skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 15 November 2011

Meneliti Hakikat Kritikan

Ditulis Oleh WAS Pada 00:38 – 0 Komen Anda
 
Kita akan mendapati begitu banyak keuntungan dengan menumbuhkan sikap kritikal secara merata sebagai sebuah budaya dalam kehidupan berorganisasi dan tidak terkecuali organisasi dakwah.
Asasnya adalah bahwa manusia secara individu menyimpan kelemahan bawaan, dan oleh yang demikian ia secara terus menerus memerlukan pengawalan, pengendalian dan perbaikan yang berterusan.
Jamaah dakwah juga memerlukan pengawalan, pengendalian dan perbaikan yang berterusan ke atas dirinya sendiri.
Oleh kerana ia juga komuniti manusia, bukan komuniti malaikat, maka dengan yang demikian, kelemahan-kelemahan bawaan yang ada pada manusia juga wujud pada jamaah dakwah.
Proses pembelajaran kita sebagai manusia, sebahagiannya terbentuk melalui interaksi dalam masyarakat; di mana berlakunya :
  1. Penerimaan dan penolakan.
  2. Pujian dan kritikan.
  3. Aksi dan reaksi.
Maka hasil dari keadaan di atas, timbulnya sifat kontra antara :
  1. Suka dan tidak suka.
  2. Cinta dan benci.
  3. Sedih dan gembira.
  4. Marah dan damai.
  5. Kecewa dan bahagia.
Dalam pergeseran itu, manusia mengalami perubahan-perubahan dalaman dalam :
  1. Fikirannya.
  2. Perasaannya.
  3. Perilakunya.
Itulah sebabnya mengapa sikap kritikal dan budaya introspeksi menjadi instrumen penting dalam proses penyempurnaan kehidupan organisasi atau kehidupan berjamaah.
Itulah juga sebabnya mengapa Umar bin Al Khattab mengucapkan terima kasih kepada siapa pun yang menghadiahkan "aibnya" kepadanya kerana itu merupakan proses penyempurnaan diri.
Seorang penyair Arab, Al–Mutanabbi  berkata :
“Orang yang sempurna adalah orang yang ‘aibnya dapat dihitung’"
Namun, tidak sedikit ‘syubhah’ yang melekat dalam proses implementasi sikap kritikal tersebut, terutama dalam situasi di mana sikap kritikal bertemu dengan suasana keterbukaan dan kebebasaan menyampaikan pendapat.
Akibatnya adalah bahwa keuntungan yang sepatutnya kita perolehi dari sikap kritikal tersebut akan berubah menjadi satu masalah baru.
PERTAMA : Apabila sikap kritikal itu bersumber dari kebencian, bukan dari semangat saling memperbaiki.
Kebencian sentiasa membuatkan seseorang menjadi kritikal, bahkan sangat kritikal terhadap orang yang dibencinya.
Sebaliknya, cinta membuatkan seseorang jadi longgar dan mudah memaafkan orang yang dicintainya.
Benci dan cinta sentiasa menyukarkan kita "menilai" dan "meneliti" seseorang atau suatu masalah secara objektif dan adil.
Itulah sebabnya mengapa Rasulullah saw sentiasa berdoa agar diberikan kemampuan bersikap adil ketika sedang suka dan ketika sedang benci.
Sikap kritikal yang lahir dari kebencian hanya akan mendapatkan :
  1. Sambutan kebencian yang sama.
  2. Penolakan.
  3. Reaksi yang dingin.
Hanya orang mempunyai kelapangan dada yang "tidak terbatas" yang dapat menerima kritikan dari kebencian itu.
KEDUA : Apabila sikap kritikal itu lahir dari keinginan untuk berbeza dengan orang lain dan dijadikan wasilah untuk memperjelaskan identiti diri sendiri.
Itulah ungkapan yang sangat terkenal dalam pepatah Arab :
"Berbezalah, supaya kamu dikenali."
Menjadi kritikal kadang-kadang merupakan cita rasa seseorang dan ramai orang membangun cita rasa dirinya atau bahkan kemasyhurannya dari sikap seperti itu.
Mereka mungkin menggunakan kesalahan orang lain sebagai jambatan untuk memperbaiki cita rasa dirinya.
Walaupun kenyataan ini lebih banyak berlaku dalam dunia politik, tapi ia juga boleh berlaku dalam dunia dakwah.
Di samping ia merupakan niat yang salah, cara seperti itu juga sebenarnya hanyalah memberi bebanan hutang yang mesti dibayar; bahwa kritikan kita mesti mampu kita buktikan.
KETIGA : Apabila sikap kritikal itu dijadikan cara untuk mendapatkan imej sebagai seorang  pemberani;
  1. Bahwa dirinya tidak takut pada siapa-siapa, termasuk orang atasan.
  2. Bahwa dirinya berani menanggung risiko dari sikap kritikalnya, walauapapun risiko itu.
Cita rasa sebagai pemberani tentu sahaja menggoda ramai orang, tapi dengan bersikap begitu kita sebenarnya tidak melakukan perbaikan apa-apa bahkan hanya akan menimbulkan provokasi terhadap sikap defensif dari orang yang dikritik itu dengan niat seperti itu.
KEEMPAT : Apabila sikap kritikal itu dijadikan topeng untuk merosakkan nama baik orang lain atau membuka aib sesama sendiri, misalnya mengkritik seseorang di khalayak umum.
Mengkritik seseorang di khalayak ramai secara umum tidak dianjurkan dalam Islam.
Bahkan ketika Allah memerintahkan Nabi Musa dan Harun untuk memberi peringatan kepada Fir’aun, Allah justeru menyuruh mereka berdua berkata yang lembut.
Imam Syafi’e juga mengatakan bahwa seandainya ada orang yang mengkritiknya di khalayak ramai maka beliau tidak akan menerima kritikan itu.
Kritikan dengan niat seperti ini tidak akan berkesan memperbaiki orang yang dikritik, bahkan hanya akan merosakkan hubungan persaudaraan.
KELIMA : Apabila sikap kritikal itu berkembang menjadi ‘ghibah’.
Contohnya, ketika seseorang mengkritik orang secara tidak langsung, tapi mengkritiknya dengan cara membuka kesalahan atau aib seseorang kepada orang lain yang sebenarnya tidak ada hubungan dengan orang yang dikritik tersebut.
Cara seperti ini hanya akan memperbanyakkan jumlah majlis ‘ghibah’ di mana kritikan-kritikan (yang sepatutnya memiliki kebenaran) tapi disampaikan tidak pada orang yang tepat sehingga orang-orang merasakan kritikan itu tidak "terdengar" atau telah diabaikan. Mereka merasa sudah mengkritik, tapi tetap sahaja tidak ada yang berubah.
Tentu sahaja ‘ghibah’ tidak akan menghantar kritikan sampai ke alamatnya dengan cara yang tepat dan oleh yang demikian tidak akan berkesan dalam memperbaiki seseorang atau suatu keadaan.
Ini adalah kerana, sebagaimana Islam tidak menghalalkan ‘ghibah’, maka kebebasan, keterbukaan dan demokrasi juga tidak akan pernah menghalalkan ‘ghibah’.
Oleh yang demikian, kritikan hanya akan berkesan bagi memperbaiki seseorang atau suatu keadaan apabila anasir-anasirnya telah dipenuhi.
PERTAMA : Ada niat yang benar dari orang yang mengkritik bahwa ia melakukan itu semata-mata sebagai pelaksanaan dari kewajiban menasihati sesama muslim dan untuk itu ia mengharapkan pahala dengan melaksanakan kewajiban itu.
KEDUA : Memang ada kesalahan objektif yang mesti dikritik, samada kesalahan individu ataupun kesalahan polisi.
KETIGA : Kritikan itu disampaikan dengan cara yang benar dan tepat sesuai dengan adab-adab menasihati dalam Islam.
Ya Allah, kurniakanlah kelapangan dada kepada kami untuk kami sentiasa mendengar dan menerima nasihat yang baik dan memberikan kekuatan untuk menyampaikan nasihat dengan cara yang benar dan tepat.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Uslub Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Qudwah Di Jalan Dakwah
    Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam s...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
    Proses tarbiyah adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan tidak mudah kerana tarbiyah bererti: 1. Mempersiapkan manusia. 2. Membentuk d...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ▼  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ▼  November (69)
      • Hijrah Membentuk Identiti Umat
      • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
      • Membentuk Hati Sejahtera
      • Bekalan Pemikul Dakwah
      • Meniti Jalan Dakwah
      • Taat Menjamin Kesatuan
      • Terapi Hati 3
      • Membangun Keyakinan Diri
      • Apabila Hijab Terbuka
      • Meningkatkan Kualiti Amal
      • Karakteristik Peribadi Mulia
      • Islam Bukan Pelampau
      • Asas Bangunan Dakwah
      • Keajaiban Keterikatan Hati
      • Kekuatan Pandang Tembus
      • Ketinggian Ufuk Tafakur
      • Keindahan Kasih Sayang
      • Nasionalisma Pemecah Kesatuan Ummah
      • Politik Wilayah Dakwah
      • Membentuk Komitmen Sejati
      • Remaja Pewaris Tamadun
      • Membina Aktivis Kental
      • Bahtera Keselamatan Hakiki
      • Punca Penyakit Manusia
      • Melaksanakan Agenda Dakwah & Tarbiyah
      • Dakwah Melalui Tonggak 10
      • Fokus Akhirat Dunia Dapat
      • Menatap Wahyu Persaudaraan
      • Tsabat Memenangkan Dakwah
      • Memahami Penggerak Impian
      • Menghayati Kehidupan Rabbani
      • Amal Yang Menyelamatkan
      • Disiplin Penentu Kejayaan
      • Menyusuri Pendakwah Contoh
      • Hakikat Kesufian Sebenar
      • Keadilan Asas Taqwa
      • Meneliti Hakikat Kritikan
      • Syura Kekuatan Organisasi
      • Kesungguhan Tiada Batas
      • Tsiqah Membangun Kekuatan
      • Memburu Kemuncak Keimanan
      • Menggapai Kemerdekaan Hakiki
      • Bangunkan Amal Sunnah
      • Ketinggian Darjat Ilmu
      • Keindahan Taqdir Ilahi
      • Meneliti Penilaian Dakwah
      • Kepimpinan Amanah Berat
      • Ubahlah Jiwa Kita
      • Bergantung Kepada Yang Maha Luas
      • Mengukuhkan Tahap Keyakinan
      • Terapi Hati
      • Kuliah Umum Ust Irfan di Pejabat Ikram Shah Alam (...
      • Kuliah Umum Ust Hasanuddin di Pejabat Ikram Shah A...
      • Muraqabatullah
      • Pendakwah Pewaris Bumi
      • Mencari Murabbi Sejati
      • Kemenangan Melalui Pengorbanan
      • Keajaiban Tenaga Cinta
      • Amal Pembimbing Masyarakat
      • Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki
      • Jalan Menuju Ma'rifatullah
      • Keunggulan Muslimah Contoh
      • Allah Tempat Kembali
      • Perbezaan Membangun Kekuatan
      • Tiada Keuzuran Dalam Dakwah & Jihad
      • Menjana Tenaga Yang Kuat
      • Madrasah Tarbiyah Yang Unggul
      • Hikmah Asas Dakwah
      • Membangun Motivasi Dakwah

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger