begitulah juga dalam berdakwah, ia mesti tegak berdiri dengan syarat yang sama.
Bagaimana kita mahu mengharapkan
kejayaan yang besar sedangkan kita hanya menggunakan sisa waktu untuk berdakwah?
Salah satu sifat Nabi ialah “Fathonah”
iaitu kebijaksanaan. Jadi, amat wajar jika para pendakwah memiliki ciri-ciri
kebijaksanaan di dalam memikul dan menyampaikan risalah dakwah.
Imam Malik pernah berkata bahawasanya umat di kemudian hari hanya mampu mengislahkan diri dengan hanya kembali merujuk kepada bagaimana generasi salaf melakukannya. Kita berharap kemenangan dakwah masa kini dapat dicapai dengan cara memahami hakikat dakwah zaman kaum salaf ini.
Di antara mereka adalah Muhammad bin Sirin, seorang tabi’en di Basrah. Beliau menunjukkan kepada kita bahwasanya dakwah hanya mampu dihidupkan :

a.
Oleh orang-orang yang merdeka dan berbuat baik.
b.
Pendakwah yang mampu mengendalikan dirinya sendiri.
c.
Dengan menemani kehidupan jalan dakwah ini dengan sifat-sifa
pendakwah yang cemerlang.
MEMPERHATIKAN KEAIBAN DIRI
Di antara kebijaksanaan yang diperlukan di dalam jalan dakwah ialah keupayaan pendakwah untuk sibuk dengan keaiban dirinya sendiri dan tidak mencari kecacatan orang lain serta mahu memaafkan kekhilafan mereka. Inilah usaha menjaga lidah dari mencari cacat cela orang lain.
Usaha untuk mengira keburukan-keburukan orang lain ini boleh :

Merosakkan amal menuju Allah swt.
2.
Mengeruhkan kejernihan dan ketenangan iman.
3.
Merosakkan ukhuwah dan kasih sayang.
Bukankah kita diseru untuk
berkasih sayang sesama mukmin dan bersikap keras dengan orang kafir yang
menentang kita?
Salah satu rukun bai’ah kita ialah ‘Al-Ukhuwwah’ iaitu paling minimum adalah “Salamatus Shadr” (Kesejahteraan hati) dan yang paling tinggi ialah “Al Ithar” (Mengutamakan saudaranya).
Ibnu Sirin menamakan kesukaan melihat kesalahan orang lain ini sebagai “Istidraj” yang merupakan tipu daya syaitan. Sebaiknya apabila kita teringat akan keburukan saudara kita , maka kita kena banyakkan istighfar dan doakan saudara kita itu kerana boleh jadi itu adalah bisikan syaitan.
Bagaimanakah penyakit ini boleh muncul?

Ia muncul atas sebab-sebab
berikut :
a.
Sikap pembelaan terhadap diri sendiri dengan menganggap
muhasabah sebagai kritikan.
b.
Lalai daripada melihat kelemahan diri sendiri.
c.
Sembunyikan keutamaan orang lain dan sering mengungkap
kesalahan mereka.
Tidak sepatutnya jika kita
terima muhasabah dari orang lain terhadap kita, lantas kita mengira bahwa itu adalah
kritikan terhadap diri kita lalu kita membalasnya dengan yang negatif juga.
Oleh sebab itu, kita kena
santuni betul-betul apabila ingin beri muhasabah agar ianya tidak
disalahertikan.
Apakah ubat atau penawar kepada faktor-faktor di atas?
Apakah ubat atau penawar kepada faktor-faktor di atas?
1.
Mengingati akan pengawasan Allah iaitu “Muraqabatullah”.
2.
Nasihatilah sahabat yang lalai dengan bertaubat dan
mendiamkan keaiban serta berdoa dengan merendahkan diri.
MENJAGA TELINGA DARIPADA MENDENGAR CELAAN
Menjaga telinga daripada mendengar celaan terhadap orang lain adalah tuntutan iman. Mendengar orang yang suka mencela orang lain itu akan menyia-nyiakan waktu yang sangat mahal harganya.
MENASIHATI PEMIMPIN SECARA TERTUTUP

Ibnu Hajar Al Asqalani
menyatakan bahwa :
“Sesungguhnya memberi nasihat dengan cara tertutup adalah lebih baik
daripada secara terang-terangan di hadapan orang ramai.”
Beliau menambah lagi :
“Dan kadangkala menyampaikan nasihat secara tertutup itu wajib apabila menyatakannya
dengan cara terang-terangan akan membawa kerusakan.”
Oleh itu, menjaga keaiban orang
lain khususnya pimpinan adalah suatu yang sangat penting dan sepatutnya
jaringan syura boleh digunakan untuk memberikan kritikan-kritikan membina kepada
pimpinan kerana itulah di antara saluran paling baik untuk menjernihkan sesuatu
kekhilafan dan bukannya di depan program-program umum, namun tahap kefahaman
manusia tidak sama dan oleh yang demikian, hanya pendakwah yang bijaksana mampu
melakukannya.
JADIKAN SIFAT DIAM SEBAGAI BUDAYA
JADIKAN SIFAT DIAM SEBAGAI BUDAYA
Pada hari kiamat, Allah swt
hanya akan menanyakan kefasihan hati dan bukannya kefasihan lidah kita!
Semasa di dunia, lisan kita
mungkin lebih fasih berbicara sedangkan hati kita belum tentu ikhlas dan jujur.
Namun begitu, ini bukanlah bermakna kita perlu diam setiap masa, malah tidak
ada yg lebih indah dan lebih mulia dari ucapan nasihat yang menyuruh kepada
kebaikan apabila ia melakukan islah.
Oleh itu, masalah kurang bicara
ini sebenarnya bersifat relatif dan oleh yang demikian, seorang pendakwah
mestilah berbicara agar nasihat dan dakwah dapat disampaikan dengan bijaksana
dan penuh hikmah.
Menurut seorang tabi’en, Yunus bin Ubaid :
Menurut seorang tabi’en, Yunus bin Ubaid :
“Ada 2 perkara yg apabila keduanya baik pada seorang hamba, maka baik
pulalah seluruh amalnya, iaitu : perkara solat dan lidahnya.”
Inti kesolehan seseorang ialah apabila baiknya lidah seseorang. Dalam konteks ucapan yang baik, ianya mampu mengangkat darjat seseorang hamba kerana ianya adalah sebahagian daripada iman.
Inti kesolehan seseorang ialah apabila baiknya lidah seseorang. Dalam konteks ucapan yang baik, ianya mampu mengangkat darjat seseorang hamba kerana ianya adalah sebahagian daripada iman.
Sabda Nabi saw :
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat hendaklah ia
berbicara baik, atau (sekiranya tidak mampu) hendaklah ia diam.”
Sebagai seorang pendakwah, kita hendaklah :
Sebagai seorang pendakwah, kita hendaklah :
a.
Memperhatikan lisan dan menyayangi diri kita.
b.
Memperhatikan agar kalimah-kalimah yang keluar daripada
lidah atau pengucapan kita ialah kalimah-kalimah yang bermanfaat dan membangun.
c.
Mengelakkan ucapan yang menyakitkan.
d.
Mengelakkan dari mudah menuduh dan menuntut balas.
Nabi saw telah mendoakan kepada
Ali bin Abi Talib ra :
“Ya Allah, tunjukilah hatinya dan teguhkanlah lidahnya.”
Sesungguhnya keteguhan lidah ialah hasil dari hati yang mendapat petunjuk!
Abu Darda' ra berkata :
Sesungguhnya keteguhan lidah ialah hasil dari hati yang mendapat petunjuk!
Abu Darda' ra berkata :
“Berbuat adillah terhadap telinga dan mulutmu! kerana Allah sengaja
menciptakan bagimu 2 telinga dan 1 mulut agar kamu lebih banyak mendengar
daripada berbicara.”
Para sahabat adalah generasi jihad dan pembangun dan bukannya peruntuh!
Para pendakwah hendaklah berpegang teguh dengan prinsip menyampaikan perkara-perkara yang berguna sesama mereka, perkara-perkara yang penting dan kefahaman yang bermanfaat dalam satu ungkapan yang ringkas tapi padat kerana banyak bicara boleh membawa kepada ‘ghibah’.

Sekiranya masih ingin
menggerakkan lidahnya, maka dihadapannya ada Al-Qur’an, zikir, tasbih dan
tahmid di samping berdakwah menjelaskan Islam kepada masyarakat.
Cuba kita tengok sumbangan para sahabat di mana peribadi mereka sentiasa mendapat petunjuk dan sentiasa ingin diam namun, merekalah yang sangat produktif menghasilkan generasi yang terdidik iaitu para tabi’en.
Oleh itu, kurangilah bicara dan banyakkan amal.
MENAHAN DIRI DARI PERBANTAHAN / PERTENGKARAN

Perbantahan atau pertengkaran adalah hasil daripada sifat suka banyak berbicara.
Apabila terdapat dua orang yang saling bertengkar dalam sesuatu jamaah, di mana semua anggota yang lain ikut mendengarkannya, maka jamaah tersebut akan terjauh daripada nikmat kebaikan yang sudah mendekat.
Diisebabkan oleh perilaku
pertengkaran jugalah yang menyebabkan terangkatnya maklumat tentang masa berlakunya
‘lailatulqadr’.
Para tabi’en menyifatkan saling berbantah ini sebagai sifat jahiliyah.
Menurut Imam Al-Auza'ie, perbantahan perlu ditinggalkan kerana ia akan mengundang 5 perkara iaitu :
Menurut Imam Al-Auza'ie, perbantahan perlu ditinggalkan kerana ia akan mengundang 5 perkara iaitu :
1.
Menyesatkan hati.
2.
Menumbuhkan dendam.
3.
Mengeringkan hati.
4.
Menghapuskan sifat wara’ dalam ucapan.
5.
Menghapuskan sifat wara’ dalam perbuatan.
Semuanya ini akan membawa kepada
kerugian dan kerugian ini akan menjadi susah untuk diatasi apabila disertai dgn
sikap keras kepala dan rasa ujub.
BERPEGANG ERAT PADA KEJUJURAN DI MASA FITNAH
BERPEGANG ERAT PADA KEJUJURAN DI MASA FITNAH
Sesungguhnya tidak ada jalan
yang lebih dekat selain dari kejujuran.
Ketika Allah memberi taubat pada
Kaab bin Malik ra setelah terkena fitnah hingga tidak ikut berperang bersama
dua orang lain yang tertinggal, ia berkata :
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah swt hanyalah menyelamatkan aku
dengan kejujuran dan sesungguhnya di antara realisasi taubatku adalah bahwa aku
tidak akan berbicara selama hidupku kecuali dengan kejujuran.”
FITNAH ADALAH SISA AKHLAK JAHILIYAH
Seorang pendakwah perlu mempunyai
asas pengenalan kepada fitnah dan ciri-cirinya supaya ia mampu membezakan di
antara yang hak dan yang batil.
Justeru itu seorang pendakwah seharusnya
mengenali segala elemen keburukan dan fitnah yang berupaya untuk mengancam
dakwah agar langkah pencegahan terhadapnya dapat diambil berbekalkan
cahaya-cahaya kebijaksanaan yang disebutkan.
Inilah juga perkara yang diperingatkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab di dalam ucapannya yang masyhur dan penuh pengertian untuk dijadikan pedoman para pendakwah khususnya serta mukmin dan muslim keseluruhannya iaitu :

“Ikatan
Islam akan terlepas selembar demi selembar apabila ada orang yang hidup
dalam keislaman, namun ia tidak mengetahui jahiliyah.”
dalam keislaman, namun ia tidak mengetahui jahiliyah.”
Atas
kesedaran yang tinggi terhadap bahaya fitnah yang termasuk sebahagian dari unsur-unsur
jahiliah ini jugalah sahabat Hudzaifah bin al-Yaman sepanjang hayatnya di
samping Rasulullah saw sentiasa meminta petunjuk terhadap sifat-sifat fitnah
dan keburukan yang bakal melanda kaum mukminin serta langkah perlindungan yang mesti
diambil ketika menghadapinya.
Begitu
juga besarnya peranan pendakwah untuk menjauhi pertengkaran dan perbantahan
apatah lagi perang saudara kerana keduanya adalah suatu perbuatan maksiat dan
jahiliyah.
Mereka
mestilah mengetahui dan memahami kesemuanya, mempelajari sifat-sifatnya dan
cara mengubatinya. Jika dibiarkan, unsur-unsur inilah yang akan meleraikan
ikatan Islam satu persatu.
Antara
fitnah di dalam amal jama'ie yang mesti diketahui dan dijauhi oleh para pendakwah
ialah:
- Kejahiliyahan perselisihan.
b. Kejahiliyahan meninggalkan ketaatan kepada pemimpin.
c. Kejahiliyahan perlanggaran janji.
d. Kejahiliyahan sifat khianat.
Jika
fitnah-fitnah di atas dibiarkan :
- Ikatan dakwah ini akan hancur satu persatu.
- Para pendakwah akan berhenti satu persatu.
- Makna ukhuwah akan lenyap daripada kehidupan mereka.
MENINGGALKAN ‘NAJWA’ (BISIKAN-BISIKAN ATAU MAJLIS RAHSIA DI LUAR JAMAAH)
Umar
bin Abdul Aziz berkata :
“Setiap kelompok yang berbisik dalam
urusan agama mereka di luar jamaah mereka, maka sesungguhnya mereka tengah
membangun suatu kesesatan.”
Ia
bermula dari ‘najwa’ (bisikan-bisikan) lalu akhirnya menjadi ‘istidraj’
(tertipu dengan perbuatannya).
Di
antara tabiat ‘najwa’ adalah bahwa :
- Ia tidak boleh diubah oleh niat yang tulus.
- Ia tidak dapat membawa hasil untuk perbaikan.
- Ia tidak dapat dinyatakan sebagai hasil ijtihad yang
menepati kaidah syar’iyah.
Ini
adalah kerana suatu ijtihad tidak boleh dilakukan secara sembunyi kerana ia
sentiasa memerlukan penilaian atau ulangkaji serta perlu mendapat tanggapan
atas kebenarannya oleh ulama’ lain.
Berbagai
pengalaman sudah membuktikan kepada kita bahwa sebahagian besar perbuatan ‘najwa’
menyebabkan pembangkangan dan pelanggaran bai’ah atau janji setia.
Sesungguhnya
ia adalah langkah pertama bagi penempuh jalan fitnah.
Mereka
sama-sama mengaku menginginkan kebaikan Islam, bahkan mereka mengaku sedang
melakukan salah satu bentuk ibadah, padahal mereka tengah terbelit dengan
kesalahan.
Firman
Allah swt :
“Tidak
ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka kecuali (bisik-bisikan) orang
yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara
manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan
Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (QS An
Nisaa’ : 114)
Syed
Qutb dalam tafsir ‘Fi Zilali Qur’an’ menjelaskan ayat di atas :
“Larangan melakukan ‘najwa’
dalam Al Qur’an muncul berkali-kali. ‘Najwa’
iaitu berkumpulnya suatu kelompok umat jauh dari Jamaah Islam atau dari
kepimpinan umat Islam untuk merancang suatu perkara secara rahsia. Padahal
polisi Tarbiyah Islamiyah dan Tanzhim Islami yang dilaksanakan pada masa Nabi
saw dengan membawa permasaalahannya. Jika permasaalahan itu berupa urusan
peribadi yang tidak ingin disebarluaskan di hadapan orang ramai maka ia
menyampaikannya kepada Nabi saw secara tertutup. Jika permasaalahan itu
termasuk urusan orang ramai yang tidak menyangkut urusan peribadi orang
tersebut, maka ia menyampaikannya kepada Nabi saw secara terbuka.”
MENGAJAK HATI MEMBENCI FITNAH
Para
pendakwah yang telah mengenali fitnah dan memahami sifat-sifatnya sepatutnya
bermujahadah untuk membenci fitnah itu sepenuhnya dan tidak membenarkan hati
dikuasai olehnya sekaligus membentuk pelbagai persepsi negatif.
Akhirnya, sebaik-baik bekalan
ialah taqwa.
Marilah sama-sama kita
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dan bekerjasama serta tolong
menolong di atas jalan ketaqwaan di mana dakwah dan tarbiyah adalah merupakan
jalan menuju ketaqwaan yang cukup istimewa di sisi Allah swt.
Ya Allah, berilah petunjuk dan kefahaman
kepada kami sehingga kami dapat mengenali berbagai fitnah yang menyusup masuk
ke dalam barisan dakwah, sebab-sebabnya dan cara-cara untuk menyelamatkan diri
kami darinya kerana sesungguhnya fitnah ini amat berbahaya dan mampu mengancam
dakwah Islam sehingga dapat merencatkan perjalanannya.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS