skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 15 November 2011

Memahami Penggerak Impian

Ditulis Oleh WAS Pada 02:46 – 0 Komen Anda
 
Di sini, di belantara kehidupan ini, kita memerlukan tenaga besar, tenaga yang cukup untuk terus mengejar impian kita, namun adalah tidak mudah untuk memelihara sebuah impian.

Tidak jarang pula impian yang kita sudah canang dan mantapkan akhirnya berguguran di tengah jalan.
Macam-macam penyebabnya di antaranya :
  1. Pergaulan.
  2. Jalur pendidikan.
  3. Tekanan sosial.
  4. Lingkungan.
Yang jelas, perjalanan waktu akan sentiasa menjadi  batu ujian bagi ketahanan sebuah impian.
Sebuah impian mulia mestilah didorong dan dikawal oleh tenaga (‘azimah) lebih agar apa yang kita harapkan akan tercapai secara maksima.

PERTAMA : MENETAPKAN TUJUAN AKHIR
Setiap kita hendaknya sentiasa menggantungkan impian setinggi-tingginya. Inilah yang kita maksudkan dengan tujuan akhir kerana segala sesuatu itu bermula dari sini.
Apa yang kita angankan atau tepatnya apa yang kita impikan itulah yang akan menuntun langkah-langkah kita. Jika sesuatu yang kita impikan itu mulia, maka langkah kita juga akan mulia kerana sepak terajang kita adalah gambaran dari apa yang kita fikirkan.
Lihatlah sahabat yang mulia Abdullah bin Umar ketika beliau duduk bersama beberapa orang tabi’in di serambi ka’bah. Beliau mengajak semua orang agar menyebutkan impian mereka masing-masing. Setelah semuanya bertutur, beliau lalu berkata :
”Ana uridul jannah (saya mahu syurga) !”.
Sebahagian orang mungkin berpendapat bahwa hidup ini tidak memerlukan impian besar, apalagi mimpi.
Alasannya mudah bahwa seringkali impian yang tinggi itu kalau tidak tercapai akan menimbulkan kekecewaan yang menyakitkan. Namun, cara pandang seperti itu tidak sepenuhnya benar.
Kegagalan mungkin menyakitkan kerana menuai hasil tidak seperti yang diharapkan memang pahit tapi mereka yang memilih laluan aman atau mereka yang ingin berjaya  dengan menjauhi tentangan sesungguhnya tidak berjalan di jalan kehidupan yang wajar.
Lihatlah kehidupan orang-orang besar dalam sejarah ummat kita, kebesaran mereka dikenali justeru kerana mereka melalui cobaan yang berat sebelum meraih hasil yang gilang gemilang. Ini disebabkan dinamik kehidupan ini ada pada pusaran pertarungan manusia dengan masalah yang mereka hadapi.
Oleh yang demikian, bercita-citalah dan bersiaplah bagi menghadapi tentangan dan rintangan serta perlu sekali difahamkan bahwa tidak ada kemuliaan bagi mereka yang tidak memiliki impian!

KEDUA : RAIHLAH IMPIAN ITU SESUAI DENGAN YANG KITA SUKAI
Setiap impian haruslah dikejar dengan setiap pengorbanan dalam waktu yang tidak sebentar.
Tidak ada kemuliaan yang boleh kita raih dengan percuma. Hidup mengajarkan kepada kita bahwa apa yang diraih dengan mudah justeru akan mudah pula lenyapnya.
Impian kita mungkin istimewa, tapi bagi orang lain biasa-biasa sahaja sebaliknya impian orang lain bagi mereka istimewa, tapi bagi kita ia biasa-biasa sahaja. Semuanya kembali pada kadar pemaknaan kita tentang impian itu.
Maka, keyakinan dan perasaan bahwa pilihan impian yang kita jadikan sebagai tujuan itu terasa begitu istimewa akan memberikan kita kekuatan yang luar biasa.
Rasa suka di sini tidak bererti kita menikmati sepuas-puasnya, tapi bagaimana kita memadukan antara impian dengan kepuasan jiwa kita.
Oleh kerana itu, pertemuan antara minat dan impian akan melahirkan :
  1. Ledakan kehendak.
  2. Persiapan kerja yang luar biasa.
  3. Roh kerja yang sangat bertenaga.
Allah swt berfirman :
”Setiap orang beramal sesuai dengan kemampuannya”.
Inilah dia Rabi’ah Ka’ab al-Aslami ketika diperintahkan oleh Rasulullah saw untuk meminta kepada baginda.
Maka Rabi’ah berkata :
”Aku ingin menemani Engkau  di syurga!”. 
Sahabat  Rabi’ah yang memiliki banyak keterbatasan memilih cara yang paling ia mampu iaitu dengan menemani Rasulullah saw dan melayani keperluan malam baginda dengan menyediakan air wudhu’ dan dari sanalah kesempatan emas itu muncul iaitu kesempatan untuk bersama baginda di syurga.

KETIGA : BERGURULAH
Kalau kita sudah termasuk dalam barisan orang-orang yang memiliki impian besar maka, carilah orang yang kira-kira  boleh menghantarkan kita ke pulau impian.
Dengan kata lain bergurulah...!
Ini adalah kerana seorang guru akan menerbangkan kita ke negeri harapan.
Guru tidak hanya berfungsi untuk memindahkan ilmu kepada muridnya semata-mata tapi juga berkewajiban :
  1. Memberi ‘taujih’ (arahan).
  2. Membimbing.
  3. Menyuntikkan motivasi.
  4. Memperbaharui semangat.
Inilah yang dizahirkan oleh Imam Ibnu al-Qayyim dengan teman-teman beliau yang berkata di saat-saat genting :
”Kami dulu kalau merasakan perasaan takut yang amat sangat, maka kami pergi ke Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, maka ketika kami melihat wajahnya saat itu juga rasa takut kami hilang”.
Beginilah seharusnya pemilik impian, iaitu sentiasa memerlukan pada sosok seorang guru.
  1. Di saat jiwa melemah, sang guru datang untuk menguatkan.
  2. Di saat motivasi mengendor, sang guru datang mengukuhkan.
Setelah itu jiwa sang muridpun menjadi segar kembali!
Jika kita membuka lembaran hidup orang-orang besar sepanjang sejarah Islam, maka kita akan mendapati mereka pasti memiliki seorang guru.
Lihatlah para sahabat, radliallahu ’anhum, guru mereka adalah Rasulullah saw. Para tabi’in  berguru kepada para sahabat dan generasi sesudahnya berguru kepada para tabi’in.
Para ulama’ kita, sebelum mereka beguru kepada orang lain mereka terlebih dahulu mendapatkan ilmu sekaligus bimbingan dari orang tua mereka. Setelah itu, baru mereka berguru pada orang lain. 
Itulah sebabnya, meskipun mereka kebanyakannya tidak belajar dan berguru secara formal seperti sekarang, tetapi mereka bagaikan bintang kejora yang menghiasi langit zamannya.
Oleh yang demikian, bergurulah...! atau lebih tepatnya Carilah Murabbi...!

KEEMPAT : SOKONG IMPIAN DENGAN KEKUATAN
Sebuah impian besar memerlukan kekuatan yang berterusan seumpama bahan bakar bagi sebuah kenderaan.
Sebuah kenderaan, meskipun model yang terkini di samping mempunyai pemandu yang hebat tidak akan bergerak tanpa bahan bakar. Maka di sinilah, impian besar  memerlukan penyokong sekaligus penggeraknya iaitu KEKUATAN...!
Mungkin tidak ramai orang yang terkumpul pada dirinya dua tiang sekaligus iaitu impian dan kekuatan.
Di antara orang-orang baik yang kebiasaan jumlahnya sedikit, tidak banyak di antara mereka yang mempunyai kekuatan diri.
Akibatnya ia cepat goyah dalam menghadapi cobaan dan ujian sehingga cita-cita hanya hebat pada ucapan di bibirnya sahaja.
Begitu juga sebaliknya, ada ramai orang yang kuat fizikalnya, tapi sayang, miskin kebaikan dan buruk perangainya. Inilah kenyataan yang sering kita saksikan.
Jadi, alangkah sedikitnya orang yang berpadu pada dirinya dua perangai sekaligus iaitu kuat dan baik.
Maka, tepat sekali apa yang dikatakan oleh salah seorang putri Nabi Syu’aib melalui firman Allah swt :
”Sesungguhnya orang paling baik yang kau sewa (untuk bekerja pada kita) ialah yang kuat lagi dapat dipercayai”. (QS Al-Qashash : 26)
Lemah dan kurang semangat adalah sesuatu yang menjadi pantang kepada pemilik impian agung kerana tidak ada yang mampu diraih dengan kelemahan dan kelesuan.
Itulah sebabnya Islam mewajibkan kita menjadi orang yang kuat.
Rasulullah saw bersabda :
“Lobalah kamu terhadap apa sahaja yang memberi manfaat kepada kamu, minta tolonglah pada Allah dan janganlah bersikap lemah”.
Oleh yang demikian, latihlah diri kita untuk mengejar impian yang telah kita canangkan.
  1. Katakan kepada jiwa kita bahwa ia mesti memacu terus menerus.
  2. Katakan kepada jiwa selalu bahwa pemberhentian itu bukan di sini.
  3. Katakan kepada jiwa sentiasa bahwa istirehat dan santai bukannya di sini tapi di sana iaitu di syurga...!
Ya Allah, padukanlah impian kami dengan kekuatan supaya ianya lebih bertenaga sehingga kami mampu untuk mencapainya. Jauhkanlah sikap lemah, malas dan suka bersantai dalam jiwa kami kerana ianya penyebab yang akan menyekat kami dari mengejar impian kami yang kami canangkan.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS  
Labels: Fikrah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Kepentingan Intima' Jamai'e
    Sebuah Jamaah yang berjuang untuk : 1.       Mengembalikan manusia pada penghambaan kepada Allah swt semata-mata. 2.       Mengemba...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Pendakwah Bukan Penghukum
    Islam adalah agama yang sempurna yang menekankan konsep keseimbangan. Namun ada dua perkara yang menafikan sesuatu keseimbangan iaitu : ...
  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger