skip to main | skip to sidebar

Tinta Perjalanan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • DheTemplate.com
  • Free Templates
  • Drop Menu 1
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
  • Drop Menu 2
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
  • Daily Update Templates

Ahlan Wasahlan


Perjalanan Menuju Allah.

Tuesday, 3 September 2013

Manhaj Dakwah Tidak Berubah

Ditulis Oleh WAS Pada 21:01 – 0 Komen Anda
 

Sesungguhnya, ancaman yang cukup berbahaya pada sesuatu bangsa yang mahu bangkit di mana kita sekarang berada di fajar kebangkitan adalah :

a.      Munculnya berbagai pemikiran.

b.     Banyaknya seruan-seruan.

c.      Warna-warninya manhaj.

d.     Perbezaan dalam penetapan strategi dan wasilah perjuangan.

e.      Kemunculan ramai orang yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin dan penguasa.

Telah datang kepada Islam dan kaum muslimin suatu masa yang di dalamnya berlaku peristiwa demi peristiwa dan silih berganti bencana demi bencana.

 

Musuh-musuh mereka berusaha untuk :

 

1.     Memadamkan cahaya Islam.

2.     Menyembunyikan keagungannya.

3.     Menyesatkan para pengikutnya.

4.     Melenyapkan hukum-hukumnya.

5.     Melemahkan bala tenteranya.

6.     Menyelewengkan ajarannya dengan cara mengurangi, menambahi atau menta'wilkan dengan interpretasi yang tidak sepatutnya.

 

Situasi itu masih berterusan dengan lenyapnya Islam dari pentas politik, terbengkalainya kedaulatan Islam pada skala antarabangsa, tercabik-cabiknya tentera Muhammad dan jatuhnya bangsa ini ke dalam genggaman kaum kafir dalam keadaan hina dan tidak berdaya.

Sungguh jelas, bagi sesiapa yang melihat di hadapan mereka bahawa di sana pertembungan yang semakin memuncak di antara golongan-golongan yang menganggap Islam sebagai musuh bersama mereka dengan umat Islam dan pergerakan Islam.

Musuh memperkudakan seluruh jentera untuk menjayakan perancangan mereka dan sayangnya di mana sebahagian pemerintah Arab dan Islam juga turut bersama musuh dalam mencetuskan pertembungan di antara mereka dengan para pendakwah Islam, samada terhadap individu atau jamaah.

Golongan Zionis Yahudi yang telah memainkan peranan terbesar dalam memuncakkan persengketaan ini dengan melabelkan Islam sebagai pengganas dan pelampau sedangkan Islam agama kesejahteraan bahkan merekalah yang menjadi pangkal kepada segala keganasan dan sikap melewati batas.

Islam adalah satu agama yang telah diutuskan Allah dengannya Rasul-rasul dan nabi nabi semenjak dahulu lagi. Kemudian, Allah mengutuskan dengannya Nabi kita Muhammad saw dan Allah telah menjadikan Islam untuk manusia hingga ke hari kiamat.

Ia adalah satu agama yang menyeru kepada :

a.      Perdamaian.

b.     Keamanan.

c.      Kemerdekaan.

d.     Keadilan.

Selain itu, ia juga satu agama yang mengatur kehidupan manusia serta perhubungan-perhubungannya dan mengarahkan mereka kepada risalah mereka di dunia supaya mereka berbahagia di akhirat.

Islam sentiasa berusaha untuk merealisasikan kepentingan umum bagi masyarakat dan negara kerana ia didatangkan untuk kebaikan manusia sejagat. Ia menyeru kepada :

1.     Kecintaan.

2.     Kasih sayang.

3.     Tolong menolong.

4.     Kerjasama.

Selain itu, ia menyuruh dengan segala yang baik dan melarang dari segala yang buruk serta menunjukkan manusia kepada risalah ini dengan uslub hikmah dan nasihat yang baik.

Orang-orang Islam tidak menzalimi sesiapapun dari kalangan bukan Islam malah Islam mahu memberi mereka hidayah dan kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan ajaran agama yang benar ini.

Oleh kerana umat Islam sekarang sedang berada di paras yang paling lemah dalam sejarahnya apabila berdepan dengan musuhnya, maka wajiblah mereka mencontohi Rasulullah saw ketika baginda saw berada di marhalah Makkah.

Baginda saw sentiasa berpesan supaya mereka bersabar dan teguh serta tidak berganjak dari prinsip iaitu tidak menggunakan kekerasan bahkan baginda saw menyampaikan berita gembira iaitu kemenangan dan syurga. Sabar bukan bermakna lemah, tetapi itulah kekuatan.

Bilal, Yasir dan Sumayyah dengan sifat teguh mereka mengangkat dan meletakkan mereka ke pihak yang mempunyai kekuatan, sementara Abu Jahal yang menyiksa mereka berada di pihak yang lemah. Kenapa? Ini adalah kerana Abu Jahal yang menggunakan taktik penyiksaan tidak mampu untuk menggoncang aqidah mereka, maka dialah yang tewas.

Apabila Imam Hasan Al-Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan struktur umat Islam dan negara Islam, beliau mengambil panduan dari sirah Rasulullah saw.

Beliau memperingatkan para Ikhwan akan apa yang bakal berlaku ke atas mereka berupa halangan, dugaan dan siksaan lalu menasihati mereka untuk bersabar, teguh dan ‘tajarrud’ di jalan Allah serta menggembirakan mereka dengan keyakinan bahawa masa depan adalah di tangan Islam walau sehebat mana sekalipun kebatilan yang mengganas.

Para Ikhwan telah memegang teguh manhaj ini lalu bersabar secara berterusan dalam menanggung siksaan selain dipenjara serta dibunuh tanpa membalas semua itu dengan keganasan.

Mereka menyerahkan perbuatan tersebut kepada Allah dan meneruskan perjalanan mereka dengan sikap penuh sederhana. Inilah kemudiannya yang menjadi rahsia kekalnya kewujudan Ikhwan bahkan terus menerus berkembang sehingga kini.

Para pendakwah hendaklah merasa bangga dengan penggabungan mereka dengan Islam. Mereka hendaklah yakin bahwa kekuatan tidak akan kekal kuat selama-lamanya dan kelemahan tidak akan kekal dalam keadaan lemah selama-lamanya.

Allah Pencipta dan Pentadbir alam maya ini tidak akan ridha pada kezaliman dan penindasan yang dikenakan ke atas para pendakwah yang tidak lain hanya kerana mereka mengatakan “Tuhan kami ialah Allah”.

JIHAD KEWAJIBAN PENYUDAH

Allah juga telah menjadikan Jihad sebagai satu kewajiban penyudah ke atas orang-orang Islam sehinggalah ke hari kiamat dan ia mendorong orang Islam supaya cinta kepada mati syahid serta meninggikan kedudukan para syuhada’.

Tanpa Jihad, tidak berdirilah tonggak bagi agama ini, maka tersebarlah kebatilan serta meratalah kerosakan.

Allah swt telah memerintahkan orang-orang Islam supaya bersiap sedia dengan kekuatan melalui firmannya :

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui; sedangkan Allah mengetahuinya.” (QS Al Anfal : 60)

Sesungguhnya persediaan adalah sebaik-baik jalan ke arah keselamatan.

Firman Allah swt lagi :

“Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperolehi kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala  yang besar.” (QS An-Nisaa’ : 74)

Begitu juga Allah telah menjanjikan kepada mereka yang tidak berjuang dengan seburuk-buruk balasan.

Di samping itu, jihad di jalan Islam adalah semulia-mulia tujuan dan semulia-mulia jalan.

Sesungguhnya Allah telah mengharamkan pencerobohan. Adapun orang-orang Islam apabila mereka berperang, mereka :

a.      Tidak melampaui batas.

b.     Tidak menghancurkan.

c.      Tidak merosakkan (memotong) tumbuhan.

d.     Tidak mencuri.

e.      Tidak merampas harta benda.

f.      Tidak mencerobohi tempat-tempat larangan (yang dihormati).

g.     Tidak membunuh wanita.

h.     Tidak membunuh kanak-kanak.

i.       Tidak membunuh orang tua.

j.       Tidak membunuh rahib-rahib dan orang-orang yang beruzlah.

k.     Tidak membunuh orang-orang yang cedera.

Maka, mereka dalam peperangan itu adalah sebaik-baik pejuang sebagaimana mereka juga dalam perdamaian mereka adalah sebaik-baik orang yang berdamai.

Maka, di manakah itu jika dibandingkan dengan serangan-serangan terhadap orang-orang awam dan kekejaman ke atas mereka yang sangat keji?

Di antara kata-kata Imam Hasan Al-Banna dalam Risalah Al Jihad di bawah tajuk : “Kenapa seorang Islam itu tidak berjuang?” yang berbunyi :

“Allah mewajibkan Jihad ke atas orang-orang Islam bukanlah untuk membawa kepada pencerobohan dan bukan juga satu cara untuk menyempurnakan tamak haloba individu, tetapi ianya sebagai benteng pelindung untuk dakwah serta jaminan untuk orang Islam, juga untuk menyempurnakan Risalah al Kubra (Risalah yang besar) yang dipikul bebannya oleh orang Islam iaitu risalah memimpin manusia kepada kebenaran dan keadilan.

Adapun Islam, meskipun ia mewajibkan peperangan ia juga telah mengambil berat tentang perdamaian sebagaimana firman Allah :

“Dan jika mereka bermaksud kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.” (QS Al Anfal : 61)”

Pada penutup Risalah Al Jihad, beliau berkata :

“Sesungguhnya umat yang menyebabkan kematian dengan cara yang baik dan mengetahui bagaimana untuk mati dalam kematian yang mulia, Allah mengurniakan kepadanya kehidupan yang mulia di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat. Tidak adalah ’Al Wahn’ yang melemahkan kita yakni kecintaaan kepada dunia dan kebencian kepada mati.

Maka persiapkanlah diri kamu untuk amal yang besar ini dan inginkanlah kepada kematian, niscaya akan diberikan kepadamu kehidupan.

Dan ketahuilah kematian itu kamu tidak dapat lari daripadanya. Ianya (kematian) adalah sekali sahaja, jika kamu jadikannya pada jalan Allah jadilah ia keuntungan di dunia dan balasan pahala di akhirat.

Tidaklah menimpa kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu. Maka ketahuilah, dengan kematian yang mulia itu kamu berjaya dengan kebahagian yang sempurna.

Semoga Allah mengurniakan kepada kami dan kepadamu kemuliaan mati syahid di jalanNya.”

Harapan dan cita-cita mati syahid yang didambakan oleh Imam Hasan Al-Banna benar-benar terbukti selepas 64 tahun berlalu setelah gugur di jalan Allah pada tahun 1949.

Ini diceritakan sendiri oleh anak perempuan Imam Hasan Al-Banna yang menguburkan anaknya Khaled Al Banna, 30 tahun yang juga merupakan cucu kepada Imam Hasan Al-Banna yang syahid semasa gempuran terhadap medan Ramsis, Mesir di sebelah kubur Imam Hasan Al Banna.

Apabila digali semula kubur Imam Hasan Al Banna untuk tujuan di atas, maka didapati bahwa jasad Imam Hasan Al Banna masih elok seolah-olah beliau hanya baru meninggal dunia.

Ini menjadi bukti bahwa Allah swt telah memakbulkan doa Imam Hasan Al-Banna untuk syahid di jalanNya kerana jasad orang yang syahid tidak akan hancur.

INGATAN KEPADA ORANG YANG ZALIM

Pada mereka yang memerangi umat Islam, menyiksa para pendakwah di jalan Allah, adakah mereka menyangka bahwa mereka akan terlepas dari balasan Allah? Kezaliman tidak akan terlepas dari genggaman Allah.

Benarlah firman Allah swt : “Jangan kamu menyangka Allah lalai dari apa yang dilakukan oleh orang- orang yang zalim. Allah menangguhkan (pembalasan) mereka ke hari yang terbeliak penglihatan.”

Setiap orang perlu mengetahui bahawa membantu penzalim walaupun dengan kata-kata akan dihisab ke atasnya. Begitu juga mereka yang terlibat mengeluarkan peraturan-peraturan yang menzalimi orang ramai, mereka akan dihisab selagimana akta-akta ini terus kekal, walaupun mereka telah meninggal dunia.

Kenapakah mereka tidak mengambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu yang disebut di dalam Al-Qur’an, di antaranya Fir’aun yang berada di puncak kekuasaan dan berkata :

“Aku adalah Tuhan kamu yang Maha Tinggi”?

Dia memperlekehkan kaumnya lalu mereka mentaatinya. Akhirnya Allah menenggelamkannya bersama-sama tenteranya dan menyelamatkan Nabi Musa as dan kaumnya.

Juga kisah seorang yang berada di puncak kekayaan seperti Qarun yang berkata :

“Sesungguhnya harta ini aku perolehi kerana ilmu aku (semata-mata) lalu Allah menenggelamkannya bersama rumah dan harta ke dalam bumi. Dan tidak ada untuknya kumpulan yang dapat menolongnya selain Allah”.

Kepada mereka-mereka yang menurut jejak langkah Fir’aun dan Qarun perlu merenung kata-kata berikut :

“Sesungguhnya sistem yang memusuhi Islam dan umatnya dan kedegilan penguasa untuk terus berada dalam keadaan ini sebenarnya menolong mencepatkan lagi akhir kesudahan mereka.

Masa adalah sebahagian dari rawatan. Mereka tidak akan sekali-kali dapat membunuh ruh dan semangat dalam sanubari umat Islam.

Sikap mereka ini akan mendorong umat untuk berhimpun, bersatu serta kembali kepada Tuhan mereka lalu menegakkan agama ini. Sesungguhnya Allah berkuasa menyempurnakan urusanNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Mereka  sepatutnya memberi kebebasan serta  mendidik umat ini dengan kebanggaan terhadap agama ini di samping mendidik dengan kekuatan, keagungan dan kemuliaan.

Mereka juga perlu sedar bahawa kepentingan mereka dan negara terletak kepada sejauh mana mereka berpegang teguh dengan Islam dan mentaati Tuhan mereka.

Mereka tidak sepatutnya menghalang sumber-sumber pemuda penggerak untuk agama ini bahkan mereka perlu menghentikan penangkapan secara rambang dan membuka pintu perbincangan secara membina dengan penuh persefahaman.

Sesungguhnya pertembungan antara umat Islam dengan musuh mereka adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Maka setiap ahli masyarakat perlu dipersiapkan agar mereka menjadi benteng dalam berhadapan dengan musuh.”

Percayalah bahwa musuh tidak akan dapat menghapuskan Islam ini selagimana Allah telah redha Islam sebagai sistem untuk umat manusia sejagat sehingga datangnya hari kiamat. Tanggungjawab umat Islam ialah mencurahkan tenaga mereka untuk memperbaiki maruah Islam setelah ianya diburukkan oleh Yahudi dan musuh-musuh Allah yang lain.

Mereka memastikan bahawa umat Islam tidak akan mengancam manusia sebaliknya Islam mahukan hidayah dan kebaikan untuk mereka walaupun perancangan musuh bermaksud kotor.

Ini adalah usaha untuk mencontohi Rasulullah saw setelah baginda disakiti di Taif, baginda saw berkata kepada Jibril :

“Moga-moga Allah akan mengeluarkan dari mereka keturunan yang menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu serta berdoa : “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Semua kita mengetahui bagaimana jamaah Rasulullah saw yang kecil lagi tertindas di Makkah, namun dengan berkat kesabaran, keteguhan dan kesediaan mereka untuk berkorban dengan harta dan jiwa, akhirnya dimenangkan oleh Allah swt dengan mengalahkan musyrikin, Yahudi, Parsi (Empayar Timur) dan Rum (Empayar Barat) dalam waktu yang singkat.

Ini kerana kemenangan adalah datang dari Allah setelah sempurna sebab musababnya seperti:

1.     Iman yang benar.

2.     Azam yang kuat.

3.     Pengorbanan yang tinggi dalam apa jua bentuk.

Hendaklah kita meletakkan harapan yang tinggi dalam hati sanubari kita kerana sesungguhnya, apabila kita iltizam dengan jalan Rasulullah saw maka akan datang kemenangan untuk kita mengatasi seluruh musuh-musuh sepertimana yang telah dicapai oleh orang-orang Islam yang terdahulu dari kita.

Ini adalah sunnah Allah dan sunnah Allah tidak akan pernah berubah.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu agar mengurniakan kami mati syahid pada jalanMu. Kami juga memohon agar Engkau memuliakan kami dengan Islam dan memuliakan Islam melalui kami kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Dekat lagi Maha Menerima doa.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS
Labels: Renungan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Leave a Reply

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Yang Setia

Pautan

  • Muharikah
    Antara dua pilihan
    3 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    5 years ago
  • Majalah Jom!
    Isu 45: ALAMAK, AKU SALAH PILIH! (EDISI ISTIMEWA)
    9 years ago
  • دعوتنا DAKWATUNA -dakwahkite-
    Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)
    10 years ago
  • ZADUD-DUAT
    Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda
    11 years ago
  • Popular
  • Recent
  • Archives
 

Diri Ini

My photo
WAS
Blog ini memaparkan bahan-bahan bacaan dan artikel yang boleh meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam anda..
View my complete profile

Blog Ini Menarik??

Yang Paling Digemari

  • Tsabat Memenangkan Dakwah
    ‘ Tsabat ’ bermakna teguh pendirian dan tegar dalam menghadapi ujian serta mehnah di jalan kebenaran. Ia merupakan benteng bagi seorang ak...
  • Qudwah Di Jalan Dakwah
    Ustaz Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya Al-Qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam s...
  • Menjelmakan Makna Tarbawi
    Sehingga ke saat ini Allah swt masih memberikan rahmat kepada kita melalui hidayah, iman, Islam serta dakwah dan tarbiyah. Sungguh, n...
  • Memohon Dari Al Jabbar
    Seringkali manusia terjebak oleh pemikirannya sendiri dan merasa mampu untuk merancang segala sesuatu. Padahal tidak ada kekuatan dalam d...
  • Melahirkan Murabbi Yang Berjaya
    Proses tarbiyah adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan tidak mudah kerana tarbiyah bererti: 1. Mempersiapkan manusia. 2. Membentuk d...

Arkib

  • ►  2017 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (39)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (6)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (42)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (9)
    • ►  May (8)
    • ►  April (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (72)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ▼  September (5)
      • Nasyid Perjuangan 4
      • Garis Besar Dakwah
      • Berusaha Mencapai Matlamat Dakwah
      • Kedahsyatan Perosak Dajjal
      • Manhaj Dakwah Tidak Berubah
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
    • ►  April (7)
    • ►  March (7)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (163)
    • ►  December (8)
    • ►  November (9)
    • ►  October (9)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (16)
    • ►  March (18)
    • ►  February (24)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (93)
    • ►  December (24)
    • ►  November (69)

Susunan

  • Akhlak (6)
  • Aqidah (17)
  • Dakwah (73)
  • Fikrah (74)
  • Ilmu (38)
  • Motivasi (10)
  • Muslimah (3)
  • Mutiara Hikmah (12)
  • Mutiara Hikmah Para Duat (21)
  • Mutiara Hikmah Ramadhan (3)
  • Renungan (31)
  • Ruhiyah (8)
  • Tarbiatuna (5)
  • Tarbiyah (34)
  • Tausiyah (31)
  • Tokoh (8)
  • Uslub (11)
  • Video (29)

Panji Islam

Asmaaul Husna

Kalam Hikmah

Coretan Anda

Pengunjung

Free CountersFree CountersFree CountersFree CountersFree Counters

Detik Kehidupan

Hari Ini

Waktu Solat

Pelawat


widgets

Selamat Melayari

  • NEW POSTS
  • COMMENTS
  • flickr

    Get your Flickr ID!
 
 
© 2011 Tinta Perjalanan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger