Nilai
puasa di sisi Allah swt adalah sangat bergantung pada kualitinya.
Semakin ia
berkualiti, semakin tinggi nilainya di sisi Allah swt.
Sebaliknya
:
Puasa yang
kualitinya sekadar menahan lapar dan dahaga, ia tidak bernilai apa-apa di sisi
Allah swt.
Rasulullah saw bersabda :
“Betapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar.” (HR An-Nasaie dan Ibnu Majah)
Puasa di bulan Ramadhan merupakan ibadah istimewa yang akan dinilai secara langsung oleh Allah swt sehingga ia tidak dibataskan hanya dengan pahala 10 hingga 700 kali ganda.

Rasullullah saw bersabda :
“Setiap amal anak Adam dilipatgandakan; satu kebaikan dibalas dengan sepuluh (10) kebaikan yang serupa hingga tujuh ratus (700) kali. Allah Azza wa Jalla berfirman, “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya…” (HR Muslim, An-Nasaie, Ad-Darimi dan Al-Baihaqi)
Adalah menjadi suatu kemestian bahwa kita :
- Melakukan amal dengan bersungguh-sungguh.
- Berusaha mendapatkan kualiti yang tertinggi.
Inilah yang
menjadi sebab mengapa Dr. Musthafa Dieb Al-Bugho dan Muhyidin Mistu dalam kitab
mereka ‘Al-Wafi’ iaitu syarah kepada hadits 40 ketika
menjelaskan hadits berikut :
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan dalam segala hal .” (HR Muslim)
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan dalam segala hal .” (HR Muslim)
Mereka berdua
mengatakan:
Hadits ini
merupakan nash (dalil) yang menunjukkan kemestian berlaku ihsan iaitu dengan
melakukan suatu perbuatan dengan :
- Terbaik.
- Usaha maksima.
Maka,
begitulah juga dengan puasa.
Marilah
kita tunaikan puasa kita dengan sebaik-baiknya sehingga ia benar-benar menjadi
puasa yang bernilai.
Jadi, apakah
kriteria-kriteria puasa yang bernilai itu?
PERTAMA : IKHLAS
PERTAMA : IKHLAS
Inilah
penentu awal nilai puasa kita iaitu keikhlasan.
Ia tidak
hanya berlaku untuk puasa semata-mata bahkan seluruh amal akan ditentukan
pertama kalinya oleh ukuran ini.
Jika ia
melakukannya dengan ikhlas kerana Allah maka amalnya akan menuju Allah
(berpeluang diterima oleh Allah), tetapi jika ia melakukannya kerana selain
Allah, maka amal itu tidak memiliki peluang sama sekali untuk menjadi bernilai
di sisi Allah swt.
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya segala amal tergantung pada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Demikian juga dengan keampunan yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang berpuasa kerana tidak semua orang akan mendapatkan keampunan ini secara percuma.

Hanya
mereka yang ikhlas sahaja yang berhak mendapatkan janji ini dan membuktikannya
di hadapan Allah swt di akhirat kelak.
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap perhitungan (pahala) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq ‘alaih)
Hadits di atas sekaligus menjadi dalil bahwa mengharapkan pahala dari Allah swt adalah termasuk dalam kategori ikhlas.

Ini berbeza
dengan ungkapan golongan sufi yang ekstrim mengatakan tentang keikhlasan:
Ya Allah,
Ya Allah,
Jika aku beribadah kepadaMu kerana
mengharapkan syurga.
Haramkanlah aku memasukinya.
Haramkanlah aku memasukinya.
Jika aku beribadah kepadaMu kerana
takut neraka.
Campakkanlah aku ke dalamnya.
Alhamdulillah, menjaga keikhlasan puasa itu lebih mudah daripada ibadah lain kerana puasa adalah amalan batin.
Campakkanlah aku ke dalamnya.
Alhamdulillah, menjaga keikhlasan puasa itu lebih mudah daripada ibadah lain kerana puasa adalah amalan batin.
Maka Imam
Al-Ghazali menjelaskan dalam kitab ‘Ihya’
Ulumiddin’ :
“Puasa itu sendiri adalah rahsia
yang padanya tidak ada amal yang disaksikan. Seluruh amal ketaatan itu
disaksikan dan dilihat oleh makhluk sedangkan puasa hanya dilihat oleh Allah
Azza wa Jalla, kerana puasa itu amal batin dengan semata-mata kesabaran.”
KEDUA : MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
KEDUA : MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Tentu sahaja
untuk menjadikan puasa kita bernilai, puasa itu mestilah sah, ertinya, kita mesti
meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Sayyid Sabiq dalam kitab ‘Fiqh Sunnah’ menjelaskan bahwa perkara-perkara yang membatalkan puasa itu dibahagi kepada dua :
PERTAMA : Perkara-perkara yang membatalkan puasa dan wajib qadha’.
Sayyid Sabiq dalam kitab ‘Fiqh Sunnah’ menjelaskan bahwa perkara-perkara yang membatalkan puasa itu dibahagi kepada dua :
PERTAMA : Perkara-perkara yang membatalkan puasa dan wajib qadha’.
- Makan atau minum dengan sengaja.
Jika seseorang makan dan minum dalam keadaan lupa, itu tidak
membatalkan puasanya.
“Barangsiapa yang lupa, padahal ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, hendaklah ia meneruskan puasanya. Kerana ia diberi makan dan minum oleh Allah.” (HR Jamaah)
“Barangsiapa yang lupa, padahal ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, hendaklah ia meneruskan puasanya. Kerana ia diberi makan dan minum oleh Allah.” (HR Jamaah)
- Muntah dengan sengaja
“Barangsiapa didesak muntah, ia tidak wajib mengqadha’, tetapi siapa yang menyengaja muntah hendaklah ia mengqadha’. (HR Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Daruquthni dan Hakim) - Mengeluarkan mani samada kerana mencium isterinya atau hal lain di luar persetubuhan dan mimpi. Jika bersetubuh ia dikenakan kafarat dan jika kerana mimpi maka tidak mempengaruhi puasanya.
- Meniatkan berbuka. Oleh kerana niat merupakan rukun
puasa, maka niat berbuka bererti membatalkan puasanya.
KEDUA :
Perkara-perkara yang membatalkan puasa dan wajib
qadha’ dan kafarah.
Mengenai
tindakan membatalkan puasa dan kerananya wajib qadha serta kafarah, menurut
jumhur ulama hanyalah bersetubuh dengan isteri dan tidak ada yang lain.
Kafarahnya
adalah memerdekakan hamba, jika tidak mampu maka berpuasa dua bulan
berturut-turut dan jika tidak mampu juga maka hendaklah memberi makan kepada 60
orang miskin.
“Abu Hurairah berkata: Seorang laki-laki datang mendapatkan Nabi saw. Ia berkata, “Celaka aku, wahai Rasulullah!” Nabi saw bertanya, “Apa yang mencelakakan itu?” “Aku menyetubuhi isteriku pada bulan Ramadhan.” Maka tanya Nabi saw “Adakah padamu sesuatu untuk memerdekakan hamba?” “Tidak” ujarnya. Nabi bertanya lagi, “Sanggupkah engkau berpuasa dua (2) bulan terus menerus?” “Tidak”, ujarnya. Nabi bertanya lagi, “Apakah engkau memiliki makanan untuk diberikan kepada enam puluh (60) orang miskin?” “Tidak” ujarnya. Laki-laki itu pun duduk, kemudian dibawa orang kepada Nabi satu bakul besar berisi kurma. “Nah, sedekahkanlah ini” titah Nabi. “Apakah kepada orang yang lebih miskin daripada kami?” Tanya laki-laki itu. “Kerana di daerah yang terletak di antara tanah yang berbatu-batu hitam itu, tidak ada suatu keluarga yang lebih memerlukannya daripada kami” Maka Nabi pun tertawa hingga geraham beliau terlihat lalu berkata, “Pergilah, berikanlah kepada keluargamu.” (HR Jamaah)
KETIGA : MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBUATKAN PUASA SIA-SIA

Ikhlas
serta meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja tidak cukup
untuk menjadikan puasa kita memiliki nilai yang tinggi.
Unsur lain
yang perlu kita lakukan adalah meninggalkan perkara-perkara yang menjadikan
puasa kita sia-sia.
“Betapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar.” (HR An-Nasaie dan Ibnu Majah)
Iaitu dengan menjauhi perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah swt, di antaranya adalah menjaga emosi kita agar tidak marah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw :
“Puasa adalah perisai, maka barangsiapa sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak keras, jika seseorang mencela atau mengajaknya bertengkar hendaklah dia mengatakan : aku sedang berpuasa.” (Muttafaq ’alaih)
Begitu juga dengan perkataan dan perbuatan dusta, boleh membuatkan puasa menjadi sia-sia dan oleh kerana itu, mestilah dijauhi.
“Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan palsu dan pengamalannya, maka Allah tidak mempunyai keperluan untuk meninggalkan makanan dan minumannya (puasanya).” (HR Bukhari)
KEEMPAT : MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERMANFAAT

Sering
kita jumpai, ada orang yang berpuasa lalu mengisi siang harinya dengan perkara-perkara
yang tidak bermanfaat dengan alasan agar ia lupa akan rasa lapar dan dahaga selama
ia berpuasa misalnya dengan menghabiskan masa seharian :
- Di depan televisyen.
- Bermain permainan komputer.
- Melayari laman sesawang yang tidak berfaedah.
Perkara-perkara
seperti ini hendaklah ditinggalkan agar puasa kita benar-benar memiliki nilai.
“Di antara tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.” (HR Tirmizi dan Ibnu Majah)
KELIMA : BERPUASA DENGAN SELURUH ORGAN TUBUH, FIKIRAN DAN HATI

yang diistilahkan sebagai puasa khusus oleh Imam Al Ghazali dalam kitab ‘Ihya’ Ulumiddin’ dan ditegaskan
semula oleh Ibnu Qudamah dalam kitab ‘Mukhtashar
Minhajul Qasidin’.
1. Berpuasa mata dengan menahannya dari pandangan kepada sesuatu :
1. Berpuasa mata dengan menahannya dari pandangan kepada sesuatu :
- Yang tercela.
- Dibenci oleh syari’at.
- Yang melalaikan.
Allah swt
berfirman :
“Pandangan itu salah satu anak panah Iblis yang berbisa. Barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah Azza wa Jalla memberinya keimanan yang manisnya dirasai dalam hatinya.” (HR Hakim)
2. Berpuasa lidah dengan memeliharanya dari :

- Berbicara tanpa arah.
- Berdusta.
- Mengumpat.
- Memfitnah.
- Berkata buruk.
- Berkata kasar.
- Permusuhan.
- Menzalimi orang lain.
“Puasa
adalah perisai, maka barangsiapa sedang berpuasa janganlah berkata keji dan
berteriak keras, jika seseorang mencela atau mengajaknya bertengkar hendaklah
dia mengatakan: aku sedang berpuasa.” (Muttafaq ’alaih)
3. Berpuasa telinga dari mendengarkan segala sesuatu yang :
3. Berpuasa telinga dari mendengarkan segala sesuatu yang :
- Haram.
- Makruh.
Ini adalah
kerana segala sesuatu yang haram diucapkan adalah haram pula untuk didengarkan.
Bahkan, Allah swt mengumpamakan orang yang mencari pendengaran haram dengan
pemakan harta haram.
“Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan makanan haram.” (QS Al-Maidah : 42)
“Mengapa orang-orang alim mereka, pendita-pendita mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka kerjakan.” (QS Al-Maidah : 63)
4. Berpuasa tangan dari :

- Mengambil sesuatu yang bukan haknya.
- Melakukan perbuatan yang dilarang oleh syari’at.
5.
Berpuasa kaki dari berjalan ke arah yang
diharamkan oleh Allah swt.
6. Berpuasa hati dari penyakit-penyakit kerohanian seperti :
6. Berpuasa hati dari penyakit-penyakit kerohanian seperti :
- Dengki.
- Riya’.
- Marah.
- Kecintaan pada dunia.
“Janganlah
kamu saling membenci, saling memutus hubungan, saling mendengki dan saling
bermusuhan. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari dan Muslim)
7. Berpuasa fikiran dari membayangkan perkara-perkara :
7. Berpuasa fikiran dari membayangkan perkara-perkara :
- Yang disukai oleh syahwat.
- Yang dibenci oleh syari’at.
- Tipu daya dan lintasan fikiran yang merosakkan minda.
KEENAM
: MEMPERBANYAKKAN AMAL SOLEH SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Ramai
orang tersilap faham dengan memperbanyakkan tidur ketika bulan puasa kerana merasakan
itu sebagai ibadah.
Memang ia
lebih baik dibandingkan jika ia melakukan perkara-perkara yang makruh atau
haram.
Namun,
tentunya lebih baik lagi jika dalam masa puasa, kita memperbanyakkan amal soleh
dan mengisinya dengan aktiviti-aktiviti positif yang bernilai ibadah di sisi
Allah swt seperti :
- Memperbanyakkan tilawah Al-Qur’an.
- Berzikir kepada Allah swt.
- Membanyakkan solat sunnah.
- Bertafakur.
- Mengkaji ilmu-ilmu agama.
- Memperbanyakkan infaq.
Rasulullah
saw dan para shahabatnya sangat mengerti tentang keutamaan Ramadhan dan
bagaimana memperbaiki nilai puasa mereka dan oleh yang demikian, dalam
kesempatan istimewa itu mereka memperbanyakkan amal soleh.
Ibnu Abbas
ra menuturkan bagaimana peningkatan amal soleh Rasulullah saw, khususnya tilawah
dan infaq sebagai berikut:
“Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan. Dan kedermawanannya memuncak pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya setiap malam untuk tadarus Al-Qur’an. Sungguh Rasulullah saw lebih murah hati melakukan kebaikan daripada angin yang berhembus.” (HR Bukhari)
Demikianlah cara untuk mewujudkan puasa yang memiliki nilai tinggi.

Semoga
kita termasuk orang-orang yang dimudahkan oleh Allah swt sehingga dapat berpuasa
dengan kualiti seperti itu dan akhirnya :
- Mencapai darjat taqwa.
- Mendapatkan keampunan dari Allah swt.
- Meraih ridha Allah swt.
- Dimasukkan ke dalam syurgaNya.
Ya Allah,
berilah kemudahan kepada kami untuk kami melaksanakan ibadah puasa dengan
bersungguh-sungguh, berkualiti serta menepati tujuan ia disyari’atkan.
Jauhkanlah kami dari terjatuh ke dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa
atau mengurangkan pahala dan ganjaran dariMu. Kurniakanlah keampunan yang tidak
bertepi dariMu serta keutamaan untuk kami menemui malam Al Qadr yang lebih baik
dari seribu bulan.
Ameen Ya
Rabbal Alameen
WAS
Makasih artikelnya