skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Monday, 14 November 2011

Muraqabatullah

Ditulis Oleh WAS Pada 07:12 – 0 Komen Anda
 


Merasa diawasi Allah akan menjauhkan kita dari kesepian.
Sebaliknya, kita akan sentiasa :
  1. Bahagia.
  2. Dimudahkan.
  3. Dilapangkan.
bila sentiasa bersama Allah swt.

‘Ar-Raqiib’ adalah nama Allah yang terdapat dalam Asma'ul Husna.
Perkataan ‘Ar-Raqiib’ yang akar katanya terdiri dari tiga huruf iaitu ra', qaf dan ba'memiliki makna asas iaitu ‘tampil tegak lurus untuk memelihara sesuatu’.
Seorang pengawas dinamakan Raqiib kerana ia tampil memerhatikan dan mengawasi untuk memelihara orang-orang yang diawasinya.

Merujuk kepada kata akar ‘Ar-Raqiib’, maka kepengawasan Allah tidak bertujuan untuk mencari-cari kesalahan makhlukNya seperti yang dilakukan oleh para agen perisik misalnya.
Bahkan, kepengawasanNya dimaksudkan untuk :
  1. Mengarahkan.
  2. Membimbing.
  3. Memelihara.
agar hambaNya tidak terjerumus ke arah kesesatan.

Apakah  bukti kenyataan di atas?
Ketika terdetik niat buruk dalam hati kita, maka niat tersebut tidak langsung dicatat oleh malaikat sebelum dilaksanakan dalam bentuk tindakan.
Sebaliknya, sebuah niat yang baik, walaupun belum dilaksanakan, sudah mendapat satu pahala.
Ketika dilaksanakan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau lebih.

Boleh jadi kita ingin berbuat maksiat. Namun kerana kasih sayangNya, Allah swt menggagalkannya. Banyak jalan dan cara bagi Allah untuk menggagalkan niat buruk kita.
Senario 1 :
Ada sesetengah manusia yang mahu keluar bersama teman wanitanya tapi tiba-tiba kenderaannya rosak.
Senario 2 :
Ada sesetengah pula yang ingin berjudi, tiba-tiba wang dalam dompetnya hilang dicuri orang.
Semua contoh-contoh di atas bukanlah kerana kebetulan bahkan ianya berlaku kerana Allah berkehendak melindungi kita dari maksiat.

Allah Maha Tahu isi hati dan fikiran manusia. Allah Maha Tahu segala risiko dari apa yang kita cita-citakan.
Mungkin ia baik menurut pandangan kita tapi belum tentu baik di sisi Allah.

Bagaimanakah kita perlu bersikap dengan sifat ‘Ar Raqiib’ ini?

PERTAMA : BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.
Perbanyakkanlah zikrullah di samping ucapan dalam hati kita ;
  1. Allah menatapku.
  2. Allah melihatku.
  3. Allah mengawasi.
  4. Allah mendengarkanku.
Semakin kita merasa diawasi, semakin diri kita terpelihara.

Merasa diawasiNya mestilah lengkap meliputi hati dan pancaindera. Boleh juga kita amalkan
wirid Ar-Raqiib, Ar-Raqiib misalnya.

KEDUA : MULAI AWASI DIRI KITA.
Apa yang mesti kita awasi?

1. Suasana hati.

Setiap amal bergantung pada niat. Sehebat apa pun amal, kalau niatnya tidak lurus tidak akan bererti.
  1. Betulkan niat kita bekerja untuk mencari ridha Allah kerana menurut Saiyidina Ali ra, orang yang bekerja hanya untuk perut, maka darjatnya tidak jauh berbeza dengan yang keluar dari perut tersebut.
  2. Betulkan niat melayani suami atau isteri untuk ibadah, jangan sekadar ingin menyenangkan hati pasangan semata-mata.
Segala-galanya mesti ikhlas kerana Allah.
Jaga dan awasi niat kita samada :
  1. Di awal.
  2. Di tengah.
  3. Di akhir.
Belajarlah berhenti sejenak untuk berfikir sebelum bertindak.

2. Pancaindera.

a. Awasi lisan kita. Sesiapa pun yang pandai menjaga lisannya pasti akan selamat dunia dan akhirat.
Ucapan kita mesti ada ciri-ciri Benar, Manfaat, Tidak Menyakiti, Tenang, Sopan, Fasih, Akur, Lembut dan Secukupnya.
  1. Jangan melakukan tindakan yang boleh merosakkan suasana sekeliling.
  2. Jangan berbual-bual yang boleh membuatkan suasana tidak enak.
b. Awasi pula setiap jelingan mata kerana mata akan mempengaruhi suasana hati. Jika mata tidak terkendali, hati juga akan turut merasai kesannya.

c. Awasi pendengaran kita. Berjuanglah agar telinga tidak dimasuki kata- kata yang kotor, mengumpat, musik-musik maksiat dan sejenisnya.
Sebagaimana mata, pendengaran yang tidak terjaga adalah berpotensi untuk mengotori hati dan merampas kebahagiaan.

3. Perut dan anggota badan lainnya.
Awasi jangan sampai kita menggunakan dan memakan barangan yang haram.


Kalau membeli makanan pastikan kehalalan atau keharamannya. Jika hendak makan di
restoran, lihat apa jenis restorannya. Cuba hindarkan diri dari perkara yang boleh membawa kepada pembaziran.

Awasilah semua yang ada pada diri kita termasuk fikiran kita kerana dengan cara ini insyaAllah hidup kita akan lebih terkawal.
Adalah suatu yang sungguh luar biasa apabila Allah swt  mengawasi kita dan kita pun turut mengawasi diri kita sendiri dan inilah sebenarnya salah satu dari ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk merasai bahwa Engkau sentiasa mengawasi setiap apa yang berlaku kepada diri kami termasuklah niat-niat yang halus yang tidak diketahui oleh manusia tetapi diperhatikan dengan teliti olehMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Aqidah Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Apabila Hijab Terbuka
    Terbukanya hijab  (sekatan pembatas)  antara kita dengan Allah adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, s...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Kualiti Sebenar Rijalud Dakwah
    Rijalud dakwah adalah seseorang yang telah di tarbiyah secara intensif sehingga memiliki persediaan untuk berjuang dan berkorban di jal...
  • Surah Yang Menjadi Pembela
    Allah swt telah menurunkan kepada kita Al Qur’an sebagai : a.        Cahaya. b.       Rahmat. c.        Ubat dari penyakit hati dan...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger