skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Thursday, 24 November 2011

Bekalan Pemikul Dakwah

Ditulis Oleh WAS Pada 02:13 – 0 Komen Anda
 
Dakwah Islamiyah adalah usaha atau gerakan ke arah perbaikan dan perubahan.

Perbaikan dan perubahan dari :

1.      Jahiliyah kepada Islam.
2.      Syirik kepada tauhid.
3.      Penyembahan makhluk kepada penyembahan Al Khaliq.
4.      Orientasi dunia kepada orientasi akhirat.
5.      Kezaliman Thaghut  kepada keadilan Islam.
6.      Hukum nenek moyang buatan manusia kepada syariat Allah.
7.      Perilaku tercela kepada perilaku terpuji.

Dengan makna sedemikian, Dakwah Islamiyah juga merupakan Gerakan Penegakan Agama iaitu sebuah proses menyeluruh yang berusaha untuk berlakunya perubahan dan peralihan struktur :

a.       Ideologi.
b.      Budaya.
c.       Kekuasaan.

dalam sebuah masyarakat.

Ini sesuai dengan apa yang termaktub di dalam Al Qur’an :

“…supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah” (QS Al-Anfal : 39)

Tentu sahaja perkara ini bukan suatu perkara yang mudah kerana :

1.      Begitu banyak waktu dan tenaga yang akan digunakan.
2.      Begitu panjang dan sukarnya jalan yang mesti ditempuhi.

Oleh kerana itu, para pemikul dakwah wajib menyiapkan bekalan yang mencukupi dalam  perjalanan ini.

Di antara bekalan yang perlu dipersiapkan adalah :

1. ‘Al Fahmu’ - Meningkatkan Ilmu Dan Kefahaman

Bekalan utama para pemikul dakwah adalah ilmu dan kefahaman.

Syeikh Muhammad Abdullah Al-Khatib dan Syeikh Muhammad Abdul Halim Hamid dalam kitab mereka “Pandangan semula terhadap Risalah Ta’lim” menyatakan :

“Kefahaman yang benar dapat membantu :

a.      Mewujudkan amal yang benar.
b.      Menerapkannya secara tepat.
c.       Memelihara pemiliknya dari kegelinciran.”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata :

“Barangsiapa yang beramal tanpa berdasarkan ilmu, maka unsur  merusaknya lebih banyak daripada maslahatnya.”

Seseorang yang ikhlas dalam beramal namun tidak memiliki kefahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya boleh tersasar dan tersesat jauh dari jalan kebenaran.

2. ‘Al Ikhlas’ - Menerapkan Keikhlasan

Selain ilmu dan kefahaman, bekalan lain yang mesti dipersiapkan oleh para pemikul dakwah adalah keikhlasan.

Setiap pendakwah mestilah menerapkan keikhlasan sehingga amalnya tidak dicampuri oleh keinginan-keinginan jiwa yang bersifat sementara seperti :

a.       Menginginkan keuntungan material.
b.      Meraih kedudukan.
c.       Memburu harta.
d.      Membina Kemasyhuran.
e.       Mendapatkan tempat di hati manusia.
f.       Mengharapkan pujian dari manusia.
g.      Menghindari celaan manusia.
h.      Mengikuti bisikan nafsu.
i.        Mengejar cita-cita peribadi.

Semua keinginan-keinginan tersebut, apabila dipadukan dalam satu kalimat adalah melakukan amal untuk selain Allah, walau apa pun bentuknya.

Para pemikul dakwah hendaknya mengorientasikan perkataan, perbuatan, dan jihadnya hanya kepada Allah dan mengharap keridhaanNya tanpa memperhatikan keuntungan material, prestasi, jawatan mahupun gelaran.

Dengan yang demikian, ia menjadi :

‘Tentera Aqidah’

bukan

‘Tentera Kepentingan’

yang hanya mencari kemanfaatan dunia.

Firman Allah swt :

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).” (QS Al An’am : 162-163)

3. ‘Al Amal’ - Stamina Amal

Adalah mustahil suatu Peradaban Islam akan dapat diwujudkan dengan amal yang

a.       Tidak berperaturan.
b.      Tumbuh meliar.
c.       Hanya berdasarkan reaksi terhadap persekitaran.
d.      Bersifat sementara.
e.       Bersifat tempelan.
f.       Sekadar slogan dan propaganda kosong.

Oleh kerana itu, para pemikul dakwah wajib membekalkan diri mereka dengan stamina amal yang kuat kerana mereka akan melakukan amal secara berterusan tanpa rasa penat lelah dan  membosankan.

Ingatlah, sesungguhnya tiada tempat sedikitpun bagi orang-orang yang malas dan berpeluk tubuh dalam barisan dakwah.

“Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan rasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan (QS At Taubah : 105)

4. ‘Al Jihad’ - Ruh Jihad

Tanpa jihad, dakwah tidak akan pernah hidup.

Urutan jihad yang pertama yang dituntut dari para pemikul dakwah adalah pengingkaran hati terhadap kemaksiatan kepada Allah dan puncaknya adalah berperang di jalan Allah swt.

Di antara keduanya ada jihad dengan :

a.       Lisan.
b.      Pena.
c.       Tangan.
d.      Kata-kata yang benar di hadapan penguasa yang zalim.

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.” (QS Al-Hajj : 78)

Ibnu Abbas ra berkata tentang pengertian jihad :

“Jihad adalah menggunakan segala potensi dalam membela agama Allah dan tidak takut celaan orang yang mencela dalam melaksanakan agama Allah.”

Muqatil berkata :

“Jihad adalah bekerja untuk Allah dengan sebenar-benar kerja, dan beribadah dengan sebenar-benar ibadah.”

Abdullah Bin Mubarak berkata :

“Jihad adalah mujahadah terhadap jiwa dan hawa nafsu.”

Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthi berkata :

“Jihad adalah mencurahkan potensi dalam rangka meninggikan kalimat Allah dan membentuk masyarakat muslim. Sedangkan mencurahkan tenaga dengan melakukan perang adalah salah satu jenis dari jihad. Tujuan jihad adalah membentuk masyarakat yang Islami, dan membentuk Negara Islam yang benar.”

5. ‘At Tadhiyah’ - Semangat Pengorbanan

‘At-Tadhiyah’ adalah mengorbankan :

a.       Jiwa.
b.      Harta.
c.       Waktu.
d.      Kehidupan.

malah segala-galanya demi mencapai tujuan.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (QS At-Taubah : 111)

Marilah kita teladani Abu Bakar ra yang rela mengorbankan seluruh hartanya pada masa peperangan Tabuk.

Begitu pula Shuhaib Ar-Rumi rela melepaskan apa yang dimiliki ke tangan kaum musyrikin untuk membela agama Allah lalu berhijrah dari Makkah ke Madinah.

“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (QS Al Baqarah : 207)

6. ‘At Tha’ah’ -Taat Kepada Kepimpinan

Amal Harakah Islamiyah adalah amal jama’ie dan oleh kerana itu ada ‘jundi’ (pengikut) dan ada ‘qiyadah’ (kepimpinan).

Kedua-duanya terikat dalam perjuangan yang berlandaskan kesamaan :

a.       Visi.
b.      Misi.
c.       Program.
d.      Gerakerja.

Sikap taat kerana Allah kepada kepimpinan adalah kemestian dalam sebuah amal jama’ie.

Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi jika program dan tugas dakwah yang telah dirancangkan diterima oleh :

a.       Telinga yang tidak mampu mendengar?
b.      Semangat yang redup dan lembap?
c.       Hati yang berkecenderungan untuk membantah?
d.      Jiwa yang merasa sombong?

Tentu sahaja :

1.      Projek-projek besar akan menjadi mandul seketika.
2.      Amal-amal mulia akan mengalami kelumpuhan.
3.      Wawasan dan matlamat akan terkubur.

tanpa ada seorang pun yang meratapinya.

Kita tentunya tahu pelajaran agung yang dapat diambil dalam peperangan Uhud, bagaimana Rasulullah saw memerintahkan para pemanah untuk tidak meninggalkan posisi mereka walau apa pun yang terjadi.

Namun, tatkala mereka melihat kemenangan seolah-olah telah berpihak pada kaum muslimin, mereka turun meninggalkan posisi mereka dan melanggar perintah Rasulullah saw.

Akhirnya berlaku serangan kedua dari pihak musyrikin yang menyebabkan 70 orang muslimin syahid.
Pelajaran ini menegaskan tentang wajibnya ketaatan.

Oleh kerana itu, para pemikul dakwah mesti sentiasa bersiap sedia melaksanakan perintah kepimpinan dan merealisasikan dengan segera, samada :

a.       Dalam keadaan sulit mahupun mudah.
b.      Di saat bersemangat mahupun malas.

7. ‘At Tsabat’ - Sentiasa Teguh

‘At Tsabat’ ertinya teguh beramal sebagai mujahid dalam memperjuangkan tujuannya walaupun :

a.       Jauh jangkauannya.
b.      Lama waktunya.

Seorang pemikul dakwah hendaknya tetap dalam keadaan seperti itu sampai bertemu Allah swt sehingga ia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan iaitu :

a.       Hidup mulia.
b.      Mati syahid.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya).” (QS Al-Ahzab : 23)

8. ‘At Tajarrud’ – Memiliki Kebulatan Tekad

‘At Tajarrud’ ertinya penumpuan secara keseluruhan atau bersungguh-sungguh pada suatu urusan.

Di antara tanda-tanda sikap ‘tajarrud’ yang mesti dimiliki oleh para pemikul dakwah adalah :

Pertama : Mampu menzahirkan sikap terhadap manusia atau segala sesuatu dengan timbangan dakwah.

Apakah ia

a.       Berhak mendapatkan kesetiaan.

atau

b.      Berhak mendapatkan permusuhan.

“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah sahaja.” (QS Al Mumtahanah : 4)

Kedua : Tidak merasa berat mempersembahkan jiwa di jalan Allah swt dan mengatur segala urusannya serta seluruh kehidupannya selari dengan hukum-hukum dan perintah-perintah Allah swt.

Para pemikul dakwah seharusnya mampu menegakkan ‘al-haq’ di dalam jiwa, nurani dan kehidupan mereka dalam bentuk :

a.       Aqidah.
b.      Akhlak.
c.       Ibadah.
d.      Perilaku sehari-hari.

Hasan Al Hudhaibi pernah berkata :

“Tegakkanlah Islam di dalam hatimu, tentu ia akan tegak di bumimu.”

9. ‘Al Ukhuwah’ - Menjaga Persaudaraan

Ukhuwah adalah kekuatan iman yang menumbuhkan perasaan :

a.       Simpati.
b.      Emosi yang tulus.
c.       Kecintaan.
d.      Kasih sayang.
e.       Penghargaan.
f.       Penghormatan.
g.      Saling percaya.

antara orang-orang yang terikat dengan akidah tauhid dan manhaj Islam.

Ukhuwah mampu menumbuhkan sikap :

a.       Saling tolong menolong.
b.      Saling mengutamakan orang lain.
c.       Saling mengasihi.
d.      Saling memaafkan.
e.       Saling berlapang dada.
f.       Saling menanggung.
g.      Saling mengukuhkan.

Tingkatan ukhuwah yang paling rendah adalah ‘salamatush shadr’ (bersihnya hati dari buruk sangka) dan yang tertinggi adalah ‘itsar’ (mengutamakan orang lain).

Seandainya para pemikul dakwah mengalami penurunan dari tingkatan ukhuwah yang paling rendah iaitu ‘salamatush shadr’, maka :

a.       Perpecahan akan muncul.
b.      Pertentangan akan semakin meluas.

di mana akhirnya ia akan menghantarkan Jama’ah Dakwah kepada kekalahan dan kehancuran.

“Taatlah kepada Allah dan rasulNya, janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS Al-Anfal : 46)

10. ‘At Tsiqah’ - Memiliki Kepercayaan

Bekalan terakhir yang mesti dipersiapkan oleh para pemikul dakwah adalah ‘tsiqah’, iaitu rasa puasnya seorang ‘jundi’ (pengikut) terhadap ‘qiyadah’ (kepimpinan) nya dalam hal kemampuan dan keikhlasannya dengan kepuasan mendalam yang menumbuhkan :

a.       Rasa cinta.
b.      Penghargaan.
c.       Penghormatan.
d.      Ketaatan.

Para pendukung dakwah hendaknya sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap musuh-musuh  yang sentiasa berusaha menimbulkan perselisihan dalaman demi memenangkan pertarungan melawan ‘al-haq’.

Oleh yang demikian, para  pemikul dakwah mesti menjaga dan memperkukuhkan kepercayaan dan keyakinannya kepada pemimpin mereka agar dakwah akan terus berjalan hingga mencapai tujuan dan matlamatnya.

Akhirnya marilah kita meneliti pesanan Syeikh Mustafa Masyhur dalam kitabnya “Bekalan Di Atas Jalan Dakwah” berkenaan kepentingan menyediakan bekalan bagi para pendakwah :

“Bekalan di perjalanan dakwah dapat menjadikan pemiliknya sebagai pendokong pendakwah contoh yang :

1.      Memahami agamanya dengan sebenarnya dan menyeluruh.
2.      Jauh dari kekeliruan atau penyimpangan.
3.      Menyedari kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Islam untuknya.
4.      Mengikhlaskan seluruh amal yang dilakukan hanya kepada Allah dan mencari redhaNya.
5.      Memahami tahap-tahap amal, sasaran dan saranannya serta tidak menyalahinya.
6.      Meyakini bahawa jihad adalah jalan yang di tempuh oleh para pendokong dakwah.

Untuk tujuan tersebut :

a.       Persiapkanlah dirimu untuknya.
b.      Korbankanlah segala yang dimiliki untuk perjuangan fisabilillah.
c.       Perihatinlah terhadap saudara-saudaramu yang sama-sama dalam satu barisan di mana darjatnya yang paling rendah “Salamatus Sadr” iaitu (Kosongkan dada dari segala perasaan tidak senang terhadap mereka) dan puncaknya adalah “Ithar” (Mengutamakan mereka melebihi dari keperluan diri kamu).
d.      Tetaplah pada kebenaran dan dalam berjihad untuk mencapai tujuan tersebut meskipun jalannya panjang dan memerlukan waktu yang lama hingga engkau bertemu Allah dalam keadaan seperti itu.
e.       Tulus pada dakwah serta jamaahnya.
f.       Terbebas dari prinsip selainnya dan dari berbagai peribadi atau tokoh.
g.      ‘Thiqah’ (percaya) pada Tuhannya, dakwahnya, jamaahnya dan pemimpinnya dengan kepercayaan yang tidak bercampur dengan kebimbangan dan keraguan.
h.      Iltizam dengan segala perintah selama mana tidak melakukan maksiat dan melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai pendukung dakwah dengan tulus dan jujur.”

Ya Allah, sesungguhnya kami memahami bahwa Dakwah Islamiyah adalah usaha yang dipenuhi oleh banyak ranjau dan duri serta memakan masa yang panjang. Oleh itu kami memohon supaya Engkau meneguhkan kaki kami di atas jalan ini dengan mengambil bekalan-bekalan yang penting supaya kami tetap teguh melaksanakan tanggungjawab ini dengan mengharapkan ganjaran yang besar di akhirat nanti tanpa bergantung kepada  hasil nyata di dunia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS    
Labels: Dakwah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger