skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 15 November 2011

Keadilan Asas Taqwa

Ditulis Oleh WAS Pada 00:41 – 0 Komen Anda
 
Tidak ada satu pun sifat yang paling diperlukan oleh seorang pemimpin melebihi “keadilan”.
 
Bagaikan sebuah bentangan layar, adil menggerakkan seluruh potensi kapal kepimpinan seseorang menuju arah yang diinginkan.
 
Tanpanya, kapal kepimpinan hanya terumbang-ambing di samudera masalah yang begitu luas.
 
Semua kita adalah pemimpin dan semua pemimpin mempunyai tanggung jawab kepimpinan.
 
Rasulullah saw bersabda :
 
“Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepimpinannya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pembantu bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
 
Begitulah Islam memberikan tunjuk ajar kepada kita untuk sentiasa membawa kehidupan ini ke tingkat yang lebih tinggi kerana kehidupan bukanlah hanya untuk menyendiri dan berusaha sendirian tanpa peduli dengan persekitaran. Kehidupan adalah tanggung jawab.
 
Salah satu tanggung jawab yang sentiasa melekat dalam jiwa seorang mukmin adalah adil.
Menegakkan keadilan adalah kewajiban setiap manusia.
 
1.      Keadilan adalah risalah sejagat yang mesti diperjuangkan oleh setiap manusia.
2.      Keadilan adalah satu-satunya jalan yang selamat menuju kebahagiaan hidup dan kedamaian.
 
Seorang yang faham akan makna keadilan pasti beriman kepada Allah dan kekafiran pula mempunyai kaitan rapat dengan kezaliman.
 
Allah swt berfirman :
 
”Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling dari padanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan sekalipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.” (QS Al-Kahfi : 57)
 
Di sinilah seorang mukmin bukan sekadar berhadapan dengan amanah dan tanggung jawab, tapi juga meletakkan tanggung jawab itu pada nilai yang tertinggi.
 
Selama jiwa kepimpinan seseorang masih hidup, sifat adil akan sentiasa menjadi bahan tukaran dengan apa pun walaupun sebagai pemimpin terhadap diri sendiri.
 
Mampukah kita adil untuk mengurus hak-hak yang ada pada diri kita?
 
Sebenarnya ketidakadilan sangat berkadar lurus dengan ketidakseimbangan diri.
 
Orang yang mudah jatuh sakit misalnya, bererti ia sedang mengalami ketidakseimbangan. Ini juga bererti wujud ketidakadilan terhadap diri kita. Boleh jadi, ada hak-hak anggota tubuh badan kita yang terabai. Ketidakadilan terhadap tubuh ini menjadi tidak seimbang lalu ketidakseimbangan ini membuatkan diri kita jatuh sakit.
 
Pendek kata, sakit adalah ungkapan tubuh badan kita bagi menuntut pemenuhan hak salah satu anggota tubuh badan dengan cara paksa.
 
Dengan meneliti secara mendalam keadilan pada diri kita, ianya akan membawa kita untuk sentiasa mengukur dan menimbang kemampuan kita untuk masuk kepada tanggungjawab yang lebih banyak lagi.
 
Kemampuan mengukur dan menimbang ini pun buah dari sifat adil diri kita juga. Jika kita lengah dalam masalah ini, kelak kita bukan hanya menzalimi diri kita sendiri, tapi juga orang lain.
 
Begitu pulalah, Allah swt menuntun kita untuk sentiasa meneliti keseimbangan. Lihatlah alam semesta yang begitu seimbang, tersusun rapi, indah dan sempurna di mana itulah bukti keadilan Allah tegak di alam semesta ini.
 
Jika alam semesta inipun tegak dalam keadaan seimbang, kenapa manusia dan segala permasalahannya yang juga sebahagian dari alam semesta ini tidak mampu tegak di atas keadilan dan keseimbangan?
 
Apakah yang salah dan silap di sini?
 
Allah swt berfirman :
 
“Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar Rahman : 5 – 13)
 
Tuntutan untuk berlaku adil akan lebih diperlukan ketika kepimpinan masuk ke dalam wilayah orang awam.
 
Nilaian-nilaian yang dihadapi makin meluas. Ia bukan hanya mesti mampu mengurus sifat adil dalam pertambahan jumlah objek, malah juga pada mutu keadilannya.
 
Boleh jadi, seseorang mampu adil terhadap objek yang banyak, tapi tidak mampu menjaga mutu keadilan ketika banyak tuntutan datang bertubi-tubi di mana ianya sebagai sebuah kemestian pada wilayah orang awam yang bersifat majmuk.
 
Kadang kala, kita terpaksa mengakui bahwa manusia memang makhluk yang unik. Sifat adil pada manusia boleh terzahir pada susunan yang bukan sahaja berbentuk siri malah juga selari.
 
Maknanya, ada manusia yang mampu adil pada diri dan keluarga namun gagal adil terhadap kepimpinan dalam masyarakat dan sebaliknya.
 
Boleh jadi juga, keunikan ini tidak berlaku pada manusia secara umum kerana biasanya, orang yang gagal berlaku adil pada diri sendiri akan sukar bersikap adil dalam kehidupan keluarga. Terlebih pula dalam masyarakat dan negara. Inilah yang berlaku kepada para pemimpin yang zalim kepada rakyatnya, pasti menyembunyikan masalah besar yang berlaku antara dirinya dan keluarganya.
 
Begitulah yang berlaku dengan pemimpin Makkah di masa Rasulullah saw, iaitu Abu Sufyan semasa jahiliyahnya. Di kemudian hari barulah terungkap dari mulut isterinya, Hindun, bahwa suaminya begitu kikir dengan wang perbelanjaan rumah sehingga acap kali Hindun mengambil wang suaminya ketika suaminya tiada di rumah. Ada masalah ketidakadilan antara Abu Sufyan dengan Hindun, isterinya.
 
Perkara inilah yang mungkin pernah dikhuatiri oleh Rasulullah saw ketika isteri-isteri beliau menuntut hak yang lebih baik. Mereka merasakan bahwa kehidupan yang diberikan oleh Rasulullah saw amat sederhana. Beliau saw khuatir kalau-kalau hanya mampu bersikap adil kepada umat, tapi tidak begitu dengan urusan rumah tangganya sendiri. Beliau saw begitu risau hingga mengurung diri beberapa hari. Akhirnya, Allah swt sendiri yang memberikan jawaban buat para isteri Nabi.
 
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, ‘Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, kemarilah, akan aku berikan kesenangan kepada kamu dan aku akan menceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu menghendaki keridhaan Allah dan Rasul-Nya serta kesenangan di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antara kamu, pahala yang besar.” (QS Al-Ahzab : 28-29)
 
Demikianlah bersihnya kepimpinan Rasulullah saw dalam menghadapi tuntutan mutu keadilan yang lebih berat dan rumit.
 
Apalagi jika kepimpinan sudah tercemar dengan kepentingan. Ini akan jauh lebih sukar di mana akan sentiasa muncul kecenderungan yang menuntun seseorang untuk berada pada satu sisi timbangan dan lengah terhadap satu sisi yang lain.
 
Boleh jadi, emosi menuntun seseorang hingga ia tidak lagi mampu berlaku adil. Kebencian terhadap sesuatu kerap membuatkan seorang pemimpin mengurangkan timbangan pada sesuatu itu.
 
Di saat itulah, bentangan layar keadilannya nampak tempang. Kapal kepimpinan pun bukan sahaja tidak sampai ke tujuan bahkan boleh tenggelam dalam samudera masalah yang terus bergelombang.
 
Keadilan adalah kata kunci yang menentukan selamat atau tidaknya manusia di muka bumi.
 
Tanpa keadilan, manusia pasti hancur. Oleh kerana itu tugas pokok manusia adalah menegakkan keadilan. Adil terhadap diri, keluarga dan masyarakatnya.
 
Allah Taala mengingatkan manusia agar tidak keluar dari prinsip keadilan kerana :
 
1.      Keluar dari prinsip keadilan adalah kezaliman dan sebaliknya
2.      Istiqamah menegakkan keadilan adalah taqwa.
 
Allah swt berfirman :
 
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Maidah : 8)
 
Keadilan akan tegak dengan kerja yang nyata dan mesti ada sinergi yang kuat untuk hamba Allah yang bertekad untuk menegakkan ajaranNya. Sinergi yang besar ini pasti memerlukan pengorbanan.
 
Sejarah mencatat bahwa tidak sedikit jiwa-jiwa suci para sahabat yang berguguran di medan pertempuran melawan kezaliman.
 
Allah swt berfirman :
 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS At Taubah : 111)
 
Terasa perasaan yang cukup mendalam apabila kita renungkan bahwa setiap perjuangan menegakkan keadilan pasti memerlukan pengorbanan dan bahwa untuk mencapai syurga, tidak mungkin dengan hanya berkhayal, melainkan mesti bergerak dengan penuh pengorbanan samada harta mahupun jiwa.
 
Ingatlah bahwa sesungguhnya syaitan tidak pernah istirehat dalam usaha untuk menumbangkan prinsip keadilan.
 
Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin-pemimpin yang adil terhadap diri kami sendiri dan orang-orang yang berada di bawah pimpinan kami. Kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa dapat menegakkan keadilan di mana dan dalam situasi macamana sekalipun kerana sesungguhnya menegakkan keadilan itu amat dekat dengan taqwa.
 
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Fikrah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger